Search This Blog

Followers

Monday, October 25, 2010

Syukur PM ingat mati

Projek tanah kubur menandakan PM kita ingat pada mati

Dato’Seri Anwar Ibrahim ,Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat mendedahkan terdapat satu projek baru BN yang dinamakan Pusara Negara menelan belanja RM 70 juta. ”Ada projek baru namanya Pusara Negara,500 buah lubang kubur disediakan,250 buah lubang kubur untuk pembesar-pembesar VIP muslim dan 250 buah lubang kubur lagi untuk pembesar VIP bukan Muslim.

“Lokasinya di sebelah Tugu Negara.Jumlah peruntukan kos pusara Negara untuk pembesar-pembesar ini adalah RM7O juta.

“Dia(pemimpin Umno)hidup pun dia ambil wang rakyat,dia mati pun dia hendak ambil wang kita lagi,”jelasnya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada ceramah Perdana semperna 20 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam berhampiran Masjid Tengku Faiz Petra,Gua Musang 21 Oktober 2010.

Menurutnya usalah membazirkan wang rakyat kerana urusan kematian ditentukan oleh Allah SWT yang tidak diketahui bila dan di mana.”Maknanya ,satu orang pembesar VIP mati harga kuburnya sahaja dan belum harga yang lain adalah RM140,000.00 seorang.Ini pemimpin berjiwa rakyat.

“Mati tanamlahlah di mana pun dan belum tentu seorang(pembesar Umno-Bn)itu mati di Malaysia.Mungkin matinya di Zimbabwe atau mungkin mati di Mongolia.

“Saya pun tidak tahu di mana hendak mati tapi ada seorang berdoa mati di Makkah.Jika macam ini biarlah mati di luar sebab ‘mahal mati di Malaysia ini,”ujarnya dengan berseloroh.

Anwar menjelaskan kos membangunkan masjid dan surau-surau di seluruh Negara di bawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri hanya sebanyak RM14.3 juata sahaja.

Sumber:Harakah 17-20 Zulkaedah 1431

Sepatutnya peruntukan mega untuk tanah kubur itu lebih baik buat memperkasakan lagi ilmu dakwah untuk pemimpin-pemimpin umno supaya negara kita menjadi negara islam sebenar sebagaimana dicanangkan oleh ulama Pas.Amal ibadat yang kita nak bawa bukan kemegahan tanah kubur.

5 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam tuan Nurimo...

Apabila berbincang mengenai kematian.. ingin saya berkongsi dan mengingatkan diri saya yg sentiasa alpa ini..

"Apabila mati anak adam,terputuslah amalannya kecuali 3 perkara:Sedekah atau amal jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan keatasnya."

Na'im Nikmat said...

Bersabda Nabi Muhammad S.A.W: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".
HR Jabir r.a

Renung-renungkanlah nasib kita diakhirat jika kita mati dalam keadaan kita menzalimi diri kita dan orang lain seperti yang dilakukan kebanyakan pemimpin2 UMNO.....................

Anonymous said...

pelik umno ni,comel kubur bukan amal ibadat

mail lambong said...

salah satu pembaziran yang nyata..

apa nak jadi dengan pemimpin kita nie..

ikut laaa islam sikit..takkan soal kematian pun nak ikut kafir..

kalau orang kafir tak hairan lah habiskan banyak duit untuk perkuburan..ini islam..masyaallah..

tak nak mengundi said...

Naim,serupa umno pas sama ada kawan kafir mumno dgn mca,pas dap...samakan.

Pati mana2 semua nak cari duit je,ana malas daftar mengundi,parti politik 2x5 je,masa nak mengundi kenal rakyat