Search This Blog

Loading...

Followers

Sunday, November 15, 2009

Bila pegang dua kopiah



Isu melantik menantu pun orang pertikaikan,apatah lagi nak pergi haji.Inilah susahnya bila Tok Guru memakai dua kopiah.Satu sebagai Tok Guru dan satu lagi sebagai menteri.

Menantu

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Hadiah

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan menganggukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.
“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.


Apa kata anak buah Tok guru


Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayup berkata,"apa yang berlaku pada Nik Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru,saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok guru ini,beliau manpu mengedalikan semua ini dengan baik."

Isu berhubung tajaan haji ini menjadi mainan media,sehinggakan beliau(Tok guru)membuat keputusan membatalkan hastratnya.


Kita lihat kata pemimpin lain pula

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno,

Menurut sejarah Islam di zaman Khalifah Amirulmukminin telah menjelaskan pengambilan hadiah perlu diketahui terlebih dahulu daripada mana dan untuk apa hadiah itu diberi.
"Pemerintah Omar Al-Khatab menolak pengambilan hadiah sekiranya ramai lagi rakyat jelata lebih memerlukan,demikian juaga Nik Abdul Aziz dengan nilai RM65,000 boleh menampung enam orang yang lain memunaikan haji.
Turut ditaja ialah CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) menatu Tok Guru juga.Ramai lagi tokoh agama lain di Kelantan yang tidak berkemapuan,tetapi kenapa taja Menteri Besar yang ada kuasa eksukutif dan menerima gaji besar.


Ahli Pahlimen Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali,calon bebas menang pilihanraya umum 2008 atas tiket Pas berkata,Kalau benar individu itu iklas untuk menaja haji mencari barakah,seharusnya beliau menaja golongan yang tidak berkemampuan,spt orang miskin,orang kurang upaya,ibu tunggal.Saya percaya pahalanya lebih besar lagi jika tolong orang golongan ini keraa mereka tergolong dalam kumpulan pemberi zakat.


Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,Nik Aziz tidak perlu menggunakan sebarang wang tajaan daripada individu untuk menunaikan haji kerana dibimbangi ia bakal menjadi ikutan pegawai bawahan selain terdedah perbagai spekulasi.Sebagai seorang menteri besar ,beliau mestilah mengamalkan ketelusan dalam semua hal pengurusan ini termasuk perkara wang perbelajaan untuk ibadat.


Apakata setengah rakyat masa sembang-sembang petang


Pandanglah secara positif,Tok guru nak pergi buat ibadat tu,bukan gi karoke.Pejam sebelah mata je.Tak pergi orang kata ,pergi pun orang kata.

Sila klik mstar ,Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Lain padang lain berlalang,lain rakyat lain pandangan,sila komen ya.
.....................................................................................................................................................
Kemaskini 24 Nov 2009
Rujukan BH
Akhirnya Tok guru tak jadi ke Mekah tahun ini manakala menantunya CEO PMBK meletak jawatan demi menjaga nama baik kepemimpinan Islam dan mengelak fitnah.

Sepatah kata dari menantunya Abdul Ariffahmin,walaupun sedia meletak jawatan,namum beliau yakin tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa fitnah menerusi laman blog.

"Dulu masa saya lantik Abdul Ariffamin,penasihat undang-undang pun ada tetapi beliau tidak komen apa-apa.Semua yang berada dalam mesyuarat itu senyak,maka saya lantik"
Nik Aziz Nik Mat-MB Kelantan

"Saya sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan terutama apabila gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri,kerana saya sentiasa patuh kepadanya"
Abdul Ariffami Abdul Rahman-CEO PMBK

83 comments:

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi inilah TGNA,

Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[2] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Na'im Nikmat said...

KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja, katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan.

Sumber:Harakahdaily

Na'im Nikmat said...

ini pula Pemimpin2 UMNO:

1.'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'
(Tun Dr.Mahathir Mohammad 3/3/1994)

2.'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
(Tun Dr.Mahathir:14/7/1992)

3.'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada kaki dan tangan.Bagaiman mereka mahu bersaing dengan bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan dinegara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
(Tun Dr.Mahathir:2/5/1992)

4.'Saya akan memastikan bahawa negeri2 yang diperintah BN tidak akan melaksanakan Hudud'.
(Tun Dr.Mahathir:1994)

5.'Sukar dilaksanakan Hukum Syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus-peratus Islam
(Tun Dr.Mahathir:4/8/1994)

6.'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'.
(Tun Dr.Mahathir:3Mac 1994,Nilam Puri)

7.'Apa ertinya negara Islam jika mundur'.
(Tun Abdullah Ahmad Badawi:13/11/1999)

8.'Tujuan menutup aurat ialah kerana dizaman Nabi,Arab jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga menculik dan merogol wanita daripada kabilah2 lain akibatnya peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat'.
(Tun Dr.mahathir:5 sep 1997,Perhimpunan Agung UMNO)

9.Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah,hukum2 yang boleh melemahkan ummat islam mesti dilaksanakan?'.
(Tun Dr.Mahathir:3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab,Nilam Puri,Kelantan)

10.'Melaksanakan hukum Hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan ditindas oelh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam'.
(Tun Dr.Mahathir:14 Ogos 1994 di Pasir Mas,Kelantan)

11.'Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan'.
(Dato Seri Najib Tun Abdul Razak:20/4/1993)

Anda nilai sendir...

Suria said...

Salam tuan Naim saudara Islam,

Ana tak salah ke Tok guru,tapi terkilan kenapa anak buah dia tak pakat nasihat berkaitan isu tajaan pergi ke Mekah.

Kenapa sampai iketahui semua orang.Saya tak salahkan media,pas perlukan media juga untuk buat propanganda.Sebelum media tahu isu ni,mestilah orang dalam tahu dulu.

Kenapa seluar dalam,baju dalam kita,diketahui media,siapa yang bocor rahsia.

Soalnya sekarang isu ni tak tahu lagi tok guru salah atau tidak.Cuma setakat hari ni tak comel pada pandangan rakyat.

Kalau pemimpin umno buat cam ni pasti ditelanjangkan dan dijaja dalam setiap ceramah.

Saya rasa Tuan Naim sendiri tak berapa sedap nak bercakap isu ni.Sebab ana nampak tuan cuba nak pelarikan tajuk dari menjawab tuduhan.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,katakanlah apa yang ingin diperkata tapi ana nak tanya apa hukumnya orang yang menghina Hudud?Boleh anta jawab dengan menggunakan dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis?Sila jawab sekarang ana cabar anta,itu pun jika anta berani menyahut cabaran anta.Ana mahu jawapan dari Akhi Amirul,Suria,Aini dan Nurimo juga silakan berikan hujah antum...

Na'im Nikmat said...

Tok Guru Nik Aziz jadi mangsa

1. Setelah mereka [ MUSUH ] berhempas pulas untuk membunuh karektor dan kewibawaan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melalui senjata baru yang diberi nama persepsi , kini Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula menjadi mangsa mereka .

2. Mereka melihat keutuhan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama adalah ditunjangi oleh ketokohan luar biasa 2 Tok Guru [ Nik Abd Aziz dan Hj. Abdul hadi ] yang bertaraf mursyid biarpun mereka berdua tidak maksum .

3. Keutuhan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara selama ini tiada siapa yang boleh menafikannya , sehinggalah akhir - akhir ini terdapat percubaan yang sangat ekstrim untuk melumpuhkannya dengan terlebih dahulu menjadikan kedua - dua Tok Guru sebagai sasaran awal direbahkan .

4. Sebelum ini kepimpinan Tok Guru Hj Abdul Hadi dipertikai teruk dengan membentuk satu persepsi yang buruk bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan memimpin parti dengan menonjolkan beberapa kelemahan , sementara mereka menyembunyikan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kepimpinan beliau .

5. Tidak puas mereka mengkeronyok Tuan guru Hj. Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dengan persepsi buruk yang mereka bentuk , kini mereka cuba pula untuk membentuk persepsi negatif guna membelasah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kononnya mengamalkan nepotisme dan rasuah dalam kepimpinannya .

6. Matlamat mereka hanyalah satu , iaitu membentuk persepsi buruk terhadap kedua - dua Tok Guru ini dan kemudiannya menjadikan ia sebagai liabiliti kepada parti , maka secara hormat atau biadab , kedua - dua Tok Guru ini mahu disingkirkan dari pengaruh dan kerusi kepimpinan mereka . Mereka mahu PAS bergolak dan lemah sejurus itu mereka boleh menarik nafas lega .

7. Terbaru mereka masih menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz setelah Tuan Guru menyatakan pendirian tegasnya bahawa beliau membenarkan SPRM menyiasat diri dan menantunya demikian juga satu tindakan tegas , bijak dan berhemah Tuan guru apabila membatalkan hasrat mengerjakan ibadah haji ekoran isu penajaan ibadah haji beliau menjadi polemik di media .

8. Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada . Juga sungguh besar pengorbanan Tuan guru yang sanggup membatalkan ibadah haji beliau di saat semua orang menaruh harapan tinggi untuk ke tanah suci , semata - mata kerana mahu menjaga nilai integriti yang dipertahankan selama ini . Bijak sungguh Tuan Guru mengurus persepsi buruk yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah [ air muka ] beliau sekaligus membuat tekanan untuk menyingkirkan beliau dan melemahkan parti yang dipimpinnya .

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak.

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Na'im Nikmat said...

Ana masih menanti jawapan dari antum.....

Nida said...

Salam

Itulah hakikat 'orang2' yg berjawatan besar ni.. semua tindak tanduk dperhatikan.. pasrah dan redha je lah... Itulah yg perlu dibayar atas jawatan yang dipegang

Nurimo said...

Salam Nida yang jauh di perantaun,
Terima kasih kujungi ke blog saya.

Sebab tu pemimpin hendaklah bersih dan kelihatan bersih.Walaupun isu kecil dan remeh temeh.Kalaulah pada orang biasa tidak menjadi isu .

Tapi kerana pemiminpin ,isu kecil menjadi perhatian rakyat dan menjadi besar.

Tidak kiralah pemimpin dari parti mana,dia batuk pun wartawan masuk paper.Tugas media adalah penyampai maklumat untuk rakyat.Tak kira Harakah ke Berita Harian.

Suria said...

Salam Tuan Naim saudara Islam,

Nak tanya sikit tuan yang dihormati,

Bolehkah pemimpin ditaja untuk buat ibadat oleh kontrator yang dapat projek dari kerajaan negeri.

Ana ni tak faham,saya percaya tuan yang arif dapat menjelaskan.Usahlah banyak berdolak dalih dan lari pada tajuk.

Segala penjelasan ana tetap baca dan dihargai.Berlaku jujur dalam meneggakan keadilan.Adakah hadith yang boleh menyokong hujah.

aini said...

Tegah terima tajaan haji

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

* Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah dengan menggunakan wang sendiri.

* Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.

* Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak.

YANG GAMBI said...

Salam Nurimo, terima kasih kerana tuan sudi juga menjenguk blog kawan yang kerdil ini.... blog tuan telah kawan senaraikan di bloglist kawan..

Walau apa pun alasan yang diberi, kita kena melihat dari kedudukan Nik Aziz sendiri, beliau seorang Menteri Besar, peneraju Negeri Kelantan, bukan ulama seperti rakyat biasa. Dalil macam mana sekali pun dibuat, ianya tetap dianggap 'rasuah' bukan rasuah.... kalau Nik Aziz merasakan itu tidak menjadi soal, kenapa membantalkannya....

Apakah Nik Aziz dari golongan rakyat yang kurang upaya ?

Fikir-fikirkanlah, kenapa syarikat berkenaan sanggup mengeluarkan hampir 1/2 juta menampung pemergian ke Mekkah seluruh keluarga Nik Aziz ? Bagaimana kalau wang 1/2 juta ini disalurkan bagi kebajikan rakyat Kelantan yang masih ramai dalam kedaifan...

Jeffry said...

SLM TUAN YG EMPUNYE BLOG...SY TAK PANDAI NAK BER'ANTA'2, BER'ENTE'2. APA PUN ISU YG DI KETENGAHKAN OLEH TUAN PUNYE BLOG ADALAH MENGENAI PERANAN PAK AJIS SBG SEORANG ULAMAK DAN SEORANG MENTERI BESAR.

TAK PERLU RASANYE KITA BWA PERKARA NI MELERET2 SAMPAI KE TEPI LONGKANG. INI ADALAH SOAL KREDIBILITI DAN MORAL SEORANG PEMIMPIN.

KLU DULU NIK AJIS SELALU MEMPERTIKAIKAN GOLONGAN ULAMA (YG BKN AHLI PAS) DGN MELONTARKAN PELBAGAI TUDUHAN TAK BERASAS DAN SEWENANG2NYA MELETAKKAN HUKUM NAHI MUNGKAR KE ATAS ORG LAIN KERANA PERBEZAAN POLITIK, TIDAKKAH ITU DI LIHAT SEBAGAI RIAK?

SOALNYA DI SINI JIKA ADA PIHAK LAIN YG BERANI MEMPERTIKAIKAN KREDIBILITI BELIAU SBG MURSHIDUL YG TELAH MELAKUKAN KESALAHAN MORAL ATAU SEBAGAINYA, MAKA PIHAK ITU TIDAK BERHAK UNTUK MENGKRITIK ATAU MENEGUR BELIAU, SEOLAH2 BELIAU BEGITU MAKSUM DAN BEBAS DARI SIFAT MUNGKAR? PD HAL BELIAU HANYA MANUSIA BIASA.

SUDAH MENJADI FITRAH MANUSIA MELAKUKAN KEKHILAFAN DAN MENJADI MANUSIA MULIA JIKA MENGAKUI KESILAPAN

MUNGKIN JUGA BELIAU TERLUPA BAHWA BELIAU HANYE SEORANG MANUSIA..WALLAHUALAM

CCZ said...

Acap kali benar kita membawa pandangan kita dan hukuman kita ke atas sesuatu yang diucapkan oleh Pemimpin sebagai salah. Bukankah untuk menjatuhkan hukum dan memahami maksud sebenar yang disampaikan oleh Tun seeloknya secara perbincangan yang ilmiah.

Petikan-petikan uacapan Tun bukan bermaka Tun jahil agama. Apa hukumnya kalau Nik Aziz samakan Allah dengan manusia iaitu Allah pun mencarut? Sedangkan kita tahu mencarut itu lebih kepada pengungkapan ayat-ayat yang lucah dan kotor? Mengapa tidak diadakan sebarang penerangan kepada rakyat terutamanya yang duduk di kampung sehingga apakah maksud TGNa yang sehingga kini boleh dikatakan salah dan menimbulkan kekeliruan.

Kalau hendak dipertikaikan kezuhudan TGNA dari cara pemakaian dan perbuatan, bukan kita yang menentukan sesorang itu masuk syrga atau neraka.

Dan hujahan yang berbentuk menunjukkan TGNA itu alim manakala Tun Mahathir itu jahil yangs ering dibaca di mana-mana seolah-olah menyatakan kita ingin menyamai kekuasaan Allah. Nau'zubillah.

Terima kasih juga kerana melawat blog CCZ. Dari sudut ini, CCZ memberikan pendapat. Tidak semestinya kita senada tetapi yang agama dan bangsa kita sama.

Na'im Nikmat said...

Soalan ana belum dijawab.....Kenapa tak dapat jawab ker ya akhi?

Na'im Nikmat said...

Takperlah ya akhi ana tolong jawabkan,ini penghinaan pemimpin2 UMNO terhadap Islam:

1.'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'
(Tun Dr.Mahathir Mohammad 3/3/1994)

2.'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
(Tun Dr.Mahathir:14/7/1992)

3.'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada kaki dan tangan.Bagaiman mereka mahu bersaing dengan bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan dinegara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
(Tun Dr.Mahathir:2/5/1992)

4.'Saya akan memastikan bahawa negeri2 yang diperintah BN tidak akan melaksanakan Hudud'.
(Tun Dr.Mahathir:1994)

5.'Sukar dilaksanakan Hukum Syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus-peratus Islam
(Tun Dr.Mahathir:4/8/1994)

6.'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'.
(Tun Dr.Mahathir:3Mac 1994,Nilam Puri)

7.'Apa ertinya negara Islam jika mundur'.
(Tun Abdullah Ahmad Badawi:13/11/1999)

8.'Tujuan menutup aurat ialah kerana dizaman Nabi,Arab jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga menculik dan merogol wanita daripada kabilah2 lain akibatnya peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat'.
(Tun Dr.mahathir:5 sep 1997,Perhimpunan Agung UMNO)

9.Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah,hukum2 yang boleh melemahkan ummat islam mesti dilaksanakan?'.
(Tun Dr.Mahathir:3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab,Nilam Puri,Kelantan)

10.'Melaksanakan hukum Hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan ditindas oelh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam'.
(Tun Dr.Mahathir:14 Ogos 1994 di Pasir Mas,Kelantan)

11.'Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan'.
(Dato Seri Najib Tun Abdul Razak:20/4/1993)

Na'im Nikmat said...

Dan ini Nas dan Dalil2nya:


PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM ADALAH WAJIB

Melaksanakan undang-undang Islam, antaranya hudud adalah sesuatu yang wajib. Kewajipannya telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”

(Surah Al-Maidah : 44)

Juga firman Allah lagi;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 45)

Juga firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”

(Surah Al-Maidah : 47)


Daripada ketiga-tiga ayat ini, iaitu surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47 ini, Profesor Mahmud Saedon menyatakan;

“ayat-ayat ini menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariat Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah iaitu; Kafir, jika keengganan untuk melaksanakan hukum Allah, ini kerana, keingkaran dan tidak beriman terhadap kebenaran undang-undang islam. Jika hanya menyeleweng daripada hukum atau undang-undang Islam tetapi tidak mengingkari atau mendustakannya maka mereka akan tergolong dalam golongan fasiq dan zalim. Oleh yang demikian, patuh kepada Islam dan syariahnya merupakan tuntutan agama”[4].

Dari kenyataan ini menyatakan bahawa, undang-undang islam yang terdiri daripada hudud, qisas, ta’zir dan sebagainya, wajib dilaksanakan. Mengambil sikap tidak mahu melaksanakan undang-undang islam ini, maka mereka boleh diisytihakan, samada zalim, fasiq dan kafir.

Alangkah kufurnya bagi mereka yang telah menafikan kewajipan melaksanakan undang-undang islam ini, yang dalam masa yang sama, bukan sekadar mereka tidak melaksanakannya, tetapi mereka membandingkan undang-undang Allah itu dengan undang-undang ciptaan mereka. Tindakan sebegini merupakan syirik dari sudut rububiyyah Allah yang menyebabkan pembanding tersebut diisytihar sebagai murtad.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

Jeffry said...

YA SYEIKH NAIM..TAU KE PAK SYEIKH NEGARA KITA BERBILANG KAUM? DI KELANTAN ADE ORG CINA YG FASIH BERLOGHAT KELANTAN. BEZANYA MEREKA MASIH MENGEKALKAN AGAMA.

NAMPAKNYE PAK SYEKIH BERIYA2 NAK MEMPERTAHANKAN HUDUD DI SINI DGN MENGUNGKIT KEMBALI KATA2 TUN M. PAK SYEIKH BEGITU YAKIN HUDUD MAMPU DI LAKSANAKAN DI M'SIA.

BOLEHKAH PAK SYEIKH TERANGKAN BAGAIMANA CARANYA?. SUDAHKAH PAK SYEIKH MEMIKIRKAN BURUK DAN BAIKNYE? BAGAIMANA PULA PENERIMAAN ORG BKN ISLAM SELAIN DARI MEREKA2 MENJADI AHLI PARTI? APEKAH TUJUAN SEBENAR PELAKSANAAN HUDUD DI M'SIA JIKA BUKAN BERMOTIFKAN POLITIK?

KAMI HARAP PAK SYEIKH ADA JWBNYE

a kl citizen said...

assalammualaikum

setiap yang berlaku ada musababnya.
saya yakin, ini cuma peringatan dari Allah untuk memastikan Tn Haji Nik Aziz nanti betul2 bersih dalam pentadbirannya.

kadang2 Allah tutupkan aib orang lain cuma untuk membiarkan mereka terus hanyut, bukannya tak ada pemimpin2 kita yang selama ini bila kemana2 ditaja orang, tapi tidak menjadi isu.

saya yakin Allah melindungi Tn Haji Nik Azizi dari fitnah berupa rasuah tak rasuah ini

hassan said...

Setiap yang berlaku ada hikmat disebaliknya.

Mungkin kerana pemimpin pas terlalu ghairah menbuka aib sesama islam siang dan malam.Jadi bila terbuka aib pemimpin pas sendfiri kena lah ambil iktibar.

Hadapilah ujian Allah dengan tabah.

Na'im Nikmat said...

Al-Quran dan As-Sunnah jawabnya akhi Jeffry..

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Jeffry,ana akan memerangkan sedikit tentang Hudud untuk kefahaman akhi,


Alhamdulillah saudara mahu juga mendalami ilmu islam.Sebagai ummat Islam yang mengucap Dua Kalimah Syahadah sejak azali lagi kita sudah tertakluk kepada undang2 Islam. ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat terhadap ummat Islam. Bagi kaum kafir pula terdapat dua ketegori yakni:
1.Ahli Dzimmi yakni yang tinggal kekal dlm agamanya(Kafir)tetapi rela tunduk dan patuh kepada pemerintah.
2.Al-Mustakim yakni warganegara asing yng dibenarkan tinggal dinegara Islam secara aman bg tempoh tertentu.Masing2 golongan ini mempunyai hak2 dan tanggungjawab tertentu terhadap negara Islam.
Mereka mendapat Hak Perlindungan yakni Hak menikmati perlindungan keselamatan oleh negara islam &masyarakat islam dr serangan musuh luar&dlm negara.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

'Barangsiapa menzalimi orang-orang dzimmi atau mengurangkan haknya atau membebankannya diluar kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya maka aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat'

Rasulullah bersabda lagi:
'Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi bererti dia menyakitiku dan sesiapa menyakitiku bererti dia menyakiti ALLAH.'

Demikian Kehakiman Islam bertujuan untuk melaksanakan hukum2 Islam dan tidak dituntut kepada bukan islam untuk menghukum dengan perkara2 yang tidak diimani oleh org2 bukan Islam.Begitu juga urusan harta Zakat dan sebagainya yang bersangkutan jawatan2 keagamaan.

Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Jadi tiada masalahnya jika Hudud dilaksanakan di Malaysia ya akhi,isunya nak atau tak mahu...

Na'im Nikmat said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18774&Itemid=59

sila pergi ke-link diatas untuk maklumat Hudud daripada perspektif undang2

Cik Cookie said...

yang baik jdkan tauladan,
yang buruk jdkan sempadan.

Nida said...

yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan
yang salah sisihkan jangan
betulkan kembali sbg. pengajaran..

macam syair daaa......:)

ijoks2009 said...

Sebenarnya Isu ini sengaja dipolitikkan.Memang budaya kelantan sejak dulu suka meraikan Golongan Alim ulama'
Kalau boleh makan minum dan minyak kereta pun org kelantan berebut nak taja kalau org tu berstatus orang alim.Masing2 nak tumpang pahala.
Kalau isi minyak kereta ,kalau org alim tu buat pergi mengajar dpt tumpang pahala.Samalah mcm kes Tokguru ni,cuma oileh krn Tokguru berstatus MB maka isunya sengaja dipolitikkan.

Jeffry said...

YA TUAN SYEIKH...DALIL DAN NAS YANG TUAN SERTAKAN CUKUP MENYAKINKAN. TERIMA KASIH ATAS PUJI2AN TUAN. TP SAYA BKN LA SEORG AHLI KITAB SEPERTI TUAN SYEIKH. PANDANGAN SAYA AGAK BERBEZA. TUAN MEMBERI 2 KATEGORI IAITU AHLI ADZIMMI DAN AL-MUSTAKIM

ADZIMMI

ADAKAH AHLI DZIMMI DARI PAKATAN RAKYAT BENAR2 PATUH DGN PEMERINTAH DI MALAYSIA, SEDANGKAN MEREKA TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF M'SIA SBG NEGARA ISLAM SEBALIKNYA NEGARA LUAR TELAH MENGIKTIRAF M'SIA SBG CONTOH NEGARA ISLAM YANG MEMBANGUN

TERTANYA2 JUGAK JIKA TUAN TIDAK MENYEDARI DI M’SIA ORG BUKAN ISLAM BEBAS MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA TANPA SEKATAN TETAPI TERMAKTUB DI BWH PERLEMBAGAAN NEGARA SEKALIGUS MENGAKUI BAHWA M’SIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM. TAPI BAGAIMANA PULA JIKA MEREKA MENYEBARKAN RISALAH DAN MEMURTADKAN ORG ISLAM. SEDANGKAN TUAN INGIN MEMPERTAHANKAN HUDUD (PERLU DI INGAT JIKA MENGIKUT HUKUM HUDUD SUDAH PASTI MEREKA AKAN DI HUKUM SEBAGAIMANA YANG DI SYARIATKAN)

SEPERTI TUAN NYATAKAN BERPANDUKAN NAS DI BAWAH:


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:'Barangsiapa menzalimi orang-orang dzimmi atau mengurangkan haknya atau membebankannya diluar kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya maka aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat'

BEGITU JUGA APABILA KAUM KAFIR DI BENARKAN BERPIDATO MENGGUNAKAN AYAT2 AL-QURAN DI ATAS PENTAS DAN TAK KURANG JUGA BER’USRAH’ POLITIK DI DLM MESJID TANPA MENGETAHUI HUKUM SUCI BERIKTIKAD DI DLM MESJID. ADAKAH ORG ISLAM YG PRIHATIN MENEGUR AKAN PERBUATAN PUAK KAFIR DGN TUJUAN MEMELIHARA KESUCIAN TEMPAT IBADAH ORG ISLAM MAKA MEREKA DI TUDUH BERFIKIRAN SEMPIT. ADAKAH PERBUATAN INGAT MENGINGATI SESAMA MANUSIA ITU TIDAK MENGIKUT HUKUM HUDUD?

AL-MUSTAKIM
Firman ALLAH S.W.T:'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'(Al-Maaidah :8)

SEPERTI YG TUAN TAU M’SIA AMAN DAN MAKMUR DI BAWAH PEMERINTAHAN SKRG SEHINGGAKAN RAMAI PENDATANG ASING SAMA ADA ISLAM MAHUPUN BKN ISLAM, MENCARI REZEKI UTK MENAMPUNG KELUARGA DI NEGARA ASAL MEREKA. MEREKA JUGA DI LINDUNGI DARI SEGI HAK DAN KESELAMATAN MEREKA. ADAKAH TINDAKAN KERAJAAN SKRG JUGA TIDAK MENGIKUT HUKUM HUDUD?

PERLAKSANAAN HUDUD BKN BERTUJUAN UTK MENAKUT2KAN ORG BKN ISLAM TETAPI MEMBERI PEMAHAMAN KPD ORG BUKAN ISLAM. SEBENARNYA KERAJAAN YG ADA SKRG TELAH PUN MELAKSANAKAN HUDUD SECARA TAK LANGSUNG TAPI DI NAFIKAN OLEH SESETENGAH PIHAK YG BERASA IRI HATI.

MEREKA SENGAJE MENIMBULKAN KERESAHAN DI KALANGAN UMAH DEMI UTK MENCAPAI SESUATU YG BERSIFAT PERIBADI. CUMA MEREKA YANG TERLALU TAKSUB KEPARTIAN DAN SEBILANGAN YANG TAK MEMAHAMI SAJE MASIH KELIRU. DAN MENJADI TUGAS KITA UNTUK MENERANGKAN KPD MEREKA..WALLAHUALAMM

Putra Al-Maliki said...

kenapalah sesetengah rakyat malaysia nie nie ade sifat hasad terhadap orang laen.. x dapat jatuhkan guna plan a, guna pulak plan b dan seterusnya..

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Na'im Nikmat said...

Batalkan tunai haji selesaikan isu

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,nampak akhi Jeffry agak keliru Malaysia sekarang mengamalkan Undang-undang yang berasakan undang2 'Lord Reid'.Hudud mistilah mengikut dalil2 dan nas2 daripada Al-Quran&As-Sunnah bukan ciptaan manusia.Potong tangan maka potong tangan jangan kita mentafsir Al-Quran mengikut selera kita takut rosak akidah ya akhi.

Firman ALLAH S.W.T:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Maidah ayat 38)

aini said...

Tuan Naim,

Kalau nak buat hudup,rakyat Malaysia termasuk anta perlu faham betul2 hukum agama,baru boleh buat.

Rakyat perlu mempunyai peringkat yang tinggi fahama ilmu agama.

Bila rakyat faham,mempunnyai fahaman agama yang tinggi,bila melakukan kesalan baru boleh jalangkan hukum hudup dalam negara .

Orang kafir kena buat serupa takkan orang islam sahaja mencuri kena potong tangan takkan sikafir lepas saja.

Pasti sikafir suka berzina dengan wanita muslim,sebab dia lepas saja,si wanita muslim kena rotan.Pasti sikafir akan gelak.

Pendapatan rakyat Malaysia kena tinggi atau teguh.Untuk menghilangkan dari rakyat mencuri dan merompak.Bila pendapatan rendah,rakyat tak cukup makan pasti kena curi kena merompak.Jadi habis rakyat susah kena potong tangan.Sedangkan mereka laku kerana pemerintah tidak beri peluang pendapat yang baik.

Ini adalah contoh ana berikan kenapa hudup tak boleh buat lagi,mungkin 50 tahun lagi apabila rakyat telah bersedia dan faham betul tetang ilmu agama islam.

Tak salah tuan Naim nak bercakap tentang hukum hudup.Sedangkan anta sendiri pun masih teraba-raba tetang hudup.

Kes tajaan ni,tak salahkah kontraktor yang dapat projek dari kerajan negeri beri taja pergi Mekah.Mungkin ada udang disebalik batu.Tabur budi pasti dibalas body.

Ana tak korja sebagai eksekutif kerajaan negeri,jadi tak da orang taja lahyah,walaupun ana susah.Contoh.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi kenapa nak sempitkan fikiran,hukuman dalam Islam tidak dituntut kepada bukan islam untuk dihukum dengan perkara-perkara yang tidak diimani oleh orang-orang bukan Islam(Beragama selain Islam).Begitu juga urusan harta Zakat dan sebagainya yang bersangkutan jawatan-jawatan keagamaan.Kita yang mengucap kalimah syahadah sahaja yang diwajibkan.Kenapa jahil tapi tak nak belajar ya akhi.Tanyalah kepada Ulama' dan para Ahli-ahlinya jangan ikut pendapat sendiri takut akidah kita boleh dipertikai.Ketahuilah sesiapa yang mempertikai Hak-Hak ALLAH ialah orang-orang yang Kufur yakni Engkar.Ana sangat takut dengan apa yang akhi cuba lakukan yakni mempertikaikan perlaksanaan HUDUD.Jika tidak bersetuju katakan sahaja anta tidak tahu tapi jangan mengulas seperti anta semua tahu.kalau Al-Quran itu boleh ditafsirkan sendiri maka kerosakan yang amat teruk akan melanda kita bayangkanlah jika ibadah boleh dibuat tafsiran sendiri maka ramailah yang berkata'cukuplah hanya berniat,ibadahku akan diterima' maka dengan jelas orang itu telah rosak akidahnya.Mana mungkin dalil2 dan Nas2 dari Al-Quran ditafsirkan mengikut nafsu ya akhi.Ana sayangkan akhi semua oleh sebab itu ana ingin membetulkan tanggapan salah antum terhadap Islam yang diperjuangkan PAS yakni mengikut Al-Quran,As-Sunnah dan Ijmak para Ulama'. tapi tolonglah jangan buat ulasan ikut nafsu tapi berilah dalil2 dan nas2 dari Al-Quran dan As-Sunnah ya akhi. Kita nasihat-menasihati jangan musuh-bermusuh.Antum boleh menghina ana tapi jangan hina Hukum-Hukum ALLAH takut akidah kita boleh dipersoal ya akhi.

Suria said...

Tuan Naim saudara Islamku,

Jangan silap faham yang ana tulis tentang hudup tu.Ana bagi tahu nak buat hukum hudup rakyat Malaysia perlu difahamkan betul2 dan mempunyai ilmu agama yang tinggi,berkaitan hadith dan al-quran.

Jangan terus merlabelkan orang tanpa selidik diri kita tu berjalan atas landasan islam yang betul ke tidak.Kalau 2 x5 jangan cakap lebih sangat.Akidah puak pas boleh dipertikaikan kalau cara sekarang ni.

Bila sangkut sesuatu masalah...puak Pas akan melarikan tjuk kepada hudup.

Pergi Mekah kontraktor taja yang dapat projek dari kerajaan negeri boleh ke?.Molek ke nak wat ibadat dengan cara tu.Tolong jelas tuan Naim sertakan hadith yang boleh menolak hujah.

hassan said...

Tok lebai Naim pun berhujah tuggang langgang nak betul orang.Betul puak pas dulu biar berjalan atas ladasan islam.

Suria said...

Kalau jangut panjang sejekal,usah bermain hadith ya Naim.

Saya lihat blog anta tulis "REJIM HARAM UMNO".

Haram pada pandangan siapa,pada pandangan tuan yang sempait fikiran.
Baru berlajar alif ,ba ,ta dah nak mengajar orang baca quraan..betil tajwik dulu.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,nampaknya teruk juga ana dihentam.Ana tidak marah mahupun bersedih,ini semua ujian dan sunnah dalam perjuangan.Setakat dimaki dan hina sebegini tidak layak sedikit pun ana untuk marah antum.Bayangkan Rasulullah S.A.W pernah dihina,dimaki,dikasari tapi Rasulullah S.A.W tetap mendoakan agar mereka dibuka pintu hati menerima Islam.Ana doakan antum semua dibukakan hati menerima Islam dengan keseluruhan dan bukan Islam Sekular yang dibawa UMNO. Ana rasa ana tidak boleh menyalahkan antum kerana mungkin antum semua telah dikelirukan oleh Ulama' dan Pemimpin UMNO. Disini ana sertakan dalil tentang Pemimpin dan golongan Ulama' Suk:

"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [HR Abu Na’im]

"Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga." [HR Tirmizi]

Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘). Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su’ ini adalah seburuk-buruk manusia,

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi]

Dari ‘Adi Ibnu ‘Amirah al-Kindi r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:’Sesiapa yang kami angkat di antara kamu memangku suatu jabatan, lalu disembunyikannya terhadap kami sebuah jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan. Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang digelapkannya itu.”
(HR Muslim)

Na'im Nikmat said...

HUDUD adalah Hak ALLAH S.W.T

Sudah terang lagi bersuluh hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH S.W.T dan telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maaidah, ayat 39)

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud

1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
6. Merompak (Hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
7. Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.

Isu Hudud di Malaysia telah di ekplotasikan oleh puak-puak UMNO/BN bagi menakutkan golongan-golongan Non-Muslim.Mereka menggambarkan bahawa Hudud adalah sesuatu yang kejam dan tidak bertamadun.Mereka telah memberi kefahaman yang salah iaitu Hudud juga tertakluk kepada golongan Non-Muslim.Namun yang sebenar golongan Non-Muslim tidak tertakluk kepada hukuman Hudud mereka juga diberi pilihan jika mahu melaksanakan Hudud tanpa sebarang paksaan.Ini semua telah dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR seharusnya tiada lagi salah faham dan jika ada lagi hanyalah dakyah-dakyah dan propaganda jahat dari puak-puak UMNO/BN yang terang-terang tidak mahu melaksanakan Hudud.Berikut adalah ucapan pemimpin UMNO/BN yang beragama Islam tetapi tanpa segan silu menghina Hudud dan turut menghina PAS yang mahu melaksanakan hudud.

Na'im Nikmat said...

http://www.youtube.com/watch?v=O6sEgZZM6Vc

http://www.youtube.com/watch?v=g8_Jf2j6GB0&feature=related

Lihatlah bukti Pemimpin dan ulama' UMNO menghina HUDUd saksikan dengan mata dan kepala sendiri

Na'im Nikmat said...

Ini jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tentang Isu Tuan Guru Nik abdul Aziz mendapat tajaan ke Mekkah:

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

Na'im Nikmat said...

Jawapan telah diberikan oleh Menteri drpd UMNO sendiri,janganlah nak bangkitkan isu yang dah basi ni,pergilah cari isu-isu dan fitnah yang lain pula.Nanti jawablah diakhirat segala perbuatan ya akhi...

ijoks2009 said...

Saya Sokong Naim,Teruskan perjuangan mu walaupun di benci oleh puak-puak penentang.
Ya Allah ampunkanlah keterlanjuran mereka ,sesungguhnya mereka tidak mengerti.

Suria said...

Salam Tuan Naim saudara Islam,

Jangan mudah marah atau cepat meleting,syaitan akan bersama orang yang marah.

Sebenar tajuk isu Tok guru belum basi lagi malah tidak belum menjadi bubur.Cuma isu moral pemimpin islam kita.

Apa yang ana perhatikan anta selalu lari tajuk,disini untuk bicang isu moral Tok guru kita.Tapi anta larikan tajuk kepada hudup.Bagi ana beranggapan anta cuba berhelah dari memberi jawapan yang ditanya.

Kalau jawab awal ikut tajuk kan senang,mengapa kita harus pusing2.

Nanti kelayak kata,blogers pas pembelit.

Sebenarnya anta berada dalam dilema,antara nak meneggak benang basah atau tidak ,isu tok guru ni.Walau apa pun tok guru kita tetap kena belakan.Betulkan macam orang marah ke bapak kita,walau nampak salah sebelah bapak kita tapi tetap kita pertahangkan.

Maaflah anta ,ana cuma kemukakan pandangan ana saja.

shaniza said...

Salam..
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.. isu ini bukan kelemahan tapi satu kekuatan untuk Tuan Guru. Allah beri ujian untuk menaikkan darjat seseorang lebih hampir ke sisi-Nya. Manusia bukanlah sempurna dan banyak melakukan kesilapan tapi bagi seseorang yang redha dan sabar dengan ujian Allah, insyaAllah pahala untuknya dan dosa bagi orang yang asyik mengata dan mengutuknya.. waulahualam..

Na'im Nikmat said...

Alhamdulillah saudari Shaniza,ana setuju dengan hujah itu..

Na'im Nikmat said...

Mereka masih dibutakan mata dan dipekakkan telinga oleh pemerintah yang zalim.Mari kita sama-sama berdoa semoga mereka diberikan hidayah ALLAH S.W.T supaya dapat mereka melihat kebenaran yang sebenarnya ada didepan mata.Syukran Akhi Ayid,Ijoks,Briged Akhdor,Faisal,Shaniza semoga ALLAH memberikan kita kekuatan untuk berdepan segala rintangan.Perjuangan kita hanya untuk menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah. Pernah Imam Syahid Hassan Al-Banna berkata 'bahawa manusia akan selalu bercakaran sekiranya berada dalam kegelapan,namun jika mereka mampu mencari suis lampu yakni Al-Quran nescaya mereka tidak akan bercakaran lagi'

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Oleh itu marilah kita ummat Islam menjadi pendukung Al-Quran dan As-Sunnah..Takbir!!

Na'im Nikmat said...

Tinggalkan UMNO yang telah lama menghina Al-Quran dan As-Sunnah....

Na'im Nikmat said...

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Na'im Nikmat said...

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua

Dewan Ulamak PAS Pusat

Amirul said...

Salam Lebai Naim,

Saya telah melayari blog tuan,alangkah sedihnya mukadimah blog tuan tertera Logo"UMNO REJIM HARAM".Baginikah sikap seorang lebai Pas.Sila dellete perkataan tu dan diganti dengan perkataan yang lebih bersopan mengambarkan seorang muslim sejati.
Gantikan "UMNO BERSAMA MENEGAK ISLAM."

Lebai Naim bercakap tetang islam tapi pada masa yang mengutup saudara islam.Apakah agenda lebai sebenar?.Sehinggakan anak tok guru sendiri bersuara....


Nik Abduh bidas sesetengah ahli Pas

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas sesetengah ahli Pas yang dilihatnya hanya berani menulis dan menyampaikan pandangan di dalam blog sahaja.

Malangnya, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, mereka itu hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar kata-kata untuk mewujudkan kecelaruan sesama manusia.

''Mereka juga tidak berani berkata benar, apatah lagi akur pada sesuatu yang benar.

''Jika anda gian sangat nak menulis, tulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur, yang memberkati anda dan kehidupan manusia,'' katanya dalam blognya di http://nikabduh.wordpress.com.

October 27, 2009 9:08 PM

Amirul said...

Salam shaniza,

Sebenar awak tak faham,isu tok guru adalah isu moral je.Takkan kalau nama tok guru rakyat tak boleh bersuara langsung.

Maknanya pengikut pas jenis suruh anguk.....anguk.Tak tahu apa yang diangguknya entah molek entah tidak.Islam disuruh berlaku adil,kita diberi akal suruh fikir.Tak jumpa dalam kitab suruh menghala kepada puak pas sahaja.Kalau tidak masuk pas adalah rejim haram.Semua kata orang Umno dari rejim haram.Tak percaya pergi ke blog lebai Naim.

Jangan kita terpengaruh orang spt Naim,Ayip dan faizal....jenis spesis pecah belah umat islam.

hassan said...

SUDAH TERANG LAGIKAN BERSULUH

Teruskan perjuangan Amirul,Suria.Itu adalah cubaan atau ujian.Nabi juga pernah dihina ,dihedik dalam perjuangan meneggakkan sinar Islam.

Kita hanya mampu berdoa agar Allah memberi kesedaran kepada saudara Islam pas supaya kembali kepada perpaduan bersama meneggakan islam bersama pemerintah.

PAS adalah sebuah parti politik sahaja.Takkan jadi haram perjuankan islam dalam umno,takkan jadi kafir eek...

Tak malu dunia Islam lihat sama islam bertelingkah dan berpakat dengan puak kafir DAP boleh pula.

Cuba fikir betul ke cara Pas ni.Tapi saya tak salahkan tuan Naim,Ayip,faizal sebab dia tak faham,pintu hati dia gelap.Jadi saudara umno jangan kecewa orang spt tu.Manalah tahu esok terbuka pintu hati dia orang untuk bertaubat tidak mahu mrngutup lagi saudara islam.

Jeffry said...

BIAR BERKOYAN DAN BERGUNUNG FAKTA ATAU HUJAH SEKALIPUN KAMI BERIKAN TUAN SYEIKH MASIH TEGAK BERDALIH DAN MASIH MEMUTAR FAKTA MNGIKUT CITARASA TUAN.

MUNGKIN TUAN MERASAKAN HUDUD ITU BENAR SEDANGKAN ADE AHLI ADZIMMI YG MENOLAK HUDUD MENTAH2. SBG ORG ISLAM, KITA FHM MEREKA BKN DARI AGAMA KITA. SELAGI MEREKA TIDAK BERSEDIA MENERIMA HUDUD SELAGI ITU KITA TIDAK BLH MEMAKSA MEREKA. ADAKAH DLM AJARAN ISLAM PERBUATAN MEMAKSA ITU DI GALAKKAN?

ISLAM BKN AGAMA YG MENYUSAHKAN UMATNYA


Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadi mereka menjauhkan diri (daripada Islam)"
(Hadith Riwayat Bukhari; Kitab ilmu, Bab Ma Kana al Nabi (s.a.w) Yatakhawwalukum
bi al-Mawizah wa al-'ilm Kay La Yunaffiru. Jil 1)

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 185: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.


TERNYATA AYAT DI ATAS MENUNTUT KITA MENGAMALKAN ISLAM DALAM KESEDERHANAAN

Dan dalam dalam satu hadith lagi Nabi s.a.w bersabda:

"Agama Islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat
dalam Agama melainkan dia akan kalah sendiri. Maka perbetulkan,perdekatkan, berikan
khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta sedikit daripada
waktu malam". (hadith Riwayat Bukhari)


KITA DI TUNTUT UTK MEMBERIKAN PEMAHAMAN KPD ORG BKN ISLAM. DARI PERBUATAN, GERAK GERI, PERTUTURAN DAN AMALAN. TIDAK KAH ITU SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN HUDUD SUDAH DIAMALKAN.

SAYA TIDAK KISAH JIKA TUAN MASIH MEMPERTIKAIKAN ULASAN SAYA. TERPULANG PD PANDANGAN MASING2. PENDAPATAN SAYA KESEDERHANAAN MMG DI TUNTUT DLM ISLAM WLU APA JUA KITA LAKUKAN. TIADA LEBIH DAN TIADA KURANG.

MUNGKIN SAYA TAK SEHEBAT TUAN TP BKN BERMAKNA SY MENUTUP SEBELAH MATA..WALLAHUALAM

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi ana tidak hairan jika orang cina&india menolak HUDUD tapi ana hairan jika orang Islam seperti antum yang mengucap dua kalimah Syahadah yang mengakui 'Tiada Tuhan Yang Patut DiSembah Melainkan ALLAH, Dan Nabi Muhammad itu Utusan ALLAH' tahukah antum dengan mempertikaikan HUDUD antum boleh rosak akidah?Tahukah antum? Nauzubillahiminzalik...

Na'im Nikmat said...

Sememangnya Kerajaan BN di Perak adalah 'Kerajaan Haram'. Siapa yang melantik mereka sebagai Kerajaan? PRU 12 telah menyaksikan Pakatan Rakyat memperoleh Majoriti Popular.Ini bermakna Rakyat telah sepakat memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.Namun UMNO/BN telah menggunakan cara yang paling kotor dengan melantik MB haram mereka melalui ADUN lompat daripada Pakatan Rakyat. Tetapi Perlembagaan telah termaktub bahawa Sultan Perak tiada kuasa untuk memecat Dato' Seri IR HJ.Nizar drpd jawatan MB.Hanya 3 cara yang boleh diambil:
1.Beliau meletak Jawatan secara sukarela.
2.Satu sidang DUN diadakan untuk Usul Undi Tidak Percaya,bagi mengira majoriti yang menyokong tindakan memecat MB.
3.PilihanRaya Umum yang menyaksikan semua DUN diseluruh negara dibubarkan.

Tiada pun salah satu dari tindakan diatas pun telah dijalankan maka terbuktilah kerajaan Perak sekarang adalah 'Rejim Haram UMNO'.

Kalau nak berhujah dengan ana tentang isu ini sila berikan dalil daripada perspektif Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Na'im Nikmat said...

Adakah akhi Jeffry mengatakan Hukum HUDUD yang termaktub didalam Al-Quran menyusahkan kita jika ya maka akidah ya akhi boleh dipertikai. Ini berdasarkan dalil&Nas:
Firman ALLAH S.W.T
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maaidah, ayat 39)

Akidah Islamiyah ialah 'Kepercayaan yang kukuh didalam hati'.Dan antara perkara yang merosakkan Akidah ialah 'Ragu-ragu dengan Hukum yang Disyariatkan dan dalam isu ini HUDUD'.

Inilah hasil kejahilan yang UMNO lakukan terhadap antum,ana sangat takut dengan keadaan ini.

Na'im Nikmat said...

Firman ALLAH S.W.T:
...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).(
Surah Al-Hasyr ayat 7)

Na'im Nikmat said...

'mereka itu hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar kata-kata untuk mewujudkan kecelaruan sesama manusia.

''Mereka juga tidak berani berkata benar, apatah lagi akur pada sesuatu yang benar.'

Ini yang dibidas oleh Nik Abduh. Ini adalah nasihat beliau kepada ahli PAS. Tapi dalam isu menentang UMNO yang tidak mahu menegakkan hukum ALLAH beliau sememangnya sependapat dengan Ayah beliau Tuan Guru Nik Abdul Aziz yakni UMNO harus ditentang kerana tidak mahu melaksanakan Undang2 Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunah. Kalu nak cari fakta berikan bukti bukan persepsi ya akhi hujah antum sangat lemah....

aini said...

Syukur tuan Naim,

Perak diselamatkan oleh umno,kalau tidak habis tanah rizad Melayu dipajak 1000 tahun.

Pas masa perintah Perak umpama lembu dicucuk hidung oleh sahabat kafir tuan .

Syukur.....syukur.....Perak terselamat.Perkara yang berlaku mesti ada sebab musabah ya akhir

Jeffry said...

MUNGKIN SAJA TUAN LUPA BAHWA MALAYSIA ADALAH NEGARA MAJMUK. KRANA ITU SAYA MENGATAKAN TUAN SENDIRI YG MASIH KELIRU KERANA TUAN BERMATIAN2 BERTANYAKAN SAMA ADA KERAJAAN SKRG TIDAK MENGAMALKAN HUDUD.

SAMADA TUAN SUKA ATAU TIDAK KERAJAAN TELAHPUN MELAKSANAKAN HUDUD SECARA TIDAK LANGSUNG.

ATAU BISA SAJA TUAN MENGEMBAR GEMBURKAN AGAR DI LAKSANAKAN HUDUD SEMATA2 MENGIKUT SELERA DAN KEADAAN POLITIK SEMASA.

TUAN MASIH INGIN MENEGAKKAN PENDAPAT TUAN. BEGITU JUGA SY. JIKA IANYA BERTERUSAN AKAN TIADA PENGHUJUNGNYA. SEPERTI TUAN BERSANDARKAN NAS DAN HADIS. BEGITU JUGA SAYA.

BIAR BYK MANA PUN NAS DAN HADIS KITA KEMUKAKAN BELUM TENTU AKAN MENYELESAIKAN SEGALA PERSOALAN JIKA IANYA BERPAKSIKAN POLITIK SEMATA2.

PENDAPAT SAYA, JIKALAU TUAN INGIN LAKSANAKAN, SILAKAN DAN TERANGKAN KPD TUAN LIM KIT SIANG DAN RAKAN DAP YG LAIN AKAN FATWA DAN NAS SEPERTI YG TUAN KATAKAN. JIKA MEREKA BENAR2 MENERIMA DGN IKHLAS DAN BERSETUJU SEBULAT SUARA ALHAMDULLILAH. TP HARAP2 SY SILAP...WALLAHUALAMM

Briged Akhdor LR2 said...

ni fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir,



Manjung.5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!



Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).



9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.



Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.


Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.



300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.



Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.



13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

Briged Akhdor LR2 said...

yang terbaru sekali tahniah kpd BN perak kerana berjaya mencatat sejarah krn telah berjaya mencatat ms terpantas dalam bajet 2010 di dun perak ..masa yg dicatatkan ialah 20 minit..nilai 700 juta hasil cukai dan zakat zakat rakyat perak hnya 20 mnt tanpa perbahsan seperti mana kebiasaan ..bajet penyamun ker aper mcm takut2 jer nak bersidang ..dan dalam bajet trsebut ader dinyatakan peruntukan sebanyak 400 ribu utk 9 buah sek. persendirian cina berjumlah 3 juta lbh tp kemana perginya utk sek.agama rakyat yg makin terhimpit kini..zambri tak jadi boneka mca pulak ker

Na'im Nikmat said...

Ini baru dikatakan fakta ya akhi,syabas

Dhana/戴安娜 said...

asslmkum wr.wb
salam sahabat,tahrima kasi udah dateng ke blog saye,blog anda bagus banget isina penuh makna,thnxs ya,saye dah follow kalo sedia follow balik buat saye,thnxs n good luck ya

Jeffry said...

ADAKAH PAKATAN SUCI SEBERSIH KAIN PUTIH DAN MAKSUM? NILAIKAN SENDIRI DAN ANDA AKAN TAHU >:-D

alfarook said...

Salam ya sheikh naim
Saya tunggu Kelantan, Kedah, Penang & Selangor laksanakan hudud 100% seperti yang dijanjikan parti yang tuan sayang sangat tu.,
Cakap senang la kan..cuba buat,macam2 alasan la tok guru syeikh akan bagi.,
Mesti ungkit balik federal gov tak bagi..pada saya semua tu alasan budak2 kurang akal.,

Na'im Nikmat said...

Antum tak mahu Hudud itu masalah antum tapi ana mahukan Hudud,antum jawablah diakhirat nanti dengan hujah2 yang antum berikan,dikala itu rasalah balasan ALLAH terhadap kaum yang engkar yakni kufur dengan Hukum2 ALLAH.

alfarook said...

Ya sheikh..
Macam mana mahu tunjuk ana mahu hudud lah..?
Sokong Pas??..hihihi..
(maaf ye tuan blog & semua kalau saya terkasar bahasa)

GOMO said...

PUNOH...habis punoh..nik ajis dah punoh kerana ambil rasuah!!!

bila lah nak letak jawatan orang tua ni?

dara♥♥♥teruna said...

wah..politik sungguh dia.

zai said...

Salam Nuri..

Memuliakan ulamak adalah antara perkara yang sangat dituntut didalam islam, TGNA adalah antara contoh pemimpin yg tidak sewenang2nya menggunakan duit rakyat utk kepentingan dirinya sendiri..lihatlah contoh rumahnya dan kesederhanaan hidupnya yg ditempuhi setiap hari..adakah pemimpin2 lain diMalaysia ini yg sanggup menolak kemewahan dan hidup sepertinya..bagi pendpt kak zai walaupun TGNA berkemampuan ttp beliau tidak pernah menyalahgunakan wang rakyat malahan sebahagian gajinya diberikan kepada rakyat jadi tak hairanlah kenapa rakyat kelantan begitu mengagungkannya..mereka menyaksikan kezuhudan hidupnya sehari2 dan melihat sendiri bantuan2 yg diterima oleh rakyat negeri kelantan yg diberikan secara tulus ikhlas dan langsung dari TGNA malah utk bertemu beliau juga tidak memerlukan protokol..sesiapa juga boleh menemuinya setiap masa dan ketika tanpa perlu temujanji..

Kak Zai yakin beliau menerima pemberian hadiah yg dianggap oleh sesetengah orang sbg rasuah ttp sebenarnya bukan rasuah itu kerana tahu erti maksud hadiah dalam ertikata yg sebenarnya iaitu tiada perjanjian sbg balasan atas sesuatu kepentingan..RASUAH adalah pemberian yg diberikan dengan harapan mendapat sesuatu darinya sedangkan hadiah adalah merupakan pemberian ikhlas seseorang kpd seseorang yg lain tanpa mempunyai maksud yg tersirat selain hanya utk menambahkan perasaan kasih sayang sesama islam.

Hudud adalah hukum Allah, jadi sebagai hambanya janganlah kita pertikaikan samada ia relevan atau tidak utk diguna pakai kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hamba2nya..dan hukum itu telahpun tercipta semenjak zaman nabi lagi..kalaulah Manusia itu hebat dari Allah SWT nescaya maksiat dan zina pastinya boleh terhapus kini disebuah negara islam yg mengguna pakai hukum manusia itu sendiri tapi lihatlah apa yg berlaku sekarang..???

Maksiat, zina, minum arak, berjudi, buang bayi dan sebagainya rata2 dimonopoli oleh kaum islam yg mengaku cintakan Islam, cintakan Allah dan cintakan Nabi..jadi berkesankah hukum manusia itu..???

Selagi kita mencabar hukum Allah negara kita tidak akan pernah aman dari bencana dan maksiat.. janganlah sampai satu hari Allah menjadi terlalu murka dan Malaysia pula dibinasakan sepertimana yg berlaku di Acheh tahun 2004 dulu..bencana spt itu tidak mustahil boleh berlaku kerana kita hanyalah hamba yg menumpang dibumi Allah utk sementara waktu...

setiap hela nafas kita jua adalah diberikan secara percuma oleh Allah SWT tanpa meminta balasan..jadi inikah tanda kita berterima kasih padaNYA dng mengingkari segala perintah dan laranganNYA ??

kak zai sangat bersedih dgn fenomena keadaan zaman sekarang..semakin banyak zina dan maksiat berleluasa dan semakin banyak orang2 yg fasik mengambil tempat utk menjadi pemimpin..

Kak Zai sentiasa berdoa mudah2an Allah tidak menurunkan bencanaNya kepada kita sebagaimana umat2NYA yg terdahulu..

Na'im Nikmat said...

Salam Zai,hujah anda memang ana sokong 100% teruskan perjuangan,Takbir!!

Nurimo said...

wsl kak zai,

Terima kasih sudi memberi pandangan,memanglah kalau kat kelantan,tok guru pondok ramai orang pergi jumpa untuk beri sumbangan kerana nak ambil berkat.

Selain tu juga minta tok guru doa agar hidup dilimpahi rezeki.Ada yang gi minta air tawar anak nak periksa dan macam2 lagi.Bagi yang pasangan yang kahwin dua pula minta tok guru doa supaya kedua isteri dapat berbaik-baik..maknanya bukan nak suruh cerai berai.

Tapi mengapa ramai jumpa tok guru tak minta doakan agar Melayu islam bersatu dan hidup aman damai.Pas-Umno berjalan seiring.

Kes Tok Guru kita tu,saya bukan anggap rasuah cuma silap tenikal je.Jadi bila berlaku kes taja nak gi Mekah tak comel dan tak sedap didengar,tambahan pula yang bagi taja tauke syarikat dapat projek dari kerajaan negeri.

Soal lantik menantu tu pula,ramai rakyat gelak sebab bila anak menteri umno dipertikaikan sebelum ni.Jadi bila kena anak beranak tok guru,apa salahnya rakyat cakap sikit2.Mulut tempayan boleh ditutup mulut rakyat susah nak plater.

Kalau tok guru pondok yang tiada jawatan MB tak kisah sangat.Saya teringat ada hamba Allah Kata,anak sentiasa bela bapak,walaupun bapak kita salah,tapi anak tetap pertahangkan bapa,malah akan cuba berdalih agar kebenaran memihak kepada bapak kita.Walaupun pahit terpaksa ditelang.

Suria said...

Salam tuan Naim saudara islamku,
Naim said:-

"Salam Zai,hujah anda memang ana sokong 100% teruskan perjuangan,Takbir!!".

Tuan sokong-sokong juga,tapi jangan sampai sokong membawa rebah.Lihat abg Husan pun nak letak jawatan,puncanya benda tak betul la tu....

Na'im Nikmat said...

Islam tidak akan rebah,
Firman ALLAH S.W.T:
“ Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:40)

aini said...

Tuan Naim dari parti Islam PAS,SOKONG KOMENIS.Bagini ke sikap orang pas.Dok puja chin peng,ingat dia tu bukan wali Allah ,anta


Blogger Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,ana sokong beliau dibawa balik dan dibicarakan dengan seadil-adilnya.

Firman ALLAH S.W.T:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

November 23, 2009 7:58 PM
Copy dari umnobkt.jelutong.blogspot.com

Amirul said...

Sepatutnya tak tok guru jangan suruh menantu letak jawatan atau jangan batal pergi ke Mekah.

Moga tak salah usah bimbang cakap orang.Sebulan dua senyak isu ni.

hassan said...

Nampaknya qurban awal sebelum raya kat Kelantan kita.

Tapi tak mengapa untuk elak fitnah dan menjaga nama baik islam,kita perlu berkorban walaupun menantu yang kita sayangi sekali pun.Itulah yang dipanggil rakyat didahulukan.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Inilah sikap telus seorang insan demi mengelak fitnah puak2 UMNO yang sering mengadu domba akhirnya TGNA bertindak sedemikian.

Firman ALLAH S.W.T:

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Surah Al-Baqarah ayat 10)


Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.

(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi.
(Surah At-Taubah ayat 67-69).

Saya ingin menasihati diri saya dan kita semua supaya dihindar sifat-sifat orang Munafik ini dan sekiranya terdapat salah satu sifat Munafik dalam diri kita haruslah kita bermuhasabah dan buang sifat-sifat itu sebelum sifat itu memakan diri kita dan menjadikan kita sebagai bahan bakar dineraka kelak.

hassan said...

Salam Tuan Naim,

Terima kasih bagi nasihat atau peringatan sesama Islam pada puak pas dan umno.Inilah yang dikatakan sikap keterbukaan.Walaubagaimana pun bergatung kepada niat anta.

Umno tak mengadu domba,isu ini adalah pendedahan blogers pas sendiri"kidefelar".
Apa tuduh pada umnonya,silap tu.
Lori sangkut salah ke kelidan,sedangkan streng pemandu yang peggang.

Anta tulis hadith sebagai nasihat/pedoman...kalau macam ni tuju kepada diri sendiri agaknya.

Maaf anta,ana bukan nak gaduh tapi cakap yang betul....ana kena berlaku jujur.Kejujuran adalah tututan islam.Berbohon munafik.

Ingat kita tiada pilihan ketiga,hanya dua syurga atau neraka.

Banyaklah beristifar,Apa yang berlaku qAdar dan qada.Sudah ditentukan.Redhalah.....

Suria said...

Apa cerita ni,abg Naim,masalah kelurga pas ni,ana besimpati apa yang berlaku kerana melibatkan saudara islam kita,mudah-mudahan isu akan selesai segera.

Copy dari blogers
http://kickdefella.wordpress.com/

Usah berdalih Ariffahmi, Kita Jumpa Di Mahkamah Bila-Bila Masa
23 11 2009

Esok Ariffahmi akan memanggil mesyuarat dengan kakitangan PMBK. Esok juga khabarnya Ariffahmi akan dipanggil oleh SPRM. Saya berharap Ariffahmi akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya segera esok dan mesyuarat itu adalah yang terakhir. Ini akan memudahkan kakitangan PMBK memberi kerjasama di dalam siasatan SPRM.

Sewaktu sidang medianya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz tadi, Ariffahmi sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan yang terdapat didalam blog ini dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini adalah kali ke tiga ugutan dibuatnya bermula dari sidang medianya di rumahnya pada 11 November 2009. Nasihat saya pada Ariff, selesaikan dahulu masalah anda dengan SPRM. Selepas tamat siasatan SPRM dan sekiranya nama anda telah dibersihkan oleh SPRM, kita boleh bertemu di mahkamah pada bila-bila masa.

Tetapi sebelum itu, ada baiknya Ariffahmi memohon khidmat nasihat daripada pihak Parti dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebab kalau-kalau akibat saman ini banyak pula yang menjadi berita-berita panas.

Sementara itu, ada baiknya blogger-blogger upahan termasuk Ustaz Pil Kuda yang pernah dibuang kerja kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah agar pulangkan segera lap top milik perbadanan yang digunakan untuk kepentingan dakyah peribadi orang-orang tertentu. PMBK juga harus menyiasat pembayaran yang dibuat keatas mereka ini termasuk pembayaran pejabat sekali.

Rangkaian blogger ini diwujudkan oleh Ariffahmi untuk menyembelih mereka yang dirasakannya adalah penghalang cita-citanya. Antara yang telah menjadi mangsa blogger Ustaz Pil Kuda ini ialah Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kakitangan wanita PMBK yang sering berlagak seperti orang hilang akal dibelakang CEO dan bersikap pijak semut tak mati di depannya bolehlah turut berundur secara terhormat.

Sementara itu saya amat berharap Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan meminta nasihat dari Lembaga Penasihat PMBK didalam membawa CEO baru ke dalam PMBk dengan kadar segera. Biarlah CEO ini seorang yang amat luas pengalamannya dan seorang yang terkenal dengan integritinya. Ini kerana terlalu dalam lurah yang telah digali kambus oleh Ariffahmi dan terlalu banyak baik pulih harus dilakukan.

Akhirnya saya berharap episod ini dapat ditutup sepenuhnya.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,marilah sama-sama kita muhasabah agar sifat-sifat orang munafik tiada pada diri kita ya akhi.
Firman ALLAH S.W.T:

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Surah Al-Baqarah ayat 10)

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
(Surah At-Taubah ayat 67)

Nasihat untuk ana dan antum..

hassan said...

Nampaknya pas Kelantan minta talian hayat dari pas pusat untuk selesai isu pelantikkan menantu tok guru.

Rupa-rupanya cantik pada kulit tapi isinya tak berapa menarik parti pas ni.

Sebelum ni saya terasa tergerak hati juga nak mengenali secara dekat.Rupanya banyak kudis juga disebalik kopiah.

Bila tidak ikut panduan al-quraan dan hadith macam ni lah jadinya.Hadith ditaksir ikut kesesuain puak pas .Bila puak dia memfitnah,mencarut,mengutup...dilupanya hadith,sedangkan hadith untuk panduan semua orang islam bukan khas untuk dituju kepada umno saja.

Saya bersimpati apa yang berlaku dan berharap pemimpin umno hendaklah bantu pentakbiran pas Kelantan yang mula bergelora demi rakyat Kelantan.

Walaupun huduh molek pun bangsa kita seagama dengan kita,perlu ambil tahu.

Tak kisahlah pemimpin pas membuat perbagai propagada,tomhan,fitnah...itu dia dengan tuhan.Kita hanya mampu berdoa mudah-mudahan parti pas dapat bersama dengan umno.

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.