Search This Blog

Followers

Sunday, January 15, 2012

Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam

Jangan kita salah faham ,Tok Guru temu mata puak demo bukan maknanya temu dengan puak-puak Kelantan yang buat demostrasi.Demo dalam bahasa Kelantan bermaksud "awak".Saya terang ni ko-ko orang luar Kelantan tak faham .

Hari ni 15 Jan 2012 ,Tok Guru Pak Nik Aziz selaku menteri besar serambi Mekah telah datang ke majlis bertemu mata dengan rakyat Kelantan yang dok cari makan di Selangor.Perjumpaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 17,Shah Alam.

Ramai sungguh sambutan anak Kalantan di perantaun.Semuanya pakat turun tidak kira pelajar kolej , peniaga tomyam , perkerja industri mahupun ahli-ahli koporat pun kelihatan.Pak-pak iman sudah tentu awal-awal lagi tunggu ,maklumlah ulama datang.

Wakil-wakil rakyat Kelantan pun kelihatan,di sinilah puak-puak Kelantan telah mengambil peluang beramah mesra dan bersalam dengan wakil rakyat masing-masing.Susik-susik dengar mereka kata" mengundi ni, kita semua pakat balik tak sah bimbang lah YB".Sementara ni kita semua akan tolong Pakatan Rakyat di Selangor sebagai hadiah tempat kita cari makan.

Sekarang ni orang semua nak agama, kerana mereka sedar hidup ni bukan boleh menongkat lagit walaupun harta bertimbung.Umno dok megah dengan pembanggunan di Selangor,tapi akhirnya boleh ke Pakatan Rakyat juga negeri paling maju.Maknanya rakyat tak lihat pada pembanggunan kerana Firaun pun buat pembanggunan untuk rakyat tapi akhirnya jatuh bila tak ikut cara yang ditunjuk Allah.

Suasana di luar dewan,kalau macam ni ramai sokongan jatuh PRU 13 umno-BN

Tok guru makan nasi kawah ulam budu bersama puak-puak Kelantan




Monday, January 9, 2012

Senyuman 901 tapi ada yang berduka



Perjuang keadilan rakyat Malaysia

Tiada kata yang dapat digambarkan, bertapa gembira penyokong Pakatan Rakyat di hari pembebasan Dato Sri Anuar Ibrahim dalam kes fitnahnya .

Sana sini nampak orang senyum manis dan mengharapkan Anuar dapat mengambil pintu kunci Putrajaya dari Umno pada PRU 13 nanti.
Malah bukan saja rakyat Malaysia yang tersenyum manis tapi dunia juga mengalu-galukan pembebasan Anuar.

Bertapa pantas keputusan di ketahui bila sms dihantar bagaikan skim piramid ,tiba-tiba terdengar sana sini takbir kesyukuran.Nelayan di laut bersorak riuh sampai bergocang boat, petani lempar cangkul, nasik baik pemandu teksi tak lepas stering.

Walaupun kita bergembira jangan lupa yang berduka

Tapi ada sebilangan yang berduka,nampak dahi berkerut, jalan tunduk,orang tegur salam 1 Malaysia pun tak berapa nak jawab, itulah orang-orang "yes man" Dato Najib BN,seteru Dato Sri Anuar.

Pakatan Rakyat jangan terleka Umno -Bn tetap akan cari jalan lain pula demi mengekalkan kuasa ringgit.Wang ringgit ditabur-tabur bagaikan bunga rampai menjelang PRU13.Kalau ikut sejarah di Libya wang tidak bermakna lagi bila kebangkitan rakyat.



Atas bumbung pun ada


Kalau macam ini ramai , TKO - Umno PRU13