
Adakalanya si pendusta memang sudah awal-awal lagi bersedia untuk berdusta.Oleh itu dia akan mengalami rasa ragu dan bimbang sama ada dia akan berjaya mendustai mansanya.Perasaan itu menyebabkan mereka akan terlebih-lebih berlatih dan bersedia untuk betul-betul berdusta dengan berkesan sekali.Jadi dia dapat mengucapkan "skrip" dustanya dengan lancar,teratur dan melebih-lebih.
Meskipun kata-kata dapat digunakan untuk menutupi dusta,tetapi banyak pendusta tertipu oleh kata-katanya sendiri kerana mereka cuia atau terleka.Mereka tidak pandai menutup dusta,ataupun mereka gagal melakukannya,tetapi sebaliknya mereka cuai sewaktu meracang pendustaan.Oleh itu berlakulah apa yang dikatakan tersalah cakap.
Tanda-tanda pendustaan pada percakapan termasuk juga yang tidak tepat,berbelit-belit .Satu lagi tanda yang jelas ialah hamburan kata-kata.Si pendusta bercakap banyak kerana dorongan emosi sehingga tidak sedar apa yang terjadi,iaitu mengucapkan banyak tanda-tanda pendustaan.
Ada banyak sebab mengapa pendustaan akan bocor.Antaranya ialah ,mangsa pendustaan mungkin terjumpa bukti perbuatannya,atau orang lain akan belot pada si pendusta.Antara orang yang belok ialah rakan yang dengki,rakan yang sedar ia ditipu,rakan yang simpati atau orang yang diupah.
Kadang-kadang pendusta mengubah-ubah kata-katanya dan lupa mengingati dusta-dustanya terdahulu,menyebabkan rahsianya bocor.Apa yang dikatakan tidak selaras dengan kata-katanya sendiri ataupun tidak selaras dengan fakta-fakta yang ada.Tetapi jika kata-katanya selaras,tidak semestinya dia jujur.Seorang pendusta yang berlatih dengan secukupnya juga akan dapat berkata-kata dengan selaras.
Ada sentengahnya pula berselidung di sebalik terjemahan hadith dan pakaian untuk menyakinkan orang.