Search This Blog

Loading...

Followers

Thursday, July 2, 2009

Influenza A ( H1N1 )

H1N1 sejenis penyakit baru dan berjangkit.Setakat 30 Jun 09 penyakit berada di sekitar negara kita,terdapat 158 kes H1N1.

Menurut WHO,setakat 30 Jun,terdapat 71,076 kes H1N1 yang dilaporkan di 116 negara dengan kematian 311 orang.

Biasanya Virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi sekarang ini jangkitan kepada manusia sedang hebat berlaku.Menurut pihak berkuasa kesihatan,H1N1 ialah penyakit pernafasan yang disebabkan virus influaza A yang biasa merebak pada babi.Entahlah kali ini serang manusia pula,mungkin suatu bala.

Virus ini mula di ketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada bulan April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes ini.

Tanda Influenza A H1N1 sama dengan selsema biasa dan ini termasuk deman panas(suhu 37.7 C),batuk, sakit tekak,sakit otof,menggigil,keletihan,cirit-birit dan muntah.

Orang ramai dinasihatkan supaya pergi segera ke hospital jika mengalami batuk,sakit tekak,selsema dan deman panas.

2 comments:

Nurimo said...

BERITA TERBARU BERKENAAN H1N1

Jangkitan virus influenza A(H1N1) atau selesema babi berlaku antara manusia ke manusia sahaja dan orang ramai tidak berisiko untuk mendapat jangkitan sekiranya mengambil atau menggunakan babi atau produk berasaskan babi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa virus influenza A(H1N1) terhasil daripada proses mutasi atau dikenali sebagai "reassortment" daripada gen virus influenza yang bercampur antara gen virus influenza daripada babi (swine), burung (avian) dan manusia.

Katanya menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 April lepas, jangkitan virus influenza A(H1N1) merupakan virus baru dan berlaku antara manusia ke manusia, justeru ia tiada kena mengena dengan mereka yang mengambil babi atau produk berasaskan babi untuk mendapat jangkitan virus berkenaan.

Menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn, Rosnah berkata penternakan babi di ladangladang babi di negara ini berada dalam keadaan terkawal.

"Bagi memastikan ladangladang babi di negara ini terkawal daripada selesema babi, kementerian bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) yang merupakan anggota tetap kepada Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi Menangani Pandemik Influenza, JPVM telah melaporkan penternakan babi di ladangladang babi negara ini terkawal dan pemantauan survelan virus selesema babi (Classical Swine Flu) dan Influenza A H1N1 sedang dilaksanakan," katanya.

Katanya sehingga kini sejumlah 17,459 spesimen daripada 672 ladangladang babi di seluruh negara telah diambil dan daripada jumlah itu 191 spesimen di dapati positif bagi virus Classical Swine Flu serta tiada spesimen positif bagi virus Influenza A (H1N1).

"Classical Swine Flu tidak berlaku jangkitan kepada manusia sebaliknya berlaku di kalangan babi sahaja di mana berlaku gejalagejala seperti selesema, batuk, keletihan dan kurang selera makan," katanya.Sebanyak 776 buah ladang penternakan babi terdapat di seluruh negara.

Rosnah berkata pemantauan terhadap ladang penternakan babi sentiasa dilakukan oleh JPVM bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa dan sebarang maklumat mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh kementerian.

"Orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan pengambilan atau penggunaan babi serta tidak mengaitkan kejadian influenza A(H1N1) ini dengan amalan pengambilan makanan berasaskan babi," katanya.

Sehingga pukul 8 pagi ini, beliau berkata sebanyak 513 kes selesema babi dilaporkan di Malaysia yang melibatkan 378 kes import serta 135 kes tempatan dan tiada kematian dilaporkan pada masa ini. BERNAMA-copy

Nurimo said...

Influenza A H1N1 di Malaysia kini mencecah 1, 000 kes

KUALA LUMPUR: Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.