Search This Blog

Followers

Saturday, June 26, 2010

PAS SAYANG NAK TAMAT LESEN JUDI

Tok guru berjaya menamatkan lesen judi di Kelantan, tapi anak buah tok guru kat negeri lain masih gagal menamat lesen judi di negeri pemerintahan pakatan.Masalah apa eek....

PRU 12, 2008, kita semua menyaksikan perubahan besar parti Pas bersama pakatannya.Sudah pastilah dalam bayangan kita kali ini habislah kedai nombor ekor di negeri yang baru diperintahnya.Berkerut dahi kaki judi kerana bimbang kedai nombor ramalan akan ditutup oleh ulama politik Pas sebagaimana di negeri Kelantan.

Namun masa berlalu pru13 sudah menampakkan bunga-bunga, premis nombor ekor masih berdiri mengah seperti era BN memerintah tanpa ada apa-apa pentanda akan di tutup.

Apa yang kalotnya Pas bila DS Najib pemimpin negara Islam nak lulus lesen judi bola, jadi melompak-lompak puak-puak Pas mengutuk dan juga sesetengah orang BN sendiri tidak bersetuju benda yang tuhan larang.Hanya pemimpin yang atas-atas menyokong, biasalah kena jadi "yes man", hatta periok nasi kena jaga walaupun terpaksa mengorbangkan hukum Islam.

Ramai yang hairan pemimpin Cina DAP pun tidak setuju lesen judi bola, walaupun judi merupakan budaya asal dia orang.Mungkin DAP kerana menghormati pakatannya walaupun terpaksa berhipokrik.Lagi pun tak sokong judi bola namun yang sedia ada di negeri pemerintahan bersama, Pas tidak kacau.

Hari ini ramai yang bersyukur DS Najib telah istihar tak jadi lulus lesen judi bola bagi menambahkan lesen yang sedia ada.Sebelum ini kita tidak dengar berita puak Pas minta sembayam hajat semua masjid supaya tuhan tutup pintu hati kerajaan BN dari lulus judi lagi.Biasanya puak Pas yang paling cepat sekali kalau sembayam hajat ni.Apa yang kita dengar berita nak demostrasi besar-besaran saja.

Pas harus guna pengaruh Ulamak Anuar untuk tutup judi di negeri pemerintahanya .Ulama Anuar harus ambil berat sebagai timbal balas jasa Tok guru ayah Ziz iktirafnya sebagai ulamak walaupun tidak setaraf dengan wali.

Oleh itu Pas perlu menoleh pula ke negeri yang diperintahnya untuk menutup lesen judi nombor ekor.Pas perlu menggunakan pengaruh Ulamak Anuar yang sebelum ini menjadi orang tengah merapatkan jurang antara Pas dengan Dap yang mana musuh tradisi sebelum ini.Apakah Pas rasa sayang nak tamat lesen judi demi menjaga pakatan untuk masa depan politiknya.

Jadi isu judi bola telah sampai diperhujungnya.Apakah pemimpin Pas telepas padang di negeri pemerintahannya penuh dengan premis judi kecuali Kelantan.Jangan gajah depan mata tak nampak kuman tengah laut nampak ,walaupun terpaksa menggunakan teropong.Usah berdolak dalih, Kelantan boleh batal kenapa lain negeri tak boleh batal.

Kenyataan Datuk Ibrahim Ali

Presiden Perkasa dan juga wakil rakyat bebas yang menang atas tiket Pas.

Datuk Ibrahim Ali , menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd atas pertimbangan agama dan kesan politik.

Ibrahim menyifatkan tindakan Najib itu sebagai tepat dan telah mematikan hujah pembangkang terhadap isu itu.

Beliau kemudiannya mencabar PAS agar bersuara untuk menamatkan lesen judi di negeri yang diperintah pembangkang ketika ini.

"Saya cabar PAS bangkit isu lesen judi di negeri pembangkang dan hapuskan segera seperti apa yang dilakukan Najib," katanya.

Sumber:mstar Sabtu Jun 26, 2010

Saturday, June 19, 2010

Masa Anwar terbang




Semasa saya duduk lepak petang di kedai mamak sambil menghirup tea tarik kurang manis.Maklumlah bila tempat ramai macam-macam timbul cerita.Sekarang ni tak sudah kalau tak cerita hal bola, baik dari jaringan gol hinggalah judi bola yang ramai sudah kena tangkap.

Selepas puas cerita bola ada member sebelah pelari tajuk, dia cerita hal Anwar maklumlah masa bicara sedang panas kes terliwat entah betul entah tidak.Kita kena tunggulah keputusan makamah.Ada suara kata tak munasabah Anwar peil macam tu, dia lebai dan ada karisma.BN boleh goyang kerananya malah dialah orangnya yang menyatukan Pas dengan Dap dimana sebelum ini musuh tradisi macam anjing dengan kucing.Bijak orang bernama Anwar ni dan setengah kata seterunya bukan bijak tapi jenis pandai putar alam.

Tiba-tiba terdengar seorang bersuara diikuti ketawa besar pula, bagi saya cerita kalau tidak sahip tak boleh percaya, tak percaya nampak munasabah pula, ceritanya bagini katanya, kalau Anwar naik kapal terbang, dia sentiasa senyum manis serta tergerak-gerak misai dan ramah bertegur sapa.Kalau atas kapal terbang jarang nampak dia baca buku sebaliknya dia suka jeling-jeling pramugari.Pendek kata ekor matanya lirik-lirik selalu, kalau padang kelain cepat-cepat pusing balik, sekejab minta air tu dan air ni,kalau budak-budak orang kata jenis nakal juga.Maklumlah pramugari kita comel-comel dan pakai pun bagaikan tak cukup kain, maklumlah tambang murah.

Hairan sungguh Tok guru pak nik Aziz kita ni, tak tanya khabar dulu ke, nak istihar Anwar ulama besar.Dari segi mana eek... sedangkan kawan sepermainan tenisnya Nalakurapan tauke magnum.

Lain pula dengan matan PM kita malah jauh panggang dari api jika dibadingkan dengan Anwar, kalau Tun Dr Mahathir naik kapal terbang, kita akan lihat beliau akan mengeluarkan buku atau akbar untuk dibaca.Tun sangat minat membaca bagaikan masa tidak cukup baginya.Di tangannya juga kelihatan sebatang pensel untuk mengaris atikel yang perlu diberi perhatian lebih.

Begitulah ceritanya dua pemimpin besar yang mempunyai karektor berbeza .

Tuesday, June 15, 2010

Hati-hati Coli ada dawai

Kisah 1

Kisah benar seorang peguam wanita di Miami iaitu sebelah selatan Florida mengandu tidak dapat berjumpa dengan anak guamnya di penjara disebabkan colinya.

Peguam itu tidak tahu dalam colinya terdapat dawai halus yang telah menyebabkan pengesan logam di Pusat Tahanan Persekutuan Miami berbunyi dan pengawal tidak membenarkannya masuk.

Setelah pemeriksaan dibuat oleh pengawal penjara bunyi berpunca dari coli yang dipakainya.Peguam itu kemudiannya menanggalkan coli dalam bilik air dan cuba minta kebenaran masuk lagi.Tapi kali ini, pengawal masih melarangnya masuk atas alasan wanita itu tidak memakai coli.

Kisah 2
Non-muslim boleh pakai ketayap hijau


Kalau nak buat Bendera Pas hanya perlu buat satu bulatan putih, senang buat bendera Pas budak umur 3 tahun setengah pun padai lukis.Istimewanya bendera Pas nak letak melitang pun boleh, nak menegak pun boleh dan bendera pas takkan terbalik sebab bulat macam mana pun letak tetap bulat.

Jadi kita tidak hairan lambang Bulan akan diguna pakai oleh calon bukan Islam sebagaimana diwar-warkan oleh pemimpin Pas.Kalau macam tu bubar parti DAP dan PKR cuma guna satu lambang "BULAN".Nampak revolusi Pas telah bermula ke arah liberal dari fanatik........lepas satu-satu ikut stail UMNO.

Saya teringat di Indonesia kebanyakan dia orang pakai songkok tidak semestinya berugama Islam atau bangsa Melayu,Cina kat sana pun pakai songkok. Jadi tidak hairan pru 13 nanti kat negara kita mungkin Cina bukan Islam pun pakai ketayap hijau.

Thursday, June 10, 2010

Lesen baru belum muktamad

Ingat nak kurang atau hapuskan lesen judi yang sudah beroperasi di negaraku ,rupa-rupanya nak tambah lagi, biar betul.....

Lesen Judi bola dalam proses

Rakyat telah digemparkan tentang kelulusan lesen baru judi bola yang telah diwar-warkan oleh Dr Awang Adek , menteri BN yang berasal dari negeri Tok guru Nik Aziz.

Jadi ramai juga dari orang-orang BN sendiri pun tidak setuju semetelah lagi dari parti Pas bersama pakatannya, patang bila dengar cerita judi ni.Dari segi logik akal kita fikirkan, orang tetap berjudi tidak kira semua bangsa walaupun khususnya budaya judi untuk orang kafir tapi tetap berlaku dalam gelap.Kerajaan tak dapat apa-apa hasil cukai. Judi bola biasa melibatkan jumlah pertaruhan yang besar dan kerajaan berhasrat nak bagi lesen dan kawasan untuk pemantaun.Itu fikiran orang bijak pandai dalam kerajaan.

Tapi kita kena rujuk pada hadith nabi sebagai sebuah negara Islam serta meletakan peraturan cara hidup Islam didahulukan.Bila puak Pas kata Malaysia negara sekular....semua meleting dan mengatakan negara kita sebuah negara Islam.Kalau bagitu ikutlah cara islam jangan main-main lulus lesen judi.Pemimpin BN jangan cari bala dekat pilihanraya ,takkan tak sedar lagi.

Lihat di Kelantan negeri Pas perintah,judi berlesen telah tutup lama cuma arak ada lesen lagi.Tapi lesen arak untuk oran kafir alasan dia orang.Kalau begitu kerajaan nak lulus lesen judi untuk orang kafir juga ,tak boleh.

Firman Allah Subhanahu Wataala: Apa yang didatangkan oleh Rasulullah kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarang maka hentikanlah. (Al-Hasyr:7)


Namun apa alasan sekalipun, saya tak setuju sebarang judi di beri lesen.


Sudah lulus lesen serta aktif beroperasi

Kumpulan judi ini adalah yang paling popular di kalangan rakyat yang berperdapatan sederhana atau rendah .Walaupun lulus lesen khusus untuk orang kafir tapi orang Melayu kita tidak ketinggalan.Pemain judi ini adalah yang bercita-cita tinggi dan berwawasan pada pendapat mereka.Tapi banyak yang jadi papa kedana yang kaya raya tauke judi.

Laga ikan belum lulus lesen

Judi laga ikan biasanya popular di kawasan kampung-kampung dan semangkin berkurangan.

Laga Ayam belum lulus lesen

Masih popular di kampung-kampung dan pinggiran bandar.Kebanyakan pengemarnya adalah orang Melayu.Biasanya melibatkan pertaruran yang besar tapi tidaklah sampai juta-juta.

Laga lembu belum lulus lesen

Judi jenis ini biasa berlaku dikampung-kampung pendalaman tapi sekarang ini kurang popular.Kebanyakan pertaruhan banyak di selatan Thailand.Tapi kalau lulus lesen hidup balik kat negara kita.

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)




Apa pendapat saudara/i dalam hal ini.Sila komen

Friday, May 28, 2010

Berita kematian YB

Berita kematian

Sebaik sahaja wakil rakyat menghembuskan nafas terakhir,rakan-rakan kenalan mula sms sana sini memaklum kepada sahabat tidak kira dekat atau jauh, manakala berita di blog bagitu cepat tersebar.Lebih kurang 1 jam Tv,radio umumkan,pendek kata dalam masa tak sampai 2 jam berita tersebar segenap pelusuk tanah air.Kawasan yang bakal pilihanraya sekelip mata jadi glamor.

Sebelum jenazah dikebumikan, ramai yang datang menziarah menguncahkan takziah kepada balu dan anak-anak.Tidak kurang juga yang menghulurkan sumbangan iklas.Ramai datang ziarah kematian manakala yang hadir tidak kira parti,malah bersalaman mesra seolah melupakan perbezaan politik. Semuanya nampak air muka sedih kerana mungkin sedar setiap orang akan mati,hanya masa yang menentukan siapa pergi dulu.

Keesokan hari, maknanya rumput belum tumbuh lagi kat kubur telah bunyi di warung-warung , kawasan kita mengundi pula,ada yang cadang beberapa nama yang bagus-bagus sebagai calon penganti.terutamanya yang biasa nampak muka dan lambai tangan serta manis senyum.

Selepas seminggu

Penduduk kawasan terlibat mula bersorak gembira kerana mereka akan bertemu pemimpin politik dari perbagai lapisan, segenap pelusuk tanah air akan datang ke kawasan mereka tidak kira dari parti mana.Semuanya nak salam orang kampung yang sebelum ini tidak pernah nampak muka dia orang melainkan dalam tv.Mereka bukan datang tangan kosong, mereka adalah sokongan kepada parti masing-masing dan memastikan orang dia akan menang.Ada juga yang datang tujuk muka sambil belanja-belanja kenalan dikedai kopi,supaya rakan-rakan politik akan sampaikan antara satu sama lain.Ketua pemuda tu datang semalam,dia tinggal juga belanja kempen sikit, bagitulah bunyinya.

Ada juga orang kampung yang fikiran jalan,dia dah faham sangat stail pilihanraya,setiap calon mahukan kemenangan tidak kira parti mana sekali pun.Mereka menuntut peruntukan sana sini.Tidak cukup dengan itu,ada yang bagitu berani mengugut untuk mengundi parti lain atau berpaling tadah jika tutuntan mereka tidak dipenuhi.Bagi parti yang nak menang sudah tentu peruntukan disalurkan segera kalau tidak jentera tak jalan tanpa habuan.Bendera tak naik pokok kalau duit tak dapat. Nilah korja budak-budak muda, mungkin ajaran orang-orang lama yang berpegalaman.

Geng remaja terutama mat motor pandai cari duit,mereka kerja dengan dua parti, bendera parti kerajaan dan pembangkang dia gatung tepi jalan,maklumlah upah sekarang biasanya setiap orang satu malam RM50 dan makan serta rokok free .Kalau parti mana bagi lebih dia akan tampal poster lebih.

Selepas 2 minggu

Kawasan terbabit mendapat jalan baru atau jalan lama ditar baru.Balai raya dan perbagai kemudahan masyarakat dibaiki dan dicat baru.Selain itu janji besar seperti tapak sekolah baru,kemudahan peralatan sokolah ditambah.Ada pula sedia tapak masjid baru sementara itu baiki yang lama dulu.Perbagai pembanggunan baru dijanjikan, kadang-kadang naik sebu telinga mendengarnya.

Dekat hari penamaan calon

Memang meriah kawasan itu,orang tidak putus malam siang, kereta mewah menyusuri segenap jalan kampung. Ada pemimpin dari luar kawasan yang memberi sokongan kepada calon partinya sangguh pergi menorek getah sekali dan ada yang sangguh turung bedang yang penuh lumpur dan lintah serta pacat.Semuanya semata-mata untuk mendengar denyutan nadi rakyat Tidak kurang juga penduduk setempat yang mendapat keuntungan segera sepeti hotel atau rumah tumpangan serta kedai makan tak menang tangan.

Malah masjid setiap kali masuk waktu penuh jemaah dengan orang luar kawasan maklumlah lebai-lebai politik turun dari segenap pelusuk.Ada yang pakai kopiah hijau dan sokok sebilam masa.


Selepas penamaan calon


Bermula kempen besar-besaran,masing-masing melodehkan wakil rakyat parti lawan.Hairanya dalam seluar dalam bakal wakil rakyat penceramah dapat cerita. Jadi bersorak masing -masing penyokong bila keaiban calon lawan didedah.Kutut mengutut hanya mainan di mikrofon,tiada sejarah lagi penceramah politik tak bantai peribadi calon lawan. Malah agama dan duit dijadikan umpan terbaik untuk menarik pengundi.Bagi yang cepat panas telinga sangguh bergaduh sama-sama kawan yang sebelum ini duduk minum air sekali.

Selepas kemenangan

Majlis keraian sana sini,sembelih lembu segenap kawasan atas kemenangan dan menyambut YB baru.Bagi yang kalah macam-macam tomahan ada yang tuduh politik wang dan macam-macam sebagaimana kita selalu dengar.Selepas 3 bulan kawasan tersebut kian dilupakan.Pembangunannya hanyalah yang nampak sebagaimana yang telah dibuat segera sebelum mengundi.Selepas mengundi yang dijanji semasa kempen tinggal janji, tunggu pilihanraya akan datang atau ada wakil rakyat mati pula.

YB selepas tiga 3 bulan susah nak jumpa, maklumlah sibuk persidangan dewan . Naik kereta cermin gelap tak berapa nampak rakyat kampung.Biasa yang selalu senang jumpa YB adalah kontraktor cari projek.

Harap-harap apa yang dijanjikan masa pilihanraya YB kena tunailah, jika janji kosong saya bimbang rakyat saban hari akan berdoa kepada Tuhan supaya wakil rakyat meninggal dunia atau mati cepat.Logiknya kalau nak pilihanraya apa diminta dapat, kawasan kampung pun nampak berseri seketika.

Tuesday, May 11, 2010

Cegah sebelum parah

Kalau kita biarkan dalam masjid dibolehkan ceramah politik tidak kira dari parti mana akan terjadi perang saudara.Polis tak dak kerja lain asyik terima repot orang gaduh dalam masjid.Rakyat pula kena bawa corta untuk mempetahankan diri sekira teracam.Di masjid rakyat pergi tidak kira parti mana, semuanya ingin mengadap kiblat yang sama.


Penceramah politik tidak kira tempat tidak boleh lari dari mengutuk,mencerca calon parti lawan, tak kira mana-mana pihak, kalau puak Pas mula dulu,pasti puak BN takkan berdiam diri,semuanya ada hujahan.Apakah masjid akan jadi tempat perang lidah atau tempat nyalakan api pergaduhan.Akhirnya orang ramai ,remaja atau pun orang yang mula-mula nak jinak dengan agama, sudah pasti takut hendak pergi masjid.Kalau iman orang pro BN,orang Pas tak pergi,tapi kalau iman pro Pas,orang BN tak pergi.Akhirnya masjid akan menjadi berpuak-puak.Silap-silap haribulan Bangla saja pergi masjid.

Apa akan terjadi sekiranya berlaku dalam masjid atau surau seperti cerita dibawah?.

Ustad Pas:Saudara-saudara perlu ingat orang dalam BARISAN tak boleh buat iman.

Pak cik Nor:Hey ustad belajar kitab mana,orang dalam BARISAN tak boleh jadi iman,apa ustad dah sesat ke?.


Ustad Pas:Pak cik Nor,cakap biar bertapis, fahamlah dulu hamba kata,maksud hamba nak jadi iman kena berada di hadapan bukan dalam BARISAN.


Pak cik Nor:Ustad usah berkias, jenis ustad putar alam ,tak boleh buat iman.

Akhirnya makmum dan ustad bergaduh, esok kedua-duanya tidak ke masjid lagi.Itu baru isu sikit sahaja , belum lagi ayat penceramah politik yang boleh membakar semangat, membuat bulu roma berdiri.Setiap orang ada yang cepat panas telinga,panas barang sudah pasti syaitan yang sentiasa menghasut dan membuat orang akan hilang kesabaran apabila parti ikutannya diperlekeh , tambah-tambah di tempat yang suci.

Oleh itu amatlah tepat sekali Sultan Selangor menitahkan tidak membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik.Sultan Selangor menjelaskan larangan agar masjid tidak digunakan sebagai pentas politik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat itu.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor pada 10 Mei 2010 telah membuat laporan polis di IPD Shah Alam Sekyen 11 terhadap Tok Guru Nik Aziz yang mempetikaikan perintah Sultan.

Manakala repot polis juga di buat terhadap Lim Guan Eng kerana
menganggap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak layak memegang jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Malah kenyataan Guan Eng itu juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pelantikan Musa sebagai Ketua Polis Negara.

Dalam masa yang sama, pihaknya mahu Guan Eng berhenti daripada menggunakan nama Kalifah Umar Abdul Aziz dalam ucapan, penerbitan dan sebarang bentuk komunikasi yang disifatkan mencemarkan nama baik khalifah Islam serta perasaan umat Islam di negara ini.

Berita/sumber lengkap klik atas gambar dibawah

Kelihatan YDP Abdullah Mansor (Perkasa) Selangor(kiri) bersama Pengerusi Perkasa Daerah Petaling Sdr Zainal Abidin Ahmad ( berkaca mata) dan Sdr Bakar iaitu Pengerusi Perkasa Daerah Kelang( kanan sekali) sedang ditemuramah oleh wartawan sebaik sahaja selesai buat repot polis.

Inilah sebahagian pemimpin Perkasa yang hadir sama membuat laporan polis kerana cintakan kedamaian, keamanan, kata orang cegah sebelum parah.

Saturday, April 24, 2010

Tony Blair lari nampak Dato' Ibrahim Ali

DEMOSTRASI BANTAHAN KEHADIRAN PENJENAYAH PERANG TONY BLAIR
24 APRIL 2010 BERMULA JAM 9.30 PAGI DI HADAPAN SUNWAY PIRAMID.

Dato' YB Ibrahim Ali tunggu Blair the TERRORIST depan pintu dewan conference,dia lari menyorok dalam jamban! Notis Saman PERDANA GLOBAL PEACE WAR TRIBUNAL berjaya diserahkan pada wakil PENGGANAS Tony B LIAR! Dia akan dibicarakan diatas jenayah perang walau tanpa kehadiran,sepertimana dia telah dibicarakan dibanyak Tribunal oleh NGO2 serata dunia! Apakah dia ingat boleh lari dari hukuman setelah membunuh JUTAAN umat?
(Rujukan Facebook pengerusi PERKASA Daerah Petaling)

Presiden PERKASA Malaysia Dato' YB Ibrahim Ali sedang membakar semangat beserta dengan Kepimpinan Dewan Tertinggi serta Kepimpinan Perkasa Selangor dan Wilayah.Perhimpunan ini adalah anjuran Yayasan Perdana Malaysia yang membantah keras akan kehadiran seorang Penjenayah perang Iran/Iraq ini.


Pengerusi PERKASA Daerah Petaling Sdr.Zainal Abidin Ahmad(2 dari kiri) bersama rakyat Iraq



Pemudi kita turut berjihad


Kanak-kanak Iraq sedang pukul muka Blair dengan selipar




NGO Cina pun turut serta,semuanya benci Blair penjenayah perang



Terima kasih kepada pihak Polis memantau demostrasi secara aman.Tak dak seorang pun kena tangkap kalau buat macam ni oklah,semuanya berdisplin.