Search This Blog

Followers

Saturday, April 24, 2010

Tony Blair lari nampak Dato' Ibrahim Ali

DEMOSTRASI BANTAHAN KEHADIRAN PENJENAYAH PERANG TONY BLAIR
24 APRIL 2010 BERMULA JAM 9.30 PAGI DI HADAPAN SUNWAY PIRAMID.

Dato' YB Ibrahim Ali tunggu Blair the TERRORIST depan pintu dewan conference,dia lari menyorok dalam jamban! Notis Saman PERDANA GLOBAL PEACE WAR TRIBUNAL berjaya diserahkan pada wakil PENGGANAS Tony B LIAR! Dia akan dibicarakan diatas jenayah perang walau tanpa kehadiran,sepertimana dia telah dibicarakan dibanyak Tribunal oleh NGO2 serata dunia! Apakah dia ingat boleh lari dari hukuman setelah membunuh JUTAAN umat?
(Rujukan Facebook pengerusi PERKASA Daerah Petaling)

Presiden PERKASA Malaysia Dato' YB Ibrahim Ali sedang membakar semangat beserta dengan Kepimpinan Dewan Tertinggi serta Kepimpinan Perkasa Selangor dan Wilayah.Perhimpunan ini adalah anjuran Yayasan Perdana Malaysia yang membantah keras akan kehadiran seorang Penjenayah perang Iran/Iraq ini.


Pengerusi PERKASA Daerah Petaling Sdr.Zainal Abidin Ahmad(2 dari kiri) bersama rakyat Iraq



Pemudi kita turut berjihad


Kanak-kanak Iraq sedang pukul muka Blair dengan selipar




NGO Cina pun turut serta,semuanya benci Blair penjenayah perang



Terima kasih kepada pihak Polis memantau demostrasi secara aman.Tak dak seorang pun kena tangkap kalau buat macam ni oklah,semuanya berdisplin.

Thursday, April 22, 2010

Baling jangan tak baling

Selipar Malaysia barangan tempatan
dijangka sambut Blair

Sabtu ini 24 April 2010 di Sunway Lagoon

Tony Blair

Muntadar Al-Zeidi rakyat Iraq sudah baling kasut ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush

Kita lihat nanti Melayu akan baling selipar bukan sepasang tapi beribu kepada penjenayah perang yang mengaku berbohong semasa menyerang Iraq bersama sekutunya, orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq yang tidak berdosa.Keadaan ini menyebabkan ibu kehilangan anak,isteri ramai menjadi janda,rakyat jadi kucar kacir hingga ke hari ini,ada yang mati tidak berkubur.anak kecil menjadi yatim piatu,ada yang cacat seumur hidup ,ekonomi musnah.

Kita sebagai Melayu Islam tidak harus terima kedatangannya Blair ke negara ini.

Saudara-saudari tidak bersedirian kalau kesana ,ingat 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyambut kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang dijangka tiba di Sunway Lagoon Sabtu ini untuk menyampaikan ucapan pada National Achievers Congress.

Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia supaya menyatakan sokongan dengan menyertai demonstrasi aman sebagai tanda membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Blair terhadap rakyat Iraq dan Afghanistan.

Ditanya sama ada tindakan tersebut mendapat sokongan daripada kerajaan dan pihak keselamatan, beliau berkata:

"Saya fikir kerajaan tak marah, kalau mereka tanya siapa yang suruh (berdemonstrasi), kata saya yang suruh, biar mereka tangkap saya."

Sementara itu Ibrahim berjanji, 'beribu-ribu' selipar dijangka menyambut kedatangan Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

SEMUA AHLI PERKASA DAERAH PETALING JUMPA DI SANA NANTI

Wednesday, April 7, 2010

Perjuang Melayu tulen

Bersemangatnya pengerusi PERKASA Daerah Petaling Sdr Zainal Abidin Ahmad yang berbaju Melayu putih disamping Yang Berhormat Dato,Paduka Ibrahim Ali,selaku Presiden PERKASA Malaysia yang mengenakan baju batik bercorak kehijaun .Gambar di atas adalah ketika majlis pelancaran PERKASA Daerah Petaling.Pelacaran pada 23 Mac 2010,bertempat di Dewan Sri Budiman,UTM,Shah Alam.

Antara pemimpin Melayu inilah dengan sukarelanya atas kesedaran telah bangun membangkit semangat orang-orang Melayu yang berada dalam dilema akibat perpecahan kerana fahaman politik.Ahli PERKASA yang terbuka kepada semua tidak kira dari parti mana,macam kita pergi masjid semua campur gaul, tak kira parti .Lahirnya NGO Melayu atas nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah semata-mata untuk"MEMPERKASA HAK DAN KEISTIMEWAHAN MELAYU" yang perlu dihayati oleh semua orang Melayu.


Tapi hari ini bila Melayu bercakap sikit dalam kumpulan dituduhnya bersifat perkauman oleh segelintir Melayu sendiri dan bangsa lain yang tinggal sebumbung.Kita perlu faham Perkasa hanyalah mempertahangkan perlembagaan negara,bukan salah menjadi tanggujawab setiap warga negara Malaysia mempertahankan perlembagaan negara.

Apa kata kita hayati senikata lagu perkasa sekejab

Maju langkah bersatu
Perkasa darah tubuh bangsaku
Jiwa nan cekal pahlawan dulu
Bina kekuatan baru

Suara anak Malaysia
Pertahan nilai bangsa mulia
Agama Raja Negara tercinta
Pribumi perkasa Negara

CHORUS:
Musuh mencabar ku gembur
Berangkai kita bersama
Walaupun bungaku kan gugur
Bersambung juang anak merdeka
Merdeka!

Verse:
Inilah tanah betuah
Warisan kita untuk semua
Makmur bahagia selama lamanya
Pribumi perkasa Negara
Pribumi perkasa Negara
Pribumi perkasa Negara
....................................................................................................
JOM JOIN PERKASA DAERAH PETALING
....................................................................................................