Search This Blog

Loading...

Followers

Thursday, July 2, 2009

Orang Manek Urai pilih BN



Orang Manek Urai undilah BN, anda akan lihat perbezaannya nanti dibawah BN berbading PAS.Dacing BN telah telah dibaiki,adil untuk semua.Bawah PAS,pembangunan terlalu perlahan.Sampai bila rakyat Kelantan akan hidup di negeri yang semankin tertinggal dari arus pembangunan.

'Dasar Membagunan Bersama Islam' yang menjadi dasar pentadbiran PAS,hanya lunak didengar.Tapi selepas 15 tahun,dasar ini diwar-warkan kepada rakyat Kelantan,mengapa negeri Kelantan masih menjadi negeri paling mudur.Ingat Islam tidak menghalang kemajuan.Malah Islamlah yang memajukan bangsa Arap dan membentuk tamadum yang cermelang,gemilang dan terbilang.Islam mengesa supaya kita menerokai dunia dan alam untuk kemakmuran hidup.

1 Malaysia pilihan pengundi Manek Urai,pilihan yang tepat.

8 comments:

Amirul said...

Salam dulu saudara BN,

Rata-rata kawan2 saya orang kelantan kat KL,dia orang semua setuju malah gembira,kalau di Manek Urai menang BN,untuk jadikan pengeras semangat untuk PRU 13.

Molek sungguh kalau BN menang kat kelantan PRU 13,lajulah pembangunan .Dapat panggil balik rakyat Kelantan yang bersepah di kota-kota raya seluruh negara,mereka pergi kerana kat kelantan tak da korja.

Tapi kena terima kasih juga ke orang kelantan yang berada luar tanah tumpah darahnya,kerana bersama membangunkan negara walaupun tidak di negeri sendiri.

Dengar cerita entah betul entah tidak, ramai bijak pandai,ahli korporat orang kelantan di KL......tapi kat KL sokong umno....tapi balik kelantan suport Pas.

Sebab tu,umno tak boleh menang.

Generasi muda kelantan perlu menghayati semangat patriotisma bagi mengukuhkan jati diri dan meningkatkan kesedaran ke arah memartabatkan agama,bangsa dan negara demi masa depan.

UMNO saja yang nampak boleh memajukan Kelantan masa ini.

Tapi perlu diingatkan bakal wakil rakyat BN sekiranya menang kat Manek Urai kotakan apa yang dijanjikan masa kenpem pilihanraya ni,lepas piliharaya kena jumpa rakyat sama masa kempen pilihanraya.Kalau tidak PRU13 habis..

hassan said...

Saya singgah di sebuah kedai kopi kat Manek Urai,
Kebetulan ramai orang PAS sedang makan nasi kerabu pagi,sambil bebual hal politik ,maklumlah masa antara menang dah kalah beberapa hari lagi.

Saya pasang teliga,dengar perbualan dia orang,dia kata ramai puak dacing dari kuala Lumpur ada turun.Masjid penuh sembayam jemaah tiap waktu,macam orang tablir,bezanya cuma dengan orang tablir ,puak BN ramai tak dak janggut tapi pakai ketayap juga .Maklumlah masuk kadang kambing kena mengenbik,masuk kadang kerbau kena menguatSambil mereka gelak ketawa.

Salah seorangnya kata,tika ni nak bedal orang BN..minta gapa dia bagi,lepas ngundi batang hidung pun tak nampak biasanya.

Setengah jam kemudian datang beberapa orang BN,lalu disalamnya dengan ramah,dia kata ke orang BN.....BN kalau nak menang tapi kena keluar belanja lebih sikit.

Semua makan orang BN bayar belaka pagi tu,lalu dia orang ucap terima kasih....harap-harap BN...menang ,kata puak pas tadi.


Selepas orang BN pergi,salah seorang orang pas tu cakap,dia orang ingat kelantan ni boleh beli dengan petis.

Itulah senario apa yang dapat saya sampaikan kepada orang BN,hati-hati dengan kelantan tu,kalau yang fanatik susah nak tarik.

Golongan muda pas ok...sebab dia ngaji sekolah,dan faham BN yang boleh membawa perubahan kepada Manek Urai nanti.

Saya mengharapkan BN menang di Manek Urai.

LanaBulu said...

Berdasarkan keadaan semasa mmg sukar untuk bn menang di sna tu. Tapi kerja TUhan kita tak tahu. Dan ada hikmahnya walaupun apa sekali keputusannya. Isu PENGKHIANATAN pipe gas kelantan ke Songkla dan bukan ke Kelantan menjadi senjata utama disana. Dalam isu ini nak jawab lagu mana? Penduduk sekarang bukan macam 30 tahun dulu boleh diklentong mudah2. Walhal kat Kelantan pun ada orang umno tapi kenapa tak disalurkan ke Kelantan. Adakah busuk hati? Dengki sekiranya digunakan oleh PAS terhadap duit Royalti? Sekarang dipersoalkan pula ttg pembangunan. Bagaimana pula dgn Terengganu? Apa bezanya dgn rakyatnya? dimana statusnya? Tidakkah sama je kadar pembangunannya.

aini said...

LanaBulu,saya perhatikan komen tuan sepintas lalu ada kebenarannya.

Dia macam ni,kita ada Datuk yang duit banyak,tapi salah seorang anak datuk ni, hari-hari duduk kutup bapanya yang cucu-cucunya panggil datuk.....takkan datuk nak bagi duit anak minta ,bagi sikit pun kutup juga,buat itu salah,buat ini salah,malah nasihatkan cucu-cucunya lawan datuk,jangan hormati datuk.Malah yang terbaru dia kata datuk dan kawan-kawannya macam ayah pin(pengamal ilmu salah)dan macam kominis.Adakah ini patut keluarkan kata-kata seperti itu?

Jadi datuk ni jenis orang beriman,bagi juga sikit-sikit ke kawasan cucu-cucu yang tak lawan dia supaya menyerdarkan anaknya dan cucu yang lain.

Datuk nak menyatupadukan cucu-cucunya pun di tolaknya.

Lihat anak-anak datuk yang berada di negeri lain semua segar-segar,hidup selesa,rumah besar bergatung kepada kerajinan.Datuk bila senang hati banyaklah pembangunannya dibuatnya untuk keselesaan cucunya.

Bila berlaku kemuduran,kata datuk dengki,apa beza dengan rakyat lain,tidak sama kadar pembaggunan.Jawapannya ada apa yang saya kiaskan.

Nurimo said...

Saya terdengar juga orang Manik Urai bagi tahu,kerajaan pusat tak mahu bagi royalti minyak pada Kelantan ,kenapa eeekk...

Saya memetik kata-kata pensyarah Undang-Undang Antarabangsa UIA, Dr Shamrahayu A.Aziz katanya,penetuan hak ke atas royalti minyak itu tertakluk pada undang-undang berkaitan"Ia bergantung berapa jauh jarak antara pesisir pantai negeri hingga ke telaga itu".tambahnya lagi "Menurut Aktar Pelantar Benua 1966,jika telaga tersebut di luar jarak maka ia adalah hak kerjaan pusat dan bagitulah sebaliknya".

Dr Rais Yatim pula kata kelmarin 8/7/09,Negeri Kelantan tidak mempunyai hak untuk menerima royalti petroleum"kejauhan pantai di negeri ini dengan telaga minyak yang ada tidak menunjukan pelantar minyak hak negeri Kelantan".katanya.

Assiddiq said...
This comment has been removed by the author.
Assiddiq said...

Akidah,Akidah dan akidah.. Pembangunan lembab xpe janji akidah kukuh.. Sebuah bangunan islam takkan berdiri dengan tegak jika AKidah iaitu tapak asas tidak kukuh atau tidak didirikan langsung...Islam sekadar amalan.. Hati dengan ALLAH mcm mana? Akidah setiap masa dan saat..
Rasulullah berdakwah dulu kali pertama adalah menyebarkan kalimah tauhid iaitu akidah. Membetulkan kalimah syahadah.. Bila di ucap maka gentarlah hati kerana Takutkan ALLAH.. Bukan di ucap dengan bibir tp xrasa apa2.. Itulah dia..Bila kita yakin dengan ALLAH,maka kita kena merasaiNya..Pembangunan nombor 2.Akhir zaman ni bermacam2 mende jenayah terjadi.. sebab apa? sebab AKIDAH xde.. Ketahuilah..ALLAH menyekat nikmat di dunia untuk org yg berjihad di jalan ALLAH adalah kerana sudah menyediakan nikmat yg tidak habis dihari akhirat kelak. Sbbnya x nak hambaNya di hisab terlalu lame kat akhirat kelak dengan perhiasan2 dunia tuh~ Mati nanti ALLAH tanya akidah dulu~ Sy x tolak pembangunan..tp akidah tu penting.. Makmurnya sebuah negara adalah dipimpin oleh pemimpin yg bertakwa.. Membimbing rakyat2 ke syurga dengan Izin ALLAH,Membimbing rakyat2 supaya ingat kepada ALLAH bukan suruh lalai dengan kesibukan dunia. Itulah kemakmuran.. Subhanallah.. AKIDAH! AKIDAH! AKIDAH! TIADA TUHAN YG DISEMBAH SELAIN ALLAH,NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.