Search This Blog

Followers

Friday, February 19, 2010

Dusta

Orang berdusta akan mengalami banyak emosi negatif,malu,tak seronok,sebar-salah,takut dan bimbang .

Adakalanya si pendusta memang sudah awal-awal lagi bersedia untuk berdusta.Oleh itu dia akan mengalami rasa ragu dan bimbang sama ada dia akan berjaya mendustai mansanya.Perasaan itu menyebabkan mereka akan terlebih-lebih berlatih dan bersedia untuk betul-betul berdusta dengan berkesan sekali.Jadi dia dapat mengucapkan "skrip" dustanya dengan lancar,teratur dan melebih-lebih.

Meskipun kata-kata dapat digunakan untuk menutupi dusta,tetapi banyak pendusta tertipu oleh kata-katanya sendiri kerana mereka cuia atau terleka.Mereka tidak pandai menutup dusta,ataupun mereka gagal melakukannya,tetapi sebaliknya mereka cuai sewaktu meracang pendustaan.Oleh itu berlakulah apa yang dikatakan tersalah cakap.

Tanda-tanda pendustaan pada percakapan termasuk juga yang tidak tepat,berbelit-belit .Satu lagi tanda yang jelas ialah hamburan kata-kata.Si pendusta bercakap banyak kerana dorongan emosi sehingga tidak sedar apa yang terjadi,iaitu mengucapkan banyak tanda-tanda pendustaan.

Cantik tongkat

Ada banyak sebab mengapa pendustaan akan bocor.Antaranya ialah ,mangsa pendustaan mungkin terjumpa bukti perbuatannya,atau orang lain akan belot pada si pendusta.Antara orang yang belok ialah rakan yang dengki,rakan yang sedar ia ditipu,rakan yang simpati atau orang yang diupah.

Kadang-kadang pendusta mengubah-ubah kata-katanya dan lupa mengingati dusta-dustanya terdahulu,menyebabkan rahsianya bocor.Apa yang dikatakan tidak selaras dengan kata-katanya sendiri ataupun tidak selaras dengan fakta-fakta yang ada.Tetapi jika kata-katanya selaras,tidak semestinya dia jujur.Seorang pendusta yang berlatih dengan secukupnya juga akan dapat berkata-kata dengan selaras.

Ada sentengahnya pula berselidung di sebalik terjemahan hadith dan pakaian untuk menyakinkan orang.

Sunday, February 7, 2010

Jangan main tarik tali

Bagaikan percaya dengan tidak musuh tradisi lebih 50 tahun Pas dengan UMNO ingin duduk semeja.Terbaru UMNO telah mendapat pelawaan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu kerjasama dalam hal agama Islam .Tahun lepas Hj Hadi dan Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa pernah memasang niat perpaduan tapi tidak kesampaian kerana terhalang oleh Tok guru Nik Aziz yang lebih berpengaruh menentukan hala tuju Pas.

Harap-harap Pas jangan main tarik tali lagi,dulu cadang perpaduan dengan UMNO,bila puak UMNO setuju dia tak mahu.Kali ini Pas cadang kerjasama pula,jangan sampai saat-saat akhir tarik diri.
Nanti rakyat kata ulama putar alam,cakap berbelit-belit,saya percaya ulama sebenar tidak macam itu.

Saya tetarik dengan kata-kata bekas Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin,"Hairan bagaimana UMNO boleh berkerjasama dengan MCA dan Pas boleh duduk semeja dengan DAP.Itulah masalah orang politik.Mereka takut jika kena duduk semeja boleh menghapuskan identiti mereka.Sedangkan dalam dunia ini ada aliran liberalisme,kominisme dan demokrasi tetapi mereka boleh duduk semeja."

Saya rasa tidak salah DS Najib kata Tok guru Nik Aziz macam cuaca sering berubah-ubah.Malah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan UMNO perlu berhati-hati dalam menimbang pelawaan pihak pembangkang untuk berbicang atau berkejasama bagi mengelakkan terperangkap dengan mainan politik sempit.

Baginilah bila UMNO mula was-was sikap Pas kerana dia belajar dari pengalaman sudah-sudah,kata orang guru terbaik adalah pengalaman,takkanlah nak jatuh lubang yang sama.Jadi untuk merealisasikan hasrat Pas bagi sebuah kedamaian dan kerjasama Malayu Islam,kenalah buat gencatan mulut.Maknanya kedua pemimpin hendaklah bagi tahu rakyat berhenti saling kata mengata dalam tempoh ini.

Saya juga hairan anak orang Pas boleh kahwin dengan anak orang UMNO tapi pemimpin Pas dengan UMNO takkan tak boleh berbesan.Fikir-fikirkan.....

Semuga berjaya kembali penyatuan Melayu Islam di tanah air sendiri.