Search This Blog

Followers

Friday, August 20, 2010

Mainan Umno di bulan Ramadhan

Orang politik hormatilah bulan Ramadhan

Ramadhan yang belum bagi dua hari bulan yang kita puasa sudah dicemari oleh orang-orang politik.Kenyataan yang kita petik dari menteri umno Zahid Hamidi mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kata pak lebai kampung saya,"biar betul Zahid ingat bulan puasa ni", adakah Zahid sendiri berada dalam masjid masa tu atau dengar cakap budak-budak dia yang mimpi masa khatib baca doa.Sekiranya betul menteri Zahid perlu kemuka rakaman suara, rakyat nak tahu juga macam mana doa yang dibacanya.Menteri-menteri Umno kena ingat nama kena jaga bukan mengotorkan dengan pemainan kata fitnah dalam masjid.

Peliknya setelah disisat oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Abdul Malik Kassim berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada mana-mana masjid melakukan doa dalam khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim seperti yang didakwa itu.Katanya, teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Bisik-bisik dari jauh suara beberapa pemuda atas pagar, umno tak habis -habis buat cerita budak-budak tak kira di bulan mana sekali pun.Asal boleh terjah dia terjah supaya puak-puak ulama jadi kelam kabut.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.� (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, August 7, 2010

Malu nak sebut Umno


Kalau kita berjalan di Shah Alam atau mana-mana penjuru negeri Selangor samatelah lagi di negeri Tok guru, Kelantan Darulnaim. Kita akan merasa jangal kalau sebut orang Umno atau BN, kalau singgah di mana-mana warung tidak kira di bandar atau di kampung.Mereka mencebik mulut sambil jeling ular serta senyum sinis tanda sindir.Kita tidak tahu apa dalam fikirannya, tapi boleh agak mesti dia kata" itu orang umno penyokong perompak rakyat.. lah ko."

Umno/BN telah terpahat dalam minda orang ramai sebagai sebuah parti yang membangunkan negara pada masa sama merompak rakyat.Agama hanyalah sekadar tempil-tempilan sahaja.Jadi itulah sebabnya orang ramai ingin sangat menukar jemaah menteri Umno kepada jemaah ulama pula.Kata orang tua-tua" tukar angin."

Tambahan pula kalau kita lihat dari segi kepimpinan melalui tauladan, wakil-wakil rakyat Pas boleh dikatakan hampir keseluruhan boleh berkhutbah di mimbar.Wakil rakyat umno/BN kebanyakannya pandai berkaraoke dan susah nak cari satu pun boleh baca khutbah, agak kertelaluan kalau kita kata semua macam tu.

Gaya hidup kepimpinan umno baik dari peringkat tinggi hinggalah ke ajk cawangan lebih kurang sama.Semuanya masuk parti nak projek je.Kalau turut parti tak boleh apa-apa akhirnya mereka kata "buang masa."Lain pula dengan ahli Pas mereka tak dapat projek pun mereka tetap setia kerana perjuangan mereka untuk agama.

Ramai puak-puak UMNO/BN kutuk tok guru atau alim ulama Pas kerana nak jaga hati bos dia, kebanyakan yang kutuk adalah terdiri dari orang yang baca Fatihah pun tak berapa betul.Kalau orang yang betul-betul faham agama dia tidak akan kata tok guru Nik Aziz sesat walaupun dia penyokong kuat umno untuk cari makan.

Kawan-kawan saya kata malulah duduk dalam umno,baca surat khabar Utusan pun orang dak cop kita sebagai penyokong umno.Tak tahu apa nak jadi Pru13 ni kalau iklim sekarang pasti umno akan kalah lebih teruk dari Pru12.Kita sebagai rakyat apa yang kita dengar kena cerita betul denyut nadi rakyak ketika ini.Jangan kita cakap umno sapu bersih sebagaimana pru12 dulu tapi hakikat umno kehilangan beberapa negeri setelah keputusanya.

Kalau ada masa nak baca lagi klik Tok Guru

Sunday, August 1, 2010

Akibat Refleksi Cinta


Terasa malas hari ini nak menulis hal politik, takda berita lain dua tiga hari ini hal jemaah menteri pakatan BN makan rasuah je.Jadi nak hilang serabut cerita menteri rasuah saya tukar topik pula kepada cerita peil wanita yang berwajah comel.

Kalau dekat negara kita orang yang selesai menunaikan haji akan dapat pangkat Haji(bagi lelaki) dan Hajjah(bagi wanita).Cuba tenggok baik-baik gambar Hajjah KrisDayanti(KD) , iaitu penyanyi terkenal di Indonesia yang serumpum dengan kita.Cuma lebih dia ,peil cantik sangat sebagai seorang wanita muslim yang pernah jejak kaki ke tanah suci.Mungkin pergi haji kerana tak tahu nak buat apa denga duit.

Saya tak mahu cerita panjang isunya di sini kerana semua orang tahu kes dia bercium mulut dengan kekasihnya Raul di hadapan umum dirancangan hiburan yang ditayangkan di Tv.Aksinya itu telah menyebabkan jutaan penontong melihatnya perangai tidak senonoh hajjah itu.

Telatah KD telah mendapat kecaman oleh Majlis Ulama Indonesia(MUI) dan juga Fron Pembela Islam(FPI).Selain itu laman soaial Facebook
bertajuk Say No to Krisdayanti juga telah diwujudkan bagi luahan perasaan masyarakat yang tidak puas hati dengan perangainya itu mencemarkan imej wanita muslim.Sehingga hari Khamis 29 Julai lebih 200 ribu pengunjung mengutuknya.

Ekoran itu KD telah memohong maaf jumaat 23 julai dengan mengadakan sidang media.Beliau minta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia ,anak remaja dan juga keluarganya apa yang dilakukannya.KD mengatakan kejadian berlaku secara spotan akibat dilamun cinta secara tidak sengaja apabila kita telalu menyayangi seseorang.Ini maknanya refleksi cinta.

Bagi pasangan yang sedang dilamun cinta tidak kira tua atau muda remaja, kena beringat refleksi cinta bahaya .Pencengah maksiat berdiri depan mata pun tidak nampak.Paling membimbangkan ko..ko..terlodeh baju.Bagi yang sudah ada bini,cinta kedua boleh membuatkan lupa pada bini tua.Dalam kereta tepi jalan pun boleh buat projek.....emmm..refleksi cinta dijadikan alasan.

Jadikan ilmu agama sebagai pendinding.

Kalau nak lihat gambar KrisDayanti yang seksa mata mamadang
1.Klik Kris
2.Kli Dayanti