Search This Blog

Loading...

Followers

Friday, November 6, 2009

Takut Termakan Budi Tergadai Parti




Kalau kita masuk kadang kambing kena mengembek,

Kalau kita ke negeri yang terkenal dengan Nasi Kerabu,

Kena kecek Kelantan,

Baru boleh masuk daun .


Tiba-tiba kejut bunyi Kerajaan Pusat nak wei pitis atau orang panggil wang ihsan mulai tahun depan. PM kita royak pitis hak nak buie tu hasil pengeluaran minyak di luar persisir pantai negeri Kelantan.

Pitis ihsan tu akan dibuie dalam bentuk projek pembanggunan serta pembasmian orang susah selepas berunding dengan kerajaan Serambi Mekah.Ingat dia akan buie sikit-sikit dulu,maklumlah baru wat tubik minyak kan.Macam orang nerga lah,nerga hari hari ni takkan untung selalu.

Tujuannya molek untuk meningkatkan kesejahteraaan hidup penduduk selarah dengan arus pembangunan negara.

Maknanya,PM tak mahu tengok negeri lain maju,negeri Kelantan mundur,sedangkan sama ada ahli umno juga.

Takkan nak marah empat lima ekor nyamuk bakar semua kelambu.Nilah orang panggil kerajaan Islam takda pilih kasih,dia akan buat serupa 1Malaysia.Dia kan buie pitis secara telus.

Dengar kata ,PM royak dari segi perundangan Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti jika sumber minyak dihasilkan dari pengairan negeri.Lok ni takda lagi pengeluaran minyak dalam kawasan pengairan Kelatan dan Trengganu.Tapi untuk adil dan saksama akan buie semua negeri,supaya lapisan rakyat takda yang terpinggir.


Salam dulu


Tok Guru Nik Aziz,selaku menteri besar Kelantan kita bersyukur dalam terkilan sebab had dia minta pembayaran royalti minyak masih tak leh lagi.

Namun bagitu Tok Guru kita akan menunaikan nazar berpuasa tiga hari kerna peruntukkan pitis Ihsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang insan,yang kita mahukan wang royalti."


Hairannya orang nak wei pitis anak buah Tok Guru pertikal pula,


,"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah,tapi mahu hak mereka,iaitu royalti minyak. -Salahudin dan Khalid Samad.

Apa kata Husam Musa"kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ihsan itu kerana tak ikut perjanjian yang di tandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.


Apa kata budak-budak kelantan kat Kuala Lumpur

Terima saja,Tok Guru ,puak kita lama dok merantai sambil maju negeri orang,rasa nak kelik lah juga untuk memberi jasa kepada negeri kita pula.Lagi pun kita dah berumur,boleh lebih kurang lah!!!.

Abg Husam,usak ikut darah panas,terima saja dulu,kawan nak rasa juga hujan emas di negeri kita,dah kerajaan Umno nak buie gah.

Rakyat Kelantan berdoa siang malam,agar dilimpah rezeki,tapi orang nak wei pitis ,Tok wakil tolak pula..emmmm .

Harap nak tutut RM1 bilion pitis royalti minyak sejak 2004 tu,tak tahu bila nak dapat,entah-entah naik makamah bicara kalah.

Usah bimbang "Takut Termakan budi tergadai parti".

.......................................................................................................................................................................

Rabu Disember 9, 2009

Bawa Saja Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah
-Sila klik Mohamed Nazri

79 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, itulah yang sepatutnya difikirkan oleh rakyat Kelantan, syabas anak muda yang mempunyai pemikiran maju kehadapan..... jangan mudah buruk sangka dengan pemberian orang....

CCZ said...

Salam. Masih ingin melihat kelantan turut membangun sama seperti negeri lain. UMNO bukan kejam sangat tapi selepas ini kita tengoklah samada undi masih kepada puak yang asyik meminta tapi lebih suka wujudkan sengketa.

Cik Cookie said...

xtercomment sy sbgi anak kelantan.
hukhukhuk...

dara♥♥♥teruna said...

tau pun nak royalti..wang ihsan apa sume..tapi suka dok condem kerajaan sendiri..pastu kalut nk wang ihsan..apa daa..Cik Dara tk suka gi Kelantan..

Nida said...

Lebih baik termakan budi dan tergadai parti dari termakan budi tergadai body.... (Kalau org dah bagi tu amik je ler..)

Nurimo said...

Salam Nida ,terima kasih dari NZ terbang ke sini.

Biasa adat kita ,orang berbudi kita berbahasa ,orang memberi kita menerima Sebab tu ,dia orang bimbang kalau ambil duit orang ,betullah awak cakap termakan budi tergadai body ,entah2 tukar BULAN sekali.

Kalaulah saya orang buat budi,takkan saya tak balas......tanda terima kasih.

Takkan nak duduk dalam susah somo,dah orang tolong terima jelah.Maknanya rezeki dah datang lah tu.

a kl citizen said...

assalammualaikum

rezeki jangan sesekali di tolak...

Putra Al-Maliki said...

royalti petroleum tue dah memang hak rakyat kelantan.. memenag wajarlah rakyat kelantan mendesak tuntutan tersebut diberikan kepada mereka.. kerajaan sepatutnya akurlah bahawa petroleum memang terdapat di perairan kelantan seperti yang dah dibuktikan..

Suria said...

Ramai tak faham lagi,Kelantan tidak berhak dapat royalti minyak kerana operasi cari gali minyak lebih 3 batu nautikal dari pantainya.

Patutlah DS Najid tak sebut wang royalti dia sebut wang ihsan.Tak kira apa nama pon janji dapat duit untuk rakyat.

faizal said...

salam..

kesian rakyat kelantan..

dinafikan hak sebagai warganegara malaysia hanya kerana BN tidak memerintah kelantan..amat tidak wajar dan kejam BN nie..

royalti hak rakyat kelantan bukannya wang ihsan walau apa-apa alasan yang diberi.. hak tetap hak..

alangkah baiknya hasil minyak di daratkan di kelantan berbanding didaratkan di thailand..hal tersebut menyebabkan malaysia terpaksa membayar lebihan wang berbanding daratkannya di negara sendiri iaitu kelantan..

alangkah baiknya jika tiada sikap khianat dan busuk hati pada pemerintah malaysia..pasti negara aman dan damai berpaksikan islam..

alangkah indahnya sekiranya masing-masing berpendapat bahawa kelantan maju malaysia pun maju..

Suria said...

Salam Faizal,

Majoriti rakyat Kalantan tak sokong nak maju macam mana,hari2 hetam kerajaan Pusat.

Bila negeri tak maju tunjuk jari ke parti Pemerintah.

orang nak bagi duit untuk rakyat pon tolak,apa ke jadahnya.Tok wakil Pas tak kisah tiap bulan dapat gaji.Rakyat yang terlopongnya.

Syukurlah tuhan bagi terbuka PM 1Malaysia nak membangunan Kelantan tanpa memilih parti.

Selama Pas memerintah apa kerajaan Pas bagi ke rakyat hingga negerinya jauh tertinggal.

Lebih baik bagi ke BN lah.

AkuLaNS said...

politik sempit merugikn bangsa dan negara...

Na'im Nikmat said...

Kekayaan Bumi Kelantan Dengan Hasil Minyak 900juta – 1billion untuk 6 tahun.

Sudah 6 tahun Kerajaan Umno BN tak Bayar Royalti Minyak Kepada Kerajaan Kelantan Darul Naim Di Bawah PimpinanTok Guru Nik Aziz

Harap sangat-sangat PM atau Pemimpin-pemimpin Umno BN yang lain tak payah lagilah nak bercakap pasal Rakyat di utamakan ataupun Perpaduan Semua Kaum, Kalau Masalah Royalti kepada Kerajaan Kelantan tidak dapat diselesaikan…

Inilah sebenarnya yang perlu PM dan pemimpin Umno BN utamakan… kerana ini adalah hak rakyat Kelantan..

Jangan Menzalimi hak rakyat Kelantan.

Duit Ehsan dan Royalti jauh berbeza.Royalti ialah hak Rakyat Kelantan manakala Ehsan ialah sedekah kerajaan.Orang Kelantan bukan peminta sedekah mereka cuma mahukan hak mereka yang dimakan kerajaan UMNO/BN secara haram.Kita boleh menipu Rakyat tapi ingatlah ALLAH itu Maha Mengetahui ya akhi

Na'im Nikmat said...

Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Na'im Nikmat said...

Adillah kepada Rakyat Kelantan mereka juga Manusia walaupun mereka sokong PAS...Royalti itu hak mereka jangan jadi manusia yang Zalim.

Na'im Nikmat said...

Hasil Minyak 900juta – 1billion untuk 6 tahun diganti dengan Wang Ehsan apa ertinya ini??? inilah contoh kerajaan yang zalim lagi menjijikkan penuh dengan kekotoran dan korupsi.......

Na'im Nikmat said...

Ana Kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.Pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.
Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak.UMNO memang pencabul undang2....

Na'im Nikmat said...

'Sudah terang lagi bersuluh' UMNO mencabul undang2 dan Perlembagaan Negara....

Suria said...

Salam abg Naim,

Siapa yang zalim sebenarnya,siapa yang mempengaruhi rakyatnya supaya membenci pemerintah dan juga sesama islam dan menggunakan orang spt.anta untuk menegakkan benang yang basah.

Hasil setelah lebih 10 tahun negeri lambat bekembang.Rakyat Kelantan merata-rata mencari rezeki di luar negerinya.Walaupun mereka ramai yang berjaya
di negeri orang,hati kecil tetap mahu pulang untuk membangunkan negerinya sendiri.Tapi balik-balik projek takda,korja takda,habis nak bayar loan kereta ,loan rumah cam mana.Takkan nak suruh tok wakil tolong bayar dulu....

Silap siapa sebenarnya jadi cam tu.Salahkan diri pemimpin sendiri.Lori sangkut salah ke driver,sedang driver yang menjadi pemandu.

Nampaknya anta masih bermain isu politik kotor,memutarkan belitkan fakta supaya melambatkan lagi rakyat Kelantan nak dapat duit dari kerjaan Pusat.

Betul kata empunya blog ni,TAKUT TERMAKAN TERGADAI PARTI.

Terima duit ihsan dulu,soal nak saman royalti tu kemudian.Usah bermain tarik tali.Ingat pada rakyat.

aini said...

Lagi pun dulu......BN bagi ambil mengapa kali ini tolak..ko..ko Takut penyokong Pas termakan budi tergadai parti.

Dulu....

Bagi kain pakai
Bagi baja tabur,
Bagi gula kacai,
Bagi lembu tarik,

Kali ini PM 1Malaysia nak bagi besar lagi untuk pembanggunan Kelantan,tak mahu ambik pula,malah banyak kecek tok wakil Pas.Kalau PM merajuk cam na,tunggu saman 1 Bilion pendek kata putih mata lah....tak tahu bila nak benang.

Nampaknya rakyat Kelantan tak leh beti korja lagi nak balik kampong.....kalau tok wakil kita dok main cam ni.

Na'im Nikmat said...

Anta cakap macam ni pernah ke pergi Kelantan?Jangan perlekehkan rakyat Kelantan,walaupun ana org Perak ana tak pernah perlekehkan rakyat mana2 negeri.Hak tetap hak.
Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Pemimpin UMNO tak pernah baca Al-Quran ker tentang Hak dan Keadilan?Jangan salahkan Rakyat Kelantan yang menuntut Hak mereka semata-mata.Mana perginya Untung 900juta-1billion daripada hasil minyak Kelantan?Dimana?Masuk poket siapa kalau bukan Pemimpin UMNO yang Korup lagi Hina didunia dan Akhirat....

Suria said...

Abg Naim,

Saya kelantan ada saudara ramai orang Pas,malah sering berkujung ke sana.

Rata-rata mereka mengharapkan perubahan dari kerajaan pusat.Memanglah orang Kelantan takda satu pun mati kelaparan dan dapat hidup aman damai.Tapi mereka mahukan pembangunan sebagaimana negeri2 lain.

Nak tanya sikit ke mana pergi hasil balak negeri Kelantan?masuk poket sapa sampai pembangunan untuk rakyat tak boleh nak buat.

Jangan jadi macam Perak dulu DAP kontrol,Niza hanya boneka saja.Nasib baik BN selamatkan dengan mengambil alih tampuk pemerintahan.

Kalau tidak habis tanah kat sana bagi pajak 1000 tahun.Entah tapak rumah abg. Naim pun tergadai.

syukurlah abg Naim,marilah buat perpaduan,kita ni saudara islam.

Suria said...

abg Naim,
Orang pas padai hadith tapi taksir ikut kesesuaian puak dia.Jangan bermain hadith untuk kepentingan politik kotor.

Semua orang umno tahu hadith,tahu taksir dan tidak putar belitkan pentaksiran.Dia tahu dosa pahla dan tidak ada pilihan ketiga Neraka atau syurga setiap manusia ni.

Abg Naim,Mengapa Pas nak pecahkan Melayu Islam sebaliknya islam disuruh satukan.Anta tak habis baca kitab lagi ke.

aini said...

Salam Tuan Naim ustad pas saudara Islam,

Walaupun kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

Ingat Tuan Naim jangan tergelincir dalam keghairan berhadith hanya 2 sahaja pilihan Syurga atau Neraka,tidak ada pilihan ketiga.

Bila nak perpaduan,jangan ditangguh cadangan yang baik

Na'im Nikmat said...

Hadis mana yang Ana salah tafsir,cube kongsikan dgn ana,jika ana tersilap tafsirkannya akhi?Adakah jika tafsir itu terkena batang hidung UMNO/BN dan Pemerintah dikira salah tafsir?

Fathi Adha said...

emmmm... rzeki...amek je la...kan3...
nak tunggu yang satu billion tu...belum tentu dapat... yg dah ada ni... jgn persiakan...

jgn jd pemimpin di afrika sudah...org bg amek... tapi rakyat tak merasa apa pun....

Na'im Nikmat said...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Suria said...

Diwajibkan ke atas kamu berperang.Padahal berperang itu suatu yang kamu benci,boleh jadi kamu membenci suatu benda padahal ia itu baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah,ayat 216)

hassan said...

1 BILLION ROYALTI MINYAK

Kes ni,macam orang tikam nombor ekor,beli boleh tak tahu kena ke dok.

Cuma boleh heboh kita akan saman,benang bicara nanti,kita akan dapat duit,jangan risau.Kita bangunkan negeri kita,kita panggil semua rakyat kita balik,biar takda orang nak majukan KL.

Rakyat pun tidur lena,khayal akan maju negeri dapat 1 bilion ni.

Masa berlalu dari hari ke hari,bulan berganti tahun..cam tu juga...he..he...

Macam emak rebus air supaya anak tak menagis ,Anak faham yang emak masak nasi .Tunggulah anak nak makan nasi, rupanya emak rebus air.Tapi pemerintah nak bagi beras tak mahu terima.

Kesian pada anak ,terima dulu.

Tuan Naim,nak tanya sikit setuju terima duit DS Najib nak beri duit ihsan tu atau nak tunggu hak 1Billion tu.

NICK IRFAN said...

aku x thu nk komen ape sbb aku ni parti bebas? ape2 pun aku doakan najib dan nik aziz panjang umo... amin hehehee

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,Rakyat Kelantan telah lama menuntut hak yang mereka sepatutnya dapat.Kenapa PM 1Malaysia hendak menafikan hak mereka.Perjanjian ini dibuat oleh bekas PM kita yang terdahulu,mengapa Ds Najib mahu ingkar dengan perjanjian Petroleum?Mengapa apabila MB Kelantan ingin membawa isu ini ke Mahkamah Dunia DS Najib tiba2 mahu menghulurkan wang ihsan?Adakah DS Najib malu jika dunia mengetahui penyelewengan yang beliau lakukan?
Islam itu berpaksikan 'Keadilan' ya akhi jika kita tidak berpegang kepada 'Keadilan' maka kita tidak berpegang dengan prinsip Islam..

Suria said...

Salam Abg.Naim,

Dunia dah tahu hal ni,macam kita apa berlaku diseluruh dunia dapat berita cepat ,zaman IT kan ni.Saya percaya bukan soal nak bawa isu royalti ke makamah dunia,lalu DS Najib nak bagi wang ihsan.Itu hanya secara kebetulan .Tapi niat musni DS Najib telah diputar belit oleh agen pas spt anta,maaf ya,yang betul.....ana kena cakap betul.
Takkanlah isu seluar dalam kita nak suruh Obama selesai.Dia banyak korja lagi.

Lagi pun undang-undang tak buat niaya orang.Takkan DS Najib tak tahu undang2.

Atau abg Naim tak faham.....
Kalau kita nak bercakap hal keadilan,mata kiri dengan mata kana pun tak sama besar.Maknanya kita tak sempurna 100%.

Macam Pas turut membezakan dengan orang Umno,adil ke kalau ikut prinsip islam.Sedangkan orang umno pun kiblat yang sama.

aini said...

Teringat saya Macam Israel,marah ke Amerika kerana buat tak adil antara Palastine dengan negaranya,tapi masih minta bantuan Amerika.

Dalam isu duit ihsan ni,jangan jadi puak yang tidak bersyukur ,orang nak bagi duit ambillah dulu,yang nak saman tu saman......

Maklumlah bila bukit2 kat Kelantan dah gondol..balak nak habis mula cari layer nak tuntut tu..nak tuntut ni.

Na'im Nikmat said...

Ramai yang tidak nampak isu sebenarnya.Isu yang sebenarnya ialah UMNO/BN melanggar penjanjian 'Akta Pembangunan Petroleum 1974' itu isunya sekarang.UMNO/BN menafikan hak-hak Rakyat Kelantan yang juga Rakyat Malaysia jadi dimanakah relevennya Slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan?Nampak tak sekarang bagaimana bloggers penyokong UMNO memutar-belit isu ini.....

Suria said...

Salam abg Naim,

Soal langgar perjajian tu adalah pandangan PAS,blogger penyokong PAS terutama sekali anta membesar-besarkan isu ini hanya bagi meraih simpati rakyat.Biasa dalam politik pembangkang.

Slogan 1Malaysia apa yang dikata oleh DS Najib akan direalisasikan melalui wang ihsan untuk pembangunan negeri Kelantan.

Soal putar belit blogers penyokong UMNO adalah satu tomahan,biasa lah seteru menulis takkan nak puji UMNO.

Saya akan puji PAS sekiranya perpaduan sesama islam UMNO terjalin.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,bagaimana PAS nak berpadu dengan UMNO jika perjanjian macam ni pun tidak dapat UMNO penuhi...tiada perpaduan dengan Kerajaan yang tidak adil FullStop....Itu hakikat ya akhi...

Suria said...

Hendaklah pemerintah berusaha menarik hati rakyatnya.Hendaklah rakyat cederung hati kepada pemerintah,bukan kerana terpaksa,tetapi kerana sayang sesama Islam.

Pemerintah pula dengan lunak lembut dibonkarnya rahsia kekurangan dan kesusahan rakyat.Seorang pemerintah hendaklah pandai menanamkan dalam hati rakyat,bahwa cinta kepada pemerintah itu bukanlah kerana mengharap dunia.

Sebab tu pemeritah panggil wang ihsan untuk rakyat,bukan royalti suatu yang tepat.Tapi sayang jasa pemerintah ini dibimbangi oleh pemimpin parti bulan takut rakyat termakan budi terpilih dacing sebagai peneraju negerinya pru13 nanti

aini said...

Salam Tuan Naim saudara Islam yang dhormati.

Nak tanya sikit berapa YB PAS bayar anta bagi menpertahankan royalti minyak di luar kawasan perairan Kelantan tu,sampai tak tak tidur siang malam.

Kita kalau nak pertahangkan sesuatu benda mestilah benda betul,soalnya sekarang anta mempertahangkan suatu yang tak masuk akal.Bila benang basah nak jadi tegak.

Soal perpaduan pas umno jangan stop,politik boleh berubah-rubah bila2 masa anta.Kita ni saudara Islam bukan saudara kafir.

Maaf terkasar sikit sebab dah penah ni cakap perkara sama orang tak faham2.Orang taksub ni susah nak pulih.

Pandangan anta tetap saya baca.Tapi bukan baca terus terima,fikir samada betul atau tidak kerana kita diberi akal,nampaknya ada putar belit dipihak anta.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,nampaknya akhi masih tak dapat menerima hakikat Parti UMNO yang akhi pertahankan ialah Parti Korupsi.Ingatlah ya akhi bahawa sikap memungkiri janji itu ilah sifat Munafik.Sifat ini ada pada UMNO.Ana cuma takut anta mempertahankan UMNO tapi anta tergadai Agama. Sudah terang-terang Rakyat Kelantan dizalimi kenapa nak berdalih lagi dan sudah terang2 salah satu sifat Munafik ialah memungkiri janji.Jadi ana takut antum tergadai Agama.....

aini said...

Salam berlapik Tuan Naim saudara islam ku.

Apa yang ana faham,umno bukan Parti Korupsi,pemerintah setiap hari membenteraskan korupsi lihat2 di dada media masa,anta jangan tertidur.Korupsi boleh berlaku tidak kira dalam umno atau Pas dan di mana-mana saja selagi ada peluang.Yang terbaru menatu Tok Guru pula disiasat.Kalau takda angin manakan pokok bergoyang ya anta.

Lihat anta negara membanggun bagitu hebat,itu bukti pemerintah tidak mungkiri janji pada rakyat.Sebaliknya PAS banyak mungkiri janji pada rakyat tapi tak dah dapat dikotakan.Contohnya Pas berjanji meneggakkan Islam,tapi pada masa yang sama memecahkan umat islam.Adalah yang paling ketara perpaduan islam Melayu Umno ditolak,dipermainkan.

Ana sebenarnya sayang kepada anta,orangnya bijak, tapi melawan pemerintah.

Nasib baik tidak hidup di zaman kesultanan Melaka.Kalau zaman tu anta dianggap perdehaka.Pastilah pemerintah akan arah Datuk Temenggong:-

"Tangkap NAIM,dapat pagi pancung pagi,
Dapat petang pancung petang."

Tapi sekarang tidak bagitu,pemerintah dipilih oleh rakyat.

Usah bimbang berada dalam Umno angama tidak akan tergadai sebangaimana tanggapan anta yang sempit.

Briged Akhdor LR2 said...

mana buktinya perjanjian yg kata perlu 3 batu nautika..sebenarnya bapa najib sendiri yg mmbuat perjanjian bahawa tiada had selagi masih berada dlm perairan klate ia ttp perlu diberi royalti..najib berbohong di dewan rakyat..bila berjanji perlulah dituruti jgn ler bersikap munafik..krajaan telah diberi amanah utk bersikap adil ..jika kita mengikut tuntutan agama..

Briged Akhdor LR2 said...

salam sekalian pengunjung..ape ape pun kite perlu jujur ..kenapa terjadinya isu royalti kelantan nie..isunya sekarang mmg ler bn bagi tp secara ehsan ..adakah termaktub dalam perlembagaan tentang wang ehsan..krajaan kelantan mmbuat tuntutan krn telah ader dlm perjanjian ..lebih2 lagi sebagai org islam perjanjian perlulah dipatuhi..tapi dlm isu ini ianya tlh dieksploitasikan ..mnjadi wang ehsan dan wang tersebut tdk diberi pada krajaan negeri tp diberi pada pembangkang di klantan ....disini nmpaknya berlaku penindasan scara halus..anyway rakyat klntan bknnya peminta sedekah tp adalah hak sebagai rakyat utk mndapatkan hak..nsb baik ler krjaan klate menyedari hal nie dan telah mmbuat byk kajian berkaitan isu nie..jika tidak diketengahkan krajaan buat tak rheti jer..dlm sidang parlimen jenuh menteri nak jawab isu nie sebab penjelasan pm tidak disokong olh bukti yg sahih..jadi takkan kita nak redho dgn penipuan najib nie.pemimpin yg sebeginikah kita perlu taat ..takkan pemimpin buat zalim nak pertahankan juga..berbaliklah pada fitrah.kita nie hamba allah .bumi nie hak allah ..minyak pun ciptaan allah..jadi sgala perbuatan kita akan diperhitungkan allah kelak..baik pemimpin mahupun rakyat biasa ..jadi jika dah dapat berkuasa knp begitu bongkak dan menidakkan hak pada yg berhak..maaf jika ader yg tersinggung sebenarnya sambil berhujah nak juga menyampaikan sedikit nasihat..saya juga insan biasa selaku hamba allah pasti ada kekhilafan ..

Suria said...

Masuk akal ke,seorang Perdana Menteri cakap bohong pada rakyat.Fikir gah sikit.

Takkan DS Najib nak bohong kepada lebih 26 juta rakyatnya.Jangan buat fitnah.Ingat dosa pahla ,anta tu orang Islam.

Dah tahu insan biasa selaku hamba Allah pasti ada kekhilafan...banyak lah minta ampun dan muhasabah diri..hentikan fitnah wahai pembangkang.Pintu taubat masih terbuka,

Cinta Allah said...

Nafi royalti bercanggah konsep 1Malaysia - pensyarah

KOTA BHARU, 12 Nov: Golongan cendikiawan di universiti menyifatkan tindakan kerajaan pusat mengenepikan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan bertentangan dengan semangat federalisme.

Malah kata mereka ia juga tidak mencerminkan semangat 1Malaysia yang dijelmakan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Najib Razak sekarang.

Pensyarah Sains Politik USM, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid (Gambar) berkata, sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih cekap dalam usaha menawan hati rakyat Kelantan.

“Rakyat Kelantan tentunya termasuk mereka yang bukan sahaja mengundi BN, tetapi juga mereka yang tidak mengundi BN.

“Di kalangan mereka tentu ramai pengundi atas pagar. Sedangkan Perdana Menteri juga menyebut beliau menjadi ketua kerajaan untuk semua,” katanya ketika dihubungi di sini.

Minggu lepas perdana menteri mengumumkan kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Ekoran itu ramai membantah kerana mereka menyifatkan ia bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang ditandatangani pada 1975 di antara kerajaan negeri dan Petronas.

Dr Ahmad Fauzi berkata, sifat menghukum kerajaan pusat amatlah merugikan prospek BN di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Hujah ini tidak perlu kepada mengkomplikasikan perbincangan dengan fakta undang-undang yang terlalu ilmiah berdasarkan akta itu dan ini.

“Cukup untuk dihujahkan tindakan Perdana Menteri seolah-olah tidak jauh berbeza dengan sentimen akar umbi Umno yang mendesak kerajaan pusat mengurangkan peruntukan kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Cinta Allah said...

Assalamualaikum..


Menegakkan yg Haq itu wajib bg mereka yg sedar dirinya adalah Islam dan HAMBA kpd Allah Azz wa Jalla.. Jgn sampai diri ini mnjadi penegak kpd perkara2 mungkar..Nauzubillah.. Sedarlah ntum sudahkah ntum bersiap sedia mghadapi kematian mnjawab pertanyaan Munkar dan Nakir akn setiap perbuatan kt di muka bumi ini(nasihat utk diri ana jg)..

"Dan jgnlah kamu mengikuti sesuatu yg tidk kamu ketahui. Kerana pendengaran,pglihatan,hati nurani, semua itu akn dminta pertanggungjawabannya."al-Isra':36

"Dan siapakah yg lebih zalim drpd org yg tlh dperigtkan dgn ayat2 Tuhannya,lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yg telah dikerjakannya oleh kedua tangannya? Sungguh, Kami telah mnjadikan hati mereka tertutup,(shg mrk x) memahaminya,dan (Kami letakkan pula ) sumbatan di telinga mereka. Kendatipun engkau(Muhammad) menyeru mrk kpd petunjuk,nescaya mreka tidak akn mndapat petunjuk utk selama-lamanya"al-Kahf:57

Nauzubillah..semoga Allah mghindarkan diri kita dr terhalang mendapat hidayahNya.. Bacalah tafsir Quran,sejauh mana kt tlh melaksanakan hukum2 Allah.. Jgn sampai kt menafikan kebenaran al-quran..

"Ya Tuhanku,anugerahkanlah aku ilham utk tetap mensyukuri nikmatMu yg telh Engkau anugerahkan kpdku dan kpd kedua org tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yg Engkau ridai;dan masukkanlah aku dgn rahmatMu ke dalam golongan hamba2Mu yg soleh."an-Naml:19

Maaf atas segala kekhilafan'

wallahualam..

Islam Didahulukan, Al-Quran diutamakan..

aini said...

Islam Didahulukan,Al-Quran diutamakan..

Betulah tu,masalah cakap tak serupa biking dari pemimpin Pas,PAS FOR ALL,sepatutnya Al-Quran for all,baru betul.

Adakah patut nak meneggak islam kena masuk Pas.Hairan sungguh pemerintah dah ada ,rakyat hidup aman damai,tapi nak tarik rakyat suruh sokong pas kalau nak teggak islam.Mengapa tidak bersatu meneggak dari dalam.Tidak lain dan tidak bukan nak kuasa politik untuk kepentingan peribadi pemimpin pas.

Tidak semestinya yang pandangan seseorang tu boleh diterima 100% tetang royalti minyak.Mungking pandangan bijak pandai lain berbeza.

Walaupun kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

Ketaksuban kepada pembakang membuat seseorang mempertahang hujapnya dan memutarbelitkan fakta sehingga mengelirukan rakyat,tanpa memperdulikan hukum agama.Tahu hukum tapi nafsu melebihi akal.

Apa salah terima duit ihsan tu.kan duit juga bukangnya daun kayu.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Terlebih dahulu sudah sekian lama ana tegaskan yang ana menyokong PAS sebagai wadah ataupun medium untuk ana menegakkan Islam,jadi jangan disalah ertikan yang ana mengatakan Islam itu PAS dan PAS itu Islam. Sememangnya memang sunnah dalam perjuangan ana akan menempuh pelbagai tomahan dan ejekan.Nabi Muhammad S.A.W juga pernah digelar pemecah-belah masyarakat.Rasulullah S.A.W juga pernah digelar kurang siuman oleh kaum-kaumnya sendiri,bapa2 saudaran Rasulullah sendiri. Jadi apa bezanya jika ana digelar pemecah-belah kaum Melayu semata-mata ingin menegakkan Islam yang UMNO gadaikan setelah sekian lama. Ana berpegang kepada Hadis Nabi Muhammad S.A.W:
Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Firman ALLAH S.W.T
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah At-taubah ayat 23).

Ana juga sayangkan akhi semua oleh sebab itu ana ingin membuka mata akhi semua....

Na'im Nikmat said...

Ingatlah bahawa UMNO telah menzalimi Rakyat Kelantan dalam isu ini,maka siapa yang menyokong mereka tergolong didalam golongan yang Zalim..

Briged Akhdor LR2 said...

ckp punya ckp sedarkah anda yg perthnkan wang ehsan sebenarnya anda mnyokong perkara yg tdk adil demi ketaksuban anda pada setiap yg krajaan buat..pm kalu slh kita sebagai umat islam kene tegur juga..saya dan rakan yg len berckp berpandukan fakta dan nas dan dalil bukan hanya menghentam krajaan scara semborono jer..ayat al-quran yg dibawa adalah rahmat pada seluruh alam ..ape yg dilarang kita jgn buat..saya pun manusia biasa mmg tak lari dr kslpan..pas mengambil skp taknak berpadu dgn bn krn sikap bn itu sendiri yg byk bertentangan dengan semangat keadilan ,semangat utk menegakkan agama allah dan sebaginya..lbh2 lg aper berlaku di perak mnjadikan jurang bn dan pas mkin jauh utk berpadu..tambahan lagi agihan royalti myk pun tak ikut perjanjian ..apatah lagi biler pas berpadu dgn umno boleh lagi nak percaya ..umno selalu mmbuang semangat federalisme ..bile berkuasa pemimpin memegang amanah dan rakyat mnjadi hakim bukan jadi pak turut itulah namanya demokrasi..bagi sy bile nak erhujah biaar bagi fakta yg betul tak perlu ler menegakkan benang basah tak kemana pun

aper yg kurang adalah dari diri sya selaku hamba allah dan ape yg baik dtg dari allah pencipta kita..ok masuk keje dulu

Nurimo said...

Ingat tak masa pilihan raya di negara Obama.Parti Repunlican dan Pati Demokrat bergaduh besar.Bila demokrat menang,dia orang akur.

Kedua pemimpin parti bersalaman dan berkejasama memajukan Negara Amerika demi rakyatnya.Mereka menlupakan sengketa politik semasa pilihan raya.

Tidak spt.negara kita walaupun BN mengusai tanpuk pemeritahan.Namum pas telah membangkang siang dan malam tanpa henti hingga sekarang.
Tak boleh sabar ke sebagai Islam.Tunggu pru 13 nanti nak perang pun.

Apakah tidak boleh salam dan akur kepada parti pemerintah yang mengusai negara.Berkejasama dengan baik meneggakan islam dan membagunkan negara.Kalau buat bergaduh sepajang masa rakyat yang jadi mangsa.Pergi jumpa DS Najib bicang bersama sekira ada tak betul cari jalan menyelesaikanya.Bukangnya tembak dengan propagada,itu jalan perpecahan masyarkat.

Tolong fikir, Pas hemtam pemerintah tanpa henti.Last2 sekali minta duit dengan kerajan pusat.Betul ke cara tu he..he...

Contohnya,anak dara kita buat lari ke orang nikap sebelah Siam.Memanglah sah nikah,tapi menantu dok maki hamun mentua siang malam,lepas tu minta duit dengan mentua ,mentang2 mentua kaya.

Mentua nak bagi duit ke menantu cam tu.Mungkin bagi juga sebah ingat ke anak dia,tapi tidak banyaklah.

Cinta Allah said...

Assalaamualaikum..

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya."

Perjuangan menegakkan yg Haq x akan terhenti shglah Allah menghancurkan segala kesenangan duniawi,shg akhir zaman menjelma..
semua itu JANJI ALLAH..

Kebangkitan Islam Suatu Keperluan..
Islam akn tetap tertegak..
mengenepikan segala kemungkaran..
Sekular,liberal..semua itu akan jatuh tersungkur..
Islam itu Haq,Islam itu SYUMUL..
Islam itu segala-galanya..

Amirul said...

Adakah sebagai melaumkan islam akan tertegak jadi ramai yang akan ikut.

Saudari lihat dulu berapa ramai yang tidak tegak tiang masjid.Lebih saudari pergi jemput saudara islam dari pintu ke pintu supaya meimarakkan rumah Allah.

Bila ramai ke rumah Allah,pasti secara automatik islam akan tertegak.Islam tidak akan tertegak melalui bilik gerakan Pas.

Jangan saudari terlalu ghairah berteori,pratikal tu yang lebih penting.

Cinta Allah said...

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih,Maha Penyayang.

"Dan (ada lg) kurnia yg lain yg kamu sukai(iaitu) pertolongan dr Allah dan kemenangan yg dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kpd org2 mukmin."
"Wahai org2 yg beriman!Jadilah kamu penolong2(agama) Allah.."
As-Saff:13-14

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong2 masuk agama Allah,maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kpdNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat."
An-Nasr:1-3

Amirul said...

wsl,Cinta Allah,

Tolong dakwah saudara dari Pas tu,dari terus mengutup,mefithnah kerajaan islam.

Itu bukan cara amalan Islam.Mengapa saudari tidak menyatakan hadith yang bersesuain dengan hukum mencerca,mengutup saudara Islam .

Saudari tidak nampak kalangan blogers penyokong Pas mengutup saudara islam umno.Berlaku jujurlah
saudari.Cuba nasihatkan dia orang,islam disuruh berlaku adil.

Janganlah kita nampak pada sesuatu puak(umno) sahaja harus didakwah.

Amirul said...

Cinta Allah,
Saya tahu saudari,penyokong pas berdasarkan penulisan sebelum ini.Usah bersembunyi berlaku adil untuk semua tidak kira pas atau umno semuanya adalah kiblat yang sama.

Kalau Umno bercakap saudari berhujah dengan hadith sebaliknya pas mengutup umno saudari tidak bersuara dan tidak pula mengeluarkan hadith.Islam itu adil.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi memang benar Islam itu adil.Tapi kenapa UMNO tidak mahu berlaku adil kepada Rakyat Kelantan??Adakah mereka tidak mengikut Islam yang sebenarnya?? Sila jawab akhi Amirul. Ana akan memberi contoh Ulama' yang sangat termasyur namanya yakni Imam Syafie yakni Imam Mazhab kita,beliau dipenjara oleh pemerintah kerana terlalu lantang mengkritik pemerintah.Lihat ketokohan beliau ini kerana beliau memegang hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi mungkar, mencegah orang berbuat zalim, serta menggiringnya hanya ke arah yang haq dan membatasinya juga dalam perkara yang haq.
(HR Abu Dawud dan at-Turmudzi).

Adakah kita perlu akur kepada pemerintah sedangkan mereka pemerintah yang Zalim.Tidak mahu menegakkan Hak ALLAH yakni HUDUD dan tidak mahu mengharamkan RIBA,JUDI,RASUAH itu sememangnya perbuatan zalim ya akhi..

Na'im Nikmat said...

1.UMNO menghalalkan Riba dan mengubah istilah Riba kepada “interest”, faedah dan bunga namun hakikatnya Riba tetap Riba dan tetap Haram.

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu melaksanakan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar.Golongan Non-Muslim dikelirukan dan ditakut-takutkan dengan HUDUD padahal hukuman HUDUD tidak tertakluk kepada Non-Muslim.

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari bagi mengelirukan ummat Islam(Era Pak Lah) dan kini ulama' mereka diarah mengeluarkan Fatwa bagi kepentingan mereka tapi bukan untuk kepentingan Islam.

4.UMNO menghalalkan Pusat Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan Pusat Judi hanya haram bila tidak mendapat lesen daripada mereka.Malahan UMNO/BN menjadikan cukai daripada judi sebahagian daripada hasil pendapatan UMNO/BN.

5.UMNO menghalalkannya penjualan Arak secara terbuka.Arak menjadi haram dan dirampas Kastam bila cukainya tidak dibayar tetapi menjadi halal bila dibayar cukainya kepada pihak kastam Diraja Malaysia.

6.UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan diangkat dan disanjung para perasuah untuk menjadi Pemimpin.Amalan Rasuah, kronisme dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN seperti sudah sebati dengan UMNO/BN.

7.Rakyat dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.

8.Rakyat tidak mendapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat kekangan melalui akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) rakyat ditipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dll yang seangkatan dengannya.Antara media yang pernah dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta suatu ketika dahulu.Adakah adil apabila akhbar-akhbar lain diberikan hak menerbitkan naskah setiap hari tetapi akhbar pembangkang hanya diberikan hak penerbitan 1-2kali seminggu.

9.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.

10.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.

11.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar jika suara mereka disekat.

Na'im Nikmat said...

Ditambah pula dengan siri-siri pengkhianatan terhadap bangsa Melayu,berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

3. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

6. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

8. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

9. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

10. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

11. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

12. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

13. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

14. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

15. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

16. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

17. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

18. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

19. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

20. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

21.UMNO/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah(Menafikan hak-hak Kontraktor Melayu yang menyokong pembangkang) yang kemudiannya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.
Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Masih ada yang mahu menyokong UMNO?Jika masih ada memang anda yang menyokong adalah manusia yang telah 'dibutakan mata' dan 'dipekakkan telinga' oleh tipu helah UMNO/BN selama 50tahun lebih memerintah Malaysia....

Ayid said...

Berhujah dengan dalil. Jng sombrono aje(Teruskan perjuangan Naim)
Firman Allah dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 176 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "....tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." ShodaqALLAHul'Azim

Maaf saya tak pernah comment blog ini, saya terpanggil untuk menjawab tomahan terhadap saudara Naim

Cinta Allah said...

Assalamualaikum..

Maaf,sedikit pembetulan,ana bukanlah penyokong PAS shj malah pendokongnya sekali..InshaAllah..
Mmg bnr ap yg akhi Amirul katakan,menyeru supaya umat Islam mnghidupkan kembali msjid2..ttp Islam buknlah perkara ibadah shj malah merangkumi keseluruhan aspek kehidupan,memisahkan Islam n khidupan itu SEKULAR namanya..

"Demi sesungguhnya,Kami tlh tulis di dalam kitab2 yg Kami turunkan sesudah ada tulisannya di Lauh Mahfuz;"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba2Ku yg soleh"
Al-Anbiya':105

Ucapan 'Umair Bin Sa'ad ra..
Ibn sa'ad telah meriwayatkan khabar dari Sa'id bin Suwaid yg telah berkata,bahawa 'Umair bin Sa'ad tlh berkata,bahawa 'Umair Bin Sa'ad pernah berucap di atas mimbar,di ketika itu beliau merupakan seorg gabenor di Homs dgn katanya :

"Ketahuilah,bahawa Islam itu adalah benteng perkasa, di masa yang sama sebagai pintu yg kemas . Benteng Islam ialah keadilan, sedang pintunya ialah kebenaran. Maka apabila teroboh benteng dan pintunya pula pecah,maka Islam sudah terdedah kepada kelemahan. Percayalah bahawa Islam masih gagah perkasa selagi kekuasaannya masih kuat . Kekuasaan yg kuat itu bukanlah penyembelihan dgn pedang2 atau herdik sebatan dgn cemeti2, ttp ianya adalah pemerintahan dgn kebenaran dan pelaksanaan keadilan."

"Wahai org2 yg beriman! Diwajibkan atas kamu melaksanakan qisas.."
al-Baqarah:178
"Wahai org2 yg beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa.."
al-Baqarah:183

Bukankah kedua2 ayat diatas merupakan seruan Allah SWT..TETAPI..kenapa pelaksanaan hukum itu diketepikan..
Bukankah seruan puasa n qisas itu wajib keduanya..

"Wahai org2 yg beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan.."
al-Baqarah:208

Disini ana senaraikan blogger2 UMNO yg sgt sopan n x mghina Umat Islam yg lain n mghormati Ulama'..maaf,bnyk lg sebenarnya tp ntum crlah sendiri ye..

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

http://politikputramerdeka.blogspot.com
http://yanggambi.blogspot.com/
http://www.masterdedah.com/

Maaf atas sgla kekhilafan..
Wallahualam..

Suria said...

Salam kepada blogers penykong pas saudara islam..apa cerita ni..


BERITA
Sabtu November 14, 2009
Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

ULASAN MSTAR Oleh ROZAID A. RAHMAN

SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.

Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.

Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.

Suria said...

(sambungan )

Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.

Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma.

Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini.

Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.

Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak.

Suria said...

(sambungan teruskan bacaan)

Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.

Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.

Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Suria said...

(sambungan tak habis lagi teruskan bacaan)

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.

Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri.

Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.

Suria said...

Salam tuan Ayip,tuan Naim dan cinta islam,

Tolong jawab apa cerita tu,bila terkena atas batang hidung sendiri.Kalau umno punya kes dalam cacing cari lagi.

Minta tolong para blogers penyokong pas yang petah berhujah.Saya nak tahu pandangan tuan-tuan semua berkaitan petikkan yang saya copy diatas.Manalah tahu ko..ko ada hadith yang sesuai boleh menolak hujah.

Kepada Amirul usah takut pada kebenaran.Blogers pas pun macam kita juga kiblat yang sama,membaca hadith yang sama dan dia orang pun tahu tidak ada pilihan ketiga hanya syurga dan neraka.

Cinta Allah said...

Assalamualaikum..

SHAH ALAM – :Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan terhakis walaupun kebelakangan ini beliau dihujani pelbagai tohmahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz tetap disegani dan dihormati oleh rakyat.

Menurutnya, dua isu hangat iaitu berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, adalah isu kecil yang ditangani dengan baik oleh Nik Abdul Aziz.

“Isu berhubung tajaan haji menjadi mainan media, sehinggakan beliau (Nik Abdul Aziz) membuat keputusan membatalkan hasratnya itu.

“Keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar Menteri Besar Kelantan itu yang bersedia menerima pandangan, kritikan dan nasihat daripada semua pihak.

“Memang jika diukur dari sudut kecewa, ternyata Tok Guru kecewa kerana beliau rindu untuk beribadat di sana, tetapi apa nak buat, demi memenuhi kehendak semua pihak yang tidak putus-putus menghangatkan isu ini, (Nik Abdul Aziz) membatalkan hasrat tersebut,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian: semalam.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian berkata, kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Abdul Aziz di taja, disambut baik oleh Mursyidul Am Pas berkenaan.

“Kalau pemimpin lain, sudah tentu takut dan sogok macam-macam pada SPRM tetapi tidak pada beliau, inilah menyebabkan imej dan kredibiliti Nik Abdul Aziz terus bersih,” katanya.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku pada Nik Abdul Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.

“Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru, saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok Guru ini, beliau mampu mengendalikan semuanya dengan baik,” :katanya. SH

Berkaitan isu :
"Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri."

Setiap perkara yg dilakukan oleh tuk guru,beliau akan merujuk kpd Rasul junjungan kt kerana Rasulullah merupakan sebaik2 manusia..
Pelantikan itu juga tentulah diteliti dhulu bukan semborono shj..
Klau sesorg itu m'amalkan sunnah serta m'ambil Rasulullah sbg contoh adakah perkara itu melanggar hukum Islam..
Luaskan sedikit fikiran ntum..

ana memetik luahan hati seorg blogger
"Saya tahu dan orang lain juga tahu akan kemuliaan dan kejujuran beliau. Beliau seorang yang lurus dan ikhlas. Seorang bersangka baik walaupun terhadap maling. Beliau sering menganggap orang juga sama ikhlas dengannya. Dalam konteks ini kalau Nik Aziz kena tipu yang celaka dan kejamnya ialah si penipu itu. Disebabkan kerana kejujuran dan kemuliaan ini maka beliau sudah beberapa kali kena main dan terperangkap dengan kebaikan itu."

mmg benar setiap manusia itu x pernah lari drpd melakukan kesilapan,ttp sejauh mana seseorg itu menyedari n bertaubat akan setiap kesilapan yg dilakukan..
Sahabat2 yg disayangi lg dikasihi..
Jgn sesekali ntum permainkan dalil2 n hadis..

Cinta Allah said...

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih,Maha Penyayang..

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kpdmu(cobaan) spt yg dialami org2 terdahulu sblm kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang (dgn berbagai cobaan ),shg rasul dan org2 yg beriman bersamanya berkata,”Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
al-Baqarah:214

Sedih mengenangkan apabila niat yg tulus ikhlas untuk menegakkan agama Islam,supaya manusia kembali kpd al-quran n sunnah ditentang habis-habisan oleh umat Islam sendiri..

maka benarlah hadis Rasulullah saw.

Daripada Thauban ra berkata:
Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHN.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah WAHN itu hai Rasulullah?”
Nabi kita menjawab, “CINTA DUNIA dan TAKUT MATI.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Umat Islam yg ramai kini hny Islam pada nama shj..

Maka ana x hairan dgn ujian yg menimpa x putus2 kpd Pas krn Allah mgtahui ap yg terbaik bg setiap hambaNya..

Pejuang2 Islam dahulu semuanya diuji,mereka dihina,dicaci,dipenjara,diseksa,dibunuh..Semuanya kerana Allah..

Bersenang-senanglah kamu di muka bumi ini,kelak kamu akan tahu betapa azab n seksa balasan Allah terhadap mrk yg engkar..Nauzubillah..
Maaf atas sgla kekhilafan..
Wallahualam..

Amirul said...

Blogers cinta Allah ,

Kalau pemimpin umno andainya berlaku macam kes tok guru.Dihebohnya seluruh Malaysia.Dijajanya setiap ceramah semata meraih simpati rakyat.

Kalau kes orang umno disuruh ditubuh suruhanjaya siasat.Kalau kena puak pas cubaan,ujian tuhan.

Ni nampak sangat pemimpin2 pas tidak berlaku adil tentang meneggakkan agama.Anak beranak sendiri boleh,kalau anak pemimpin umno tak boleh wat cam tu.Syarikat andainya taja pemimpin umno tak boleh,puak dia boleh.

Inikah islam dikatakan cara pas.Jangan kita menghalakan yang haram.

Ayid said...

Buat sahabatku CINTA ALLAH (Teruskan perjuangan)Enta memang manthop berhujah dng dalil dan hadis.


Sebagaimana yang kita ketahui, al ulama warasatul ambiyak. Ianya tersebut dalam sepotong sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Ulama adalah pewaris-pewaris Nabi. Mereka mewarisi ilmu pengetahuan. Barangsiapa yang mendapatkannya, maka dia beruntung dan memperoleh sesuatu yang besar." (HR Abu Dawud dan lainnya dari Abud Darda

"Jangan mendekati fitnah jika sedang membara dan jangan menghadapinya bila sedang timbul, bersabarlah bila fitnah datang menimpa." (HR. Ath-Thabrani)

"Jika kamu berbicara (menyampaikan ucapan) tentang sesuatu perkara kepada sesuatu kaum padahal perkara itu tidak difahami oleh akal fikiran mereka (kerana kejahilan), nescaya akan membawa fitnah di kalangan mereka." (HR. Muslim)

"Umatku ini dirahmati Allah dan tidak akan disiksa di akhirat, tetapi siksaan terhadap mereka di dunia berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, peperangan dan musibah-musibah." (HR. Abu Dawud
' secara marju')


Usamah r.a. berkata, "Nabi naik ke salah satu benteng di Madinah lalu beliau bersabda, 'Apakah kalian melihat apa yang aku lihat? (Mereka menjawab, 'Tidak.' Beliau bersabda 'Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat terjadinya fitnah di celah-celah rumah-rumah kamu seperti tempat tempat jatuhnya titisan air hujan.'" (HR Bukhari)

hujjah yang paling kuat, AL QURAN. Ingatlah Firman Allah dalam Surah Shaad pada 75 hingga 76 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?. Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah." ShodaqALLAHul'Azim.

Atas hujjah apa Iblis mengatakan dirinya lebih mulia dari Adam ? Samalah seperti orang yang hanya pandai berkata-kata tanpa hujjah Al Quran yang mana zahirnya nampak manis dan asyik didengar tetapi suka hati mengkritik serta menghina orang lain. Fikir-fikirkanlah ....

Ayid said...

Apabila kita sebut Zaman Jahiliah maka kita bayangkan zaman sebelum kedatangan atau kebangkitan Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka hidup tanpa petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t. Antara amalan mereka yang sering kita dengar ialah membunuh anak perempuan , berjudi, berzina, minum arak, menyembah berhala, berperang, meletakkan wanita sebagai barang yang boleh diperdagangkan dan diwarisi dan lain-lain lagi. Namun begitu hampir kesemua amalan yang telah dilakukan oleh orang pada zaman jahiliah masih dilakukan oleh manusia yang hidup pada zaman moden ini, malahan kadang-kadang perbuatan atau jenayah yang dilakukan oleh manusia pada zaman moden ini lebih teruk dan dahsyat daripada zaman jahiliah dahulu. Oleh itu kita namakan zaman sekarang dengan Zaman Jahiliah Moden. Iaitu moden di sudut kemajuan sains dan teknologi ( pembangunan fizikal ) tetapi mundur, ketinggalan atau jahil di sudut rohani. Manusia pada zaman sekarang mementingkan kesenangan dunia semata-mata ( materialistik ) yang menyebabkan otak mereka tidak dapat berfikir secara waras
(otak plastik).



Ciri-Ciri Jahiliah Moden:

* Tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t. Tidak berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran . Manusia lebih percaya dan yakin dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sendiri yang mempunyai kemampuan akal ( kognetif ) yang terhad dan terbatas.

* Hidup mengikut hawa nafsu.Sepatutnya nafsu manusia itu dikawal oleh syariat Allah s.w.t dengan bantuan akal fikiran tetapi nafsu mereka telah berkuasa di atas segalanya yang menyebabkan segala tindak tanduk mereka berlandaskan hawa nafsu semata-mata.

* Adanya golongan pemusnah Islam. Kadang-kadang golongan inilah yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi segala tindak-tanduk, akhlak dan asas perjuangan jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya yang kita berjuang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Segala perjuangan yang bertujuan selain daripada untuk memartabatkan agama Allah s.w.t adalah perjuangan yang batil.

* Gejala keruntuhan akhlak berleluasa. Kadar jenayah dan maksiat pada zaman moden ini lebih kronik dan hebat daripada zaman jahiliah dahulu. Apabaila manusia mula sudah tidak malu dan tidak menyedari kuasa Allah s.w.t maka Allah akan mula menunjukkan kuasa-Nya dengan mendatangkan berbagai-bagai bala' seperti tanah runtuh, tsunami, banjir, taufan dan sebagainya supaya manusia itu sedar bahawa kita ada yang punya dan berkuasa di atas segalanya. Insaflah...

Na'im Nikmat said...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salam ya akhi,Alhamdulillah hujah kedua-dua sahabat sangat-sangat relevan dengan menggunakan hujah2 berdasarkan nas&dalil daripada Al-Quran dan AS-Sunnah berbeza dengan bloggers2 penyokong dan pendukung UMNO.Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Soalan saudari Suria:
1.Pelantik menantu TGNA sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.
2.soal TGNA menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Na'im Nikmat said...

Isu perlantikan menantu TGNA, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman ialah suatu isu yang telah lama diperkatakan oleh media massa sejak mula perlantikan beliau lagi. Adakah ianya patut menjadi isu apabila seseorang yang sangat layak memegang jawatan pegawai eksekutif jika beliau sememangnya layak untuk memegang jawatan itu.Ini dibuktikan dengan kelayakan akademik beliau.Yang sepatutnya menjadi isu jika beliau tidak layak dari segi akademik dan akhlak Islamiyah. Sudah menjadi sunnah Nabi Muhammad S.A.W melantik orang yang berkelayakan untuk menjawat sesuatu jawatan yang pentingnya orng yng dilantik benar2 layak.Tentang bloggers Kickdefella link ini akan menjelaskan situasi sebenarnya

http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/11/menantu-tgna-nafi-atur-konspirasi.html

Sila lihat pautan itu untuk keterangan lanjut tentang fitnah yang dilempar terhadap menantu TGNA

Na'im Nikmat said...

KECEWA PERTIKAI TAJAAN TGNA BATAL TUNAI HAJI

KOTA BARU, Nov 13 – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan keputusannya membatalkan hasrat beliau menunaikan haji minggu depan.

Mursyidul Am PAS itu dijadual berlepas ke tanah suci pada Nov 18 ini. Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan pertikaian pihak tertentu yang mempersoalkan pembiayaan individu untuk beliau mengerjakan haji.

Kelmarin, Nik Aziz mengakui ada individu-individu yang pernah membiayai beliau untuk menunaikan haji dan ada yang mahu berbuat demikian tahun depan.

Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.

“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.

Laporan Harakah Daily hari ini menyebut, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat mingguan di Dataran Ilmu di sini pagi tadi.

Bagaimanapun Nik Aziz tidak menyatakan sebab keputusannya itu. Beliau hanya menyatakan yang beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianati.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

PAS Kelantan mempertahankan Nik Aziz yang menerima tajaan mengerjakan haji minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

Itu sebahagian daripada cara penduduk Kelantan meraikan orang agama, kata Setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim semalam. sumber:Harakahdaily ini untuk soalan kedua

Na'im Nikmat said...

TGNA telah memberikan lampu hijau kepada SPRM untuk menyiasat beliau.Beliau akan memberikan kerjasama 24jam untuk disiasat SPRM.Jadi selagi tidak dibuktikan kesalahan beliau janganlah ada suara yang menyatakan sebaliknya.Ana mempunyai hujah lagi tetapui kerana kesuntukan masa ana akan sambung hujah ana lagi InsyaALLAH.

hassan said...

Salam Tuan Naim,Tuan Ayip,Saudari cinta Allah,Saudara Islamku.

Memang tok guru tidak salah sebelum keputusan siasatan SPRM.

Maklumlah rakyat bila timbul isu tak berapa molek nak tahu juga apatah lagi melibatkan Tok guru dan anak beranak dia yang kita sayangi.Mestilah kita bela,walaupun amat susah nak menegakkan benang yang basah.

Menurut sejarah islam di zaman Khalifah Amirulmukminin telah menjelaskan pengambilan hadiah perlu diketahui terlebih dahulu daripada mana dan apa hadiah itu diberi.

Pemerintahan Omar A-Khatab menolak pemgambilan hadiah sekiranya ramai lagi rakyat jelata lebih memerlukan,demikian juga Nik Aziz dengan nilai RM65,000 boleh menampung enam orang yang lain menunaikan haji.

Kalau macam tu,kerajaan kena buat peraturan kalau taja pergi haji tak salah,asal sumbangan iklas sekiranya dapat projek.

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

金瓜米粉Jason said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

anywhere_Smile said...

Engagement much more experience pandora jewelry from then on become the most accepted by pandora bead new couple.Engagement ring is the expression among Pandora charms love plus association in which twosome shares. Generally buy Pandora indicates love and purity and as such people would delight discount pandora the diamond turning into for such particular and special pandora sale relationships. Solitaire diamond rings are outstanding for pandora earrings engagements. Expert artisans make that gemstones far cheap pandora earrings more attractive giving them special cuts. Towards the effort comes pandora sets to pay for jewelry for Mom you will notice jewelry has become cheap pandora sets optimum novelties you can still give your mom.

Faiz Plongor said...

Nice blog and article, thanks for sharing. However want to statement on few common issues, The website taste is great, the articles is in point of fact excellent.
Alat bantu sex
Liquid sex
Eye super pills
Vimax oil Asli
Perangsang Black ant
Penis tekuk silikon
Kapsul Penggeli Vagina
Perangsang gairah wanita
Celana pembesar penis
Opium spray
Vagina pantat nungging
Penis dua kepala
Vagina bulu getar
Vibrator penggeli vagina
Alat masturbasi pria
Cream pembesar payudara
Vagina pinggul getar
Obat pembesar payudara
Lintah Oil papua
Penggetar vagina
Dildo getar
alat masturbasi wanita
Vimax Canada
Vimax pills
Obat perangsang wanita