Search This Blog

Loading...

Followers

Saturday, July 4, 2009

Gabak di hulu tanda akan hujan




Pecah menanti sebab,retak menanti belah.
Ertinya hubungan yang semakin renggang atau perselisihan yang semakin dalam,yang bila-bila masa akan putus hubungan/pecah.

Al kisahnya cerita seorang lelaki mempunyai dua isteri yang tinggal sebumbung.
Kesian Pn.Dap,rumahtangganya sedang berantapkan.Khabarnya rentak menanti belah.Semuanya angkara suaminya abang Pas ingin tutup tempat penyembelihan babi dan juga pandangan atau pendapat Pn.Dap tidak diambil kira.Walha masa mula kahwin dulu dah janji akan ikut apa kata Pn.Dap,kata orang 'queen control'.

Jauh disudut hati Pn.Dap masih ingin bersama suaminya lagi abang Pas.Dalam jiwa Pn.Dap mungkin ada sedikit gundah dan kalut akibat tindakan suaminya itu.

Manakala isteri keduanya dengan panggilan glamor Pn.Pkr pun tidak berapa selesa dengan isteri pertama Pn.Dap sejak akhir-akhir ini,dengar-dengar ceritanya kerana tuduhan Pn.Dap terhadap Pn. Pkr salah guna kuasa.Sebenarnya kedua-dua isteri abang Pas sudah lama makan hati berulang jatung,mengenangkan sikap suaminya,malah yang paling dibenci apabila abang Pas nak kawan dengan Pak Cik Nor kembali.Pak Cik Nor merupakan musuh tradisinya.

Kerana tidak tahan dengan sikap suaminya abg.Pas,lalu Pn.Dap telah lari rumah.

Nampaknya masalah rumah tangga keluarga PR telah ramai ketahui oleh jiran-jirannya,sambil tersenyum sinis.
Maka kata orang tua-tua dulu jangan takbur.

3 comments:

penpusaka said...

Pn.DAP dulu kahwin abang PAS semata-mata sebab rancangan abang PKR. Jadi abang PKR kena layan suma kehendak Pn.DAP. Bila anak buah abang PKR kat kampung sebelah di Pulau Pinang cuba-cuba nak gugat sedara Pn.DAP disana, dia pun ugut abang PKR kat Kedah dengan cara lari keluar rumah abang PAS. Sekarang abang PKR dok cari jalan camne nak handle kemelut keluarga nie. Abang PKR mula cari alasan semua ini angkara media Along Nor yang cuba nak ganggu rumah tangga dia orang. Beginilah hidup yang tidak tenteram kerana duduk serumah bersebabkan perjanjian setan. Sentiasa takut hantu!

Amirul said...

Hi penpusaka,

Pandai Abg PKR,Puan Dap kacau dia orang dia kat Penang,dia hallo suruh Abg Pas kacau kat kadang babi Puan Dap kat kedah.

Macam main catur ya...ha...ha....

Puan Dap dah merajuk lari rumah,Bolehkah Puan Dap hidup tanpa abang Pas?.Siapa nak masak nasi ke abg Pas nanti bila hidup membujang.

Sudikah Along Nor mengambilnya tinggal serumah,takkan nak biarkan dia bersendirian andainya sah penceraian berlaku.Sekurang-kurang boleh letak abg Pas kat surau-surau.

hassan said...

Macam tulah kalau perkawinan keluarga PR berdasarkan harta, nak kuasa ...takkan lama boleh bertahan.

Walaupun tinggal sebumbung tapi masih ada sifat meragui satu sama lain,nampak tak sempatlah dan berlawan dengan abg Nor PRU 13 ni.....