Search This Blog

Loading...

Followers

Sunday, January 15, 2012

Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam

Jangan kita salah faham ,Tok Guru temu mata puak demo bukan maknanya temu dengan puak-puak Kelantan yang buat demostrasi.Demo dalam bahasa Kelantan bermaksud "awak".Saya terang ni ko-ko orang luar Kelantan tak faham .

Hari ni 15 Jan 2012 ,Tok Guru Pak Nik Aziz selaku menteri besar serambi Mekah telah datang ke majlis bertemu mata dengan rakyat Kelantan yang dok cari makan di Selangor.Perjumpaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 17,Shah Alam.

Ramai sungguh sambutan anak Kalantan di perantaun.Semuanya pakat turun tidak kira pelajar kolej , peniaga tomyam , perkerja industri mahupun ahli-ahli koporat pun kelihatan.Pak-pak iman sudah tentu awal-awal lagi tunggu ,maklumlah ulama datang.

Wakil-wakil rakyat Kelantan pun kelihatan,di sinilah puak-puak Kelantan telah mengambil peluang beramah mesra dan bersalam dengan wakil rakyat masing-masing.Susik-susik dengar mereka kata" mengundi ni, kita semua pakat balik tak sah bimbang lah YB".Sementara ni kita semua akan tolong Pakatan Rakyat di Selangor sebagai hadiah tempat kita cari makan.

Sekarang ni orang semua nak agama, kerana mereka sedar hidup ni bukan boleh menongkat lagit walaupun harta bertimbung.Umno dok megah dengan pembanggunan di Selangor,tapi akhirnya boleh ke Pakatan Rakyat juga negeri paling maju.Maknanya rakyat tak lihat pada pembanggunan kerana Firaun pun buat pembanggunan untuk rakyat tapi akhirnya jatuh bila tak ikut cara yang ditunjuk Allah.

Suasana di luar dewan,kalau macam ni ramai sokongan jatuh PRU 13 umno-BN

Tok guru makan nasi kawah ulam budu bersama puak-puak Kelantan




Monday, January 9, 2012

Senyuman 901 tapi ada yang berduka



Perjuang keadilan rakyat Malaysia

Tiada kata yang dapat digambarkan, bertapa gembira penyokong Pakatan Rakyat di hari pembebasan Dato Sri Anuar Ibrahim dalam kes fitnahnya .

Sana sini nampak orang senyum manis dan mengharapkan Anuar dapat mengambil pintu kunci Putrajaya dari Umno pada PRU 13 nanti.
Malah bukan saja rakyat Malaysia yang tersenyum manis tapi dunia juga mengalu-galukan pembebasan Anuar.

Bertapa pantas keputusan di ketahui bila sms dihantar bagaikan skim piramid ,tiba-tiba terdengar sana sini takbir kesyukuran.Nelayan di laut bersorak riuh sampai bergocang boat, petani lempar cangkul, nasik baik pemandu teksi tak lepas stering.

Walaupun kita bergembira jangan lupa yang berduka

Tapi ada sebilangan yang berduka,nampak dahi berkerut, jalan tunduk,orang tegur salam 1 Malaysia pun tak berapa nak jawab, itulah orang-orang "yes man" Dato Najib BN,seteru Dato Sri Anuar.

Pakatan Rakyat jangan terleka Umno -Bn tetap akan cari jalan lain pula demi mengekalkan kuasa ringgit.Wang ringgit ditabur-tabur bagaikan bunga rampai menjelang PRU13.Kalau ikut sejarah di Libya wang tidak bermakna lagi bila kebangkitan rakyat.



Atas bumbung pun ada


Kalau macam ini ramai , TKO - Umno PRU13









Thursday, October 27, 2011

Wang bukalah segala-galanya untuk hidup berkuasa


Apa guna kalau kita jadi pemimpin Islam,negara berserabut dengan rasuah,rakyat murtab sana sini. Barang keperluan harian mahal tak kenal orang susah ke kaya yang beli,serupa je harga .Lainlah pak-pak menteri dapat banyak percuma,maklumlah rakyat sayang.Cakap saja apa nak mesti dapat.

Pembangunan tak perlu dimegahkan sangat ,sekiranya rakyat semakin lupa lubang kubur.

Bila rakyat tidak suka lebih baik kita letak jawatan awal-awal.Buat apa kita nak menang pilihanraya sanggup ambil Indo ,ambil Bagla.Walaupun setengah pengundi boleh beli dengan duit namun penerima tetap bercerita dikhalayak,tak sembunyi-sembunyi.

Kalau menang dengan cara tidak betul dengan manipulasi demokrasi, lambat cepat kita akan jatuh juga walaupun undang-undang bawah tapak kaki kita.Duit kita,harta kita merata-rata ceruk dunia tidak memberi apa makna,sila teruskan bacaan cerita dibawah yang baru jadi sejarah ,kata orang masih panas-panas lagi.




'
Beliau merayu menawarkan Kekayaan untuk hidup' ,Gaddafi


Apabila terdesak diktator Libya, Muammar Gaddafi merayu untuk hidupnya dengan menawarkan emas dan wang sebelum beliau dibunuh, saksi yang telah menyatakan.

Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu bagaimana bekas pemimpin semasa ditangkap dengan penuh ketakutan telah menawarkan kekayaan diluar dugaan pemberotak , selepas dia telah diseret dari tempat persembunyian beliau.

Encik Ali, komander briged di Sirte, memaklumkan kepada akhbar Itali Corriere Della Sera: "Dia ditarik dari longkang dan dia telah ditolak di sekitar kawasan itu.

"Beliau berkata Gaddafi bersedia untuk menawarkan apa-apa pertukaran untuk hidupnya. Gaddafi juga berkata ia mempunyai wang dan emas bagi kita, jika kita melepasnya untuk terus hidup.

"Dia kehilangan banyak darah - beliau berusia 69 tahun dan tubuhnya tidak dapat menahan kerana usia telah lanjut. Dia telah luka di mana-mana dari serpihan bom dan dipukul..."

Encik Ali berkata: "Pada satu ketika seseorang menjerit kepadanya bahawa bukan masanya bercakap tentang wang, sebagai seorang Muslim yang baik, dia sepatutnya telah berdoa untuk dirinya sendiri yang diamanahkan kepada Allah sebelum mati.

"Tetapi dia terus berkata beliau bersedia untuk memberikan kita banyak wang dan emas."

Kolonel Gaddafi dikatakan mempunyai lebih bahawa \ $ 200bn 125bn) dalam bentuk wang tunai dan emas tersembunyi jauh dan telah tersebar dalam beberapa akaun rahsia di seluruh dunia.

Laporan awal tahun ini selepas permulaan revolusi berkata beliau telah diterbangkan beberapa kekayaan beliau ke Zimbabwe.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah berkata ia percaya Libya mempunyai sekurang-kurangnya 140 tan emas tersembunyi - jika tidak lebih dan sebahagian besar itu tersembunyi di dalam peti besi bank pusat di Tripoli.

Tetapi dia dianggap beliau telah mengambil beberapa bar dengan untuk digunakan sebagai cip tawar-menawar.

Sunday, October 23, 2011

Bila Umno nak buat Hudud?

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara
itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,
serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan
Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu
tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang
terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan,
ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan.
Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik
yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah
dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa,
" titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda,
adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan
sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami,
ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat
sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa,
kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri
Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak
untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang
ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia
Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata,
Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam
membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

Harakahdaily

Wednesday, July 6, 2011

Tea tarik satu Mamat kurang manis... tahu!!

Sambil minum tea tarik dahulu sementara menunggu roti canai kosong siap, aku tiba-tiba baru terfikir atau orang lain telah lama terfikir tapi munkin tidak bersuara.Banyak sungguh kedai mamat sekarang di mana-mana kita pergi pasti ada terutama negeri sebelah pantai barat.

Kalau di sebelah Kelantan ,memang kedai mamat boleh bilang dengan jari,tak banyak,tapi nama mamat Melayu tulen banyak.Entah macam mana lamunan aku jauh pagi ni ,hinggakan aku tilik kepimpinan di tanah air ku kerana sekarang ni sibuk orang nak pergi tempat "BERSIH".

Oh rupa-rupanya bukan kedai tea tarik mamat saja yang banyak tapi barisan kepimpinan teratas negaraku juga rupa-rupanya banyak mamat atau keturunan mamat.Memang keturunan mamat ni bijak-bijak masa cari kedai dia orang akan cari lokasi yang menarik supaya perniagaan tetap laku dan bertahan lama.Kalau ada pelanggan maki hamun pun kerana tea terlalu manis dia tak kisah.Asal janji kedainya dikujungi ramai atau janji masuk!!!!!!

Ketua Polis = Mamak.
Wanita UMNO = Mamak.
Penasihat UMNO = Mamak.
Pemuda UMNO = Mamak.
Mahaguru silat = Mamak.
Penasihat PERKASA = Mamak
Ketua PATRIOT = Mamak
Agung = Melayu.

Wednesday, March 16, 2011

Mengapa Saya Menyokong Perjuangan Islam

"Berjuang untuk memertabatkan Islam itu mempunyai nilai yang amat tinggi disisi Allah. Kerana nilai yang tinggi itu, tidak ramai yang minat, menempuh pelbagai kesukaran, kesengsaraan, kekalahan, tidak ada ganjaran material dan lain-lain ujian. Seperti yang kita belajar dalam sejarah nabi dan para sahabat yang menempuh pelbagai kesukaran, perkara yang sama juga berlaku untuk zaman selepas nabi iaitu zaman kita.

Allah mewajibkan kita menyokong orang persaorangan atau pertubuhan yang memperjuangkan Islam walau dimana mereka berada dalam dunia ini dengan tenaga, nyawa dan wang ringgit atau sekurang-kurangnya doa.

Jika hanya mengaminkan doa untuk para pejuang selepas solat Jumaat, tidak akan memberi makna apa-apa jika tidak ikhlas iaitu antara hati dan perbuatan. Dalam ajaran Islam, jika langsung tidak ada niat untuk mati syahid, kita tak akan masuk syurga.

Apabila saya mula-mula ingin mempelajari Islam, saya dapati diri saya seperti seorang muallaf yang baru memeluk Islam dimana perkara yang diajar semasa disekolah dan oleh ibubapa adalah perkara yang sangat asas dalam fardhu ain. Setelah lama mengkaji, baharulah saya sedar bahawa kita berada dalam sistem pendidikan sekular. Ilmu Islam yang di wahyukan Allah kepada Nabi Muhammad itu tidak semuanya boleh diajar dalam sistem pendidikan kita.

Perkara yang bersabit dengan batalnya syahadah(batalnya Islam), terbatalnya ibadat (ibadat tidak diterima Allah), sifat orang munafik, kewajipan menegakkan aturan kehidupan mengikut Quran dan Hadith, kewajipan berjihat dijalan Allah dan banyak lagi tidak diajar kepada kita. Yang diajar ialah apa yang telah diubahsuai mengikut fikiran manusia.

Mengajar sistem yang direka ini menyebabkan umat Islam berpecah belah dan menjadi lemah. Ini belum lagi mengambil kira apabila manusia dihitung di hadapan Allah nanti.

Apabila ada orang yang menderma kepada satu pertubuhan atau gerakan Islam atau untuk membina masjid, ada orang yang memandang sinis kerana pengetahuan agama yang amat cetek sedangkan menderma itu satu ibadat yang amat besar disisi Allah.

Seperti yang kita maklum, penghuni Syurga itu amat sedikit bilangannya dan dari yang sedikit itu setiap 4 lelaki ada 1 perempuan (kiraan matematik lelaki 80% , perempuan 20%). Hanya mereka yang mati sebelum baligh dan yang mati syahid akhirat sahaja yang benar-benar dijamin masuk syurga.

Situasi di Malaysia.

Ilmu Islam telah berkembang dengan pesatnya walaupun terdapat usaha daripada oleh pehak media supaya orang muda dapat dilalaikan oleh hiburan. Internet memainkan peranan besar dalam menyebarkan kefahaman Islam.

Dizaman Tunku Abdul Rahman demokrasi telah dipraktik dengan agak baik supaya wujud keadilan semasa memilih pemimpin dan rakyat mendapat penerangan dan maklumat yang sebenarnya tentang pemimpin yang bakal mereka pilih. Wakil semua parti politik dibenarkan berkempen didalam radio, dan jumlah masanya pun sama agar berlaku adil untuk semua parti. Jika berkempen, Tunku tidak menggunakan kemudahan kerajaan misalnya menggunakan kereta sendiri, kerana kereta resmi Perdana Menteri adalah semasa menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan untuk parti itu tidak sama dengan tugas Perdana Menteri. Pada masa ini, media utama hanya dibenarkan untuk menyiarkan dakyah untuk parti yang menguasai kerajaan dan rakyat susah untuk mendapat maklumat untuk parti-parti yang lain. Dizaman Yunku, orang Melayu misalnya tahu apakah perjuangan yang dibawa oleh Parti Dayak di Sarawak, kerana ada slot berkempen di radio.

Situasi dunia.

Jika ada mana-mana negara yang dimenangi oleh gulungan yang ingin menegakkan Islam, akan dijatuhkan serta merta seperti melebelkan mereka sebagai pengganas dan media memainkan peranan memburukkan syariat Islam dengan menganggapnya zalim dan sebagainya. Bayangkan dalam dunia ini, hanya Kelantan sebuah negeri kecil yang diperintah oleh ulamak, itu pun berdepan usaha habis-habisan dari pelbagai sudut untuk menjatuhkannya supaya orang menganggap sistem Islam adalah sistem yang gagal.

Gabungan ketua-ketua negara didunia dibawah Freemason menganggap hanya Islam yang menyebabkan mereka gagal menguasai dunia. Penganalisis Freemason menamakan Yassir Arafat dan Hamid Karzaai sahaja disahkan menganggotai pertubuhan itu sementara Housni Mubarak tidak dapat disahkan secara rasmi.

Sejarah tentang bagaimana Islam menguasai dunia untuk jangkamasa yang begitu lama, tidak diajar dengan terperinci walau pun ianya sangat baharu berbanding sejarah Yunani dan Greek yang diajar secara terperinci dan dunia barat berusaha keras untuk menghapuskan sejarah kejayaan empayar Islam tersebut dari minda manusia.

Agama Allah diturunkan kepada nabi dan rasul yang sebelum Nabi Muhammad adalah mengikut kesesuaian masa dan keadaan serta khusus untuk kaum tertentu sahaja serta jarak masa yang agak singkat diantara Rasul. Ia ditujukan kepada kaum tertentu kerana perhubungan yang amat sukar pada masa dahulu. Masa tertentu pula adalah apabila hampir semua manusia pada zaman tersebut berada dalam keadaan sesat. Jarak masa yang pendek pula misalnya bapa seorang rasul, anaknya pun seorang rasul kerana masa dahulu manusia tidak pandai menulis, ajaran disampaikan dan diterima secara lisan dan ini menyebabkan ia senang berubah mengikut masa. Ugama untuk kaum Yahudi misalnya yang dinamakan Yahudi dan Kristian telah dibawa keluar dari negara yang dikhususkan untuk negara tersebut iaitu Yahudi untuk dikembangkan di Eropah dalam keadaan ianya telah diubah oleh pembawanya dan dinamakan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu.

Hanya Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah telah dibuktikan sesuai untuk semua zaman hinggalah berlakunya kiamat.

oleh Zahir Razali pada pada 16hb Mac 2011 pukul 2.28 ptg

Diambil dari Facebook

Friday, February 11, 2011

Mubarak terima hadiah tapak kasut dari rakyat


Sudah 30 tahun memerintah Mesir, akhir Mubarak dihabiskan pemeritahannya dalam 18 hari batahan rakyatnya sendiri.Rakyat Mesir telah lama hidup makan hati berulang jatung dalam negara yang dipimpin oleh pemerintah yang korup dan menindas.

Mubarak adalah salah seorang pemimpin yang tersenarai kaya di dunia.Namun wang bukan segala-galanya .Bermakna wang tidak boleh membeli semua orang untuk kekal memerintah.Rakyat Mesir mengharapkan mereka dapat keluar dari pemerintah yang zalim demi masa depan generasi akan datang.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Di Mesir rasuah berlaku tapi pembangunan tak jalan,perbezaan jurang taraf hidup rakyak kaya dan miskin ketara.Rakyat yang baik dengan Mubarak kaya-raya dan menetangnya ditekan kehidupan hingga jatuh hampir papa kedana.

Di negara kita rasuah berlaku tetapi pembangunan jalan, namun mahal kos nya yang perlu di bayar oleh duit pembayar cukai.Namun perbezaan tidak ketara sangat antara kaya,miskin dan masih terdapat gulungan pertengahan.Kita masih lihat setengah rakyat dibantu terutama sekali nampak jelas sekiranya dekat pilihanraya atau semasa tempoh pengudian semula selepas wakil rakyat mati di satu-satu kawasan.

Sudah jelas sekali apa yang berlaku di Mesir akan merisaukan pemimpin lain dunia yang sekiranya buat tidak betul pada rakyat atau zalim.Di negara kita bunga-bunga desmottrasi sentiasa ada, tetapi kecekapan pihak polis mencengah patut dipuji, Sekiranya sejuta rakyat keluar di Dataran Merdeka atau Putra Jaya, saya percaya masalah akan jadi seperti Mesir.Harap-harap minta jauh berlaku di negara kita.Gunalah peti undi untuk merealisasi kebangkitan rakyat.