Search This Blog

Loading...

Followers

Friday, July 10, 2009

Poligami - Tak suruh tapi tak halang



Poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa.

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.Tambahan pula ekonomi rakyat Malaysia dah baik,apa salahnya berpoligami,lagipun wanita sekarang lebih ramai dari lelaki.

Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari
seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.Alankah indahnya hidup ini kalau isteri-isteri dapat hidup bersama dibawah satu bumbung.

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.

Pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam,kalau wanita memahami.

Apabila Allah dan rasulnya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan.

Ramai lelaki sekarang sorok-sorok dalam poligami ini amalan yang tidak berapa molek.Adalah baiknya poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri amat digalakkan.

Pahit dahulu manis kemudiam,maknanya si suami bagi tahu terlebih dahulu kepada kedua-dua isteri bahwa dia sedang bermadu.Pada mulanya pasti bergaduh tapi bila kedua-dua isteri puas bergaduh pastilah manis akan datang.Tapi si suami kena banyak bersabar.

Manis dahulu pahit kemudiam,maknanya si suami menyembunyikan dari pengetahuan kedua-kedua isteri.Memangnya seronok,tapi kena pandai keletong sikit.Bila rahsia sudah bocor,kedua-dua isteri sudah tahu,maka bergaduhlah sisuami,isteri pertama dan kedua.Pening kepala masa ini.Si suami kena banyak tahan sabar,pasti manis akan datang kembali hanya masa yang menentukan.

Sudah menjadi lumrah ,isteri muda biasanya tahu si suami sudah ada isteri.,tapi kerana cinta,kasih dan sayang, nak buat cam na.Tapi kalau si suami ambil sikap merahsia dari isteri pertama pastilah isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali…kesian dia..Jadual giliran tak boleh buat lagi.Kalau mahu pratikan jadual giliran kena kedua-dua isteri tahu.

Cara kahwin pula ada dua cara,cara pertama dapat keinzinan isteri pertama,tapi susah wanita sekarang nak bagi izin suami kahwin dua.Tapi ada pilihan kedua kahwin kat Siam (biasanya iman negara sana bagi surat nikaf),kemudiam pulang Malaysia daftar balik……bayar lah denda sikit.

Tapi kena ingat,kedua-dua isteri dan si suami mestilah mempunyai fahaman agama yang baik,barulah dapat hidup bahagia.Tidakk hairanlah ramai ustad senang kahwin dua sebabnya dia berjaya momotivasi kedua isteri melalui hukum agama.Contoh kawan saya ,sebelum kahwin bila bawa isteri bersiar-siar dalam kereta selalu putarkan cd agama berkaitan poligami,malah sering bawa isteri dengar ceramah agama.Bila mula kahwin satu lagi,marah sekejab je,lepastu ok.

Saya sunguh sedih,seorang wanita bagi tahu saya,orang lelaki yang kahwin lebih, kebanyakan kaki kelentong,entah ya,,,,,entah tidak.Perlu ingat dalam merebut kasih sayang ada isteri cari ubat guna-guna pada suami,supaya si suami lebih sayangkannya tak kiralah isteri pertama atau kedua.Kesannya si suami akan kebinggunan dan tak boleh buat kerja,setengahnya jadi lurus bendul.

Soal poligami saya tak suruh tapi tak halang,belum cuba belum tahu.
Mungkin atikel saya ini tidak disenangi oleh wanita tapi wanita ada peluang untuk beri pendapat dalam ruangan komen untuk dikongsi dengan pembaca lain.

10 comments:

Suria said...

Poligami masa ini banyak lelaki tidak tidak dapak memenuhi tututan syarak.

Kebanyakkan adalah lelaki yang kahwin dua atau lebih adalah kaki kelentong dan putar alam.Apa yang saya perhatikan jarang sekali yang betul atau jujur.

Lelaki berpoligami walaupun mempunyai wang yang cukup untuk menyara isteri,tapi isteri tetap makan hati berulang jatung.Pastilah peperangan 3 penjuru akan berlaku.

Bagi lelaki sekadar kerja gaji cukup makan bila kahwin dua .....dia pandai , cari pasangan yang ada kerja tetap untuk calon isteri.Jadi kalau dua-dua kerja,dia relak je....kerja dia atas isteri kerja je.Cukup bulan minta duit isteri.Lepas tu pula suruh isteri buat loan itu,buat loan ini untuk kepentingan peribadinya.

Hati-hatilah wanita jenis lelaki macam ini,dia pandai cakap.

hassan said...

Wanita prlu faham,ada lelaki kahwin dua,ada kerana masalah isteri pertama tak dapat anak,maklumlah kahwin dah 12 tahun,tak dapat2 cahaya mata.Apa kata isteri pertama kalau lama sangat tak dapat anak suruhlah suami kahwin sorang lagi,barulah tahu mandul siapa.

Kalau dapat anak pakat-pakat jagalah.

Pernah terjadi kawan saya,kahwin dah 8 tahun tapi tak dapat anak.Puas berubat tak dapat juga,ikut orang cakap bomoh mana dia pergi,air susu harimau dia makan..pun tak da rezeki juga.

Tapi lepas suaminya kahwin satu lagi, lebih kurang 5 bulan mengandung isteri pertama dan isteri kedua mengandung juga.

Mungkin anak-anak yang bakal lahir nanti dapat sekolah sekali.

Assiddiq said...

Buatla apa2 pun. janji berpandukan Alquran dan sunnah..Bukan berpandukan hawa nafsu semata-mta.. Yg penting bimbing sama2 ke syurga.. Isteri hak milik ALLAH dan diperintahkan taat pada suami selagi segala PERINTAH SUAMI berlandaskan alquran dan sunnah.. Suami pula pemimpin keluarga itu mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat,InsyaALLAH~

aini said...

Salam tuan Assiddip,

Nasihat tuan memang baik,kalau ikut apa yang tuan kata,bahagialah hidup orang beristeri lebih.

Tapi sekarang ramai lelaki ikut sunnah bak kahwin je,lain tak ikut.Saya bimbang bagi lelaki yang kahwin lebih,ko..ko kaki sebelah dipintu neraka.Kena ingat sebelum kahwin.

"Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim, maka kahwinlah olehmu perempuan yang baik bagimu: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil kahwinilah seorang sahaja… yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah an-Nisa',4:3).

Bah Lontok said...

Bah pun berpoligami sudah hampir 20 tahun. Semuanya aman baik2 saje.

Aneuk Nanggroe said...

Poligami.. sesuatu yg dibolehkan dan telah di salah gunakan oleh sebagian orang

Amirul said...

Wanita memang tidak suka dimadu,wanita juga tidak suka pengkosian hidup,kalau boleh nak pakai dia sorang je.

Jadi kalau tak mahu pangkat madu,jaga suami baik-baik,sentiasa bermanis muka depan suami walaupun dah kahwin lebih 15 tahun.Buatlah macam masa mula ngorat dulu.Wajab sentiasa berhias.Selalu bermanja dengan suami.Hormati suami.... kan suami ketua keluarga.

Kalau cam ni ,takkan suami nak cari lain lagi.
Kalau suami nak pijam duit jarang sekali..pandai-pandailah jaga hatinya..ha..ha...hidup ada pasang surutnya.

Nurimo said...

Nik Aziz bidas lelaki Kelantan poligami kikis harta isteri

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas sikap lelaki Kelantan yang gemar berpoligami semata-mata mahu memeras keringat dan harta isteri mereka tanpa berusaha menunaikan tanggungjawab sebenar mengikut Islam.

Beliau berkata, kejahilan membuatkan ramai lelaki Melayu di negeri itu berpoligami hingga menyebabkan isteri menjadi mangsa akibat deraan seks dan dijadikan sumber pendapatan.

"Penyakit yang berlaku di Kelantan... suami berkahwin nak memuaskan nafsu, nak rebut peluang kerana isteri pangkat dan gaji besar. Dia (suami) duduk saja, tidak peduli kepada tanggungjawab, sebaliknya hidup dengan harta isteri. Suami seperti ini masuk neraka. Islam beri peringatan yang jelas kepada suami.

"Ramai wanita Kelantan keluar kerja tetapi orang lelaki (suami mereka) berada di kedai kopi dan bersembang. Pendapatan isteri digunakan tanpa rasa malu sedangkan Islam mewajibkan nafkah zahir menjadi tanggungjawab lelaki sebagai menjaga hak wanita yang menjadi isteri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat baru Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, di sini semalam. Turut hadir Exconya, Wan Ubaidah Omar.

BH On line 3/1/10

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.

Anonymous said...

Abah saya anak ramai. Tapi masih nak kawin yg muda.

Skrg dia abaikan kami anak2 dia, dan sibuk dgn isteri muda dan anak baru. Anak2 bertempiaran tanpa panduan seorang bapa dan tak diberi nafkah.

Korang pandai je cakap ini semua dibenarkan oleh Islam tap bila berlaku macam ni, ada korang nak tolong.


Ahmad Firdauz