Search This Blog

Loading...

Followers

Monday, October 26, 2009

Gerhana Bulan







Sejak akhir-akhir perbagai cerita timbul yang tidak sedap dihalwa telinga tetang politik orang Melayu.Orang Melayu telah berpecah kepada 2 parti terbesar,parti Dacing dan parti Bulan.

Tapi sayang pula Melayu dalam parti Bulan ada pula beberapa puak yang boleh membuat gerhana dalam parti itu sendiri dan berpecah lagi Melayu Islam kalau terus dibiarkan.

Isunya sekarang dalam parti Bulan wujud puak-puak yang mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan UMNO sebagai mewakili orang- orang Melayu,berjasa dalam perjuangan umah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain 1Malaysia.Puak ini lebih liberal dan jauh disudut hati mahukan penyatuan Melayu dan dapat hidup penuh muhibah.Meraka ini sentiasa mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpanduan,mirip kepada kerjasama.Kerana mereka faham parti PAS adalah sebuah parti politk.

Lain pula puak yang satu lagi dalam PAS, yang tak mahu langsung berkerjasama dengan UMNO untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kepentingan politik mereka.Golongan ini apa UMNO bagi dia ambil,sebab dia berangapan apa umno bagi hasil duit rakyat,cukai yang dibayar oleh rakyatSetiap yang memerintah dia kena bagi pada rakyat tanpa pilih parti.Apa sekali pon jasa UMNO , agendanya tetap nak tumbangkan UMNO.Kalau UMNO berubah seribu kali pon dia tak ambil peduli.Kalau orang kata fanatik dia orang marah.

Ada satu lagi puak yang dipanggil "orang atas pagar",walaupun ianya selalu kelihatan dengan puak ketayap hijau mereka ini tidak banyak cakap,mereka bergaul dalam semua kumpulan tidak kira dengan orang UMNO pon.Majlis umno dia tidak ketinggalan malah kelihatan sering duduk semeja di kedai-kedai kopi.Mungkin mereka ini mahu melihat perubahan dalam umno dulu.


Inilah yang rakyat harapkan

92 comments:

a kl citizen said...

bilakah akhirnya?

Nida said...

Salam;

Sayu membaca n3 ini. Terbayang nasib dan masa depan anak2 Melayu + Islam kita pada masa akan datang...

Semoga ada jalan keluar bagi setiap kemelut yang berlaku, Insya Allah umat Islam akan terus bersatu... tapi yang penting perlu bersihkan hati dan betulkan niat. Tolak tepi kepentingan politik kerana kepentingan agama dan bangsa perlu didulukan... Insya Allah (Sekadar pendapat biasa dari insan biasa)

faizal said...

mustahil minyak boleh bercampur dengan air

kecuali kedua-dua unsur tersebut kembali kepada asal iaitu air kelapa.

air kelapa jika dimasak akan menjadi minyak dan bercerai dengan air..ini adalah punca perpecahan jika difahami dengan teliti..sbgai contoh sistem sekular dan kapitalis akan memecah belah orang islam dan menjauhkan islam dari kita.

kesimpulannya islam akan berpadu jika semua orang islam kembali kepada asal iaitu kembali kepada cara hidup islam sebagai contoh jika si pemabuk dan imam mustahil nak berkongsi satu impian.Si pemabuk wajib kembali ke landasan yang sebenar dan mengikuti imam untuk berjemaah..

paling mudah ubah dasar kepada islam..insyaallah islam tertegak..

aini said...

Salam faizal,

Memang betul mustahil minyak takkan bercampur dengan air.Bila bercampur tak jadi air tulen lagi.

Tapi kenapa nak dicampur minyak (DAP)dengan air(pas).

Sedangkan air mineral(UMNO)yang elok sudah tersedia untuk diminum.

Kita berada di negara islam,tiada alasan untuk semua orang nak memecahkan lagi.Melayu islam dah berpecah 2 UMNO dan PAS.Tapi PAS sekarang ni pecahkan lagi puak dia.Macam mana ni tak boleh seiring dan sejalan.

Betulah kata orang Parti pecah belah,Dalam umno dia nak tumbangkan malah dalam puak dia sendiri pun dipecahkan juga.Macam mana rakyat nak caya ,ya faizal.

Marilah kita berjemaah bersatu dalam Umno demi hari depan untuk bangsa kita dan islam.

Sekadar pandangan saya

hassan said...

Faizal PAS yang dihormati,

Awak sepatutnya tolong jelas dalam blog ini supaya semua puak pas kembali BERSATU kepada UMNO ,bukangnya suruh orang tumbangkan UMNO.Bila Melayu bersatu islam dapat diteggakkan dengan sempurna.Cara PAS tak betul.Nak teggakkan islam dengan cara pecah rakyat dan ambil kafir yang tidak taat kepada pemerintah buat sahabat atau penasihat.

SELUANG said...

Dah ler.. tak payah nasihatkan Faizal lagi.. mata dia tu dah buta dek rembulan yang gerhana tu... kena cucuk dengan roket DAP pun je juga..

vacation said...

mantab lah

Suria said...

Abg Seluang,

Kalau geram pada Faizal pas,janganlah dok tembak kuat sangat,dia tu pas dah sebati jadi perlu masa sikit dia nak kembali ke umno.

Apa yang saya rasa tak puas hati adalah soal isteri pemimpin umno tak mahu pakai tudung lagi.Islam dilaukan oleh suaminya.

Inilah yang terbuku dihati rakyat,UMNO telah berubah isteri tak berubah maksud saya pakai tudung.Wanita islam wajib tutup aurat,tiada satu pun hadith membenarkan.

Kata setengah rakan umno,itu peribadi dia.Bukankah pemimpin melalui teladan.Itu peraturan islam tak payah cakap banyak.Nak jawab apa alasan di Masya nanti.

Kalau isteri PM pakai tudung ,semua isteri menteri lain turut serta.Malah kak Rosmah kena kenpen supaya rakyat islam bertudung.Tapi nak kempen cam mana kalau kita sendiri tak pakai.

Tudung kepala pun ada kesan juga pada pengundi suami atau umno.

Saya orang UMNO,tapi tempat kena tegur ,rakyat berhak tegur.Jangan jadi macam Puak PAS tak boleh tegur langsung walaupun benda tak betul.

Luahan hati rakyat

setiya said...

gi ngomongin politik ya

faizal said...

Jom kita perjuangkan tidak kira apa-apa ideology sekalipun

1. Membentuk peribadi Muslim
2. Membentuk rumahtangga
dan keluarga
cara islam
3. Cara hidup Islam
4. Menuju kepada negara Islam
5. Menuju kepada pemerintahan
islam

InsyaAllah kita akan berjaya mempraktikkan pemikiran dunia jambatan akhirat.

aini said...

Jom faizal,saya sokong awak bersama nak perjuangkan islam,tapi awak jangan berselidung di sebalik penjuangan agama untuk poltik parti PAS yang awak senangi.

Awak harus berjuang dari dalam parti pemerintah.Lagi pun parti PAS dalam gerhana.Ideologi PAS pun semaking hari keyakinan rakyat semaking hilang.

Setuju tak faizal...atau awak bermain politik dengan saya.
Kalau betul kata awak syukur kepada Allah awak telah sedar.

Marilah bersama perjuangan islam tanpa ideologi PAS,demi anak bangsa kita 1Malaysia.

Suria said...

Salam Nida yang jauh di NZ,

Nida said:

"Tolak tepi kepentingan politik kerana kepentingan agama dan bangsa perlu didulukan... Insya Allah ".

Kita tidak boleh lari kalau nak perjuangkan bangsa dan agama hendaklah bersama politik.Apa yang saya nampak awak berada di jalan tengah.Mengapa ragu-ragu.

Nida,pilih mana satu ladasan dalam perjuangkan bangsa dan agama, melalui parti mana yang awak suka dan percayai untuk hari depan anak2 kita.

Terima kasih Nida kerana tidak lupa tanah air kita.

Cik Cookie said...

I zipp my mouth.

Llalallalalalala

Nida said...

Salam Suria

For your information I am free to make my own decisions and my own comments...I'm not on the hedge but i'm already over the hedge... bak kata orang ler "Undi adalah rahsia", so I just keep my mouth shut..

My comment can be win win solution to any situation and any party... Got it????

p/s: If you like my comment yg seposen tu you can paste it in your blog or Fb with my pleasure..:-)

Na'im Nikmat said...

Salam ya Akhi,tersangat mustahil orang2 akan bergabung dengan Munafik yang menjual agama dengan harga yang murah...Mustahil....Presiden PAS telah memberi keputusan muktamad bahawa tiada lagi isu 'Kerajaan Perpaduan' Isu itu hanya dibangkitkan untuk kerajaan BN yang dahulu yang diteraju Pak Lah.Kepada Najib mintak maaf banyak2 tiada perpaduan dengan Kerajaan Korup 1Malaysia..Muktamad

Na'im Nikmat said...

Salam ya Akhi,tersangat mustahil orang2 akan bergabung dengan Munafik yang menjual agama dengan harga yang murah...Mustahil....Presiden PAS telah memberi keputusan muktamad bahawa tiada lagi isu 'Kerajaan Perpaduan' Isu itu hanya dibangkitkan untuk kerajaan BN yang dahulu yang diteraju Pak Lah.Kepada Najib mintak maaf banyak2 tiada perpaduan dengan Kerajaan Korup 1Malaysia..Muktamad

aini said...

Salam Tuan Naim,nampaknya tuan berada dikategori ke 2 dalam politik PAS iaitu kelas FANATIK.

Kategori inilah yang paling keras hati,pintu hatinya tetutup kepada cahaya terang untuk umat islam.

Dalam politik jangan mudah kata MUKTAMAD,keputusan boleh berubah bila-bila masa.Lagipun kita dalam PAS masih ada kumpulan liberal dan orang atas pagar.

Mereka ini orang yang mempunyai semangat perpaduan bangsa dan agama demi masa depan anak cucunya.

faizal said...

Anak cucu kita akan senang tanpa perompak,perasuah,munafik dan pembelit.

Anak cucu kita akan berbangga kiranya pemimpin kita adil dan bijak

Anak cucu kita akan aman jika undang-undang menjadi penyelamat bukannya disalahguna oleh tangan ghaib yang hina

hassan said...

ya betul faizal,kita tidak kira mana-mana dari pentadbiran parti ya.

Itulah yang kita harapkan.

Tapi setiap kesilapan dalam pentadbiran boleh betul balik.

Alangkah baiknya sekiranya bangsa Melayu bersatu.

Alangkah baiknya sekiranya tiada pemimpin yang memecah bangsa Melayu Islam.

Alangkah baiknya sekira ulama bersama pemerintah menyatukan umat islam.

Alangkah baiknya ulama tidak dipengaruhi orang kafir yang menentang islam.

Alangkah baik ulama tersedar dirinya diguna oleh puak kafir.

aini said...

Nik Abduh bidas sesetengah ahli Pas

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas sesetengah ahli Pas yang dilihatnya hanya berani menulis dan menyampaikan pandangan di dalam blog sahaja.

Malangnya, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, mereka itu hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar kata-kata untuk mewujudkan kecelaruan sesama manusia.

''Mereka juga tidak berani berkata benar, apatah lagi akur pada sesuatu yang benar.

''Jika anda gian sangat nak menulis, tulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur, yang memberkati anda dan kehidupan manusia,'' katanya dalam blognya di http://nikabduh.wordpress.com.

faizal said...

Tiada perpecahan pun..tidak seperti yang digembar-gembur oleh media dan UMNO..

rakan-rakan saya ada yang pas,umno,pkr,dap,mca dan mic

tak timbul soal perpecahan..kami masih berkawan dan berkongsi pandangan mengenai sesuatu isu..

yang saya nampak, umno takut..sebab imej mereka dah buruk dan mengharapkan sokongan melayu dan bukan melayu terhadap mereka semula seperti yang lepas-lepas..

sebelum nie tiada isu perpaduan pun..sekarang nie je isu itu timbul..
sepatutnya mereka perbetulkan parti dan berubah bukannya cakap tak serupa bikin..rakyat nampak dan sentiasa menilai..

kesimpulannya mungkin dulu semasa kecil kita tidak pandai bawa motor apabila besar kita pandai pulak bawak motor..silap-silap gaya pandai menilai dan membaiki motor tersebut.

motor yang rosak walaupun ada sentimen value ada orang yang jual takpun dimuziumkan sahaja dan mencari motor baru yang lebih baik dan mudah.

Suria said...

Faizal said:-

"Tiada perpecahan pun..tidak seperti yang digembar-gembur oleh media dan UMNO..".

Kata orang kalau tiada angin manakan pokok bergoyang.

Apa yang saya nampak setengah orang yang tidak iklas sudah mula risau,kebangkitan gelombang biru dan mula mendapat sokomgan rakyat.

Terima kasih kepada pembangkang yang baik membuat umno berubah tetapi bukan yang terbaik.Kenapa saya kata bagitu,kerana pembangkang menggunakan pendekatan perpecahan masyarakat.Pecah dan perintah..cara yang digunakan oleh orang Yahudi di Tanah Arab.Seolah-olah yang haram dijadikan halal untuk mencapai agendanya memerintah.

Pebangkang menelajangkan pemimpin UMNO islam,dicarinya kesilapan walaupun sebesar kuman.Manakala pemimpinnya ditutup segala kelemahan bagaikan 100% sempurnna.

Putra Al-Maliki said...

PAS dan UMNO mane mungkin dapat bersama.. Masing2 mempunyai agenda tersendiri.. i2lah yang dinamakan "politik assabiyyah"..

Nurimo said...

Salam Maliki,

Sama Melayu,sama kiblat takkan tak boleh terbang bersama.

Cuba Maliki lihat lambang PAS dan UMNO,sama ada bulan.Bulan UMNO ada keris ditengah lambang ketuanan Melayu.Manakala lambang PAS bulan kosong.

Logo sama ada bulan,matlamat sama untuk meneggakkan islam tapi jalan berbeza.

izakhairi said...

Salam pada semua pendebat2 handalan,
Komen sis satu je: kita ni selalu nampak kesalahan orang lain walaupun sebesar zarah tapi kesalahan kita sendiri walau sebesar gajah depan mata pun kita tak sedar...fikir-fikirkanlah. Takut tak tertanggung di akhirat nanti.

Na'im Nikmat said...

Dalil-dalil mengapa UMNO perlu dikuburkan.Dan mengapa PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO.

Firman ALLAH S.W.T:
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" (Surah Al-Ahzaab ayat 67-68)

Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun pemimpin UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu Hudud , Qishosh, Takzir, Mukhalafat dilaksanakan malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar

3.ALLAH mengharamkan JUDI namun pemimpin UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka.

4.ALLAH mengharamkan Arak namun pemimpin UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam.

5.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun pemimpin UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan Pemimpin yang pernah melakukan Politik Wang disanjung tinggi....

Tidak dapat dinafikan lagi pemimpin-pemimpin UMNO melakukan ‘kufran bawaahan’ dan sebagai ummat islam adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menentang UMNO.Dan tidak sesekali orang2 Mukmin akan bersatu denagn Munafik.Tiada pepecahan didalam PAS cuma perbezaan pendapat yang langsung tiada didalam UMNO.Kerana UMNO menghalalkan apa sahaja yang dilakukan Pemimpin mereka,sedangkan mereka tahu Pemimpin2 mereka kotor&korup...

Amirul said...

UMNO tidak menolak perpaduan malah kesedian UMNO untuk berkerjasama demi perpaduan umah.Sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan umat islam dan Melayu.

Nawaitu pemerintah iklas namum pemimpin PAS menolak,terserahlah kepada puak PAS.Ingat islam itu untuk puak dia sahaja.Kalau tak sembayang ,mencarut , menyokong kafir yang tak taat kepada pemerintah dan memecah belahkan umat islam , serupa dosanya.

Apa rakyat nampak PAS sekarang sedang mengalami pertembungan kepentingan pemimpin yang liberal dan fanatik.


"Diwajibkan ke atas kamu berperang.Padahal berperang itu suatu yang kamu benci,boleh jadi kamu membenci suatu benda padahal ia itu baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah Al-Baqarah,ayat 216)

PEMUDA EPAL said...

semoga ujian ini akan berakhir.. amin

Na'im Nikmat said...

Sudah Terang Lagi Bersuluh? Hujah beserta dalil yang ana berikan cukup untuk menyatakan UMNO telah menolak Islam sejak bermulanya penubuhan UMNO.PAS pernah tertipu dengan UMNO.Jika ada dari kalangan saudara2 yang tidak tahu ana ingin memberi tahu bahawa PAS pernah bergabung dengan UMNO suatu masa dahulu.PAS telah ditipu hidup2 dengan UMNO.Mereka berjanji untuk bergabung dan berjuang untuk Islam dan Melayu.Namun apabila PAS telah bergabung dgn UMNO,PAS telah melihat pelbagai kemungkaran berlaku didalam UMNO.Teguran demi teguran dibuat endah tak endah oleh pemimpin2 UMNO.Akhirnya PAS membuat keputusan tiada lagi Perpaduan dgn UMNO.Cukuplah apa yang telah berlaku tiada lagi perpaduan dgn UMNO yang penuh dengan kemungkaran,Korupsi yang hanya mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T,

Jeffry said...

SLM YG EMPUNYA BLOG..SEMUA ORANG NAK HIDUP DLM SATU KELOMPOK MASYARAKAT YG AMAN DAN MAKMUR. BILA SATU PIHAK HULURKAN TGN TANDA PERSAHABATAN MANAKALA DAN DI SAMBUT PULAK OLEH SATU PIHAK LG, AKAN BERTAMBAH DAMAI LAH DUNIA NI

TAPI APA YG SAYA LIHAT DLM KES PAS DAN UMNO BAGAIKAN BERTEPUK SEBELAH TGN. KENAPA KITA MESTI BERTELAGAH HANYA UTK MENJALINKAN SATU PERSAHABATAN? JGN LAH KERANA PERBEZAAN PENDAPAT KITA HARUS BERTERUSAN BERMUSUH SESAMA UMMAH. BUKANKAH KITA SEHARUSNYA MERAPATKAN YG RENGGANG, MENDEKATKAN YG JAUH DAN MEMAAF SEGALA KESALAHAN LALU?

KITA SEBAGAI MANUSIA YG BERAKAL DAN KITA TAK AKAN PERNAH MENJADI MANUSIA YG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH..WALLAHUALAM


terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya :-)

Amirul said...

Salam saudara islam Naim,

Orang bercerai boleh rujuk balik dalam islam membolehkan.Bagi peluang membetulkan rumah tangga kembali.

Yang dekat kita rapatkan,yang jauh kita dekatkan.

Tapi mengapa yang dekat kita rengang-rengangkan ,yang jauh kita kutup-kutupkan.

Islam tidak mahu bagitu,islam menyuruh kita bersaudara hidup penuh dengan aman sentosa.

Segala kesilapan harus diperbetulkan bersama pemerintah.

Tiada guna melawan pemerintah sedangkan negara dalam keamanan.

aini said...

Tuan Naim saudara islam,

Kalau marah ke UMNO jangan lepaskan talak 4.

Sekurang2nya bagi talak 2 dulu,ada peluang rujuk balik.

Kalau bagi talak 4,kena cina buta baru boleh rujuk balik.

Bila sedang marah mengucap dulu,supaya syaitan yang menghasut tu lari.

Bengkeng abg Naim ni,patut jangut panjang pun.Jangut tu kena bela bagi kemas,kalau tidak tempat syaitan bergayut.

JMR said...

dunia skang..mcm2 adanye..nauzubillah...

Na'im Nikmat said...

Salam saudara2ku tiada masalah untuk bergabung jika UMNO berani mengubah Dasarnya kepada ISLAM,itu pun kalau pemimpin2 UMNO yang masih bergelumang dengan Rasuah,Korupsi sudi bertaubat dan mengakui kesilapan dan bertaubat Nasuha.Tapi UMNO tidak mahu berubah bagaimana pula mereka mahu menjalin Ukhwah bersama PAS.Dosa dan Pahala tidak boleh bercampur.Hanya ada 2 pilihan yakni 'Syurga' ataupun 'Neraka' tiada jalan tengah ya akhi.Jika mahu berubah sila tukar Dasar.Ana bukan menentang UMNO sebab UMNO itu UMNO tapi kerana Dasarnya,jangan salah faham yang ana benci UMNO kerana UMNO,tetapi ana menentang Dasarnya.Harap saudara Amirul dan saudari Aini faham maksud ana,ana tidak memusuhi sesiapa cuma menentang Dasar yang dibawa UMNO, adapun sedikit lantang dlm berbicara hanya untuyk menasihati saudara seislam yang dikasihi ya akhi.

Nurimo said...

Salam Tuan Naim saudaraku islam,

Tuan Naim said:

"PAS pernah tertipu dengan UMNO.Jika ada dari kalangan saudara2 yang tidak tahu ana ingin memberi tahu bahawa PAS pernah bergabung dengan UMNO suatu masa dahulu.PAS telah ditipu hidup2 dengan UMNO."

Besar harapan saya,kiran tuan dapat jelas apa yang UMNO tipu PAS masa bergabung dulu.

Minta tuan jelaskan 3 dari 10 penimpuan pun cukup untuk pembaca blog ini.

Harap-harp jelas ya.

dara♥♥♥teruna said...

cik dara pun mengharapkan begini..tapi sampai bila yer akan terjadi?

aini said...

Salam berlapik Tuan Naim,

Masa PAS bergabung dengan UMNO,emak saya tak beranak lagi ke saya.

Jadi nak tahulah cerita sebenar,


Kenapa berkahwin/bergabung?

Bila kahwin?

Mengapa berpisah?

Siapa yang minta cerai dulu?

Umno tipu apan PAS sampai cerai berai?

Dah tuan nak bagi tahu sangat,jangan cakap pada tajuk saja tuan.Jelaskan saya nak tahu juga.

Na'im Nikmat said...

Mengimbau sejarah lebih tiga dekad yang lalu berulang, Umno dan PAS bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama.

PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu didalam UMNO berpendapat bahawa UMNO telah lari dari prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin2 UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip2 pemeritahan secara Islam.Walaupun PAS menentang keras dasar2 sekular UMNO tp mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh pd prinsip pemeritahan berteras 'Al-Quran dan AS-Sunnah' ini amat bercanggah dgn prinsip sekular yang di terapkan oleh pemimpin2 UMNO pd ketika itu dan keadaan tidak banyak berbeza pd masa kini.

Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN)kerana UMNO ketika itu telah kekurangan undi kaum bukan Melayu akibat 'Tragedi 13 MEI' yang melihat UMNO kehilangan banyak kerusi dan pada ketika itu UMNO menagih simpati PAS atas dasar Islam dan Melayu kononnya.Lalu terjadilah penggabungan PAS dan UMNO.

Disinilah bermulanya era kejatuhan orang Melayu apabila golongan ini(UMNO) diberi kepercayaan menjadi pemimpin tertinggi disesebuah negara yang majoritinya adalah orang yang beragama Islam seperti yang berlaku di Malaysia. Orang Melayu telah dibutakan mata dan dipekakkan telinga oleh pemimpin yang berfahaman sekular ini, nilai-nilai murni maruah bangsa menjadi terhakis.Jati diri umat Islam dipesongkan dengan slogan2 perjuangan yang palsu,bangsa yang dulunya taat pada agama bertukar kepada bangsa yang memencilkan agama.

Agama hanya diperlukan dalam pada waktu tertentu dan ditolak apabila bercanggah dengan pemikiran mereka,demikian lahirlah golongan Islam liberal .Bagi pemimpin2 ini mereka sangat berkehendakkan kuasa supaya mampu memenuhi tuntutan nafsu-nafsu tamak haloba mereka.

Tuntutan memuaskan nafsu ini melahirkan golongan kapitalis Melayu yang menganggap sistem Islam tidak sesuai bagi tujuan ekonomi yang mengamalkan riba dalam jual beli.Dengan ini riba yang diharamkan agama dihalalkan atas dasar kemajuan ekonomi.Begitu juga dengan judi dan arak, perjudian dan arak dijadikan sumber kewangan melalui kutipan cukai lesen perjudian dan lesen penjualan arak yang mereka keluarkan.

Rasuah mula dianggap seperti mainan mereka.Soal mermatabatkan bangsa tiada lagi dalam agenda mereka,bagi mereka bangsa boleh dijual beli dengan wang. Aturan agama mula menampakkan halagan bagi mereka, Hukum-hukum dan Undang-undang syariat ALLAH mula meresahkan mereka. Dari situ terciptalah hukum2 dan undang2 aturan mereka seakan-akan kuasa menghalalkan cara.

Oleh sebab yang demikianlah PAS telah mengalami perubahan besar-besaran apabila ahli-ahlinya membuat perubahan menolak pemimpin2 PAS yang ketika itu dilihat lari dari prinsip perjuangan PAS yakni 'Amal maaruf dan Nahi Mungkar'.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".

Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Na'im Nikmat said...

Itulah fakta kebenaran yang akhi semua masih tidak tahu.Harap antum semua berpuas hati.
Wabillahi taufik wahidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Na'im Nikmat said...

Setelah UMNO mendapat sokongan kaum cina (MCA) dan india (MIC) dan golongan Melayu yang kurang kesedaran Agama, PAS dilayan bagai anjing kurap,segala teguran hanya dipandang sebelah mata.Dengan sebab itu PAS telah membuat keputusan tiada lagi kerjasama dengan UMNO yang hanya berjanji kosong serta melakukan perkara2 mungkar...

Nurimo said...

Salam ya Naim,saya tak mahu melihat sebelah pihak,

Apakata kita lihat pandangan dari Tuan zainal Abidin Ahmad yang saya petik dari empunya blog http://umnobukitjelutong.blogspot.com

Naim,
Bila PAS masuk BN selepas peristiwa 13 Mei 1969,PERTAMANYA ia adalah atas daya usaha Allahyarham Tun Abdul Razak, Presiden UMNO dan Pengerusi MAGERAN dlm usaha beliau mengembalikan demokrasi dan memastikan penyatuan rakyat untuk membina kembali masyarakat yg berpecah-belah natijah persengketaan kaum. Turut menyertai gabungan baru yg menggantikan PERIKATAN pasca13 Mei,1969 ialah beberapa lagi parti seperti GERAKAN dan PPP. Parti-parti itu masih kekal dan menghayati falsafah kesatuan rakyat dlm satu barisan dibawah pimpinan UMNO. Ketika PAS menyertai Barisan, apa kata Nik Aziz? Untuk pengetahuan anda, beliau kata "Menyertai BN adalah satu Nikmat!". Demikianlah nikmat itu tidak upaya dihayati oleh PAS kerana terlalu taksub dgn politik perpecahan. Akhirnya akibat tekanan dalaman disamping pimpinan PAS yg asyik dgn berpolitik parti dan jawatan serta kemewahan yg didapati darinya, terpaksa keluar dari BN. Sekarang kata apa? Oh UMNO tipu, UMNO itu dan UMNO ini. Semua itu adalah alasan pimpinan PAS untuk menghalalkan perpisahannya dan untuk menarik sokongan takut pudar. Buang perpaduan, buang keharmonian, ketepikan falsafah dan tujuan barisan semata-mata demi politik parti dan demi hayat PAS bukan demi Agama,rakyat dan negara. Cuba anda tuliskan penipuan yg dijadikan alasan seolah-olah PAS umpama budak bodoh yg ditipu dlm permainan guli terus merajuk dan mencuri peluang untuk balas dendam? GERAKAN dan lain2 tidak pula ditipu malahan selepas itu semakin banyak parti yg masuk barisan sampai sekarang dah berbelas-belas parti dan masih ada ramai lagi memohon dan menunggu untuk diterima masuk barisan. Hanya PAS yg tidak amal Islam, keluar barisan.

Nurimo said...

(Sambungan)

sikit lagi.. dah keluar barisan satu hal, pastu mcm org gila talak dok kata kena tipu pulak. Dirasuk nafsu amarah dan keinginan membuak untuk balas dendam, sanggup pula pakat-pakat dgn musuh Islam yg terang-terang bagi syarat, pakat boleh tetapi bukan untuk tegak Islam, hanya pakat untuk tumbangkan BN. Itu sahaja. Pakat dgn DAP, yg kata "PAS jgn berangan" dan "Kalau nak Islam,langkah mayat kami dahulu". Pakat-pakat dgn DAP ini pula dinaungi oleh munafik yg paling nyata, iaitu seorang bekas banduan yg keluar penjara setelah didapati bersalah dan dihukum penjara atas kesalahan "salah guna kuasa ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri". Orang ini dijadikan Tuan Penasihat agenda pakat-pakat itu sedangkan dia sedang dituduh pula atas tuduhan melakukan liwat. Perbuatan liwat adalah perbuatan terkutuk didalam Islam. Namun masih boleh diketuakan oleh PAS kerana politik. Bagi PAS, politik suku, agama suku. Mana untung itu kita ikut. Mana tak untung bagi politik kita, kita ketepikan sahaja. Begitulah Islam diketepikan supaya diterima oleh DAP untuk berpakat-pakat. Berpakat-pakat ni ialah untuk buat kerja jahat. Masuk barisan dan rapatkan sof ialah tuntutan Islam. Mana yg patut? Memang Tuan Penasihat hanya OKT belum dijatuhi hukuman bersalah atau tidak, hanya tuduhan. Namun apakah hakikatnya pakat-pakat dgn musuh agama, yg jelas tak mahukan Islam,merupakan perjuangan yg diredhai? Apakah nanti PAS akan terjerumus kelembah ketaksuban yg tidak lagi boleh dipulihkan apabila OKT terjatuh bersalah? Apakah akan terserlah lagi sifat assobiyah dlm PAS? Nanti kita lihat rancangan Allah SWT dan lihat sejauh mana kita akan jadi insan yg redho atau ingkar! Jadi ambillah ingatan agar jgn terlanjur susah nanti.

http://umnobukitjelutong.blogspot.com

Nurimo said...

(Ada lagi sambungan)

Jgn belit? Cakap-cakap anta adalah tarbiyah PAS untuk menghalalkan kewujudannya. Pokoknya, PAS lahir atas ktidakpuasan Hj Moh.Fuad kerana kalah dlm usaha merebut jawatan Presiden UMNO. Bab sekular dll itu hujah yg dicipta untuk membenarkan diri. Selainnya adalah sejarah.

http://umnobukitjelutong.blogspot.com

Nurimo said...

(Teruskan bacaan tak sudah lagi)

Jgn lari dari perkara pokok. PAS bila menurunkan hujah dia guna ayat dan hadis. Itu kita semua org Islam yg beriman dan bertakwa tahu dan semua berlumba-lumba untuk amal dengan cara terbaik kerana kita semua orang Islam yg mahukan kehidupan baik didunia dan akhirat. Islam bukan hak milik PAS. Dalam Islam takde PAS. Cuma PAS ini kerana hendak membenarkan diri dia cuba sedaya upaya tonjolkan dia lebih Islam dan UMNO kurang atau tidak Islam. Bila kita kata begitu dia akan nafikan tetapi begitulah PAS. Dia guna Islam untuk dijadikan topeng bagi menutup hakikat diri dia yg sebenar. Yg sebenarnya dia ialah sebuah parti politik yg wujud untuk memusuhi UMNO dan kerja dia untuk membalas dendam kerana tidak berjaya menewaskan UMNO walau bertahun-tahun mencuba. Islam tuntut PERPADUAN dan benci PERPECAHAN. Islam hina sikap bughah dan Islam menuntut org yg mengadu-domba dan menghasut org untuk lari dari ketaatan terhadap pemimpin yang beragama Islam, supaya di bunuh kerana apa? Kerana perbuatan itu membawa perpecahan. Itu Islam dan itu tidak diamalkan oleh PAS kerana bagi PAS ialah, agama suku, politik suku. Amarah dan kemaruk untuk membenarkan diri dia sanggup ingkar asas Islam asalkan dia dapat larikan orang dari wadah muafakat umat didalam UMNO. Ini asasnya sudah jauh terpesong dari tuntutan Islam dan jika asasnya sudah terpesong, kita ikut dia adalah umpama mengikut ke tebing neraka.
...............................

salam Naim,
ana juga tidak emosi dan ana juga berhujah atas fakta dan kebenaran. Kebenaran memang susah untuk diterima. Jadi mulakan dari perkara asas.

http://umnobukitjelutong.blogspot.com

hassan said...

Terima kasih Yang Berbahagia Ketua Cawangan UMNO Bkt.Jelutong kerana memberi penjelasan sebagaimana di copy oleh pendakwah Nurimo supaya pengujung blog HARAPAN,tidak terima putar belit Naim.

Saya dah baca kedua-dua belah pihak,dan merujuk pula kepada sahabat saya yang berada pada zaman pengabungan Umno dengan Pas.

Dia pun sekarang juga baru selesai baca kedua belah pihak.

Ternyata Naim putar belit faktar sebenarr.Betul orang kata Ulama Pas putar belit....ingat dosa tuan Naim.

Apa yang ditulis oleh Yang Berbahagia Tuan Zainal Abidin Ahmad memang betul.

Na'im Nikmat said...

Asasnya mudah ya akhi yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang telah lama UMNO tinggalkan.Kembalilah kepada asas kita ya akhi.Iman itu adalah mutiara dan tanpa iman rosaklah jiwa.Muhasabahlah diri kta adakah kita benar2 mendukung Al-Quran dan As-Sunnah.Tidak perlu diputar-belit fakta kerana yang pastinya UMNO telah meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah.Hujah ana disokong oleh artikel Dr.Asri(Bekas Mufti Perlis) dalam artikelnya yang bertajuk 'Hanya Islam Tulen Boleh Selamatkan UMNO'. Ya selama ini UMNO adalah Parti Sekular.Sila lawati blog Dr.Asri untuk sebarang rujukan.

http://drmaza.com/home/?p=738

http://drmaza.com/home/?p=762

Na'im Nikmat said...

Kebenaran Pasti Akan Datang.Kerana Tuhan Kita Tuhan Yang Maha Benar.

Na'im Nikmat said...

Firman ALLAH S.W.T:

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Surah Al-Baqarah ayat 10)


Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Ya sin ayat 65)

faizal said...

sabar...sabar

tinggalkan lapangan politik sekejap kita lihat perspektif ekonomi dan bajet yang terbaru nie dan kesan yang semakin dirasai oleh golongan pertengahan dan sederhana yang boleh dikatakan majoriti di malaysia..

1)roadtax insuren motor bertambah tinggi ini membebankan kebanyakkan rakyat malaysia.

2)kereta lama dah kena masuk puspakom mulai 1 januari tahun depan..

3)biasiswa pendidikan semakin berkurangan yang berlambak hanya pinjaman pelajaran yang semestinya akan membuatkan siswazah berhutang dengan banyak bersesuaian dengan kata-kata beberapa orang menteri iaitu negara malaysia bukan negara wellfare(kebajikan)

4)harga barang memang dah tak boleh dinafikan..

5)harga rumah pun dah melambung-lambung tinggi..mengikut kajian hampir 70 peratus golongan muda(25-45) sukar membeli rumah dan tidak mampu.

perkara-perkara yang lain kita serahkan kepada komentor yang lain untuk langkah yang seterusnya

Amirul said...

Tuan Naim,

Ramai orang disebabkan dorongan semangat yang kuat dalam menegakkan Islam,ramai yang sanggup mendedahkan keaiban sseorang Islam yang lain.Sedangkan maruah seorang Islam adalah suatu perkara yang sangat mulia dan berharga.

Nabi (SAW) bersabda,"Sesiapa yang menutup keaiban saudarnya,Allah akan menutup keaibangnya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudara yang Islam,ALLAH akan mendedahkan keaiban,sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri".

Orang PAS terlalu takbur dan sombong,bangga diri.Tunggulah kehancurannya.Sekarang ni pon dah gerhana dalam politiknya.

faizal said...

harap amirul mengkaji maksud saudara dan fahami hadis tersebut..minta pendapat pakar

teruskan usaha mendalami islam insyaallah kita semua akan dirahmati

aini said...

Faizal,awak pon harus mengambil dan nasihat pakar juga banyak awak tak faham lagi.

Teruskan memahami isyaalah fikiran awak akan keluar dari kegelapan

faizal said...

".Sinis dan
tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina
Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu
berkata " Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan
sembahyang (dll amalan Islam)?" Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya "
Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi
apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka insyaAllah saya
berjaya dan kamu akan celaka"

wallahualam..

aini said...

Faizal salam berlapik,

Kalau nak berdakwah sangat ikut tabligh.Ketuk pintu rumah saudara islam ajak pergi surau berjemaah,lagi baik pada ikut puak pas.

Sekarang ini jemaah kat surau sesuatu kawasan perumahan semangkin berkurang.

Saya mengharapkan orang Tabligh bukan orang Pas dalam menegakkan sinar islam dengan sokongan pemerintah.

Orang tabligh tak pecah makmun macam orang Pas.Malau menggagap islam bersaudara.

faizal said...

`al-`ilmaniyah iaitulah sekularisma, yakni satu fahaman yang menganggap Islam ini tidak ada kena mengena dengan pemerintahan, Islam tidak ada kena mengena dengan hukum potong tangan,Islam tidak ada kena mengena dengan judi; Islam hanyalah sembahyang, Islam hanyalah puasa, Islam hanyalah menunaikan haji ."

faizal said...

ada sebuah kampung yang terdiri daripada 2 golongan yang satu pegangan agama pada dasarnya..

salah satu golongan tersebut suka mencuri,merompak dan rasuah

manakala satu golongan lagi mengajak kepada kebaikan dan berusaha supaya golongan yang satu lagi itu tinggalkan perbuatan yang kotor dan mengikuti cara hidup mereka

golongan perompak dan perasuah itu mengatakan golongan yang cuba melarang dan membuka keaiban mereka itu pemecah belah masyarakat kampung tersebut walaupun pada dasarnya mereka mengetahui bahawa ideologi mereka berbeza dan mustahil dapat bergabung cuma sama pegangan agama yang hanya pada dasar bukannya pada contoh dan tauladan..

ajak bergabung tetapi masih mengamalkan perbuatan khianat ke atas kampung tersebut.ini menyebabkan golongan penentang itu sukar mempercayai golongan perompak dan perasuah tersebut

wallahualam..sekadar nukilan

zainalabidinahmad said...

Salam saudara2ku Faizal dan Naim,
Bacalah kisah pertembungan dua puak Islam selepas wafatnya Rasulullah SAW. Satu pihak menggunakan helah mencucukkan Al Quran dihujung pedang bagi mengelak serangan saudara seagamanya.Ingatlah ingatan Allah akan ada segolongan manusia yang menggunakan dan mereka itulah penjual ayat-ayatKu. Puak kamu ni asyik2 berlindung dan berhujah guna firman dan hadis. kalau saya nak ikut, saya boleh "copy & paste" seluruh isi kandungan Al Quran beserta terjemahan dan tafsirnya sekali, juga keseluruhan Hadis sahih. Apakah itu caranya? Kita ni manusia, baik PAS mahupun UMNO adalah orang-orang yang beriman dan bertakwa dan masih belum cukup layak untuk sesiapa dari kita untuk kata kita yang paling Islam dan apa lagi nak jamin tempat kita disisi Allah mahupun Syurga.Jadi janganlah anta2semua nak kata kat UMNO seolah2 anta sahaja yang ikut Islam. Pengikut Hj Kahar dan pengikut Kerajaan Langit pun taksub dgn ikutannya, dan adakah mereka benar? Ikuti kata-kata saya terdahulu, balik ke asas dan buat sahaja tugas masing-masing untuk Islam, demi islam demi Umat demi rakyat dan ikut pemimpin dan jangan jadi puak yang menghasut untuk perpecahan dan mengajak orang lari dari kesetiaan kepada pemimpin yg beragama Islam. Mengajak orang lari dari setia pada pemimpin itu adalah hina dan diseru supaya dibunuh kerana puak begini mengancam PERPADUAN. Mengikut puak yg menyeru org supaya lari dari kesetiaaan adalah umpama mengikut ke tebing Neraka. Islam meletakkan sikap "BUGHAH" sebagai satu dari jenayah HUDUD. Islam menuntut penghasut orang supaya lari dari setia kepada pemimpin yg beragama Islam supaya diBUNUH kerana dia akan membawa perpecahan. Itu adalah asas dalam ajaran Islam, PERPADUAN. Nabi SAW dalam khutbah terakhirnya mengingatkan manusia supaya BERSATU dan PERPADUAN adalah mula segalanya. Kalau ini pun nak dijadikan bahan oleh PAS, iaitu ajak orang lari keluar dari patuh kepada Ulil Amri, UMNO, maka jangan cakap pasal PAS nakkan Islam. PAS sudah menyeleweng. Macam org tak sembahyang sedang ia adalah tiang agama, maka PERPADUAN adalah sendi. Jika tiang itu cacat sendinya, tiang juga roboh dan takpayah nak sibuk pacak bendera dibumbung, sebab rumah itu tidak berdiri atas tiang yang betul. Senget atau pun bumbung itu sudah meniarap atas tanah!

Na'im Nikmat said...

Ana tetap dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerena itu pesanan Nabi Muhammad S.A.W.Katakan walau apapun ana tetap berpegang teguh bahawa UMNO itu sekular dan selagi tidak berubah dasar ana tetap menentang.

Na'im Nikmat said...

Tidak perlu bermain kata yang benar tetap benar.Selagi UMNO berpaksikan sekular selagi itu mereka akan ditentang.Ini bukan isu politik UMNO dan PAS tetapi untuk menegakkan 'Amal maaruf dan Nahi Mungkar'.Sesekali tidak org2 Mukmin akan bersatu dengan manusia2 Munafik yang menjual agama dgn harga yang murah.Islam hanya sekadar adat bagi UMNO.Jika benar mereka mahukan Islam sudah lama mereka menegakkan Negara Islam dan Undang2 islam tetapi sudah 50tahun lebih berkuasa tiada pun perlembagaan tentang HUDUD mengharamkan RIBA,JUDI jadi jangan kata UMNO hendak menegakkan Islam dan Melayu.Apakah Dasar Ekonomi Baru ciptaan UMNO membantu Melayu jawapannya tidak lihat dimana Melayu sekarang?Siapa yng menguasai Ekonomi dimana relevennya DEB yang UMNO lakukan untuk membantu Melayu.Sudahlah Islam tergadai,Melayu juga hanyut entah apa perjuangan pemimpin UMNO adakah untuk Kuasa semata-mata untuk terus menghabiskan Wang Rakyat dan Khazanah Negara?

zainalabidinahmad said...

A[pahal pula dengan orang melayu? PAS berjuang untuk melayu ke? Dalam Islam mana ada kaum dan bangsa? Itu kata PAS bila menohmahkan UMNO sebagai pejuang Melayu dan lari dari Islam. Apahal pula PAS nak sibuk dengan DEB itu dan nasib melayu? PAS tak berjuang untuk kaum, kerana dia berjuang untuk Islam.Jadi sekarang nak jadi hero melayu ke? Takpayahlah cakap belit-belit.

Kafir? Ambil pedoman dari satu ceramah Uztaz Dr.Asri. Dia kata puak yg suka tuduh Kerajaan atau Negara ini Kafir, hendaklah dia berhenti dan bertaubat. Katanya mana mungkin kita kata dia kafir sedangkan dalam masa yang sama kita minta dia tegakkan Islam? Pendekkata kita sudah iktiraf dianya Islamlah maka kita minta dia tegakkan Islam. Negara kafir mana ada dia nak tegakkan syiar dan syariat islam. Jadi Kerajaan dan negara kita ini adalah negara Islam. Itu PAS sendiri iktiraf dan PAS sendiri kata, jadi apa bendanya tentang kafir? PAS ni cakap dia berbelit-belit hingga akhirnya dia belit diri sendiri. Sebab apa? Itulah kuasa Allah SWT menunjukkan untuk kita lihat ramai-ramai akan kepalsuan dan temberang puak PAS ini.

zainalabidinahmad said...

Naim kata sebelum ini, "bila UMNO dapat sokongan MCA dan MIC, dia layan PAS macam sampah" lebih kurang begitulah. Lihatlah bagaimana ustaz yang gambarkan diri dan puaknya Islam yg paling alim lebih dari semua org hingga UMNO dikatakan kafir, tetapi cakap MENIPU! Hakikatnya MCA dan MIC sudah lama bersama UMNO dalam PERIKATAN sejak perjuangan Merdeka lagi sebelum PAS masuk barisan selepas 13 Mei 1969. Jadi macam mana pula UMNO tolak PAS sebab dapat kawan baru???? Inilah cara PAS membohongi orang dalam banyak tarbiyah dan ceramahnya. PAS ini adalah ular dalam semak dan perlu dipalu supaya Islam selamat dibumi Allah ini.

Amirul said...

Selagi Pas memecahkan umat islam dan menerima kafir sebagai penasihat dan menggunakan ayat2 quraan dan hadith untuk meraih pengundi.

Selagi itulah saya akan terus membetulkan akidah saudara islam kita dari puak pas dan mendoakan parti pemerintah akan terus berjaya meneggakan sinar islam.

Disini juga saya mengucapkan terima kasih kepada penulis blog
http://umnobukitjelutong.blogspot.com

yang memberi penjelasan panjang lebar supaya pembaca blog semua faham siapa musuh Islam sebernarnya.

faizal said...

syabas teruskan perjuangan sehingga anda menangis melihat anak cucu yang derhaka kerana bencikan moyang mereka yang rakus membelit,merompak dan menipu demi membesarkan perut sendiri.

aini said...

Faizal,pemerintah telah berusaha menbenteras sebarang bentuk jenayah dan maksiat,lihat dalam akbar setiap hari ada tangkapan,atau jangan lupa lihat berita TV3 tu.

Jangan tengok Harakah je.

Faizal jangan teruskan penjuangan awak yang memecahkan umat islam.

zainalabidinahmad said...

Amin Ya Rabbal Alamin, salawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan marilah kita iringkan doa buat sekalian pejuang kita yang dulu dan kini agar sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT. Marilah kita menjadi rakyat yang taat dan setia, menjadi pendokong kepada usaha dan iltizam Ulil Amri yang tidak jemu menjalankan amanah walaupun sering diganggu gugat dengan berbagai kerenah yang bertopengkan agama dengan nama yang berbagai sedangkan motif dan tindakan hanya mencemar Islam yang Syumul. Dunia ini adalah ibarat taman disyurga sekiranya semua menjalankan peranannya mengikut landasan yang telah disusun atur mengikut adab dan tertib yang telah dilengkapkan, berpaksikan kepada susunannya:-

1. Ulama - yang menjaga agama dan menasihati ummah,
2. Umarak - pemimpin yang menjalankan pemerintahan,
3. Pegawai yang amanah - menjalankan urusan pemerintah,
4. Peniaga yang jujur - yang membayar zakat untuk dana pemerintah,
5. Rakyat yang setia - yang mentaati pemerintah, peraturan dan undang-undang.

Demikianlah diantara rakyat dan pemerintah yang beragama Islam juga ada adab dan tertibnya diantara taat kepada pemerintah dan pemerintahannya mengikut lunas-lunas yang sudah juga dipandu oleh Islam. Sedikit sebanyak untuk pengetahuan orang yang menderhaka itu bolehlah kita ingatkan bahawa Islam berpesan, selagi pemerintah itu Islam, maka segala arahannya hendaklah dipatuhi kecuali arahannya yang melanggar syariat. Pun demikian hanya perlu ingkar pada arahannya yg melanggar itu sahaja, bukan ingkar kepada dia sebagai pemerintah. Oleh itu pada asasnya UMNO sebagai Ulil Amri dan Kerajaan yang dipimpin adalah oleh seorang Islam yang bersembahyang 5 waktu, mengajak orang menentangnya adalah perbuatan "bughah" dan perbuatan "bughah" adalah kesalahan berat yang disenaraikan sebagai jenayah Hudud. Penentangan puak PAS terhadap jemaah UMNO adalah perbuatan mengajak orang ingkar kepada Ulil Amri dan perbuatan mengajak orang berpecah belah dari sof Islam, maka ia tidak ubah mengajak orang kelembah perpecahan dan amat dibenci didalam Islam. Pemimpin setelah dilantik hendaklah ditaati dan sekiranya hadir pemimpin yang kedua, maka yang kedua itu hendaklah dibunuh kerana dia mengancam perpaduan. Demikianlah peri pentingnya perpaduan didalam Islam sepertimana khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. Marilah umat Islam bersatu dibawah satu jemaah dan muafakat ummat Islam yang membentuk wadah perjuangan UMNO dimana ketika itu PAS juga bersama-sama dikalanngan lebih 40 persatuan yang mengangkat baiah untuk bergabung menubuhkan wadah perjuangan politik UMNO diDewan Sultan Sulaiman Kg.Baru pada tahun 1946. PAS keluar dari baiah itu selepas Tuan Hj Mohd Fuad tewas dalam usaha merebut jawatan Presiden UMNO pada 1951.Sebelum itu PAS adalah sebuah persatuan bukan politik tetapi selepas tewas Hj Fuad, dia menukarkan persatuan itu kepada sebuah parti politik dan diluluskan pendaftarannya oleh Brittish. Memang Brittish suka perpecahan muafakat tersebut supaya dapat mengawal kekuatan ummah dan PAS diluluskan untuk menjadi pemecah-belah agar Brittish dapat pecah dan perintah. PAS jadi alat perpecahan. Sejak itu hingga kini ummat Islam berpecah dan musuh akan sentiasa menangguk diair yang keruh. Sedarlah.Itulah sejarah dan itulah hakikat. Selebihnya adalah tokok tambah untuk berperang antara satu sama lain. Untuk apa? Untuk kepentingan puak dan ego. Jadi kembalilah kepada asas kerana bila sesat dihujung kita perlu balik kepangkal!

faizal said...

realitinya..

insuren motor semakin mahal

kereta seusia 15 tahun diwajibkan pemeriksaan puspakom.

barangan keperluan semakin mencekik darah..

bayangkan pertambahan kos yang memang menyusahkan kita..


akhirnya umat islam sibuk mengejar wang untuk kelangsungan hidup dan mengabaikan aturan hidup cara islam..wallahualam

aini said...

Faizal,

Jangan jangan alih perhatian,kita bicang semula yang awak komen tu berkaintan kereta lama.

Baca dan fahami apa yang Yang berbahagian Tuan Zainal tulis tu.

Disitu awak akan menemui pertunjuk sebenar,apa yang Naim tulis semata-mata nak mencelarukan umat Islam.Inilah angkara sikap munafik ulama Pas.

faizal said...

1. Ulama - yang menjaga agama dan menasihati ummah,
2. Umarak - pemimpin yang menjalankan pemerintahan,
3. Pegawai yang amanah - menjalankan urusan pemerintah,
4. Peniaga yang jujur - yang membayar zakat untuk dana pemerintah,
5. Rakyat yang setia - yang mentaati pemerintah, peraturan dan undang-undang.
............................................................................................................................................

adakah ini berlaku pada zaman pemerintahan BN..

Dalam sejarah para Nabi kita dapat memerhatikan bagaimana mereka dizalimi dengan pelbagai cara oleh masyarakat mereka sendiri. Kezaliman ini menimpa para Nabi semata-mata kerana kebenaran yang mereka pegang dan sampaikan. sudah menjadi lumrah bahawa sesuatu kebenaran itu akan diikuti dengan reaksi yang negatif daripada masyarakat.

baik pemimpin maka baik lah keseluruhannya

Nida said...

Salam
Sekadar berkongsi pengalaman di Auckland... saya mengikuti English Class di salah sebuah kolej swasta di sini, sudah hampir setahun saya telah mengikutinya.

Baru2 ini kerajaan NZ telah menarik balik subsidi (hampir 90%) pada kolej2 berkenaaan, apa yg saya nak kongsi di sini, wlupun mereka kehilangan sumber kewangan utama.. namun kolej2 yang terlibat reda dan mereka faham bahawa duit yg ditarik balik itu untuk dialihkan kepada pembangunan negara. Demi negara mereka sanggup hilang pendapatan asalkan negara terus membangun (sumber yang saya nyatakan ini adalah hasil interview saya dengan salah seorang pengurus kolej swasta tempat saya belajar English).

Alangkah baiknya andai rakyat Malaysia begitu. Sanggup berjuang bsama2 membangunkan negara... bukan menjatuhkan sesama sendiri.

Sekadar pendapat biasa dari insan biasa.

zainalabidinahmad said...

Syabas Nida. Lihatlah orang yg bukan Islam di NZ pun tahu redho dan tahu usaha. Bukankah itu semua ajaran dalam Islam? Disini tidak, kita ada puak pemfitnah yg kerjanya siang dan malam menyalahkan kerajaan. Seluar dalam dia tak basuh bau hapak pun dia salahkan kerajaan sebab tak bagi dia sabun. Lepas ceramah maki hamun kerajaan dia kepit fail proposal tanya kat org yg dia maki,katanya ana ada proposal baik ni, ante tak boleh tolong kaa? Ana pun nak makan katanya. Itulah hipokrasi puak ini. Tak caya? Lihat betul betul. Buka mata!

Pada Nida, saya ucap tahniah dan belajarlah sungguh2 supaya kembali ketanahair berjasa kepada ibubapa keluarga dan negara.Jangan ambil pusing penjaja fitnah penghasad dan pendengki. Jadilah insan yg berguna berpegang pada asas Islam jgn sibuk mencari pucuk bila akar tidak berisi. Bagus pemerhatian anda tentang bagaimana org disana menerima dan bertimbangrasa dgn permasaalahan negara dgn tidak menyalahkan kerajaan semata-mata.

faizal said...

kerajaan tak salah

yang salah orang yang memberi gambaran buruk kepada kerajaan iaitu golongan penipu,pembelit,perompak dan perasuah.

terusirnya golongan tersebut maka harum lah kerajaan

Nurimo said...

Faizal!!!!!!!!!!!!!

Mengucap dulu,awak orang lebaikan,jangan dok kalah pada hasutan syaitan.

golongan penipu,pembelit,perompak dan perasuah, tak kira dalam parti mana,dalam parti BULAN pun ada.

Semua ada atas dunia ni,sebab tu tuhan adakan dosa pahla.Manusia diberi pilihan nak ikut atau tidak.Manusia juga diberi akal untuk menilai yang mana betul atau tidak.

Pemerintah tangkap tiap-tiap hari tu mana yang tak betul,lihat berita,baca akbar.Kena faham lah rakyat Malaysia ni lebih 26 juta bukan 26 orang.Perbagai bangsa,perbagai puak ada yang ketayap hijau.Malah macam2 peil,ada yang taksud,ada yang suka perpaduan,ada yang duduk atas pagar tunggu nak masuk UMNO.Ada yang baru keluar PKR atau pakatan Pas.

Kena faham sikit,tak tangan atas dahi fikir...

Maaf Faizal,cik gu pun kalau anak murik tak berapa nak dengar kata..kadang2 tinggi juga suara.Tapi bukan marah tanda sayang ....

faizal said...

jom kita usir orang yang merosakkan imej kerajaan

kita beri dan angkat pemimpin yang baik dan amanah agar imej kerajaan bersih dan integeriti.

hassan said...

Faizal tidur lah dulu sambung esok,

Faizal said:-
"jom kita usir orang yang merosakkan imej kerajaan".

Kalau nak usir yang merosakkan imej kerajaan adalah orang pas ha...ha..

Macam ni faizal,kalau betul2 berjuang islam isi borang umno dulu,baru kita boleh berjuang bersama .

Suria said...

Salam Nida,

Nida said:-

"Baru2 ini kerajaan NZ telah menarik balik subsidi (hampir 90%) pada kolej2 berkenaaan, apa yg saya nak kongsi di sini, wlupun mereka kehilangan sumber kewangan utama.. namun kolej2 yang terlibat reda dan mereka faham bahawa duit yg ditarik balik itu untuk dialihkan kepada pembangunan negara."

Nida awak tak boleh buat pembandingan dengan Negara NZ.Pendapatn rakyat dia berapa sebulan.Itu negara maju.

Semasa awaak mengajar dulu kat sekolah disini ,nampak tak budak-budak ramai yang emak bapak yang miskin lagi.Malah nak hantar kelas tambahan pun tak mampu apatak lagi nak bayar yang cikgu minta nak buat tu nak buat ni tiap2 bulan...nak cantikan kelas las lah,persatuan...macam2.

Ada yang nak masuk U pun emak bapak tepaksa bergadai bergolak sebelum dapat pinjaman kerajaan tu.

Rakyat negara kita ramai susah lagi dan tak manpu untuk berdikari tanpa batuan kerajaan/subsidi.Mungkin 2020 rasa baru nak segar.Jangan kita tengok anak orang kaya atau anak menteri.

Bukan rakyat tidak mahu pembangunan tetapi jangan rakyat dikorbankan.


Sebab tu saya berada dalam UMNO kerana PM kita kata"RAKYAT DIDAHULUKAN".Dalam umno rakyat boleh bersuara.

Jangan suara rakyat tidak diambil peduli.

Pandangan sepuluh sen saya.

Nida said...

salam Suria

Apa yg saya nak ketengahkan ialah sokongan pada pembangunan negara.... jangan asyik nak betelagah yang akan merugikan negara.... harap anda faham...:-)

Na'im Nikmat said...

Nampaknya Akhi terus beremosi yang ana katakan sokongan dari kaum Cina&Inda dari MIC&MCA bertambah maka PAS dianak tirikan,Mengapa nak putar belit fakta ana ya akhi.ini ker keje penyokong dan ahli UMNO??Apa yang anta faham xsemestinyer apa yang ana tulis??

afifah yusof said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Tertarik dgn komen sahabat2 yg cukup bersemangat n akhirnya ana terpanggil utuk mncoret pengalamn hidup yg tlah ana lalui selama ini..'andai kata x ada pas,n jemaah2 Islam yg lain..Hanya UMNO yg memerintah'..ana hidup dlm keluarga n sedara mara(kecuali umi n abah) yg mmg semuanya Umno,ana mliht cra hdup mreka menyebabkan ana terfikir inikah umat Islam yg sebenarnya,Islam hnya pd nama,(bukan membuka aib ttp sbg pengajaran),jiwa ana terasa kosong n dahagakan sesuatu yg dpat memberi ketenangan,drpd ana kecil hg lah sekolah mngah,susah utk ana melihat suatu usaha utk membentuk nilai Islam yg sebenar dlm jiwa semua insan,di skolah hidup ana terumbang-ambing sekjap baik skjap lupa..terlalu kucar-kacir hdup ana..tgal di asrama dgn rakan2 yg social menyebabkan ana smkin parah..ana x prnah dgr perkataan Usrah,klau ad ceramah agma pon jrg2,aktvt asrama n sekolah pon lbih banyak perkara y lagha2,sekolah ana smkin teruk,zina,mengandung gugur bayi..semua tu mcm dah jd perkara biasa,bila ana keluar, tgk remaja yg kehidupannya sgt teruk..pakaian sgt memaluakn,ana mnjerit dlm hati..KENAPA???Ana takut akn azab Allah.. antum nak tuduh ana penipu,pergilah mengembara di muka bumi ini dan lihatlah sendiri masalah umat yg sedang berlaku..Sekolah bkn xde palajarn agama,ceramah agma bkn xde tp knp masalah ni jd semkin parah..Bila ana tgk sekolah lama ana sekarang..Astaghfirullahalazim..berganda2 teruknya,(insyaAllah ana akn berusaha utk mghidupkn suasana Islam d skolh tersebut) Shgalh akhirnya Allah mbuka jln kpd hamba2Nya yg menginginkan kebaikan..Abah n Umi dulu pun Umno tp abah berubah n lahirlah sy selepas perubahn abah..mereka juga yg sentisa memberi kekuatn pd ana,terima kasih umi n abah =)..Tangisan kesyukuran ana panjatkan pd Allah S.W.T krn akhirnya ana tlh bertemu ap yg ana cari selama ini..taat kpd pemimpin yg tidak berusaha untuk menegakkan Islam di muka bumi ini?????membiarkan pemimpin itu menanggung dosa semua rakyatnya???fikir2kanlah sahabat pemimpin anda yg akan menanggung seksaan 2 kali ganda jika dia tidak bertaubat…Siapakah yg zalim???Pemimpin Pas??mereka hanya mnjalankan tanggungjawab sbg khalifah di muka bumi ini melakukan amar makruf nahi mungkar..Krn sayangkan Pemimpin2 itulah serta umat Islam kini yg telah rosak akidahnya Pas n jemaah2 Islam yg lain bangkit(Ttp ramai yg ditngkap)..Maka org yg ditegur itu seharusnya sedar akn kesilapan n kembali kpd Al-Quran n Sunnah..Hayatilah sirah Islam n selamilah perjuangan mereka semua..Perhtikanlah alam sekeliling anda..fikir2 kanlah..

afifah yusof said...

Ana akan tetap mempertahankan Islam,berjuang demi agama Islam dan kami semua tidak teragak2 untuk bersatu dgn orng2 yg berjuang memartabatkan Islam selari dgn Al-Quran n Sunnah serta menentang kezaliman n anasir2 yahudi,secular,liberal,musuh2 Islam..Kenapa ana memilih jln yg penuh berliku ini,mendpt cacian,dipandang serong krn ana sedar untuk mndpatkn REDHA ALLAH bukanlah perkara yg mudah,terlalu bnyak onak n duri,sebab tu ana suruh hayati sirah perjuangan Umat Islam terdahulu..Islam tidak pernah tertegak di tgn2 orang yg secular,liberal mengambil Islam separuh2 shj..Lihat pd sejarah.. adakah anda diciptakan di muka bumi ini utk berseronok,tenang sepanjang masa shja..Cintailah ALLAH n RASULULLAH S.A.W melebihi diri antum dahulu,tentu antum akn sedar betapa kasih antum kpd semua Umat Islam kini yg kebanyakannya telah lari dr al-Quran n Sunnah..Pas buknlah parti politik semata2,Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .
Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS . Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .ana pernah bertemu dgn pimpinan2 tertinggi Pas,akhlak mereka cukup indah,mata mereka menggambarkan betapa kasih n cinta mereka pd Islam..Fitnah yg dilemparkn kpd mereka itu tidak mustahil krn Allah akn sentiasa menguji hamba2Nya..Ya Allah aku rindu syahid di jalnMU..Ya Rasulullah aku takut jika aku tidak dapat menatap wajahmu..Terlupa pulak dgn kata2 ana andai kata klau hanya ad UMNO(yg tidak mengambil Islam secara syumul) sbgai pemimpin, mkin bertambah rosak umat Islam sebab pemimpin itu ceminan rakyat,yahudi akn semkin bangga sebab umat Islam dah x jadikan Islam sbgai cara hidup,smngt jihad dah hilang,msing2 jdi penakut nk tegakkn kebenaran(tkut kene tgkap msuk ISA)..bangunan mkin banyak,pokok2 da bnyak kene tebang,pencemaran semakin tgi(itu tandanya x mghormati alam,materialistic),Allah semakin murka,Rasulullah telalu sedih sebab Rasulullah terlalu cintakan umatnya ttp ini balasan umat rasul junjungan kt..Fikir2 kanlah..
Maaf atas sgla kekhilafan..
Wallahualam..

Amirul said...

Salam,

Aku dibesarkan dalam masyarakat PAS,ayah dan ibu ku dan bapak saudara ku adalah orang kuat pas.

Semasa aku belasan tahun,aku hairan setiap ada kematian dikampung ku,keluarga dan orang kampung dari fahaman Pas jarang pergi bertaklil atau ziarah.Malah sembelihan tidak dimakan,sekira rumah orang Umno.

Mereka berkawan dalam kelompoknya sahaja dan tidak mahu campur dengan orang umno.

Aku mula terfikir mengapa sesama Islam dibezakan bagitu.Aku lihat memang lah umno banyak buat maksiat ketika itu berbading dengan orang Pas yang lebih beragama.Baru aku faham mengapa kelompok pas dikampung tidak suka pada orang Umno.

Zaman berubah aku telah tamat berlajar,sekarang aku berdakwah melalui parti pemerintah.Aku berjuang melalui Umno bukan melalui Pas.Mengapa?,Sebah aku perlu berada bersama umno supaya aku dapat mendekati orang umno untuk berdakwah yang dikatakan banyak buat maksiat.Kalau aku berada dalam Pas mustahil aku dapat bersama dengan umno sepajang masa.

Aku hairan mengapa Pas tak mahu bersama umno kalau betul nak menegakkan Islam ia perlu berada dari dalam,mengapa buat lawan dan nak menubangkan pemerintah Islam.

Aku juga hairan nak menegak Islam ambil kafir DAP buat pakatan dimana kafir DAP yang terus terang menetang pemerintah.Sudah tentu kafir tersebut menyenkat dari islam ditegakkan di tanah air ku.

Kini aku sedar pas adalah parti politik biasa macam umno juga.

Dulu aku pernah dengar cerita pendakwah islam datang ke tanah air ku,tapi dia bersama dengan myarakat Melayu yang percayakan tahyul,bertuhangkan hantu raya.

Makna dia berdakwah dengan menyerap dalam masyarakat Melayu,membaiki akidah dari dalam.Bukan buat lawan.Jadi hingga hari ini orang Melayu telah beragama Islam.

Aku pernah pergi bersama jemaah tabligh,berdakwah sebuah kampung di utara tanah Melayu,majoriti penduduk kampung itu adalah orang pas.Dekat surau pun ada lambang Bulan.Tapi sayang sEpajang 3 hari aku disana hanya ada waktu solat 7 orang o tempatan yang tua2 saja hadir surau berjemaah bersama ku.Kalau waktu subuh 3 orang saja.

Aku hairan mengapa kampung yang majoriti pengikut pas surau kurang makmun,sedang dari pengikut parti ulama.Kalau kawasan BN aku tak hairan.

Nampak ulama pas asyik sibuk nak menumbang kerajaan sahaja dan terlupa mengajak rakyat ke surau berjemaah bersama.

Aku pernah pergi ketempat ceramah pas,aku dengar pemimpin ulama asyik mencarut dan mengutup sesama Islam.Sepatutnya ulama jaga tutur kata dan banyak berzikir dan mengajar ugama kepada masyarakat bukan mengajar menguntut sesama Islam.

Aku hairan ustad-ustad Pas ramai makan gaji dengan kerajaan pemerintah tapi pada masa yang sama mengutup kerajaan.Dia kata kerajan amalkan riba,kutip cukai dari sumber haram spt judi,jual arak tapi gaji ambil untuk sara anak bini..Ini dalam kajian lagi....

Kini aku bersyukur media masa umno banyak membuat program agama untuk menyendarkan rakyat dan dalam perubahan ke aras negara islamik yang sebenar.

Aku tidak berada dalam pas yang mememecahkan umat Islam.


Renung-renung kan lah...

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

setiap perkara yg dilakukan harus didasari dgn ilmu.nta perlu kaji ttg TAHALLUF SIYASI..Kampung ana boleh dikatakan kubu kpd UMNO,tp kami hidup dalm keadaan harmoni,kdg kala apa yg dikatakan nta turut berlaku di pihak sana..jika mengikut akal fikiran semata ya nk berdakwah di dlm UMNO, ttp apa yg ana nk tekankn disini bukan mudah apabila bergerak seorang diri..seperti ISLAM,jgn melihat kpd ORG ISLAM nya shj tp lihatlah kpd apa yg ISLAM itu bawakan..ana pun pernah pergi 'ceramah UMNO',tp rasanya hati ana makin gelap bila balik(",)..abah ana walaupun Pas tp hubungan dia baik dgn semua org,semuanya bergantung pd diri kt sebenarnya,kawan2 ana pun majoriti 'biru' tp kami kwn baik boleh je berdakwah,rmai sahabat2 ana berasal dr keluarga 'biru'..Kami berjuang didasari ilmu bukn mengikut nafsu,klau nta merasakn pas parti politik itu hak nta..Sebab itu ilmu tu penting,lihat pd sejarah pernah x Rasulullah buat perjanjian dgn orang kafir?kaji semula sejarah..kaji ilmu siasah,hidup ini perlu berjemaah..banyak dalil ttg jemaah,carilah..ana lebih suka ntum mencari sendiri..adakah nta istiqamah dlm berdakwah pd mereka?
ISLAM itu indah..ana cintakan Islam,selagi hayat dikandung badan ana tetap akn berjuang utk Islam InshaAllah,semoga Allah tidak bolak-balikkan hati ini,berjuang utk Islm bkn bermakna meninggalkn medan dakwah,menolak bangsa, ttp Islam itu syumul,hayatilah bagaimana Rasulullah n para sahabat berjuang utk Islam..semasa kedatangan Rasulullah mula berlaku perpecahan iaitu ad yg mengikuti Rasulullah n menentang..adakah Rasulullah PUNCA kpd perpecahan itu???Fikir2 kanlah..
Maaf atas sgl kekhilafan..
Wallahualam..

Amirul said...

Salam,

Memang betul sejarah Rasullulah yang mana anta nyatakan.

Ana bukan berjuang sendirian,melalui ulama juga,melalui media masa tetapi berjalan melalui parti pemerintah,bukan melalui parti pembakang.Ana ingin berdakwah dari dalam,kalau pemerintah buat tidak betul,ana cakap tidak betul,yang betul ana sokong.Ana faham parti pemerintah tidak 100% sempurna,setiap manusia ada kelemahan.Ana lihat pada kebaikan yang melebihi keburukan.

Kalau ana betul jujur marilah bersama Umno,kita berdakwah dari dalam,memperbaiki segala kelemahan,bukan menumbangkannya.orang Melayu pas orang melayu umno sama je,kalau tak sembayam tak posa,amal rasuah,buat maksiat sama je.Allah tidak lihat pada wajab seseorang dia lihat amalannya,niatnya.

Tambahan pula tapak yang sesuai dalam Umno dimana negara kita dalam keamanan.Dakwah dapat berjalan lancar.Nampanya ana cuba memecahkan umat islam bukannya menyatukan yang dikehendaki dalam Islam.

Saya tidak boleh terima cara anta.Saya hairan anta yang ada kelebihan diberi Allah cuba mengheret masyarakat untuk berpecah.

Berdosakah saya berdakwah melalui parti pemerintah?Saya juga meneggakan Islam sebagaimana anta.

CARA BERBEZA MATLAMAT SAMA,KERANA ALLAH.Anta harus sedar susah untuk meneggakan Islam dengan cara pecah belahkan masyarakat.

Labih baik PAS dan Umno BERSATU BAWAH SATU BUMBUNG PEMERINTAH.

Fikir-fikirkan.

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Mungkin nta keliru,tlah ana tekankn dlm komen ana diatas

"Ana akan tetap mempertahankan Islam,berjuang demi agama Islam dan kami semua tidak teragak2 untuk bersatu dgn orng2 yg berjuang memartabatkan Islam selari dgn Al-Quran n Sunnah serta menentang kezaliman n anasir2 yahudi,secular,liberal,musuh2 Islam"
ana berjuang atas dasar ilmu..
tidak sama berjuang dlm organisasi 'biru' dgn berada dlm jemaah Islam..

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,semua itu akan diminta partanggungjawabannya.”al-Isra’:36

Mana mungkin hati ini tertarik untuk bersama mereka yg mmg terng lg nyata memisahkan Islam dgn khidupan,hati ini x pernh tng,ana selalu mengikuti program mreka,hanya lagha yg ana dpt..

"Wahai org2 yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah(berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung." al-Maidah:35

Maka,diri yg hina lg kerdil ini memerlukan dahan tempat untuk berpaut andai diri ini akan tersungkur,mana mungkin ana berpaut pd dahan yang rapuh krn diri ini akan jatuh tersungkur bersama kesakitan..

"Dan barang siapa menjadikan Allah,rasulNya, dan org2 yang beriman sebagai penolongnya,maka sungguh,pengikut (agama) Allah itulah yang menang." al-Maidah:56..

Pertembungan antara yang Haq n Batil tetap akn berlaku sampai bila2..

Islam pasti akan menang,itu janji Allah..ana cintakan Islam..

Katakanlah Muhammad," Wahai Ahli Kitab!Kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat,Injil, dan (Al-Quran)yang diturunkan Tuhanmu kepadamu." Dan apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu pasti akan membuat banyak antara mereka lebih durhaka dan lebih ingkar,maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang2 kafir itu'.. al-Maidah:68..

setelah lebih usia 50 thun dimana nilai Islam yg sebenar yg tertegak di muka bumi ini..aktiviti2 yg merosakkan akhlak bercambah seiring dgn pembangunan fizikal..
Islam hanya pd nama..
berdakwah2 juga,menegakkan hukum Islam itu jgn dilupakan..
mungkin diri ini masih muda n masih terlalu banyak yg perlu dipelajari..Pengalamn juga banyak mengajar ana..

Maaf atas segala kekhilafan..
wallahualm..

Amirul said...

Salam,

Diwajibkan ke atas kamu berperang.Padahal berperang itu suatu yang kamu benci,boleh jadi kamu membenci suatu benda padahal ia itu baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah,ayat 216).

Jangan lah anta teraba-raba mencari hala tuju dalam berdakwah.Jalan senang telah terbetang luas,mengapa kita perlu mencari jalan yang susah dan penuh berliku dalam meneggakan Islam di tanah air anta.Pemerintah tidak pernah menghalang anta berdakwah dalam msyarakat.

Tetapi cara dakwah memecah belahkan umat Islam adalah jalan yang tidak disukai dalam Islam.Cuba anta renung balik apa yang tulis tu,patutkah anta mengheret umat Islam melalui parti pas,bukannya mengajak umat untuk membetulkan akidah.Sekarang ni Melayu adalah Islam,termasuk puak pAS sekali.

Sebenar anta telah dipengaruhi oleh parti Pas yang berjuang untuk kuasa politi bagi kepentingan segelintir pemimpin.Bukan berjuang untuk meneggakan Islam,sebaliknya merealisasi dendang pemimpin pas untuk menubang pemerintah.

Kalau jujur mengapa tidak bersatu?

Perjuangan pas sudah 50 tahun tetapi logikkan,hanya segelintir sahaja yang dapat menerima,itu pun kerana kurang faham.

Suara terbanyak hendaklah diterima pakai.

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"


InTeam : Jangan Kita Lupa

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Kurniaan Dari Tuhan
Dan Hidup Ini Janganlah Dibuang Percuma

Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik

Hayatilah lirik lagu ni..
Sedikit pembetulan..anta tu untuk kamu lelaki..ana perempuan..
kalaulah perjuangan tu mudah agak2nye buat apalah Rasulullah sanggup dihina n dicaci,Bilal sanggup diseksa kerana mempertahankan yg HAQ..Sumayyah sanggup disula,kalau ana nk tulis kesemuanya x cukup tmpat ni,cuba nta berikan ana contoh pejuang Islam yg perjuangnnya mudah shj..xde..dgn kesusahan itulah akhirnya Islam berkembang dgn pesatnya,tahu x dulu 2/3 dunia dikuasai oleh Islam..

Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Ana lebih memahami perjuangan pas berbanding nta..
Kalau nk mudah ana bg analogi,kalau rasa panas x payah la pkai tdung kn..hmmm..klau nta benar2 ikhlas nk berjuang utk tegakkan Islam teruskan..
Dlm dunia ni Allah tlh memberi kita pilihan jln yg ingin ditempuhi,ana tetap memilih jln ini..Berjuang menegakkan Islam..InshaAllah..
Perhatikan tafsir ini..
"dan kamu menjadi tiga golongan,iaitu golongan kanan,alangkah mulianya golongan kanan itu,dan golongan kiri,alangkah sengsaranya golongan kiri itu,dan org2 yg paling dahulu(beriman)merekalah yg pling dahulu (msuk syurga),mereka itulah org yg dekat(kpd Allah),Berada dlm syurga kenikmatan,*segolongan besar dr org2 yg terdahulu,dan segolongan kecil dr org2 yg kemudian."
Al-Waqi'ah:7-14
*yg segolongan besar itu adlah seluruh umat nabi2 sblm Nabi Muhammad saw. dan yg dmksdkan org yg kemudian ialah uamt Nabi Muhammad..
Sedih..hny sedikit umat Rasulullah s.a.w yg msuk ke syurga,entah diri ini layak atau tidak utk melihatmu ya Rasulullah..
Betapa cinta nabi Muhammad kpd umatnya,ttp bagaimana dgn kita???
aku cinta padamu Ya Rasulullah..
Maaf atas segala kekhilafan..
wallahualam..

Amirul said...

Salam,

Aku melalui tembok -tembok bandar Laila,
Aku mencium tembok ini dan mencium tembok itu,
Bukan cinta bandar itu yang mengasyikkan hatiku,
Tertapi cinta sidia yang mendiami bandar itu.


Orang yang terlibat dengan kerja-kerja Allah(kerja agama)dengan iklas dan keinginan yang sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi.Hazrat Anas mencium bau syrga semasa hidup didunia lagi.Sekiranya kita juga menjadi orang yanag ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini.

"Meninggalkan perbuatan rusak harus diutamakan dari mengambil kebaikan" Maksudnya,janganlah sampai kerana ingin mengempurkan kemungkaran kita lupa dengan kebaikan-kebaikan yang ada didalamnya.

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Hayatilah sejarah2 terdahulu ketika Islam dalam proses kebangkitan..
Kami juga berdakwah kpd sesiapa shj tanpa mengira bangsa,parti,atau ideologi..Matlamat utama kami adalah Islam,untuk bersatu mudah shj,tukar dasar ngara kpd Islam..selama 50 thn lebih tentangan n nasihat tentulah ad pd mereka ttp ap yg mereka sumbangkan utk Islam..Islam msih di tahap bawah..KENAPA???? Sebelum nta rmai yg tlah bercakap sedemikian..Kesudahannya..tentanganini adalah utk mereka sedar..
Menegakkan Islam bukanlah perkara yg merosakkan ttp membiarkan pemerintahan sekular,mengikut hukum n undang2 manusialah yg merosakkan..lihat shj pemuda kini..
sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang,
Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ` baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Ana sebagai seorg mahasiswi sgt terkilan melihat ank muda kini,setakat nk berdakwah, klau perkara2 yg merosakkn akhlak semakin banyak tanpa ad penguasaan,remaja yg semakin bermasalah akn sentiasa lahir..ana cuma mampu menegur dgn hati n kata2 kerana kuasa berada pd tgn org yg lebih mmentgkan dunia..
Niat nta yg mulia itu ana raikan,semoga Allah bersama2 dgn org yg ikhlas berjuang demi agamaNya..

Maaf atas segala kekhilafan..
Wallahualam..

Amirul said...

Salam saudaraku Islam,

Cinta Allah said:-
"Ana sebagai seorg mahasiswi sgt terkilan melihat ank muda kini,setakat nk berdakwah, klau perkara2 yg merosakkn akhlak semakin banyak tanpa ad penguasaan,remaja yg semakin bermasalah akn sentiasa lahir..ana cuma mampu menegur dgn hati n kata2 kerana kuasa berada pd tgn org yg lebih mmentgkan dunia.."

Kalau macam tu,anta silap berada dalam tapak PAS,sebetulnya anta kena berada bersama pemerintah.Baca sejarah nabi Musa,

Nabi Musa dihantar dalam rumah firaum .Sebab firaum zalim.Dari istana Firaum agama Allah dapat bertapak dan disebarkan dalam masyarakat bawah pemeritahan firaum.

Ana cadangkan anta bersama jemaah tabligh,kalau betul2 nak berdakwah,kita pakat gi ketuk rumah orang Islam yang tak pergi surau.Kita lupakan parti politik pas,kita dakwah tak kira parti mana....Ok.tak.

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Maaf,ana rasa nta dah tersilap dgn kisah Nabi Musa a.s.
Cube nta baca tafsir surah al-Qasas..
Ni ad sedikit drpd kisah nabi Musa,Nabi Musa hanya berada dlm istana Firaun krn Allah hndak menyelamatkn nabiNya,kemudian Nabi Musa keluar dr istana..
Cuba baca dibawh ni..

"Musa mengetahui dan sedar bahwa ia hanya seorang anak pungut di istana dan tidak setitik darah Fir'aun pun mengalir di dalam tubuhnya dan bahwa ia adalah keturunan Bani Isra'il yg ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kaum Fir'aun. Karenanya ia berjanji kepada dirinya akan menjadi pembela kepada kaumnya yang tertindas dan menjadi pelindung bagi golongan yang lemah yang menjadi sasaran kezaliman dan keganasan para penguasa. Demikianlah maka terdorong oleh rasa setia kawannya kepada orang-orang yang madhlum dan teraniaya, terjadilah suatu peristiwa yang menyebabkan ia terpaksa meninggalkan istana dan keluar dari Mesir."

17.~ Musa berkata : "Ya Tuhanku demi nikmat Engkau anugerahkan kepadaku, aku sesekali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa"Surah al-qasas:17

nta bacalah kisah nabi Musa dlm al-Quran surah al-qasas..

Ana ingin bersama dgn perjuangan yg syumul..
ini pilihan ana..

"Wahai org2 yg beriman!Masuklah ke dlm Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan.sungguh,ia musuh yg nyata bagimu."al-Baqarah:208

Ana ni muslimat..
Klau nta nk berdakwah dgn tabligh baguslah..
cuma satu yg ana pinta hormati kami yg berjuang dlm Pas n semua jemaah2 Islam yg ad..
Berjuanglah utk agama Allah,bukan bangsa n negara semata..
Maaf atas sgl kekhilafan,
wallahualam..

Amirul said...

Salam,

Sebernarnya antum tidak faham apa yang yang ana maksudkan dengan nabi Musa.Baca ayat tu baik2.jangan buat salah taksiran.

Baguslah antun berdakwab dalam Pas,bagi tahu dia orang bahwa umno pun berjuang islam juga,jangan nak tumbangkan kerajaan,dia orang tu saudara islam juga,bukan kafir.

Mintak dia orang buat perpaduan dengan umno dan pakat betul segala kesilapan dari dalam.Kalau betul jujur.Melainkan ada agenda tersembunyi.

Mudah-mudahann antum diberkati Allah.

Antum jangan marah ke ana,walaupun kita berlainan fahaman,syurga neraka Allah yang tentukan.

Arab bangsa Arab.Yang memerintah negara Arab adalah bangsa Arab.Bangsa asal negara dia.

Yang memerintah Tanah Melayu adalah bangsa Melayu,Bangsa asal Tanah Melayu.Kalau di Tanah Melayu,bangsa Melayu adalah Islam,berjuang bangsa automatik berjuang Islam.Antun kena faham,perlu berlajar banyak lagi.

Maaf ya...jangan terasa

Cinta Allah said...

Assalamualaikum..

Ap yg ana faham..
mula2 nabi Musa tgal dgn Firaun slpas menyedari yg Firaun tu salah,Nabi Musa keluar drpd istana yg megah itu n segala kemewahan,lebih rela utk hidup susah n berjuang utk menegakkn kebenaran..kami semua mmg faham camtu.. mcm dulu Pas pernah bersama Umno sekejap tp keluar pas2,ana faham lbih kurg cmtu drpd sirah tu =)..msing2 ad kefahaman msing2..ana hormati pandangan nta..
Memg syurga neraka Allah yg tentukan,tp Allah tlh memberi jwpan kpd Soaln samada kt perlu memilih syurga atau neraka iaitu semuanya ad dlm al-Quran..Contohnya org yg mati dlm kafir akn msuk neraka,xknlah kt nk kate die msuk syurga..Mcm syaitan jg,mmg Allah yg tentukan tp Allah tlh menyatakan Syaitn itu pghuni neraka..
Cube nta kaji sejarah pejuang2 kemerdekaan Islam di Malaysia dulu..Tuk Janggut,Abdul Rahman Limbung,Mat Kilau,Dr. Burhanudin Helmi..dimana letaknya nilai mereka pd UmNo.. blajar Sejarah dlu pun cm x pntg je part tu sdangkn mreka yg pling lantang menuntut kemerdekaan..Mereka dibunuh,pengikut2 mereka dizalimi n dibunuh..
Maaflah klau ad yg tidak suka dgn pendapat ana..
Maaf sekali lg kerana ap yg ana nyatakn disini brdasarkn ilmu..
Ana cuma berharap agar antum mgkaji semula sejarah kt,ttg kota melaka yg dulunya merupakan serambi makkah..
ana tdak bersetuju dgn perjuangan bangsa kemudian Islam..Islam itu yg tertinggi..kemudian barulah negara,bngsa n seterusnya..

Saidina Umar pernah berkata,” Kita ini adalah sejenis bangsa yang yang telah Allah muliakan kita dengan agama Islam.Sesungguhnya apapun kemuliaan yang kita tuntut,tanpa nilai yg telah allah kurniakan itu,pasti pula Allah menghinakan kita.”(Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat-Dr.’Ali Shurbuji)..
Bangsa kt ini tidak ad nilai pn disisi Allah jika Islam itu hanya ad pd nama..Antum lbih bebangga dgn bangsa ntum drpd Islam yg ad..jika x knp x hbis2 duk utamakan bangsa shj Islam ntah kemana..
Ana x ckp nta tp ana tgk pd pemimpin..
nta berfikir utk islam lbih dr bangsa..bagusla..
Xpe..teruskn perjuangan nta..harap nta istiqamah dlm menegakkn yg Haq n berani ntuk menyatakn kebenaran..
Ana doakan nta..InshaAllah..
maaf atas segala kekhilafan..
Sesungguhnya diri ini hanyalah seoarg hamba yg hina..
Ya Allah,ya Rahman ya Rahim..ku mohon kpd Mu Ya Allah bukakanlah pintu hati hambaMu yg semakin jauh dgn Mu..sesungguhnya mrk tidak mengetahui..Bimbinglah kami dlm mencari RadhaMu..Aaminn..

Wallahualam..

Nurimo said...

Hairanlah hamba di kaum kuna
Memecah umat Islam bertopi Cina
Kan tudung panas,itulah guna
Menyesai kemudian tidak berguna


Saya juga cinta Allah sebagamana cik,tapi mengapa harus ada jalan berbeza,Allah tiada dua hanya satu.

Malah tidak ada yang ketiga,hanya Syurga dan Neraka.

BERSATULAH DEMI ISLAM.