Search This Blog

Followers

Tuesday, July 28, 2009

Teropong sekejap



Mungkin ramai tak sedar bahawa landasan kekuatan atau teras pembinaan satu bangsa ialah faktor keyakinan dan kenal diri.

Tapi kekeliruan muncul ketika melihat arah masa depan diri orang Melayu dalam kancah perbagai kaum negara ini.Masa depan hanyalah imaginasi pemimpin yang diluahkan melalui dasar.Sukar untuk menjangkakan keadaan hubungan Melayu-Cina-India untuk 50,100 tahun lagi,memandangkan ketuanan Melayu cuba dilonggarkan.

Yang ada hari ini ialah hubungan was-was yang seringkali tidak berasas dan bersifat negatif.Melayu bimbang kalau Cina-India bagini,Cina-India bimbang kalau Melayu bagitu.Sepatutnya Cina-India tidak perlu bimbang semua kalau faham makna ketuanan Melayu.

Dalam kancah politik,sacara psikologis Melayu telah diserang bertubi-tubi namun dapat ditakis oleh pemimpin Melayu-UMNO dalam mengekalkan martabat orang Melayu sebagai ketuanan demi sebuah kedamaian semua kaum.

Jarak perbezaan ekonomi Melayu dengan kaum lain memang ketara.Ramai orang Cina memulakan hidup dalam suasana sempit di bandar kecil pada mulanya tetapi mereka turut membesar dan berjaya dalam pertumbuhan bandar yang dihuni dengan sikap tolenrasi dan sokongan oleh orang Melayu pada mulanya.

Melayu hari ini masih lagi ketinggalan di bumi sendiri.
Kita harus sedar Melayu bukanlah meminta kuota,dihati kecil terselit rasa malu untuk mendapat subsidi,tetapi tiada pilihan.Sebenarnya orang Melayu terpaksa menerima bantuan dan menafikan peluang bangsa lain tetapi atas sebab mereka mesti mengimprovekan diri sendiri supaya menjadi manusia lebih baik,lebih berdikari dan menyumbang dalam pembanggunan negara.

Bagaimana pula hubungan Melayu-Cina-India itu harus berlangsung agar kesejahteraan yang dikecap,kekal selamanya tanpa Melayu memenuhi tuntutan warganegara kepada kaum Cina dan India.

....................................................................................
Lihat dulu apa kata Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam blognya bertajuk KAKI DALAM KASUT

Wednesday, July 22, 2009

Obama:Sekali sekala apa salahnya.....





Berita tentang Obama yang sedang menjeling awek di sampingnya.Kejadian menggelikan dan lucu ini terjadi semasa Presiden Barack Obama mengikuti sesi bergambar bersama para pemimpin negara G-8 di Main Conference L'Aquila,sebuah kota di Italy yang mana tahun lalu kena gempa bumi.

Pada hari Khamis (9/7) waktu tempat kita,para pemimpin G-8 baru saja selesai sesi bergambar,kemudian perserta foto ditambah sebahagian dari remaja berusia 14 hingga 17 tahun yang cum..cum belaka.

Dalam ramai-ramai remaja yang datang tu,ada seorang gadis seksi baru umur 16 tahun yang asal dari Brazil,namanya Mayora Tavares.Rupanya Mayora menarik perhatian Obama.Ketika gadis itu berlalu di sebelah kirinya,pandangan Obama pun terlihat mengikuti buntut Mayora.

Sayangnya Obama tidak sedar bahwa Presiden Perancis Nicolas Sarkozy memperhatikan tingkah lakunya sambil tersenyum dan mungkin sekali berkata dalam hatinya"Kucing kalau tak tengok ikan depan mata...kucing nak mati ko".Malah Obama juga tidak sedar bahwa tingkahnya itu dirakam oleh jurufoto.Biasalah perangai lelaki yang ada gatal-gatal sikit tu, menjadi tersebar seluruh dunia.

Jadi pemimpin negara kita tak kira dari parti mana,kena beringat juga masa di khalayak tu,apabila bersalam dengan wanita jangan penggang lama-lama....maklumlah politik dinegara kita sentiasa panas.Gambar pun senang rakam sekarang ni ,telefon bimbit pun boleh dikatakan ada kamera semuanya.

Pemimpin kita, kata orang kena bersih dan kelihatan bersih dari isu-isu moral dan tak kira apa saja yang tak molek dan tak sedap didengar.

Sunday, July 19, 2009

Air Dalam Cawan Sentiasa Berkocak



British semasa penjajahannya telah membawa orang Cina dan India untuk bekerja di Tanah Melayu.Jadi tujuan asalnya orang Cina dan India datang ke sini untuk mencari nafkah dan sudah menjadi kebiasaan setiap pendatang akan pulang ke negara asal setelah ada modal dan menjalankan perniagaan di negara sendiri.

Tapi pendatang sudah tidak terbilang.Mereka telah beranak pinak di sini dan menetap di Tanah Melayu.Keselesaan di sini dan sikap toleransi orang Melayu menyebabkan mereka lupa negara asal sendiri malah memutuskan hubungan dengan negara asal.

Oleh kerana pendatang beranggapan kesetiaan mereka kepada negara ini sebagaimana didakwa mereka menuntup kewarganegaraan.Alasan mereka di lahirkan di Tanah Melayu mereka bekerja di sini dan dikebumikan di sini seperti juga orang Melayu mereka tidak mempunyai negara lain yang boleh mereka pergi dan menganggap diri mereka adalah penduduk Tanah Melayu.

Seandainya orang asli menutup haknya sebagai tanah airnya yang asal.Orang Melayu,Cina dan India dipaksa meninggalkan Tanah Melayu,orang India boleh menetap di India dan menjadi orang India sedangkan orang Melayu tidak boleh buat bagitu.Orang Cina pula dia masih boleh balik ke negeri asalnya.

Kemanakah orang Melayu akan pergi sekiranya dia dihalal dari Tanah Melayu?Sudah pasti tiada negara pun akan menerimanya berdasarkan ikatan kaum.

Orang asli tidak kira di negara Amerika,Taiwan,Jepun,Australia dan banyak lagi negara yang ada orang asli,kehadiran pendududuk peribumi sebelum negara itu diduduki oleh kaum-kaum lain tidaklah diiktirafkan dari sudut antarabangsa dimiliki oleh penduduk peribumi.Jadi orang yang mula-mula membentuk kerajaan yang berkesan dan warisan-warisannya lebih ramai dari orang asli.Maknanya di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan bahwa orang Melayulah yang membentuk kerajaan yang berkesan dan diiktiraf di kalangan antarabangsa sejak permulaan sejarah Tanah Melayu lagi.

Tapi mengapa negara kita walaupun dari pandangan luar nampak aman damai tetapi selepas 50 tahun merdeka pun ,air dalam cawan sentiasa berkocak.Tidak kiralah Cina dengan Melayu atau Melayu dengan India dan juga Melayu sama Melayu.

Orang Melayu telah banyak beri betis kepada orang Cina dan India,tapi mereka minta paha pula.Orang Melayu telah banyak berkorban termasuk menyerahkan pulau Singapura dan kali terakhir pulau Putih Mata..eeek bukan-bukan Pulau Batu Putih kepada orang Cina.

Pada masa ini orang Melayu telah berpecah belah dan sudah pasti akan menjadi lemah.Apakah orang Melayu akan bersatu kembali setelah terdesak sebagaimana berlaku peristiwa 13 Mei 1969?.Harap-harap air yang berkocak dalam cawan jangan sampai tertumpah ke lantai.

Tuesday, July 14, 2009

Kemerosotan dalam Kemenangan-Manek Urai



Penduduk Manek Urai telah bertambah keluar dari kepompong Pas.Nampaknya angin perubahan bertiup kuat.Kemenangan Pas dalam kemerosotan hanya sekadar cukup makan,majoriti 65 berbanding Pru 12 dahulu 1,352.Sorakkan kemenangan Pas tidak seceria dulu.

Apa yang jelas sekali pengundi Manek Urai tidak menolak pembangunan.Timbangan kali ini hampir sama BN mendapat 5,283 manakala Pas 5,348.Ramai yang jangka BN akan kalah teruk tapi sebaliknya Pas yang merosot teruk.Bedah siasat punca menang tipis akan ketahui tidak lama lagi,maklumlah nampak luar biasa merosot kali ini.

Keputusan kali ini adalah petanda rakyat mula faham nilai kepemimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia.

Sekarang bermulalah YB baru Manek Urai untuk memulakan langkah mengotakan janji masa kempen pilihan raya.Penduduk Manek Urai kemungkinan besar dapat beli ikan murah,kerana YB barunya tauke ikan.

Tapi mampukah YB baru mengotakan janji?????? atau hanya sekadar retorik saja.

Friday, July 10, 2009

Poligami - Tak suruh tapi tak halang



Poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa.

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.Tambahan pula ekonomi rakyat Malaysia dah baik,apa salahnya berpoligami,lagipun wanita sekarang lebih ramai dari lelaki.

Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari
seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.Alankah indahnya hidup ini kalau isteri-isteri dapat hidup bersama dibawah satu bumbung.

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.

Pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam,kalau wanita memahami.

Apabila Allah dan rasulnya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan.

Ramai lelaki sekarang sorok-sorok dalam poligami ini amalan yang tidak berapa molek.Adalah baiknya poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri amat digalakkan.

Pahit dahulu manis kemudiam,maknanya si suami bagi tahu terlebih dahulu kepada kedua-dua isteri bahwa dia sedang bermadu.Pada mulanya pasti bergaduh tapi bila kedua-dua isteri puas bergaduh pastilah manis akan datang.Tapi si suami kena banyak bersabar.

Manis dahulu pahit kemudiam,maknanya si suami menyembunyikan dari pengetahuan kedua-kedua isteri.Memangnya seronok,tapi kena pandai keletong sikit.Bila rahsia sudah bocor,kedua-dua isteri sudah tahu,maka bergaduhlah sisuami,isteri pertama dan kedua.Pening kepala masa ini.Si suami kena banyak tahan sabar,pasti manis akan datang kembali hanya masa yang menentukan.

Sudah menjadi lumrah ,isteri muda biasanya tahu si suami sudah ada isteri.,tapi kerana cinta,kasih dan sayang, nak buat cam na.Tapi kalau si suami ambil sikap merahsia dari isteri pertama pastilah isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali…kesian dia..Jadual giliran tak boleh buat lagi.Kalau mahu pratikan jadual giliran kena kedua-dua isteri tahu.

Cara kahwin pula ada dua cara,cara pertama dapat keinzinan isteri pertama,tapi susah wanita sekarang nak bagi izin suami kahwin dua.Tapi ada pilihan kedua kahwin kat Siam (biasanya iman negara sana bagi surat nikaf),kemudiam pulang Malaysia daftar balik……bayar lah denda sikit.

Tapi kena ingat,kedua-dua isteri dan si suami mestilah mempunyai fahaman agama yang baik,barulah dapat hidup bahagia.Tidakk hairanlah ramai ustad senang kahwin dua sebabnya dia berjaya momotivasi kedua isteri melalui hukum agama.Contoh kawan saya ,sebelum kahwin bila bawa isteri bersiar-siar dalam kereta selalu putarkan cd agama berkaitan poligami,malah sering bawa isteri dengar ceramah agama.Bila mula kahwin satu lagi,marah sekejab je,lepastu ok.

Saya sunguh sedih,seorang wanita bagi tahu saya,orang lelaki yang kahwin lebih, kebanyakan kaki kelentong,entah ya,,,,,entah tidak.Perlu ingat dalam merebut kasih sayang ada isteri cari ubat guna-guna pada suami,supaya si suami lebih sayangkannya tak kiralah isteri pertama atau kedua.Kesannya si suami akan kebinggunan dan tak boleh buat kerja,setengahnya jadi lurus bendul.

Soal poligami saya tak suruh tapi tak halang,belum cuba belum tahu.
Mungkin atikel saya ini tidak disenangi oleh wanita tapi wanita ada peluang untuk beri pendapat dalam ruangan komen untuk dikongsi dengan pembaca lain.

Tuesday, July 7, 2009

Dilema Pembantu Rumah dan Majikan




Manusia tidak suka menjadi hamba.Tapi bila dapat peluang menjadi tuan,ada pula yang terlupa mereka berurusan dengan manusia yang ada hati dan perasaan .

Kebanyakan orang yang tinggal di bandar-bandar dengan pendapatan selesa mempunyai pembantu rumah, dari warga Indonesia(statistik menunjukan 95% adalah warga Indonesia). Alangkah seronoknya mempunyai bibik yang bagus,balik dari kerja rumah telah kemas .Anak –anak terurus, makanan tersedia.Setengah isteri ada yang buat air juga untuk suami,walaupun ada pembantu rumah kerana dia tahu air tangan isteri menambah lagi keberkatan.

Beruntungnya pembantu rumah kalau dapat majikan yang baik.Malah mengangah pembantu rumah seperti keluarganya sendiri.Tidak hairanlah kalau anak-anak lebih mesra dengan bibik.Ada juga yang kahwin dengan majikan tanpa pengetahuan isteri.
Maklumlah kalau majikan ambil pembantu yang muda-muda dan cantik boleh tahan juga.Apa boleh buat hari-hari tengok muka,mesra dengan anak-anak,kadang-kadang masa bercuti pun bawa sekali.Tambahan pula kalau isteri selalu kepenatan kerna kerja dan selalu mencuka bila bersama suami . Satu hal pula timbul bila ada pembantu rumah, isteri pula menjadi malas,minum air,gelas pun tak nak basuh,pakaian dan sampah dicampak sana sini.

Tiadak hairanlah penyanyi terkenal Michel Jakson menjalin hubungan dengan pembantu rumah yang baru didedahkan seorang pengawal peribadinya. Hubungan mereka lebih kepada pasangan yang sudah berkahwin berbanding hubungan antara pekerja dan majikan.

Kita lihat dari sudut lain pula,satu demi satu krisis majikan-pembantu rumah terdedah sebagai kes jenayah sehingga memberi gambaran yang tidak berapa tepat bahawa majikan kepada lebih 300,000 pembantu rumah di Malaysia adalah kejam.Pembantu rumah mati dipukul,melencur tubuh badan,dicocok api rokok,diseterika muka,dibuat seperti robot.Bagi yang muslim pula disuruh masak daging babi dan tarik anjing petang-petang oleh majikan bukan muslim,malah tidak menghormati agamanya.

Ada yang kereta banyak pula disuruhnya cuci kereta awal-awal pagi atau hampir setiap malam.Bayangkan kalau dalam rumah ada 10 orang,akibatnya pembantu rumah dikerah dari subuh hingga larut malam mungkin tujuh hari seminggu.Ada seorang pembantu rumah disuruhnya buat dua atau tiga kerja serentakMajikan kena ingat mereka bukan bukan membeli robot tapi mereka khidmat seorang manusia.Cuma yang tidak seronoknya ada majikan terlepas pandang nasib pembantu rumah yang bukan sahaja kena patuh kepada arahan si suami dan isteri malah anak-anak dan datuknya sekiranya tinggal sekali.

Berbalik pula kepada sikap pembantu rumah,mula-mula ambil memang rajin,bila masuk bulan kedua peragai sebenarnya timbul,pembantu rumah tidak boleh berlakon lagi.Disini timbulah simpati kepada majikan sebab mereka sudah membayar diantara RM5,000 hingga RM8,000 untuk mendapatkan pembantu rumah.Diberinya pula duduk sebumbung,makan minum percuma dan sudah pasti mengharapkan pulangan yang berbaloi.

Kita sering terdengar juga pembantu rumah malas dan tidak pandai memasak.
Ada pembantu rumah bila majikan pergi bercuti,mereka mengambil kesempatan dengan membawa teman lelaki bertadang ke rumah.Malah selalu berlaku pembantu rumah menyalahgunakan telefon majikan dengan menelefon teman lelaki atau keluarga di negaranya sendiri,sudah pasti bil telefon melambung.Ada yang mencuri barang kemas majikan , membawa lari anak kecil , meninggal anak kecil bersendirian.Tidak kurang juga pembantu rumah lari dari majikan semasa majikan ke luar bekerja .

Jadi hubungan yang baik antara majikan dan pembantu rumah penting kerana kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.Walaubagamana pun majikan dan pembantu rumah perlu ada jalan penyelesaian supaya tidak berada dalam dilema.
Bagaimana nak selesai?

Saturday, July 4, 2009

Gabak di hulu tanda akan hujan




Pecah menanti sebab,retak menanti belah.
Ertinya hubungan yang semakin renggang atau perselisihan yang semakin dalam,yang bila-bila masa akan putus hubungan/pecah.

Al kisahnya cerita seorang lelaki mempunyai dua isteri yang tinggal sebumbung.
Kesian Pn.Dap,rumahtangganya sedang berantapkan.Khabarnya rentak menanti belah.Semuanya angkara suaminya abang Pas ingin tutup tempat penyembelihan babi dan juga pandangan atau pendapat Pn.Dap tidak diambil kira.Walha masa mula kahwin dulu dah janji akan ikut apa kata Pn.Dap,kata orang 'queen control'.

Jauh disudut hati Pn.Dap masih ingin bersama suaminya lagi abang Pas.Dalam jiwa Pn.Dap mungkin ada sedikit gundah dan kalut akibat tindakan suaminya itu.

Manakala isteri keduanya dengan panggilan glamor Pn.Pkr pun tidak berapa selesa dengan isteri pertama Pn.Dap sejak akhir-akhir ini,dengar-dengar ceritanya kerana tuduhan Pn.Dap terhadap Pn. Pkr salah guna kuasa.Sebenarnya kedua-dua isteri abang Pas sudah lama makan hati berulang jatung,mengenangkan sikap suaminya,malah yang paling dibenci apabila abang Pas nak kawan dengan Pak Cik Nor kembali.Pak Cik Nor merupakan musuh tradisinya.

Kerana tidak tahan dengan sikap suaminya abg.Pas,lalu Pn.Dap telah lari rumah.

Nampaknya masalah rumah tangga keluarga PR telah ramai ketahui oleh jiran-jirannya,sambil tersenyum sinis.
Maka kata orang tua-tua dulu jangan takbur.

Thursday, July 2, 2009

Orang Manek Urai pilih BN



Orang Manek Urai undilah BN, anda akan lihat perbezaannya nanti dibawah BN berbading PAS.Dacing BN telah telah dibaiki,adil untuk semua.Bawah PAS,pembangunan terlalu perlahan.Sampai bila rakyat Kelantan akan hidup di negeri yang semankin tertinggal dari arus pembangunan.

'Dasar Membagunan Bersama Islam' yang menjadi dasar pentadbiran PAS,hanya lunak didengar.Tapi selepas 15 tahun,dasar ini diwar-warkan kepada rakyat Kelantan,mengapa negeri Kelantan masih menjadi negeri paling mudur.Ingat Islam tidak menghalang kemajuan.Malah Islamlah yang memajukan bangsa Arap dan membentuk tamadum yang cermelang,gemilang dan terbilang.Islam mengesa supaya kita menerokai dunia dan alam untuk kemakmuran hidup.

1 Malaysia pilihan pengundi Manek Urai,pilihan yang tepat.

Influenza A ( H1N1 )

H1N1 sejenis penyakit baru dan berjangkit.Setakat 30 Jun 09 penyakit berada di sekitar negara kita,terdapat 158 kes H1N1.

Menurut WHO,setakat 30 Jun,terdapat 71,076 kes H1N1 yang dilaporkan di 116 negara dengan kematian 311 orang.

Biasanya Virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi sekarang ini jangkitan kepada manusia sedang hebat berlaku.Menurut pihak berkuasa kesihatan,H1N1 ialah penyakit pernafasan yang disebabkan virus influaza A yang biasa merebak pada babi.Entahlah kali ini serang manusia pula,mungkin suatu bala.

Virus ini mula di ketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada bulan April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes ini.

Tanda Influenza A H1N1 sama dengan selsema biasa dan ini termasuk deman panas(suhu 37.7 C),batuk, sakit tekak,sakit otof,menggigil,keletihan,cirit-birit dan muntah.

Orang ramai dinasihatkan supaya pergi segera ke hospital jika mengalami batuk,sakit tekak,selsema dan deman panas.

Wednesday, July 1, 2009

Kahwin Campur

Kahwin campur telah lama berlaku dalam masyarakat Melayu .Orang Melayu ada yang kahwin dengan orang Arap dan Pakistan yang ketika itu datang berdagang.Perkahwinan mereka itu adalah seagama.Lahirlah anak-anak kacukan yang comel-comel dan bijak-bijak.

Ada orang Melayu yang kahwin dengan orang Cina , India,Kadazan dan Iban yang bukan muslim,jadilah perkahwinan antara agama samaada sebelah bapak atau ibu,anak-anak tetap menganggap diri mereka sebagai orang Melayu.


Sekarang ni ada juga anak Malayu kahwin dengan Bangla,Mat Saleh,Negro,semuanya dapat diterima oleh kelurga Melayu walaupun mendapat bantahan pada awalnya.

Yang seronoknya sekarang ni,perkahwinan anak Melayu berlainan politik yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu..Anak orang PAS kahwin dengan anak orang UMNO.Walaupun orang PAS tidak bersefahaman dengan UMNO ,malah PAS menolak perpaduan yang terbaru ni,tetapi anaknya boleh berkahwin dengan anak UMNO.Kata Pak cik Pas “menantu aku orang kuat UMNO”.Kata menantu pula “mentua aku orang fanatik PAS”.


Keluarganya dapat hidup dalam suasana bahagia.Petuanya bila jumpa mentua tidak cakap soal politik,kalau ada juga terkeluar kata politik dari mentua,cuma senyum saja,kata menatunya.

Yang hairannya bila berada dikelayak Pak cik Pas asyik menembak kata pada UMNO sedangkan menantunya orang kuat UMNO .


Apa akan jadi eek….hasil perkahwinan campur anak Melayu UMNO dan PAS akan datang?