Search This Blog

Loading...

Followers

Tuesday, September 15, 2009

Tidak Rugi Tapi Kurang Untung

Dalam menulis adakalanya terkasar bahasa terguris hati,kepada semua pembaca ,Maaf zahir batin

Daripada:-
http://kuberharap.blogspot.com

HADIAH HARI RAYA
Nampaknya orang yang nak balik ke Pantai Timur raya ni tol percuma 18 dan 24 Sept.09.
Tapi kena ingat,Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi,iaitu masa orang tidur.


"Elok- eloknya bagi tol free terus dalam tempoh raya ,tak payah ada syarat masa.
Pengendali lebuh raya takkan rugi eek.....,cuma kurang untung je".


Walau macam mana pun kena syukur juga pada tak boleh langsung.

INGATAN
Kepada pemandu kenderaan hendaklah mematuhi had laju ditetapkan dan pakai tali pinggang keselamatan.Kalau memandu melalui kawasan kampung/ladang kelapa sawit hati-hati banyak kerana lembu melintas.....ingat lembu ni jenis tak sekolah,dia pakai redah je.Andainya terlanggar lembu ,susah nak cari tuan punya kerana semua takkan mengaku dia punya lembu,takut kena ganti kerosakkan kereta orang.Lagipun lembu tiada kad pengenalan.

PETUA HILANG NGANTUK KETIKA MEMANDU

Oleh kerana nak toll free terpaksa tolak larut malam,rasa mengantuk tak boleh lari dah.
Kebanyakkan orang,apabila memandu kereta terutama perjalanan jauh bila bertolak tengah malam akan merasa mengantuk teramat sangat,tambahan pula orang yang jarang-jarang memandu jauh.Hal ini kemungkinan mengundang kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu,otak tidak berfungsi dan sedar,mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Jadi siapa yang nak menolong ketika ini?
Bacalah sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM.."

(maknanya:" [DIA -ALLAH] Tidak mengantuk dan tidak Tidur"

Selain itu , amalan mustajab untuk mengelak berlaku kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda.

Selamat mencuba!! sebarkan kepada rakan-rakan untuk manafaat bersama.

11 comments:

ZARA 札拉 said...

selamat hari raya juga!!!


^__^

Fadhlah said...

bagi free ker...tak freee ker..sama ajer...tetap jam jugak klu nak balik kg tuuuu

hassan said...

tak mahu jam senang je,kerajaan dan swastar bagi cuti awal 4 hari nak raya.

Kadang2 rasa nak balik kaMpung malas ingat jam jalan.
Tapi ingat sekali setahun je tak kisahlah.Balik nak ziarah pun tak boleh juga jam kampung pula.

Tapi sungguh ramai rakyat tok guru Nik Aziz duduk luar ya.Kalau raya pakat balik semua beRderet macam semut sepajang jalan menuju ke Kelantan.

Memang sungguh pembangunan tak da Pas perintah...buktinya ramai rakyat Kelantan dok luar.Nasib baik kat Selangor tu ambil negeri hak BN maju dah.Tu pun PAS tumpang kuah PKR dan DAP.

Suria said...

selamat hari raya nurimo dan rakan2

Memang betul awak bersuara,patutnya DS Najib PM 1Malaysia jangan letak had masa tengah malam baru percuma.

Puak kutip tol lebuh raya untung berganda dah.Takkan tutup kedai kalau bagi free terus dalam tempoh raya.

Niaga jangan dok ambil untung kuat sangat gah,jangan jadi firaum.

Bila PM 1Malaysia kita nak guna kuasa sepenuhnya untuk rakyat.
Kan cakap rakyat didahulukan pencapain diutamakan.

Orang UMNO yang berada dalam kelas pemimpin perlu bersuara,kalau ada benda tak betul,jangan jadi "yes man".

Amirul said...

Selamat beraya nurimo dan juga suria,

Sepatutnya tol percuma tanpa hak masa saya sokong walaupun saya penyokong umno,yang tak bagus saya cakap tak bagus.Kita perlu bersuara kalau tak puas hati.

Kalau buat senyak mana PM 1Malaysia tahu.

Jangan jadi macam parti PAS,pemimpin dia tak boleh koplem,lihat dulu YB Nas cakap nak baik dengan UMNO,tok guru dan kroninya satu Malaya marah.

Kenapa pengikut pas seolah-olah disekat untuk bersuara sekiranya pemimpin mengeluar kenyataan tidak berapa betul.

Tok guru mencarut pun semua pengikut "Yes tok guru".Sepatutnya bagi wakil2 rakyat pas yang lain bagi nasihat.

KUNYiiL said...

salam i'd fitri
ziarah sebelum raya
maaf zahir & batin

.::EYMMA::. said...

SELAMAT HARI RAYA NURIMO AND TOO ALL BLOGGER FREND...

p/s : biarpun time raya nie ada yang free..korang kena hati² juga lor kat jalan raya toh.... because nyawa to bukan free tau... ^@^

Pilland said...

Your report is very interesting indeed.
I invite You to see a great collection of views of borders (riigipiirid) in my Italian-Estonian site http://www.pillandia.blogspot.com

Putra Al-Maliki said...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin... =)

vacation said...

ayat ni boleh di cuba

Nurimo said...

Jumaat November 20, 2009
PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas asetaset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.

Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas.

"Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.

"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya.

Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya.

Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009. BERNAMA