Search This Blog

Loading...

Followers

Tuesday, July 14, 2009

Kemerosotan dalam Kemenangan-Manek Urai



Penduduk Manek Urai telah bertambah keluar dari kepompong Pas.Nampaknya angin perubahan bertiup kuat.Kemenangan Pas dalam kemerosotan hanya sekadar cukup makan,majoriti 65 berbanding Pru 12 dahulu 1,352.Sorakkan kemenangan Pas tidak seceria dulu.

Apa yang jelas sekali pengundi Manek Urai tidak menolak pembangunan.Timbangan kali ini hampir sama BN mendapat 5,283 manakala Pas 5,348.Ramai yang jangka BN akan kalah teruk tapi sebaliknya Pas yang merosot teruk.Bedah siasat punca menang tipis akan ketahui tidak lama lagi,maklumlah nampak luar biasa merosot kali ini.

Keputusan kali ini adalah petanda rakyat mula faham nilai kepemimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia.

Sekarang bermulalah YB baru Manek Urai untuk memulakan langkah mengotakan janji masa kempen pilihan raya.Penduduk Manek Urai kemungkinan besar dapat beli ikan murah,kerana YB barunya tauke ikan.

Tapi mampukah YB baru mengotakan janji?????? atau hanya sekadar retorik saja.

96 comments:

sang kegelapan said...

salam harapan
pada aku, pas merosot bkn kerana kepimpinan najib..tu kerana rakyat manek urai inginkan jambatan..diorg akan mengundi utk mendapat sedikit pembangunan di manek urai..najib terpalit ngan rosmah..ssh utk di pulihkan..aku berharap umno dapat laksanakn hukum Islam di dalam pentadbiran kerajaan..tp umno tolak sebab diorg takut xdapat buat maksiat lagi..dats reality..

hassan said...

Salam sang Kegelapan,
Saya ingin keluarkan sikit awak ke cahaya terang.Kata tuan pas merosot kerana orang Manek Urai nak ke jambatan.Ha...ha...tak mungkin tok lebai pas sangguh tukar kebendaan dari agama.Sebenarnya orang Pas telah celik mata,sebab dia faham BN dan Pas sama parti Islam.Bezanya BN parti Islam yang bergerak bersama untuk kemajuan umat,tak kira dari pembangunan ke.Tiada sebab untuk berada dalam keadaan statik selama-lama nya.

Tapi Pas parti islam yang bergerak tanpa kemajuan untuk rakyat.Mana boleh bang islam akan mundur dan diperlekeh kalau kemajuan pembangunan tidak diberi kepada rakyat.Takkan cakap air liaur je.

Rakyat Manek Urai bukan macam rakyat Manek Urai dulu,mereka dah pandai macam mana supaya susu getah keluar laju dari pokok.Ramai dah belajar tinggi-tinggi.

zainalabidinahmad said...

setuju dengan hassan. sang kegelapan harus keluar dari belenggu kegelapan akalnya.Keputusan manek urai adalah tanda rakyat sudah bosan dengan kelentong PAS yang memperbodohkan rakyat supaya terus tinggal dalam gelap sedang mereka meraih untung besar sepertimana perangainya peraih ikan yang meriah hasil titik peluh nelayan yang daif.

saya said...

Ya lah x kan dari kecik sampai besar kena bodo dgn PAS....

Harap BN buat satu Yayasan bantu rakyat Kelantan guna hasil balak dan hasil negeri kalau dpt perintah kelantan.jgn buat mcm exco pas skarang,lahap balak sorang2...

cheekylulu said...

salam..
nak betulkan statement.. BN bukan parti islam..harap maklum..

xbaik fitnah merea lahap balak sorg2.. astaghfirullah.. realitinye.. kelantan sbnrnya bleh jd lbih hebat dr selangor.. sbb kaya minyak.. tp kerajaan pusat xbg 1 sen pn kt kelantan..

ish.. sanggup sokong BN sbb kemajuan? Islamnya ntah ke mana? Selama pemerintahan BN, sejauh mana islam dipraktikkan?

lu pk la sndiri..

hassan said...

Tuan zainal terima kasih tolong sokong saya.

Dengar2 buah muluh orang petang tadi ,katanya orang Manek Urai ,ahli pas sahaja akan dapat ikan dicount 70%,seperna tauke ikan jadi wakil rakyat.Jangan bagi ikan buruk sudahlah kalau betul sungguh.

Tu seorang lagi tak faham ceekylulu,habis awak kata BN bukan pasti Islam,jadi pas parti kutup orang tu jenis islam.Tak kira pas atau bn kalau tak sembayam 2x 5 je,

Kalau nak tahu arab saudi iktiraf Malaysia negara islam.Yng memerintah bukankah BN.Parti pas dia tak cakap pun.

faizal said...

bahasa indah sikit...kurang cerdik betul UMNO ni..

kelantan tu malaysia jugak..kalau kelantan tak maju malaysia yang dapat nama bukannya PAS..

kalau rakyat kelantan tak bayar cukai logik la jugak PAS dipersalahkan..

Kerajaan Malaysia perlu disalahkan jika kata kelantan tak maju..sebab sia-sia jadi kerajaan malaysia..kalau tak majukan negeri-negeri di bawahnya..

kalau salurkan bantuan terus ke unit perancang negeri kelolaan kerajaan negeri aku boleh lah jugak salahkan pas..

yang ni aku ambil dari petikan blog khir toyo

Sebenarnya kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan yang sama dgn tahun sebelumnya,cuma pada masa sekarang apa yang berlaku ialah semua peruntukkan tersebut diberi melalui pejabat pembangunan negeri yang ditadbir oleh pegawai persekutuan.

jadi kesimpulannya kelantan tak maju sebab UMNO..yang ni fakta..

cukup lah UMNO perbodohkan kamu semua.

Bah Lontok said...

Orang melayu sudah sedar bahawa PAS bukan parti islam yang sebenarnya. PAS sudah tinggalkan perjuangan islam nya. Ini kerana mahu ambil hati dan sokongan dari DAP. Sebab DAP adalah sebuah parti yang sangat anti islam.
Bah Lontok

Power Renjis said...

kalah tipis pon bangga ka?hak3..sebelum2 ni kalah teruk diam plak korang eh?kawasan melayu miskin boleh la umno perbodohkan..tp realiti mlayu bandar n kaum2 lain sudah tolak umno..ini fakta! :p

Amirul said...

Hi Power Renjis,

Awak ni padai kata kawasan Melayu miskin boleh la umno perbodohkan...

Sebenar Kawasan miskin lah umno nak keluarkan rakyatnya supaya maju.Bebaskan dari penjara minda pas yang mumudurkan rakyat.

Pas dah tahu kawasan miskin kenapa tak bagi pembanggunan ,duit tenbang balak simpan bawah katil yb la tu..buat stadby takut kalah pru13 nanti.Rakyat ikut dia jadi cam na.

Beruntunglah ahli pas Manek Urai,dapat merasalah beli ikan murah,sebab dapat yb tauke ikan.

BUJANG SUSAH said...

Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.. kita tidak akan tahu akan segalanya melainkan Allah.

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan" (An-Nahl, 16:1)

Dari itu bersabarlah kita dengan berusaha, berdoa dan tawakkal.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah 2:253)


Wallahualam.

ijoks2009 said...

Saya sangat setuju dgn faizal dan bujang susah..Umno bukan parti Islam dasar diapun kebangsaan,sedangkan pas dasar dia qur'an hadis.memg pas tidak sempurna semua manusia tak sempurna kecuali Golongan nabi,Bab rasuah cuba sebut berapa orang pemimpin pas yang pernah di tahan akibat rasuah berbanding pemimpin Umno.

Kita orang Islam terikat dengan dosa pahala,setiap perbuatan kita tak terlepas dari 2 perkara ini dosa dan pahala termasuklah memilih parti politik.
Kita mestilah memilih kawan yang lebih Islamik,begitu juga dengan parti.
Antara Umno dgn Pas yg mana lebih Islamik.Jawab dengan jujur..

aini said...

Salam injoks2009,

Maaf saya tidak berapa setuju dengan faizal dan bujang susah.Umno adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan nasib bangsa melalui ekonomi.Kekuatan ekonomi dapat memartabat umat Islam.Bagi saya pas adalah sebuah paeti politik biasa dan lebih kecederungan kepada perpecahan umat Melayu Islam.

Memang betul kata awak "memang pas tidak sempurna semua manusia tak sempurna kecuali Golongan nabi".Tapi kita perlu faham,dah tahu tak sempurna,haruslah kita cari jalan ke arah kesempurnaan.Baru-baru ni pas nak perpaduan dengan umno pun ditolak,kerana sikap demdam setengah pemimpin pas.Bukankah islam mengalakan perpaduan.

Lagi awak cakap "Kita orang Islam terikat dengan dosa pahala,setiap perbuatan kita tak terlepas dari 2 perkara ini dosa dan pahala termasuklah memilih parti politik.
Kita mestilah memilih kawan yang lebih Islamik,begitu juga dengan parti".

Betul kalau tahu dosa pahla,tapi cara pemimpin pas jauh dari ikut sunah dalam meneggakkan islam.Nabi dan sahabat2nya dalam meneggahkan islam mana ada kutup orang,adakah patut sesama islam dituduhnya macam ayah pin dan kominis,tak guru apa cam tu.

Jadi secara jujurnya Umno adalah parti yang memperjuangan Islam sebenarnya bukannya pas.

OK sekarang ambil borang umno isi.Kalau awak tak mahu masuk umno lagi tak mengapa.Awak tinggalkan politik pas ikut puak tablir.Ini cara nak menegakkan islam sebenarnya...dahwah2

faizal said...

aini,

Tak nampak pun islam ditegakkan melalui ekonomi di malaysia ni..setakat cakap tapi tak buat orang lain pun boleh cakap..umno bukan parti berasaskan islam.. UMNO parti berasaskan kebangsaan dan sekular.ekonomi UMNO ditegakkan berasaskan sekular dan kebangsaaan.bagi lah contoh ekonomi islam yang dilakukan UMNO

faizal said...

aini said
"OK sekarang ambil borang umno isi.Kalau awak tak mahu masuk umno lagi tak mengapa.Awak tinggalkan politik pas ikut puak tablir.Ini cara nak menegakkan islam sebenarnya...dahwah2"

ini lah pemikiran sekular..pemikiran dungu yang memisahkan politik dan islam..cuba aini selidik kemunculan tabligh ataupun tablir mengikut kamus aini..gerakan tersebut bermula di india..supaya aini lebih memahami poltik secara islam wajib diikuti semua orang islam. ilmu itu dengan membaca dan belajar dengan guru.semoga saudara seislam bangkit dan sedar bahawa semakin ramai orang islam yang tinggal islam pada nama dan islam bangsa(ikut keturunan) yakni asal melayu je islam padahal kita tidak tahu bahawa nikmat islam tu boleh ditarik balik melalui kekufuran kita

aini said...

salam belapik faizal,

Maaf faizal,awak tak nampak ke,apa yang umno buat sekarang ni ,dari lepas merdeka hingga sekarang rakyat Malaysia telah bertambah maju,awak adalah salah seorang yang berjaya hasil pendidikan dasar umno.Negara aman damai,masjid tmbuh bagaikan cedawan.Perbagai program agama dibuat,dulu ingat tak orang Melayu banyak percaya kepada takyul,.Sekarang hasil pendidikan agama telah berubah.Umno Bagi biasiwa hantar anak Melayu pergi belajar agama kat negara Arab supaya balik boleh ajar anak bangsa cara pendekatan islam sebenar.

Tapi masaalahnya pas pula tak tahu berterima kasih,apa yang pas cari sebenarnya lagi?Cuba jelas kat saya,nak tahu juga.

Orang pas ..orang umno pun Islam bukannya orang kafir,apa salahnya pakat perjuangan islam sekali.Maaf ya terkasar sikit..sebab geram tak faham2.Awak kena banyak baca lagi ,jumpa orang alim,tanya,salahkah umno perjuankan islam sekarang.Jangan sempitkan fikiran kita ni.

faizal said...

aini saudara seislam...
perjuangan UMNO melahirkan Bandar maksiat Bukit Bintang yang keparat.perjuangan UMNO melahirkan pusat-pusat judi halal yang berlesen.perjuangan UMNO melahirkan disko,pup,dangdut dan arak halal yang berlesen yang boleh didapati dengan mudah hatta kedai 24 jam iaitu 7eleven.perjuangan UMNO melahirkan kaki ekor,kaki lacur,mat gian,mat rempit,dan pelbagai lagi mat-mat yang rosak.

bagi biasiswa tapi bila balik kecut perut tak berani nak tegur hal-hal maksiat sebab nak jaga poket dan kantung sendiri, kecuali golongan yang awak anggap berpolitik secara islam.

aini takkan faham sebab tak terlibat secara langsung mengenai kerosakkan akhlak pemimpin dan rakyat kita.aini rasa selesa kerana aini rasa diri aini sudah selesa ataupun aini sukakan perkara seperti AF,MENTOR menjadi trend dan ikutan golongan muda dan tua dan bangka.pergi tanya ulama' mana-mana yang aini suka apa fatwa rancangan tersebut,dan apa hukumnya dan siapa yang menanggung dosa daripada benda-benda maksiat tersebut.

pemimpin dan pengikut yang tidak menghalang benda tersebut akan memperolehi saham(dosa)

aini said...

Faizal......faizal...cakap tak semudah nak buat.Jangan marah saya ya...sebab saya nak tahu.

Terima kasih memberi penjelasan,Ok saya nak ambil satu kenapa pas melalui pakatan rakyat yang memerintah Selangor tak tutup sport toto,4d atau apa-apa sahaja berbentuk judi sekarang.Nak tunggu bila.Adakah pas akan memperoleh saham yang sama?

Jangan sekadar teori, pas nak menegak islam ,pratikan sekarang.Tutup semua atau hapuskan segala maksiat di negeri Selangor sebelum pru13.Nampaknya dah beratus hari memerintah kat selangor,hanya sekadar cakap je.

Apa alasan awak sekarang judi berlesen tak boleh tutup kat selangor sekarang,apakah takut pada DAP?

Maaf ya saya tanya hal judi dulu.Minta tolong jelas kat saya.

faizal said...

ini melibatkan soal undang-undang.. pakatan rakyat tak boleh menutup judi yang sedia ada ikut sesuka hati mereka..mereka hanya boleh menghadkan pengeluaran lesen..UMNO @ BN,PKR dan DAP tu aku tak berapa nak berkenan sangat.

inilah perlunya hudud ditegakkan di malaysia, sebab tu la UMNO,PKR,DAP dan sekutu tidak berminat dengan soal Hudud,takut perpaduan islam terjalin dan akan memertabatkan orang islam di malaysia.

aini said...

emmmm......faizal,dah nampakkan pas tak suka cara DAP dan Pkr ya.Tak suka duk buat apa lagi keluar dari pakatan tu dan bergabunglah dengan umno untuk bersama menegakkan sinar islam dan Umno+pas bersama hapuskan atau mengunrankan apa yang awak cakap tu.Pas tak boleh bergerak keseorangan faizal...ha...ha...

Awak jangan lari dari pembahasan ini.kita belum selesai lagi.Tetang hudup awak tanya DAP setuju ke tidak.Buat dulu kat kelantan,kedah,selangor.Ok kita sambung semula ya.Boleh dah faizal ambil borang umno dulu...

Apa yang orang cakap pada saya wakil rakyat pas cakap je bedegar-degar tapi tak jalan.Kalau benda tak jalan salahkan umno selalu.

faizal said...

sepatutnya UMNO yang ada kuasa tu lah jadi penyokong kepada hudud.ni tidak.. orang tanya jawab tak mau buat.UMNO ngan DAP tu sama je..tak ada beza...dua-dua penentang hudud..jangan harap laa aku nak masuk UMNO..UMNO ni kerja dia nak menipu aje.. kesian kat PAS tu,niat dia baik cuma,dah diputar belitkan oleh UMNO yang lebih teruk daripada DAP.

saya rasa aini ni tak faham undang-undang kot..
baca dulu undang-undang yang dicipta oleh sekular tu.kaji kenapa kerajaan PAS tidak boleh melaksanakan Hudud dan apa yang menyebabkan perlaksanaaan terhalang,ini soal undang-undang,PAS adalah parti yang menghormati kedamaian kalau tidak dah boleh istihar perang keatas musuh-musuh islam samada kafir atau fasik dan munafik.ini lah yang pihak penjajah mahu, walaupun malaysia dah merdeka tetapi minda melayu yang dikatakan islam tu tetap dijajah.jangan jadi macam turki dah laa...aku suggest aini pi baca sejarah kejatuhan empayar islam turki..dah mirip-mirip seperti kerajaan UBN sekarang

faizal said...

Orang-orang munafik merupakan orang-orang yang sangat berbahaya. Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita akan tipu helah mereka hampir setiap surah dalam Al-Quran. Jadi, apakah tanda-tanda munafik yang diberitahu Allah kepada kita? Sifat-sifat orang munafik menurut Al-Quran adalah seperti berikut:

1)Menuduh orang beriman bersifat bodoh.
Setiap kali ada umat Islam yang ingin mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan dituduh kolot atau ketinggalan zaman

2)Menyuruh kepada yang mungkar dan melarang yang makruf.

3)Keras kepala dan berbangga dengan dosa.
Orang-orang munafik sangat sukar untuk diberi keinsafan. Mereka rela mati dalam mempertahankan kebatilan yang mereka sembunyikan itu.

4)Penipu, riak dan malas melaksanakan ajaran Islam.
Sifat malas, cuai, suka bertangguh-tangguh dan bermudah-mudah akan dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu sudah menjadi tradisi bagi Khalifah Ur Rasyidin yang empat, mereka tidak akan menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang cuai beribadah (terutamanya solat) kerana khuatir amanah rakyat jatuh ke tangan orang-orang munafik.

5)Memecah-belahkan orang beriman dengan projek-projek yang tidak ikhlas.
Rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat meruntuhkan sebuah masjid yang didirikan oleh orang-orang munafik. Peranan masjid yang asalnya suci telah dijadikan tempat untuk memecah-belah perpaduan orang-orang beriman. Orang munafik merasakan tindakan mereka bertopengkan agama itu akan berjaya. Namun Rasulullah saw lebih tahu apa yang tersirat di hati mereka.

* Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat.

faizal said...

salah faham terhadap hudud

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

faizal said...

Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.

faizal said...

Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

faizal said...

Oleh kerana kejahilan di kalangan umat Islam itu sendiri, maka fahaman dan pemikiran asing yang merosakkan Islam boleh bercambah dengan suburnya. Hukum akal didewakan oleh golongan ini, manakala hukum wahyu ditinggalkan. Malang sungguh bagi umat Islam kerana di kalangan mereka, terdapat golongan seperti ini yang menjadi pemimpin.

faizal said...

Islam mengukur keadilan berdasarkan hukum wahyu, bukan hukum akal. Justeru, apa sahaja hukum yang ditetapkan oleh Allah, maka itu adalah adil bagi manusia. Sebagai Muslim, kita mesti ingat bahawa Allah adalah Pencipta Manusia, Pembuat Hukum, Maha Mengatur dan Maha Adil. Oleh itu, apa sahaja yang diputuskan oleh Allah yang berupa hukum-hukum syarak bagi manusia, maka kesemuanya adalah adil. Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah zalim.

faizal said...

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini. Selaras dengan sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :

لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”

Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada sistem Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.

faizal said...

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

faizal said...

firman Allah SWT:
Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)

Ayat di atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia secara langsung menyentuh isu politik.

aini said...

Salam berlapik lagi faizal,

"Tidaklah melarang Allah terhadap kepada orang-orang yang bukan memerangimu dalam agama,bukan pula mengusirmu dari tanah airmu,bahwa kamu membuat perhubungan yang baik dengan mereka dan kamu berlaku adil kepada mereka.Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang adil.Cuma yang dilarang oleh Allah ialah terhadap orang yang memerangi kamu dalam nama agama,dan mengusir akan kamu dari tanah airmu,dan berterang-terang pula mereka itu mengusir kamu,maka terlaranglah kamu membuat perhubungan dengan mereka.Dan barangsiapa yang membuat perhubungan dengan mereka,itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Mumtahanah:8-9)

Contoh Pas dengan Dap,apa pas nak buat hudup pun dia bantah,nak roboh kadang babi pun dia bantah.Kalau bagini sikapnya dengan terang mereka mengusir Islam,kalau kebencian yang tersimpan di hati atau maksud yang tersembunyi di hati mereka nak memusnahkan islam,misalnya percaturan di antara pas dengan kafir Dap,kalau takut sangat nak putuskan perhubungan dengan mereka,Menghadapi cara halus itu perlu dilakukan di pihak islam.

Jadi marilah Pas bersama umno memerangi mereka,tinggalkanlah pakatan yang tidak membawa kepada perpecahan umat Islam.Kalau kat Malaysia maknanya Melayu.Matangkan politik kita.

Bukankah kita disuruh taat kepada uluamri.

faizal said...

Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat islam dan masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar dan hukum akal, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.

faizal said...

kenapa kebanyakkan pemimpin UMNO sudah lari dari landasan islam.ini yang menjadi persoalan umat islam..sekali lagi saya ingin tegaskan bukan semata-mata islam tetapi keimanan,keimanan tidak boleh diwarisi dengan keturunan.

faizal said...

aini kata..
Bukankah kita disuruh taat kepada uluamri.

biar saya jelaskan hal ini..ini termasuk dalam bughah..

faizal said...

Pengertian bughah
Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122

faizal said...

adakah kerajaan UBN menjalankam undang-undang islam.

faizal said...

adakah usaha menjatuhkan kepimpinan PAS di kelantan boleh termasuk dalam golongan bughah,sama-sama kita fikirkan dan renungkan.

aini said...

Faiza,umno ke arah pembentukan negara islam,tidak sebagaimana parti pas bergabung dengan parti Dap yang terus terang memerangi islam.

Saya telah baca apa yang awak tulis tu,semata-mata hendak mepertahankan parti pas sahaja di mana pengikutnya sedang berada dalam dilema akibat kebangkitan gelombang biru.

Faizal awak cakap "adakah kerajaan UBN menjalankam undang-undang islam."
Bagaimana dengan pas?.Cara demokrasi adakah cara pentadbiran sebenar?.Cuba imbas cara pentadbiran zaman nabi...di situ anda temui jawapanya.

faizal said...

adakah parti UMNO tidak bergabung dengan parti kafir laknatullah.mana mungkin UMNO kuasai Parlimen sekiranya tiada bantuan daripada sabah dan sarawak.Adakah UMNO berkuasa secara solo tanpa bantuan parti-parti lain. kenyataan-kenyataan UMNO banyak memberi impak yang lebih buruk keatas masyarakat.masyarakat boleh menilai tahap pemikiran UMNO yang tidak sedar diri dan syok sendiri.

inilah yang dikatakan orang islam sekarang sudah tidak memahami politik secara islam.bukankah tuan guru dah cakap sekiranya UMNO mendaulatkan undang-undang dan prinsip islam dia sendiri akan bubarkan PAS.

aini tidak memahami perlembagaan PAS,sebab tu aini buat tuduhan macam tu..saya suggest aini cari buku perlembagaan PAS dan kaji dan berbahas semula dengan saya.

faizal said...

aini said..

Faizal awak cakap "adakah kerajaan UBN menjalankam undang-undang islam."
Bagaimana dengan pas?.Cara demokrasi adakah cara pentadbiran sebenar?.Cuba imbas cara pentadbiran zaman nabi...di situ anda temui jawapanya.

untuk pengetahuan aini,kenapa pas mengikut demokrasi.kerana hanya cara itu untuk menumbangkan kerajaan mengikut undang-undang. takkan PAS nak gunakan jalan peperangan untuk tumbangkan kerajaan UBN.ingat tak kita peristiwa MEMALI. PAS mengambil iktibar daripada sejarah MEMALI.

faizal said...

PAS menjalankan pendekatan yang berbeza berbanding UMNO keatas masyarakat bukan islam.
UMNO berpandangan bahawa penyampaian dakwah hanya untuk melayu padahal islam adalah untuk semua manusia tanpa mengira bangsa.

sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :

لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”

Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada sistem Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.

melalui konsep ini lah PAS cuba terapkan kepada bukan islam mengenai keindahan islam dan cuba menyampaikan kebaikan islam yang telah tercemar setelah UMNO menakut-nakutkan bukan islam mengenai hudud.ini adalah kenyataan..orang islam takkan buat macam tu..apa punya islam daaa..

penpusaka said...

Sdra Faizal,
PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS!
PAS sebenarnya bukanlah jemaah Islam tetapi ia adalah sebuah parti politik yang didaftarkan dan diluluskan oleh kerajaan British selepas ia ditubuhkan pada 16 Sep 1951.Ertinya kewujudan parti PAS turut direstui oleh penjajah yang berlatarbelakangkan Yahudi dan Nasrani.Pendokong penjajah ialah Yahudi dan Nasrani dan AlQuran ada menegaskan bahawa sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak sama sekali akan redha terhadap mana-mana umat Islam secara individu atau jemaah selagi tidak mengikuti jejak mereka.

PAS wujud sebagai parti politik apabila Tuan Hj.Ahmad Fuad, Pengerusi Biro Agama UMNO tewas didalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO dari Tunku Abd.Rahman. UMNO wujud oleh persepakatan dan muafakat lebih 40 pertubuhan melayu pada 11 Mei 1946 atas dasar bersatu untuk menentang penjajah. PAS wujud hasil dari kekecewaan sekumpulan kecil melayu dan bertujuan menentang dan merampas kuasa dari jemaah Islam iatu UMNO.Kewujudan PAS adalah titik permulaan perpecahan umat Islam.

PAS tidak ada dalam AlQuran atau Hadis atau tidak diijmakkan oleh ulama Islam sebagai agama.PAS cuma sebagai sebuah parti politik sahaja. PAS adalah pemecah belah umat Islam yang sudah sedia bersatu didalam sebuah jemaah yang lahir dari permuafakatan dengan matlamat yang jelas.

Oleh itu tiada sesiapa boleh mendakwa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Masih banyak lagi badan-badan lain yang melakukan aktiviti Islam dengan berkesan dan ramai lagi orang Islam yang tidak berkenan menyertai PAS atau pun menyertai mana-mana parti politik atau badan.Apakah mereka itu tidak tergolong dalam Islam? Apakah aktiviti atau apakah apa yang mereka usahakan untuk Islam itu tidak Islamik?

PAS bukan Hizbullah (Parti Allah) tetapi hanya sebuah parti politik yang hanya sah di Malaysia dan perjuangannya berkisar kepada merampas sokongan orang Islam kepadanya dan melarikan kesetiaan orang Islam daripada jemaah Islam UMNO!

Islam merupakan Ad Din yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari melalui malaikat Jibrail a.s. yang termaktub didalam AlQuran dan Hadis.

Perlembagaan PAS? Akan saya ulas kemudian ini.

http://penpusaka.blogspot.com

faizal said...

Islam merupakan Ad Din yang diturunkan Allah SWT


maknanya anda dan pro UMNO belum faham apa itu ad Din

faizal said...

maha suci allah, ini lah akibatnya kesan ulama' tafsir UMNO yang tidak faham tentang politik dalam islam.

faizal said...

semoga allah mengampun kan dosa kekufuran kaum UMNO-amin

faizal said...

3 perkara punca kerosakan iman dan islam

1) HATI-kepercayaan/keyakinan/niat dalam hati
bercanggah dengan ajaran islam.

2) LIDAH-perkataan/alasan bahawa hukum
islam itu sudah tidak ketinggalan
zaman/tidak sesuai

3) PERBUATAN-tingkah laku bercanggah
dengan islam

penpusaka said...

Resam budak taksub tak tentu arah. Bila berhujah dia mati akal, dia menyumpah dan mengeji orang lain. Kalau di zaman Nabi dulu jenis macam ini adalah golongan munafik.

3 perkara yg disebut itu semua ada lengkap semuanya pada pemain politik PAS.

Buat faizal, kalau nak berhujah jangan lari topik dan saya belum lagi ulas pasal perlembagaan PAS.Sediakan panadol atau kalau ada sakit jantung bagi tahu, aku tak nak disalahkan kalau mati terkejut pulak! Kalau tak boleh berhujah dengan fakta bagi tahu juga, supaya aku tak buang masa.

hassan said...

faiza,.....oh telupa nak ucap terima kasih ke penpusaka yang mengulas pajang lebar ke faiza supaya terbuka balik pintu hatinya kepada saudara islam umno.

Saya memetik kata aini dan faizal

Aini said:-
"OK sekarang ambil borang umno isi.Kalau awak tak mahu masuk umno lagi tak mengapa.Awak tinggalkan politik pas ikut puak tablir.Ini cara nak menegakkan islam sebenarnya...dahwah2"

Faizal said:-
ini lah pemikiran sekular..pemikiran dungu yang memisahkan politik dan islam..cuba aini selidik kemunculan tabligh ataupun tablir mengikut kamus aini.

Faizal awak jangan meperlekehkan orang tabligh,orang India dan Arab yang membawa islam ke Tanah Melayu ,sambil berdakwah untuk meneruskan ke langsungan hidup sambil berdagang.

Kalau dia tak bawah islam tok nenek faizal dan saya mungkin dok sembah hantu raya lagi.Sekarang ni tabligh telah dijalangkan oleh masyarakt tempatan pula malah mempunyai jaringan seluruh dunia.Puak tabligh membetulkan akidah orang Islam,Akidah betul kuatlah Islam.

Harap pada parti pas dakwah dia nak melarikan orang islam dalam unno ke pas sahaja dan sangguh bersekongkol denga DAP yang terus terang menetang islam.Pas nak buat apa susah,bunyi saja muluknya.

Umno ada gambung denga kafir juga tapi kafir yang mentaat kepada pemerintah.Itulah bezanya.Macam di Madinah ramai yahudi tapi dia duduk ,dia taat kepada pemerintah Arab Saudi.Dia tak kacau orang macam DAP tu.

Saudara faizal perjuangan awak bagus tapi duduk di tempat yang salah.

penpusaka said...

Perlembagaan PAS sendiri tidak iktiraf PAS sebagai Islam! Kerana kuasa tertinggi yang menentukan nasib dan hala tuju PAS bukan dirujuk kepada Allah dan Rasul serta AlQuran dan Hadis, tetapi kepada manusia didalam Muktamarnya.Mana ada ayat AlQuran,mahupun hadis yang menyerahkan hitam putih dan hala tuju harakah Islam dan perjuangan Islam kepada kuasa manusia?

Perlembagaan PAS Fasal 7 (1):........dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
Fasal 77 (1): Adapun perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambah dengan ketetapan yang dipersetujui oleh 2/3 suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
Fasal 77 (3): Sebarang pindaan,perubahan dan sebarang perkara yang berkaitan dengan perlembagaan ini tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.
Fasal 78 (1): PAS ini tidak boleh dimansuhkan atau dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 daripada jumlah bilangan ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri didalam Muktamar yang diadakan dengan maksud tersebut atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili 3/5 daripada ahli PAS Kawasan didalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.
Disegi realiti dan tindakan kuasa tertinggi yang menentukan keadaan PAS ialah dirujuk kepada AHLI.Oleh sebab itu juga PAS sendiri boleh dimansuhkan dan dibatalkan oleh ahlinya dengan pengesahan Pendaftar Pertubuhan.
Perlembagaan PAS ini sendiri banyak bercanggah dengan Al Quran.Kalau PAS itu Islam mana boleh dimansuhkan oleh manusia.Perlembagaan PAS ini juga bertentangan dengan Hadis Rasulullah yang menjamin bahawa parti Islam (Parti Allah) atau yang diistilahkan oleh Rasulullah SAW sebagai "Toiffah" tidak akan dihancur atau dimansuhkan oleh mana-mana pihak dan kuasa.
PAS hanya sebuah parti politik rekaan manusia sama seperti parti politik yang lain. Nyawa dan nasib masa depan PAS terletak dibawah kuasa Pendaftar Pertubuhan, iaitu kerajaan Barisan Nasional yang terasnya ialah UMNO. Apa yang hendak dibanggakan dengan PAS? Besar lagi bidang kuasa UMNO iaitu Ulil Amri yang berkuasa yang boleh memansuh dan mengharamkan PAS melalui kerajaan (Pendaftar Pertubuhan).
Berkenaan hubungan PAS dengan UMNO sebagai Ulil Amri, kita fahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- "Sesiapa yang meninggalkan ketaatan kepada (pemerintah Islam) dan meninggalkan jemaah (keluar dari mentaati pemerintah),kemudian ia mati,maka matinya adalah kematian jahiliyah". (Rujuk Majmuk AlFatwa jilid 35 Ibnu Taimiyah). Banyak lagi hadis dan ayat yang memberitahu kita tentang hubungan diantara rakyat dan pemerintah.

Pendekkata hulurkanlah sumbangan dakwah anda melalui badan-badan yang boleh memberikan manfaat kepada perkembangan Islam di Malaysia, dan itu bukan PAS kerana ia adalah perjuangan yang songsang, derhaka dan munafik yang jelas terpesong dari landasan AlQuran dan Sunnah!
Bukti bahawa PAS tersangat faham akan kedudukannya sebagai pemecah-belah dan penderhaka,maka itu sebabnya didalam Enakmen yang diluluskan di Kelantan yang didakwa oleh PAS sebagai Hudud yang ditolak oleh Kerajaan Pusat, diantaranya, PAS telah meniadakan kesalahan "Bughah" sebagai salah satu dari jenayah hudud didalam enakmen tersebut. Bermakna enakmen jenayah Islam yang didakwa oleh PAS sebagai hukum hudud itu sebenarnya bukan hudud sepertimana ditakrifkan oleh AlQuran tetapi hudud mengikut selera dan ciptaan PAS. PAS ini adalah sebuah parti politik yang berbuat sesuka hatinya keatas Islam yang syumul semata-mata untuk memperalatkan Islam bagi faedah kepentingan politiknya. Sebab itulah dia mencipta enakmen jenayah hudud yang terkeluar dari hukum Allah dan kemudian apabila ditolak diatas sebab kesilapan yang banyak didalamnya, dia melaung-laungkan kekhalayak ramai bahawa UMNO tolak hudud. UMNO tidak menolak hudud Allah tetapi menolak cubaan PAS untuk mencemar Agama Allah!

UMNO berpolitik untuk Islam tetapi PAS guna Islam untuk berpolitik!

aini said...

Mana faiza ni tak keluar2,saya pesan dah jangan lari....perbahasan kita belum selesai.

Terima kasih kepada penpusaka dan hassan,yang membantu memberi penjesan kepada faizal dan l puak pas.Penjelasan penpusaka dapatlah faizal bertemu beku dengan ruah.

Kata penpusaka:
UMNO berpolitik untuk Islam tetapi PAS guna Islam untuk berpolitik!

Bukan itu saja kalau kat Kelantan orang pas yang kuat2 tu nak kawasan balak je,boleh jual ke cina.

Mana faizal ni tak puas hati nak tahu juga dia ulas Perlembagaan pas cam mana.

faizal said...

terpulang kepada UMNO yang takkan berubah dan mengaku kesilapan cukup sekadar saya menegur dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim yang terlibat secara langsung mengenai kebenaran kepincangan UMNO.

KENAPA UMNO KEKANG AHLINYA BERSUARA DAN MENOLAK ISLAM.
1)sebab penyokong UMNO yang bersuara takut kehilangan kepentingan peribadi.
2)sebab penyokong UMNO ada sifat bodek yang melampau,semua dikatakan baik kepada pemimpin sehinggakan pemimpin tak tahu kedudukan sebenar pengaruh mereka.sehinggakan dikejutkan dengan tsunami politik.
3)sebab penyokong UMNO lebih pentingkan duit daripada sahsiah pemimpin
4)sebab penyokong UMNO dah dibudayakan dengan kerja melalui duit secara automatik 'no money no talk'.
5)penyokong UMNO takut kepada perubahan
6)penyokong UMNO memilih pemimpin yang bagi duit banyak kepada mereka yang tak ada duit.. boleh bla,dan dikatakan kedekut.
7)penyokong UMNO memilih pemimpin yang kaya,yang kurang kaya walaupun mempunyai ketokohan yang hebat jangan harap mereka nak sokong.kata mereka tak ada manafaat dekat mereka
8)yang paling nyata,penyokong UMNO suka menyusahkan pemimpin mereka sehinggakan pemimpin mereka berubah menjadi penipu dan pembelit.
9)penyokong UMNO sayangkan pemimpin sebab ada agenda tersendiri,nak tumpang kemewahan,nakkan jawatan(bab ni paling jelas hinggakan orang yang tak layak, dipilih sebagai peneraju GLC sehinggakan GLC tiada daya saing,cuma pandai membodek dan menjadi anak emas dan tukun emas kepada pemimpin itu sendiri)

penyokong UMNO merosakkan pemimpin dengan cara tak sedar..

TETAPI PEMIMPIN yang DILANTIK SEHARUSNYA MEMPUNYAI AMANAH,BERIMAN dan BERILMU.BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK dan TERBILANG.

PEMIMPIN YANG PENIPU DAN PERASUAH AKAN MENERIMA BALASAN DIAKHIRAT KELAK.

PEMIMPIN YANG ZALIM AKAN DISOAL DAN DIIKUTI PENGIKUT-PENGIKUT YANG MEMBENARKAN MEREKA.

oleh itu kita sebagai rakyat mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam menentukan siapa pemimpin kita,

"Baik pemimpin maka baiklah keseluruhan"

faizal said...

saya tidak berniat nakkan kehancuran UMNO saya cuma mahu UMNO berubah.berubah kearah yang lebih islamik.UMNO perlu akui kelemahan bukannya mengupah para-para penyokong untuk menegakkan benang yang basah.yang salah kita akui dan yang baik kita teruskan.UMNO takkan berubah,sehingga dipukul ombak@tsunami yang lebih besar di masa akan datang.strategi UMNO untuk bertopengkan islam takkan berjaya kerana percakapan tidak dengan perbuatan adalah perkara yang sia-sia.UMNO gagal dalam mempertabatkan islam dimalaysia.sia-sia 50 tahun memerintah yang UMNO nampak kepercayaan tahyul dapat diubah.berkata benar walaupun pahit.
http://www.youtube.com/watch?v=vX9cv9phRUE

faizal said...

penpusaka..semoga allah memberi petunjuk dan hidayah keatas kamu.

faizal said...

pada pandangan saya Kelantan amalkan ciri-ciri sebuah pemerintahan Islam. cuma hukum hudud belum laksana atas sebab-sebab halangan dari perlembagaan persekutuan. nak laksana hudud di negeri boleh tapi kena tukar perlembagaan persekutuan dulu. dalam pas kita terima dan sebab itu saya kata perjuangan yang tiada NOKTAH ialah perjuangan menegakkan undang-undang Islam. Umno ada kuasa kenapa tak tegakkan? maknanya umno juga boneka MCA, MIC, PPP sebab takut nak laksana undang-undang Islam.

berbalik tentang Kelantan apa yang saya lihat perkara tentang solat diutamakan. saya pernah ke sebuah bazar di kota bahru. sebaik saja azan waktu solat kebanyakan peniaga tinggalkan premis mereka untuk solat berjemaah di surau. mereka tidak risau premis mereka di curi tapi yang penting solat diutamakan. ini persoalan pokok ajaran Islam. Solat 5 waktu dan berjemaah.

Selain itu pada hari Jumaat shopping kompleks di Kelantan akan tutup kira-kira sejam setengah untuk beri laluan pada solat Jumaat. Banyak lagi ciri-ciri islam lain seperti tutup pusat maksiat dan galakkan terutama kaum wanita tutup aurat.

Pada saya ciri-ciri ini tiada di tempat lain dan ini merupakan antara kejayaan TG MB tarbiyah rakyat Kelantan supaya utama solat iaitu tiang agama Islam selain menutup aurat. disco, pusat karaoke jangan harap ada kat Kelantan. kalau nak hiburan pergi ke negara jiran.

sepatutnya negeri-negeri lain yang umno perintah juga mencontohi kelantan. kerana punca keruntuhan moral orang Islam disebabkan tinggal solat dan ada ruang-ruang untuk buat maksiat seperti disco, pub, konsert dll. dalam keadaan TG MB cuba kawal masih berlaku masalah sosial di kelantan apatah lagi ditempat lain.

Bagi saya politik adalah satu cara untuk dapatkan kuasa. dalam politik tak kira umno atau pas akan buat apa saja untuk berkuasa. cuma bila berkuasa apa tujuan kita sebenarnya? semata nak kumpul harta atau berjuang menegakkan agama ALLAH?

faizal said...

saya mengambil petikan dari penyokong pas..

kumb@ng said...

salam,

di negara ini perjuangan yang tiada noktah ialah perjuangan menegakkan hukum ALLAH!

sesatkah PAS berjuang untuk tegakkan hukum ALLAH?
sesatkah PAS galakkan wanita tutup aurat?
sesatkah PAS ingatkan kita jangan tinggal solat?

kalau umno kata umno tak sesat buktikan apa yang umno dah buat untuk Islam.

bina masjid?
bank islam?
pusat islam?
sekolah islam?
cukupkah semua ini bila rompak, rogol, bunuh, seks bebas, rempit, ganster, ragut, hiburan melalaikan semakin berleluasa?

saya tak kisah apa umno nak kata PAS sesat sebab PAS pun kata umno sesat.

apa susah sangat nak cari kebenaran siapa yang sesat.

caranya PAS dan umno debat di TV dan siarkan secara langsung. biar rakyat nilaikan sendiri siapa yang sesat. berani?

faizal said...

sudah lah tu..BN dah kalah..
UMNO ni asyik cari sebab dan alasan. dah memang kenyataan pun UMNO dah kalah.jangan lah nak buruk-burukkan orang lain.

berubah lah..jangan asyik tidur je..

kenapa UMNO kalah..

Pada tahap pertamanya iaitu tahap kejayaan mengatasi penentangan dan berjaya mendapat kekuasaan, pihak penguasa menjadi model bagi rakyatnya dengan sifat-sifat baiknya; dalam membuat keputusan-keputusannya rakyat ikut serta dalam usaha demikian kerana itulah yang dituntut oleh semangat perpaduan. Dan sifat itulah yang menyebabkan tercapainya kemenangan dan dengan sifat itu pula dinasti itu akan berterusan.

Tahap kedua ialah tahap bila penguasa akan bertindak sewenang-wenang dan membuat keputusan-keputusan tanpa diikut serta oleh mereka yang dipimpin. Pada tahap ini pihak penguasa akan berusaha untuk menghimpunkan pengikut yang ramai untuk mendiamkan pendapat lain dan aspirasi lain. Maka seluruh kuasa berada di tangan keluarganya. Maka timbul usaha untuk mengemilangkan keluarganya sahaja.

Tahap ketiga tahap senang sentosa, bila hasil daripada kedaulatan itu dicapai: harta, kekuasaan, nama yang masyhur, adanya monumen-monumen. Demikian seterusnya. Anugerah diberikan kepada wakil-wakil asing, juga kepada rakyat sendiri. Tahap ini tahap terakhir pihak penguasa bertindak sewenang-wenang terhadap mereka yang diperintahnya.

Tahap keempat tahap puas hati. Dia hidup damai dengan mereka yang menjadi sahabat sepemerintahannya. Tradisi dan kebiasaan diteruskan.

Tahap kelima tahap boros yang berlebihan. Pada tahap ini pihak penguasa menjadi perosak apa yang terbina sebelumnya. Ia menuju kepada pemuasan hawa nafsu, kesenangan, hiburan diri bersama dengan kaumnya, menunjuk-nunjukkan kedermawanan kepada orang-orangnya; ia mengambil mereka yang berwatak jahat untuk bertugas dengannya. Akhirnya orang ramai membenci pihak penguasa yang membawa kepada kejatuhan dinasti berkenaan.

aini said...

Terima kasih faizal bagi penjelasan panjang lebar.

Tapi saya nak tanya kenapa pas buat pakatan dengan Dap.Sedankan DAP terus terang menentang pembentukan negara islam.Ini yang umno marahnya.Pas juga dikontrol oleh DAP,macam Israel kontrol Amerika.Puak DAP sikit tapi boleh kontrol pas dan keadilan.

Maaf ya,saja nak tahu.

Macam MCA dan MIC dalam umno,kafir yang taat kepada pemerintah.

penpusaka said...

Faizal sebenarnya sayang kat UMNO tetapi dia orang kecewa dan cari jalan keluar.Malangnya didalam sesuatu perjuangan tiada kecewa dan kalau mudah kecewa, jangan hairan satu hari nanti faizal akan juga kecewa dengan puak PAS.

Semua luahan kemarahan dan kekecewaan yang dikatakan faizal ada pada pemimpin UMNO sebenarnya semua itu ada lengkap pada puak pemimpin PAS. Cuma faizal belum nampak dan masih seronok bercinta, semuanya harum. Lagipun kekecewaan terhadap UMNO membuatkan PAS jadi teman ganti yang menyeronokkan. Aduhai kawan, orang yang berjuang dizaman Nabi dulu terseksa lagi diseksa, kecewa lagi mengecewakan, namun iman tidak luntur dan keuntungan peribadi atau kebencian peribadi tidak meninggalkan perjuangan. Ini baru digigit nyamuk seekor sudah mengamuk membakar kelambu, baru dikecewakan oleh seorang ketua kampong sudah menggila membakar negeri. Baru dapat senyum gatal anwar ibrahim, dah masuk geng dengan DAP hancurkan bangsa dan saudara seagama! Saya rehat dengan orang macam faizal ini pasal tak guna dicakap lagi otak dia dah tumbul dan hati dia dah gelap. Semuga Allah memberikan dia taufik dan hidayahNya dan semuga dia mendapat keampunan Allah SWT diatas sikapnya yang memandang rendah dan menghukum umat Muhammad yang mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang lima waktu sehari sebagai musuh Islam..

faizal said...
This comment has been removed by the author.
aini said...

Salam faizal,

Terima kasih hadir pagi2 kat blog ni.

Tolong jawab apa yang saya tanya berkenaan Pas kaitan DAP .

OK saya copy soalanya sekali lagi.Harap-harap bagi penjelasan.

"Tapi saya nak tanya kenapa pas buat pakatan dengan DAP.Sedankan DAP terus terang menentang pembentukan negara islam.Ini yang umno marahnya.Pas juga dikontrol oleh DAP,macam Israel kontrol Amerika.Puak DAP sikit tapi boleh kontrol pas dan keadilan.

Maaf ya,saja nak tahu.

Macam MCA dan MIC dalam umno,kafir yang taat kepada pemerintah".

Maaf faizal saya tanya lain awak jawab lain,janganlah pusing2...jawab dulu.Saya harap awak beri jawapan yang iklas.

penpusaka said...

BENAR!!! "Jangan pilih pemimpin yang maksiat,tidak berakhlak,penipu dan perasuah" terutama sekali ialah orang yang bertopengkan agama untuk mengelirukan orang ramai akan tujuan sebenar mereka. Pada luaran dan cakapan mereka itu nampak macam orang yang alim, tetapi didalam akal fikiran,amalan dan hati mereka, hanya hendak mengakal orang supaya percaya kepada mereka.Amalan mereka hanya kearah apa sahaja yang boleh menguntungkan kemahuan mereka sahaja. Islam ini hanya untuk mengaburi mata orang lain agar ikut mereka. Ikut kemana? Ketebing Neraka! Inilah kumpulan orang munafik yang muncul diakhir zaman. Dikalangan mereka ini jangan hairan berlakunya banyak kisah-kisah maksiat seperti, haruan makan anak, menganiaya isteri,tidak memberi nafkah, judi, arak,bergaduh sesama saudara seagama, bermasam muka, memfitnah orang, menghina orang dan berbagai lagi salah laku moral termasuk, penagihan dadah, mat rempit, rogol, zina, khalwat, rasuah, kroni dan apa-apa lagi yang terfikir dek kita dan selalu didendangkan oleh mereka sebagai kelakuan yang tidak ada pada mereka kecuali pada musuh mereka. Allah SWT mengingatkan bahawa apabila kita mengata atau menuduh orang lain, benda itu berbalik kepada kita. Lihat sahajalah pelaku-pelaku jenayah tersebut? Ustaz,imam, anak imam, anak khatib, anak tok siak,Ahli PAS, anak pemimpin PAS dan sahabat serta kaum kerabat mereka juga. Salah siapa? Ketahuilah perangai manusia itu tidak ada batasan parti, kaum, agama atau darjat. Sesiapa sahaja layak melakukan jenayah dan dirasuk iblis dan setan kecualilah mereka yang beriman dan bertakwa.GRO, pelacur, penzina, perogol ramai terdiri anak-anak orang yang mengaku orang baik-baik. Siapakah itu? Adakah mereka berlambangkan parti? Tidak! Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui akan hambaNya disisi Nya, tiadalah sesiapa waima orang mengaku alim dalam PAS yang boleh tahu akan kedudukan hamba Allah itu disisiNya. Apakah mereka itu fikir mereka sudah cukup layak dan tinggi darjatnya? Nauzubillah jauhilah kita dari tergolong kedalam orang yang fasik seperti itu. UMNO selaku sebuah perjuangan, berjuang untuk kebaikkan ummah dan negara dan perjuangan itu tiada titik noktahnya. tidak akan selesai. Apakah tingkah laku manusia didalam atau diluar UMNO itu menjadikan UMNO itu tidak betul? Apakah apabila sianak itu menagih dadah, atau si bapa itu perogol, maka putus silaturrahim keluarga itu? Ajaran PAS ke ini atau kah ianya dikatakan ajaran Agama Islam oleh PAS? Kembalilah saudara ke jalan yang benar, jangan sampai mengaku jadi perisik negara pula apabila hujah tidak dapat menegakkan kebenaran! Itu namanya sudah gila meroyan!

faizal said...

DAP dan MCA sama jahatnya.kedua-dua adalah penghancur perpaduan islam.

faizal said...

budaya umno merosakkan pemimpin..

penpusaka said...

Sikap,tindak-tanduk dan perbuatan jika diamalkan ia menjadi budaya.Budaya tak elok ia menyalahi Islam. Itu sebab orang dulu-dulu berpesan, "adat bersendi syarak, syarak bersendi AlQuran". Ia sebagai ingatan bahawa dalam menjalani kehidupan, kita berpegang kepada AlQuran.

Yang dihebohkan tentang "budaya UMNO" dengan konotasi negatif itu, sebenarnya bukanlah budaya UMNO, ianya sikap, perbuatan dan tindak-tanduk orang yang dinamakan manusia yang kononnya menjadi ahli dalam UMNO. Ia juga ada dikalangan orang yang dinamakan manusia yang menganggotai PAS ataupun mana-mana parti, badan dan kumpulan. Selagi manusia bernama manusia dia serupa kecuali yang membezakan dia ialah keimanan dan ketakwaannya.Budaya dengan konotasi negatif ini hebat diperkatakan setelah peningkatan mendadak parti-parti lawan UMNO PRU 12. Bagaimana pula dengan banyak lagi budaya positif yang dikembang biak oleh UMNO? Kenapa tidak diperkatakan?

UMNO atau PAS tidak bernyawa tetapi dia hidup oleh manusia yang menggerakkannya. Janganlah bak kata orang sebab nila setitik rosak susu sebelanga, maka kita terus katakan resepi itu tak elok. Nila itu yang merosakkan, jadi masak semula resepi tersebut dan dijaga agar nila tidak mencemar lagi.

Pokoknya UMNO ialah parti siasah Melayu yang bersendikan syarak, Melayu ialah manusia yang dijadikan Tuhan. Tuhan tidak jadikan manusia berbangsa-bangsa dengan tidak bersebab. Menidakkan kejadian Allah SWT adalah satu perkara yang perlu difikirkan kembali dengan jujur berlandaskan iman dan takwa.Melayu agamanya Islam dan Melayu bergabung didalam UMNO untuk memperjuangkan hidupnya berlandaskan perjuangan Kenegaraan dan Agama Islam yang dianutinya.

PAS telah jauh tersasar dari kehendak Islam kerana dia terlalu tertekan dengan cita-cita politiknya. PAS terlalu sangat inginkan penerimaan sehingga sanggup memfitnah UMNO berbagai cerita dongeng dan akhirnya dek kerana kehendak yang berkobar-kobar itu, dia mula mempercayai dongengan yang dia sendiri cipta. Akibatnya dia hilang punca dan tidak lagi dapat mengenal musuh dan matlamat yang sebenar yang ingin diperjuangkannya!
Sebab itulah Nabi SAW sangat menekankan perpaduan ummah dan Islam menentang sekeras-kerasnya penentangan terhadap pemimpin sehingga diingatkan bahawa sesiapa yang menentang pemimpin itu dia umpama mengajak orang ke tebing neraka.

UMNO itu pemimpin kerana dia adalah kerajaan sejak kita merdeka dan malahan sebelum merdeka lagi, dia telah ditubuhkan untuk memimpin umat menentang penjajah. PAS tertubuh selepas itu dan sejak itu terlalu asyik dengan kerja untuk menarik sokongan umat dari UMNO kepadanya. Dia gagal dan masih gagal sedangkan yang dia musuhi dan tentang itu adalah pemerintah yang diketuai oleh pemimpin Islam. Nabi bersabda yang bermaksud apabila telah kamu lantik pemimpin, kemudian kamu lantik seorang lagi, walaupun dia itu lebih layak, hendaklah kamu bunuh yang kedua itu kerana dianya membawa perpecahan.Carilah hadis sahih ini dan bukalah pintu hati demi iman dan takwa yang sebenar-benarnya bebas dari nafsu kepartian dan politik kepartian. Peganglah kepada politik Islam bukan politik parti guna Islam!

faizal said...

inilah UMNO..takkan berubah..

asyik dok salahkan orang lain bila kalah..

nak berbaik dengan orang(perpaduan) jangan lah dok amalkan sifat putar alam dan pembelit lagi lidah bercabang.

hassan said...

Betul faizal UMNO..takkan berubah dalam meneggakan agama islam ,bangsa ,tanah air faizal sendiri.

Faham tak faizal majoriti dengan minoriti.Majoriti adalah UMNO,kan UMNO yang meneraju Malaysia,apakah masih dibuai mimpi Pas sambil diulik DAP...sampai terlupa siapa menang.

Faisal said:-

"nak berbaik dengan orang(perpaduan) jangan lah dok amalkan sifat putar alam dan pembelit lagi lidah bercabang".

Ingat tangan yang menuding jari kepada UMNO,tiga jari akan menuding ke Pas.

Kalau kail panjang sejengkal,jangan kerap menduga lautan UMNO.

Kalau tak mahu perpaduan amalan sunnah,tidak mengapa.....sudah banyak penpusaka bagi penjelasan sepatutnya awak telah berfikir dan boleh menilai yang mana kaca dan permata.

Biasanya suara ramai adalah yang betul,fikirlah 50 tahun lebih perjuangan pas ... tak boleh2 memerintah....lebih baik tinggalkan .. ...pintu umno sentiasa terbuka untuk awak.....marilah bersama memberi kekuatan kepada bangsa kita.

Saya faham pas nak tunggangkan DAP dan dakwahkan DAP ,tapi ingat DAP tu macam Irael.Sebaliknya pas yang menjadi tugangangnya.

penpusaka said...

Saudaraku Faizal,
UMNO tidak kalah. Yang kalah ialah PAS!!! PAS tewas kepada dugaan Allah SWT.

Kembalilah sebelum tersesat jauh. Hari ini kita lihat Nizar melakukan pacara 'candlelight vigil' (upacara kristian),kerana mahukan sangat dianggap sahabat kepada kafir itu dan Al Alim Anwar Al Juburi tunduk hurmat 3 kali angguk kepada 'altar persembahan' to'kong cina kerana hendakkan sangat dilihat sahabat sehidup semati.

faizal said...

UMNO akan kalah..pergolakan politik UMNO makin ketara..kamu tak nampak sebab terlalu taksub dengan budaya kamu tu.

kita tengok terengganu apa cerita..saya yakin perpecahan UMNO terengganu akan melarat dan silap-silap haribulan masuk pakatan rakyat laaa mereka tu..

boleh ulas sikit tak..kenapa chua jui meng yang setia tu masuk PKR..bahaya untuk UMNO ni.. ini petanda UMNO akan dipukul lebih hebat masa akan datang

faizal said...

kamu semua tak sedar lagi..UMNO dah kalah di semenanjung..UMNO berkuasa sebab BN..masih dok kata pas lagi..jadi tungangan..UMNO hanya diselamatkan oleh sabah dan sarawak..

kesian kat orang sabah dan sarawak..daif sangat lebih baik kelantan yang kamu cakap tak maju tu.. saya tengok kelantan tu ok je..negeri lain maju pun bukannya bangsa kamu punya..

Amirul said...

Faizal cakap:-
"Saya tengok kelantan tu ok je..".

Faizal jangan dengan mata kasar,tengoklah dengan mata hati.

Faizal....tahu tak bandar Golok Siam tu hidup kerana orang Kelantan.Kat Golok bandar segala maksiat,orang pun dia jual.Sekarang fahamkan orang yang menghidupkan bandar Siam tu.Takkanlah hari dikatakankan pergi beli pauh siam.

Takkan orang pas tah pergi Golok...ha...ha.. cakap senang.SAWADIKAT PAK CIK PAS,kata mek Siam.Abang mari somo cari apa.

Kalau tak caya pergi lihat kat pengkalan haram terbing Sg.Golok atau jambatan sungai Golok yang yang masuk secara sah.Berapa ramai tiap hari orang Kelantan menyeberangi SG. Golok patut di kaji..why?

aini said...

Faizal PAS semangkin terdesak dengan kebangkitan gelombang biru.Tidur pun tak lena malah pakatannya bagaikan telur dihujung tanduk.

Pas umpama pohon dendalu yang menumpang pokok Umno.Nampaknya umno kena buang dendalu tu,nanti mati dahan.Disamping itu pas bepakat pula dengan parasit dap dan pkr.Dimana mereka berebut-rebut untuk mencari makanan di pokok umno.Kalau boleh mahu tumbangkan pokok umno.INGAT UNMO MEPUNYAI ANTIBODI YANG KUAT.Tidak semudah hayalan nak tumbangkan umno

faizal said...

aku baru dapat info terbaru pasal UMNO terengganu..tapi aku malas nak kongsi ngan korang sebab korang semua jumud dan tak buka minda..

kesian gak aku tengok UMNO terengganu tu..

kesiannya orang kelantan di hina macam tu..

macam mana amirul tahu..amirul pernah buat kot...ghehehehheheeh

faizal said...

aini...aini masih dibuai mimpi 50 tahun yang lalu..

aini said...

faizal oi,saya masih berpijak dialam nyata tidak sebagai awak yang menjadi pas fanatik.Kalau nak pulihkan minda awak tu yang telah gelap,saya sarankan awak pergi mandi air 7 kuala.

Baru nampak nampak kebaikan umno meneraju negara lebih 50 tahun.

Awak dah terlebih cerdik sangat sampai tak dapat berpijak di alam nyata.

faizal said...

tq,aini..jangan lah marah..

kita tetap bersaudara walaupun kamu masih terawang-awang.jangan risau saya takkan ambil hati dengan anda.maafkan saya kiranya saya bersalah.

KEARAH ROMBAKAN BESAR-BESARAN.ALLAH MAHA BESAR.

SAYA BERTEKAD MENOLAK PEMIMPIN YANG MENOLAK ISLAM.

aini said...

faiza,sapa pula marah,cuma awak je nampak hot,kita kena banyak bersabar dalam perjuangan,walaupun faham berbeza tidak mengapa,saya percaya Allah akan membuka pintu hati awak ,hanya masa yang menentukan.

Faiza said:-
"SAYA BERTEKAD MENOLAK PEMIMPIN YANG MENOLAK ISLAM".

Saya juga menolak pemimpin yang memecahkan umat Islam dan bangsa Melayu.

Jalan kita berbeza,matlamat sama untuk Islam,kiblat yang sama.Solat yang sama,tuhan yang sama,bangsa yang sama.

Perbezaan fahaman yang mewarnai politik negara kita.Perbezaan fahaman juga boleh menghancurkan bangsa Melayu spt.parti Pas.

faizal said...

aini said,
Saya juga menolak pemimpin yang memecahkan umat Islam dan bangsa Melayu.

jangan risau nanti aini boleh tolak UMNO terengganu sebab tak lama lagi mereka akan berpecah seperti mana pemuda umno berpecah dan mengatakan khairy golongan minoriti.

aini said...

Salam berlapik lagi faizal,

Faiza said:-
"jangan risau nanti aini boleh tolak UMNO terengganu sebab tak lama lagi mereka akan berpecah seperti mana pemuda umno berpecah dan mengatakan khairy golongan minoriti".

Faiza saya tak nak percaya khabar2 angin ni.Itu saya anggap tomahan saja,tapi jangan awak suka tabur fitnah,tak baik .Ingat pada dosa pahla juga lah.

Faiza nak tanya iklas ni,awak orang kuat pas tak boleh kawasan balak lagi ke......ha...ha..
Kat kelantan orang kuat pas dapat kawasan balak .Cuba buatlah permohonan dengan hussam tu,manalah tahu ada rezeki awak.

Awak jangan risal kalau dapat kawasan balak ,kalau tak da modal nak buat sendiri,awak cari lah cina DAP rakan awak jual kat dia.Apa orang kata Ali baba.

faizal said...

salam persaudaraan..
jangan lah marah aini

UMNO terengganu tu memang dah parah dah..mana tak nya habis rahsia idris jusoh dikorek oleh mat said.payah jugak nak bersihkan rasuah dalam UMNO ni..

tapi kesian jugak kat idris tu..orang tak hargai jasa dia..dia buat untuk UMNO jugak.. semua dapat habuan, yang kena dia dan geng 10
kesian dia di kambing hitamkan..

aini tunggu lah bulan puasa ni apa cerita.. siap sedia lah pergi berkempen dekat terengganu pulak....dapat jugak duit kan???...aini...

hassan said...

faiza,tak dak korja lain cari aib orang je,memang orang pas ni pakar kalau hal fitnah ni.

Awak ngundi Manek Urai hari tu takkan tak boleh sen abuk.Tolong kenpem free ke pas bukan jihad namanya.

Kalau betul awak nak jihad,awak gi jupa Osama Ladin,daftar jadi mujahiddin.Tu baru pejuang islam betul.

faizal said...

ini lah pemikiran jumud dan dangkal..
banyak cara nak jihad.. tegur pemimpin yang zalim pun jihat jugak..hassan....hassan.. tak sabar nak tengok UMNO tersungkur dan menjadi lagenda..heheheheheheh..takpa nanti aku cerita kebaikan UMNO je..yg buruk aku cover yaaa...

hassan said...

faizal,jangan kata orang macam tu,ibu-bapa kita asuh,sekolahkan kita supaya bersopan,tambahan pula kalau nak tarik orang umno kena lah lembut -lembut sikit.

Tapi buat masa ini pintu hati saya tidak terbuka untuk pas faizal..maaf ya.

faizal said:-
"hassan.. tak sabar nak tengok UMNO tersungkur dan menjadi lagenda"

Faizal umno tidak akan tersukur,awak spt. menanti buah yang tidak akan gugur.Sia-sia penatian awak.Sudah 50 tahun menanti...masih tekebir2..satu jangka masa yang panjang faizal.

Bagaikan Pungguh rindukan bulan.Bila PUNGGUH nak sampai ke bulan...hanyalah sekadar merenung dari dahan pokok sahaja.

OK dah besedia nak berbalik ke pangkal Umno..ha...ha.....

faizal said...

UMNO penuh dengan penipu dan pengkhianat..
saya dah bersedia menerima hakikat kejatuhan UMNO
kita tunggu bulan 8 nie di terengganu dan seterusnya BN hanya ada kuasa kat sabah dan sarawak..hahahahahahaaaah...

tapi jangan risau..orang UMNO kita tetap terima dengan hati terbuka..orang UMNO tetap saudara kita cuma terpesong dengan kemewahan dunia dan syok sendiri..

hassan said...

faizal said:-
"saya dah bersedia menerima hakikat kejatuhan UMNO
kita tunggu bulan 8 nie di terengganu dan seterusnya BN hanya ada kuasa kat sabah dan sarawak..hahahahahahaaaah...",

faizal ,saya masih terbayan-bayan bagaikan baru semalam abg nuwar awak dah berapa kali buat kejutan nak tawan Malaysia,tiap2 bulan bunyi.Awak pun dah terbawa stail nuwar..ha...ha....belajar sangat ilmu saikologi salah tu.Faizal modal lama tu...ha...ha....

Mudah bunyi.
Faiza said:-
"tapi jangan risau..orang UMNO kita tetap terima dengan hati terbuka..orang UMNO tetap saudara kita cuma terpesong dengan kemewahan dunia dan syok sendiri..".

Ingat tak "jangan kamu lupa sebahagian didunia"
-"Bekerja lah kamu seolah kamu tidak akan mati dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

Islam tidak menghalang ketermadunan.Agama islam bukan penghalang kemajuan.

PAS hanya parti memundurkan orang Melayu Islam,parti yang menghalang keamanan,kedamaian,dan menggunakan agama sebagai topeng.Semuga Allah memberi hidayah kepada puak pas agar tersedar dari taksud yang memecahkan umat islam.Ingatlah apa yang awak cakap hari kesannya diakhirat nanti.

Faizal banyaklah beristifar kepada Allah.

faizal said...

aduhai umno..asyik syok sendiri je..

kemungkinan perak pun umno melepas.. kesian kat umno..bila hassan nak pi sekolah.. muhyidin tak sempat kot nak sekolahkan umno..

faizal said...

aduhai umno...mic pula buat hal..

datuk ss subramaniam yang setia kat umno tu pun dah masuk pkr..bahaya ni..

aini said...

faizal,saya tak kisah awak cakap subra..ke...jin min ke..nak masuk pas atau pkr...saya tak kisah biar gilah puak kafir berkumpul dalam pas.

Yang saya bimbangnya dengar2 Salaihuddin nak lari dari pas dah.tak tahan pas tak nak ikut sunnah,asyik nak ikut puak kafir.

Apa yang dikatakan ulama pun tak boleh nak jalan seiring...dah ada 2 puak dalam pas ya..jaga2 sikit faizal.Rentak menanti belah.

Jangan macam tu faizal kita masih saudara islam,kalau nampak nak lari akidah ,awak tolonglah nasihat kepada pemimpin pas tu.Kan dakwah juga.

faizal said...

hehehehe..ok..

mic dan mca dah tak setia kat UMNO..

saya rasa lah kalau lepas pru13 nanti mesti puak-puak mic dan mca tu lari dari BN.. al maklumlah puak-puak tu nak projek dari UMNO je..

apa cerita adun bebas perak tu..ngelabah UMNO perak mencari..takut-takut mereka kosongkan kerusi..melopong UMNO perak...hahahaahaa..

aini said...

Kenapa faizal awak suka sangat Melayu umno sekiranya tumbang.Bukankah ia sebangsa dengan awak dan se islam.

BERSAUADARA KERANA ISLAM

Allah ta'ala telah menjelaskan bahawa walaupun mereka saling berperang,sebahagiannya menzalimi saudara islam yang lain,namun mereka masih merupakan saudara seislam dan diperintahkan agar menamaikan antara mereka dengan adil.


faizal,
nak tahu tak DAP suka sangat pada pas sebab dia nak perlaga orang Melayu.Dia guna dasar pecah dan perintah.Ingat tak portugis dapat tawan Melaka kerna ada Mealayu jadi talibarut dia orang kafir.Saya ingat awak ni pun talibarut DAP tanpa awak sedari.

Apa faedah awak dapat kalau umno tumbang?jawab faizal.

faizal said...

faedahnya UMNO akan tertekan dan UMNO dapat mentadbir negara dengan lebih baik kerana ada tekanan.

UMNO akan berusaha lebih keras dan bersungguh-sungguh untuk memastikan hak rakyat terjamin

UMNO akan lebih serius memerangi rasuah

UMNO akan lebih serius memerangi jenayah

UMNO takkan cakap besar lagi.

yang paling penting UMNO takkan lupa diri dan mengabaikan rakyat.

saya minta maaf aini,kalau awak terasa kutukan saya ke atas UMNO.

orang UMNO tetap saudara seislam saya termasuk PAS dan PKR yang muslim.

saya tak kutuk yang lain kerana UMNO tunjang negara buat masa sekarang.saya khuatir pemimpin UMNO hanyut lebih jauh.

aini tidak memahami saya kerana aini tidak berada di kedudukan saya.

aini said...

faizal,oh...itu dasar pas ya,cara yang salah faizal,cara awak cakap tu,akan melemahkan bangsa awak sendiri.Melayu akan jadi keliru agama dipermain,fatwa diterjemah cara yang salah oleh pas ,seolah-olah matlamat meghalakan cara.

Kalau macam tu pas tak perlu banyak kerusi kalau sekadar untuk sport cek umno je.

Apa yang saya nampak hari ini pas beriya-iya nak tumbangkan umno.Saya tak berapa yakin kenyataan awak .Pkr saya tak risau,kalau dia betul nak perjuangan islam,bangsa,kaum dari awal lagi anuwar tak tubuh pkr..dia akan terus masuk pas atau kekal dalam umno.Pkr sebuah parti untuk memenuhi cita-cita abg.nuwar nak jadi PM je.

Adakah pas sebuah parti yang jujur?Sebuah parti cari makan je....maaf ya.

Mengapa pas sangguh bersama Dap,sedangkan DAP terus terang menentang pembentukkan negara Islam?

Awak masih lagi tak jawab pertanyaan saya.

faizal said...
This comment has been removed by the author.
hassan said...

faizal said:-
"saya tidak dibenarkan terbabit dalam mana-mana parti..

saya hanya memberi pendapat..terpulang kepada masing-masing untuk menerimanya.."

Sap awak tu tok wali ke?

faizal,awak tak payah nak berdolak dalih,awak parti pas.Apabila awak dah sangkut,tak boleh nak jawab soalan ani,awak dah mula merapu.Tak mengaku orang pas pula.

Dari penulisan awak tu,orang dapat baca sapa awak.Budak pas fanatik.Cakap apa pun ketayap hijau yang disukanya,walaupun ketayap kena najispun dikatakan bersih juga.

maaf faizal ya.

faizal said...

terpulang pada hassan..
saya maafkan awak hassan..

faizal said...

penyokong UMNO dapat menyelamatkan UMNO dengan cara menolak kepimpinan UMNO yang tidak selari dengan islam..


KE ARAH MEROMBAK KEPIMPINAN UMNO AGAR SELARI DENGAN ISLAM.

hassan said...

Penyokong PAS dapat menyelamatkan Pas dengan cara menolak kepimpinan pakatan yang memecahkan umat islam Melayu.

KE ARAH MEMBETULKAN PAS AGAR KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.