Search This Blog

Followers

Friday, February 19, 2010

Dusta

Orang berdusta akan mengalami banyak emosi negatif,malu,tak seronok,sebar-salah,takut dan bimbang .

Adakalanya si pendusta memang sudah awal-awal lagi bersedia untuk berdusta.Oleh itu dia akan mengalami rasa ragu dan bimbang sama ada dia akan berjaya mendustai mansanya.Perasaan itu menyebabkan mereka akan terlebih-lebih berlatih dan bersedia untuk betul-betul berdusta dengan berkesan sekali.Jadi dia dapat mengucapkan "skrip" dustanya dengan lancar,teratur dan melebih-lebih.

Meskipun kata-kata dapat digunakan untuk menutupi dusta,tetapi banyak pendusta tertipu oleh kata-katanya sendiri kerana mereka cuia atau terleka.Mereka tidak pandai menutup dusta,ataupun mereka gagal melakukannya,tetapi sebaliknya mereka cuai sewaktu meracang pendustaan.Oleh itu berlakulah apa yang dikatakan tersalah cakap.

Tanda-tanda pendustaan pada percakapan termasuk juga yang tidak tepat,berbelit-belit .Satu lagi tanda yang jelas ialah hamburan kata-kata.Si pendusta bercakap banyak kerana dorongan emosi sehingga tidak sedar apa yang terjadi,iaitu mengucapkan banyak tanda-tanda pendustaan.

Cantik tongkat

Ada banyak sebab mengapa pendustaan akan bocor.Antaranya ialah ,mangsa pendustaan mungkin terjumpa bukti perbuatannya,atau orang lain akan belot pada si pendusta.Antara orang yang belok ialah rakan yang dengki,rakan yang sedar ia ditipu,rakan yang simpati atau orang yang diupah.

Kadang-kadang pendusta mengubah-ubah kata-katanya dan lupa mengingati dusta-dustanya terdahulu,menyebabkan rahsianya bocor.Apa yang dikatakan tidak selaras dengan kata-katanya sendiri ataupun tidak selaras dengan fakta-fakta yang ada.Tetapi jika kata-katanya selaras,tidak semestinya dia jujur.Seorang pendusta yang berlatih dengan secukupnya juga akan dapat berkata-kata dengan selaras.

Ada sentengahnya pula berselidung di sebalik terjemahan hadith dan pakaian untuk menyakinkan orang.

15 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam tuan.

contoh pendusta yg makan diri sendiri...

1.menanam kebencian pada orang islam tentang pengharaman perarakan maulidur rasul di pulau pinang,padahal ianya memang sudah lama diharamkan termasuklah di negeri perlis,pahang dan johor yang bermenterikan melayu umno.

2.menanam kebencian pada melayu bahawa mereka terpinggir,sedangkan pemimpin umno sejak merdeka menggadai beribu hektar tanah rizab melayu untuk toke-toke cina dan orang asing,walaupun wajib diganti dengan tanah baru namun hanya 1/5 ditunaikan.

3.DS Nizar beri geran tapi hasut orang melayu beliau beri tanah padahal tanah kg baru telah diduduki hampir 7 generasi cina tanpa membayar cukai yang dihadiahkan oleh umno.ada geran kena bayar cukai yang tertinggi di Malaysia.tengin!

4.Kelantan hampir 98% melayu islam yang wajib diberi royalti tapi disekat oleh pemimpin melayu umno..syukurlah wang ehsan!nak berdusta lagi dengan stadium ehsan yang runtuh,masjid kristal ehsan 10 org berjemaah setiap hari,piala ehsan monsoon,duit ehsan untuk orang miskin tapi terengganu masih ranking dibawah walaupun negeri kedua terkaya.sehingga bermatian-matian pertahankan supaya duit royalti diberi kepada pemimpin umno kelantan.kes sapu 40juta pprt dulu pun tak selesai lagi.

"jangan sesekali kamu menyokong atau bersekongkol dengan orang yang melakukan kezaliman,kelak akan disambar api neraka Allah".

tq nuri kerna ingatkan ana.wallahua'lam.

Unknown said...

Hakikat sebenarnya PAS tidak menang di Perak, DAP yang menang tapi DAP tak beleh memerintah kerana bukan bumiputera, jadi bergabung dgn PAS.

Jadi melompak-lompak Nizar boleh jadi MB boneka.Terima kasih kepada UMNO menyelamatkan Perak kembali.

Kalau tidak tanah kat Perak jadi pajakan 999 tahun.Rakyat Melayu Perak masih bernasib baik Nizar tak pajak ke bukan bumiputera hingga tempoh hari kiamat.

dkama said...

Salam Bro...

Dusta akhir zaman nampak macam betul jer semua bro...

Nida n' Hanafi said...

salam Nuri..

Bila dah biasa berdusta, orang melihat seolah2 ia benar2 berlaku sedangkan segalanya hanyalah rekaan semata2. Biarlah pahit ditelan demi kebenaran, usahlah berdolak dalik kerana Dia maha mengetahui.

p/s:Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami, Kau buangkanlah perasaan dendam dan amarah dalam hati2 kami.. semoga dapat kami hidup dalam suasana harmoni tanpa rasa benci dan sengketa..aminnnn

Nurimo said...

WSL cicitHJHASSANu ,

1.Kalau boleh kita hidupkan balik maulidul Rasul tu selok-eloknya.

2.Kat perak pun Nizar bagi pajak 999 tahun masa merintah 2 hari ,nasib baik tak buat tempoh hingga hari kiamat.Adakah Melayu tak benci cara Nizar ni?

3.Betul ke tuan ada fakta
ke?Jangan masuk bawa tajuk dusta atau fitnah.

4.Teganu tu jauh lebih maju dari masa Pas perintah dulu.Baik terima duit insan pada tak boleh lalu,rezeki jangan ditolak.

Kita disaran sentiasa besyukur dalam kehidupan.

Terima kasih komen dalam blog ana,fahaman tuan tetap ana hormati.

Nurimo said...

Salam Hassan,

Betul apa abg Hassan cakap tu,cuma ramai yang tak faham lagi.

Cakap pemimpin moden kena tapis2,susah nak kesan antara dusta dengan betul.Tak semestinya pakai ketayap berjanggut boleh caya terus,kena beringat juga.

Nurimo said...

wsl dkama,

Itu sebabnya kita tak boleh terima bulat2,ada mata kena lihat,ada otak kena fikir,jangan terus terima ,cakap tempat ceramah memang sedap dengar.

Nurimo said...

Wsl Nida ,
Semuga gembira selalu walaupun jauh di Albany menikmati keindahan negara orang dgn iklim 3 musim tapi tetap ingatkan tanah air.

Masalahnya setengah pemimpin politik kita bila berceramah mata tak kelit,itulah tandanya latihan telah dibuat untuk mempengaruhi orang.

Kadang-kadang terlaju sangat bercakap,berjanji ,menabur fitnah hingga terlupa ada yang merekod dan akan ditanggujawab nanti apabila mulut telah dikunci anggota lain akan menjadi saksi.....

ROHAM said...

Salam Nurimo.
Maaf, saya bz giler. Lupa nak komen ni .. kah2 ..
Hmmm, ciri2 mulia jarang berjumpa .. yg hampeh juga terdpt di sini sana kan?
Kes air hencing tu tak boleh niaga la .. tertangkap, masuk dlm kena godam teruk nnti! :)

mail lambong said...

salam..

Orang berdusta akan berterusan berdusta sehinggakan akhirnya tersembab jatuh.

di mana saat kejatuhannya itu amat perit dan tidak lagi bermaya untuk bangun..

teruskan usaha penulis..UMNO bakal dikaramkan..saya turut rasa sedih kerana rasa cinta yang mendalam pada umno tetapi ini adalah pengorbanan yang paling berat iaitu membuang UMNO yang sudah diibaratkan sebagai bangkai bernanah..

Nurimo said...

wsl DANZ,

Terima kasih tuan,walaupun sibuk memberikan ruang juga untuk mengomen diblog ana yang tak seberapa.

Ya betul apa tuan kata,berjangut berketayap kena berhati-hati juga dalam kita mendengar kepetahanya bercakap,terutama sekali orang-orang politik yang mempunyai agenda tersembunyi.

Nurimo said...

Wsl Faizal saudara islam,

Jangan mudah menghukum sesama kita,

Faizal said:
"Orang berdusta akan berterusan berdusta sehinggakan akhirnya tersembab jatuh."

Ya ,sudah terang lagikan bersuluh,kapal pakatan sudah mula jadi Titanic.

Jangan teruskan usaha menyokong pakatan..PAKATAN bakal dikaramkan..saya turut rasa sedih kerana dalam Pakatan ada Parti islam Pas yang turut sama bersokonkol dengan kafir DAP. DAP diibaratkan sebagai dendalu akan memusnahkan sesiapa saja yang dia tumpang tidak kira parti pas atau umno asal nama Melayu.

Jangan menagis dikemudiam hari sudahlah Faizal.Cepat2 bagi tahu bos anta tu bergabung dgn umno demi islam.

Unknown said...

Saya hairan ulama politik bijak berbelit-belit untuk mencanpai agendanya memerintah Malaysia dengan cara mengocakkan keamanan yang sedia ada.

Sangguh tidur sebatal dengan kafir dan menedang sesama islam.

Dulu saya respec ulama Pas,tapi hari ini setelah saya mengikuti perkembangan politik,nampaknya jenis kaki belit juga.

Unknown said...

Pendusta yg kulihat hari ini.. adalah akhbar atau media.
Lain yg dikata lain yang ditulisnya.. sanada mereka tak faham atau buat2 tak faham..

Entahlah, aku lg tak faham.. hrmmm

Anonymous said...

Mengapa harus berdusta bila kejujuran masih memilik makna ?