Search This Blog

Followers

Tuesday, July 28, 2009

Teropong sekejap



Mungkin ramai tak sedar bahawa landasan kekuatan atau teras pembinaan satu bangsa ialah faktor keyakinan dan kenal diri.

Tapi kekeliruan muncul ketika melihat arah masa depan diri orang Melayu dalam kancah perbagai kaum negara ini.Masa depan hanyalah imaginasi pemimpin yang diluahkan melalui dasar.Sukar untuk menjangkakan keadaan hubungan Melayu-Cina-India untuk 50,100 tahun lagi,memandangkan ketuanan Melayu cuba dilonggarkan.

Yang ada hari ini ialah hubungan was-was yang seringkali tidak berasas dan bersifat negatif.Melayu bimbang kalau Cina-India bagini,Cina-India bimbang kalau Melayu bagitu.Sepatutnya Cina-India tidak perlu bimbang semua kalau faham makna ketuanan Melayu.

Dalam kancah politik,sacara psikologis Melayu telah diserang bertubi-tubi namun dapat ditakis oleh pemimpin Melayu-UMNO dalam mengekalkan martabat orang Melayu sebagai ketuanan demi sebuah kedamaian semua kaum.

Jarak perbezaan ekonomi Melayu dengan kaum lain memang ketara.Ramai orang Cina memulakan hidup dalam suasana sempit di bandar kecil pada mulanya tetapi mereka turut membesar dan berjaya dalam pertumbuhan bandar yang dihuni dengan sikap tolenrasi dan sokongan oleh orang Melayu pada mulanya.

Melayu hari ini masih lagi ketinggalan di bumi sendiri.
Kita harus sedar Melayu bukanlah meminta kuota,dihati kecil terselit rasa malu untuk mendapat subsidi,tetapi tiada pilihan.Sebenarnya orang Melayu terpaksa menerima bantuan dan menafikan peluang bangsa lain tetapi atas sebab mereka mesti mengimprovekan diri sendiri supaya menjadi manusia lebih baik,lebih berdikari dan menyumbang dalam pembanggunan negara.

Bagaimana pula hubungan Melayu-Cina-India itu harus berlangsung agar kesejahteraan yang dikecap,kekal selamanya tanpa Melayu memenuhi tuntutan warganegara kepada kaum Cina dan India.

....................................................................................
Lihat dulu apa kata Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam blognya bertajuk KAKI DALAM KASUT

2 comments:

mail lambong said...

marilah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada adun perupok iaitu allahyarham datuk Omar Mohamad agar beliau ditempatkan orang yang beriman... al-fatihah.

Nurimo said...

Salam BUJANG SUSAH,...harap-harap jadi bujang senang.

Terima kasih datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Saya dah klik blog tuan,dapat ilmu saya berlajar,harap-harap bloger lain pun dapat mafaat.

Sama-sama menjalangkan ibadah puasa,para bloges masa menulis bulan puasa ni,tapis-tapis sikit.....