Search This Blog

Followers

Tuesday, May 11, 2010

Cegah sebelum parah

Kalau kita biarkan dalam masjid dibolehkan ceramah politik tidak kira dari parti mana akan terjadi perang saudara.Polis tak dak kerja lain asyik terima repot orang gaduh dalam masjid.Rakyat pula kena bawa corta untuk mempetahankan diri sekira teracam.Di masjid rakyat pergi tidak kira parti mana, semuanya ingin mengadap kiblat yang sama.


Penceramah politik tidak kira tempat tidak boleh lari dari mengutuk,mencerca calon parti lawan, tak kira mana-mana pihak, kalau puak Pas mula dulu,pasti puak BN takkan berdiam diri,semuanya ada hujahan.Apakah masjid akan jadi tempat perang lidah atau tempat nyalakan api pergaduhan.Akhirnya orang ramai ,remaja atau pun orang yang mula-mula nak jinak dengan agama, sudah pasti takut hendak pergi masjid.Kalau iman orang pro BN,orang Pas tak pergi,tapi kalau iman pro Pas,orang BN tak pergi.Akhirnya masjid akan menjadi berpuak-puak.Silap-silap haribulan Bangla saja pergi masjid.

Apa akan terjadi sekiranya berlaku dalam masjid atau surau seperti cerita dibawah?.

Ustad Pas:Saudara-saudara perlu ingat orang dalam BARISAN tak boleh buat iman.

Pak cik Nor:Hey ustad belajar kitab mana,orang dalam BARISAN tak boleh jadi iman,apa ustad dah sesat ke?.


Ustad Pas:Pak cik Nor,cakap biar bertapis, fahamlah dulu hamba kata,maksud hamba nak jadi iman kena berada di hadapan bukan dalam BARISAN.


Pak cik Nor:Ustad usah berkias, jenis ustad putar alam ,tak boleh buat iman.

Akhirnya makmum dan ustad bergaduh, esok kedua-duanya tidak ke masjid lagi.Itu baru isu sikit sahaja , belum lagi ayat penceramah politik yang boleh membakar semangat, membuat bulu roma berdiri.Setiap orang ada yang cepat panas telinga,panas barang sudah pasti syaitan yang sentiasa menghasut dan membuat orang akan hilang kesabaran apabila parti ikutannya diperlekeh , tambah-tambah di tempat yang suci.

Oleh itu amatlah tepat sekali Sultan Selangor menitahkan tidak membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik.Sultan Selangor menjelaskan larangan agar masjid tidak digunakan sebagai pentas politik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat itu.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor pada 10 Mei 2010 telah membuat laporan polis di IPD Shah Alam Sekyen 11 terhadap Tok Guru Nik Aziz yang mempetikaikan perintah Sultan.

Manakala repot polis juga di buat terhadap Lim Guan Eng kerana
menganggap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak layak memegang jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Malah kenyataan Guan Eng itu juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pelantikan Musa sebagai Ketua Polis Negara.

Dalam masa yang sama, pihaknya mahu Guan Eng berhenti daripada menggunakan nama Kalifah Umar Abdul Aziz dalam ucapan, penerbitan dan sebarang bentuk komunikasi yang disifatkan mencemarkan nama baik khalifah Islam serta perasaan umat Islam di negara ini.

Berita/sumber lengkap klik atas gambar dibawah

Kelihatan YDP Abdullah Mansor (Perkasa) Selangor(kiri) bersama Pengerusi Perkasa Daerah Petaling Sdr Zainal Abidin Ahmad ( berkaca mata) dan Sdr Bakar iaitu Pengerusi Perkasa Daerah Kelang( kanan sekali) sedang ditemuramah oleh wartawan sebaik sahaja selesai buat repot polis.

Inilah sebahagian pemimpin Perkasa yang hadir sama membuat laporan polis kerana cintakan kedamaian, keamanan, kata orang cegah sebelum parah.

5 comments:

Nida n' Hanafi said...

Sepatutnya masjid atau surau adalah tempat untuk menjalinkan ukhuwah.. bukan meleraikan ikatan ukhuwah..

Unknown said...

Ilmu islam merangkumi segala aspek..kehidupan.
bila sesuatu yg diperkatakan ttg kebenaran..dan terkena batang tubuh ..maka itu difahamkan sebagai berpolitik..
payahlah Lagu ni...

Unknown said...

Dalam keghairan NGO Peribumi Perkasa memperkasakan Melayu.Harus ingat kalau nak satukan orang Melayu berilah kekuatan agamanya dahulu,bangsa akan menginkut bersatu.

PERKASA perlu perkasa agama dahulu dan secara automatik Melayu akan bersatu.

Pada masa ini ramai rakyat melihat Perkasa nama samaran bagi Umno maknanya 2x5

Kalau betul PERKASA nak perjuangkan bumi Melayu,agama,beranikah buat perarakan bebesaran bantah suruh umno dan PR tutup kedai toto,mgnum dan apa bentuk judi berlesen dan kilang arak dulu.

Hellioz said...

yeah
stop using religion to gain power...

mail lambong said...

Salam ziarah,

saya beranggapan kita kena mulakan sikap tegur-menegur dan bukannya sikap mencari salah orang lain dan mempergunakannya sebagai kepentingan peribadi.

saya lihat baik PR ataupun BN,kedua-duanya menggunakan taktik yang sama.Mungkin ini namanya strategi politik.

Masjid boleh digunakan sebagai tempat berpolitik tetapi berpolitik secara sihat yang membina kekuatan ummah dan negara bukannya kekuatan membina parti.Banyak perbezaan tu..

kalau dah sampai hina-menghina didalam masjid itu kiranya bukanlah berpolitik secara jujur tetapi ingin mengaibkan dan memalukan orang lain.perbuatan yang tidak baik itu sememangnya baik dicegah tetapi orang yang mencegah itu perlulah menunjukkan tauladan yang baik.jadi tidak timbul soal tidak puas hati kiranya yang menguatkuasa itu dilihat bersih dan jujur.

oleh itu marilah kita bersama-sama memulihkan imej negara dan hentikan perbuatan yang boleh mencemarkan imej negara.