Search This Blog

Followers

Friday, December 18, 2009

Enjin Jet pun jual


Pagi ini saya agak terkejut di dada akbar,bagaikan percaya dengan tidak ,enjin jet askar kita dipercayai dijual di pasaran gelap.Biasanya yang saya selalu dengar enjin motor,kereta rakyat yang selalu hilang.Hari ini lain pula ceritanya.

Enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM yang siap turbo di mana harganya tidak mahal mana kira-kira berharga RM50 juta telah hilang dari tempat baiki di Gudang Materia Udara(Matra I),Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Kalau macam ni harap pagar ,pagar makan padi.Tapi kalau jual betul dengan harga RM50 juta,memang jadi jutawan segera untuk beberapa orang yang terlibat.Harap makan gaji sampai pencen pun tak boleh kumpul duit banyak tu.Nampaknya halal haram,amanah tanggungjawab sudah tidak dipandang lagi.Bila berdepan dengan duit mata jadi kelabu.

Melayan lagi nampaknya duit rakyat.

Kalau kita masuk kem askar ,memang susah nak masuk,banyak soal.Tapi persoalannya macam mana besar-besar enjin jet tu, melepasi kawalan keselamatan ketat pangkalan dengan mudah. Nampaknya pagar TUDM tidak cukup kuat ,sampai orang boleh pikul enjin jet bawa keluar pun tak nampak.

Jet perjuang merupakan kekuatan dan kemegahan negara.Rakyat mengharapkan harta awan dijaga dengan baik,bukannya jual enjin.

Perkara tak molek akhirnya terbongkar juga.

Enjin macam ni yang kena jualnya
####################################################################

BH 18 Dis 09
Polis tahan empat orang, termasuk pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.

Klik berita sepenuhnya

Kemaskini pada 22 Dis 09

Hari ini 22 Dis 09,terkejut sekali lagi , apa dah jadi ni Bukan satu tapi dua enjin,maknanya RM100 juta nilainya,kerana setiap satu berharga RM50 juta.Enjin yang kedua hilang dipercayai lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.Penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.
(Ruj.BH 22 Dis 09)

Apa komen rakyat?

51 comments:

Fais Wahid said...

info yg menarik bro

Sire Johhny Deep said...

peh....
asal barang jadi doit...
tu le kuasa doit.... harta awam tuh... sesenang je nak tolak kedai potong!

haha... apo nak jadi la nie....

Anonymous said...

SLM TUAN..DLM HAL INI NMPKNYA PIHAK YG DI AMANAHKAN UTK MENJAGA ASET NEGARA TELAH CUAI.

WLUPUN KAWALAN CUKUP KETAT NAMUN TIDAK MUSTAHIL JIKA ADA ORG2 DLM YG TERLIBAT SAMA KERANA MEREKA LEBIH MEMAHAMI KEADAAN SEKELILING.

TP DI HARAP ISU INI TIDAK DI PERBESAR2KAN KERANA IANYA HANYA KES TERPENCIL. PIHAK POLIS SUDAH PUN MENJALANKAN SIASATAN DAN TANGKAPAN JUGA TELAH DI LAKUKAN.

BIARLAH PIHAK POLIS MENYELESAIKAN KES TERSEBUT. JGN ADA PULA PIHAK YG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN DGN MEMPOLITIKKAN KES INI..WALLAHUALAMM

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam...
Buat baik setiap masa buat jahat jangan sesekali.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sueozana said...
This comment has been removed by the author.
Sueozana said...

Slmlkm..
Apa n knapa nak hairan..? this is a high class criminals, if U can't beat 'em,so...join 'em! Saya bukan perwira ngara.. ttapi hati saya menangis bila mmikirkan apa akan jadi pd negara & bangsa kita 20 tahun akan dtg...

Cik Cookie said...

tertukar ngn besi buruk tuh

Unknown said...

enjin buruk dah,kat negara lain nak kerat model tu.Buruk-buruk pun harta awan kena jaga,duit rakyat buat beli dulu.

Ini lah kecekapan askar kita,hingga enjin setahun hilang baru khabar.

emmm......emak saya pernah kata,Ahsan kalau besar jangan jadi polis banyak kemungkinan unsur rasuah lebih baik jadi askar tak dak rasuah ,sebab dia tak tak terlibat dgn saman2 orang.

Nampaknya lebih kurang jadi polis ,jadi askar pun,semuanya bergatung pada tahap keimanan kita.

Nida n' Hanafi said...

Masya Allah...

Cerita ni macam tak masuk akal.. tapi benar2 berlaku... 50 juta tu, kaya 7 generasi ler sapa yg dapat duit tu...

(macam2 perkara pelik yg berlaku dalam dunia ni ek)

Nurimo said...

Salam Nida,

Hari ini Berita Harian 22 Dis 09 pula melaporkan tambah satu enjin lagi.

BUKAN SATU TAPI DUA,..habis..habis enjin jet TUDM kita.

Apalah nak jadi ni....dianggarkan RM100 juta kerana setiap satu berharga RM50 juta.

Nida n' Hanafi said...

Mak Oii... bukan satu tapi dua!!!! Ni pelik bin ajaib ni.. boleh masuk book world of record.. pelik tapi benar.

p/s: internet slow sikit dua tiga hari ni.. tak sempat nak jengah blog sahabat2..

Nurimo said...

Salam berlapik Nida,

Ya,ini cerita yang tak penah dengar kat negara lain,hilang enjin jet.Cekap sengguh tentera kita..entah2 esok lusa terbongkar apa lagi..cukup sekadar hilang dua jangan ada lagi yang ketiga.

Nida n' Hanafi said...

w.salam berlapik juga;

Biarlah hilang segala, asalkan tidak hilang negara, agama dan maruah bangsa Melayu.. (chewahhh.. ayat laras sederhana pulak)... hehe

p/s: sorilah ye, terover komen pulak... bukan satu, atau dua tapi tiga komen hamba dah bagi... (

Unknown said...

Salam akak Nida,wau!!! hingga 3 kali komen ya,cukup 10x apa salahnya,menjadi penyeri serta menceriakan di blog "HARAPAN"

Akak , harapan rakyat pada tentera kita masih belum pudar lagi walaupun imej tercalar.

Jangan sampai jet tidak boleh terbang lagi.Sekali ingat nak gelak...sekali ingat sedih,ialah macam tak logik enjin boleh jual.Gaji pun kerajaan dah naikkan semua .

cicitHJHASSANu said...

salam ukhwah...

semoga Allah lindungi rakyat Malaysia daripada pengkhianat negara....

ini bukan perkara kecil atau kes terpencil...isu keselamatan rakyat Malaysia!!!

terlalu banyak khazanah rakyat hangus begitu sahaja kerana mainan cukong-cukong politikus...

bertukar portfolio setiap kementerian bukan bermakna terlepas tanggungjawab...

moga ada sinar untuk rakyat Malaysia...insyallah nuri

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

mengikut kata superior saya yang pernah jadi vendor peralatan tentera, enjin2 tue dah x digunakan lagi.. ia disimpan di gudang tudm seperti besi buruk.. disebabkan tue, ade pegawai tudm ambil kesempatan untuk menjualnya.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...asal berharga saja...mmg tak leh alpa...kena juai la...

Nurimo said...

Salam semua pengujung ke blog ana yang dihormati,

Rakyat perlu bersuara,jangan pula suara rakyat dianggap pengkritik kerajaan.Anggaplah komen rakyat sebagai input.

Jagan sampai enjin jet askar kita yang menjadi kebanggaan ku tidak boleh terbang lagi dan tersadai sebagai kulit untuk perhiasaan di kem2.

Hari ini 23 Dis 09,U/Malaysia lapor lagi,

Selain 2 enjin,beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori TUDM dalam kejadian dua tahun lalu.

Na'im Nikmat said...

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

Na'im Nikmat said...

Kerajaan seolah-olah ingin sorokkan perkara ini namun bangkai yang sebusuk ini akhirnya dapat dihidu juga. Bayangkanlah duit rakyat sebanyak 100 juta dibazirkan sedemikian rupa...siapa yang patut dipersalahkan? Siapa Menteri Pertahanan ketika itu? Siapa? Adakah PAS,PKR atau DAP? Bukan jawapan ialah seorng ahli UMNO/BN. Ana yakin anda tahu siapa punya angkara. Ia melibatkan kuasa besar dlm kerajaan. Yang paling menyedihkan ialah kenyataan Menteri Pertahanan baru kita Datuk Zahid Hamidi yang berkata bahawa enjin yang hilang itu hanya barang lusuh...100 juta duit rakyat dianggap seperti barang lusuh...Hebat benar UMNO/BN.....Inilah kerajaan 1 Malaysia yang antum bangga2kan.....Tahniah kepada akhi Nuri yang berani mendedahkan perihal ini ternyata akhi Nuri tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin UMNO..Tahniah...

Nurimo said...

Salam saudara islam ku,akhi Naim,

Terima kasih kujungi blog ana,soal bersekongkol tidak timbul,mana -mana dalam parti tidak kira dalam kepimpinan Pas atau Umno perkara yang tak molek perlu rakyat bersuara.

Janganlah kita salah anggap apa yang berlaku enjin jet hilang menjadikan PAS tukang sorak.Sepatutnya melahirkan simpati apa yang berlaku.

Na'im Nikmat said...

Benar ya akhi PAS sangat simpati kepada rakyat yang UMNO zalimi,100 juta wang rakyat umpama besi buruk bagi UMNO...

Nurimo said...

Ya akhir,setiap yang bersalah pasti akan menerima hukuman.Kita ada polis dan kerjasama yang baik dari TUDM sendiri dalam menyelesaikan isu ini.Kita ada makamah keadilan yang menentukan hukuman yang setimpal.

Tapi yang ana muskilkan pemataun oleh TUDM sendiri pada anggapan rakyat dianggap lemah ,sampai hilang barang tak logik.Kelemahan boleh dibaiki hasil pengalaman, semuga tidak berulang lagi.

Anta kata Umno zalim itu sudah terlalu jauh menyimpan pada akal seorang yang dari parti yang dikatakan bertaraf ulama.

Takkanlah kerana marahkan nyamuk empat lima ekor,bakar satu kelambu.

zakir932 said...

saya first time tengok enjin pesawat.... cantik

Anonymous said...

Salam zakir,

enjin memang cantik siap turbo,nama pun persawat pemintas,sekarang dah pintas sungguh latu.

Unknown said...

salam,

TUDM telah mula mengoperasikan pesawat F-5E pada 1974. Pada 1999, TUDM menamatkan perkhidmatan pesawat itu dan tugasnya sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambilalih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Bagaimanapun, usia menjangkau 29 tahun di dalam inventori TUDM, pada 2003 pesawat itu telah diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa. - BERNAMA
mstar-Jumaat Disember 25, 2009

mail lambong said...

salam...kawan-kawan

hari semakin hampir..tahun beganti tahun menuju ke..era baru..

menanti kejatuhan perasuah dan perompak..

alangkah amannya jika perompak dan perasuah tegar negara di hapuskan pasti negara maju dan tiada lagi penyokong kayu yang masih buta

Nurimo said...

wsl Bujang Susah,

Terima kasih sudi buat komen di blog Ana,

Hadith dan surah yang saudara kemukakan semuga mendapat manfaat kepada semua.

Janganlah saudara puji lebih sangat blog ana,ko..ko terlebih puji hilang idea nak menulis .

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Nurimo said...

Salam saudarku Tuan Faizal ana mengucapkan banyak terima kasih kerna sering memeriahkan blog ana yang tak sehebat blog saudara yang penuh ilmu.

Faizal said:-

"menanti kejatuhan perasuah dan perompak..

alangkah amannya jika perompak dan perasuah tegar negara di hapuskan pasti negara maju dan tiada lagi penyokong kayu yang masih buta"
..................................
Siapa pula penyokong kayu ,siapa pula penyokong buta,satu jari yang menuding kepada UMNO Islam tiga jari akan menuding kepada PAS.

Saudara seorang terpelajar,apakah saudara terlupa adat resan bila berbicara,tutur kata seorang duta PAS iaitu sebuah parti yang orang pas sendiri kata bertaraf ulama.Entahlah pengiktirafan dari mana,mungkin dari mulut kemulut sesama puak.

Ada sijil halal ke untuk bercakap tanpa tapis.

Maaf Faizal sekiranya terkasar bahasa,berlembut kadang2 disepak orang kerna dianggap lemah.Apa salah bersilat jarang2.

Jangan pula kerana komen ana saudara tak sudi hadir lagi ke blog ana.Ingat islam bersaudara,ziarah menziarah amalan sunnah.Sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi berlainan parti.

Anonymous said...

salam...Faizal ustad Pas,

hari semakin hampir..tahun beganti tahun menuju ke..era baru..menjelang Pru 13.

menanti perpecahan 3 sekawan,Parti pemecah umat Melayu Islam.

alangkah amannya jika permecah Melayu Islam dan pergamal kroni dan nepor tegar negara di hapuskan pasti negara maju dan tiada lagi penyokong "yes man" yang masih beranguk samada salah atau betul.

December 25, 2009 5:33 PM

Unknown said...

Salam. Rakyat merestui kecurian ini kerana mereka memilih pencuri...

Nota:
Saya linkkan blog saudara di blog saya untuk manfaat pengunjung saya.

Nurimo said...

wsl,saudara Mybabah,

Jangan pula berfilem hisdutan,rakyak disuruh jujur berintegriti,bagaimana yang di atas kena sama2 mencorakkan.

Yang salah makamah keadilan sedia menanti.Tupai kalau salah melompak sekiranya jatuh ke tanah.Kalau sudah ke tanah jangan bagi terlepas lari memanjat pokok lagi.Nanti durian rakyat habis dimakan satu dusun.

Terima kasih linkkan blog ana,ana gembira kehadiran saudara.

mail lambong said...

maaf kawan ku nuri..

berbicara hanya ingin mencungkil benak di hati bak umpama siapa makan cili dia yang terasa pedas..

hanya sekadar menguji pandangan kawan-kawan mengenai permasalahan yang melanda partai yang penuh dengan perompak dan perasuah..

syabas suria dan nuri telah menjawabnya dengan jujur dan ikhlas cuma sedikit emosi..

selamat menuju ke tahun 2010

Nurimo said...
This comment has been removed by the author.
Nurimo said...
This comment has been removed by the author.
Nurimo said...

sama maaf sahabat ku, Faizal,

Ana tak kisah sekadai mencuit saja dan tidak sama sekali beremosi malah kujungan sahabat sangat dihargai.

Ana teringat kehebatan hulubalan Melayu,Hang Tuah dan Hang Jebat tapi sayangnya membunuh sesama bangsa.

Apakah kehebatan pahlawan Pas ingin mengikut jejak Hang Tuah?,bersungguh-sungguhnyanya ingin menubangkan pahlawan UMNO.

Tidak terdetikkah dihati membunuh sesama muslim itu memang tidak disukai dalam Islam.

Unknown said...

Faizal,

Negara ada Datuk Temeggong,ada Laksamana.Kerja dia,tugas dia tahu nak cari perompak dan perasuah serta bawa ke muka pengadilan.Sabarlah sikit dalam siasatan kan ni.

Cuba bagi tahu negara mana takda perompak perasuah.Zaman nabi pun ada orang orang curi.

Jangan puak PAS jadi tukang tepuk tangan dan tukang kutup.Jaga baik-baik tu pakatan 3 sekawan,bimbang ko..ko kawan makan kawan.

Puja kuat kafir DAP tu,manalah tahu ko..ko dengan seluar dalam hilang sekali ha..ha...

mail lambong said...

salam sahabat-sahabat sekalian..

bukan setakat enjin sahaja yang di jual malah pesawat MiG-29 pun nak dijual oleh pihak kerajaan..

adalah amat tidak wajar sekali dikala keadaan ekonomi yang tidak berapa baik kerajaan mengambil langkah kurang sopan untuk menukar kepada pesawat yang baru..

mungkin ini petanda BN sudah tidak berminat menerajui negara..syabas BN..sudah cukup masanya..akan tiba apabila diizinkanNya..

Anonymous said...

Salam Faizal Pas,

Ya baguslah kerajaan nak tukar hak baru,pastilah Faizal bangga tentera kita punya pesawat cangih,tapi jangan lupa tukar keranda terbang dulu,helikopter yang membunuh ramai tentera kita bukan dimedang perang.

Kerajaan nak buat sesuatu dia kaji dulu,mesyuarat dulu.Ada batahan atau tidak dari rakyat,itu perlunya pembangkang dalaman.

Dia tidak seperti puak PAS,apa cadangan pemimpin terus di ya entah apa yang diangguknya.

Cadangan TG nak lantik menantu pun terus diangguknya.Sekarang dah jadi apa,nasi dah jadi bubur lambak.

Mungkin ini petanda kejatuhan PAS ..syabas PAS..jasa mu sungguh banyak ,sudah cukup masanya amalan mememecahkan umat Melayu Islam.

mail lambong said...

Salam..
nampaknya suria tak faham pasal pesawat canggih yang suria maksudkan..

memang lah canggih tetapi kita dikenakan syarat yang ketat oleh pihak US iaitu Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja..

ini bermaksud..pesawat tersebut tidak boleh menembak hatta cicak sekali pun..

Anonymous said...

wsl Faizal,

he...he...

Faizal said:-
"ini bermaksud..pesawat tersebut tidak boleh menembak hatta cicak sekali pun.."
........................................
Faizal bukan saya tak faham benda ni dalam peringkat perbicangan ,belum diputuskan lagi,apa dok kalotnya.

Faizal jadilah pembangkang yang baik yang memberi mafaat kepada kerajaan.Jangan jadi pembangkang yang suka menfitnah.

Contohnya Pas Perintah Kelantan dah kucar kacir,apatah lagi nak perintah Malaysia.

mail lambong said...

salam suria..

tengah berbincang laaa kena tegur..dah beli nak buat apa..nasi dah jadi bubur..

bukan kalut tetapi nak selamatkan duit rakyat termasuk suria..negara rugi bukan soal pemerintah atau pembangkang tetapi ini soal kita sebagai rakyat malaysia..

Anonymous said...

wsl Faizal Duta Pas di negara sendiri,

Memang betul kena tegur ,tapi tegur secara berhemah jangan ikut sedat mulut.Kalau nak menegur pun jangan cara brutal.

Kerajaan nak beli mungkin ada timbal balas.Contoh kita beli barang US,mungkin US tambah melabur dinegara kita.Hasilnya kemudian boleh balik semula kat negara kita.

Rugi dahulu untung kemudian.

Macam Faizal garu belakang YB Pas,mestilah YB PAS akan garu belakang Faizal pula,mungkin dalam bentuk balak atau projek.Bohonglah kalau garu saja.

Usah pertikai sangat benda ada faedahlah cadangan nak beli tu.Kerajaan dh kaji buruk baik tu.

Na'im Nikmat said...

Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi itulah situasi sekarang. Kehilangan Enjin Jet ini sudah 2 tahun disembunyikan daripada pengetahuan umum,akhirnya kerajaan BN 1 Malaysia terpaksa akur yang mereka sememangnya tidak layak menjadi kerajaan....Aset terpenting dalam pertahanan negara lesap...Itulah akibatnya apabila orang yang bukan ahlinya memegang jawatan...

Unknown said...

Salam ya akhir Naim,

Cakap senang lihat Pas perintah Kelantan baru satu negeri dah terhoyong hayan.Perintah Perak sekejab ambil ke Umno balik,tak pandai jaga negeri.

Kalau Pas perintah Malaysia mesti ambil ke Dap.Komen orang pandai,cadangan nak membangun negara tak pandai.

Tiada negara di dunia tiada perompak tiada perasuah.Negara ada undang2.Ada makamah,undang2 tak niaya orang.Yang bersalah tetap bersalah,hukuman sedia menanti.

Kita kena ingat ya akhir quda qudar,sudah tersurat apa yang berlaku kehilangan enjin jet tu.Biasanya puak pas dia cakap macam tu,andai terjadi kes sama kalau dia memerintah.


Andainya PAS memerintah,bukannya jual enjin ,jual dengan kapal terbang sekali ko.

Na'im Nikmat said...

Suruhanjaya DiRaja siasat RM100 bilion dan kehilangan enjin

Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah.

Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya.

Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas.

Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar.

Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini.

Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau.

Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya.

Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda!

Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.

Na'im Nikmat said...

Pekung busuk lagi bernanah ya akhi....

Nurimo said...

Salam ya akhi Naim ,

Naim said:-Pekung busuk lagi bernanah ya akhi....
......................................
Usah risau anta,negara mempunyai pakar perubatan,antibiotik yang kuat,insyaAllah tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati.

Kalau kena kecing manis pun masih ada peluang,kita kerat tempat yang buruk tu.Tidak salah melihat penyakit tapi kena lihat ubat penyembuhnya.Jangan sampai berdoa suruh mati cepat ya akhi.
***********************************
APA DAH JADI NI,BARU TEST SATU NEGERI DAH RUGI

Ganti rugi RM800 juta

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.

Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004.

Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.

Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.

Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.

Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.

Unknown said...

Mana satu sebenarnya betul harga ni,sekali RM50 juta setiap satu,hari NI pula RM303,570.

Lain kali aku tak baca utusan Malaysia kalau lapor sekali macam tu,sekali macam ni.Lapur biar betul jangan kelirukan rakyat.

....................................
Nilai sebenar sebuah enjin F5-E ialah RM303,570 - Zahid

PUTRAJAYA 7 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 'afterburner' ialah RM303,570.

Beliau berkata nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.

Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk 'afterburner' bernilai AS$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai membetulkan laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut enjin tersebut bernilai antara RM8.5 juta sehingga RM28 juta.

Isu harga enjin itu timbul selepas ada laporan media sebelum ini yang menyebut nilai dua enjin pesawat F-5E milik TUDM yang dicuri itu adalah RM50 juta.

Beliau berkata, nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Namun, tempoh yang lama diambil (untuk menjelaskan nilai enjin sebenar) sehingga tindakan mahkamah dilakukan adalah kerana lazimnya mengikut prosedur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siasatan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Oleh kerana kes ini melibatkan barangan teknikal, maka suatu tempoh yang panjang diambil bagi memperoleh semua maklumat dan dokumen yang berkaitan," katanya. Semalam, dua orang iaitu seorang anggota TUDM berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat pembekalan dihadapkan di mahkamah atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu. - Bernama
utusan 0nline 8/1/2010

Nurimo said...

Published: Sabtu Februari 6, 2010 MYT 9:07:00 PM
Updated: Sabtu Februari 6, 2010 MYT 8:31:22 AM

Kerajaan Uruguay Temui 2 Enjin Jet F-5E

KUALA LUMPUR: Kerajaan Uruguay memaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang telah ditemui.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kerajaan yang bersungguh-sungguh menangani kes itu sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan yang dilaporkan hilang sejak tahun 2007 setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," kata beliau dalam kenyataan di sini semalam berhubung perkembangan terkini enjin jet yang dicuri itu.

Abdul Gani berkata, sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini selain Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula serta penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

"Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002 dengan Malaysia meminta bantuan pihak berkuasa Uruguay bagi mengesahkan lokasi enjin-enjin berkenaan ditemui sebelum membawanya pulang," kata beliau,

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini khususnya Duta Besar, Pablo Sader atas segala bantuan kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.