Search This Blog

Loading...

Followers

Monday, January 4, 2010

Politik kita

Negara ku semakin maju dan pelengkapnya adalah kedamaian yang berkekalan.
Saya percaya semua bangsa berbilang kaum di negara kita
mengharapkan perpaduan yang erat
dibawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak untuk
1 Malaysia


Wah!!...minum tea tarik bersama
DS Najib pemimpin 1 Malaysia bersama DSAI bukan main mesranya bila berjumpa bagaikan tiada sengketa politik Tapi hairannya bila berada dikelompok masing-masing lain cerita, pembangkang pula asyik menembak kata mengugat keharmonian.


Bukan main erat salam Tok guru dengan DS Najib,
walaupun tidak bersefahaman
tapi tetap bersaudara Islam.Kata orang Melayu PAS-BN ,kiblat sama,tuhan sama.


Bila dekat bagaikan adik abang,
masalahnya bila berada di pentas ceramah lain cerita


Bagaimana rakyat pula,kalau berpolitik pun jangan sampai
masuk lokap , kena gas pemedih mata atau patah kaki,
pecah kepala.Itu bukan budaya kita.
Kalau nak buat demonstrasi pun kenalah ada permit atau
cara demonstrasi secara aman.Kena pandai-pandai berpolitik,tengok
pemimpin DSAI dengan pemimpin 1 Malaysia DS Najib kita
minum tea tarik sambil senyum je.

Hulubalang Melayu Hang Tuah dan Hang Jebat
hebat di pentas persilatan tapi sayangnya
membunuh sesama bangsa.

Sila komen,fahaman berbeza tidak mengapa
...................................................................................................................................................................
Ingatlah, firman Allah di dalam surah al-An’am ayat 159:


bahawasanya orang-orang Yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan Yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah Engkau terkait sedikitpun Dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa Yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).


17 comments:

faizal said...

salam..

berbeza pandangan tak semestinya tak boleh jadi kawan..tegur-menegur bukankah itu amalan islam..

apa-apapun tahniah kepada DS Najib sebab semakin menyusahkan rakyat..itu salah satu perkembangan politik yang amat sihat.

Mybabah said...

Salam bro. Alasan minum kopi/teh bersama-sama antara pemimpin amat longgar. Mustahil akan berlaku mereka bertumbuk sambil minum kopi. Banyak hal telah terungkai berikutan demonstrasi aman spt kes DSAI, PPSM, Tol dll. Jika takut/gentar/bacul untuk turun menyingsing lengan, jangan cuba meraba-raba mencari alasan yang rapuh,longgar, salah fakta untuk tidak turut serta. Semasa Zaman Nabi, ada golongan engkar berperang (demo besar) juga memberi alasan-alasan yang seumpama ini. Aku yang berganding bahu dgn Tuan Guru Haji Hadi dan pemimpin2 lain semasa berdemo menentang penggunaan BI dalam matematik dan sains dan penaklukan AS terhadap Iraq masih merasa diriku tersangat kecil. Apatah lagi golongan yang mengangkang di depan TV sambil diulit isteri... Wallahualam.

Nida said...

Salam Nuri:

Bila tembok sempadan dah dibina dalam diri, bagaimana 2 negara nak bersatu menjadi satu.. wallahualam, sekadar pendapat seposen saya..

penpusaka said...

Pelihara keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara dengan bersikap bertanggungjawab.

Tiada guna satu sen bila Negara jadi seperti tempat lain yg tak habis-habis bergolak, rampas-merampas jawatan dan paling sedih bila rakyat majoriti merempat dan merayu-rayu untuk simpati.

Nurimo said...

Wsl Nida,

Mudah saja minoriti kena ikut majoriti.Pemimpin minoriti kena akurlah,terima hakikat.Sepatutnya lepas setiap kali pilihanraya jangan buat sempadan dibina dalam diri.

Kalau buat sempadan nak membanggunkan negara bersama pemerintah macam mana.

Kena sabar tunggu PRU13 baru boleh mengadu nasib,rakyat akan tentukan.Hairannya mula pru 12 hingga hari berganti bulan,bulan berganti tahun kerja pembangkang membangkang je bukannya nak membangungkan negara . Kerja nak menjatuhkan pemerintah je.

Suria said...

Wsl Faizal saudara Pas,

Faizal said:
"berbeza pandangan tak semestinya tak boleh jadi kawan..tegur-menegur bukankah itu amalan islam.."
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Ya betul tegur menegur amalan islam,tapi cara tegur pembangkang nak menumbang pemerintah islam,yang mana sangat tidak disukai dalam Islam.Malah lebih teruk lagi memecahkan sesama bangsa.

hassan said...

salam Mybabah ,

Ada baiknya demostrasi juga apa tuan kata,tapi jangan buat jenis tak da permit.Buat lah dalam stadium tertutup ke ,tapi panggil watawan untuk war-warkan.

Bukan soal tidur dengan bini tidak keluar demokrasi.Kalau demostarasi haram tanpa permit..jawapan masuk lokap atau masuk hospital.
Bukankah anak bini yang menderita,lebih baik tidur atau tengok tv.

Kenapa tuan tak buat pula demostrasi ,bila timbul DAP pertikaikan isu peruntukkan masjid dan terbaru isu guna nama Allah oleh agama lain.Ini melibatkan agama tuan.Kenapa diam diri.

cikgu pencen said...

That's POLITICS....!!!

Anyway thanks for visiting 'cikgu-pencen'

Jeffry said...

faizal said...
salam..

berbeza pandangan tak semestinya tak boleh jadi kawan..tegur-menegur bukankah itu amalan islam..

apa-apapun tahniah kepada DS Najib sebab semakin menyusahkan rakyat..itu salah satu perkembangan politik yang amat sihat.

January 6, 2010 2:49 AM


SLM YG TUAN EMPUNYA BLOG..TERTARIK DGN KOMEN EN. FAIZAL. KALAU TEGUR PUN BAGAI TAK IKHLAS ITU MMG BUKAN SATU AMALAN TAPI MENUNJUKKAN SIFAT KESOMBONGAN >:D

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

saya setuju dengan beberapa pandangan tuan...tq

saya lagi bersetuju dengan langkah muluk PM 1 Malaysia menyokong luah rasa (demo le tu)walau di dalam masjid dengan syarat ianya memberi manfaat bersama...nah! jangan ditangguh!mulakant

shaniza said...

Salam..
Islam menyarankan kita sentiasa bersikap baik walaupun pd musuh. Baik disini bukan bermakna kepala kita boleh dipijak, tp berhemah dlm perhubungan dan jgn berlebih2an. Rasulullah SAW sendiri melayan baik tahanan perangnya atau musuhnya bila makan atau minum tetapi akan bersungguh2 berjihad bila di medan peperangan tp tidak berlebihan sehingga mengundang kezaliman.

a kl citizen said...

assalammualaikum

perlu kurang bercakap, lebih memimpin
semuanya sama ja

hassan said...

Salam shiniza,

Pemimpin pembangkang Pkr dan pas mengutup dan mencela serta memecahkan umat Islam Melayu ikut sunnah nabi mana?.

Setahu saya Nabi berdakwah tidak mengutup orang,mencela orang.Jauh sama sekali nak buat pembandingan dengan Nabi.

Kata-kata tok guru Nik Aji kepada penulis blog:-

“Celako semua sekali ni, blog celako, blog celaka!”, Itulah ayat manis yang keluar dari mulut orang tua itu.

Mengkaji reaksi blog Penarik Beca setelah posting celakonya, Penarik Beca telah kembalikan semula ungkapan itu dengan sinis kepada Tok Guru Nik Aziz. Celako, Celako dan Celako tulis Penarik Beca.
Copy dari blog Kickdeffela

Cinta Allah said...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Buat insan2 yang disayangi..
Kepimpinan itu adalah tanggungjawab dan dugaan..Seorang pemimpin itu semakin berat dan besar amanah yg akan dipikulnya dan semakin banyak soalannya dihadapan Allah..Maka dgn itu Rasulullah SAW sgt berhati2 supaya pemimpin itu berada di tangan orang yg kuat dari segi ketaatan kpd Allah SWT,kekuatan peribadi dan jasmani,kepintaran akal dan dihormati rakyat..

teguran kpd seorg pemimpin itu adalah supaya dia tidak menzalimi dirinya sendiri..
Sesungguhnya azab Allah itu sangat pedih..

"Kemudian sesungguhnya Kami yg akan menjelaskannya.
Tidak!Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia,
dan mengabaikan(kehidupan) akhirat.
wajah2 (org mukmin)pd hari itu berseri2.
Memandang Tuhannya.
dan wajah2 (org kafir)pd hari itu muram,
mereka yakin bahwa akn ditimpakan kpdnya malapetaka yg sgt dasyat.
tidak!apabla nyawa tlh sampai kpd kerongkongan,
dan dikatakan (kpdnya),"Siapa yg dapat menyembuhkan?"
dan dia yakin itulh wktu perpisahan dgn dunia,
dan bertaut betis kiri dgn betis kanan,
kpd Tuhanmulah pd hari itu kamu dihalau.
Kerana dia dahulu tidak mahu membenarkan(Al-quran dan rasul) dan x mahu mlaksanakan solat,
tetapi justeru dia mendustakan Rasul dan berpaling dari kebenaran,
kemudian dia pergi kpd keluarganya,dgn sombong.
Celakalah kamu!Maka celakalah!
Sekali lagi,celakalah kamu(manusia)!Maka celakalah!
apakah manusia mengira,dia akan dibiarkan begitu saja(tanpa pertanggungjawaban)?
Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yg ditumpahkan ke dlm rahim,
Kemudian(mani itu) mnjadi sesuatu yg melekat,lalu allah mnciptakannya dan menyempurnakannya..."
Al-qiyamah:19-38

fikir-fikirkanlah sahabat..

baincardin said...

thank you for d info. follow terus sini...:)

syahbandar87 said...

hmm,,,bnyk perbezaan pendapt antara kita.hehe..namun sy tetap menghormati pendapt saudara..salam persaudaraan

FARHANNA~ said...

Hairan kn, time PRU, bjnji mcm2....
tpi bile da mnang,habuk pun tarak....
Pemimpin makan besar,
Rakyat merana ...
p/s: Ni la dnia politik skrg...wallahualam...hnye secebis pdpt dr sy...