Search This Blog

Followers

Friday, October 29, 2010

Jangan jadi buaya parti


Foto ini yang diabadikan oleh jurugambar amatur bernama Johan Opperman ketika mengunjungi Taman Nasional Kruger di Afrika Selatan. Foto ini dipublikan oleh the sun (28/10/2010).

Selama ini kita yang sering lihat dalam TV bagaimana ganasnya haiwan di Afrika terutama sekali Singa dan Harimau memburu mangsa berupa kuda, sapi, banteng, kerbau, rusa dan sejenisnya. Juga pernah melihat buaya yang mengintai haiwan-haiwan saat mendekati sungai semasa untuk minum.

Hinggakan dalam politik pun, kita selalu mendengar orang cakap bila melihat orang kuat politik BN ataupun kelas pemimpin,"Tulah buaya umno".Gambaran bagini tidak sedap didengar,kemungkinan rakyat bersuara kerana banyak sangat rasuah melibatkan juta-juta duit rakyat hilang sukar dijejak.

Bagitulah juga kalau rakyat dapat projek melalui kebel parti. Biasanya mula-mula nak dapat projek mesti perkena nasi lemak tea tarik dahulu Lepas projek siap yang untungnya tidak seberapa , mula-mulalah orang politik telepon minta sumbangan itu,sumbangan ini, baju T-ship untuk sumbangan menyambut PM la.

Congak punya congak untung habis rugi pula.Maklumlah projek klas F bukannya besar mana, jangalah minta kerap sangat.Itulah rakyat bimbang nak berurusan dengan orang politik BN, kembanyakan buaya-buaya .

Cukuplah apa yang ana tulis,semua orang tahu benda-benda komisen projek ni.Jadi kita kembali kepada cerita sebenar berkaitan gambar di atas.

Dalam foto itu nampak anak gajah sedang menghirup air sungai menggunakan belalainya. Tiba-tiba muncul buaya besar dari dalam sungai terus langsung mengigit belalai itu dengan gerahamnya yang kuat dan bergigi tajam

Tarik menarik antara anak gajah dengan buaya berlangsung beberapa saat. Anak gajah pun memiliki tenaga kuat sehingga mampu menarik buaya itu hingga terbing sungai. Anak gajah meraung memanggil keluarganya dan tak berapa lama rombongan gajah datang membantu.

Para gajah itu berusaha menyelamatkan anak gajah dengan meraung dan kakinya menginjak badan buaya. Adegan ini mirip seperti pertarungan antara gajah melawan buaya. Karena buaya dikeroyok kawanan gajah dan nyawanya terancam, akhirnya mangsa yang sudah di depan mata itu pun dilepaskannya.Selepas itu buaya terus merangkak perlahan turun ke sungai dan mengelumpur kesakitan di dalam sungai kemungkinan ekornya patah akibat dipijak gajah.

Selepas memastikan belalai anak gajah itu tidak cedera teruk akibat gigitan buaya tadi,kumpulan gajah terus turun ke dalam sungai dan melintasi sungai tersebut tanpa diganggu buaya lagi.Dari kejauhan buaya hanya mampu melihat sahaja dan mungkin terfikir ia tersilap membaham mangsa.

Monday, October 25, 2010

Syukur PM ingat mati

Projek tanah kubur menandakan PM kita ingat pada mati

Dato’Seri Anwar Ibrahim ,Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat mendedahkan terdapat satu projek baru BN yang dinamakan Pusara Negara menelan belanja RM 70 juta. ”Ada projek baru namanya Pusara Negara,500 buah lubang kubur disediakan,250 buah lubang kubur untuk pembesar-pembesar VIP muslim dan 250 buah lubang kubur lagi untuk pembesar VIP bukan Muslim.

“Lokasinya di sebelah Tugu Negara.Jumlah peruntukan kos pusara Negara untuk pembesar-pembesar ini adalah RM7O juta.

“Dia(pemimpin Umno)hidup pun dia ambil wang rakyat,dia mati pun dia hendak ambil wang kita lagi,”jelasnya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada ceramah Perdana semperna 20 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam berhampiran Masjid Tengku Faiz Petra,Gua Musang 21 Oktober 2010.

Menurutnya usalah membazirkan wang rakyat kerana urusan kematian ditentukan oleh Allah SWT yang tidak diketahui bila dan di mana.”Maknanya ,satu orang pembesar VIP mati harga kuburnya sahaja dan belum harga yang lain adalah RM140,000.00 seorang.Ini pemimpin berjiwa rakyat.

“Mati tanamlahlah di mana pun dan belum tentu seorang(pembesar Umno-Bn)itu mati di Malaysia.Mungkin matinya di Zimbabwe atau mungkin mati di Mongolia.

“Saya pun tidak tahu di mana hendak mati tapi ada seorang berdoa mati di Makkah.Jika macam ini biarlah mati di luar sebab ‘mahal mati di Malaysia ini,”ujarnya dengan berseloroh.

Anwar menjelaskan kos membangunkan masjid dan surau-surau di seluruh Negara di bawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri hanya sebanyak RM14.3 juata sahaja.

Sumber:Harakah 17-20 Zulkaedah 1431

Sepatutnya peruntukan mega untuk tanah kubur itu lebih baik buat memperkasakan lagi ilmu dakwah untuk pemimpin-pemimpin umno supaya negara kita menjadi negara islam sebenar sebagaimana dicanangkan oleh ulama Pas.Amal ibadat yang kita nak bawa bukan kemegahan tanah kubur.

Saturday, October 23, 2010

Kaya tetapi tak habis berlajar


Tiadak semestinya kita masuk universti kita boleh berjaya dalam hidup ,tetapi sekiranya dapat masuk adalah lebih baik walaupun ilmu yang diperolehi ketika di universiti adalah sekadar ladasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik namum tidak semestinya ia mampu melakar yang terbaik . Pengalaman hidup yang diperolehi sama ada melalui kejayaan atau kegagalan adalah ilmu paling baik pernah diterima manusia dalam membentuk diri menjadi lebih sempurna.

Inilah antara orang-orang yang tercicir dalam pelajaran tetapi menjadi orang yang terkaya didunia.

1.Bill Gate dan rakannya Paul Allen
Tidak sempat habis berlajar di Harvard untuk menumpukan perhatian dalam pembangunan perisian komputer pada 1975 dan menubuhkan syarikat Micro-soft.

2.Steve Jobs
Pada penghujung tahun 1970 ,Jobs dengan pengasas bersama Apple Steve Woznlak dan Mike Markkular telah mereka bentuk,membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia.Setelah keluar dari Apple 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk semula pada 1996,beliau kini membuktikan tindakan meninggalkan pengajian satu ketika dulu telah berjaya membuahkan hasil yang lumayan.Semasa beliau berhenti sekolah dahulu ramai rakan-rakan mengatakan dia mengambil tindakan yang bodoh kerana berhenti sekolah.

3.Rinchard Branson
Pengasas Virgin Records,walaupaun ayahnya dan datuknya merupakan hakim-hakim terkenal dan berpengaruh di England namun jejak itu tidak terdapat pada Branson.Beliau menamatkan sekolahnya pada usia 16 tahun kemudian menerbitkan majalah studen sebelum membuka syarikat rakaman pada 1982.

4.Walt Disney
Pengasas taman tema Disneyland menamatkan persekolan ketika umur mencencah 16 tahun.Memulakan karier sebagai pelukis kartun untuk majalah dan suratkhabar dan periklanan.Pernah jatuh bankrap kerana tak pandai mengurus kewangan.

5.Henry Ford
Menawan dunia dengan mencipta kereta Ford.Sekolah setakat umur 16 tahun dan bekerja sebagai jurumesin pada mulanya sebelum berhijrah dan menjadi mekanik pakar dalam enjin stim.Selepas itu beliau mendapat sokongan beberapa jutawan yang mempercayai untuk membina kereta.

6.Tan Sri Lim Goh Tong
Tauke judi Malaysia tidak menamatkan persekolahan atas faktor kemiskinan tetapi mendapat sokongan kerajaan untuk membina pusat perjudian hingga berjaya dengan pemberian lesen judi.

7.Ingvar Kamprad
Pengasas syarikat IKEA,berhenti sekolah pada usia 17 tahun tapi mendapatkan keputusan cermelang hinggakan ayah bagi modal untuk mulakan perniagaan.Mulanya berniaga perabot keci-kecilan sahaja sebelum berjaya.

8.Mark Zuckerberg
Pengasas Facebook ini tidak menamat pengajian di Harvard kerana mahu megembangkan potensi facebook.Facebook mula diperkenalkan dalam bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di universiti Harvard pada February 2004 sebelum tersebar ke universiti lain dan seluruh dunia.

Mereka berjaya akibat minat yang bagitu mendalam dalam bidang yang mereka minati,membuka ruang untuk dieksploitasi hingga ketahap maksimum dan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.

Wednesday, October 6, 2010

BN tak masuk kawasan lagi ,tunggu duit sampai




Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarah anak buah dia masuk kampung di Dun Galas mendahului umno/BN yang masih menunggu duit yang belum sampai lagi mungkin dari penderma ahli-ahli koporat dari Kuala Lumpur.Biasanya ahli koporat yang bagi sumbangan untuk membuat budi pada umno bagi pancing projek kemudian hari.

Air liur Tok guru masin sunguh,sebut saja suruh anak buah masuk kawasan Galas, dalam masa beberapa jam saja kelihatan ramai orang Pas dan PKR berada di kawasan strategik termasuk bendera terpacak sana sini.

Nampaknya kelebihan Pas dengan bertakbir sudah cukup membuatkan umno/BN kecut perut walaupun duit ditabur seperti pasir sekali pun.