Search This Blog

Followers

Thursday, January 28, 2010

Salam berlapik

Terima kasih membantu saya,ini bukan rasuah
cuma pemberian,
projek ni bukan makan sorang,untuk puak-puak kita jugakan.
Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita membalas.

Ketika memilih jalan "kesenangan" dan menganggapnya sebagai jalan menuju "kebahagiaan", kita sudah berjalan ke arah yang berbeza dengan jalan kebahagian .Kerana itu,semangkin jauh menikmati kesenangan,semangkin jauh pulahlah kita dari jalan kebahagian.

Rasuah berlaku dalam gelap, kesannya dapat dilihat melalui kehidupan mewah,perbelajaan melebihi pendapatan normal.

Ketika seseorang akan melakukan rasuah ,ia pasti didorong oleh keinginannya untuk lebih baik,untuk hidup lebih selesa,untuk mencapai kebahagiaan.Orang yang rasuah sebenarnya mencari kebahagiaan tetapi ia tidak menyendari bahwa apa yang ada didepan matanya itu sama sekali bukan kebahagian.Ia tidak tahu bahwa saat ini ia sedang berhadapan dengan "kesenangan".Ia telah melihat "kesenangan"sebagai "kebahagiaan".

Orang yang bersubahat sama saja.Orang-orang ini juga adalah mereka mengidamkan kebahagiaan.Ketika melihat orang yang punyai kuasa,yang terbayang di mata mereka adalah kebahagiaan atau boleh buat duit, apabila mereka mendapatkannya.Mereka juga tidak sedar bahwa yang berdiri di hadapan mereka bukanlah kebahagiaan,melainkan kesenangan dan kenikmatan yang menyamar sebagai kebahagian.Mereka ditipu oleh keasyikkan dunia atau mereka ingin menikmati hidup sekejab ini dengan menghalakan yang haram.

Kita sering terdengar perbagai bentuk rasuah, ada rasuah sex,keraian,taja haji , melacong,hadiah set golf , baiki kereta atau tukar tayar , beri kereta mewah dan banyak lagi tak habis nak cerita kat sini.Namun bagitu jenis duit yang paling popularnya tidak kira dari spesis Bilis atau Jerung.Dorongan kemewahan seperti mahu rumah besar,kereta besar mungkin bini yang tak mahu yang besar tapi ramai menjadi gelap mata.

Kalau jenis Jerung pula,mesti aset-aset simpanan luar negara,yang sukar untuk rakyat tahu atau di kesan SPRM.Hari ini bunga-bunga rasuah telah melarat ke tempat ibadat dengan menaja pergi haji atau umrah tapi berselidung disebalik pemberian iklas.Tapi ramai yang fakir miskin tidak di taja pula.

Singgah di warung

Saya masuk ke warung,meja yang saya duduk menyebelah meja yang diduduki 3 pemuda yang rancak bersembang sambil gelak ketawa.Saya pun tumpang dengar apa yang menariknya.

Kata salah seorang pemuda kepada rakannya,"Mat kalau mu niaga ada modal duit seguni pun belum tentu dapat projek,kalau tak bagi pelapik,walaupun proposal cantik.Kosmisen dicerita dulu ,baru tanya ada projek atau tak da."

Lalu rakan seorang lagi menyampuk"Apa-apa pun Mat,mu kena cari orang yang baik dengan bos projek supaya boleh buat keluar bos tu,mula-mula berkenalan lah dulu.Tapi mu kena tengok angin dia macam mana,kalau jenis tak berapa lebai,ajak pergi karoeke atau Bali atau Bangkok.Kalau jenis lebai tawar pakej umrah atau ziarah saudara islam kat negeri Cina."

Sudah lumrahkah? , nak berniaga wajib duit kopi.Sekiranya dapat projek pemberi dan penerima,dapat hasil dari kegiatan haramnya lalu dibuat beli rumah ,maknanya duduk dalam rumah haram,kalau beli katil ,maknanya tidur atas katil haram,kalau beli kerusi pastilah duduk atas kerusi haram apatah lagi untuk makan-minum keluarga yang akan menjadi darah daging.
Tapi janganlah buat kahwin dengan duit haram sudahlah.

Hal ini dikaitkan dengan sabda Nabi(SAW) yang bermaksud:"Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami tetapkan pendapatannya atau gaji maka apabila ia mengambil lebih dari apa yang yang ditetapkan itu dikira sebagai satu penipuan dan rasuah.
"

SPRM visi,misi dan objektif sudah jelas untuk negara kita.

Visi
  • Mewujudkan masyarakat Malaysia bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
  • Menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang professional dan unggul.
Misi
  • Menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia.
  • Mengukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan sumber manusia secara terancang dan berterusan.
Objektif

Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

Friday, January 15, 2010

Jangan silap taksir


Kita mudah mentaksir sesuatu benda yang kita lihat pada pemulaannya.Biasanya orang akan buat tanggapan pada pandangan pertama yang negatif dulu.Itulah kesilapan kita walhal gambar di atas adalah sebuah lampu di tepi dinding yang berwarna coklat je.

Apalah salahnya dalam kehidupan ,kita berfikir dulu sebelum membuat pentaksiran.Banyak dalam masyarakat kita hari ini belum apa-apa lagi dah buat tomahan negatif hinggakan tidak nampak yang baik.

Blog

Bagitu juga dalam penulisan blog ,setiap penulis adalah untuk memberi ilmu,pendapat,info dan cadangan.Terdapat juga penulis blog yang disifatkan lebih banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca,bukan saya kata tapi keluar dari mulut ulama tersohor yang menjadi kontrovensi sejak akhir-akhir ini.Kenyataan itu dari Tok guru yang bergelar Mursyidul Am Pas,Nik Abdul Aziz yang juga MB Kelantan.

Katanya rakyak perlu menapis sebarang maklumat tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan penulis blog individu tertentu,sekali gus menimbulkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat."Kita baca blog kerana nak ilmu.Tetapi kalau apa yang dituliskan itu banyak perkara berunsurkan provokasi dan fitnah,jadi apa ilmu yang kita dapat itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat."

Selain itu Tok guru mengingatkan kalau menulis jangan niat nak melaga-lagakan orang.Sebelum ini Tok guru pernah mengatakan 'blogger celaka' khususnya yang memperlaga dalam politik Kelantan.

Kenapa Tok guru marah sangat,sebab terdapat blog yang menyatakan Exco Kanan Pas,Datuk Husam Musa akan meletak jawatan susulan krisis yang melanda kepimpinan Pas negeri baru-baru ini.Sedangkan Tok guru mempertahankan Husam yang disifatkan membawa tuah pada Kelantan.Selain itu juga isu menantunya CEO PMBK yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencengah Rasuah(SPRM) adalah tercetus dari tulisan blog.

Soalnya sekarang penulis blog Pas yang dikatakan dari puak ulama Malaysia, macam mana asyik mengutuk kerajaan je,memecahkan umat Islam Melayu tak jatuh celaka ke?.

Ceramah

Saya pernah pergi dengar ceramah Pas,sekadar nak tahu je,rupanya tiada cerita lain mengutuk pemerintah je.Apa yang kerajaan buat seolah-olah semua tak betul.Perkara yang molek tidak dicerita sedikit pun.Tapi saya mula faham bahawa apa yang didengar adalah ceramah pembangkang.Segala pembanggunan dan keharmonian rakyat berbilang bangsa bagaikan tidak nampak langsung seolah negara pemerintahan BN dalam keadaan huru hara dan rakyat mati kelaparan.

Kita pergi dengar ceramah nak dapat ilmu dan info yang baik bukannya nak dengar penceramah mengumpat kepada pemimpin tertentu.Janganlah penceramah pula jadi macam jora dikir barat.

Minta Duit

Hairanya Pembangkang(PR) selepas mengutuk kerajaan,minta peruntukan disalurkan pada mereka,betul ke cara ni.

"Kerajaan tetap bantu rakyat dalam perbagai aspek,seperti membaiki jalan,membina sekolah dan hospital,walaupun kawasan dikuasai pembangkang.Itu sudah menjadi kewajipan kita"kata Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan.

Monday, January 4, 2010

Politik kita

Negara ku semakin maju dan pelengkapnya adalah kedamaian yang berkekalan.
Saya percaya semua bangsa berbilang kaum di negara kita
mengharapkan perpaduan yang erat
dibawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak untuk
1 Malaysia


Wah!!...minum tea tarik bersama
DS Najib pemimpin 1 Malaysia bersama DSAI bukan main mesranya bila berjumpa bagaikan tiada sengketa politik Tapi hairannya bila berada dikelompok masing-masing lain cerita, pembangkang pula asyik menembak kata mengugat keharmonian.


Bukan main erat salam Tok guru dengan DS Najib,
walaupun tidak bersefahaman
tapi tetap bersaudara Islam.Kata orang Melayu PAS-BN ,kiblat sama,tuhan sama.


Bila dekat bagaikan adik abang,
masalahnya bila berada di pentas ceramah lain cerita


Bagaimana rakyat pula,kalau berpolitik pun jangan sampai
masuk lokap , kena gas pemedih mata atau patah kaki,
pecah kepala.Itu bukan budaya kita.
Kalau nak buat demonstrasi pun kenalah ada permit atau
cara demonstrasi secara aman.Kena pandai-pandai berpolitik,tengok
pemimpin DSAI dengan pemimpin 1 Malaysia DS Najib kita
minum tea tarik sambil senyum je.

Hulubalang Melayu Hang Tuah dan Hang Jebat
hebat di pentas persilatan tapi sayangnya
membunuh sesama bangsa.

Sila komen,fahaman berbeza tidak mengapa
...................................................................................................................................................................
Ingatlah, firman Allah di dalam surah al-An’am ayat 159:


bahawasanya orang-orang Yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan Yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah Engkau terkait sedikitpun Dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa Yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).