Search This Blog

Loading...

Followers

Tuesday, September 29, 2009

Jamin boleh kontrol budak ni....

BEYONCE
Pakai macam ni ok lah ya,sama dengan artis tempatan

Beyonce boleh beraksi jika patuhi syarat - Rais Yatim

Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan tidak menghalang konsert Beyonce Knowles diadakan di negara ini sekiranya penyanyi pop terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, selagi penyanyi itu memenuhi syarat-syarat itu, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk membenarkan Beyonce beraksi di pentas.

"Bagi kementerian mudah sahaja, sekiranya Beyonce akur dengan semua syarat dan mengawal gelagat dan aksinya di atas pentas, dia boleh membuat persembahannya," katanya Katanya lagi, sekiranya penyanyi itu sengaja melanggar syarat dan peraturan serta enakmen keagamaan, dia tidak akan dibenarkan meneruskan persembahannya.


Tapi kalau dipetengahan persembahan jadi cam ni,siapa nak tanggujawab

Badan pelajar Islam bantah konsert Beyonce

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu agar konsert penyanyi Beyonce yang dijadual 25 Oktober ini dibatalkan.

PKPIM dalam kenyataannya berkata, berdasarkan latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan artis luar itu dikhuatiri melanggar garis panduan pakaian yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

PKPIM berpendapat, penganjuran konsert itu bertentangan dengan budaya dan norma kehidupan masyarakat timur dan tayangan iklan dan klip video artis itu tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.


Biasanya persembahan Beyonce pakaian macam ni di seluruh dunia.

Dengar kata,emak dia pun tak boleh nak kontrol....apatah lagi orang lain

Apa komen anda?

65 comments:

Uruchimaru @ kf said...

emm aku mmg xpna sekli pun pi konsert !!!!

faizal said...

harap boleh sensored gambar-gambar tu..jangan ambil ringan benda nie..

perbuatan nurimo seolah-olah bersubahat dalam soal aurat..

"harap kita menjaga sesama muslim"

Nurimo said...

Faizal yang dihormati,

Maaf ya silap masuk gambar tadi,tapi saya dah dellete yang sexi sekali.Tujuan asalnya supaya masyarakat tahu macam mana stai Beyonce.

Setujukah kalau dia dijemput membuat persembahan di sebuah negara islam.

Amirul said...

nurimo,kenapa buang gambar Beyonce telajang tu,yang awak masuk mula2 tu.

Adalah baik nya masuk balik supaya kerajaan yang terlibat luluskan lesen tu sedar ,benda dah tahu maksiat buat masuk juga Malaysia.

Tapi yang hairangnya buat dalam negeri YB Hassan Ali.Leabai PAS tak bersuara ke... atau tupang subahat.

faizal said...

Amirul..
mereka dah bantah pun..tapi rais yatim dah setuju nak buat macam mana..

sekurang-kurangnya kita dah terlepas dari disoal diakhirat nanti..

selebihnya biarlah orang yang membenarkannya menanggung..termasuk juga orang yang mengangkat(mengundi) pemimpin tersebut..


PETALING JAYA: Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini.

"Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan?

"Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.

Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey.

Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan.

Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta.

Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications.

Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl.

Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan.

"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.

"Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya.

p/s..jagalah keturunan kita..jangan biarkan keturunan kita dirosakkan dengan budaya kotor barat

faizal said...

nurimo..

benarkah malaysia negara islam..

harap nurimo boleh keluarkan artikel mengenai negara islam(yang sebenar bukan plastik)

mana tahu saya ketinggalan dalam soal pembentukkan negara islam mengikut syarak..kot-kot saya boleh menambah pengetahuan tentang negara islam yang tidak pernah saya belajar seperti yang didakwa oleh nurimo iaitu malaysia negara islam..

Amirul said...

faizal,

Awak hidup di Malaysia berapa tahun dah,tak sedar2 lagi duduk dalam negara islam.

Terlena dibuAi mimpi PAS.DS Najib istiharkan dan diakui oleh negara islam lain.....tak baca surat khabr ke.

Faizal bagi tahu:-
"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.

Cara cam ni ke pas nak halang maksiat...lembutnya.Kalau cam ni tak payah jadi pembakang lah.Cakap je berdegar-degar puak pas.Beyonce nak buat kongset tu, bukankah dalam negeri pas perintah.Takut pada DAP nak halang maksiat tu.

zai said...

Salam Faizal..

Akak qhoyak betol2..ambo tak sir..tak rela artis yg tak bermaruah dan kafir plak tu merosakkan minda umat islam kat malaysia yg telah sedia rosak dek terlalu banyak hiburan yg melekakan camni..kak zai sendiri pun tak pernah attend mana2 konsert atau sebarang bentuk rancangan yg berbentuk hiburan..rasa2nya tak membawa sebarang faedah pun..tempat2 mcm ni malaikat tak hampir langsung...

aini said...

salam akak zai,bagi saya tak kisah asal Beyonce boleh mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kalau pakai macam gambar atas sekali(baju gaun)yang nurimo poskan oklah tak da masalah.

Lagipun artis kita pun apa kurang kalau soal dedah mendedah dan gelek mengelek ni.

Kerajaan dah buat peraturan apa susahnya.

Hapus maksiat lain dikelab malam gah dulu.....Yang konset Beyonce mudah nak kontrol sebab dia buat tempat terbuka.

cookie devine said...

Tiket dia tmpat yg best rm500++.lebih mahal dari bayar keta Cik Cookie bulan2.

aini said...

Salam cookie,

Jangan risal duit rakyat boleh cari,rm500++ tu termasuk cukai you.Kerajaan dapat cukai boleh buat pembanggunan besarkan stadium lagi.

Tapi yang saya bimbang jadi isu politik,nanti orang kata pemimpin kita Rais Yatim menteri maksiat.

Minta jauhlah saya penyokong umno tapi bukan penyokong maksiat.

faizal said...

alhamdulillah aini tak mahu jadi penyokong maksiat..

saya rasa ada baiknya kita mainkan peranan masing-masing menyedarkan orang yang hampir dengan kita agar menjauhi tempat maksiat tersebut.Gunakan cara berhemah agar kita sesama muslim menjaga kehormatanan mengikut acuan islam.jangan biar orang lihat islam itu serupa sahaja dengan bukan islam

setiap yang baik pasti dibalas dengan seadilnya begitu juga sebaliknya..

sis_nita said...

salam ziarah.. :)

urmmm.. ni rasanyerr makin di larang makih gah nak buat..

sepatotnyerr banned jerr artis2 yg menayang camni..

tak kira laa luar ke dalam ke..

TAPI..?

dara♥♥♥teruna said...

Uruchimaru @ kf...sama la kita..i pun tk penah gi mana2 konsert..apatah lagi beyonce..

fairus said...

sepatutnya pemakaian ciri2 Islam adalah mesti dimasukkan dalam syarat-syarat untuk lakukan persembahan di Malaysia..
Kalau buat persembahan kumpulan2 nasyid kan best..

hassan said...

fairus ,tak ramai tengok nasyik,mana penganjur nak boleh untung.Bila tak ramai tengok,kerajaan dapat cukai hiburan pun sikit.

Tahu tak kalau beyonce tak datang pun rakyat boleh beli cd atau layari internet.Sekurang-kurang kalau batal kongsep tu,elok lah juga dapat mencerminkan negara islam yang dilaungkan oleh 1Malaysia.


Bukannya nak tengok sangat benda macam tu,saya dah tahu wanita ada benda tu belaka.......

Saya ni penyokong umno tapi tak sokong bab-bab nak bawa datang maksiat ni.Tapi parti PAS sebagai pembakang kena main perananlah,jangan sekadar tegur sekali diam je.

Sibuk sangat ke,wakil rakyat PAS sampai tak boleh buat sesuatu untuk batalkan kongsep ni.Masa masih panjang lagi.

Saya orang umno,Kalau tak molek saya cakap tak molek,bukan bermakna saya perlu keluar dari umno sekarang.Sebagai rakyat saya kena bersuara.Kalau pemimpin umno tak mahu dengar juga suara rakyat ,saya akan mepertimbangkan untuk bertukar angin......dalam pru13 nanti

shi3la said...

salam kenalan....

nice blog here...kiter xchange link yapp...

Putra Al-Maliki said...

Jangan benarkan sebarang budaya hedonisme merebak dalam negara kita...

Psst: PAS & NGO Islam, sila bertindak...

aini said...

Al-Maliki,apa salahnya Rais Yatim dah janji nak kontrol,sekira dia telanjang ditengah persebahan ,kita cari abg,Rais lah.

Awak jangan cakap macam tu,penyanyi tempatan pun apa kurangnya.

Jangan dok sibuk kita tengok dulu,boleh kontrol atau tidak.Cepat melatah orrang U ni.

mamamin said...

assalamualaikum wbt...

alahaiii... kalau si Beyonce x dtg sini pun.. poster dia.. pictue dia ada disetiap skrin pc, laptop, hp.. kat mane lagi.. poster kepala katil, kaki katil..gobok baju, bla bla bla...

lagu dia ada jerk kita dengar bebudak ni mainkan.. setiap hp remaja, kebanyakan yer.. ada jerk list lagu Beyonce ni..

Looking at the pic or poster and looking at the real person tu xde byk bezanye..

Boleh kah control Beyonce?? kalau dia ckp.. u want me perform,, u guys must follow my style.. camner?

itu satu perkara kan.. another subject is.. boleh kah kita larang peminat Beyonce di malaysia ni jgn pergi ke concert tersebut??

Adakah malaysia diiktiraf sebagai negara Islam? jawabnye pada saya.. yes it is.. no further question on it.. tidak boleh dipertikaikan.. dan jgn dipertikaikan..

Alhamdulillah Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam, kalau tak lagi haru biru jadinye...

Organizer nak cari duit.. rais yatim nak cari ape?? peminat pulak ??
siapa yang tercemar?? siapa yang mencemar?? dan siapa yang dicemar???

Hurmmm...

Teratak Murniku said...

Sallam Ziarah Nuri,
Sebenarnya konsert-konsert macam inilah yang membuatkan generasi kita semakin hanyut dan hancur...

Teratak Murniku said...

Saudara, saudari, ni pandangan saya yang cetek ilmu yee..Betul kata mamamin, kita tak boleh kontrol Beyonce, itu dah memang kerja dia, dan yang menjemput dia adalah kita. Yang perlu kita fikirkan adalah generasi kita yang menonton persembahan tu. bukan dengan bagi risalah nasihat,jangan buat itu ini, itu semua kerja sia-sia aja. kalau kita sayangkan generasi kita, dan tak mau bersubhat dengan kerja maksiat begitu, konsert seperti itu jangan diadakan langsung supaya mereka tidak berpeluang berada ditempat seperti itu.

Wassalam

mamamin said...

kalau kita pandang pada satu sudut lagi.. iaitu seni..

penampilan yang dianggap seni itu bukan boleh di tiru..dia jadi pelik pada pandangan mata..

Saya percaya dan harapan saya terlalu tinggi..our islamic young girls, xkan sanggup berpakaian seperti Beyonce!!! kalaulah ada pun, xkan bertahan lama.. sbb mata-mata manusia disekliling akan sentiasa menghala kearah nye..

Mereka mungkin meminati Beyonce kerana ingin mengikut zaman..

InsyaAllah!! anak2 yang ditunjukkan kepada nye Islam, doesnt matter how it goes... masih ada lagi segan silu dan rasa malu..

Selain dari Islam yang maha agung, budaya kita sentiasa dpt membendung sifat2 yang tidak keterlaluan..

Sama-sama lah kita berdoa, agar anak2 remaja kita sentiasa peka untuk berpijak dibumi nyata..bukan diatas pentas sebagai penghibur...

InsyaAllah...

Nurimo said...

Salam semua,

Tuhan telah tentukan dosa pahla,pada masa yang sama manusia diberi kebebasan.Sama ada nak ikut atau tidak ,terpulanglah.

Seandainya konsep Beyonce diteruskan,kita lihat sejauh mana ujian kesabaran muda mudi islam kita nak pergi atau tidak lihat maksiat tu.

Lagi pun tiket antara $200 - $500.Takkanlah budak sekolah nak gi tengok,cari duit mana?.

Melainkan kelas2 Menteri/yb boleh pergi lihatnya.

The Hobbit Frodo said...

salam ...


just nak bg pendapat ~ Frodo takder maksalah dengan konsert ni. huhuhuhuhu ...

syahbandar87 said...

bnda dh jelas2 dh mungkar dan sesuatu yg terang2 Allah murka..so batter xyah bwt la.islam x menghalalkan cara..salam ziarah dan salam persahabatn
:)

daylachan said...

xminatlah konsert2 cmni....
salam nuri, ade entry baru boley2 komen jgk...kikik ;)

Amirul said...

Salam all,

Indonesia dah kena bala,Malaysia nak bawa lagi Beyonce suruh buat maksiat.Tak ambil iktibar ke?

Bukan nak kurang masiat tapi nak tambah,tak cukup lagi ya,yang ada sekarang ni.

Tapi hairannya YB PAS DAN Pkr seorang dua ja bercakap,yang lain sibuk ko kat Bagan Pinang.

Yb Umno tak boleh buat apa dah ,soal budak Bayonce sebab Rais cakap cam tu dah.Kalau bersuara nanti kata lawan tauke pula.

Arraji Ila Afwi Robbih said...

BTUL NURI..SENSORED KAN YANG NAMANYA AURAT...jka kte ingin mnampilkan stail dia yang sebenar letak gambar dan sensored...org lihat akan faham...bkn marah cuma peringatan same2 kite

pakcik kordi said...

artis buat konsert blh...org kita nk wat ceramah atau aktiviti agama tkdo plk...huhu....hmm...mde2 gni nape la buleh ek?nt pakcik akn wat konsert...
korg dtg tau....

Suria said...

Salam Arraji dulu,

Soal Sensord,macam ni,gambar yang nurimo letak biasa je,Kalau kita lihat dalam utusan Malaysia,BH dan perbagai majalah di Mlaysia ni...mungkin iklan dalam harakap pun pon ada juga....tak suruh suruh sensord pun.

Lagi satu contohnya,Yb pas semasa berceramah mencarut tak bersensord pon, tak apa ke?.Kebal dari dosa ko.

Perbetul yang lain dulu,jangan nampak kuman seberang laut,gajah depan mata tak nampak.

Jangan marah,bagi tahu supaya tak terlepas pandang.

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang tak setuju... tapi orang melayu ni lembut hati...jenis tak sampai hati dan nak jaga hati orang lain...

Izz-Al-Din said...

Salam semua.
Konsert Beyonce?
Patutnya tak ada pertikaian pun.
Jelas HARAM!
"Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa" Al-Baqarah.
Dan, adakah Islam hanya untuk PAS?
Saya sendiri tak tahu sama ada Harakah pernah keluarkan gambar sebegini. Dan gambar ini patut dicensoredkan, walaupun sekadar untuk beri contoh, ada juga bahagian yg tak perlu dan patut ditutup. Orang boleh faham. Juga, buat apa menyalahkan parti? dan perlu berpolitik dalam isu ini? dan berat sebelah dalam menilai pemimpin berparti lain?
DAP pun boleh jadi parti Islam jika ahlinya islam dan tujuannya Allah. Bukan seorang dua pemimpin di Malaysia.

Adakah jika semua orang buat salah yang sama, kita boleh katakan itu betul. Hurm~ aneh .....

Baik bertindak dari terus menyalahkan pemimpin yang kita belum tahu usahanya. Dan komen ini adalah TINDAKAN saya!

Willyo Alsyah P. Isman said...

tak apalah asal sesuai dengan ajaran agama....

Munir Ardi said...

satu kata tak patut macam kita berbuat seperti itu

hassan said...

Willyo Alsyah,Apa kah di Indonesia ,mendedah aurat itu satu kesenian?

Aku bimbang negara ku akan ditimpa musibah sebagaimana di Padan,negara mu,sekiranya maksiat tidak dibenteras.

Tuan empunya blog jangan dellete gambar tu,bukannya sexi sangat,nak tahu tak gambar blue dalam internet ada lebih sejuta,kenapa ni nak suruh sensor gambar ni,bukan gambar tu telajang bogel.

Tujuan dia,aku rasa nak suruh masyarakat tengok macam ni,penyanyi yang nak datang Malaysia tak lama lagi.

Apa komen rakyat Malaysia?suka atau tidak,kalau ramai tak suka kerjaan jangan bagi masuk.

Suria said...

Saya dah search website Beyonce,gambar yang tuan blog ni letak yang paling sopan dalam beribu gambar Beyonce.

Bagus dia letak gambartu ambil secara positif,kalau tidak orang tak rupa cara perangai budak tu.

Soalnya siapa pengajur maksiat tu,takkan majlis agama tak larang,kan dia tu tahu hukum semua.

Suria said...

Terima kasih tuan punya blog,

Bagus buat blog tanpa moderator,orang ramai bebas bagi pendapat.

Tapi kebanyakkan blog ada moderator,tapis2 terutama sekali blog parti politik.

PERANGAI BLOG YANG ADA MODERATOR/PENAPIS
Dia dedah yang sokong dia je,tapi yang tak sokong /komplen blog dia, dia dellete dan tak pamir kepada umum.

Disini ketidakadilan berlaku.

Taniah blog HARAPAN,nice blog

guaOtai. said...

Pelik sungguh budak Hassan ni ... sekejab takut turun bala bila maksiat tak di benteras tapi gambar dedah aurat tak bagi delete. Mungkin dia lupa yg tengok aurat orang lain tu hukumnyer 'HARAM' ataupun sah dia ni jahil bab aurat ...

g@dis blUr said...

wt pe nk bazir duit nk wt konset2 nie...bek duit 2 wt bnda2 yg diredhai ALLAH...

.::EYMMA::. said...

tiket RM500++!!!! baik aku sedekahkan duit tu daripada aku datang tengok konsert je....hu!!..tak berbaloi....

Nurimo said...

eymma sedekah kat saya la ya..ha..ha...

faizal said...

Persoalannya kenapa umat islam gagal.Jika diselidik dan dikaji dengan teliti pasti jawapan demi jawapan ditemui.Adakah ianya kerana pemerintahan atau pemimpin sesebuah negara yang berpenduduk majoriti islam itu lemah dan lena di buai keasyikkan dunia ciptaan laknatullah(hiburan dan maksiat).Adakah kerana penindasan atas nama kesibukan rakyat mencari sesuap nasi sehinggakan rakyat terabai soal-soal peradaban islam yang mulia.Perkara haram dibiasakan dan menjadi mangli(lali).Perkara maksiat dihalalkan dengan pelbagai alasan dan olahan yang seboleh-bolehnya menunjukkan bahawa kita perlu itu semua sebagai budaya moden.Perkara haram dibanding-bandingkan dan akhirnya keluar pendapat mengatakan itu lebih baik dari ini.sbgai contoh tidak berbaju lebih baik dari bertelanjang bulat.padahal kedua-duanya tetap haram

Apakah jihad kecil kita sebagai muslim.Adakah kita tidak mampu menghalang pemimpin-pemimpin yang zalim,penipu, pembelit dan korup dari terus memperbodoh-bodohkan kita.Masih rela kah kita?

Adakah kita masih tidak sedar bahawa kegagalan kita bersangkut paut dengan soal keberkatan.

faizal said...

setiap hasil konsert atau apa-apa program beyonce Knowles berkata 10 peratus daripada pendapatannya akan pergi kepada badan amal seperti Kehidupan program untuk para pengelola di St John's United Methodist Church di Houston.

ini adalah salah satu sebab kenapa islam ditindas kerana kelalaian pemimpin membenarkan dana dikumpul untuk mereka seterusnya mereka dapat memantapkan institusi mereka berbanding kita(islam)

bayangkan berapa jumlahnya jika 10 peratus itu?bayangkan apa program mereka?bayangkan apa peranan islam.adakah islam ini peranannya untuk membantu kristian dalam soal kewangan.tepuk dada tanya selera.masih mahu bersubahat atau buat tak tahu saja.

aini said...

Utad Faizal salam berlapik,

Memang sesiapa boleh tulis,semuanya hebat2 ,berkobar nak cegah maksiat.

Tindakan yang susahnya,nampak sekadar cakap je.Akhir Beyonce akan melompat dipentas kita NANTI....

Saya nak tahu tindakkan yang telah diambil menghalang Benyonce dari bertelajang dipentas kita,dosa pahla semua orang tahu,tak payah cerita kat sini.

faizal said...

jawapan untuk aini sangat mudah..

jangan bagi kuasa kepada orang islam yang buta agama.

kita ada hak untuk mengundi..kesimpulannya jangan undi calon yang buta agama..bagaimana nak kenal orang yang buta agama..ini adalah salah satu contoh..

jika rais yatim tak beri kebenaran aini rasa ada orang marah tak..mesti tiada pihak yang marah..kecuali golongan yang munafik lagi fasik..

aini said...

Ustad Faizal sekali lagi salam berlapik,

Fisal said:-

."jangan bagi kuasa kepada orang islam yang buta agama."

Maksud faizal Parti PAS ke?

Faizal siapa yang buta agama?.Bukan Rais Yatim seorang yang menerajuu negara kita,termasuk pemimpin pembakang sekali.Dalam soal ini jangan salah pada dia seorang.

Saya tidak nampak negeri yang Pas perintah maksiat dapat dikurangkan,contohnya di Selangor negeri Pas perintah ,ada tutup kedai nombor ekor,ada tutup kelab malam,ada tutup tempat jual arak.Ada bangkang kongsep Beyonce secara bebesaran,itu pun sekadar seorang dua wakil rakyat PAS bersuara.Sekadar suara cukup ke?.

Hanya sekadar nak tumbangkan umno buat apa.....

faizal said...

ini bukan soal UMNO atau PAS..

ini soal kuasa yang diberi oleh rakyat..

jika kuasa yang diberi digalas dengan baik maka isu beyonce takkan wujud..

letak laa sesiapa pun..jika kita masih memilih pemimpin yang tiada wasilah maka ini lah akibatnya.

Tengku said...

ish2... hangat juga ya komen2 di sini.. jangan sampai pecah belah sudah.. nampak cam betul dua2.. setiap orang ada point bernas masing2..

satu statement yg agak tidak sedp didengar oleh telinga saya...

"Saya tidak nampak negeri yang Pas perintah maksiat dapat dikurangkan,..."

astaghfirullah mcm tu sekali ke cik aini

petanyaan saya, dah sampai negeri kelantan?..

malas panjang cerita ... wallahu A'lam

aini said...

Salam Tengku,

Tak sampai bergaduh sama islam ni cuma mencari pendapat yang terbaik.Saya rasa pendangan sifaizal tu lebih dari saya ,tapi mungkin juga orang lain kata faizal tu,setengah2 boleh pakainya...kata orang kena tapis2 juga.

Maaf tengku saya kelantan jarang pergi.Tapi tahu kelantan bagus pas perintah cuma kurang pembangunan.

Bandar tak besar mana,jadi maksiat kurang berbanding Selangor,sebab tu saya bagi contoh kat Selangor.
Lagi pun kelantan sepadang dgn bandar Golok Siam(bandar maksiat).Saya masih ingat lagi bila jumpa orang Kelantan ,pertama kali dia cakap "demo mari jalan kelantan lah,nanti kita gi Golok",kenapa tak cakap gi KB atau pasar siti khadijah.

Dengar cakap2 kawan kat kelantan bandar siam Golok hidup kerana rakyat kelantan.

Maaf ku,melarat sampai Golok.

Tengku,sebenar masiat tanggujawab semua tak kira parti mana.Pembakang hendaklah main peranan kena bersuara.Parti pemerintah kena ambil berat,parti pembangkang cadangan baik kena diterima .Bagitulah sebaliknya, parti pembangkang cadangan parti pemerintah yang baik janganlah tahu bangkang je,tolak mentah2.
SEDANGKAN UNTUK KEBAIKAN RAKYAT DIA BUAT TU.

faizal said...

aini said
Faizal siapa yang buta agama?.Bukan Rais Yatim seorang yang menerajuu negara kita,termasuk pemimpin pembakang sekali.Dalam soal ini jangan salah pada dia seorang.
....................................

TAK PERNAH DENGAR LAH PULAK DIDALAM DIDUNIA NIE ADA PEMBANGKANG YANG MENERAJUI NEGARA.NEGARA ZIMBABWE YANG KORUP DAN ZALIM PUN TIDAK BERKEADAAN SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH AINI

OK LAA AINI BN TAK BOLEH DISALAHKAN DALAM SOAL ISLAM HANYA PAS SELAYAKNYA DIPERSALAHKAN.

MUNGKIN INI YANG SAYA BOLEH SIMPULKAN..BN TAK AMBIL BERAT SOAL ISLAM SEBAB TU TAK BOLEH DISALAHKAN.BN HANYA BOLEH DIPUJI JIKA DIBANGKANG ATAU TIDAK SEHALUAN BOLEH DITUDUH TIDAK MENGENANG BUDI..

Kamsiah said...

bayar ratus2 utk tgk org nyanyi...huhu sori...seumur hidup tak pnh pi tgk konsert...
bg yg minat tu,maybe ada alasan tersendiri...

kalau pi tgk musabaqah al quran tu...ada jugak faedahnya...

Suria said...

Kamsiah dan faizal,

Saya tak larang Benyomce nak datang tapi tak suruh.Sebap apa?

Budak2 sekarang ni tak payah tengok konsert pon,dia lihat Beyonce dalam youtube,website,sama kan,lagi tak bertapis.

Dalam kongset kita boleh kontrol,dalam internet mana boleh.

Rakyat dah lantik wakil rakyat untuk jaga kepentingan rakyat,kalau umno ada YB dia,kalau pas ada YB dia.Masin2 ada peranan pemerintah dan pembangkang,semua tahu hukum terpulang lah.Jangan pandai tulis dalam surat khabar nak cegah maksiat.

Sekira kongsep Beyonce gagal dihalang,maknanya kegagalan pembangkang dan parti pemerintah dalam menangi maksiat.

Ini pendapat 10 sen saya...rakyat biasa tapi ada kuasa mengundi.

Jeffry said...

SLM BRO..SAPE2 PUN BLH ANJUR KONSERT. TP BKN 100% KITA DPT KAWAL. KITA CUMA MANUSIA YG MEMBUAT UNDANG2 DAN PERATURAN DI BUAT SUPAYA DI IKUTI. KLU PIHAK PENGURUSAN MEREKA SETUJU DGN PERATURAN APE SLHNYA.

PAS PUN PENAH ANJURKAN KONSERT. TAK IKUT UNDANG2 PUN. MALAH MASIH BLH TAYANG MONTOT LAGI. JADI NAK SLHKAN SAPE?

Na'im Nikmat said...

Firman Allah yang bermaksud:

"...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."

Perlakuan bercampur lelaki dan perempuan didalam konsert yang menaikkan berahi dengan aksi penyanyi yang sangat menjolok mata sememangnya kesudahannya ialah zina...sudah terang lagi bersuluh?

Suria said...

Tidak semestinya tuan Na'im,setiap konsert berakhir dengan persinaan.

Jangan salah konsert 100%.Di internet orang layar laman web lucah yang bercambah setiap hari.Itu semua bergatung kepada keimanan seeorang atau pendidikan anak dalam agama semasa rebung lagi.

Hanotaux,ahli filsafat kafir berbangsa Perancis,pernah menegaskan bahawasanya suatu pemerintahan yang mengizinkan arak dan membenarkan maksiat masuk ke dalam negerinya adalah mencelakakan rakyatnya sendiri.

Maknanya Hanotauax tu orang kafir pun tahu......

faizal said...

salam suria..

orang kafir tahu kenapa orang/pemimpin yang mengaku islam tak tahu.

hassan said...

Salam ustad Faizal,

faizal said:-

"orang kafir tahu kenapa orang/pemimpin yang mengaku islam tak tahu."

Maksud ustad pemimpin parti mana?

Dalam soal maksiat tanggujawab semua tak kira pemimpin parti bulan ke parti apa.Jangan tolah ke pemimpin BN saja.Itulah tujuan ada pengbangkang dan pemerintah.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam...

adess..gawat nih kan?

knp la Rais Yatim tuh setuju kan?

x pe..kita tgk kan aje nti.

if si beyonce tue wat hal..kita ckp ape yg kita ckp kat cini.

tul x?

Nurimo said...

I am..world tour live in Malaysia 2009
Nampaknya jadi juga konsert ni,distadiaum Bkt.Jalil 25 okt.ni.

Tiket sudah mula dijual di Axcess Ticketing.

Hotlink turut melancarkan web rasmi konsert pertama Beyonce dinegara ini
www.benyoncekltour.com.my.Tujuan diwujudkan bagi memberi maklumat terperinci mengenai persembahan berkenaan.

Sebelum Beyonce,Hotlink sebelum ini pernah membawa persembahan hebat artis antrabangsa seperti

Rossa,Aril Lavigne,Gwen Stefani,Sean Kingston,Pussycat Dolls,For Minor dan Black Eyed Peas ke negara ini.

Tiket pula 2 tempat duiduk istemewa
RM583 dan RM383.
Sealain itu juga adalain berharga RM283,RM183 DAN RM93.

emmmm......jadi juga kongsert maksiat dalam sebuah negara Islam.

~ana SoLehah~ said...

nape lah letak jugak pic yang baju merah tu...

kalo nak letak pon edit la sket gmba tu..

'org' tgk 'terdetik' hati..
Astaghfirullah..

nti laen niat enta..laen yang jadi..
Na'uzubillah..

Cinta Agung said...

Salam Nuri, kata nak komen ye?Blog ni memang mantap, mantop dan mantep(dengan bacaan yang berbeza)dan ruang komenlah memberi kepuasan kepada setiap blogger.Betul x?

Nurimo said...

WSL,

SUDAH TERANG LAGIKAN BERSULUH

Cinta Agung,terima kasih hadir ke blog saya yang tak seberapa ini.

Kadang2 empunya blog kena tembak juga,tapi kata orang...kalau takutkan ombak jangan berumah di tepi pantai.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.