Search This Blog

Followers

Wednesday, December 30, 2009

Balak jadi bala

Tinggal beberapa jam lagi tirai 2009 akan berlabuh,meninggalkan perbagai suka duka perbagai isu di tanah airku.Saya mengharapkan hari terakhir tahun ini tiada berita-berita panas lagi.Tapi belum pun reda 2 enjin jet hilang dianggarkan kerugian hampir RM100 juta yang turut dipolitikan serta menjadi pemanas kepada kepimpinan BN.Ada yang menjadi tukang sorak dan tukang tepuk tangan sambil menuding jari kepada kerajaan.

Tapi hari-hari terakhir hujung tahun ini nampaknya tidak berpihak kepada kerajaan Tok guru kerana kerajaan Kelantan kena bayar RM800 juta bukannya 800 riya kepada tauke balak.Ceritanya bukan dengar kedai kopi atau dari muluk ke mulut.

Makamah Tinggi di Kota Bharu kelmarin memerintah kerajaan Kelantan membayar pampasan lebih RM800 juta kepada sebuah syarikat Timbermine Sdn Bhd., akibat melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak.

Sekiranya nak tahu lebih lanjut klik kena lagi

(Sumber: BH 31 Dis 2009)


(Kemaskini)
Apa kata Kerajaan Pas Kelantan
Rakyat jangan bimbang,"kerajaan Kelantan akan buat rayuan" .

Puncanya bermula 25 Julai 1964 kerajaan Kelantan bawah Pas masa itu lulus kawasan balak seluas 204,095 hektar sebagai satu cara nak membangukan kawasan Hulu Kelantan untuk tempoh 33 tahun.

Pada 1975 masa BN perintah Kelantan sekejab telah membatalkan perjanjian tersebut dan mengurangkan kepada 112,000 hektar selepas rundingan pada tahun itu.

Ole itu Datuk Husam Musa,Pengerusi Jawatan Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan atau lebih dikenali orang kuat Pas Kelantan berkata
Kes yang diputuskan tersebut adalah warisan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membatalkan perjanjian pada tahun 1975.
( Sumber :Sinar 1 Jan 2010)

Tok guru Nik Aziz selaku MB menyatakan "Benda ini orang lain yang buat,sampah orang yang buang,kita kena sapu.Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai"
(Sumber:UM 2 Jan 2010)

Kerajaan Pas jangan tuding jari pada BN

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata
Pas jangan hendak berselindung di sebalik lalang sehelai dengan tidak mengambil tanggungjawab ini apabila tewas di mahkamah.

Segala keputusan yang dibuat termasuk penamatan kontrak pada 1975 dilakukan oleh kerajaan Pas yang ketika itu berada di bawah komponen BN.

"Kita pun mewarisi daripada dia juga dulu... apa yang BN buat adalah membetulkan keputusan yang salah pada 1964 yang memberikan kontrak kepada syarikat pembalakan ini.

"Lagi pun Menteri Besar Kelantan pada 1975 ialah Datuk Mohd. Nasir, kerajaan BN Kelantan yang diterajui oleh Pas, dia tak fahamkah kerana pada ketika itu kerajaan campuran terbentuk di Kelantan dengan Pas 22 kerusi, UMNO (13) dan MCA satu kerusi. Macam kerajaan BN di Pulau Pinang dulu diterajui oleh Gerakan" .

(Sumber: UM 2 Jan 2010)

Cerita rakyat

Saya teringat pula kata-kata seorang pak cik sambil berselorok ketika duduk rehat atas wakaf selepas bagi minum air lembu ,"Kalu DS Najib bagi duit insan boleh wat bayar pampasan ke tauke balak tu".

emmm.....
ramai rakyat Kelantan yang duduk KL mengeluh sambil garu kepala bila berita ini mula tersebar.Andainya sekira dapat duit royalti minyak,tapi kalau buat bayar saman balak ,hasrat untuk pembangunan untuk rakyat takkan jadi.

Nampaknya isu ni dah nak jadi gilir kata , aku kata ke Pas , mu kata ke BN.
Apa sekalipun rakyat mahu kerajaan selesai molek,bukan 800 riya bang,RM800 juta,boleh bankrap.

16 comments:

Sohra Rusdi said...

wish the best for you in the next year

Unknown said...

Nuri siasat betul2 sebelum buat tuduhan maa,jgn sampai terkena batang hidung sendiri maa
Itu taik Kerajaan Umno dulu yang berak maa..
Itu kes sudah lama maa..

Ini pula bukan kes politik,ini pasal agama islam.Nuri mesti baca maa..
Lepas tu bagi kemen maa..
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/papa-buat-kat-mak-boleh.html

Anonymous said...

AIKK TAIK UMNO KE ATAU NAJIS N.AJIS YG BERAK BERSEPAH2 SELAMA 19 TAHUN?? SETELAH PUAS TEBANG BALAK KENAPA HARUS KERAJAAN PULAK DI PERSALAHKAN. OPSS LUPE. MMG PERANGAI PAS MCM TU. HASIL BALAK MAKAN PAS DULU, BILA DH HAMPIR MUFLIS KERAJAAN DI PERTANGGUNGJWBKAN?

KLU SEBELUM INI MEREKA CUKUP BANGGA MEMBANTAI KERAJAAN DGN ISU JET HILANG, KINI GILIRAN MEREKA TERPAKSA GIGIT KUKU.

SIFAT HUSAM SBG PENASIHAT EKONOMI TAK UBAH SEPERTI KETUANYA ANUWAR BERAHIM. HANYA TAHU MENGABUI MATA RAKYAT DGN PANDANGAN ALA2 LAGAK PAKAR EKONOMI TP AKHIRNYA TERPAKSA MENANGGUNG HUTANG RM800 JUTA.

NO WONDER MEREKA BERMATI2AN MENUNTUT HAK ROYALTI YG BKN HAK MEREKA. MEREKA DH TAU BENDA AKAN TIMBUL JUA!. CUMA MENGHITUNG HARI..

MMG SERONOK MENCARI KESALAHAN ORG LAIN TAPI ENGGAN MELIHAT KESALAHAN SENDIRI...WALLAHUALAM

Nida n' Hanafi said...

Salam tuan blog..

Amat setuju apa yg diperkatakan oleh Jeffri "MMG SERONOK MENCARI KESALAHAN ORG LAIN TAPI ENGGAN MELIHAT KESALAHAN SENDIRI...WALLAHUALAM"..

Kehidupan umpama roda.. kadang2 di atas, kadang2 di bawah... tidak ada manusia yg perfect.. tak ada manusia yg tidak lari dari membuat silap.. itu kenyataan...

Nurimo said...

Kepada semua pengujung ana mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU.
************************************
Salam Tuan Munir ,ana pun bagitu juga mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk tuan di tahun 2010.

*************************************
Salam injok2009,

Injok said:
"Itu taik Kerajaan Umno dulu yang berak maa.."

Nampak saudara telah memulakan kata2 kotor yang sebagai mukadimah tahun baru.Apakah saudara mengambar peribadi orang PAS.

Cuba kita fikir kenapa kerajaan Pas lulus luas sangat kepada satu syarikat saja pada masa tu.

Masa Pas lulus kawasan balak tu ,ana belum dilahirkan lagi.

***********************************
Salam jefry terima kasih awal2 lagi kujungi blog ana.

Ya "BULAN"baru perintah satu negeri dah kena saman RM800 juta.
Kalau nak cari duit buat bayar saman tu,nampaknya kena botak semua bukit di Kelantan.
***********************************
WSL Nida,
orang jauh nampaknya ingat juga pada isu tanah air.
Apa khabar semua family kat NZ di hari pertama tahun baru.

Nida said:-
"Kehidupan umpama roda.. kadang2 di atas, kadang2 di bawah... tidak ada manusia yg perfect.. tak ada manusia yg tidak lari dari membuat silap.. itu kenyataan..."

Ya,ketika duduk di atas memamg seronok,tapi jangan lupa tiba masa akan duduk di bawah juga yang membawa bersama kain putih.

Unknown said...

Salam Nuri,sy minta maaf juka kata2 saya agak kesat.
Tapi mana lebik kotor kata2 saya tadi kah atau gambar kat blog kawan awak ni.
http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/01/al-juburi-azam-temberang-di-tahun-baru.html

yg ni nak kategorikan sebagai beradap ke??

Unknown said...

MMG SERONOK MENCARI KESALAHAN ORG LAIN TAPI ENGGAN MELIHAT KESALAHAN SENDIRI...WALLAHUALAM

Ya saya setuju dgn kata-kata jeffry tu.
jefri bukan saja cakap dia tunjuk contoh sekali.hehehe..
http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/01/al-juburi-azam-temberang-di-tahun-baru.html

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Semua jawapan ada disini:-)

http://www.youtube.com/watch?v=sa9P_Zb7JMg&feature=player_embedded

Ana cadangkan Nuri buat cerita lain kerana cerita ni sudah basi...Sudah terang lagi nak bersuluh ker?

Nurimo said...

Salam saudaraku dari parti Pas Tuan Naim,

Ya memang sudah basi dan mengeluarkan baun busuk.

Lagi pun RM800 juta sudah terang lagikan bersuluh.Mahkamah dah putuskan.

Walaupun sudah basi,kita nak tahu sebab apa boleh jadi basi dan merugi kerajaan.Takkan nak diam saja,bukan 800 rupiah tapi RM800 Juta bang

Nurimo said...

wsl Injok ana maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Kata orang tersalah kata boleh minta maaf,terselak kain nampak aurat.

Injok terpulang kepada penulis blog masing2,kubur masing2.Walaupun Pas dan UMNO tidak bersefahaman kalau mati kubur serupa je.Pas takkan tanam dikubur DAP.

Sebab tu ana mengharapkan perpaduan Pas dengan Umno kerana kiblat yang sama,kubur serupa,tuhan sama cuma lambang parti berbeza je.

Unknown said...

Salam,
PAS TAK PANDAI BUAT AGREMENT BALAK.
Nak jaga negeri sangat,Elok serah ke umno je Kelantan tu.
RM800 JUTA KENA SAMAN SEBAB PAS CERDIK SANGAT.
...................................
KOTA BHARU 1 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan tidak boleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) apabila terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. ekoran pelanggaran kontrak.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, segala keputusan yang dibuat termasuk penamatan kontrak pada 1975 dilakukan oleh kerajaan Pas yang ketika itu berada di bawah komponen BN.

Beliau berkata, Pas jangan hendak berselindung di sebalik lalang sehelai dengan tidak mengambil tanggungjawab ini apabila tewas di mahkamah.

"Kita pun mewarisi daripada dia juga dulu... apa yang BN buat adalah membetulkan keputusan yang salah pada 1964 yang memberikan kontrak kepada syarikat pembalakan ini.

"Lagi pun Menteri Besar Kelantan pada 1975 ialah Datuk Mohd. Nasir, kerajaan BN Kelantan yang diterajui oleh Pas, dia tak fahamkah kerana pada ketika itu kerajaan campuran terbentuk di Kelantan dengan Pas 22 kerusi, UMNO (13) dan MCA satu kerusi. Macam kerajaan BN di Pulau Pinang dulu diterajui oleh Gerakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan Pas Kelantan bahawa mereka hanya mewarisi tinggalan kerajaan BN dahulu dan terpaksa menanggung beban atas warisan tersebut.

Ia disebabkan kerajaan BN pada 1975 telah membatalkan perjanjian dengan sebuah syarikat pembalakan Timbermine Sdn. Bhd. yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Rabu lalu, kerajaan negeri diarah membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian.

Jumlah ganti rugi tersebut dikatakan yang tertinggi dalam kes saman sivil di negara ini.

Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, pembatalan kontrak itu dibuat disebabkan kerajaan BN pada ketika itu mahu membangunkan kawasan tersebut dan ia terbukti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

"Tanah itu diambil balik untuk Kesedar hari ini, semua kawasan Kesedar adalah kawasan Timbermine yang diselesaikan melalui rundingan sebab itu kena bayar pampasan RM3.5 juta.

"Kawasan Hulu Kelantan hanya dibangunkan pada 1974 selepas Kesedar dibangunkan dengan Datuk Ariffin Said menjadi pengurus besar yang pertama dan mula mengambil orang miskin sebab itu pada zaman BN semuanya dah selesai dan mereka tidak saman ketika itu," katanya.

Katanya, perjanjian pada 1964 amat longgar dan ia tidak dapat membangunkan kawasan tersebut disebabkan kontrak itu hanya untuk mengeluarkan balak serta sebagai timbal balas, Timbermine perlu menyediakan jalan bagi penduduk.

Tambahnya, sewajarnya tidak timbul soal kerajaan BN dahulu kerana berdasarkan prinsip Pas perlu mewarisi semua pusaka yang ditinggalkan sebelum ini.

"Kenapa hendak perintah hendak ambil yang baik sahaja, bila kita ambil kena ambil semua aset dan liabiliti. Macam kita kahwin takkan hendak ambil yang elok saja daripada perempuan yang bakal menjadi isteri, kita harus menerima semuanya.

"Kalau begitu alasannya, keluar sajalah dari Kota Darulnaim, Balai Islam dan JKR 10 kerana semua itu dibuat oleh BN dan peninggalan kerajaan BN.

"Pada masa yang sama, kenapa mereka tidak berunding sebelum 2004 sebab pada masa BN dulu kerajaan boleh selesai di meja rundingan," katanya.

UTUSAN ONLINE 2/1/09

Anonymous said...

Kelantan Akan Muflis
2 01 2010

RM800 Juta Tidak Boleh Diwarisi Dari UMNO BN

Maaf, saya bukan mahu membela UMNO tetapi seperti yang pernah saya tulis diblog ini sebelum ini, jangan salahkan UMNO jika kita tidak boleh kawal nafsu buas kita.

Saya ingin mengulas tajuk berita Harakahdaily yang berbunyi, “RM800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN”.

Tajuk berita dan intipati berita tersebut seolah-olah pemberian konsesi balak kepada Timbermine Sdn Bhd dan pembatalan konsesi itu dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Pemberian kawasan balak yang teramat luas pada tahun 1964 dibuat oleh Menteri Besar PAS iaitu Dato’ Ishak Lotfi.

Manakala pembatalannya pula di buat oleh Menteri Besar PAS BN pada tahun 1974, ialah Dato’ Muhammad Nasir.

PAS telah menyertai Barisan Nasional selepas penubuhannya pasca Mageran akibat rusuhan kaum 1969. Dalam pilihanraya 1974 PAS telah bertanding seiring dengan UMNO menentang pimpinan PAS yang menyisihkan diri kerana tidak bersetuju menyertai BN. PAS menang lebih kurang 22 kerusi dan UMNO menang lebih kurang 13 kerusi (harap dapat pembaca membetulkan jumlah kerusi ini kerana saya belum dapat membuat semakan).

PAS masih dominan didalam kerajaan BN yang memerintah Kelantan. Diantara sebab pembatalan perjanjian dengan Timbermine Sdn Bhd ialah kerana rakan kongsi baru PAS didalam BN iaitu UMNO merasa amat tidak selesa dengan pemberian tanah balak seluas itu seolah-olah PAS mahu menggadai Negeri Kelantan.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana antara sebabnya mereka merasakan Dato’ Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak Parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Dharurat kemudiannya diisytiharkan.

PAS kemudiannya disingkirkan daripada BN.

PAS berusaha mencadangkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar sebaliknya permohonan mereka di tolak dan satu pilihanraya negeri di panggil pada tahun 1978.

Didalam pilihanraya 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Anonymous said...

SAMBUNGAN SILA TERUSKAN BACA:

Keputusan pilihanraya itu cukup menyedihkan bila PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Menteri Besar baru, Tan Sri Muhammad Yaacob diangkat mewakili Barisan Nasional. Saya dimaklumkan satu rundingan diadakan diantara Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu dengan Timbermine Sdn Bhd yang melibatkan tanah yang kemudiannya diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk dimajukan oleh KESEDAR. Pihak Kerajaan Negeri membayar sejumlah pampasan untuk kepada Timbermine Sdn Bhd bagi kawasan tersebut.

Berhubung senario dan isu-isu menyelubungi insiden tahun 1964 hingga 1978, saya amat berharap sahabat saya, Sdr. Hj. Hydzelan dapat berkongsi dengan kita di ruang blognya kerana saya tahu beliau mempunyai maklumat-maklumat yang tepat disamping boleh menghubungi sumber-sumber kredibel, apatah lagi ayahandanya adalah salah seorang ADUN sewaktu tempoh 1974 hingga DUN Kelantan di gantung.

Manakala berhubung berhubung fakta dan rentetan kejadian demi kejadian diantara Timbermine Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah diharap pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak Timbermine Sdn Bhd sendiri dapat mengemukakannya. Rakyat Kelantan sudah pasti ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi dan lebih penting bagaimana tanah sebegitu luas di berikan kepada pihak swasta.

Semoga rakyat Kelantan dapat mengambil iktibar dari sejarah ini. Bajet tahunan Kerajaan Negeri adalah sekitar RM400 juta sahaja setahun. Perintah bayaran pampasan berjumlah RM800 juta adalah bersamaan 2 tahun bajet Kerajaan Negeri.

Kalaupun rayuan diterima dan tetapi Kelantan tetap diarah membayar pampasan dengan jumlah pampasan dikurangkan kepada RM200 juta, ia masih jumlah yang amat-amat besar bagi sebuah negeri seperti Kelantan. Dengan defisit terkumpul yang dikatakan hampir mencecah RM1 Billion, apakah Kelantan diambang kemuflisan?

Saya berharap apapun tindakan Kerajaan Negeri ianya tidak akan bersandarkan keputusan yang diusulkan oleh mesyuarat meja bulat di kediaman peribadi Menteri Besar di Pulau Melaka.

copy dari blog kicdeffela

Unknown said...

Salam nurimo,

Pemimpin Pas terlebih politik,
hinggakan higgakan surat perjajian balak longgar hinggakan tewas di mahkamah menyebabkan kena bayar saman RM800 juta.

Usah tuding jari kepada BN,salahkan diri pada diri sendiri.

Kalau tak tahu nak memerintah serah negeri ke BN je demi rakyat Kelantan.

Cinta Allah said...

Husam Musa: Surat untuk Tun Dr mahathir

Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425 jutal

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360 jutal

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,
4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and
8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa

------------------------------------------
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)

Unknown said...

Salam cinta Allah,

Itu sekadar antum nak alih perhatian je,akibab kegagalan Pas menguruskan projek balak hingga tewas di mahkamah dan terpaksa kena bayar RM800 juta saman.

Jadi mulalah pas merancai cari salah BN sampai ke dalam speder.

Rakyat dah tahu mainan pas.