Search This Blog

Followers

Thursday, December 10, 2009

Surat paling popular 2009



Hodoh molek pun,bapa dia , suami dia

Isu surat anak Tok guru masih panas lagi,ekoran pendedahan blogger Kickdeffela orang dalam parti BULAN sendiri.Hari ini 11 Dis 09,saya melayari blog kickdeffela ,alangkah terkejut komen surat Nik Amalina sejumlah 371 komen mungkin bertambah lagi esok lusa.Dari komen -komen dianggarkan 5% menyokong Amalina manakala 5% berkecuali(menasihat kedua-dua pihak) dan 90% membantah atau mencela penulisan beliau.

Kita perlu ingat Tok guru adalah bapa dia,Ariffahmi suami dia.Hodoh molek tetap kena bela,takkan nak tengok saja,bapa dia ,suami dia kena pukul.Kalau kita berada tempat dia pon macam tu lah juga.

Surat Amalina adalah luahan hati seorang anak dan isteri yang patut kita hormati.
***************************************************************************************

Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 11 2009

Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah dan juga blog Kickdeffela. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan.

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO



Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.


Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.
Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.
Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.



Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…
************************************************************************************
Sila klik Apa komen Tok guru

33 comments:

tabuan said...

Seperti yang di luahkan oleh presiden PAS tok guru hj hadi, bahawa Nik Aziz telah di berikan nasihat yang salah, nasihat yang membawa reba dan rebah, nasihat yang boleh menjatuh dan menghanyutkan Tok Guru Nik Aziz dari singahsana kuasa yg di huni nya kini.

Tetapi tok guru nik aziz menafikan kata-kata hj hadi,beliau berkata beliau mendapat nasihat yang betul daripada org bijaklaksana.Tuan Penasihat tidak salah kata Tok Guru Nik Aziz. Habis siapa yg salah? Kalau Nik Aziz yg salah dia pon perlu bersama menantu untuk berhenti, sebagai mengambil tanggungjawab tersebut.

Dan kalau ia nya berpunca daripada tuan punah sihat yang salah, di manakah tuan punah sihat tersebut bersembunyi? hingga hari ini pun tak muncul untuk membantu Nik Aziz dan kaum keluarganya dalam menghadapi di lema ini.Di makah makhluk ini bersembunyi?

Unknown said...

Salam,

i) saya boleh baca semua komen, tapi saya tak nak komen apa-apa.

Nurimo said...

Salam Tuan Sekretariat Parlimem Kota Raja,

Terima kasih kujungi blog ana,nampaknya maksud tuan,sebenarnya banyak lagi ke komen dalam blog kickdefellah berkaitan isu surat ni,tapi telah didellete,betul ke.

Jadi dalam blog ana,ana takkan dellete,kita mahu keadilan dalam komen,kan islam disarang berlaku adil.

Jadi kita akan tengok komen yang menyokong anak tok guru kita tu.

Cik Cookie said...

mgkin CC melakukan perkara yg sm utk suami dan ayah.
entahlaa

Guru said...

assalammualaikum

susah nak kata ya..

kalau bapa saya perdana menteri dan suami saya CEO Bank Negara, pasti mengundang pelbagai fitnah...kan.

jadikan pengajaran dan tauladan..

ada orang yang jelas2 berbanglo mewah dan ada yang shopping keluar negara dengan barang2 berbondong pun tak menimbulkan isu sehebat ini...

wallahualam


betulkah sebenarnya hendakkan keadilan atau ada niat yang lebih parah

tepuk dada , tanyalah iman masing2

.::Cik Dara@Encik Teruna::. said...

wah panjangnya entry nie nuri..jenuh cik dara baca..apapun tepuk dada tanya selera..hanya dia yg tau

mail lambong said...

SEMAKIN HARI SEMAKIN UZUR

HANYA MENUNGGU SAAT TIBA

PERUBAHAN DIJANJI,DITAGIH DAN DITUNGGU

IBARAT PUNGGOK RINDUKAN BULAN..

AKHIRNYA KENYATAAN TERSERLAH HANYA..

MENANTI KEJATUHAN PARTI YANG DISANGKA KERAMAT..

SELAMAT TINGGAL UMNO..PASTI AKU MERINDUI NAMAMU..KERANA PELBAGAI PERISTIWA HINA DAN DINA DIBAWA ANGIN YANG BERLALU

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Saya menyokong apa yg diperkatakan oleh akak a kl citizen.

"kalau bapa saya perdana menteri dan suami saya CEO Bank Negara, pasti mengundang pelbagai fitnah...kan.

jadikan pengajaran dan tauladan.."

Jadi sudah terang lagi bersuluh,perlu apa menjerut di leher sendiri. Andai sudah terjerut, balik ke pangkal jalan, tak salah mengalah...

Anonymous said...

khas untu Faizal pas,

SEMAKIN HARI SEMAKIN KUAT

HANYA MENUNGGU SAAT TIBA PRU13

PERUBAHAN DIJANJI MULA MENYERLAH

IBARAT BULAN JATUH KE RIBA

AKHIRNYA KENYATAAN TERSERLAH HANYA..

MENANTI KEMENANGAN PARTI YANG UNTUK
1MALAYSIA.

SELAMAT TINGGAL PAS..PASTI AKU MEGENANGKAN NAMAMU..KERANA PELBAGAI PERISTIWA HINA DAN DINA YANG DIBAWA GELORA MUNSIM TERKUJUH

Anonymous said...

Kesian Mahfuz dihantam Nik Aziz kerana tegur dalam isu PMBK

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kesian dan padan muka Mahfuz , baru tegur Tok Guru sikit sahaja tentang menantunya , terus dibantai terus oleh Tok Guru. haha

Mahfuz yang kita kenal memang kuat hantam ,fitnah dan mengutuk kerajaan dan UMNO , tetapi dalam PAS bagi pandangan sikit ,terus kena fire direct oleh Tok Guru. haha Ibarat menjolok ke sarang tebuan , Mahfuz telah terima padahnya . Ramai pemimpin tak melawan kata-kata Nik aziz tetapi Mahfuz berani menegur telah terima padahnya .

PB berpendapat tindakan Mahfuz adalah kesilapan besar kacau Nik Aziz kerana kita semua tahu isu PMBK kini memang panas kerana membabitkan menantunya . Mungkin betul juga pendapat beberapa orang blogger PAS yang menyatakan Mahfuz ini sekarang gila publisiti dan ketagihan media .

Inilah stail kepimpinan PAS sebenarnya , mereka boleh kritik orang tahap gila punya tetapi nak kritik mereka tidak boleh .

copy from http://sejarahmelayu.blogspot.com

Anonymous said...

SLM TUAN KPD TUAN RUMAH..APA YG PAS ALAMI SKRG ADALAH APA YG PERNAH UMNO LALUI SEBLUM INI. ISU INI SEBENARNYA ADALAH ISU SECARA TAK LANGSUNG TELAH MELIBATKAN 3 PIHAK IAITU KELUARGA, PARTI DAN KERAJAAN NEGERI

DULU KERAJAAN PERNAH DI MOMOKKAN SEBAGAI KERAJAAN YG MENGAMALKAN KRONISMA DAN NEPOTISMA OLEH PUAK PEMBANGKANG. MEREKA BEGITU GALAK MENGHENTAM SEHINGGA MEREKA TERLUPA, MEREKA JUGA TIDAK KURANG HEBAT DLM MENGADAPTASI 2 SIFAT TERSEBUT DLM PERMAINAN POLITIK MEREKA.

KINI APABILA AMALAN KRONI DAN NEPO MELANDA KERAJAAN KEPIMPINAN PAS, MASIH RAMAI PENGIKUT2 PAS SUKAR MEMPERCAYAI MALAH MENUDUH INI ADALAH PERMAINAN UMNO.

NAMUN PENDEDAHAN OLEH SLH SEORG BEKAS BLOGGER SETIA PAS DI LIHAT BUKAN SAJA TELAH MEMBUKA KOTAK 'PANDORA' MALAH BENAR2 TELAH MENGAIBKAN MARUAH PARTI KHUSUSNYA TOK GURU DAN SEKALIGUS MENGHERET SAMA AHLI KELUARGA MEREKA

BAGAIMANAPUN YG PASTI NALURI SEORANG ANAK YG MEMPERTAHANKAN BAPA DAN SUAMINYA ADALAH SATU TINDAKAN SPONTAN.

TIDAK SUKAR UTK SESAPE PUN MENTAFSIRKAN AKAN APE YG TELAH BERLAKU KEPADA TOK GURU DAN GAYA KEPIMPINAN BELIAU SEJAK AKHIR2 INI.

KESIMPULANNYA, MMG MUDAH UTK MENUDING KESILAPAN TERHADAP ORG LAIN TAPI SUKAR UTK MENGAKUI KESILAPAN APABILA TERKENA DIRI SENDIRI..WALLAHUALAMM

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Maaf, sekadar memberi pendapat...
Bila manusia diuji dengan masalah, sebenarnya Allah hendak meningkatkan diri seseorg itu hampir kepadaNya. Adakah kita ini maksum dan tidak melakukan kesalahan? Manusia tidak lepas drp membuat dosa tapi Allah Maha Pengampun.
Hadis daripada Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut.

Adakah apa yg dilakukan oleh Tuan Guru termasuk dosa2 besar sehingga ramai yg mengutuk dan mengata mengikut emosi? Dan adakah anak beliau juga melakukan dosa besar sehingga semua yg mengutuk tidak dpt memaafkan?

Sedangkan dosa-dosa yg besar pun Allah ampunkan dengan rahmat dan kasih sayangNya...apa lebihnya manusia sehingga sombong dan tidak mahu memaafkan?

Unknown said...

Salam Shaniza,

Shaniza said:-

"Sedangkan dosa-dosa yg besar pun Allah ampunkan dengan rahmat dan kasih sayangNya...apa lebihnya manusia sehingga sombong dan tidak mahu memaafkan?".Jawapannya mudah je,nafsu melebihi akal.

Sekali mengutuk sekali minta maaf,seratus kali mengutuk seratus kali minta maaf.Memang Allah maha pengampun dan penyayang.Tapi jangan terlalu kerap mengutuk2,lepas tu minta ampun ,selepas itu buat perkara yang sama.

Kita diberi akal supaya berfikir sebelum berkata.Nasi kalau dah jadi bubur susah nak pulih melainkan masak nasi baru.

Manusia ada macam2 peil,kalau serupa semua takdalah parti pas hanya parti umno saja mewakili

Anonymous said...

Kickdeffela dengar kata,budak Husam Musa,kenapa Husan tak marah atau tak larang budak dia hetam bos(Tok guru) dan menantu sekali.Tak nasihat ke?.
Atau ada udang disebalik me.

Kesian Nik Amalina dalam membela bapa dan suami menerima kutukkan hebat.Tapi saya tabik kat dia,itulah dia anak yang sejati kesayangan tok guru.Macam mana sekali pun awak kena pertahangkan maruah bapa dan suami awak,walaupun menerima 1001 kutukkan.Jangan lupa pakat dgn Nik Abdul abg awak tu.

mail lambong said...

UMNO sekarang semakin hebat..

aku kagum dan kehairanan

Tahniah UMNO kerana semakin

HEBAT MENIPU....

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

komen yang baik ada manfaatnya..insyallah,dapat juga sedikit

Anonymous said...

untuk Faizal pas,


PAS sekarang semakin hebat..

aku kagum dan kehairanan

Tahniah PAS kerana semakin

HEBAT NEPOTISME DAN KRONISME

Daddyaeman said...

Tulah manusia.. bila UMNO buat silap, ditentang, dikutuk habis-habisan. Bila PAS pula yg lakukan apa yg UMNO pernah lakukan dahulu, kenapa perlu nak sorokkan tangan selepas baling batu. Minta maaf jelah kan senang...

Unknown said...

Salam SELUANG,

Seluang said:

"kenapa perlu nak sorokkan tangan selepas baling batu".
...................................
Yalah mana tahu ko..ko rakyat tak nampak siapa yang baling batu.Tapi rakyat sekarang tidak spt rakyat dulu,boleh kon kalikong hidup2.

Tapi kali ini rakyat akan tengok apa disebalik serban.
Tuhan bukan tengok pada serban ,tapi pada iman.

Biarlah Amalina nak depend ayahanda dan suami dia,itu hak dia.

Na'im Nikmat said...

Kebenaran Pasti Akan Datang,Selamat Tinggal UMNO buat selama-lamanya,yang akan tinggal hanya sejarah tentang Korupsimu dan Kezalimanmu,semoga anak cucuku boleh bebas dari anasir Asobiyah UMNO..Takbir!!!

Anonymous said...

Salam abg Naim saudara islamku,

Kebenaran Pasti Akan Datang,Semuga terbuka hati PAS bersatu dengan umno buat selama-lamanya,yang akan tinggal hanya sejarah tentang NEPOTISME DAN KRONISME ,semoga anak cucuku boleh gembira islam Pas bersatu dengan islam UMNO..Takbir!!!

Abg Naim sebagai orang tahu hukum janganlah kata selamat tinggal umno,nanti taksirannya bermakna selamat tinggal islamlah.

Macam mana sikap orang pas hanya pandai berhadith tapi tak tahu hukum hakam.Jangalah taksud sangat,orang umno pun kiblat yang sama.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,ana bercakap untuk kesedaran semua kerana ana sayangkan antum.Selagi masih ada nyawa bertaubatlah ya akhi ikutlah Jemaah yang mahu melaksanakan Hak-Hak ALLAH.Perbanyakkan membaca Al-Quran dan Hadith ya akhi.

Sueozana said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam abg Naim saudara islamku,

Abg.Naim terima kasih nasihatkan ana membaca Al-Quran dan Hadith .Ya ana tidak lupa,tapi kalau abg Naim baca Al-quraan dan hadith jangan lupa taksirnya sekali,taksir tu jangan berpihak kepada pas sahaja.Islam menyeluruh bukan kepada semua umat.

Jadi maksud abg Naim,islam kat Malaysia kena masuk pas,baru boleh masuk syurga?.

Kalau duduk dalam pas,tak sembayam,mencela umat islam ,rasuah,salah guna kuasa bebas dari dosakah?.

Abg Naim said:
"Salam ya akhi,ana bercakap untuk kesedaran semua kerana ana sayangkan antum".

Terima kasih sekali lagi bagi nasihat.Ana pun bimbang juga pada abg Naim...ko..ko tergelincir dari kehidupan islam sebenar,kerana telalu taksud dalm pas.Kita sesama islam disarang saling mengingati.

Tapi ana bukan nak mengajar itik belajar berenang.Kalau berenang tak berapa betul kena tegur juga.

Na'im Nikmat said...

Salam akhi jadikan kisah ini pengajaran,fahami kisah insan ini ya akhi.

"Aku dilahirkan di sebuah negeri selatan Malaysia, bapa aku seorang bekas ketua bahagian UMNO di kawasan kami pada tahun 1987 hingga 1993. Dia merupakan seorang penyokong kuat kepada bekas TPM Tun Ghafar.

Selepas Tun Ghafar tidak disokong untuk menduduki TPM dia tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian tetapi masih memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan. pada tahun tersebut bapa aku telah pergi menunaikan fardu haji. Semasa bapa aku menunaikan fardu haji dia telah berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang berasal dari utara tanahair.

Pada tahun 1994 setelah tamat pengajian aku di sebuah institusi pengajian tinggi, aku telah mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan dan di tempat di utara tanahair. Pada mulanya aku berkhidmat di sana aku rasa cukup bosan maklumlah sebelum ini aku berada di sebuah negeri yang dianggap maju dengan dipenuhi tempat-tempat maksiat untuk melepaskan kebosanan. Di sini aku cuma berhadapan dengan orang-orang kampung dan juga dengan masjid-masjid. aku mula berkawan dengan penduduk-penduduk di sekitar taman yang aku tinggal, mula-mula tu aku agak kekok kerana sebelum ini aku akan ke masjid hanya bila solat Jumaat dan kalau ada kenduri. Tetapi bila di sini aku mula mendekati masjid setiap hari dan mula mendengar kuliah-kuliah agama.

Sebelum ini aku yang terdedah dengan UMNO dan BN hanya anggap PAS dan ustaz-ustaz yang memakai serban di kepala itu sebagai faham sesat. Dari kecil aku telah ditanamkan perasaan benci kepada golongan PAS. Aku masih ingat lagi peristiwa Mamali di Baling dan dalam masa yang sama di TV1 satu ketika itu telah menayang satu drama bertajuk 'Guru Yahya' perkara-perkara ini telah tertanam dalam jiwa aku. Dari situ aku menjadi orang yang membencikan PAS, aku pernah membentangkan satu tessi masa pengajiaan dulu berkaitan kebencian aku tetrhadap PAS ketika itu yang aku anggap sebagai pelampau dan sesat.

Setelah hampir setahun aku berkhidmat di utara tanahair, bapa aku kerap mengunjung aku di sini. Aku pula sudah mula rasa selesa dan tidak kekok dengan keadaan sekitar. Bila keluarga aku dari kampung datang mengunjung aku, aku akan bawa keluarga aku untuk mendengar kuliah-kuliah agama yang jarang kami dengar di tempat kami. Di tempat kami kuliah-kuliah agama banyak menekankan tentang perkara-perkara Fekah sahaja, manakala ilmu-ilmu lain dalam Islam tidak pernah kami dengar. walaupun aku yang belajar di sekolah agama hingga kedarjah 4 Senawi, banyak lagi ilmu-ilmu agama yang tidak didedahkan. Bapa aku yang merupakan seorang perjuang UMNO dulu cukup benci kepada ustaz-ustaz yang berserban telah mula berminat untuk mendengar kuliah-kuliah di sini. pada masa yang sama bapa aku telah berjumpa dengan kawan-kawannya yang sama menunaikan haji dulu.

Aku mula-mula mendekati PAS apabila aku diajak oleh seorang kawan aku untuk mendengar ceramah oleh Haji Mohamad Sabu. dari situ aku mula berminat untuk mendengar dan aku cuba mengkaji dan mendalami apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya. Bapa aku yang sering mengunjungi aku juga telah aku bawa untuk mendengar ceramah-ceramah PAS. Aku mula membeli Harakah yang ketika itu dikeluarkan 2 kali seminggu. Bapa aku juga dah mula berminat dan memahami PAS. Pada tahun berikutnya dalam pemilihan UMNO bapa aku tidak langsung mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cawanagan UMNO, dia juga tidak dalam pemilihan tersebut.

Na'im Nikmat said...

Pada tahun 1997 aku yang telah beberapa tahun mengenali PAS dan mendalami prinsip-prinsip perjuangan PAS telah mendaftar sebagi ahli PAS. Walaupun sebelum ini aku memang seorang ahli UMNO, tetapi setelah aku sedar didalam PAS tidak ada semangat Kebangsaan sebagai landasan seperti UMNO. Di dalam PAS bangsa dan kaum adalah tempat ke 2 selepas Islam didahului. Bapa aku yang dulu perjuang UMNO sekarang sudah mula condong dan mendekati PAS, apabila UMNO menghadapi krisis pada 1998, bapa aku yang sekadar ahli biasa ketika itu telah keluar beramai-ramai dan mendaftar sebagai ahli PAS. Aku juga terkejut di kampung aku yang selama ini tidak pernah ada cawangan PAS, bapa aku dan orang-orang kampung telah berjaya menubuhkan cawangan PAS pertama di kampung. Walaupun bapa aku tidak memegang apa-apa jawatan dalam cawangan tersebut, dia rela dan bersemangat untuk terus menyumbang idea. Pengalaman sebagai ketua bahagian UMNO digunakan oleh bapa aku untu menyumbang kepada pengerakan PAS di kampung. Hampir sepuluh tahun cawangan PAS di kampung aku ditubuhka, akhirnya kawasan itu telah berjaya diwakili oleh seorang DR dari PAS.

Setelah 11 tahun aku menyertai PAS aku tidak pernah berasa jemu untuk terus berjuang dan memberitau kepada orang ramai bahawa PAS ialah sebuah parti yang sentiasa mengutama Islam. Aku juga bersyukur kerana Allah s.w.t. membukakan hati aku dan keluarga untuk bersama-sama dalam perjuang jihad ini. Memang banyak dugaan yang aku alami, aku pernah ditahan kenaikan pangkat, aku juga pernah dihantar perkhidmat di seberang laut tetapi dengan kuasa Allah s.w.t, aku harunginya. Sekarang aku sebagai seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di negeri yang dipimpin oleh seorang Ustaz.

Aku amat bersyukur, walaupun banyak perkara yang dulunya aku benci kepada PAS. Tapi Allah s.w.t. membukakan hati ini, aku amat sayangkan perjuangan ini. Bapa aku juga sebelum ini sangat bencikan PAS telah sama-sama berjuang dalam jihad ini. Aku cukup berbangga menjadi anak kepada bapa dan keluarga aku kerana mereka sedar dari kesilapan dulu.

Pesanan bapa aku ' Biar kita berjuang lewat tetapi kita ikhlas dan sentiasa menyerahkan jiwa kita kepada Allah s.w.t.'. jadi marilah semua umat Islam bersama-sama kita dlam perjuang jihad untuk menegakkan daulat Islam di negara ini.

Na'im Nikmat said...

Semoga akhi semua dapat sedar seperti beliau.Ana doakan terbuka pintu hati antum menerima Islam sepenuhnya.jangan bersangka buruk dengan PAS.Kata orang 'Tak kenal maka tak cinta'. Tapi UMNO memang dah 54tahun ana kenal tapi memang ana tak akan jatuh cinta dengan UMNO yang dasarnya tidak islamik.....

Anonymous said...

Salam abg Naim pajang sejarah hidupnya,

Tak sudah lagi cerita anta,ana tolong sambung ya.

......tapi sekarang pas semakin tersasar dari dasar islamiknya kerana bergabung dengan kafir DAP.Dulu aku pernah mencercahnya sebagaimana aku mencela umno.

Tapi quda dan qudar ketentuan illahi mungking akan aku jatuh cinta lagi pada umno.

Beberapa bulan berlalu pemimpin ku Hj Hadi ada jatuh cinta dgn umno tapi dihalang oleh sahabat baiknya tok guru Ajis,iaitu kini berada dalam dilema samada nak letak jawatan atau tidak kerana masalah napotise dan kronisme yang berlaku ,sama dgn umno dulu.

Tapi sekira Tok guru ajis meletak jawatan rasa pemimpin ku Hj Hadi kemungkinan besar kahwin dengan umno.Aku pun akan ikut serta.Kerana umno dan pas sama kiblat sebenarnya.

Maaf abg Naim,ok tak ana sabung cerita abg Naim.

Unknown said...

comel juga Nik Amalina anak tok guru kita ni,sehebat penulisannya.

Teruskan penulisan mek na,peduli apa orang kata.Pertahangkan maruah bapa dan suami awak.

Tapi jangan tidak semua orang umno benci awak dan tidak semestinya orang pas suka awak semua...mek na tahukan siapa?????

Unknown said...

Salam Tuan Punya Blog

Saya dah baca semua komen dalam entry ini. OK semua nya OK, "budi bahasa amalan kita"

Jadi patut sangatlah tuan punya blog siarkan semua komen tersebut.

Saya pun suka perdebatan antara naim dan suria.

Artikal yg sama dalam blog bos saya kami terpaksa tapis hingga hampir 200 komen tidak dapat disiarkan.

Mungkin pengunjung kita berbeza akal dan fikirannya.

Selamat Maju Jaya .... Semuga tiada 'Lagak' dan 'Laga'

Nurimo said...

wsl Sekretariat Parlimen Kota Raja ,

Harap2 bagitulah semuga perpaduan wujud umno pas suatu hari nanti.

Tapi kenapa tuan band kan blog ana,nak ziarah pun tidak boleh masuk dalam shobox blog tuan.

Ana tidak mencela parti tuan pun sekadar ziarah sesama islam je.

Unknown said...

Ampun, dan ana mohon maaf banyak-banyak. moga persaudaraan sesama Islam dapat diteruskan.

Ia ana mengaku ana bandkn URL tersebut. Waktu tu ana rasa ana perlu buat demikian, tapi dalam waktu yg sama ana tetap mengunjungi blog enta.

Entahlah susah nak explain, enta tentu faham sikap orang perjuangan macam ana ni.

Sebagai Sekretariat Parlimen KR, Pemimpin Kawasan dan AJK LPN Negeri ana antara yang kuat menentang UG.

Harap enta faham kedudukan ana.

Salam Maal Hijiriah & Selamat Tahun Baru 2010

Akhukum fil Islam
Razif

Nurimo said...

Sekretariat Parlimen Kota Raja saudara islam kubur yang sama,kiblat yang sama,kalau orang umno islam mati tetap dikuburkan sama dengan pas juga.

Walaupun orang Pas mati dan bersahabat baik macam adik beradik dengan DAP tetap tidak dikuburkan dijirat .

Apakah salahnya memberi sedikit ruan untuk perpaduan Melayu.

Janganlah jadi macam Hang Tuah dan Hang Jebat, hebat dipentas persilatan namum membunuh sesama bangsa.

Ana tak kisah bandkan url blog ana pun,
UNDI ADALAH RAHSIA,berilah kebebasan rakyat mengomen dalam blog saudara.Suara rakyat mesti didengar dan jangan dellete dedahkan walaupun pahit harus diterima sebagai input.