Search This Blog

Loading...

Followers

Sunday, July 19, 2009

Air Dalam Cawan Sentiasa Berkocak



British semasa penjajahannya telah membawa orang Cina dan India untuk bekerja di Tanah Melayu.Jadi tujuan asalnya orang Cina dan India datang ke sini untuk mencari nafkah dan sudah menjadi kebiasaan setiap pendatang akan pulang ke negara asal setelah ada modal dan menjalankan perniagaan di negara sendiri.

Tapi pendatang sudah tidak terbilang.Mereka telah beranak pinak di sini dan menetap di Tanah Melayu.Keselesaan di sini dan sikap toleransi orang Melayu menyebabkan mereka lupa negara asal sendiri malah memutuskan hubungan dengan negara asal.

Oleh kerana pendatang beranggapan kesetiaan mereka kepada negara ini sebagaimana didakwa mereka menuntup kewarganegaraan.Alasan mereka di lahirkan di Tanah Melayu mereka bekerja di sini dan dikebumikan di sini seperti juga orang Melayu mereka tidak mempunyai negara lain yang boleh mereka pergi dan menganggap diri mereka adalah penduduk Tanah Melayu.

Seandainya orang asli menutup haknya sebagai tanah airnya yang asal.Orang Melayu,Cina dan India dipaksa meninggalkan Tanah Melayu,orang India boleh menetap di India dan menjadi orang India sedangkan orang Melayu tidak boleh buat bagitu.Orang Cina pula dia masih boleh balik ke negeri asalnya.

Kemanakah orang Melayu akan pergi sekiranya dia dihalal dari Tanah Melayu?Sudah pasti tiada negara pun akan menerimanya berdasarkan ikatan kaum.

Orang asli tidak kira di negara Amerika,Taiwan,Jepun,Australia dan banyak lagi negara yang ada orang asli,kehadiran pendududuk peribumi sebelum negara itu diduduki oleh kaum-kaum lain tidaklah diiktirafkan dari sudut antarabangsa dimiliki oleh penduduk peribumi.Jadi orang yang mula-mula membentuk kerajaan yang berkesan dan warisan-warisannya lebih ramai dari orang asli.Maknanya di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan bahwa orang Melayulah yang membentuk kerajaan yang berkesan dan diiktiraf di kalangan antarabangsa sejak permulaan sejarah Tanah Melayu lagi.

Tapi mengapa negara kita walaupun dari pandangan luar nampak aman damai tetapi selepas 50 tahun merdeka pun ,air dalam cawan sentiasa berkocak.Tidak kiralah Cina dengan Melayu atau Melayu dengan India dan juga Melayu sama Melayu.

Orang Melayu telah banyak beri betis kepada orang Cina dan India,tapi mereka minta paha pula.Orang Melayu telah banyak berkorban termasuk menyerahkan pulau Singapura dan kali terakhir pulau Putih Mata..eeek bukan-bukan Pulau Batu Putih kepada orang Cina.

Pada masa ini orang Melayu telah berpecah belah dan sudah pasti akan menjadi lemah.Apakah orang Melayu akan bersatu kembali setelah terdesak sebagaimana berlaku peristiwa 13 Mei 1969?.Harap-harap air yang berkocak dalam cawan jangan sampai tertumpah ke lantai.

15 comments:

Afdzal Mokhtar said...

salam bro...isu perkauman ini mmg x kn lupus..wlaubagaimana pun kerajaan buat,isu perkauman tetap menjadi bahan perbualan rakyat malaysia...

Amirul said...

Apabila orang Melayu cakap sikit di katakan perkauman,kalau tidak tak payah belajar sejarah lah.Tak payah timbulkan isu komminis tu.

Kadang-kadang isu perkauman kalau dimainkan pun ada faedah juga sekurang-kurang bagi peringatan kepada puak pas terlalu gairah nak tumbangkan unmo.

musli oli said...

bangsa Melayu/pribumi berhadapan saingan dari kaum yang tamaddunya mendahului kita 5000 tahun. ketika bangsa Melayu baru nak belajar membuat hulu parang dan keris, bangsa ini telah membina tembok besar. bangsa ini telah membina istana dari batu dan tanah liat.

bangsa india pula telah membina borobudur dan angkor wat ketika bangsa Melayu/pribumi masih tinggal dalam pondok buluh beratap rembia.

tanpa kuasa politik Melayu/pribumi akan menjadi hamba kepada bangsa ini. bersatulah bangsa ku Melayu. ingatlah siapa saingan mu. masa depan cucu dan cicitmu.

penpusaka said...

Manusia dijadikan Allah SWT berbangsa-bangsa berlainan warna kulit, budaya dan rupa. Salah satunya ialah rumpun bangsa melayu. Jadi serupa dengan yang lain apa masaalahnya orang melayu? Dinegara dan dunianya sendiri iaitu di nusantara kepulauan melayu,mereka membina tamadun dan ingin meneruskan ketamadunannya selari dengan fitrah kejadian, budaya dan agamanya.Apa halnya yang nak jadi hal oleh orang lain? Didalam konteks kenegaraan Malaysia, melayu hidup berkongsi dengan rukun dan damai disebuah negara asal keturunannya bersama-sama dengan kelompok kaum pendatang dari dunia yang lain,terutama dari benua cina dan india yang telah datang berdagang dan berpindah kehidupan di sebuah negara yang aman dan makmur dengan diterima baik oleh tuan tanahnya iaitu bangsa melayu.Setelah masa berlalu dan integrasi berlaku, melayu sentiasa bercakap dan berbincang tentang kewujudan dan kelangsungan bangsanya ditanahair sendiri. Apa masaalahnya dengan kaum pendatang itu? Apa yang mereka nak heboh dan nak kecoh? Tentulah mereka tidak boleh bercakap tentang ketuanan mereka tetapi Melayu berhak bercakap tentang ketuanan melayu. Apa salahke? Asalkan melayu ternyata tidak bercakap untuk menjahanamkan mereka atau menganiayakan mereka! Melayu hanya bercakap tentang melayu dan kehidupan mereka. Kaum pendatang yang telah diterima baik dan dilayan baik, teruskan kehidupan seperti biasa orang berdagang. Bagi yang sudah sumpah taat setia, nah apa lagi hendak dirisau? Hanya yang takut ialah yang tidak jujur dan yang ada niat tak baik. Jadi kepada melayu bodoh yang takut mengaku atau bercakap tentang diri dan bangsa sendiri, anda tanyalah Allah SWT kenapa anda dijadikan melayu!

Amirul said...

Kerajaan jangan disekat sangat Melayu berbicara isu survival bangsanya sendiri.Bila bercakap soal tanah airnya pastilah akan timbul isu pendatang kerana Melayu sebagai ketuanan.

Sebab itulah orang Melayu menjadi penakut sebab muluk dikunci dari bermain isu perkauman.Cakap berkaitan pendatang,dikatakan perkauman selalu.Pendatang buat macam2 pada orang Melayu selaku tuan tanah... diam sahaja.

Saya dan Orang Melayu lain tidak mahu hilang lagi satu pulai...mungkin Pulai Penang.Cukuplah 2 pulai telah hilang.

faizal said...

siapa tuan tanah sebenar..kita pinjam je..
tuan segala tuan..Allah..

Amirul said...

Salam semut faizal,

Saya tak nafikan segalanya hak Allah,termasuk nyawa awak sendiri.Kalau cam tu awak setuju tanah air diberi diberi ke pendatang termasuk pulai Melaka ,kampong Tok guru Nik Aziz kita tu?.

Kalau macam tu awak sedekah semua semua harta awak tu,biar tinggal seluar dalam saja.Sebab pimjamkan sayang apanya.

Biar ada patriotik hidup ni.Jangan kuat sangat pada parti pas hinggakan hilang jati diri.

Salahuddin said...

Jgn mulakan perpecahan kaum. Negara ni maju dan aman kerana semua kaum. Org pribumi, Jakun, kadazan,iban, dan sebagainyer tak pulak buat hal.

Negara dah aman camni cuba cuba la hidup sebagai Bangsa Malaysia. Jgn cuba huru harakan kemerdekaan Yang telah dicapai bersama atas dasar semangat Muhibbah yang telah lama di perlaungkan oleh semua pemimpin BERBAGAI KAUM> Jangan la bila dah lama merdeka dan hidup senang nak cari pasal ngan kaum lain lak. Kalo ikutkan Melayu pun pendatang dari Kepulauan Jawa gak. Ingat ingat la sikit Sultan sultan kita semua tu pon datang dari Jawa gak.Sumer pun kaum pendatang. baik diam jer jangan kocakkan cawan kopi yg dah penuh tu. Takut pecah cawan kalo terjatuh nanti.

Belajar la beringat sebagai orang Islam.

penpusaka said...

Salahudin, "Melayu pun datang dari kepulauan jawa gak", tepat sekali tetapi apa maknanya itu? Ayat ini dimainkan ke benak orang melayu sekadar untuk melemahkan jati diri mereka dan akur mengaku bahawa kononnya mereka bukan pribumi seperti difahamkan di Malaysia ini, jadi tiada bezanya mereka dengan kaum pendatang dari benua cina dan benua india itu! maka oleh itu jangan mengaku pribumi bertaraf bumiputra sedangkan pendatang cina dan india tidak diiktiraf sebagai pribumi bertaraf bumiputra semacam orang melayu. Fahaman inilah yang sedang dicucuk kedalam hati sanubari orang melayu yang lemah dan keliru dan termasuk jugalah orang melayu yang cuba nak tunjuk bijak dari Yang Maha Pencipta hingga mengatakan Islam tidak mengiktiraf sifat bangsa dan kaum. Pada golongan ini pula semuanya dipermudah dan diringkaskan bahawa Islam dan tiada perjuangan kaum atau bangsa.

Hakikatnya, Nusantara Kepulauan Melayu adalah Dunia Melayu dan maka itu, mereka berpindah-pindah didalam ruangan dunia mereka, dan itu bermakna melayu disemenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari kelompok tamadun melayu nusantara, kerana kita termasuk didalam apa yang dikenalpasti oleh sejarah sebagai Nusantara Kepulauan Melayu. Macamlah Benua Cina, Benua India, Benua Afrika, Benua Arab, Benua Eropah dimana diantara kawasan benua mereka ketamadunan mereka terbentuk. Janganlah mudah dipersonakan oleh dakyah musuh untuk menidakkan jati diri dan kewujudan hak dan kejadian anda! Apabila pokok itu sudah tidak berakar, ditiup angin sepoi bahasa pun dia tumbang. Begitulah keutuhan iman takwa dan jatidiri manusia yang merupakan fitrah kejadiannya dimuka bumi ini yang penuh dengan ujian dan tuntutan didalam kepelbagaian ciptaan Allah SWT. Kalau dikehendakkiNya Dia boleh sahaja menyelesaikan kebodohan kita dengan menjadikan manusia ini semua seragam, serupa dan tiada beza kejadian kecuali keimanan dan ketakwaannya semata!

penpusaka said...

Buat Faizal, Semuanya pinjaman dari Allah. "Tuan segala tuan, Allah". Pandaiii!
Tapi Allah suruh jaga dan pelihara apa yang dipinjamkanNya.Patriotik kepada negara dan bangsa adalah tuntutan Islam.Sifat dan adab sesama keluarga,jiran,masyarakat,negara,dunia dan alam ini semua sudah disusun dan diajar oleh islam.Masing2 ada hak dan tuntutan padanya. Jadi kalau pada faizal semuanya pinjam sahaja dan tidak perlu dijaga,dipeduli, serahkanlah rumah, harta, ibu,bapa,bini,anak, negeri dan negara ini kepada siapa sahaja dan nak dibuat apa sahaja pun buatlah, kerana bukan aku yang punya,Allah yang punya! Bodohnya akal mu faizal, marilah cari guru untuk diperbetulkan!

seribahasa said...

aku tak salahkan sesiapa kita sebagai rakyat apa kuasa yang ada pada kita salah cakap silap2 masuk lokap. kita ada pemimpin, majoritinya bangsa melayu, tapi ekonomi siapa yang kuasa kita harus faham disitu.

kekuatan politik sahaja tidak cukup kuat untuk bangsa melayu apatah lagi kita sudah maklum bangsa melayu ini sukar untuk bersatu seperti bangsa lain.

sebagai contoh kes tempat penyembelihan babi, kita bangsa melayu tak makan babi. orang cina orang india sendiri tak mahu ditempatkan ditempat mereka. tapi kenapa menteri besar berugama islam sanggup nak tempatkan dikawasan yang majoritinya orang melayu. nak ambil hati mereka, tapi bangsa dan agama sendiri dijadikan korban.

pada pendapat saya jatuh bangun bangsa melayu suatu hari kelak terletak kepada pemimpin itu sendiri.tapi kita sebagai rakyat juga punya kuasa untuk memilih pemimpin yang berkebolehan, jadi gunakanlah kuasa itu sebaik-baiknya demi masa depan anak cucu kita.

penpusaka said...

seribahasa, saya setuju dengan anda. Inilah luahan lazim setiap individu rakyat tak kira agama, kaum atau kedudukan. Namun kita juga kena buka mata lihat nikmat yang ada. Nikmat itu luas dan tiada pernah akan cukup, selalunya. Dalam banyak kekurangan yang kita lihat, sama banyak atau mungkin lebih yang baik2 yang kita sudah tidak lihat kerana dianya ada dan sudah dinikmati. Resam manusia, akan mudah lupa atau menganggap sentiasa tidak ada sedangkan banyak yang telah didapati olehnya. Dalam Islam kita tidak boleh kufur nikmat dan dalam kehidupan memang kita sentiasa disuruh memperbaiki diri dan berusaha untuk jadi atau dapat lebih baik. Cuma cara, adab dan tertib usaha itu digariskan oleh Allah untuk kita patuhi. Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/Melayu/Islam sudah jauh meninggalkan banyak tamadun sehingga diiktiraf sebagai Negara Islam contoh, yang aman, damai, makmur dan harmoni serta progresif. Orang Melayu/Islam yang dulu jauh meminggir,kurang kepatuhan Agamanya dan mundur, kini sudah berdiri sama tinggi dan bijak serta alim. Bukankah itu lahir dari kepimpinan yang dipandu oleh pemimpin. Ia, masih banyak kekurangan dan boleh diperbaiki. Macam mana? Bersatu dan bantu untuk memudahkan. Nasihat-menasihati adalah suruhan Agama, bukan dengki-mendengki dan jatuh menjatuh sesama seagama ataupun sesama manusia, kecuali yang perlu diperangi! Dalam usaha untuk perpaduan, sentiasa akan ada setan yang tidak mahu ia berlaku. Sebagai rakyat, kita perlu pandai menilai dan tidak termakan dakyah serta kepura-puraan orang yang tidak mahu kerana tahu jika perpaduan berlaku,Islam akan kuat dan ianya bukan sebab ia akan merugikan mereka, tetapi takut kerana tidak ikhlas terhadapnya!

Suria said...

Imigrasi pendatang secara besar-besaran bermula orang Cina dan India ke Tanah Melayu melalui kota pelabuhan Melaka,Pulai Penang dan Singapura.Jadi kota pelabuhan inilah sebagai transit pendatang ke pedalaman Tanah Melayu.Masa ini penguasaan asing menyebabkan Melayu tidak mempunyai kuasa langsung dalam hal imigrasi.

Pembesar Melayu ketika itu dah bimbang ramai sangat pendatang masuk tanah Melayu,tetapi di tutup dengan pemberian hadiah mewah dan perkonsian untung niaga.Monopoli perjudian dan peniagaan candu yang di beri kepada saudagar-saudagar cina mengutungkan pembesar Melayu.Bagi mendapat untung lebih lagi, pembesar Melayu menyerahkan tanah lombong kepada orang cina daripada mengerjakan sendiri.
Relak je...duit masuk,tak payah keluar peluh.

Selepas itu pendatang masuk ramai lagi,sekali lagi pembesar Melayu bimbang,tapi kali ini disenyakan dengan cara kutip cukai ke atas peniaga dan perusahaan kaum pendatang.Lagipun pada zaman itu pendatang tidak pula menunjukkan keinginan mereka nak menetap kat Tanah Melayu dan minta warganegara atau minta ciri-ciri warganegara diubah.Pada umum rakyat Cina dan India yang datang mencari keuntungan dan setelah itu balik ke negara masing-masing.

British dalam mengembangkan pemeritahan mereka ke negeri Melayu,masyarakat kaum-kaum pendatang bukan Melayu telah pun ramai.Pihak British menghagai orang Cina dan India yang telah berusaha mengalakkan pertambahan pendatang sebaik sahaja mereka memerintah.Pada mereka sebarang kerugian akan ditanggung oleh orang Melayu.Selepai merdeka British balik ke negerinya perpandailah orang Melayu nak hidup aman damai dengan kaum-kaum lain yang tak mahu balik dah serasi duduk di Tanah Melayu.

Jadi Melayu sebagai ketuanan perlu dihormati oleh semua kaum,barulah hidup aman damai.Syaratnya Melayu tidak berpecah.

BERSATULAH MELAYU/PERIBUMI UNTUK MASA DEPAN ANK CUCU-CICIT KITA

Nik Amir. said...

salam, air berkocak bukan kerana cawan tetapi kerana kaki meja senget.kalau tak betulkan kaki meja, bukan setakat air yang berkocak, cawan dan piring pun akan jatuh ke lantai dan berderai

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.