Search This Blog

Followers

Wednesday, December 30, 2009

Balak jadi bala

Tinggal beberapa jam lagi tirai 2009 akan berlabuh,meninggalkan perbagai suka duka perbagai isu di tanah airku.Saya mengharapkan hari terakhir tahun ini tiada berita-berita panas lagi.Tapi belum pun reda 2 enjin jet hilang dianggarkan kerugian hampir RM100 juta yang turut dipolitikan serta menjadi pemanas kepada kepimpinan BN.Ada yang menjadi tukang sorak dan tukang tepuk tangan sambil menuding jari kepada kerajaan.

Tapi hari-hari terakhir hujung tahun ini nampaknya tidak berpihak kepada kerajaan Tok guru kerana kerajaan Kelantan kena bayar RM800 juta bukannya 800 riya kepada tauke balak.Ceritanya bukan dengar kedai kopi atau dari muluk ke mulut.

Makamah Tinggi di Kota Bharu kelmarin memerintah kerajaan Kelantan membayar pampasan lebih RM800 juta kepada sebuah syarikat Timbermine Sdn Bhd., akibat melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak.

Sekiranya nak tahu lebih lanjut klik kena lagi

(Sumber: BH 31 Dis 2009)


(Kemaskini)
Apa kata Kerajaan Pas Kelantan
Rakyat jangan bimbang,"kerajaan Kelantan akan buat rayuan" .

Puncanya bermula 25 Julai 1964 kerajaan Kelantan bawah Pas masa itu lulus kawasan balak seluas 204,095 hektar sebagai satu cara nak membangukan kawasan Hulu Kelantan untuk tempoh 33 tahun.

Pada 1975 masa BN perintah Kelantan sekejab telah membatalkan perjanjian tersebut dan mengurangkan kepada 112,000 hektar selepas rundingan pada tahun itu.

Ole itu Datuk Husam Musa,Pengerusi Jawatan Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan atau lebih dikenali orang kuat Pas Kelantan berkata
Kes yang diputuskan tersebut adalah warisan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membatalkan perjanjian pada tahun 1975.
( Sumber :Sinar 1 Jan 2010)

Tok guru Nik Aziz selaku MB menyatakan "Benda ini orang lain yang buat,sampah orang yang buang,kita kena sapu.Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai"
(Sumber:UM 2 Jan 2010)

Kerajaan Pas jangan tuding jari pada BN

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata
Pas jangan hendak berselindung di sebalik lalang sehelai dengan tidak mengambil tanggungjawab ini apabila tewas di mahkamah.

Segala keputusan yang dibuat termasuk penamatan kontrak pada 1975 dilakukan oleh kerajaan Pas yang ketika itu berada di bawah komponen BN.

"Kita pun mewarisi daripada dia juga dulu... apa yang BN buat adalah membetulkan keputusan yang salah pada 1964 yang memberikan kontrak kepada syarikat pembalakan ini.

"Lagi pun Menteri Besar Kelantan pada 1975 ialah Datuk Mohd. Nasir, kerajaan BN Kelantan yang diterajui oleh Pas, dia tak fahamkah kerana pada ketika itu kerajaan campuran terbentuk di Kelantan dengan Pas 22 kerusi, UMNO (13) dan MCA satu kerusi. Macam kerajaan BN di Pulau Pinang dulu diterajui oleh Gerakan" .

(Sumber: UM 2 Jan 2010)

Cerita rakyat

Saya teringat pula kata-kata seorang pak cik sambil berselorok ketika duduk rehat atas wakaf selepas bagi minum air lembu ,"Kalu DS Najib bagi duit insan boleh wat bayar pampasan ke tauke balak tu".

emmm.....
ramai rakyat Kelantan yang duduk KL mengeluh sambil garu kepala bila berita ini mula tersebar.Andainya sekira dapat duit royalti minyak,tapi kalau buat bayar saman balak ,hasrat untuk pembangunan untuk rakyat takkan jadi.

Nampaknya isu ni dah nak jadi gilir kata , aku kata ke Pas , mu kata ke BN.
Apa sekalipun rakyat mahu kerajaan selesai molek,bukan 800 riya bang,RM800 juta,boleh bankrap.

Friday, December 18, 2009

Enjin Jet pun jual


Pagi ini saya agak terkejut di dada akbar,bagaikan percaya dengan tidak ,enjin jet askar kita dipercayai dijual di pasaran gelap.Biasanya yang saya selalu dengar enjin motor,kereta rakyat yang selalu hilang.Hari ini lain pula ceritanya.

Enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM yang siap turbo di mana harganya tidak mahal mana kira-kira berharga RM50 juta telah hilang dari tempat baiki di Gudang Materia Udara(Matra I),Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Kalau macam ni harap pagar ,pagar makan padi.Tapi kalau jual betul dengan harga RM50 juta,memang jadi jutawan segera untuk beberapa orang yang terlibat.Harap makan gaji sampai pencen pun tak boleh kumpul duit banyak tu.Nampaknya halal haram,amanah tanggungjawab sudah tidak dipandang lagi.Bila berdepan dengan duit mata jadi kelabu.

Melayan lagi nampaknya duit rakyat.

Kalau kita masuk kem askar ,memang susah nak masuk,banyak soal.Tapi persoalannya macam mana besar-besar enjin jet tu, melepasi kawalan keselamatan ketat pangkalan dengan mudah. Nampaknya pagar TUDM tidak cukup kuat ,sampai orang boleh pikul enjin jet bawa keluar pun tak nampak.

Jet perjuang merupakan kekuatan dan kemegahan negara.Rakyat mengharapkan harta awan dijaga dengan baik,bukannya jual enjin.

Perkara tak molek akhirnya terbongkar juga.

Enjin macam ni yang kena jualnya
####################################################################

BH 18 Dis 09
Polis tahan empat orang, termasuk pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.

Klik berita sepenuhnya

Kemaskini pada 22 Dis 09

Hari ini 22 Dis 09,terkejut sekali lagi , apa dah jadi ni Bukan satu tapi dua enjin,maknanya RM100 juta nilainya,kerana setiap satu berharga RM50 juta.Enjin yang kedua hilang dipercayai lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.Penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.
(Ruj.BH 22 Dis 09)

Apa komen rakyat?

Thursday, December 10, 2009

Surat paling popular 2009



Hodoh molek pun,bapa dia , suami dia

Isu surat anak Tok guru masih panas lagi,ekoran pendedahan blogger Kickdeffela orang dalam parti BULAN sendiri.Hari ini 11 Dis 09,saya melayari blog kickdeffela ,alangkah terkejut komen surat Nik Amalina sejumlah 371 komen mungkin bertambah lagi esok lusa.Dari komen -komen dianggarkan 5% menyokong Amalina manakala 5% berkecuali(menasihat kedua-dua pihak) dan 90% membantah atau mencela penulisan beliau.

Kita perlu ingat Tok guru adalah bapa dia,Ariffahmi suami dia.Hodoh molek tetap kena bela,takkan nak tengok saja,bapa dia ,suami dia kena pukul.Kalau kita berada tempat dia pon macam tu lah juga.

Surat Amalina adalah luahan hati seorang anak dan isteri yang patut kita hormati.
***************************************************************************************

Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 11 2009

Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah dan juga blog Kickdeffela. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan.

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO



Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.


Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.
Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.
Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.



Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…
************************************************************************************
Sila klik Apa komen Tok guru

Wednesday, November 25, 2009

Musim tengkujuh laut bergelora

Blogger rimba

Di negeri Cik Mek Molek banjir semakin pulih,sudah menjadi kebiasaan di pantai timur bila musim tengkujuh laut bergelora . Tahun ini gelora bukan di lautan saja tapi ikut bergelora hingga ke pejabat MB.Nasib baik ada talian hayat dari Pas pusat yang dapat meredakan sikit hati rakyat.

Gelora dalam politik Kelantan kali ini angkara penulis blog orang dalam yang mahu ketelusan dalam pentadbiran negeri yang diterajui oleh parti Bulan.Dulu kita pernah dengar tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia.Tapi kali ini tangan yang memetik laptop telah mengoncang politik Kelantan .

Tangan itu tak lain tak bukan dari bloger terkenal orang dalam pentadbiran parti Bulan sendiri.Dengar kata mek-mek Kelantan blogers kickdefella adalah budak Husam Musa .
Kalau ada masa sudi-sudilah klik blogger Kickdefella (kickdefella.wordpress.com) , di situ rakyat akan tahu apa disebalik parti Bulan.

Ekoran pendedahan bloger kickdefella telah berlaku korban sebelum raya di mana tok guru menasihatkan menantunya letak jawatan CEO PMBK,tok guru pula lebih awal membatal hasrat ke tanah suci .Ini semua demi menjaga nama baik kepemimpinan islam dan mengelak fitnah walaupun terpaksa guna talian hayat dari pas pusat.

Hari ini saya terkejut pula didada depan Berita Harian 26 Nov.2009,HUSAM TAK MAHU JADI MB,maknanya ada ura-ura lah tu tok guru nak letak jawatan .Kata orang tiada angin manakan pokok bergoyang.

Kalau kita bersembang di warung-warung kat bandar KB,banyak orang bercakap calon yang ada tokoh menganti tok guru adalah Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri), Ahmad Yacob(TMB) dan Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri).

Ketiga tokoh tersebut semuanya alim,jadi pastilah rakyat Kelantan mahukan tok guru pilih yang teralim dari yang alim.Tapi jangan pula melantik Nik Abduh anak tok guru sendiri,walaupun dia berwibawa dan punyai ketokohan,nanti pisang berbuah dua kali atau jatuh lubang yang sama.

Mulut tempayan boleh ditutup mulut rakyat susah nak tutup

Kita berbalik kembali kepada bloggers penyokong pas Kickdefella,ada yang kata penulis tu dah kena beli ke Umno untuk porak perandakan politik Kelantan.Saya percaya tak mungkin Umno berbuat bagitu kerana prinsip umno biar rakyat mentaksir sendiri mana yang baik mana yang tak molek.

Ada juga yang beranggapan biasa dalam politik pacung-memancung hendakkan kuasa,oleh itu bloggers digunakan untuk jatuh menjatuh sama puak-puak pas dia sendiri.Harap pemimpin lama nak berhenti bila,mesti kena main politik kotor sikit.

Tapi ada pula mengatakan niat ikhlas blogers tu untuk membetulkan pentabiran negeri,sebab dia tahu disebalik baju dalam seluar dalam pemimpin pas yang ada kudis/kurat yang perlu disembuhkan sebelum pru13.

Rakyat juga tidak boleh menolak mungkin juga kerana pemimpin pas bagi makan tak cukup.

Dalam diam-diam ada rakyat yang berbisik dan tarik tangan kawan-kawan,kalau gelora tak berhenti macam mana kita nak turun ke laut.Mestilah kena cari kapal yang kukuh dan besar.Sudah pastilah kapal BN menjadi pilihan.

Wassalam

Apa pendapat anda pula?

Sunday, November 15, 2009

Bila pegang dua kopiah



Isu melantik menantu pun orang pertikaikan,apatah lagi nak pergi haji.Inilah susahnya bila Tok Guru memakai dua kopiah.Satu sebagai Tok Guru dan satu lagi sebagai menteri.

Menantu

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Hadiah

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan menganggukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.
“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.


Apa kata anak buah Tok guru


Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayup berkata,"apa yang berlaku pada Nik Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru,saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok guru ini,beliau manpu mengedalikan semua ini dengan baik."

Isu berhubung tajaan haji ini menjadi mainan media,sehinggakan beliau(Tok guru)membuat keputusan membatalkan hastratnya.


Kita lihat kata pemimpin lain pula

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno,

Menurut sejarah Islam di zaman Khalifah Amirulmukminin telah menjelaskan pengambilan hadiah perlu diketahui terlebih dahulu daripada mana dan untuk apa hadiah itu diberi.
"Pemerintah Omar Al-Khatab menolak pengambilan hadiah sekiranya ramai lagi rakyat jelata lebih memerlukan,demikian juaga Nik Abdul Aziz dengan nilai RM65,000 boleh menampung enam orang yang lain memunaikan haji.
Turut ditaja ialah CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) menatu Tok Guru juga.Ramai lagi tokoh agama lain di Kelantan yang tidak berkemapuan,tetapi kenapa taja Menteri Besar yang ada kuasa eksukutif dan menerima gaji besar.


Ahli Pahlimen Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali,calon bebas menang pilihanraya umum 2008 atas tiket Pas berkata,Kalau benar individu itu iklas untuk menaja haji mencari barakah,seharusnya beliau menaja golongan yang tidak berkemampuan,spt orang miskin,orang kurang upaya,ibu tunggal.Saya percaya pahalanya lebih besar lagi jika tolong orang golongan ini keraa mereka tergolong dalam kumpulan pemberi zakat.


Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,Nik Aziz tidak perlu menggunakan sebarang wang tajaan daripada individu untuk menunaikan haji kerana dibimbangi ia bakal menjadi ikutan pegawai bawahan selain terdedah perbagai spekulasi.Sebagai seorang menteri besar ,beliau mestilah mengamalkan ketelusan dalam semua hal pengurusan ini termasuk perkara wang perbelajaan untuk ibadat.


Apakata setengah rakyat masa sembang-sembang petang


Pandanglah secara positif,Tok guru nak pergi buat ibadat tu,bukan gi karoke.Pejam sebelah mata je.Tak pergi orang kata ,pergi pun orang kata.

Sila klik mstar ,Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Lain padang lain berlalang,lain rakyat lain pandangan,sila komen ya.
.....................................................................................................................................................
Kemaskini 24 Nov 2009
Rujukan BH
Akhirnya Tok guru tak jadi ke Mekah tahun ini manakala menantunya CEO PMBK meletak jawatan demi menjaga nama baik kepemimpinan Islam dan mengelak fitnah.

Sepatah kata dari menantunya Abdul Ariffahmin,walaupun sedia meletak jawatan,namum beliau yakin tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa fitnah menerusi laman blog.

"Dulu masa saya lantik Abdul Ariffamin,penasihat undang-undang pun ada tetapi beliau tidak komen apa-apa.Semua yang berada dalam mesyuarat itu senyak,maka saya lantik"
Nik Aziz Nik Mat-MB Kelantan

"Saya sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan terutama apabila gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri,kerana saya sentiasa patuh kepadanya"
Abdul Ariffami Abdul Rahman-CEO PMBK

Friday, November 6, 2009

Takut Termakan Budi Tergadai Parti




Kalau kita masuk kadang kambing kena mengembek,

Kalau kita ke negeri yang terkenal dengan Nasi Kerabu,

Kena kecek Kelantan,

Baru boleh masuk daun .


Tiba-tiba kejut bunyi Kerajaan Pusat nak wei pitis atau orang panggil wang ihsan mulai tahun depan. PM kita royak pitis hak nak buie tu hasil pengeluaran minyak di luar persisir pantai negeri Kelantan.

Pitis ihsan tu akan dibuie dalam bentuk projek pembanggunan serta pembasmian orang susah selepas berunding dengan kerajaan Serambi Mekah.Ingat dia akan buie sikit-sikit dulu,maklumlah baru wat tubik minyak kan.Macam orang nerga lah,nerga hari hari ni takkan untung selalu.

Tujuannya molek untuk meningkatkan kesejahteraaan hidup penduduk selarah dengan arus pembangunan negara.

Maknanya,PM tak mahu tengok negeri lain maju,negeri Kelantan mundur,sedangkan sama ada ahli umno juga.

Takkan nak marah empat lima ekor nyamuk bakar semua kelambu.Nilah orang panggil kerajaan Islam takda pilih kasih,dia akan buat serupa 1Malaysia.Dia kan buie pitis secara telus.

Dengar kata ,PM royak dari segi perundangan Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti jika sumber minyak dihasilkan dari pengairan negeri.Lok ni takda lagi pengeluaran minyak dalam kawasan pengairan Kelatan dan Trengganu.Tapi untuk adil dan saksama akan buie semua negeri,supaya lapisan rakyat takda yang terpinggir.


Salam dulu


Tok Guru Nik Aziz,selaku menteri besar Kelantan kita bersyukur dalam terkilan sebab had dia minta pembayaran royalti minyak masih tak leh lagi.

Namun bagitu Tok Guru kita akan menunaikan nazar berpuasa tiga hari kerna peruntukkan pitis Ihsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang insan,yang kita mahukan wang royalti."


Hairannya orang nak wei pitis anak buah Tok Guru pertikal pula,


,"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah,tapi mahu hak mereka,iaitu royalti minyak. -Salahudin dan Khalid Samad.

Apa kata Husam Musa"kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ihsan itu kerana tak ikut perjanjian yang di tandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.


Apa kata budak-budak kelantan kat Kuala Lumpur

Terima saja,Tok Guru ,puak kita lama dok merantai sambil maju negeri orang,rasa nak kelik lah juga untuk memberi jasa kepada negeri kita pula.Lagi pun kita dah berumur,boleh lebih kurang lah!!!.

Abg Husam,usak ikut darah panas,terima saja dulu,kawan nak rasa juga hujan emas di negeri kita,dah kerajaan Umno nak buie gah.

Rakyat Kelantan berdoa siang malam,agar dilimpah rezeki,tapi orang nak wei pitis ,Tok wakil tolak pula..emmmm .

Harap nak tutut RM1 bilion pitis royalti minyak sejak 2004 tu,tak tahu bila nak dapat,entah-entah naik makamah bicara kalah.

Usah bimbang "Takut Termakan budi tergadai parti".

.......................................................................................................................................................................

Rabu Disember 9, 2009

Bawa Saja Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah
-Sila klik Mohamed Nazri

Sunday, November 1, 2009

Kereta Baru Kereta Lama

Kereta baru untuk rakyat

Apa jadi dengan kereta lama

Mulai 1 januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbarui cukai jalan.Ini antara 18 langkap baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automatif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automatif tEmpatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat,mesra alam dan berteknologi tinggi untuk rakyat.

Kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustafa Mohamed,"keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkak awal ke arah perlaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat kenderaan (ELV).



Kereta lama rakyat masih boleh guna

Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya negara kita.Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia yang tinggi jika dibanding dengan negara lain.Tapi buat masa ini kerajaan membuat keputusan bahwa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajip melakukan pemeriksaan bagi memastikan selamat dan boleh diguna.

Apa kata rakyat yang guna kereta lama


Rakyat masih lagi ramai yang tak mampu nak pakai kereta baru,itu pun nasib baik boleh beli kereta lama.Lagi pun pendapatan rakyat ada lagi $750 sebulan dan ramai bawah $2000.Kata orang ukur baju dibadang sendiri.Lagi pun pakai kereta lama tak payah fikir hutang.Tidur malam pun lena,tak rusing bank nak tarik.Lagi pun kereta baru kena bayar bulan-bulan, tak bayar 3 bulan bank akan hantar penarik kereta yang ganas-ganas nak balik kereta dia punya.


Macam kerajaan cadang tu bagus,kereta lama kena hantar Puspakom.Tapi ingat bukan hantar free,sebelum hantar kena baiki.Kereta lama kalau nak baiki macam baru 10,000 ringgit tak cukup dan sudah pasti susah nak lulus.Lagi insurans kereta pun mahal dan cukai jalan lagi kena bayar juga.


Pengguna kereta lama sebenarnya untuk perjalanan dekat saja kalau nak pegi jauh dia orang naik kenderaan awan,tak payah bayar tol.Dari sudut keselamatan pula pemandu kenderaan lama tak pandu laju macam orang tua takkan nak lari kuat nanti sesak nafas.Kalau ikutkan kemalangan maut sekarang yang terlibat adalah kebanyakkan kereta-kereta baru.Manakala yang rosak kelihatan kerap ditunda adalah kereta baru juga.


Seeloknya ikut macam biasa sekarang ni,tak payah Puspakom,kita ada Polis ada JPJ jumpa kereta atas jalan yang tak ikut peraturan contoh seperti lampu tak nyala sebelah,tayar botak....saman je,tak kira kereta baru kereta lama.


Rakyat berharap kerajaan dapat mencari jalan yang lebih sesuai khususnya bagi pemilik kenderaan lama yang kurang berkemampuan

Apa kata pengusaha kereta lama tentang syarat NAP

Kebanyakan pemilik kereta dan pengusaha kenderaan terpakai kecewa dengan peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP) yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.
Peraturan itu, yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan penumpang.

Mereka berpendapat peraturan baru itu, yang berkuatkuasa 1 Januari depan, akan membebankan golongan kurang berkemampuan serta menjejaskan industri jualan kereta
terpakai di negara ini

Apa padangan anda?

..................................................................................................................................................................................................................


Kemaskini 6 Nov,09,

Kerajaan Tarik Balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA


Monday, October 26, 2009

Gerhana Bulan







Sejak akhir-akhir perbagai cerita timbul yang tidak sedap dihalwa telinga tetang politik orang Melayu.Orang Melayu telah berpecah kepada 2 parti terbesar,parti Dacing dan parti Bulan.

Tapi sayang pula Melayu dalam parti Bulan ada pula beberapa puak yang boleh membuat gerhana dalam parti itu sendiri dan berpecah lagi Melayu Islam kalau terus dibiarkan.

Isunya sekarang dalam parti Bulan wujud puak-puak yang mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan UMNO sebagai mewakili orang- orang Melayu,berjasa dalam perjuangan umah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain 1Malaysia.Puak ini lebih liberal dan jauh disudut hati mahukan penyatuan Melayu dan dapat hidup penuh muhibah.Meraka ini sentiasa mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpanduan,mirip kepada kerjasama.Kerana mereka faham parti PAS adalah sebuah parti politk.

Lain pula puak yang satu lagi dalam PAS, yang tak mahu langsung berkerjasama dengan UMNO untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kepentingan politik mereka.Golongan ini apa UMNO bagi dia ambil,sebab dia berangapan apa umno bagi hasil duit rakyat,cukai yang dibayar oleh rakyatSetiap yang memerintah dia kena bagi pada rakyat tanpa pilih parti.Apa sekali pon jasa UMNO , agendanya tetap nak tumbangkan UMNO.Kalau UMNO berubah seribu kali pon dia tak ambil peduli.Kalau orang kata fanatik dia orang marah.

Ada satu lagi puak yang dipanggil "orang atas pagar",walaupun ianya selalu kelihatan dengan puak ketayap hijau mereka ini tidak banyak cakap,mereka bergaul dalam semua kumpulan tidak kira dengan orang UMNO pon.Majlis umno dia tidak ketinggalan malah kelihatan sering duduk semeja di kedai-kedai kopi.Mungkin mereka ini mahu melihat perubahan dalam umno dulu.


Inilah yang rakyat harapkan

Sunday, October 11, 2009

Permata Dalam Debu


Seramai 8,013 penduduk Bagan Pinang ,telah menemui permata besar.Walaupun berdebu pada mulanya ditemui , lalu disapu terus bersinar menerangi seluruh Bagan Pinang.Permata tersebut adalah permata asli BN bukannya kaca.

Seramai 2,578 tidak berminat dengan penemuan permata itu,mereka adalah dari pengikut parti bulan yang lebih suka memilih permata kaca yang mudah retak.

Permata tersebut tak lain tak bukan,Tan Sri Mohd Isa Samad,majoriti diperolehi 5,435 undi,jumlah itu lebih besar majoriti 2,333 yang diperolehi BN pada pilihan raya umum tahun sudah.Kata orang tua-tua,benih yang baik kalau dibuang sekali pun,akan tumbuh menjadi pohon yang rendang untuk rakyat berteduh.

Nampaknya signal kali ini , adalah petanda yang baik untuk untuk BN di PRU 13 nanti.Malah setengah orang kata sebagai pengeras semangat.Pilihan raya kali ini dapat digambarkan rakyat dapat membezakan antara permata asli dengan permata kaca.

Pada mulanya bagaikan tidak percaya Isa Samad dipilih sebagai calon,perbagai provokasi oleh puak parti lawan seperti mengatakan Umno ketandusan calon,ambil orang ada kes rasuah ,Umno tak berlajar dari kesilapan pilihanraya dulu......habislah Umno.Kata-kata bagitu tidak menyendap hawa telinga bila masuk kedai kopi.

Setiap kesilapan boleh betul balik.Teringat hamba masa duduk kampung dulu,seorang lebai yang menpunyai sejarah silam yang tidak berapa comel,tapi sejak akhir-akhir ini menjadi iman surau,mengajar kelas-kelas agama dan juga berdakwah.Tapi masyarakat kampung boleh terima dan melupakan sejarah silamnya yang peting hari depan untuk agama dan bangsa.

Umno takkan hilang di Tanah Melayu sebagai mana kata-kata Hang Tuah"Melayu takkan hilang di dunia."

Tuesday, September 29, 2009

Jamin boleh kontrol budak ni....

BEYONCE
Pakai macam ni ok lah ya,sama dengan artis tempatan

Beyonce boleh beraksi jika patuhi syarat - Rais Yatim

Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan tidak menghalang konsert Beyonce Knowles diadakan di negara ini sekiranya penyanyi pop terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, selagi penyanyi itu memenuhi syarat-syarat itu, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk membenarkan Beyonce beraksi di pentas.

"Bagi kementerian mudah sahaja, sekiranya Beyonce akur dengan semua syarat dan mengawal gelagat dan aksinya di atas pentas, dia boleh membuat persembahannya," katanya Katanya lagi, sekiranya penyanyi itu sengaja melanggar syarat dan peraturan serta enakmen keagamaan, dia tidak akan dibenarkan meneruskan persembahannya.


Tapi kalau dipetengahan persembahan jadi cam ni,siapa nak tanggujawab

Badan pelajar Islam bantah konsert Beyonce

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu agar konsert penyanyi Beyonce yang dijadual 25 Oktober ini dibatalkan.

PKPIM dalam kenyataannya berkata, berdasarkan latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan artis luar itu dikhuatiri melanggar garis panduan pakaian yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

PKPIM berpendapat, penganjuran konsert itu bertentangan dengan budaya dan norma kehidupan masyarakat timur dan tayangan iklan dan klip video artis itu tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.


Biasanya persembahan Beyonce pakaian macam ni di seluruh dunia.

Dengar kata,emak dia pun tak boleh nak kontrol....apatah lagi orang lain

Apa komen anda?

Thursday, September 24, 2009

Nak perjuangkan agama jangan duduk salah tempat

Y.B. DATO` DR HASSAN BIN MOHD ALI
Tok wakil PAS

Abg Hassan Ali namanya cukup glamour mengalahkan seleberiti tanah air.Sejak akhir-akhir ini Hassan sering dikritik oleh pemimpinnya sendiri dan rakan kongsi dari DAP atau lebih jelas lagi iaitu pemimpin kanan PR.

Isunya berkenaan beliau mempertikaikan perjalanan "Selcat" yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

(Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri).

Berapa bulan dulu Hassan dikritik juga kerana nak haram jual arak sehinggakan mendapat tawaran untuk dikenakan tindakkan displin semacam budak sekolah kepada tok lebai kita.Hassan sebenarnya seorang perjuang islam tapi sayangnya beliau disekat-sekat dari meneruskan misinya.

Kalaulah betul Hassan nak perjuangkan islam sebenar beliau harus berada ditempat asalnya dulu iaitu bersama UMNO.Apabila dia berada dalam PR,Hassan tak boleh cakap apa,puak dia orang akan pancung,umpama pucuk bila naik sikit terus dipotong.

Yang hairanya kenapa pemimpin-pemimpin PAS sendiri kurang menyebelahinya.Saya masih ingat lagi kes Mat Sabu yang kena khalwat dalam bilik hotel dulu .Pemimpin PAS semua tolong dia,hinggakan bicara pun menang .Tapi hal Hassan, pemimpin kanan PAS jadi tukang kritik bersama pemimpin puak kafir.Mungkinkah kerana Hassan bekas orang UMNO dulu,segala idea atau pandangan tidak boleh diterima oleh PR.

Nampaknya parti PAS dalam PR seperti melukut di tepi gantang
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari petikan BH,Jumaat 25 Sept.09


Apabila watawan BH bertanyakan Tun Dr Mahathir kemungkinan Umno menerima Hassan jika Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Gombak Setia itu meninggalkan pakatan rakyat, Dr Mahathir berkata:"Tidak,bukan Hassan Ali.Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.
"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran(Phd),selepas itu dia membakang kerajaan.Di negara ini,ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."


Apa kata kita lihat komen mantan Mufti Perlis, Klik Dr Asri Zainul Abidin.









Tuesday, September 15, 2009

Tidak Rugi Tapi Kurang Untung

Dalam menulis adakalanya terkasar bahasa terguris hati,kepada semua pembaca ,Maaf zahir batin

Daripada:-
http://kuberharap.blogspot.com

HADIAH HARI RAYA
Nampaknya orang yang nak balik ke Pantai Timur raya ni tol percuma 18 dan 24 Sept.09.
Tapi kena ingat,Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi,iaitu masa orang tidur.


"Elok- eloknya bagi tol free terus dalam tempoh raya ,tak payah ada syarat masa.
Pengendali lebuh raya takkan rugi eek.....,cuma kurang untung je".


Walau macam mana pun kena syukur juga pada tak boleh langsung.

INGATAN
Kepada pemandu kenderaan hendaklah mematuhi had laju ditetapkan dan pakai tali pinggang keselamatan.Kalau memandu melalui kawasan kampung/ladang kelapa sawit hati-hati banyak kerana lembu melintas.....ingat lembu ni jenis tak sekolah,dia pakai redah je.Andainya terlanggar lembu ,susah nak cari tuan punya kerana semua takkan mengaku dia punya lembu,takut kena ganti kerosakkan kereta orang.Lagipun lembu tiada kad pengenalan.

PETUA HILANG NGANTUK KETIKA MEMANDU

Oleh kerana nak toll free terpaksa tolak larut malam,rasa mengantuk tak boleh lari dah.
Kebanyakkan orang,apabila memandu kereta terutama perjalanan jauh bila bertolak tengah malam akan merasa mengantuk teramat sangat,tambahan pula orang yang jarang-jarang memandu jauh.Hal ini kemungkinan mengundang kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu,otak tidak berfungsi dan sedar,mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Jadi siapa yang nak menolong ketika ini?
Bacalah sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM.."

(maknanya:" [DIA -ALLAH] Tidak mengantuk dan tidak Tidur"

Selain itu , amalan mustajab untuk mengelak berlaku kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda.

Selamat mencuba!! sebarkan kepada rakan-rakan untuk manafaat bersama.