Search This Blog

Loading...

Followers

Sunday, October 11, 2009

Permata Dalam Debu


Seramai 8,013 penduduk Bagan Pinang ,telah menemui permata besar.Walaupun berdebu pada mulanya ditemui , lalu disapu terus bersinar menerangi seluruh Bagan Pinang.Permata tersebut adalah permata asli BN bukannya kaca.

Seramai 2,578 tidak berminat dengan penemuan permata itu,mereka adalah dari pengikut parti bulan yang lebih suka memilih permata kaca yang mudah retak.

Permata tersebut tak lain tak bukan,Tan Sri Mohd Isa Samad,majoriti diperolehi 5,435 undi,jumlah itu lebih besar majoriti 2,333 yang diperolehi BN pada pilihan raya umum tahun sudah.Kata orang tua-tua,benih yang baik kalau dibuang sekali pun,akan tumbuh menjadi pohon yang rendang untuk rakyat berteduh.

Nampaknya signal kali ini , adalah petanda yang baik untuk untuk BN di PRU 13 nanti.Malah setengah orang kata sebagai pengeras semangat.Pilihan raya kali ini dapat digambarkan rakyat dapat membezakan antara permata asli dengan permata kaca.

Pada mulanya bagaikan tidak percaya Isa Samad dipilih sebagai calon,perbagai provokasi oleh puak parti lawan seperti mengatakan Umno ketandusan calon,ambil orang ada kes rasuah ,Umno tak berlajar dari kesilapan pilihanraya dulu......habislah Umno.Kata-kata bagitu tidak menyendap hawa telinga bila masuk kedai kopi.

Setiap kesilapan boleh betul balik.Teringat hamba masa duduk kampung dulu,seorang lebai yang menpunyai sejarah silam yang tidak berapa comel,tapi sejak akhir-akhir ini menjadi iman surau,mengajar kelas-kelas agama dan juga berdakwah.Tapi masyarakat kampung boleh terima dan melupakan sejarah silamnya yang peting hari depan untuk agama dan bangsa.

Umno takkan hilang di Tanah Melayu sebagai mana kata-kata Hang Tuah"Melayu takkan hilang di dunia."

92 comments:

Nida said...

Harap semakin banyak benih-benih baik yang bercambah..... tetap rintang walau diasak pelbagai dugaan dan cabaran... yang mempunyai sikap mandiri yang kukuh..

ZOOL@TOD said...

Tahniah buat Tan Sri Isa. Seoga beliau dapat mendukung amanah yang telah diberikan oleh penduduk Bagan Pinang.

cuit said...

Diharap pengalaman lalu dijadikan tauladan.. Kita rakyat hanya menilai dari luaran, kalau permata tersalut dengan tanah.. kita tak kan tahu itu permata.. dan mungkin akan terbuang tak bersisa.

hassan said...

Rakyat tahu beza antara politik wang dengan sunbangan untuk rakyat.

Isa Samat disaluputi debu kerana provakasi.Sekarang rakyat sudah faham mainan politik kotor parti lawan.

Kita kena faham antara rasuah,sumbangan,sedekah sesuatu yang berbeza.

faizal said...

ikut resmi padi..semakin tunduk semakin berisi.

semoga tan sri isa berubah dan menentang kemungkaran dan menolak rasuah walaupun sebesar zarah.

Malah usaha murni ini selari dengan firman Allah yang bermaksud : " Andai kata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, maka pasti binasalah langit dan bumi dan segala yang ada di dalamnya". (Surah al-Mukminun : ayat 71).

Larangan terhadap perbuatan rasuah dijelaskan Rasullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Allah melaknat orang yang menyogok dan minta disogok".(Riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibu Hibban). Laknat Allah bukan sahaja kepada pemberi, malah penerima rasuah kerana jelas kedua-duanya melakukan kezaliman.

Rasullah s.a.w mengutuk sesiapa sahaja yang memperoleh harta dan wang ringgit melalui amalan rasuah. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud: " Sesiapa yang kami tunjukkan (lantik) untuk memegang sesuatu jawatan yang sudah kami tetapkan pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri".

hassan said...

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam,(HR Bukri).

Dari Abdullah berkata bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda:kebanyakan kesalahan anak Adam disebabkan lidahnya(HR Tabrani)

....................................

Faizal terimalah hakikat kekalahannya,banyak bersabar,takkan lebih 8,000 pengundi tak tahu nak fikir yang baik yang mana tidak.

hassan said...
This comment has been removed by the author.
faizal said...

sabda rasulullah s.a.w

Siapa saja di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman. (HR Muslim).

Menurut Qadli Iyadh, hadis itu terkait dengan sifat-sifat seseorang tatkala mengubah kemungkaran. Orang yang hendak mengubah kemungkaran berhak mengubahnya dengan berbagai cara yang dapat melenyapkan kemungkaran tersebut, baik melalui perkataan maupun perbuatan (tangan). Jika seseorang memiliki dugaan kuat (yakni jika diubah dengan tangan akan muncul kemungkaran yang lebih besar lagi, seperti menyebabkan risiko akan dibunuh atau orang lain bakal terbunuh kerana perbuatannya), cukuplah mengubah kemungkaran itu dilakukan dengan lisan; diberi nasihat dan peringatan. Jika ia merasa khuatir bahawa ucapannya itu boleh mengakibatkannya risiko yang sama, cukuplah diingkari dengan hati. Itulah maksud hadis tersebut (An-Nawawi, Syarh Shahîh Muslim, jilid II/25).

sabda rasulullah s.a.w lagi

Demi jiwaku yang ada dalam genggamannya, kalian memerintahkah kemakrufan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menimpakan azab atas kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya, lalu doa kalian tidak akan dimakbulkan. (HR at-Tirmidzi).

p/s untuk hassan:

Hadis bukan difahami berdasar satu hadis tetapi difahami berdasarkan ilmu dan keseluruhan proses hidup rasulullah s.a.w.semoga hassan teruskan pengajian hadis dengan lebih bersungguh.insyaallah

hassan said...

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:Telah binasa manusia",maka dialah yang paling binasa diantara mereka.(kerana dengan mengatakan demikian itu dia terjerumus didalam dosa takabur disebabkan dia menganggap orang lain hina).(HR Muslim).

Na'im Nikmat said...

Rasuah tetap rasuah siapa yang mengamalkannya tetap berdosa.


Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam dan dihitung sebagai salah satu Dosa Besar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

Masyarakat umumnya menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.

Jadi siapa yang sokong perasuah ertinya dia bersubahat dengannya.

Munir Ardi said...

ingat lagu suci dlam debu tidak tahu apa hubungannya

aini said...

Salam berlapik ustad Hassan,ust.Faizal dan usd Na'im.

Semua yang hadith ustad kemukakan semuanya betul.Boleh dimafaatkan untuk semua umat islam tak kira untuk ahli parti pas,parti umno atau parti kepala gajah.

Islam for all,bukannya pas for all.
Kita kena taat kepada pemerintah,kalau pemerintah ada buat tidak betul,kita pakat tegur dengan memperbetulkan dari dalam.Bukan berada diluar kerajaan untung menubangkannya.

Bila nak menumbangkan pemerintah, Melayu akan berpecah.Bila Melayu berpecah,islam akan hancur,sebab di Malaysia ni,orang Melayu adalah Islam.Puak kafir akan bersorak.

Allah berfirman:Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah(Ali-Imran3:103)

Na'im Nikmat said...

Ya Akhi Rasulullah S.A.W tidak pernah mengajar kita bersikap perkauman yakni asobiyah

Sabda Nabi SAW;

Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah

"Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, pengarang kitab 'aun mabud' menyebut: "mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim

"Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, kenegerian, dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.Perangai asobiyyah ini wujud pada UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, manafikan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia yang menetang dan menyumbat mereka dalam tahanan ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.Justeru, sebelum UMNO mahu mengajar PAS tentang ajaran Al-Quran, sewajibnya UMNO tukar dahulu dasar parti sesat mereka, daripada kekufuran kepada Islam.Kerana itulah 'Pakatan Rakyat' tidak mengenal warna kulit kami bersatu atas dasar keadilan dan keadilan amat dituntut dalam islam.
Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Terimalah nasihat ana dengan hati yang terbuka buangkan sifat asobiyah itu.

Na'im Nikmat said...

Allah berfirman:
Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah(Ali-Imran3:103)

Ya tapi adakah kamu tahu tafsiran ayat ini lebih2 lagi mengenai 'tali ALLAH'. Tali ALLAH ialah Al-Quran dan RasulNya Nabi Muhammad S.A.W. UMNO yang telah melepaskan tali ALLAH. Bukti2nya jelas

UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO mengubah Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid seorang kufar

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari

4.ALLAH mengharamkan JUDI namun UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka

5.ALLAH mengharamkan Arak namun UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam

6.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan Pemimpin yang pernah melakukan rasuah diangkat dan disanjung contoh didepan mata di PRK B.Pinang.

Jadi Islam yang bagaimana yang mereka mahukan?Apakah mereka lupa pada Sabda Nabi S.A.W "Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh pada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selamanya,dua perkara ini ialah AL-Quran dan AS-Sunnah" namun adakah UMNO berpegang pada kedua-dua ini AL-Quran dan As-Sunnah?Anda sendiri tahu jawapannya........

dkama said...

maafsemua...
adakah
semua
parti
melaksaaka
potilik
Islam
macam
Rasullullah
lakuka...
...PEACE...

Na'im Nikmat said...

Pilihlah yang terbaik untuk Islam. UMNO semestinya memudaratkan Islam.

Amirul said...

dkama,

Mana ada 100% parti politik ikut rasulullah .Kalau ikut cara rasulullah cara pemerintahan beraja,bukan cara demokrsi macam Pas dan umno sekarang ni.

Kita patut besyukur di negara kita ni islam berada pada tahab sekarang.Asalnya orang Melayu dok sembah hantu,pelihara toyol.Nasib baik ada puak dakwab Arab datang tunjuk jalan kebenaran.

Jadi islam di Malaysia sekarang ni dalam proses pembaikkan melalui parti pemerintah.Kena sokong,tak bagus betul dari dalam bukannya buat lawan.

Ustad Na'im,kena faham,jangan terlalu fanatik sangat.

a kl citizen said...

assalammualaikum

selagi badan masih bernyawa, Allah memberi peluang membaiki kesilapan...kita doakan yang terbaik

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Amirul,pertama sekali ana tidak layak digelar ustaz.Kedua ana tidak fanatik seperti yang akhi Amirul katakan,ana cuma memberi dalil dari Al-Quran dan As-sunnah untuk sama2 kita berfikir sejenak.Jangan sempitkan fikiran2 akhi.ALLAH memberikan kita akal dan fikiran untuk kita berfikir supaya kita boleh memilih antara Syurga & Neraka. Tiada jalan ditengah2 cuma satu pilihan Syurga atau Neraka,Dasar Islam atau Dasar Kufur. Ana cuma memberikan Dalil&Nas gunakanlah akal yang dikurniakan ALLAH S.W.T

Firman ALLAH S.W.T:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.(Surah Al-Anfal Ayat2)

Jika dalil&nas yang ana berikan tidak memberikan apa2 rasa kepada antum,tiada apa yang dapat ana lakukan selain berdoa semoga ALLAH memberkati kita semua.

Amirul said...

Salam tuan Na'im,maaf kerana memanggil ustad kebiasan orang kita ni,kalau yang arif agama diberi perhormatan panggilan ustad.

Semua hadith adalah benar yang tuan kemukakan tetapi tomahan atau buruk sangka tanpa bukti,atau dengar cakap amat tidak disukai dalam islam.

Yang tercela,ialah kritik yang semata-mata ditujukan untuk menghancurkan,meruntuhkan dan menyinggung kerhormatan dan perasaan pemerintah.Kritik semacam ini sangatlah mengrugikan masyarakat.Sebab masyarakat seolah tidak diajar menghagai hasil kerja pemerintah.

Tiap-tiap bunga yang akan tumbuh dan berpucuk,senantiasa direngas,dipijakan dan diruntuhkan.Masyarakatlah menjadi rugi.

Sebelum berkata-kata lihat kebaikan dulu.Ana telah lihat kebaikkan dalan Pas nampaknya lebih banyak keburukkan dari kebaikkan berbading Umno.

Pas ke arah pepecahan islam,perpecahan bangsa.Matlamatnya sekadar mahu kuasa je.Kalau Pas betul-betul nak perjuangan islam,mengapa tidak mahu bersatu dengan Umno saudara islam.Bersama menasihat pemerintah dari dalam.

"Wahai orang-orang yang percaya,taatlah kepada Allah,taatlah kepada Rasul dan kepada Ulil Amri daripada kamu."(An-Nisa':59)

Ertinya taat kepada Allah yang telah mengantur hidupmu dunia dan akhirat,taatlah kepada Rasul yang membawa peraturan itu, dan taat pulalah kepada Ulil Amri yang mengantur pula masyarakatmu,sehingga kamu bisa bergaul sebaik-baiknya sesama manusia lantaran adanya aturan dan pemimpin yang mengatur pekerjaan.

Banyaklah beristifar kepada Allah.

Na'im Nikmat said...

Nasihat buat saudara2ku:

Berikut adalah dalil dari al-Hadis tentang keharusan mengkritik pemimpin yang Zalim dan seperti yang anda sedia maklum seperti pemimpin UMNO.Yang terang lagi bersuluh UMNO tidak mahu melaksanakan Hukum dan Undang-undang islam.Bahkan dihinanya sistem islam oleh itu adalah menjadi keharusan kita ummat Islam menentang golongan ini.17 tahun yang lalu Perdana Menteri kita sekarang pernah menyatakan "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".Apakah kita pernah mendengar beliau meminta maaf kepada ummat Islam setelah memberi komentar itu?.Ini pemimpin yang diagung-agungkan ahli-ahli UMNO.Pemimpin yang menghina Islam.

Dalil dari Al-Hadis tentang Pemimpin yang zalim:

Pemimpin para syuhada adalah Hamzah ibn ‘Abdul Muthalib dan seseorang yang menasihati penguasa yang zalim, melakukan amar makruf nahi mungkar di hadapannya, dan kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).

Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi mungkar, mencegah orang berbuat zalim, serta menggiringnya hanya ke arah yang haq dan membatasinya juga dalam perkara yang haq. (HR Abu Dawud dan at-Turmudzi).

Imam itu adalah (seperti) penggembala dan dia bertanggung jawab atas apa yang digembalakannya. (HR Muttafaq ‘alaih).

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

Ingatlah, demi Allah, hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi munkar, mencegah orang yang berbuat zalim, menempatkannya di wilayah yang haq, dan membatasinya hanya di wilayah itu saja…. (HR Abu Dawud).

Dalam riwayat lain ditambahkan demikian:

….ataukah (kalian ingin agar) Allah menjadikan hati-hati kalian berpecah-belah atau Dia melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka. (HR Abu Dawud).

Rasulullah saw. juga telah menjadikan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim sebagai jihad yang paling mulia. Demikian pernytaan beliau ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya, “Jihad apa yang paling agung?” Beliau menjawab demikian:

Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Auf ibn Malik al-Asyja‘i pernah bertutur demikian:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah orang-orang yang mencintai kalian dan kalian pun mencintai mereka; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Sebaliknya, seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang-orang yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Para sahabat bertanya, “Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau bersabda, “Tidak, selama mereka menegakkan shalat.” (HR Muslim).

Yang dimaksud dengan menegakkan shalat adalah memerintah dengan Islam atau, dengan kata lain, menerapkan syariat Islam. Ungakap di atas menggunakan gaya bahasa tasmiyah al-kulli bi ismi juz’i (menyebut sebagian tetapi yang dimaksud adalah keseluruhan).

Sementara itu, ‘Ubadah ibn ash-Shamit juga bertutur demikian:

Kami telah membaiat Rasulullah saw. untuk senantiasa mendengar dan menaati beliau, dalam keadaan senang maupun susah, dalam keadaan lapang maupun sempit; untuk selalu lebih mementingkan beliau daripada keluarga kami; untuk tidak merebut kekuasaan dari ahlinya. (Beliau lalu bersabda, “Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata yang didukung oleh bukti [burhân] di hadapan Allah Swt.); serta untuk mengatakan kebenaran di mana saja kami berada, sementara kami tidak takut terhadap celaan orang-orang yang suka mencela. (HR Muslim).

Na'im Nikmat said...

Bukalah mata hatimu wahai saudara2ku.

Amirul said...

Salam tuan Naim,

Jadi hak pemerintah adalah memerintah dan kewajipan rakyat adalah taat,hak rakyat dilindungi,kewajipan pemerintah menjamin keamananya.

Sebab itu sebagai kita katakan tadi,berikan nasihat kepada pemengang pemerintah itu dengan iklas dan jujur,dengan kata lemah lembut dan dari rasa cinta,sunyi dari membukankan aib dan menghinakan,sunyi dari kasar dan maksud jahat,yang tidak diizinkan oleh kemanusiaan yang sempurna.

Mengapa kita perlu menumbangkan saudara seislam dan sangguh pula bersekonkol dengan puak kafir untuk menjatuhkannya.

"Tidak beriman seseorang sebelum dia cintai saudaranya,seperti apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri...'

Lihatlah dengan mata hati jangan lihat dengan mata kasar,disitu tuan akan nampak kebaikan pemerintah kita.

Soal rasuah,maksiat,jenayah dan lain-lain lagi, tak lihat Tv,akbar yang siar tiap-tiap hari kerajaan menangi masalah tersebut.Malah penambah baik sistem pentadbiran ditambah baik selalu.

Buruk sangat ke kerajaan kita ni,lihatlah sebelah selantan Thailand tu,nak pergi surau pun kena tembak.

Na'im Nikmat said...

Mengapa PAS bersatu dengan org Kafir ini jawapannya,

Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Keadilan untuk semua bukan untuk orang Melayu sahaja jangan Asobiyahkan diri mu ya akhi.

Harus tahu membezakan kafir habri dan kafir dzimmi. Kafir yang harus diperangi dan orang kafir yang harus dilindungi. Banyakkan mengikuti sirah-sirah Rasulullah S.A.W tengok contoh yang Baginda buat tak pernah pun Rasulullah melebihkan kaum2 Quraisy. Yang kita nak lebih2kan Melayu mengapa. Diakhirat nanti ALLAH tak tanya kamu Melayu atau apa2 bangsa sekalipun yang ditanya Agama dan pegangan kita ya akhi.

Amirul said...

Sudah terang lagikan buat tak nampak .Kafir yang menjadi rakan kongsi telah menyenkat islam dari berkembang,nak tahu lanjut tanya YB Hasan Ali.

"Tidak melarang Allah terhadap kepda orang-orang yang bukan memerangi mu dalam agama,bukan pula mengusirmu dari tanah airmu,bahwa kamu membuat perhubungan yang baik dengan mereka dan kamu berlaku adil kepada mereka.Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang adil.Cuma yang dilarang oleh Allah ialah terhadap orang yang memerangi kamu dalam agama,dan mengusir akan kamu dari tanah airmuan berterang-terang pula mereka itu mengusir kamu,maka terlaranglah kamu membuat perhubungan dengan mereka.Dan barang sesiapa yangmenbuat perhubungan dengan mereka,itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Mumtahanah:8-9)

Disana terang bahawa memutuskan hubungan ialah apabila sikapnya sudah terang-terang tidak sembunyi-sembunyi lagi'wazhaharu 'ala ikhrajikum'(dengan teran-terangan mereka mengusir kamu).Kalau hanya kebencian yang tersimpan dihati,atau maksud yang tersembunyi dihati mereka hendak memusnahkan islam kalau lengah,atau pencaturan diantara islam dengan kafir,maka belumlah boleh boleh lantaran kita memutuskan perhubungan dengan mereka.Menghadapi cara halus itu perlu dihadapi dengan cara halus dari pihak islam.

Na'im Nikmat said...

Pendekatan Akhi Amirul jauh berbeza dengan ana dan penyokong2 PR kami menjadikan akhlak Islam sebagai medium untuk berdakwah kpd bukan Islam tapi anta menggunakan medium kebencian,syak wasangka yakni bersangka buruk bagaimana org bukan Islam hendak terbuka hatinya menerima Islam jika semua muslim berfikiran seperti anta. Buktinya ada dikalangan pemimpin DAP kini mula mengkaji Al-Quran dan Undang2 Islam sehingga ada diantara mereka yang menghafal ayat-ayat dari Al-Quran lihatlah bagaimana PAS dapat menarik minat org bukan Islam.Tp bagaimana dengan UMNO yang saban hari hanya menanam kebencian antara kaum&agama lain. Muhasabahlah wahai saudaraku Amirul. Cukuplah apa yang ana nyatakan ini selainnya terserah kepada antum2 semua untuk berfikir sejenak.

Firman ALLAH S.W.T:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Amirul said...

Salam tuan Na'im

Kalau kita ke Kota Madinah,kita akan nampak ramai juga Yahudi tinggal di kawasan itu.Mereka hidup dengan aman damai dan tunduk kepada pemerintah Arah Saudi dengan mengikut peraturan kerajaan.Inilah kafir yang taat kepada pemerintah.

Kalau di Malaysia MCA dan MIC,kata orang seakan-akan sama dengan Yahudi di Madinah.

Lain pula dengan DAP,kafir yang terus terang menentang kerajaan islam.Pengaruhnya cukup kuat hinggakan dapat menpengaruhi setengah ulama.Ada juga dia orang kata,puak dia kontrol parti bulan tujuan untuk jatuhkan umno supaya islam tidak dapat ditegakkan dengan sempurna.
Mengapa anta tidak dapat berfikir lagi.

"Sesungguhnya yang sejahat-jahat binatang di sisi Allah ialah orang-orang kafir(ingkar),mereka itu tidaklah beriman.Yaitu orang-orang yang telah engkau ikat janji dengan mereka,lalu mereka mungkiri tiap-tiap kali berjanji,dan mereka tidak merasa takut."
(Al-Anfaal:55-56)

Untuk renungan bersama

Na'im Nikmat said...

Nampaknya Akhi Amirul masih belum faham tentang Kafir habri&Dzimmi. Ana tidak mahu berdebat dengan anta. Ana cuma ingin memberi perspektif dari pemikiran ana. Sesungguh banyak tafsiran dari Ayat2 Al-Quran tetapi kita harus membuat tafsiran yang benar dan bukan mengikut akal fikiran kita sendiri.Kita seharusnya mendampingi para2 Ulama' kerana mereka adalah pewaris Nabi Muhammad S.A.W. Tapi jangan pula tersalah memilih rujukan Ulama' suk kerana mereka golongan yang dilaknat ALLAH S.W.T kerana menjual agama semata-mata kepentingan duniawi dan mereka ini termasuk golongan 'Al-wahn' yakni Orang Yang Cintakan Dunia Dan TakutKan Mati.......

salam Ya Akhi...

Amirul said...

wsl tuan Na'im ,ana sebagaimana tuan juga bukannya untuk berdebat,sekadar menunjuk jalan supaya tidak tersesat ke Putra Jaya .

Hadith adalah tali Allah,janganlah kita salah taksir untuk mempertahangkan puak tertentu sahaja.

Kita agama yang sama,
Kiblat yang sama,
Bangsa yang sama,
Negara yang sama,

Cuma perbezaan pendapat sahaja.Buangkanlah sifat ego dan dendam,ular yang menyunsur akar takkan hilang bisanya.

Dari Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:Barang siapa yang memelihara kerhormatan saudara muslimnya dengan membelanya,menjadi tanggujawab Allah Taala untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak.(HR Musnad Amad)

Salam untuk 1Malaysia

faizal said...

apa kau merepek nie amirul..

DAP dengan MCA tu sama je..kedua-duanya parti..cuma berbeza ideologi

MCA perjuangkan hak-hak kaum cina sementara itu DAP perjuangkan keadilan dan demokratik.

masing-masing perjuang benda yang baik..

harus diingat cina pun ramai yang muslim..adakah cina muslim boleh masuk umno..harap amirul boleh jawab yaa..

hassan said...

Faizal,Awak jenis tak faham bahasa

Orang lain semua faham ,maksud dia MCA dan MIC dia tak lawan kerajaan teruk tidak SEPERTI mana DAP kafir.
Tahu tak YB Hasan PAS nak buat apapun dia sekat.

Maksud Amirul tu orang Muslim tak kira apa bangsa.Faizal awak tak payah menegak benang yang basah.Tak usah berdolah dalih mempertahankan pakatan Pas dengan Dap untuk menjahanamkan sesama Islam dan menumbangkan Umno.

Simpan sahaja angan-angan awak tu.

faizal said...

salam..hassan

saya rasa hassan yang tak faham sebenarnya..hassan faham tak mana sekular tue..sekular tu lah yang diamalkan di negara kita..saya bukan nak huraikan tentang sistem sekular kat sini,nanti hassan tak faham pulak tentang berpolitik yang ingin saya isu kan..

DAP adalah pembangkang mestilah dia memberi pandangan yang berbeza dengan BN.baru lah dikatakan politik.

soal lawan kerajaan takkan timbul dalam soal berpolitik mengikut sistem sekular nie..dah nama sekular jadi banyak benda yang melambangkan kebebasan secara demokrasi.oleh itu setiap undi ataupun hak individu mana-mana warganegara malaysia untuk memilih mana-mana parti yang disukai..tidak timbul soal lawan kerajaan ataupun tidak..cuma BN suka menggunakan kaedah memperbodohkan rakyat yang naif dalam bidang berpolitik secara sistem raja berpelembagaan.

sekiranya UMNO tumbang..soal bangsa yang dilaung-laungkan takkan menjadi isu kerana kita mengamalkan sistem raja berpelembagaan berbeza dengan singapura..apabila UMNO mengambil singapura sebagai contoh saya merasakan UMNO cuba memperbodohkan sesetengah rakyat yang menerima bulat-bulat tanpa memikir logik dan fakta terhadap pemahaman yang cuba diselewengkan oleh UMNO.

sistem politik UMNO sebenarnya banyak merosakkan budaya orang melayu..sepatutnya UMNO harus sedar dan memperbaiki kesilapan demi kesilapan yang dilakukan demi survivol rakyat malaysia.

jangan lah kita menafikan hak kaum lain.ini kejam namanya..setiap warganegara berhak memilih mana-mana parti yang mereka suka..nak menegur UMNO tak semestinya kena duduk dalam UMNO.

saya bagi perumpamaan untuk hassan..nak menegur orang bermain judi tak semestinya kita perlu bermain judi sekali seterusnya baru kita menegur.

faizal said...

maaf hassan lupa nak tanya..


hassan said,
Maksud Amirul tu orang Muslim tak kira apa bangsa.Faizal awak tak payah menegak benang yang basah.Tak usah berdolah dalih mempertahankan pakatan Pas dengan Dap untuk menjahanamkan sesama Islam dan menumbangkan Umno.
..................................

jadinya cina muslim boleh masuk UMNO laa yaaa...tak gitu hassan dan amirul..mana satu saudara kita yang perlu kita dampingi..melayu mabuk ataupun cina muslim yang taat.

hassanmat15 said...

Faizal,merapu banyak awak ni,cuba dekati orang umno,baca akbar umno,cari ketua bahagian kampung awak tu,tanya dia.

Kalau tidak bergaul dengan orang umno mana nak faham konsep 1Malaysia.

Jangan tengok Harakah sahaja,buntu fikiran.emmm...Aku pun tak tahu nak cakap apa ke budak Faizal ni.

Gini2..faizal mu gi beli pisang lemak manis sikat,bawa gi jumpa YB Isa Samat...INGAT BUKAN yb Khalid Samad,dia akan terang macam mana umno menegakan islam di Malaysia ni.

faizal said...

khalid samad laa contoh sistem politik yang diamalkan di malaysia..tak timbul soal ketuanan melayu ataupun pecah belah agama

khalid samad MP PAS sementara abangnya shahril samad MP UMNO..

Na'im Nikmat said...

Berbahagialah orang yang mengetahui erti Islam yang syumul akhi Faisal.

Amirul said...

Saudara seislamku,

Bangsa yang merdeka ialah sokong menyokong,naik menaikkan,bukan runtuh meruntuhkan.

Pembangkang kepadaian dia hanyalah mengkritik itu saja.Sebab tu yang dikritik tidak boleh marah atau berkata "Pandainya cuma mengkritik,tapi pakatan dia sendiri pun terhoyong hayan".

Penbangkang hanya dapat menunjukkan di mana salahnya dan berpakat untuk menumbangkan pemerintah bukanya bersama memperbaiki kelemahan dan ahli kritik sangguh pula memuji dimana kelebihan dan kehebatannya puak-puaknya lalu disajung dan dinaikkannya .

Dari Anas meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda:Barang siapa menyakiti orang islam sesungguhnya dia menyakitiku dan barang siapa menyakiti daku,yakinlah bahawa dia menyakiti Allah(yang pastinya menjadi kemurkaan Allah)
(HR Tabrani)

Sudah terang mengapa bersuluh.

aini said...

BERITA
Khamis Oktober 15, 2009
Najib: Umno bukan parti perkauman

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak tertentu yang menyifatkan Umno sebagai sebuah parti perkauman sebaliknya menegaskan parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

Jelasnya Umno yang ditunjangi orang Melayu mempunyai sifat yang amat inklusif dan merangkumi.

"Kalaulah ada mana-mana pihak yang tanpa usul periksa, menempelak Umno sebagai sebuah parti perkauman harus terlebih dahulu mencermin diri secara ikhlas.

"Mereka harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri, adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan?" katanya.

Sebaliknya beliau menegaskan jika benar Umno mengamalkan budaya perkauman seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak berkenaan, tidak mungkin orang Melayu akan bertolak ansur dalam banyak perkara melibatkan kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini.

"Jika betullah orang Melayu rasis bagai didakwa, tidak mungkin kita bersifat amat bertolak ansur terhadap budaya etnik-etnik lain seperti yang diamalkan, tak mungkin juga kita benarkan sekolah-sekolah aliran kebangsaan diwujudkan, bahkan mustahil pula untuk bekerjasama dengan begitu akrab bersama-sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.

"Oleh itu, kepada pihak-pihak tertentu, janganlah angkuh mengaku, bahawa merekalah kononnya, sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai keabsahan moral dan keikhlasan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini," katanya.

Na'im Nikmat said...

Ya Akhi jangan hanya mendengar sebelah pihak dengarlah apa kata pihak yang lain.Semua maklum TV1,TV2,TV3,B.Harian.U.Malaysia pro Kerajaan jadi apa2 yang ditulis misti menyokong Kerajaan dimana ketulusannya ya Akhi.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Amirul said...

saudaraku islam,

Ya betul,Semua maklum TV1,TV2,TV3,B.Harian.U.Malaysia pro Kerajaan.

Manakalah Harakah pro pembangkang.Jangan kita lihat satu akbar saja.Buka minda buka hati.Jangan kita melihat cahaya Bulan yang terang sahaja.

"Yaitu orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka.(62) Amat bear kemurkaan(bagi mereka) di sisi Allah dan disisi orang-orang yang beriman.Demikian Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang,"63

62 Maksudnya mereka menolak ayat-ayat Allah tanpa alasan yang datang kepada mereka.
63 Al Quran surah Al Mu'min ayat 5

penpusaka said...

dalam keghairahan ustadz2 mee celup dan mee goreng dalam PAS mengulang2pakai ayat2 AlQuran dan Hadis untuk meyakinkan keilmuan dan keIslamannya, dia tak sedar juga bahawa sekali sekala atau selalunya dia juga akan mengamburkan kata-kata yg datang darinya sendiri yg jika dia sedar akan tahulah dia bahawa sebenarnya dia banyak cakap apa yg Allah dan Rasul cakap tapi perbuatan dia tidak langsung seperti yg Allah dan Rasul pesan. Lewat ini ketika dia hilang sedar dek sebab seronok dgn sedikit kelebihan diuji Allah, dia bongkak sehingga kita banyak dengar slogan "UMNO akan ditalkinkan". Hari ini selepas 2 hari UMNO bersidang dan mendengar uncapan Presiden, jelas nampaknya UMNO belum sedia untuk ditalkinkan. Jadi bagi mereka yg mengharapkan untuk talkinkan orang tu, ingatlah, ajal maut ditangan tuhan dan tidak sesekali layak bagi mereka untuk mengharapkan. Itu urusan Allah dan dia tidak berhak mendoakan. Dia perlu insaf bahawa dia juga bila tiba waktu akan ditalkinkan. Takut2 dia dok tunggu nak talkinkan orang dia yg mati tak berkubur. UMNO nampaknya sihat dan segar malah tetap berjuang gagah "walau bumi berkeping dua". Amacam?

The Hobbit Frodo said...

perghh ...



maaf wa x bijak berhadis berhujah. Tapi tindakan lu mengatakan UMNO memudaratkan Islam adalah tidak adil. Bagaimana degan PAS & PKR ?? hehehehe


aku x tengok berita, aku baca komik jer. Ok tak?? muhahahahaha .. so what?? bosan dgn org cakap x serupa bikin. baik aku tgok bola dari baca dua2 bahan yg HAPRAK kan ... adil x gua?? ADIL!!! kahkahkahkah


okie, wa cam dah salah masuk rumah .. teruskan kopi paste ayat2 tanpa perlu kuarkan hujah sendiri ..



lalalalalala ~ marah? hehehe, xyah beratkan kepala dgn org picisan cam saya yg x bijak berkata2 ni.




>>____________<<



p/s: Nurimo ko pown tinggal2 arr komen kat umah aku yg ensem tuh! muahahahahah

The Hobbit Frodo said...

Kendati tergantung awan di langit,
Telah terlanjut kubentangkan layar
Walau badai datang menggulung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan

miss jane said...

huhuhu..blogwalking tp tersentap ngan perhujahan amirul n en. naim..siap hadis berbagai kan?

hmmm...now, i can see what u cannnot see

benarlah..mata hati tidak pernah berdusta

ni lah dunia akhir zaman..

pepun, satu je rq nk cakap

siapa kita nak tentukan sapa masuk syurga n sape masuk neraka??

Tuhankah???

sekian..terima kasih

The Hobbit Frodo said...

Baiklah ~


sekali lagi saya mohon mencelah ...
Harap tiada silap paham bila saya berkata "kedua2 bahan yang haprak" ~ ianya tidaklah sama seklai merujuk kepada dua harta terbesar umat islam iaitu alquran dan hadis ..


apa yg dimaksudkan sbgi haprak disini adalah "berita tv/ paper kerajaan dan tv/ paper pembangkang" ...


Harap Makloong & terima kasut


>>__________<<


p/s: yer siapa kita tentukan org ini syurga org itu neraka. disini silapnya ... perlu satu-satu diperhitungkan kembali, kerana hari ini kita dewasa tanpa tuhan tanpa impian kerana esok mungkin dah terlalu lewat bagi kiamat yg telah ditangguhkan.


wat i can see but u cant?


wassalam

The Hobbit Frodo said...

oitttt encik norimo ...


ko jgn kuar entry yg wat aku stress nak piki. dah ajak aku tinggal komen kat sinin jemput jengah umah aku pulak ...

hassan said...

Miss jane said"
"siapa kita nak tentukan sapa masuk syurga n sape masuk neraka??"

Hala tuju pelayaran kita,kalau tak ikut quaraan dan sunnah,takkan tak tahu lagi.Masa ustad ajar dulu poteng sekolah ko ...cam tu tak tahu.

Hidup ni kena ada patrioti,jangan dok wat free thiking.

Orang kata budak2 tahu nak mengorat je.Tak tahu nak fikir politik lagi..tahu fikir duit

Nida said...

sALAM
Panas juga ye dalam ruang ni... sepanjang pembacaan saya kat sini, buat saya tersenyum sendiri melihat perbalahan antara saudara seIslam saya.... Beginilah, saya pun tak pandai nak berkata2 atau nak menaip ayat2 yang macam ala2 academic writing ni...but if I can't make it good, at least make it look good.... so just pendapat seposen je ni..

Bak saya pernah tulis dalam entri sebelum ni "Back to square one" ler.. tak kiralah where ever we now, kita semua masih bersaudara.. orang kafir laknat kat luar sana bertepuk tangan melihat pertelingkahan kita.

Mereka hanya menunggu masa untuk merampas kuasa dari pemimpin Islam untuk memerintah... Apa yg penting bagi saya selagi kuasa Sultan tidak dicabar dan selagi perdana menteri kita masih seagama dengan kita, kita perlu bersyukur.. kerana kita masih mampu melaksanakan suruhan Allah tanpa disekat... kita masih boleh dengar azan berkumandang, kita masih boleh sembahyang berjemaah di surau... lihat saja di luar negara, diskriminasi terhadap umat Islam masih berlaku...

p/s: just my humble opinion..I hope there are no hurt feelings.. sekadar pendapat biasa dari insan biasa...wassalam

miss jane said...

terima kasih buat tuan blog sbb sudi follow blog saya yg hina dina itu..xoxoxoxoxox

dsbbkn tuan blog dah follo sy,meh sy jwb apa yg en. hassan ckp kat ats ni

spnjg ingatan saya dan stakat pngetahuan sy yg cetek ni, saya masih ingat apa yg ustazah saya ajar semasa sy berada di tahun akhir pngajian saya di universiti tempat saya belajar

saya tanya ustazah saya dan soalannya lbih kurang begini

"ustazah, dlm keadaan politik negara kita sekarang dimana pmimpin kita tidak mngamalkan undang2 islam, apakah kita sbg rakyat wajib ikut pemimpin itu?"

ustazah saya tersenyum mndgr soalan saya dan dia mnjawab

Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)

dan beliau mngulas
"selagi pmimpin kita itu baik dan beri kita keselesaan dan hidup aman damai dlm suasana yg tenang tanpa kekacauan, kita wajib ikut perintah mereka selagi kita tahu mereka masih mngamalkan ajaran Islam

Ini bermaksud, kita wajib taat pd pemimpin selagi apa yg mreka buat itu mmbawa kpd kbaikan pd semua.

yg buruk, jgn lah kita ikut sbb kita tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah

lagi satu, saya bukan murid yg suke ponteng kelas dan tidak tahu apa die ajaran Islam Quran dan Sunnah malahan saya belajar lebih dari itu

en. Hassan knal saya secara peribadi kah nak tuduh saya macam2..

huhu..saya rasa en. hassan sendri pun tak tahu apa yg en. hassan perjuangkan...

marah???
silakan...aku tak kesah...

SELUANG said...

salam miss jane

sudah2lah tu... Jika anda anda masalah peribadi dgn encik hassan, di sini bukan tempat meluahkan segala.. Tahukah anda, tulisan anda akan dibaca oleh berjuta-juta orang...dan pembaca akan menilai anda.. Berfikirlah secara matang kerana kita sama2 bekas mahasiswa dan mahasiswi universiti. Bukan budak2 kindergarten lagi..

Saya rasa EN HASSAN faham senario politik malaysia bbanding anda.. Malaysia bukanlah terdiri daripada 70% pduduk yg beragama Islam... jadi sebagai pemimpin keadilan bg semua kaum itu penting, dan ini diamalkan oleh pemimpin kita sekarang...

Miss Jane... saya harap janganlah serangan peribadi dilakukan di sini kerana saya yakin anda juga seagama dengan en hassan, cara teguran anda agak kurang profesional dan tidak mencerminkan anda matang dalam membuat keputusan.. maaf kalau mengguris... terimalah dengan hati terbuka ye... kalau ia pun pun pemikiran anda cetek (sebagaimana yg ditulis oleh anda sediri), janganlah terlalu menunjukkan sangat kedunguan anda dalam tulisan2 anda itu... harap berfikir sebelum bertindak....

p/s: saya berada ditengah2 garisan, saya dapat menyaksikan kedua2 belah pihak.. mana yg taksub membabi buta.. mana yang lari dari perjuangan sebenar.. namun satu kita kena ingat..kita duduk di negara yg sama ..MALAYSIA.. jangan biarkan ia terlepas pd pemimpin bukan dari golongan kita... kelak binasda masa depan anak2 "Islam" dan "Melayu"..

SELUANG said...

Satu lagi Miss Jane sebelum saya mengundur diri..

"lagi satu, saya bukan murid yg suke ponteng kelas dan tidak tahu apa die ajaran Islam Quran dan Sunnah malahan saya belajar lebih dari itu"

harap selepas ini anda boleh sembahyang sunat taubat...ayat yang penuh kesombongan, ketaksuban dan keegoan pada darjah yg tinggi.. saya juga bersekolah agama..namun sentiasa merasakan diri kurang sempurna... tidak terniat di dalam hati untuk menunjuk-nunjuk apa yg saya miliki.. apalah sangat ilmu yg kita dapat berbanding ilmu Allah. tak usahlah nak bermegah-megah...

Saya percaya En. Hassan tidak akan marah pada tulisan anda kerana saya dapat merasakan beliau lebih matang berfikir dan bertindak berbanding anda...(melalui tulisan beliau saya berasakan dia seorg yg matang...).. malah mungkin tersenyum melihat sikap kebudak-budakkan anda itu...

Maaf..sekadar menegur mana yg perlu..harap terima dengan hati terbuka dan jangan marah2 ye....

Tengku said...

waduh aku keliru skrg... yg mana sbnrnya kaca? dan yg mana sbnrnya permata nie....

Na'im Nikmat said...

Dasar UMNO tidak Islam.
PAS mahukan Negara Islam,HUDUD,QISAS.
Tak nampak lagi mana Kaca mana Permata?
PAS pegang Al-Quran&As-Sunnah.
UMNO pegang apa bila PM terang menghina Islam.
Dalam solat kita baca Doa Iftitah tapi kita buatker apa yang kita baca yakni 'Hidup&Mati' untuk ALLAH?.
Ana tak pernah cakap ana benar tapi Al-Quran&As-Sunnah pegangan ana. Ana tak kisah nak panggil ana Ust mee celup ker atau apa2 sahaja ana tak kisah dan ana maafkan sapa yang kutuk ana.Kerana ana berjuang untuk Islam dan menentang kebatilan.Selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada dasar Islam ana akan tetap menentang dan terus menentang.

faizal said...

"Tanam padi dalam masa yang sama jangan lupa rumput pun tumbuh tetapi kalau kita tanam rumput jangan mimpi tumbuhnya padi"

padi=akhirat rumput=dunia


renung-renungkan...

aini said...

Faizal saudara islam,

"Tanam padi dalam masa yang sama jangan lupa membaja,merancun rumput rampai,serangga,tikus.Barulah padi kan mengeluar hasil yang baik".

Pakat2 gotong royong buang rumput,agar padi dapat dituai dan dapat dinikmati bersama seluruh 1Malaysia.

Mengapa Faizal kita tanam padi pada masa yang sama tabur benih rumput dan lepaskan tikus.Pastilah hasilnya tidak akan baik.Marilah bersama menjaga padi kita.

Untuk kita fikirkan...

Suria said...

Nida yang jauh di perantaun,

Nida said:
Panas juga ye dalam ruang ni... sepanjang pembacaan saya kat sini, buat saya tersenyum sendiri melihat perbalahan antara saudara seIslam saya...."

Maaf Nida jangan silap faham,diblog ini bukan tempat pembalahan,Cuma menglahirkan pendapat,penilaian di buat oleh kita semua.

Terpulang kepada individu nak ikut yang kaca atau permata.Semuanya berkilau tapi kaca mudah retak dan senang hilang seri dan juga nilainya rendah.

Nida seorang terpelajar pastilah dapat menilainya.......

Saya telah pergi ke blog awak,semuga awak terus berjaya menimba ilmu dan keluarga sentiasa diramati Allah.

Nida said...

Salam Suria...

Terima kasih atas pandangan.. saya terima dengan ikhlas...

"Perbalahan" itu takrifannya luas...jangan sempitkan pemikiran dengan dengan definisi yang satu... Pandang pada segala sudut dan ruang... Harap dapat terima idea dan pendapat saya...

P/s: Terima kasih kerana mendoakan kami di sini... saya tidak menuntut ilmu, hanya menemani suami meneruskan perjuangan PhDnya di sini... Saya turut mendoakan kebahagiaan Suria sekeluarga :-).. Salam jalinan ukhuwah...

Suria said...

wsl Nida,

Salah faham tadi maaflah ya,

Nida said:-
Mereka hanya menunggu masa untuk merampas kuasa dari pemimpin Islam untuk memerintah... Apa yg penting bagi saya selagi kuasa Sultan tidak dicabar dan selagi perdana menteri kita masih seagama dengan kita, kita perlu bersyukur.. kerana kita masih mampu melaksanakan suruhan Allah tanpa disekat... kita masih boleh dengar azan berkumandang, kita masih boleh sembahyang berjemaah di surau... lihat saja di luar negara, diskriminasi terhadap umat Islam masih berlaku..."

Ya betul Nida diluar negara diskriminasi terhadap umat Islam masih berlaku.Tapi yang hairannya di Malaysia kita ni orang Islam dkriminasi sesama Islam dan sangguh bersekonkol dengan kafir untuk menumbangkan kerajaaan islam.

Apa pandangan awak,sekadar berkongsi pendapat?

faizal said...

5C way of life

1.clear conception

2.strong confidance

3.consistant

4.concertrade

5.comittment


Indah
Selamat
Lengkap
Akhlak
Maju

Taubat
Amanah
Kualiti
Warak
Amalan meningkat

islam untuk semua manusia tanpa mengira bangsa.Maka dengan ini, persatuan atas dasar Islam haruslah diutamakan daripada persatuan atas dasar perkauman kerana Islam bukanlah hanya untuk orang arab, bukan untuk orang melayu, bukan untuk orang cina, tetapi Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia. Saidina Umar pernah menyebut bahawa beliau dimuliakan bukanlah disebabkan beliau berbangsa arab, tetapi disebabkan beliau memeluk Islam serta mengamalkan ajarannya.

kita????adakah kita mulia sebab kita melayu..

hassan said...

Ya betul ,kita Mulia kerana Melayu Islam.

Faizal,awak tak faham apa perkauman.Pas yang buat perkaumannya ,islam adalah untuk untuk pakatan dia je.Lepas tu tuding jari pada Umno yang buat perkauman.Tektif orang kafir tu.

PAS FOR ALL.

Jadi yang tak masuk pas tu kafir ke.
Faizal awak tengok Arab Saudi bangsa Arap yang memerintah tanah airnya sendiri .Kenapa bangsa lain Tok Arab tak bagi memerintah,bangsa Melayu Islam ada tinggal disana.

Bagitulah juga di di Tanah Melayu,orang Melayu kena memerintah takkan nak bagi Cina DAP.

Bersahabat sekalipun jangan lah sampai nak jual bangsa dan agama.Janganlah sampai tanak kita bagi buat kadang babi,jangan jual bangsa,jual agama kerana nak pengundi.

Nida said...
This comment has been removed by the author.
Nida said...

Salam Suria...
Bagi saya masing2 punya pandangan dari sudut yang berbeza dalam memberi tafsiran dan hujah...

Namun pada hari ini, senario apa yg telah Suria perkatakan banyak berlaku di Negara2 Arab... Islam sesama Islam bertelagah...satu pada satu pegangan agama yang sama...

p/s: salah faham tu adat manusia..takpe... apa2pun, selamat mengunjungi blog saya... dan salam perkenalan.... :-)

faizal said...

ketepikan soal parti sejenak..

hidup secara islam, berfikir secara islam,ikut peraturan secara islam dan seterusnya nikmati cahaya islam yang telah diberi oleh Allah kepada kita.

praktikkannya dan tanya hati..jika aku sebagai seorang islam..kepimpinan bagaimanakah yang aku mahu..yang penipu kah?? yang pembelit kah?? atau yang jujur dan islamik..

dan tanya lagi hati kita..adakah aku mengetahui cara-cara memilih pemimpin mengikut cara islam.jika tidak tahu..siapa tukang rujuk ku.. adakah pemimpin/imam yang zalim dan penipu ataupun pakar agama ataupun alim ulamak yang benar.

hassan said...
This comment has been removed by the author.
hassan said...

Ya,hidup secara islam betul yang faizal cakap .

Setiap rakyat mahukan pemimpin yang jujur dan islamik.

Faizal said:-

"dan tanya lagi hati kita..adakah aku mengetahui cara-cara memilih pemimpin mengikut cara islam.jika tidak tahu..siapa tukang rujuk ku.. adakah pemimpin/imam yang zalim dan penipu ataupun pakar agama ataupun alim ulamak yang benar."
..................................
Faiza siapa iman yang zalim/penipu?
Biasanya satu jari yang menuding kepada seseorang 3 jari menunding ke dirinya sendiri.

Pemerintah sudah ada pakar rujuk Majlis agama,mufti,ulama,pakar ,rujuk dari negara islam spt negara Arab dan banyak lagi.Malah dengan gulungan profesinal pun diambil ideanya.


Pemerintah tak ambil rujukan dari ulama yang mencarut,ulama yang berkepentingan peribadi untuk rujukan rakyatnya.

The Hobbit Frodo said...

BAIKLAH TAUN2 & PAUN2 SEKALIAN ~ MASILAH KITA MINUM DULU!!!!


>>________<<


SEKAIN SEKAPAN, HARAP MAKLONG

TERIMA KASUT BANYAK!


LARIXXXXXXXXXXXXXX

miss jane said...

salam...adoyaiii...

huhuhuhu..sila2..

minta maaf kerana seluang telah salah faham ngan ayat saya..

saya tidak berniat mninggi diri langsung tapi mnyampaikan apa yg saya bljr ....

malahan sy tidak knal en hassan pon..

kalo sy nk tunjuk pnyelewengan org pas kat tmpt saya ..sy blh tnjuk kat sini tapi sy tak mau mngeruhkn keadaan..

teruskan bg pnilaian yg salah pd saya ..saya terima..

tapi satu saya boleh kata,
tidak ade gunanya bergaduh walaupun berbeza pahaman kerana kita masing2 dihitung dgn satu bnda yg sama...

sekian...

Allah lbih tahu apa yg tersirat dlm hati setiap makhluk

last comment..

harap maklum..

Na'im Nikmat said...

Akhi Faizal mari sama2 kita doakan supaya mereka2 ini terbuka pintu hati dan membuangkan sikap Asobiyah dlm diri mereka hasil tarbiyah UMNO hampir 50tahun lebih..Fikiran mereka menjadi semakin sempit hinggakan apa sahaja yang PAS bawa dianggap ekstremis dan apa sahaja dibawa UMNO betul..Islam itu Ad-DEEn wahai saudara2ku jangan ingat ana hanya berpolitik jgn sempitkan fikiran,Ana tak suruh antum sokong PAS ana hanya suruh anta semua dan UMNO kembali kepada dasar Islam 'Simple as that'.Islam nothing else but Islam,Just Islam. Is that so hard to understands....

Amirul said...

Tuan Na'im,Tuan Faizal,

PAS berjuang lebih 5O tahun untuk menumbangkan UMNO,satu janka masa yang panjang anta.Tapi belum berjaya.

Mestilah ada sesuatu yang tidak betul,suara majoriti hendalah dituruti.

Anta perlu berhijrah dari PAS kepada UMNO.Marilah kita bersama pemerintah sekiranya tidak berpuas hati kita bersama perbetulkan dari dalam.Ajak sekali puak kafir DAP supaya taat kepada pemerintah.

Negara kita dalam susana aman ,tiada alasan nak menumbangkan UMNO,sayangkan islam dan tanah air kita,

Ana mendoakan tuan-tuan terbuka hati kepada pemerintah.

Na'im Nikmat said...

Ya akhi PAS tidak berjaya kerana insan2 seperti anda yang terkeliru dengan dakyah2 yang UMNO terapkan selama 50tahun ini.Anda dan ahli2 UMNO menafikan yang Haq. Adakah didalam Islam ALLAH menyuruh kita ambil apa yang kita suka dan buang apa yang kita tidak suka.Itulah UMNO mereka ambil yang mereka suka tapi pengharam Rasuah,Riba,Judi DLL mereka tak buat. Apa perjuangan anta akhi Amirul??? Berlainan dengan PAS yang mahukan Islam yang sempurna untuk menjadi Ad-Deen bukan sekadar untuk adat-istiadat yang dilakukan UMNO. Ini yang dikatakan 'Sudah Terang Lagi Bersuluh' ya akhi. Jadilah Insan yang mengambil Islam keseluruhan bukan sekular seperti UMNO......

Amirul said...

Ya saudara islam Na'im,

Pemerintah telah membenteras rasuah dari dulu hingga sekarang,lihah statitik sudah berapa ramai telah ditahan SPR.Pemerintah sentiasa menambak baik dari hari kehari dalam pentadbirannya termasuk pentabiran dalam pakatan rakyat yang mentadbir beberapa negeri dipantaunya sekali.Bagitulah juga dalam pencegahan maksiat.

Tuan Na'im tidak adakah satu pandangan baik dalam pemerintah di mata tuan?.

Bagaimana media masa pemerintah ada ruangan agama semata untuk bagi kesedaran kepada rakyat.Ramai pelajar islam dihantar ke negara Arap untuk mendalami ilmu agama,supaya kembali membawa ilmu agama untuk dimaafkan bersama.
Tak habis nak cerita kat sini.

Tuan juga harus sedar,tuan sendiri mendapat ilmu pelajaran dari dasar pemerintah yang diterajui umno sejak 50 tahun dulu lagi

Islam ditambah baik oleh parti pemerintah setiap hari.

Manakala Pas hanya penjuagan mahu kan kuasa dan sangguh memmecahkan bangsanya dan agamanya sendiri.

Saya rasa perjuangan pas tidak kemana,bagaikan pungguh rindukan bulan.Bila nak sampai ke bulan melainkan merenung dan menghayal dari dahan pokok sahaja.

Saya percaya orang spt tuan,amat sukar untuk melihat pemenrintah secara positif kerana telah sebati.Macam penagih dadah perlukan pemulihan.Setahun dua tahun tak cukup untuk pulih.

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Amirul,ana mula kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah semasa kenal dengan PAS, disitu ana ditarbiyah dan mengerti erti Islam yang syumul.Dan situ juga ana nampak kerosakan yang Pemimpin2 UMNO lakukan.Oleh kerana sayangkan anak bangsalah ana bangkit menentang kerosakan yng UMNO lakukan.Lihat sahaja anak2 muda dikota2,rosak akhlaknya.Mereka lebih kearah barat. Maksiat dilakukan tanpa segan dan silu.Arak boleh dibeli dimana2 kedai serbaneka 24Jam.Kondom bertaburan ditepi2 pantai.Anak2 luar nikah dibuang merata2.Bohsia,Bohjan,Mat Rempit bersepah disana-sini siapa mereka? Anak muda Melayu Islam yang lahir dari didikan 50tahun UMNO....Sudah terang lagi bersuluh..Selepas ini apa lagi yang ingin akhi Amirul katakan..Tolonglah sebagai orang Muslim berfikir dari sudut Islam tentang mudarat yang UMNO lakukan kpd org Islam di Malaysia..Mengakulah UMNO sudah rosak dan bakal hancur..

Amirul said...

Ya Tuan Na,im sandara islamku,

Kerosakkan aklak anak muda yang tuan katakan adalah tanggujawab semua umat islam tidak kira parti mana.Tidak kira anak orang pas atau anak umno.

Kalau tuan kata banyak maksiat,apa tindakan tuan Naim,hanya lihat sahaja dan tulis dalam blog.Kalau takut... tolong lapur kepada pencengah maksiat tempat tuan tahu tu.

PAS pandai demotrasi ISA je,kenapa tak buat demotrasi cegah maksiat di kawasan yang dikenal pasti.Biar polis tangkap kerana mencengah maksiat.

Jangan anta pandai bercerita je,bersama mencengah maksiat lupakan parti dalam menghapus maksiat.

50 tahun pas pusing modal sama je,pi mai pimain tan tu juga.

Tak nampak ke pemerintah cegah maksiat tuan Naim ni.Hari2 Tv tunjuk gambar Gro kena tangkap.Muda mudi dihukum oleh makamah syariat.

Polis membuat sembuan sarang maksiat tiap2 hari,,,lihat 999.Faham saja bila rakyat melebihi 26 juta,macam2 boleh berlaku.Tambahan puak pas pandai koplem tak pandai nak cengah.

Tuan Naim Arab saudi pun ada maksiat juga,tapi pemerintah buat pencegahan .Cuba sebut negara islam mana tak da maksiat.Negeri Kelantan yang Pas perintah ko 100% bersih masiat.Cakap pada orang buta pun dia gelak.

OK tuan Naim macam mana pAS nak cengah maksiat seandainya dapat memerintah,cuba cerita pada saya.

faizal said...

betul tu amirul..

UMNO dah banyak jasa..

contoh jasa UMNO adalah isu sebat kartika,isu natrah,isu memali,isu Teo Beng Hock,isu PKFZ,isu Perwaja,banyak sangat nak tulis..

dari segi pembangunan pula seperti Genting,Bandar Bukit Bintang,Chow Kit,Lorong Hj Taib dan banyak lagi

dari segi jenayah pula..politik wang,rogol dan meraba,salahguna kuasa dan banyak lagi..

terima kasih UMNO sebab dah beri jasa yang terlalu banyak.Jasamu akan dikenang.

aini said...

faizal ketayap hijau,

Kenapa tak cerita pemerintah buat beribu masjid,pusat tasfiz,rumah anak yatim,pondok moden.

Pusat penagih dadah,kem tahanan ISA,balai polis........

Yang paling besar jasa UMNO memantau dari puak pas jual Malaysia ke bangsa lain dan memusnahkan bangsa Melayu sebagai ketuanan dan agama islam .

Syukur faizal negara kita aman damai,jika dibandingkan dengan selatan Thailand.Tok lebai dok kedai kopi pun kena bom.Ustad nak pergi buat takzirah pun kena bawa pistol untuk keselamatan diri.

Tak payah tunjuk contoh negeri jauh faizal!!!!!

Pas memerintah tak nampak apa beza pun.Cakap pandai tindakkan kosong he..he....

Cam na kedai nombor ekor kat Selangor pas tutut ke belum?Nak pru13

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Amirul, soalan anta sangat mudah untuk dijawab..
Jawapannya Undang2 Islam yakni Hudud yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. UMNO tak mahu buat walaupun mempunyai kuasa selama 50 tahun untuk berbuat demikian tapi kenapa tak mahu buat HUDUD? Soalan ana untuk akhi Amirul. Di dalam Al-Quran sudah terang2 menyatakan barang siapa yang tidak mahu menegakkan Hak ALLAH, maka mereka tergolong dalam golongan Kafir@Kufur. Jawapan telah diberi sila beri jawapan akhi Amirul pula mengapa UMNO yang mempunyai majoriti didalam Parlimen tidak mahu menjalakan HUDUD&QISAS??

Ana sudah tahu jawapannya.Jawapan ada didalam keratan sebuah akhbar yang berbunyi 'Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan' (Kenyataan Dato Seri Najib Tun Abd Razak pada 20hb April 1993) Sudah terang lagi mahu bersuluh akhi Amirul

Na'im Nikmat said...

Salam saudari Aini, di Kelantan Kerajaannya berjaya mengharamkan Riba,Arak hanya dijual ditempat tertutup,setiap hari jumaat Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan memberi kuliah agama yang dihadiri beribu-ribu rakyat Kelantan.Panggung wayangnya memisahkan laki2 dan perempuan dan diKelantan juga peniaga yang berjaya disana rata2nya orang Melayu Islam.Memang berbeza dengan negeri-negeri lain itu hakikatnya.Mereka sangat menghormati Ulama'.

aini said...

Salam berlapik tuan Naim,cakap biar bertapis,lebai jangan cakap ikut sedap dimulut...

Ya betul,bandar KB tidak lah terlalu bersar.Malah muda-mudinya ramai berada di luar Kelantan.Menjadi penghuni di kota Metropolitan.Lagipun Kelantan sempadan dengan bandar Golok ,Thailand iaitu kota maksiat....tempat orang jual orang.
Rakyat mana yang meceriakan kota maksiat tu....takkanlah orang Johor..org Pahang.

Ok tuan Naim,bagaimana di Selangor negeri termaju di Malaysia.Kenapa PAS tak buat sama macam Kelantan..kan pas yang memerintah.Mengapa ditangguh nak tutut kedai dan kilang Arak,kedai nombor ekor,kelab malam,panggung wayang diasingkan dengan lelaki perempuan. Sila jelaskan,bukankah rankan kongsi kafir yang membuat bantahan...tanya yb Hasan Ali.

hassan said...

Ala Naim,

gi bila kelantan,ana tahu kelantan dia banyak kampung Siam,kampung Cina.

Jadi budak muda Melayu Islam,dok minum tuak masam dalam kampung Siam/Cina.

Tak payah terberang kat ana lah.Pandai cerita molek yang tak tak molek ditututnya.Ni perangai lebai PAS.

Maaf ya Naim,terkasar sikit

SELUANG said...

Betul tu Aini..

Kemana pemuda pemudi kelate...dok buak (buat) maksiat kat negeri ore (orang).. sebabnyo(nya) mereka dok pakak (pakat) ghama2 (ramai) gi cari rezeki luar kelate...

Pas dok leh bangunke kelate, tu ye jadi gitu...

Na'im Nikmat said...

Alhamdulillah antum semua dah komen kecuali akhi Amirul.Saudari Aini yang dihormati Selangor bukan diperintah oleh PAS.MB Selangor ialah YAB Dato Khalid Ibrahim diharap jangan terkeliru.Dan Arak kini diSelangor diberi pemantauan penuh,jika dulu Arak dijual secara terbuka dikawasan Melayu kini Arak hanya dijual dikawasan majoriti bukan Islam dan Ummat Islam dilarang membeli jika ada peniaga yang menjual akan diambil tindakan untuk pengetahuan saudari Aini hanya Kelantan sahaja yang kini menghalang sepenuhnya penjualan Arak kpd ummat Islam.Dan untuk pengetahuan semua bukan 100% orang Kelantann orang PAS.Dan yang tak elok perangai seperti yang antum semua bagi contoh ialah penyokong UMNO jadi jangan salah faham wahai saudara2ku.Kalau nak tahu KB mall dikelanatan adalah antara Pasaraya yang termaju diMalaysia misti antum semua tak tahu dan tak mahu ambik tahukan.Salahkah orang Kelantan berhijrah??

SELUANG said...

Mana buktinya saudara Na'im:

"Dan Arak kini diSelangor diberi pemantauan penuh,jika dulu Arak dijual secara terbuka dikawasan Melayu kini Arak hanya dijual dikawasan majoriti bukan Islam dan Ummat Islam dilarang membeli jika ada peniaga yang menjual akan diambil tindakan"

Kelakarnya ayat ni, main pakai serkap jarang jer, macam anta tu elok sangat perangai... ana pun sama..mengata dulang paku serpih, kata orang ana yang busuk hati lebih dari orang (terimlah hakikat wahai saudaraku):

".Dan yang tak elok perangai seperti yang antum semua bagi contoh ialah penyokong UMNO jadi jangan salah faham wahai saudara2ku"

Ayat ni lak, boleh saya tahu puncanya dapat dari mana, ke main sedap tulis... copy paste sikit bukti-buktinya, duit keluar masuk ke, akaun keuntungan ker..ke ana main hentam je, taip je ler labu:

".Kalau nak tahu KB mall dikelanatan adalah antara Pasaraya yang termaju diMalaysia misti antum semua tak tahu dan tak mahu ambik tahukan"

Amirul said...

Salam SEMUT tuan Naim,

Naim said:
"Alhamdulillah antum semua dah komen kecuali akhi Amirul.Saudari Aini yang dihormati Selangor bukan diperintah oleh PAS.MB Selangor ialah YAB Dato Khalid Ibrahim diharap jangan terkeliru."

Tuan Naim,bukankah PAS memerintah bersama pakatan PR dan DAP kafir.Khabar ke tuan.

Bila dibangkit isu maksiat kat Selangor,tak mengaku perintah Selangor.Kesian pada TS Khalid Ibrahim.PAS lepas tangan....

Tuan Naim bila perintah bersama tempias jatuh kepada bersubahat bersama ya...akhi Naim.

Usah berdolak dalih,orang sekolah semua sekarang ni.eek..mana kawan baik tuan Naim Faizal...dah lari ko

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi terima kasih atas hujah2 saudara2ku semua. Bagus ini menunjukkan antum semua bukan sahaja buta politik tapi juga buta agama. Ana tidak memberikan hujah dengan omongan kosong.
1.Selama 50thn lebih UMNO/BN menjadi kerajaan diSelangor dan selama itulah arak dijual secara berluasa.Orang2 Islam disana bebas membeli arak ini diakui oleh pekerja kedai serbaneka 24jam sendiri dan mereka sendiri malu dan menanggung dosa bersubahat.Tapi itu dulu kini YB Hassan Ali yang memegang jawatan Exco agama diSelangor membuat tindakan berani merampas arak2 yang dijual dikawasan majoriti Melayu.Kemudian tindakannya telah menjadi kontroversi kerana campur tangan YB dari DAP yang menyuruh beliau memulangkan semula arak2 yang dirampas.Namun ada hikmah disebalik itu.Kini baru rakyat Malaysia tahu yang perlembagaan Malaysia tidak pernah mengharamkan penjualan BEER dan tidak salah BEER dijual dimana2 pun.(Siapa yng meluluskan perlembagaan ini sila tanya YB2 UMNO yang menjadi majoriti di Parlimen).Jadi YB dari DAP sebenar hanya mengikut perlembagaan yang diluluskan UMNO. Hikmah disebalik peristiwa ini MB Selangor YB Dato Khalid Ibrahim telah membuat pindaan undang2 supaya tempat2 yang majoritinya Islam mengurangkan penjual arak.Dan peniaga yang menjual arak kpd org Islam akan diambil tindakan.Paling istimewa Imam,Bilal dan qariah masjid diberi kuasa untuk memantau dan menangkap org muslim yang membeli dan meminum arak. Kenapa ini semua tiada selama 50thn lebih pemerintahan UMNO di Selangor?Mengapa? Dan mengapa kerajaan UMNO/BN tidak mengharamkan penjualan Arak sedang mereka mampu berbuat demikian selam 50thn berkuasa diSelangor dan kini masih berkuasa di Malaysia?Sila jawab saudara2ku? Jadi jawab salah siapa semua kerosakan yang berlaku diMalaysia?Adakah kita hanya akan menuding jari kepada YB2 UMNO atau menuding jari kepada mereka yang memilih pemerintahan yang tidak mahukan Islam?Sila jawab ya akhi?Bagilah hujah antum ana akan sentiasa akan menghadapinya dan semoga ALLAH memberi ana kekuatan berdepan dng hujah2 akhi.

Na'im Nikmat said...

Kalau antum semua nak bukti tentang Kelantan antum semua pergilah kesana InsyaALLAH antum akan berjumpalah dengan buktinya.Kalau belum pergi jangan cakap ana ni menipu sebab antum semua belum pernah kesana.Kelantan adalah satu2nya Negeri yang mempunyai hutang yang paling sedikit di Malaysia tak percaya antum tanya Menteri Kewangan jangan lupa tanya negeri mana yang paling banyak hutang. Dan tanya PM Negeri mana yang mula2 memperkenalkan cuti hari 2kali seminggu pada kakitangan kerajaan juga Negeri pertama yng memberi cuti bersalin selama 2bulan kepada pekerja wanita kakitangan Kerajaan? Nak tahu jawapannya apa, itulah Negeri Kelantan Pimpinan Ulama' yakni Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Takbir!!!!ALLAHUAKBAR!!!!Hidup Islam!! Minta maaf jika ada terkasar bahasa atau ada tulisan yang menyinggung perasaan saudara2 semua.Ana bukan mahu bermusuh tapi hanya menasihati itu sahaja.Wasalam..

Frodo Baggins said...

Naim ~ jom g dangdut ...
((budak UMNO akan kata macam ni))


Naim ~ jom g mesejid
((budak PAS/PKR akan kata macam ni))


itulah persepsi kau dalam diam yg aku nampak ... seems Naim bg hujah yg "merangsang" ... betul aku x tolak. Tapi hujah yg lain juga benar dan aku x buang. soalnya adakah setiap sorang yg berhujah dlm ni mencernakan bicara setiap org yg keluarkan pendapat?


DAh lerr tu, prinsip aku mudah ... x semua org baik dan tak semua orang jahat. tak semua PAS baik, x semua UMNO jahat begitu jugak sebliknya. Tapi kita masing2 prejudis...


ULAMA?? yer ustaz Harussani mmg ulama yg berkaliber. wa tabikk spring. tiada ayat yg BUSUK pnh kuar dr mulut beliau ... :)


Oitttt, jom masuk blog aku pulak. muhahahaahaha.

>>__________<<

Amirul said...

yA saudara Pas taksud,

Ana tak mahu bercakap banyak,Cuma nak tahu bila PAS nak tutup kat Selangor

1. kelab malam/dandud nak tutup
2.kedai nombor ekor nak tutup
3. kilang Arak kat Selangor nak tutup
4. nak tutup sekali tempat kawasan Cina boleh jual arak,sebab orang islam ketagih arak akan pergi beli atau minum di kawasan Cina.Tutup 100% tak perlu ada kawasan arak.
.................................

Naim said:
"Kelantan adalah satu2nya Negeri yang mempunyai hutang yang paling sedikit di Malaysia tak percaya antum tanya Menteri Kewangan jangan lupa tanya negeri mana yang paling banyak hutang."

Negeri yang tak da hutang,dimana kerajaan Pas tak pandai memerintah.Hutang untuk pembangunan.
Sebab tu negeri paling mundur tak pandai nak berhutang untuk buat pembanggunan.Kesian rakyat Kelantan merata cari rezeki negeri orang.

PAS tipu rakyat sikit2 sudahlah.

Walau apa sekalipun ana tetap bersama pemerintah yang dalam perubahan kearah yang lebih baik dari hari ke hari.Rakyat hidup aman damai.Manakala Pas bagaikan cacing kepanasan sekarang dengan kebangkitan gelobang biru.

Hidup Umno.....Hidup Umno

Na'im Nikmat said...

Saudara Amirul berhujah tidak menggunakan fakta tapi emosi membuatkan ana berasa jemu dan muak.Menunjukkan sifat2 fanatik UMNO yang melampau.Cukup setakat ini buat akhi Amirul jika hujah akhi Amirul hanya berdasar emosi tapi buta politik.Tanpa majoriti diParlimen tiada perlembagaan pun dapat dibuat melainkan persetujuan majoriti yakni pemimpin2 Islam didalam UMNO jika mereka mahu melihat Negara ini berpaksikan Islam.Inilah susahnya bila saudara Amirul kita ni buta perlembagaan sekaligus buta politik.Kesian dengan pemuda dan pemudi UMNO ditipu hidup2 dengan pemimpin mereka yang tak mahukan Islam.Kemudian mereka membela kebatilan yang terang2 berlaku didepan mata mereka.Ana doakan supaya akhi Amirul sedar apa yang akhi Amirul perjuangkan bukan Islam tapi Sekularisme.Sedih melihat anak bangsaku bodoh dalam politik dan agama...........

Amirul said...

Ya saudara Pas Taksud,

Tuan Naim,ana berada dilandasan yang betul mengikut pemerintah dan berpijak dialam nyata.

Tinggalkan cerita-cerita mengarut anta.

Sekali lagi ana menganjak anta berhijrah kepada parti pemerintah.

Ana nampak anta fikiran mula menrancai dan perlu diselamatkan.Sudah menjadi tugas ana sebagai saudara islam untuk mengembalikan saudara yang salah faham dengan pemerintah.

Ana sayangkan anta,tapi apa boleh anta seolah-olah tetutup pintu hati,hanya mampu ana mendoakan semuga Allah memberi pentujuk kepada tuan.

Tiada gunanya kita bertekar sesama islam nanti orang kafir sahabat tuan bertepuk tangan.

Ana tak mahu lagi bercakap yang boleh menguris hati saudara islam.Biar apa pun tuan nak kata apa ana tetap maafkan,hanya Allah yang maha mengetahui hati tuan.

Na'im Nikmat said...

Apakah kerana Ana mahukan Negara Islam anta tuduh fikiran ana merancai dan perlu diselamatkan?
Saudara Amirul lihatlah apa yang telah saudara Amirul putar belit,ana inginkan Negara Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,ana membawa slogan Hidup Islam dan ALLAHUAKBAR anta mengatakan ana perlu diselamatkan Nauzubillahiminzalik....
Sedarlah apa yang telah saudara Amirul perjuangkan yakni Hidup UMNO manakala Ana memperjuangkan Islam bukan PAS tapi Islam.PAS hanyalah medium ana. ALLAH menyuruh kita mengambil Islam secara keseluruhan saudara Amirul bukan tangkap muat sahaja.

Firman ALLAH S.W.T:
Firman ALLAH S.W.T
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah At-taubah ayat 23)

Sebab itu ana menentang UMNO.Fikirkan sebelum mengeluarkan perkataan.Jika ilmu tidak cukup didada eloklah diam sahaja ya akhi. Fikrkan sejenak mengapa kita dilahirkan ke dunia yang fana ini yakni untuk menjadi khalifah ALLAH dimuka bumi untuk menegakkan Hak-Hak ALLAH S.W.T

Firman ALLAH:

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-An'am ayat 165)

Apakah ertinya jika kita tidak mahu melaksanakan hak2 ALLAH? Kufur dan kafirlah kita!!

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".

Doa ana semoga antum beroleh Rahmat dari ALLAH S.W.T

Nurimo said...

Sahabatku,tak kiralah siapa yang makan cili.....

Dalam perjuangan hendaklah banyak bersabar.Jangan mudah marah.

Dalam usaha menghadapi kafir,islam dengan jelas telah mengariskan beberapa spt.tercatat dalam Al-Quran.Antaranya ayat-ayat yang bermaksud:

Diwajibkan ke atas kamu berperang.Padahal berperang itu suatu yang kamu benci,boleh jadi kamu membenci suatu benda padahal ia itu baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah,ayat 216)

Untuk renungan bersama.....

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi cuma nasihat ana tidak pernah marah kpd akhi Amirul.Semoga kita semua mendapat Rahmat itu doa ana buat antum InsyaALLAH..