Search This Blog

Followers

Friday, October 29, 2010

Jangan jadi buaya parti


Foto ini yang diabadikan oleh jurugambar amatur bernama Johan Opperman ketika mengunjungi Taman Nasional Kruger di Afrika Selatan. Foto ini dipublikan oleh the sun (28/10/2010).

Selama ini kita yang sering lihat dalam TV bagaimana ganasnya haiwan di Afrika terutama sekali Singa dan Harimau memburu mangsa berupa kuda, sapi, banteng, kerbau, rusa dan sejenisnya. Juga pernah melihat buaya yang mengintai haiwan-haiwan saat mendekati sungai semasa untuk minum.

Hinggakan dalam politik pun, kita selalu mendengar orang cakap bila melihat orang kuat politik BN ataupun kelas pemimpin,"Tulah buaya umno".Gambaran bagini tidak sedap didengar,kemungkinan rakyat bersuara kerana banyak sangat rasuah melibatkan juta-juta duit rakyat hilang sukar dijejak.

Bagitulah juga kalau rakyat dapat projek melalui kebel parti. Biasanya mula-mula nak dapat projek mesti perkena nasi lemak tea tarik dahulu Lepas projek siap yang untungnya tidak seberapa , mula-mulalah orang politik telepon minta sumbangan itu,sumbangan ini, baju T-ship untuk sumbangan menyambut PM la.

Congak punya congak untung habis rugi pula.Maklumlah projek klas F bukannya besar mana, jangalah minta kerap sangat.Itulah rakyat bimbang nak berurusan dengan orang politik BN, kembanyakan buaya-buaya .

Cukuplah apa yang ana tulis,semua orang tahu benda-benda komisen projek ni.Jadi kita kembali kepada cerita sebenar berkaitan gambar di atas.

Dalam foto itu nampak anak gajah sedang menghirup air sungai menggunakan belalainya. Tiba-tiba muncul buaya besar dari dalam sungai terus langsung mengigit belalai itu dengan gerahamnya yang kuat dan bergigi tajam

Tarik menarik antara anak gajah dengan buaya berlangsung beberapa saat. Anak gajah pun memiliki tenaga kuat sehingga mampu menarik buaya itu hingga terbing sungai. Anak gajah meraung memanggil keluarganya dan tak berapa lama rombongan gajah datang membantu.

Para gajah itu berusaha menyelamatkan anak gajah dengan meraung dan kakinya menginjak badan buaya. Adegan ini mirip seperti pertarungan antara gajah melawan buaya. Karena buaya dikeroyok kawanan gajah dan nyawanya terancam, akhirnya mangsa yang sudah di depan mata itu pun dilepaskannya.Selepas itu buaya terus merangkak perlahan turun ke sungai dan mengelumpur kesakitan di dalam sungai kemungkinan ekornya patah akibat dipijak gajah.

Selepas memastikan belalai anak gajah itu tidak cedera teruk akibat gigitan buaya tadi,kumpulan gajah terus turun ke dalam sungai dan melintasi sungai tersebut tanpa diganggu buaya lagi.Dari kejauhan buaya hanya mampu melihat sahaja dan mungkin terfikir ia tersilap membaham mangsa.

3 comments:

Sueozana said...

Silap percaturan la tuu..

Nida n' Hanafi said...

Salam tuan...

Itulah lumrah... yang kuat pasti mudah bermandiri.. yang lemah perlu berusaha untuk survival..

mail lambong said...

salam,

harapan nampak slow kebelakangan ni