Search This Blog

Followers

Monday, June 29, 2009

Mat Rempit @ Samseng Jalanan

Mat Rempit adalah gelaran bagi budak-budak muda yang menunggang motor secara berpuak-puak dan berlumba² secara haram di jalan lurus atau berliku.Biasanya mereka menggunakan kapcai atau scoter yang Kebanyakan motor yang mak bapak mereka beli,untuk menjaga hati anak supaya dengar kata. Ada juga yang beli sendiri hasil titik peluh semata-mata mencari keseronokan sementara.

Tidak semua Mat Rempit suka berlumba tetapi ada yang suka buat pertujukkan “crazy Stunts” sahaja.
Mat Rempit biasanya keluar dalam kumpulan ke bandar-bandar pada setiap malam minggu.Motosikal mereka kebiasaannya telah diubahsuai seperti bunyi ekzos yang kuat dan kelajuan luar biasa..Spesifikasi motor yang mereka guna jauh sama sekali apa yang ditetapkan oleh JPJ.

Tapi adakah kita tahu akan kehidupan sebenar Mat Rempit ini?Dunia motor,awek cun,awek seksi,bohsia arak dan dadah adalah sebahagian dalam kehidupannya,walaupun tidak semua .
Dianggarkan ada lebih 200,000 Mat Rempit di Malaysia. Kebanyakan adalah anak-anak Melayu.

Musuh utama Mat Rempit adalah Polis. Bagi mereka Lokap adalah umpama rumah kedua mereka apabila ditahan polis. Keisafan mungkin timbul,bila kemalangan berlaku.Kaki tergantung,betis dicucuk besi,tangan disimen ,berbulan-bulan di hospital.
Masa tulah bayangan kubur mula mendatang dan telintaslah pula muka Pak Lebai.

Berhentilah merempit anak muda,Mat…..negara perlukan kamu,bukan mahu cacatkan atau matikan kamu diatas jalan.Banyak duit mak bapak habis membesar kamu semata-mata nak suruh jadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Aku pun tidak tahu apa yang dicari oleh Mat Rempit sebenarnya?

2 comments:

Anonymous said...

Anak sapa tu,atas motor mat rempit eek..,kalau jatuh motor,patah tulang belakang boyfriend pun lari.Cinta semasa segar je dik ingat.....

Bagi mek-mek jangan naik motor dengan mat rempit nanti habis dirabanya,bukan boleh caya barang stim 24 jam....

Bulan lepas,saya marah betul ke mat rempit,dah lah langgar buntuk kereta saya,bukan nak baiki,dimarahnya saya katanya"Bawa kereta tu jangan pakai cermin mata hitam,tak nampak ke dik",hairan sungguh dia langgar saya,dia kata saya tak nampak,lalu dibai-baikan sambil memecut dengan laju,mungkin dalam stim ko.

Nak repot polis calar sikit je,bukan boleh claim insuran,tak berbaloi,.Kena saya cari kedai spray juga.,sendiri tanggung.

Sapa-sapa ada cerita kisah menarik mat rempit bolehlah kongsi kat sini....

Puteri UMNO Bahagian Segambut said...

Salam ziarah kembali dari kami Puteri Segambut. Sudi2lah lawat blog kami selalu.