
Poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa.
Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.Tambahan pula ekonomi rakyat Malaysia dah baik,apa salahnya berpoligami,lagipun wanita sekarang lebih ramai dari lelaki.
Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari
seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.Alankah indahnya hidup ini kalau isteri-isteri dapat hidup bersama dibawah satu bumbung.
Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.
Pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam,kalau wanita memahami.
Apabila Allah dan rasulnya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan.
Ramai lelaki sekarang sorok-sorok dalam poligami ini amalan yang tidak berapa molek.Adalah baiknya poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri amat digalakkan.
Pahit dahulu manis kemudiam,maknanya si suami bagi tahu terlebih dahulu kepada kedua-dua isteri bahwa dia sedang bermadu.Pada mulanya pasti bergaduh tapi bila kedua-dua isteri puas bergaduh pastilah manis akan datang.Tapi si suami kena banyak bersabar.
Manis dahulu pahit kemudiam,maknanya si suami menyembunyikan dari pengetahuan kedua-kedua isteri.Memangnya seronok,tapi kena pandai keletong sikit.Bila rahsia sudah bocor,kedua-dua isteri sudah tahu,maka bergaduhlah sisuami,isteri pertama dan kedua.Pening kepala masa ini.Si suami kena banyak tahan sabar,pasti manis akan datang kembali hanya masa yang menentukan.
Sudah menjadi lumrah ,isteri muda biasanya tahu si suami sudah ada isteri.,tapi kerana cinta,kasih dan sayang, nak buat cam na.Tapi kalau si suami ambil sikap merahsia dari isteri pertama pastilah isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali…kesian dia..Jadual giliran tak boleh buat lagi.Kalau mahu pratikan jadual giliran kena kedua-dua isteri tahu.
Cara kahwin pula ada dua cara,cara pertama dapat keinzinan isteri pertama,tapi susah wanita sekarang nak bagi izin suami kahwin dua.Tapi ada pilihan kedua kahwin kat Siam (biasanya iman negara sana bagi surat nikaf),kemudiam pulang Malaysia daftar balik……bayar lah denda sikit.
Tapi kena ingat,kedua-dua isteri dan si suami mestilah mempunyai fahaman agama yang baik,barulah dapat hidup bahagia.Tidakk hairanlah ramai ustad senang kahwin dua sebabnya dia berjaya momotivasi kedua isteri melalui hukum agama.Contoh kawan saya ,sebelum kahwin bila bawa isteri bersiar-siar dalam kereta selalu putarkan cd agama berkaitan poligami,malah sering bawa isteri dengar ceramah agama.Bila mula kahwin satu lagi,marah sekejab je,lepastu ok.
Saya sunguh sedih,seorang wanita bagi tahu saya,orang lelaki yang kahwin lebih, kebanyakan kaki kelentong,entah ya,,,,,entah tidak.Perlu ingat dalam merebut kasih sayang ada isteri cari ubat guna-guna pada suami,supaya si suami lebih sayangkannya tak kiralah isteri pertama atau kedua.Kesannya si suami akan kebinggunan dan tak boleh buat kerja,setengahnya jadi lurus bendul.
Soal poligami saya tak suruh tapi tak halang,belum cuba belum tahu.
Mungkin atikel saya ini tidak disenangi oleh wanita tapi wanita ada peluang untuk beri pendapat dalam ruangan komen untuk dikongsi dengan pembaca lain.