Search This Blog

Followers

Tuesday, August 25, 2009

Jangan bergaduh menentukan tempat beraya



Aidilfitri tidak lama lagi akan muncul.Perancangan awal untuk balik beraya dengan ibu-bapa mula terbayang.
Sudah menjadi lumrah budaya balik kampung bagi warga yang bekerja di bandar-bandar.
Tidak hairanlah bandar KL menjadi lenggang bila hari raya .

Ibu-bapa mula terbayang anak menantu akan akan pulang tidak lama lagi,jelas perasaan gembira dan terharu.Kita perlu faham apabila anak sudah kahwin ,mestilah ada 2 pilihan nak beraya kat mana di tahun ini.

Bagi yang bujang tiada masalah untuk balik kampung beraya bersama ibubapa ,tiada siapa yang nak halang.Tapi sekiranya tiada kenderaan sendiri lagi,risau kot..kot tiket bas habis.Pernah terjadi dalam masyarakat kita,anak bujang tak balik beraya dengan kedua ibubapa kerana beraya rumah tunang.Masa bertunang dah mula lupa ibubapa apatah lagi selepas kahwin.

Apa yang saya ingin sentuh lebih sikit berkenaan pasangan yang tinggal di bandar KL,kampung ibubapa berjauhan dan berbeza tempat.Pilihan untuk tempat beraya menjadi persoalannya.Kampung isteri kat Johor manakala kampung suami kat Perlis.Ini yang nak dijadikan ceritanya.

Isteri:Abang raya ni,Ani nak balik rumah mak Ani,rindu sangatlah.....

Suami :Ani,abang juga lama tak lihat emak abang,tahun depan raya rumah emak Ani.

Isteri:Kalau cam tu,Ani balik rumah emak Ani..Abang balik rumah emak abang...

Suami :Kalau awak tak mahu ikut balik rumah mentua awak,jangan datang lagi lepas raya ni.


Inilah bunga-bunga pergaduhan suami-isteri yang tak sedap didengar menjelang perayaan setiap tahun.Sudah semestinya salah seorang perlu mengalah.Kalau ikut agama sudah pasti isteri kena ikut cakap suami.Hari raya tahun ini balik rumah emak suami, tahun depan sebaliknya apa susahnya.

Ada satu kes di mana sudah 10 tahun berumah tangga.Setiap kali perayaan isteri ikut balik beraya ke rumah sebelah suami.Walaupun isteri bergelidang air mata,apa boleh buat ,membantah nanti dikata derhaka pula.Saya harap suami bertimbang rasa juga ,kena-kena faham isteri anda juga ada emak bapak dan keluarga.

Lain pula kes kedua,suami ikut saja kata isteri,maklumlah gaji isteri besar,tambahan pula isteri anak orang berada.Setiap kali raya dikongkol terus suami ke rumah keluaga sebelahnya hampir 7 perayaan.Sedangkan ibu sebelah suami menitis airmata mengenangkan anak menantunya tidak pulang beraya bersama.Walaupun ada balik juga ke rumah sebelah suami tapi bukan waktu musin beraya.

Pada tahun lepas ada satu kes di mana pergaduhan menentukan tempat beraya telah mmebawa kepada perceraian.Jadi untuk balik beraya ni,suami isteri bincanglah elok-elok,ibubapa juga perlu faham bila anak dah kahwin mestilah ada mentua,jangan tekan-tekan anak sangat suruh balik beraya kat kampungnya.Kalau rumah ibubapa pasangan tidak jauh lain ceritalah.

Ini kes yang seronok didengar,bagi yang ada isteri dua ,lagi susah nak balik beraya.Kena buat jadual betul-betul,kalau tidak masalah besar,maklumlah kedua-dua isteri kena membahagi kasih seadil-adilnya,tambahan pula ada dua mentua.

Pasangan yang tinggal jauh tapi kampung suami dan isteri satu negeri malah dekat pula antara rumah emak suami dengan rumah emak isteri....jodohkan kata orang,seronok ya cuma bincang apa nak beli kepada ibubapa....takkan balik tangan kosong.

Janganlah bergaduh menentukan tempat beraya nanti hilang seri di adilfitri.

Monday, August 17, 2009

Shisssss!!!!!... PTPTN



PTPTN Dana Pendidikan,Pemangkin Pembangunan Negara

Apabila anak telah diterima masuk ke menara gading.Perasaan bagitu gembira sekali anak dan juga ibu-bapa .Tapi bila teringat pembiayaan di IPT agak tinggi bagi gulungan yang keluarga pendapatan sederhana rasa terberban juga,yang kaya tak kisahlah.Ilmu untuk masa depan anak,rela berkorbang apa saja,supaya anak jadi berguna untuk masyarakat.

Ibubapa digembirakan pula oleh kemudahan pinjaman PTPTN kepada pelajar bagi merealisasikan cita-cita anak nanti untuk mendapat segulung ijazah.

Tapi bila keluar IPT dapat kerja sudah lupa pada janji dengan PTPTN masa nak ambil duit dulu.Perbagai dalih direka tidak mahu membayar hutang walaupun gaji dah besar.
Tapi ingat PTPTN akan cari ikut mana-mana sekali pun,tak lepas.

Apabila kerajaan memberi sedikit penekanan supaya tidak terlupa hutang masa pinjam dikala susah dulu ,nak berlajar tiada duit.

Ada yang bersuara,"Hutang aku dengan PTPTN $32,000,kerja takder nak bayar cam na,dahlah tiap-tip bulan diorang cas kos pentadbiran giler-giler".Sebenarnya kerja banyak di industri keselamatan yang selalu tidak cukup anggota,jadilah pengawai keselamatan dulu sebelum dapat korja baik.

Malah ada yang kata,"PTPTN tu bagi pimjaman sambil buat bisnes,sebab tu harga dia tinggi,kalau lambat bayar bunga bertambah,kesian kat pelajar IPT,keluar-keluar dah tanggung hutang.

Ada pula alasan tak mahu bayar dia kata"Bunga pinjaman PTPTN yang dikenakan kepada perlajar adalah haram...riba.

Bila PTPTN berkeras sikit menuntut hutangnya,lalu dia memilih parti pembakang dan menguntup kerajaan.
Apakah salah kerajaan atau bekas perlajar yang tak tahu berterima kasih.

Friday, August 7, 2009

Nombor Berhantu




"Alah pusing lagi,aku beli 2687,yang keluar 8726".Ini keluhan kaki judi nombor Toto dan Magnum yang biasa didengari.Ada yang beli nombor Toto tapi keluar di Magnum,bagitulah sebaliknya,pendek kata putih mata,yang untungnya tauke syarikat judi.Jadi nombor yang pusing-pusing dan hampir mendapat hadiah pertama yang memberi semangat untuk terus membeli nombor.Inilah yang dikatakan nombor berhantu.
Entah nombor yang saya buat contoh dalam blog ini pun mungkin dibelinya juga.

Orang yang suka judi nombor,pantang melihat nombor pasti dibelinya.Biasanya dia orang tidak beli suka-suka nombor,ia berdasarkan perbagai pendoman,dapat dalam mimpi,jarang sekali mimpi keluar nombor terus tetapi jika mimpi sesuatu benda,lalu ditaksirkan kepada nombor misalnya kalau mimpi pancing nombor 7.Kaki-kaki nombor akan berkawan dengan kumpulan yang hobi sama dan bertukar-tukar mimpi dan sampai pening mentaksirnya.Bila beli tak juga kena.

Ada yang suka ambil nombor kereta kemalangan terutama sekali yang pemandunya mati di tempat kejadian.Yang hairanya apabila kemalangan berlaku yang pertama dia orang sibuk tulis nombor dahulu ,baru lihat atau tolong mangsa.

Saya pernah menaiki kereta dengan seorang kaki nombor,apabila terdengar bunyi hon sesuatu kereta,lalu diambilnya nombor kereta tersebut sebab dia kata nombor kereta tu akan keluar kerana bunyi hon merupakan pertunjuk.Ini adalah minda kaki judi peringkat berat.

Seorang majikan memberitahu saya,salah seorang kakitangannya selalu mengandap di komputer.Apabila dilihat,rupanya sedang melayari laman web sport Toto,bukannya buat korja.Dia sedang buat analisis nombor mana yang lama tak keluar untuk dibeli.Katanya dia ikut satu nombor sudah hampir 2 tahun ,setiap hari nombor dijual dia pasti beli(nombor sama),tapi malangnya satu hari dia deman ,jadi tak sempat nak beli.Keesokkan harinya nombor itu sudah keluar hadiah pertama,dia bagaikan nak terjun banggunan.

Ada kaki judi menganggap beli nombor,adalah orang yang berwawasan,ada cita-cita.Kalau menang judi,dapat beli rumah,kereta impian dan apa yang dilihat orang kaya pakai semua dapat dirasa.Tapi sebenarnya mereka berada dalam dunia hayalannya sendiri.

Kebiasaan kaki judi menberlanja antara RM10 hingga RM50,bergantung kapada pendapatan.Tidak hairanlah ada yang membeli nombor hingga $200,kerana mereka fikir beli banyak peluang lebih besar akan menang.Berlanja tersebut adalah berdasarkan setiap hari jualan.Terdapat juga masa poket kurang lebat,mereka berkongsi dengan rakan-rakan,andainya menang hadiah akan dibahagi sama rata.Maklumlah dapat mimpi baik.

Kalau kita melalui kedai nombor ekor yang bersepak di negeri Selangor ni,kita akan lihat panpan tanda "JUDI HARAM DI SISI AGAMA ISLAM"untuk beri peringatan kepada orang islam terutama orang Melayu.Tetapi orang Melayu terlepas pandang papan tanda tu.Kalau nasib baik ditangkap JAIS masa membeli nombor mungkin boleh mengingsafkan diri,maklumlah denda lebih RM2000.00.

Tapi kalau difikirkan ,kalau kena tangkap bayar denda,tapi kalau beli nombor Toto/Magnum yang ada permit atau lesen kerajaan ambil cukai sebagaimana tertera pada kertas nombor.Jadi patutkah rakyat didenda ,tapi kerajaan ambil cukai hasil orang yang beli nombor yang kena denda tu.Inilah persoalanya yang selalu ditimbul oleh kaki judi Melayu.

Judi adalah penyakit masyarakat dan mempunyai gejala-gejala seperti berikut:-

1.Banyak masa terbuang
2.Kemiskinan,kesengsaraan diri dan keluarga boleh mengakibatkan porak-peranda dalam rumah tangga.
3.Bersikap tidak jujur dan selalu berhutang
4.Kepentingan kerja selalu diabaikan.
5.Melibatkan diri dalam kegiatan jenayah atau rasuah untuk menampung kekalahan.
6.Selalu rugi,apa yang dikejar mungkin tidak dapat dan apa yang dipoket jadi kosong.
7.Dan lain-lain lagi.

Oleh itu adalah baiknya kedai nombor ditutup di seluruh Selangor sebagaimana di negeri Tok Guru Nik Aziz.Tapi nak haram jual arak pun dah macam-macam bagaikan nak bergaduh sama pakatan,apatah lagi nak tutup kedai nombor ekor.

Tuesday, August 4, 2009

Salam



Berjabat tangan kepada sesama muslim adalah perkara yang terpuji malah disukai dalam islam.Ini lambang hati kaum Muslimin dapat saling bersatu dan berkasih sayang diantara dua insan.Oleh kerana ia merupakan salam pemimpin 2 parti UMNO dan PAS adalah dianggap salam rakyat.

Salam dapat menghilang rasa benci dan mendatangkan kasih sayang.
"Apabila kamu diberi penghormatan dengan salam penghormatan maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang sebanding.Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu".
(QS,An Nisa'86).

Kalau anda menolak tangan yang terulur pada anda,akan mengakibatkan sikap yang kasar yang tidak disukai dalam Islam.Ambillah tangan dengan lemah lembut,renungkan matanya,disitu lahirlah kasih sayang sesama Islam.

Sikap dalam berjabat tangan menampilkan sebahagian kesanya terhadap seseorang.Ada orang berjabat tangan dengan terlalu lemah -lunglai atau sebaliknya dengan terlalu keras bersemangat.Tapi ingat jangan sampai saat berjabat tangan anda dikategorikan sebagai orang yang tidak iklas,padahal maksud berjabat tangan adalah untuk bersahabat atau pun perpaduan.

Selain itu juga berjabat tangan boleh menghapuskan dosa sebagaimana diriwayat Rasulullah Saw.bersabda"Tiada dua muslim yang saling bertemu,lalu mereka berjabat tangan kecuali mereka diampuni dosanya sebelum mereka berpisah".(Riwayat dikeluarkan oleh iman Abu Dawud dalam kitab Al-aldab 5212 bab tentang mushafahab).

Kebiasaannya Tok guru kita ni,semasa berceramah dalam kelompoknya lain cerita pula,tapi bila bertemu dekat pemimpin UMNO,tidak keluar pula kata-kata yang menguris hati pemimpim 1Malaysia tu.Adakah ini salam politik?.Harap-harap ini ,salam silaturahim.

Saturday, August 1, 2009

Wajah tanpa kosmetik



Apabila kita berbicara tentang kecantikan.Perkara yang satu ini boleh membuat wanita resah.Kecantikan mampu menyihir kaum lelaki dan kekadang boleh mengubah arah perjalanan kehidupan wanita.

Kecantikan adalah password sebaguna dan kuasa yang memungkinkan pemiliknya naik ke kelas sosial lebih tinggi atau paling tidak mendapat pelayanan lebih baik di kelas sosialnya sendiri.

Meskipun wanita menyedari bahawa kecantikan adalah anugerah Tuhan,bukan kerna hasil usaha.Masyarakat juga tidak lupa menghagai wanita kerana kepintaran keperibadian namun,kecantikan masih tetap menrupakan senjata utama kaum hawa.

Sejarah telah membuktikan kecantikan sebagaimana dimiliki Josephine sehinggakan panglima perang tersohor Nopolean Bonaparte berlutut mengemis cintanya.Tidak kurang wanita cantik yang telah menjadi ikon dunia seperti Cleoptra,Thedora(bekas pelacur yang menjadi maharani Rom),Marilyn Monrow,Elizabeth Tayloy,Broke Shied,Cindy Crawford,Lady Diana,Modonna,Britney Spear dan lain-lain lagi.Kecantikan mereka semua berbeza dan unit.

Kecantikan adalah sesuatu yang relatif dan sukar untuk di definasikan.Malah kecantikan bergatung kepada petaksiran setiap individu.Ada lelaki yang mengatakan wanita itu cantik,tetapi yang lain sebaliknya.Tapi kalau ramai kata cantik,memang betul comel.

Salah satu kriteria cantik sekarang ini adalah pada kulit wajab yang terang atau putih.Kriteria ini bersumber dari doktrin yang ditekankan oleh industri kecantikan secara terang-terang melalui iklan di televisyen,majalah khusus wanita,jualan langsung produk wanita dari pintu ke pintu.

Wanita telah terkepung dari segala penjuru,sehingga tidak kuat atau menyerah ,lalu menjadi pengikut setia produk kecantikan.

Wanita kerana terlalu termakan iklan sesuatu produk kecantikan hinggakan wajab menjadi hilang cantik yang asli.Sebenarnya produk kecantikan ini adalah idea kapitalisme yang bersembunyi disebalik industri kecantikan untuk mencari laba.

Industri kecantikan bukanlah penjahat,tapi mereka adalah super power dibidang pencipta.Mereka ini tukang buat sabung,bedak,gincu ,perbesih muka dan lain-lain lagi.Perlu ingat banyak bahan kimia dalam produk kecantikan sesetengahnya menggunakan bahan yang tidak halal.

Tukang cipta kosmetik telah menggunakan ayat promosi yang hebat dan sangat faham impian-impian untuk tampil lebih cantik dan pandai memanipulasikan.Mereka brain wash secara sistemetik dan direncana secara cermat,mereka mengatakan cantik harus putih,tidak boleh ada jerawat,tidak boleh ada bintik-bintik,hidung harus macung,tubuh harus langsing,rambut ikal maya dan seterusnya.

OK,kalau tenyata bagitu,kenapa harus menuruti iklan para kapitalis di industri kecantikan.Sedangkan harus sedar kita mempunyai kecantikan asli.Mengapa tidak merasa bangga anugerah Tuhan.

Mengapa kita harus mengubah wajah asli kita dengan bersusah payah dan jika pasti akan mempamerkan kepada orang ramai,bukankah aurat harus disembunyikan bagi yang muslim.Adakah sekadar untuk mendapat pujian,perlu ingat kecantikan rohani harus diutamakan dahulu.Cantik rohani akan terpancar pada wajah.Jadi tak payah pakai kosmetik ok kan.........