Search This Blog

Followers

Tuesday, September 29, 2009

Jamin boleh kontrol budak ni....

BEYONCE
Pakai macam ni ok lah ya,sama dengan artis tempatan

Beyonce boleh beraksi jika patuhi syarat - Rais Yatim

Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan tidak menghalang konsert Beyonce Knowles diadakan di negara ini sekiranya penyanyi pop terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, selagi penyanyi itu memenuhi syarat-syarat itu, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk membenarkan Beyonce beraksi di pentas.

"Bagi kementerian mudah sahaja, sekiranya Beyonce akur dengan semua syarat dan mengawal gelagat dan aksinya di atas pentas, dia boleh membuat persembahannya," katanya Katanya lagi, sekiranya penyanyi itu sengaja melanggar syarat dan peraturan serta enakmen keagamaan, dia tidak akan dibenarkan meneruskan persembahannya.


Tapi kalau dipetengahan persembahan jadi cam ni,siapa nak tanggujawab

Badan pelajar Islam bantah konsert Beyonce

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu agar konsert penyanyi Beyonce yang dijadual 25 Oktober ini dibatalkan.

PKPIM dalam kenyataannya berkata, berdasarkan latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan artis luar itu dikhuatiri melanggar garis panduan pakaian yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

PKPIM berpendapat, penganjuran konsert itu bertentangan dengan budaya dan norma kehidupan masyarakat timur dan tayangan iklan dan klip video artis itu tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.


Biasanya persembahan Beyonce pakaian macam ni di seluruh dunia.

Dengar kata,emak dia pun tak boleh nak kontrol....apatah lagi orang lain

Apa komen anda?

Thursday, September 24, 2009

Nak perjuangkan agama jangan duduk salah tempat

Y.B. DATO` DR HASSAN BIN MOHD ALI
Tok wakil PAS

Abg Hassan Ali namanya cukup glamour mengalahkan seleberiti tanah air.Sejak akhir-akhir ini Hassan sering dikritik oleh pemimpinnya sendiri dan rakan kongsi dari DAP atau lebih jelas lagi iaitu pemimpin kanan PR.

Isunya berkenaan beliau mempertikaikan perjalanan "Selcat" yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

(Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri).

Berapa bulan dulu Hassan dikritik juga kerana nak haram jual arak sehinggakan mendapat tawaran untuk dikenakan tindakkan displin semacam budak sekolah kepada tok lebai kita.Hassan sebenarnya seorang perjuang islam tapi sayangnya beliau disekat-sekat dari meneruskan misinya.

Kalaulah betul Hassan nak perjuangkan islam sebenar beliau harus berada ditempat asalnya dulu iaitu bersama UMNO.Apabila dia berada dalam PR,Hassan tak boleh cakap apa,puak dia orang akan pancung,umpama pucuk bila naik sikit terus dipotong.

Yang hairanya kenapa pemimpin-pemimpin PAS sendiri kurang menyebelahinya.Saya masih ingat lagi kes Mat Sabu yang kena khalwat dalam bilik hotel dulu .Pemimpin PAS semua tolong dia,hinggakan bicara pun menang .Tapi hal Hassan, pemimpin kanan PAS jadi tukang kritik bersama pemimpin puak kafir.Mungkinkah kerana Hassan bekas orang UMNO dulu,segala idea atau pandangan tidak boleh diterima oleh PR.

Nampaknya parti PAS dalam PR seperti melukut di tepi gantang
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari petikan BH,Jumaat 25 Sept.09


Apabila watawan BH bertanyakan Tun Dr Mahathir kemungkinan Umno menerima Hassan jika Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Gombak Setia itu meninggalkan pakatan rakyat, Dr Mahathir berkata:"Tidak,bukan Hassan Ali.Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.
"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran(Phd),selepas itu dia membakang kerajaan.Di negara ini,ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."


Apa kata kita lihat komen mantan Mufti Perlis, Klik Dr Asri Zainul Abidin.









Tuesday, September 15, 2009

Tidak Rugi Tapi Kurang Untung

Dalam menulis adakalanya terkasar bahasa terguris hati,kepada semua pembaca ,Maaf zahir batin

Daripada:-
http://kuberharap.blogspot.com

HADIAH HARI RAYA
Nampaknya orang yang nak balik ke Pantai Timur raya ni tol percuma 18 dan 24 Sept.09.
Tapi kena ingat,Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi,iaitu masa orang tidur.


"Elok- eloknya bagi tol free terus dalam tempoh raya ,tak payah ada syarat masa.
Pengendali lebuh raya takkan rugi eek.....,cuma kurang untung je".


Walau macam mana pun kena syukur juga pada tak boleh langsung.

INGATAN
Kepada pemandu kenderaan hendaklah mematuhi had laju ditetapkan dan pakai tali pinggang keselamatan.Kalau memandu melalui kawasan kampung/ladang kelapa sawit hati-hati banyak kerana lembu melintas.....ingat lembu ni jenis tak sekolah,dia pakai redah je.Andainya terlanggar lembu ,susah nak cari tuan punya kerana semua takkan mengaku dia punya lembu,takut kena ganti kerosakkan kereta orang.Lagipun lembu tiada kad pengenalan.

PETUA HILANG NGANTUK KETIKA MEMANDU

Oleh kerana nak toll free terpaksa tolak larut malam,rasa mengantuk tak boleh lari dah.
Kebanyakkan orang,apabila memandu kereta terutama perjalanan jauh bila bertolak tengah malam akan merasa mengantuk teramat sangat,tambahan pula orang yang jarang-jarang memandu jauh.Hal ini kemungkinan mengundang kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu,otak tidak berfungsi dan sedar,mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Jadi siapa yang nak menolong ketika ini?
Bacalah sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM.."

(maknanya:" [DIA -ALLAH] Tidak mengantuk dan tidak Tidur"

Selain itu , amalan mustajab untuk mengelak berlaku kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda.

Selamat mencuba!! sebarkan kepada rakan-rakan untuk manafaat bersama.

Friday, September 4, 2009

Anak sendiri tak mati kelaparan



Walaupun kera dihutan disusukan,anak sendiri tidak mati kelaparan.

PM 1Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara .

Bila duit dibahagi ramai-ramai dapatlah merasa RM350.00 seorang dan setengah pula dapat Rm150.00.Syukurlah duit Rayakan,pada tak boleh langsung,merasalah juga.PM 1Malaysia yang bagusnya dia bagi semua tanpa pilih bulu,dari parti bulan/roket atau parti kepala kerbau.Walaupun puak penbangkang disusukan,anak sendiri(ahli umno)tidak mati kelaparan.

Setahu saya pengagihan duit raya ni bermula sejak tahun 2003 lagi.Tapi ramai lagi rakyat tak sedar apa kerajaan UMNO buat sepanjang 52 tahun mederka terutama sekali dari puak-puak parti PAS yang berpengang pada kata-kata hikmat

Bagi gula kacau,
Bagi lembu tarik,
Bagi kain pakai,
Bagi baja tabur,
Bagi duit ambil,

Suruh undi "bulan",tapi ambil barang dengan dacing.

Janganlah kita bersikap cerah mata,ringan tangan tapi buta hati.Apa kerajaan buat seolah-olah tidak menghagai langsung.

Kemaskini semula 10 Sept. 09

Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima duit raya sebanyak RM500.00 seorang.Wau!!!! murah hati sungguh PM kita ni.Seelok-eloknya bagi semua rakyat yang pendapatan bawah RM800.00 atau pelajar IPT yang tak dapat korja lagi.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN