Search This Blog

Loading...

Followers

Sunday, June 21, 2009

MOU ANJING DENGAN KUCING->HARAPAN KEDAMAIAN


Anda sudah tahukan Anjing dan kucing adalah dua makhluk Tuhan yang tak Boleh disatukan, mereka telah bergaduh sejak dari kewujudan sejarah lagi.Kedua haiwan ini tidak boleh bertemu ,kalo bertemu? pasti akan bercakaran. Anjing dan kucing adalah dari keturunan yang sama,perwatakan yang hampir sama.

Ada yang berpendapat mengatakan Anjing bergaduh dengan Kucing kerana sikap cemburu ,di mana kucing mempunyai kelebihan boleh memanjat pokok, Malah suara kucing juga tidak disenangi oleh anjing, begitu juga suara anjing suka menyalak dan juga tidak disukai oleh kucing.

Hari ini kita dapati persengketaan mula dilupakan,mungkin haiwan itu telah sedar tiada guna pergaduhan,pertelingkahan yang membawa kepada kehacuran. Anjing dan kucing mengharapkan kedamaian dari rakan-rakannya yang lain.Satu harapan satu matlamat- keamanan.

7 comments:

hassan said...

Nurimo,

Dari gambar yang tuan poskan sidirannya cukup menghiris bagai sembilu bagi orang yang memahami.
Perbagai taksiran boleh dibuat dari perbagai sudut.
Saya ingin komen dari sudut puak pas dengan puak umno.Saling bercakaran sekian lama,bagaikan anjing dengan kucing.Umno dan pas mempunyai matlamat yang sama,sama memperjuangan agama,bangsa,tanah air supaya satu harapan keharmonian rakyat.Tapi jalan berbeza,Umno melalui jalan yang lurus,tapi pas melalui jalan penuh berliku.
Dua tiga hari ini baru nampak nak buat jalan pintas bagi mendekatkan jalan menuju ke kota perpanduan.Itu pun masih samar-samar banyak kena bincang dengan rakan kongsi masing-masing.

Rakyat berharap satu harapan kedamain.

Suria said...

Biarlah anjing dengan kucing tu boleh jalan bersama tak bising sikit malam-malam.

Apa yang saya nampak dari sudut politik,Umno yang diterajui oleh pemimpin Melayu bersama parti komponen MCA dan MIC dapat berjalan bersama dengan baik.
Tapi PAS sebagai parti Melayu juga tidak dapat jadi ketua kepada DAP.Sebaliknya sebagai parti boneka.PAS cakap banyak sikit,DAP batuk dah kecut perut.PAS memang sebuah parti yang menghimpunkan orang Melayu penakut.

Tanah kita,rumah kita,tetamu kena menghormatilah tuan rumah ,tetamu kutup adik beradik(umno) pun....diam membisu sehingga sanggug berpisah dengan adik beradik sendiri demi menjaga hati tetamu.

penpusaka said...

Anjing dengan Kucing,kedua-duanya inginkan perhatian dari tuan dia.Mereka berlumba untuk mendapat pujian dan belaian dari tuan dia.Itu sebab anjing dengan kucing ini tak boleh berdekat,kerana masing-masing cemburu satu sama lain. Pada hal tuan dia sayang kedua-duanya sama. Pada tuan dia, anjing dan kucing ada peranan masing-masing dalam rumah itu.

Begitulah kebesaran Allah Yang Menjadikan!

Apa bezanya UMNO dan PAS disisi tuhan? Kedua-duanya ingin perhatian dan ingin keredhaan. Masing-masing ada peranan dimuka bumi yang luas ini. Tetapi lihatlah gelagat mereka?

Suria said...

Tuan penulis penpusaka,

Sememangnya betul yang tuan kata,masing-masing ada peranan dimuka bumi yang luas ini.Tetapi lihatlah gelagat mereka?.

Gelagat Pas adalah berbeza,dia menuju ke arah mengucar kacir masyarakat.PAS melalui idealogi yang menyebahkan masyarakat berada dalam dilema.Saya telah menghadiri ceramah PAS sekadar ingin tahu kebenaranya.Tiada apa yang dapat diambil manfaat dari ceramahnya,agendanya berkisar bagaimana nak menjatuhkan UMNO.Memburuk-burukan pemimpin UMNO dan sekadar mengutip derma dari rakyat sebaik sahaja ceramah habis.
PAS tidak membicangkan bagaimana nak membangungkan negara bersama UMNO sebagai parti pemerintah.Penceramah PAS umpama jora dikir barat je,sekadar mendegar lawak jenaka je.Tapi perlu ingat kadang-kadang motivasi pemimpinnya PAS,setengah rakyat akan menerima bulat-bulat tanpa memikirkan,ini yang bahayanya.

UMNO haruslah menjadi penyenlamat masyarakat ,jika tidak kehamonian tidak akan wujud untuk masa akan datang.

pakmantelo said...

Kucing dengan anjing memang musuh tradisi "Dulu, kini dan selamanya". Pantang berjumpa. Kalau tak bergaduh pun, dalam masa yang pendek sangat. Tapi ada juga kebaikan dan keistimewaan yang ramai orang tidak tahu mengenai kedua musuh ini sekiranya hak atau kepentingan mereka dicabar.

Contohnya? Katakanlah kedua-dua kucing dan anjing berdepan dengan musuh yang sama, misalnya ular atau biawak atau jebon. Anjing pasti menyalak sambil mengedik ekor. Kucing pula akan 'mengaum' sambil mencakar tanah. Itu amaran awal pada musuh supaya berwaspada. Tapi jika musuh terus menyerang, pasti anjing dengan kucing bergabung tenaga untuk menyerang balas.

Apakah begini akan berlaku jika UMNO dengan PAS dicabar musuh?

hassan said...

Salam pakmantelo ha..ha....tergelak saya dengar pendapat pakman yang ada kebenarannya.

"Contohnya? Katakanlah kedua-dua kucing dan anjing berdepan dengan musuh yang sama, misalnya ular atau biawak atau jebon. Anjing pasti menyalak sambil mengedik ekor. Kucing pula akan 'mengaum' sambil mencakar tanah. Itu amaran awal pada musuh supaya berwaspada. Tapi jika musuh terus menyerang, pasti anjing dengan kucing bergabung tenaga untuk menyerang balas."

Apakah begini akan berlaku jika UMNO dengan PAS dicabar musuh?

Saya masih ingat lagi pakcik sebelah bapak saya bagi tahu,masa 13 Mei 69 dulu.Bila berlaku krisis,orang Melayu telah lupa politik UMNO dan PAS,asal nampak chou ya nu alik tidak kira dari konpenen mana asal tak sunat dia hetam.

Itu cerita dulu....

Anjing dan kucing kalau masing-masing diikat,macam mana nak bersatu nak lawan ular ,biawak dan jebon yang pakman cakap tu.

Nampak sekarang orang Melayu terlalu bergantung pada undi dia orang.

MELAYU SEKARANG TAK SEPERTI MELAYU DULU,
UMNO SEKARANG,PAS SEKARANG TIDAK SEPERTI PAS DULU.Perpaduan hanya gimik tok lebai moden je.
War-warkan nak tujuk PERPADUAN,isi tiada,pening rakyat buat taksiran,last-last bagi tahu cuma cakap main-main je....
Apa korna ni?

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.