Search This Blog

Followers

Wednesday, November 25, 2009

Musim tengkujuh laut bergelora

Blogger rimba

Di negeri Cik Mek Molek banjir semakin pulih,sudah menjadi kebiasaan di pantai timur bila musim tengkujuh laut bergelora . Tahun ini gelora bukan di lautan saja tapi ikut bergelora hingga ke pejabat MB.Nasib baik ada talian hayat dari Pas pusat yang dapat meredakan sikit hati rakyat.

Gelora dalam politik Kelantan kali ini angkara penulis blog orang dalam yang mahu ketelusan dalam pentadbiran negeri yang diterajui oleh parti Bulan.Dulu kita pernah dengar tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia.Tapi kali ini tangan yang memetik laptop telah mengoncang politik Kelantan .

Tangan itu tak lain tak bukan dari bloger terkenal orang dalam pentadbiran parti Bulan sendiri.Dengar kata mek-mek Kelantan blogers kickdefella adalah budak Husam Musa .
Kalau ada masa sudi-sudilah klik blogger Kickdefella (kickdefella.wordpress.com) , di situ rakyat akan tahu apa disebalik parti Bulan.

Ekoran pendedahan bloger kickdefella telah berlaku korban sebelum raya di mana tok guru menasihatkan menantunya letak jawatan CEO PMBK,tok guru pula lebih awal membatal hasrat ke tanah suci .Ini semua demi menjaga nama baik kepemimpinan islam dan mengelak fitnah walaupun terpaksa guna talian hayat dari pas pusat.

Hari ini saya terkejut pula didada depan Berita Harian 26 Nov.2009,HUSAM TAK MAHU JADI MB,maknanya ada ura-ura lah tu tok guru nak letak jawatan .Kata orang tiada angin manakan pokok bergoyang.

Kalau kita bersembang di warung-warung kat bandar KB,banyak orang bercakap calon yang ada tokoh menganti tok guru adalah Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri), Ahmad Yacob(TMB) dan Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri).

Ketiga tokoh tersebut semuanya alim,jadi pastilah rakyat Kelantan mahukan tok guru pilih yang teralim dari yang alim.Tapi jangan pula melantik Nik Abduh anak tok guru sendiri,walaupun dia berwibawa dan punyai ketokohan,nanti pisang berbuah dua kali atau jatuh lubang yang sama.

Mulut tempayan boleh ditutup mulut rakyat susah nak tutup

Kita berbalik kembali kepada bloggers penyokong pas Kickdefella,ada yang kata penulis tu dah kena beli ke Umno untuk porak perandakan politik Kelantan.Saya percaya tak mungkin Umno berbuat bagitu kerana prinsip umno biar rakyat mentaksir sendiri mana yang baik mana yang tak molek.

Ada juga yang beranggapan biasa dalam politik pacung-memancung hendakkan kuasa,oleh itu bloggers digunakan untuk jatuh menjatuh sama puak-puak pas dia sendiri.Harap pemimpin lama nak berhenti bila,mesti kena main politik kotor sikit.

Tapi ada pula mengatakan niat ikhlas blogers tu untuk membetulkan pentabiran negeri,sebab dia tahu disebalik baju dalam seluar dalam pemimpin pas yang ada kudis/kurat yang perlu disembuhkan sebelum pru13.

Rakyat juga tidak boleh menolak mungkin juga kerana pemimpin pas bagi makan tak cukup.

Dalam diam-diam ada rakyat yang berbisik dan tarik tangan kawan-kawan,kalau gelora tak berhenti macam mana kita nak turun ke laut.Mestilah kena cari kapal yang kukuh dan besar.Sudah pastilah kapal BN menjadi pilihan.

Wassalam

Apa pendapat anda pula?

Sunday, November 15, 2009

Bila pegang dua kopiah



Isu melantik menantu pun orang pertikaikan,apatah lagi nak pergi haji.Inilah susahnya bila Tok Guru memakai dua kopiah.Satu sebagai Tok Guru dan satu lagi sebagai menteri.

Menantu

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Hadiah

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan menganggukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.
“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.


Apa kata anak buah Tok guru


Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayup berkata,"apa yang berlaku pada Nik Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru,saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok guru ini,beliau manpu mengedalikan semua ini dengan baik."

Isu berhubung tajaan haji ini menjadi mainan media,sehinggakan beliau(Tok guru)membuat keputusan membatalkan hastratnya.


Kita lihat kata pemimpin lain pula

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno,

Menurut sejarah Islam di zaman Khalifah Amirulmukminin telah menjelaskan pengambilan hadiah perlu diketahui terlebih dahulu daripada mana dan untuk apa hadiah itu diberi.
"Pemerintah Omar Al-Khatab menolak pengambilan hadiah sekiranya ramai lagi rakyat jelata lebih memerlukan,demikian juaga Nik Abdul Aziz dengan nilai RM65,000 boleh menampung enam orang yang lain memunaikan haji.
Turut ditaja ialah CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) menatu Tok Guru juga.Ramai lagi tokoh agama lain di Kelantan yang tidak berkemapuan,tetapi kenapa taja Menteri Besar yang ada kuasa eksukutif dan menerima gaji besar.


Ahli Pahlimen Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali,calon bebas menang pilihanraya umum 2008 atas tiket Pas berkata,Kalau benar individu itu iklas untuk menaja haji mencari barakah,seharusnya beliau menaja golongan yang tidak berkemampuan,spt orang miskin,orang kurang upaya,ibu tunggal.Saya percaya pahalanya lebih besar lagi jika tolong orang golongan ini keraa mereka tergolong dalam kumpulan pemberi zakat.


Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,Nik Aziz tidak perlu menggunakan sebarang wang tajaan daripada individu untuk menunaikan haji kerana dibimbangi ia bakal menjadi ikutan pegawai bawahan selain terdedah perbagai spekulasi.Sebagai seorang menteri besar ,beliau mestilah mengamalkan ketelusan dalam semua hal pengurusan ini termasuk perkara wang perbelajaan untuk ibadat.


Apakata setengah rakyat masa sembang-sembang petang


Pandanglah secara positif,Tok guru nak pergi buat ibadat tu,bukan gi karoke.Pejam sebelah mata je.Tak pergi orang kata ,pergi pun orang kata.

Sila klik mstar ,Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Lain padang lain berlalang,lain rakyat lain pandangan,sila komen ya.
.....................................................................................................................................................
Kemaskini 24 Nov 2009
Rujukan BH
Akhirnya Tok guru tak jadi ke Mekah tahun ini manakala menantunya CEO PMBK meletak jawatan demi menjaga nama baik kepemimpinan Islam dan mengelak fitnah.

Sepatah kata dari menantunya Abdul Ariffahmin,walaupun sedia meletak jawatan,namum beliau yakin tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa fitnah menerusi laman blog.

"Dulu masa saya lantik Abdul Ariffamin,penasihat undang-undang pun ada tetapi beliau tidak komen apa-apa.Semua yang berada dalam mesyuarat itu senyak,maka saya lantik"
Nik Aziz Nik Mat-MB Kelantan

"Saya sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan terutama apabila gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri,kerana saya sentiasa patuh kepadanya"
Abdul Ariffami Abdul Rahman-CEO PMBK

Friday, November 6, 2009

Takut Termakan Budi Tergadai Parti




Kalau kita masuk kadang kambing kena mengembek,

Kalau kita ke negeri yang terkenal dengan Nasi Kerabu,

Kena kecek Kelantan,

Baru boleh masuk daun .


Tiba-tiba kejut bunyi Kerajaan Pusat nak wei pitis atau orang panggil wang ihsan mulai tahun depan. PM kita royak pitis hak nak buie tu hasil pengeluaran minyak di luar persisir pantai negeri Kelantan.

Pitis ihsan tu akan dibuie dalam bentuk projek pembanggunan serta pembasmian orang susah selepas berunding dengan kerajaan Serambi Mekah.Ingat dia akan buie sikit-sikit dulu,maklumlah baru wat tubik minyak kan.Macam orang nerga lah,nerga hari hari ni takkan untung selalu.

Tujuannya molek untuk meningkatkan kesejahteraaan hidup penduduk selarah dengan arus pembangunan negara.

Maknanya,PM tak mahu tengok negeri lain maju,negeri Kelantan mundur,sedangkan sama ada ahli umno juga.

Takkan nak marah empat lima ekor nyamuk bakar semua kelambu.Nilah orang panggil kerajaan Islam takda pilih kasih,dia akan buat serupa 1Malaysia.Dia kan buie pitis secara telus.

Dengar kata ,PM royak dari segi perundangan Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti jika sumber minyak dihasilkan dari pengairan negeri.Lok ni takda lagi pengeluaran minyak dalam kawasan pengairan Kelatan dan Trengganu.Tapi untuk adil dan saksama akan buie semua negeri,supaya lapisan rakyat takda yang terpinggir.


Salam dulu


Tok Guru Nik Aziz,selaku menteri besar Kelantan kita bersyukur dalam terkilan sebab had dia minta pembayaran royalti minyak masih tak leh lagi.

Namun bagitu Tok Guru kita akan menunaikan nazar berpuasa tiga hari kerna peruntukkan pitis Ihsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang insan,yang kita mahukan wang royalti."


Hairannya orang nak wei pitis anak buah Tok Guru pertikal pula,


,"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah,tapi mahu hak mereka,iaitu royalti minyak. -Salahudin dan Khalid Samad.

Apa kata Husam Musa"kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ihsan itu kerana tak ikut perjanjian yang di tandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.


Apa kata budak-budak kelantan kat Kuala Lumpur

Terima saja,Tok Guru ,puak kita lama dok merantai sambil maju negeri orang,rasa nak kelik lah juga untuk memberi jasa kepada negeri kita pula.Lagi pun kita dah berumur,boleh lebih kurang lah!!!.

Abg Husam,usak ikut darah panas,terima saja dulu,kawan nak rasa juga hujan emas di negeri kita,dah kerajaan Umno nak buie gah.

Rakyat Kelantan berdoa siang malam,agar dilimpah rezeki,tapi orang nak wei pitis ,Tok wakil tolak pula..emmmm .

Harap nak tutut RM1 bilion pitis royalti minyak sejak 2004 tu,tak tahu bila nak dapat,entah-entah naik makamah bicara kalah.

Usah bimbang "Takut Termakan budi tergadai parti".

.......................................................................................................................................................................

Rabu Disember 9, 2009

Bawa Saja Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah
-Sila klik Mohamed Nazri

Sunday, November 1, 2009

Kereta Baru Kereta Lama

Kereta baru untuk rakyat

Apa jadi dengan kereta lama

Mulai 1 januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbarui cukai jalan.Ini antara 18 langkap baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automatif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automatif tEmpatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat,mesra alam dan berteknologi tinggi untuk rakyat.

Kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustafa Mohamed,"keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkak awal ke arah perlaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat kenderaan (ELV).



Kereta lama rakyat masih boleh guna

Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya negara kita.Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia yang tinggi jika dibanding dengan negara lain.Tapi buat masa ini kerajaan membuat keputusan bahwa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajip melakukan pemeriksaan bagi memastikan selamat dan boleh diguna.

Apa kata rakyat yang guna kereta lama


Rakyat masih lagi ramai yang tak mampu nak pakai kereta baru,itu pun nasib baik boleh beli kereta lama.Lagi pun pendapatan rakyat ada lagi $750 sebulan dan ramai bawah $2000.Kata orang ukur baju dibadang sendiri.Lagi pun pakai kereta lama tak payah fikir hutang.Tidur malam pun lena,tak rusing bank nak tarik.Lagi pun kereta baru kena bayar bulan-bulan, tak bayar 3 bulan bank akan hantar penarik kereta yang ganas-ganas nak balik kereta dia punya.


Macam kerajaan cadang tu bagus,kereta lama kena hantar Puspakom.Tapi ingat bukan hantar free,sebelum hantar kena baiki.Kereta lama kalau nak baiki macam baru 10,000 ringgit tak cukup dan sudah pasti susah nak lulus.Lagi insurans kereta pun mahal dan cukai jalan lagi kena bayar juga.


Pengguna kereta lama sebenarnya untuk perjalanan dekat saja kalau nak pegi jauh dia orang naik kenderaan awan,tak payah bayar tol.Dari sudut keselamatan pula pemandu kenderaan lama tak pandu laju macam orang tua takkan nak lari kuat nanti sesak nafas.Kalau ikutkan kemalangan maut sekarang yang terlibat adalah kebanyakkan kereta-kereta baru.Manakala yang rosak kelihatan kerap ditunda adalah kereta baru juga.


Seeloknya ikut macam biasa sekarang ni,tak payah Puspakom,kita ada Polis ada JPJ jumpa kereta atas jalan yang tak ikut peraturan contoh seperti lampu tak nyala sebelah,tayar botak....saman je,tak kira kereta baru kereta lama.


Rakyat berharap kerajaan dapat mencari jalan yang lebih sesuai khususnya bagi pemilik kenderaan lama yang kurang berkemampuan

Apa kata pengusaha kereta lama tentang syarat NAP

Kebanyakan pemilik kereta dan pengusaha kenderaan terpakai kecewa dengan peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP) yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.
Peraturan itu, yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan penumpang.

Mereka berpendapat peraturan baru itu, yang berkuatkuasa 1 Januari depan, akan membebankan golongan kurang berkemampuan serta menjejaskan industri jualan kereta
terpakai di negara ini

Apa padangan anda?

..................................................................................................................................................................................................................


Kemaskini 6 Nov,09,

Kerajaan Tarik Balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA