Search This Blog

Followers

Friday, March 19, 2010

Wajah cantik di penghujung usia

Usia boleh tua, tapi semangat harus tetap muda

Usia di atas 60 tahun bukan suatu hambatan untuk melakukan aktiviti atau kebiasaan seperti biasanya. Usia boleh tua, tapi semangat harus tetap muda.Kalau muda semangat serupa orang tua buat apa.

Tidak ada yang sia-sia, jika kita mulai menerapkan hidup sihat sejak masih muda, karena kedisiplinannya boleh dirasakan saat kita tua nanti. Tak banyak nenek yang memiliki semangat melebihi anak muda, misalnya masih aktif joging pada minggu pagi, dan juga terlihat lebih fresh dari usianya.

Biasanya di usia senja atau sudah memasuki kepala enam (usia enam puluhan, red) kesihatan tubuh akan semakin menurun seiring bertambahnya usia, tapi semua itu boleh diatasi asalkan boleh mengkontrol makanan, vitamin dan juga senaman.

Hal yang pertama kali nampak dan menandakan seseorang sudah tua adalah masalah kulit dan rambut. Orang tua sarat sekali dengan kulit berkedut dan rambut yang beruban. Hal itu merupakan satu lumrah yang tidak dapat dihindari dalam kehidupan.

Tapi semua itu boleh diatasi, meskipun kedut dan uban mulai menyerang, tapi jika badan masih fit, segala sesuatunya masih akan nampak fresh.

Yang paling utama untuk mendapatkan hal tersebut adalah disiplin dan tetap menjaga kesihatan badan, rutin perawatan kulit untuk menjaga agar kulit tetap cantik dan juga bersenaman.

Bagi anda yang kini sudah memasuki usia 60-an disarankan agar memilih olahraga santai. Olahraga yang ringan jika dijalani dengan rutin juga adalah baik bagi tubuh. Pelatihan sendi-sendi, mengencangkan otot dan mengatur pernapasan, boleh didapatkan dengan joging pada pagi hari, senam dan juga yoga.

Nah, untuk masalah make up tidak perlu bimbang, karena kosmetik pun boleh berperanan untuk menyamarkan kedut. Jadi bagi anda yang masih aktif, tidak perlu fikir dengan banyaknya kedut. Kerutan atau kedut pada kulit boleh disamarkan dengan pemakaian make up yang betul.

Biasanya kedut daerah mata dan bibir bisa segera diatasi dengan make up, tapi jangan salah, jika Anda salah langkah kedut akan makin terlihat jelas, kerena pemakaian make up jadi bertumpuk diarea yang berkedut. Penggunaan make up pun harus teliti sebab jika tidak, tampilan anda akan terlihat lebih tua.

Rutin harian

Kulit memiliki kesamaan dengan rambut, iaitu boleh berubah sejalan bertambahnya usia. Jika pada rambut pigmen berubah menjadi putih, pada kulit melanin juga bisa berubah menjadi agak gelap atau timbul bintik-bintik sekitar kulit. Untuk menghindari hal tersebut, perbanyaklah vitamin E. Vitamin E dengan jumlah yang cukup baik membantu melanin kulit sehingga kekenyalan dan warna tetap terjaga.

Jangan menggunakan make up pada kondisi wajah yang kering. Jadi Anda wajib melembabkan wajah terlebih dahulu. Wajah kering akan cenderung membuat kedut semakin nampak.

Perbanyak minum air putih. Air putih sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit.Kalau keluar di kawasan panas pakai pelembab untuk melindungi kulit dari sinar matahari .

Satu lagi banyakan amal ibadat ,wajah akan nampak lebih tenang dan bersih, lagipun pada usia senja menginkut adat kita kena ingat kubur sudah kata mari , rumah kata pergi.

Sunday, March 14, 2010

Sudah-sudahlah Khalid Samad

YB Pas yang kena tindakan displin

Ahli Parlimen Shah Alam,YB Khalid Samad yang mana masih dalam endah displin tiba-tiba bersuara setelah kawan baiknya dipecat dari pakatan.Beliau mengajak YB Zul berdebat denganya bagi mencari kebenaran dan membuktikan hujah siapa yang bertepatan dengan pandangan agama berhubung isu kalimah Allah yang menjadi punca rasa tak puas hati kedua ulama politik tesebut.

Isu kalimah Allah telah selesaikan,janganlah YB Khalid nak panas balik yang akan menimbulkan kecelaruan semula .

Sepatutnya YB Khalid Samad kena letak jawatan ahli Parlimen Shah Alam kalau berani dan mencabar juga YB Zul letak jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu juga.Selepas kedua-dua letak jawatan YB Khalid Samad cabarlah YB Zul lawan di Parlimen Shah Alam atau Khalid sendiri lawan di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.Biarlah rakyak tentukan siapa YB yang boleh membela Islam .

Ramai yang percaya YB Zul seorang perjuang Islam tulen akan menang.

Kalau tidak mahu letak jawatan lebih baik duduk diam-diam YB Khalid,tumpukan pada pembanggunan rakyat Pru 13 dah dekat dah.

Kata-kata manis YB PKR yang kena pecat kepada bekas bosnya Anwar
ekoran mempertahankan kalimah Allah

Adakah YB masih yakin dengan janji Anwar untuk ke Putrajaya?

ZUKKIFLI NOORDIN:Kalau bagini cara dia buat,saya rasa tidak ada.Lagi cepat ke Sungai Buloh(penjara)adalah.

(Sumber:Forum UM 14 Mac 10)