Search This Blog

Loading...

Followers

Friday, January 15, 2010

Jangan silap taksir


Kita mudah mentaksir sesuatu benda yang kita lihat pada pemulaannya.Biasanya orang akan buat tanggapan pada pandangan pertama yang negatif dulu.Itulah kesilapan kita walhal gambar di atas adalah sebuah lampu di tepi dinding yang berwarna coklat je.

Apalah salahnya dalam kehidupan ,kita berfikir dulu sebelum membuat pentaksiran.Banyak dalam masyarakat kita hari ini belum apa-apa lagi dah buat tomahan negatif hinggakan tidak nampak yang baik.

Blog

Bagitu juga dalam penulisan blog ,setiap penulis adalah untuk memberi ilmu,pendapat,info dan cadangan.Terdapat juga penulis blog yang disifatkan lebih banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca,bukan saya kata tapi keluar dari mulut ulama tersohor yang menjadi kontrovensi sejak akhir-akhir ini.Kenyataan itu dari Tok guru yang bergelar Mursyidul Am Pas,Nik Abdul Aziz yang juga MB Kelantan.

Katanya rakyak perlu menapis sebarang maklumat tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan penulis blog individu tertentu,sekali gus menimbulkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat."Kita baca blog kerana nak ilmu.Tetapi kalau apa yang dituliskan itu banyak perkara berunsurkan provokasi dan fitnah,jadi apa ilmu yang kita dapat itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat."

Selain itu Tok guru mengingatkan kalau menulis jangan niat nak melaga-lagakan orang.Sebelum ini Tok guru pernah mengatakan 'blogger celaka' khususnya yang memperlaga dalam politik Kelantan.

Kenapa Tok guru marah sangat,sebab terdapat blog yang menyatakan Exco Kanan Pas,Datuk Husam Musa akan meletak jawatan susulan krisis yang melanda kepimpinan Pas negeri baru-baru ini.Sedangkan Tok guru mempertahankan Husam yang disifatkan membawa tuah pada Kelantan.Selain itu juga isu menantunya CEO PMBK yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencengah Rasuah(SPRM) adalah tercetus dari tulisan blog.

Soalnya sekarang penulis blog Pas yang dikatakan dari puak ulama Malaysia, macam mana asyik mengutuk kerajaan je,memecahkan umat Islam Melayu tak jatuh celaka ke?.

Ceramah

Saya pernah pergi dengar ceramah Pas,sekadar nak tahu je,rupanya tiada cerita lain mengutuk pemerintah je.Apa yang kerajaan buat seolah-olah semua tak betul.Perkara yang molek tidak dicerita sedikit pun.Tapi saya mula faham bahawa apa yang didengar adalah ceramah pembangkang.Segala pembanggunan dan keharmonian rakyat berbilang bangsa bagaikan tidak nampak langsung seolah negara pemerintahan BN dalam keadaan huru hara dan rakyat mati kelaparan.

Kita pergi dengar ceramah nak dapat ilmu dan info yang baik bukannya nak dengar penceramah mengumpat kepada pemimpin tertentu.Janganlah penceramah pula jadi macam jora dikir barat.

Minta Duit

Hairanya Pembangkang(PR) selepas mengutuk kerajaan,minta peruntukan disalurkan pada mereka,betul ke cara ni.

"Kerajaan tetap bantu rakyat dalam perbagai aspek,seperti membaiki jalan,membina sekolah dan hospital,walaupun kawasan dikuasai pembangkang.Itu sudah menjadi kewajipan kita"kata Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan.

53 comments:

Arif Omar said...

PAS DAH TERMAKAN SUMPAH. TERMASUK TGNA.

EJAAN MENGUTUP TU SILAP. EJAANNYA MENGUTUK.

TQ

Mybabah said...

Assalamualaikum saudaraku. Sekiranya apa yang dikatakan saudara Arif Omar di atas benar, bahawa PAS sudah termakan sumpah, termasuk TGNA, hamba akan tetap memihak kepada TGNA dan sanggup sama-sama termakan sumpah. Semoga yang Arif dapat hadir kembali ke blog ini apabila berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas beliau supaya kita dapat mengambil iktibar daripada keceluparan mulutnya...

suhaila-ab said...

hehe...pertama aku tergelak tgk gambar tu yg telah membuat aku salah sangka..kedua...aku tegelak..ramai org politik marah2...sebab apa pun aku tak tau...

Nida said...

Saya sokong Suhaila.... buat apa nak marah2... baik ler sama2 membangunkan negara, lagi ada faedahnya...

p/s: Fitrah manusia, lebih nampak kesalahan orang lain berbanding kesalahan sendiri... mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan ini..

MctHeory said...

Salam Ziarah.

N.ajis memang macam tu. Pas pula memang dah takdak keja lain. Selain mengutuk dan ceramah politik. dia dah takde kerja lain nak buat.

CCZ said...

Salam Nuri..PAS mengatakan UMNO itu tida boleh diubah. PAS juga sama. Bermana jika mahu diterima, kedua-duanya kena berubah..

Arif Omar said...

mulut tok guru lebih jijik dari kita semua. kerjanya sumpah seranah aje. PG dah mahir benarlah . 6 tahun berada di kelantan. PG pun diantara peminat PAS dan TGNA juga. tetapi dengan segala macam dalam PAS dan tanmbah lagi pula sekarang , kita lihat PAS dan TGNA nak sebut hudud pun tak berani. Nak batuk pun tak berani bimbang terkeluar perkataan hudud. semuanya kerana bimbang sokongan DAP dan masyarakat bukan islam akan lari. Ini ke pejuang islam ? Lupakanlah. semuanya hanya untuk politik. mereka hanya lebih pada serban, jubah dan janggut sahaja. Allah dah katakan, mereka yang mahir agama lah yang paling ramai masuk neraka. sebab banyak dari mereka berbohong dan hanya banyak melakukan kerosakan. lihat aje le di dunia islam yang diperintah oleh gulongan ini sekarang. mengebom orang tak henti sesama islam . sunnah dengan syiah saling mengebom. semuanya mengaku mati syahid. itu le kerkja mereka. ujian Allah hanya dengan sedikit perbezaan dalam agama sahaja pun bergaduh dan berbunuhan? Nak sokong mereka? Tak payahlah. Tun Mahathir dan DS Najib lebih baik mulutnya dari mereka ini. cakap kurang kerja lebih.

a kl citizen said...

assalammualaikum

tak danya pemimpin yang serba baik dan terlepas dari silap, baik umno atau pas, tapi kekadang silap yang kecil kita2 ni yang memperbesarkan.

beringat2 wahai kita, yang sentiasa melihat silap orang lain

Jeffry said...

SLM TUAN NURI..LUMRAH HIDUP MANUSIA YG X LEKANG DGN 'KETERLANJURAN' SAMA ADA SECARA SEDAR ATAU TAK. TP DLM KES NIK AJIS, IANYA SEPERTI MELUDAH KE MUKA SENDIRI.

JIKALAU SEBELUM INI BELIAU CUKUP SINONIM DGN KNYATAAN AYAT2 YG KURANG MENYENANGKAN, MAKA TAK MUSTAHIL PARA PENGIKUT BELIAU MENCONTOHI TINGKAHLAKU TOK GURU MEREKA JUGA. KEMANA LAGI KUAH KALAU TAK TUMPAH KE NASI?

KEMUNGKINAN NIK AJIS SUDAH TERLALU LAMA MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN DI KELANTAN DAN SEWAJARNYA BELIAU HARUS MELETAKKAN JAWATAN KERANA AKAN MEMUDARATKAN LAGI ARAH TUJU PERJUANGAN PAS...WALLAHUALAMM

Suria said...

Salam Nuri,

Ramai sekarang tok lebai UMNO,hebat-hebat semua berhujah,kalah ulama Pas.

Cuma bezanya tol lebai umno tak pakai serban,tak da jangut.Itu semua kulit,tapi tuhan lihat pada iman.

Dia tak padang pada bulan atau dacing.Kalau tak solat serupa ,sama meruntuhkan masjid.

Tok guru sekarang tidak spt. tok guru dulu,hinggakan sama pas pun sangguh "cah geting"maknanya gilir nak jatuh sebab nak kuasa nafsu.
Dalam pas hari ini islam semangkin longgar kerana jaga kawan dari DAP.

Lebih baik duduk dalam umno cuma kuat lai perjungan islam.

hassan said...

Salam ukwah Nuri,

Saya terkejut pada mulanya lihat gambar kat atas tu,saya ingat awak dah bertukar angin jadi penulis blog lucah pada mulanya.Sekali tengok gambar tu macam wanita bogel.

Maaflah salah anggap,saya baru faham apa-apa kita kena fikir dulu sebelum menomah orang.

Bagitulah juga orang puak parti BULAN,bila lihat gambar DS Najib atau orang Umno dah anggap tak boleh pakai.

Sebenarnya negara kita aman damai dilimpah rezeki rakyatnya kerana keberkatan doa pemimpin kita tu.Hairannya pemimpin PAS doa suruh celaka pemimpin Umno ekoran tak dapat duit royalti minyak ko.

Betul ke cara tu?Minta tarik balik balik doa tu,buat cara perundingan baik2.

Frodo Baggins said...

salam nuri ~
wa datang bertandang ...
kekekkekeke ~

kenapa wa x rasa apa dgn pic tu?
kenapa ada yg rasa smthng pulak?
hehehehhe ... konsep sama
kita nilai org dari luar
n pembawaan tu boleh bw mcm2 maksd

wa x ske nilai org.
wa pun xske dgn persepsi.
tp rentak org kita kini dah lain
semakin bijak?
atau semakin tamak?
semakin teguh?
atau dah hilang jati diri?


>>_____<<


Rilex2 ~ sudahhhh ...
lalallalalla
tq masuk blog wa ...
dah lama x terjah sini

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

Setuju dan sependapat dengan Arif Omar.

Hari ini PAS sudah jauh terpesong.Sikap pemimpin PAS termasuk Nik Aziz semakin hari semakin majal.Kebenaran kata2 Al-Juburi tersingkap hari ini bahawa pemimpin PAS hanya hebat dari segi pakaian tetapi akhlak tercicir !!

Allahuakbar !!

Na'im Nikmat said...

Bersabda Nabi Muhammad S.A.W
Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi mungkar, mencegah orang berbuat zalim, serta menggiringnya hanya ke arah yang haq dan membatasinya juga dalam perkara yang haq.
(HR Abu Dawud dan at-Turmudzi).

Itulah yang dilakukan PAS ya akhi.

Nurimo said...

"Yaitu orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka.Amat besar kemurkaan(bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman.Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang."
(Al Quraan surah al Mu'min ayat 56)

Renungkan ya akhi saudara islamku

Amirul said...

Salam ya akhi Naim saudara islam dari parti Pas.

Lama ya akhi tak datang kat blog ini.Dalam perjuangan jangan takut berhujah.Pas masih beranggapan UMNO/BN zalim.

Tolong lihat isu kat Kelantan tu dalam blog Kicddeffela.Blog orang Pas sendiri yang tidak mahu menghalakan yang haram ,sebelum menuduh orang zalim.

Sebenarnya kepimpinan Pas banyak hipokrik bijak menutup pada pengetahuan rakyat.Walaupun bakai kalau disorok sekali pun dia tetap berbaun.

Pas kata UMNO sekular,walhal PKR pun sekular juga,Dap Kafir tapi berjalan seiring.Tapi dengan Umno tidak boleh.

Tolong jawab tuan Naim.Jangan pakai tuduh2 orang zalim.

shaniza said...

Salam..
Saya bersetuju dengan a kl citizen..
Jangan hanya pandang salah orang. Manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Berdosa pd manusia kena minta ampun pd manusia itu sendiri baru Allah ampunkan dosa tersebut... waulahualam.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Buktikan dahulu kenyataan saudara. Jika benar berlaku salahguna kuasa di Kelantan SPRM pasti telah mendapat sesuatu.Tetapi hingga ke-hari ini tiada pertuduhan pun yang kita lihat. Jika benar ada salahguna kuasa sudah tentu telah lama pemimpin Pakatan Rakyat di tangkap dan di bicarakan namun persepsi hanya sekadar persepsi. Sedangkan UMNO mempunyai ramai Pemimpin Korup tidak pula kamu gembar-gemburkan sedangkan buktinya jelas tetapi kalian sibuk mencari kesalahan Pemimpin PAS yang kalian tidak pasti kebenarannya. Jika benar ada salahguna kuasa saya jamin hari telah ada Pemimpin PAS yang telah di bicara tapi hakikatnya kalian hanya mencanang suatu persepsi yang kalian sendiri tidak pasti kebenarannya....silakan buktikan jangan sekadar bermain dengan kata2....Berani kerana Benar....

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...entah la...bagi saya sesama islam baik berdamai...kalau bermusuh bukan islam tu...musrik...

Jeffry said...

SLM TUAN YG EMPUNYA BLOG..TERTARIK DGN KOMEN TUAN AKHI DI ATAS SERTA MASIH MENGGUNAKAN TAFSIR DAN PETIKAN AL-FURQAN. TIADA SAPE YG DPT MEMPERTIKAIKAN KEBENARAN KALAM ALLAH WAIMA KHALID SAMAD, ANUWAR, MAHUPUN TOK GURU (DGN FATWA2 MERAPUNYA) SEKALI PUN.

KALAU NAK IKUTKAN KITA JUGA BOLEH MENTERBALIKAN SITUASI TERHADAP PEMBANGKANG YG SELALU MENUDUH KERAJAAN MELAKUKAN RASUAH DAN SALAH LAKU HANYA BERPANDUKAN PERSEPSI DAN TANGKAP MUAT SAJE.

BAGAIMANAPUN KITA TIDAK MENAFIKAN ADANYA PERLAKUAN RASUAH DALAM KERAJAAN KERANA KITA MENGANGGAP TIADA KERAJAAN DI DUNIA INI YG TIDAK MENGAMALKAN RASUAH. MESKIPUN KEDUDUKAN INDEX DUNIA MELETAKKAN NEGARA YG TIDAK MENGAMALKAN RASUAH DI TEMPAT TERATAS, BUKANLAH BERMAKNA MEREKA ITU BENAR2 BERSIH DAN KITA JUGA BOLEH MEMPERTIKAIKAN CARA MEREKA MENILAI TAHAP RASUAH SESEBUAH NEGARA.

PUN BEGITU SAYA SUKA MEMETIK KATA2 PEMIMPIN PAS YG SELALU MEMUTARKAN AYAT SEPERTI "RASUAH TETAP RASUAH". BAGAIMANA PULA JIKA TOK GURU AWAL2 LAGI SUDAH MEMFATWAKAN RASUAH SBG "BRG PEMBERIAN" UTK MENGHALALKAN PERBUATAN?. HMM MMG DUNIA NI PENUH DGN KEPELIKAN

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Masih lagi memperkata hal yang anda tidak tahu kesahihannya.Ana berani jamin ya akhi jika benar TGNA menerima rasuah awal2 lagi SPRM mengambil tindakan,tapi setakat ini langsung tiada tindakan pun yang diambil jadi dengan fakta apa kamu mengatakan TGNA menerima rasuah. Pak Lah PM sebelum ini sebelum menjadi PM mengatakan beliau akan memerangi rasuah dalam UMNO,nah itu buktinya didalam UMNO memang ada rasuah,itu kenyataan. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pernah dikenakan tindakan gantung drpd UMNO kerana rasuah itu kenyataan bukan omong kosong. Kenapa bila ana mengatakan UMNO parti rasuah kalian tidak mahu terima kenyataan,sedangkan kalian sedia maklum betapa kotornya UMNO. Dr.Mahathir bekas PM yang kalian sanjung mengatakan 'UMNO BUSUK HINGGA KE USUS' itu kenyataan.Bukan Pemimpin PAS yang mengatakan sedemikian tapi Dr.Mahathir.Nah sekali lagi kalian mahu menafikan.....Terimalah hakikat UMNO itu memang BUSUK-SEBUSUKNYA.............

Jeffry said...

HEHEH JGN LA CPAT MELENTING WAHAI TUAN NAIM YG MAHA BIJAKSANA PUSING CERITA. KNP HARUS BERSIKAP BENCI BEGITU SEKALI. NAMPAKNYA TUAN MASIH TAK FHM DGN ULASAN SAYA.

SAYA ULANGI, TIADA SATU PUN NEGARA DI DUNIA NI TERLEPAS DARI AMALAN RASUAH 100%! KLU TUAN MASIH MENGANGGAP KES MB N9 SBG UKURAN, SY JUGA BLH MENGANGGAP PUAK "PAKATAN LEBIH BUSUK DARI BANGKAI MANUSIA" DAN ITU ADALAH KENYATAAN YG SEBENAR.

APABILA "PEMBERIAN ATAU HADIAH" ITU SUDAH DI TAFSIRKAN SBG "GANJARAN" MAKA BEREBUT2LAH PENYOKONG2 MEREKA UTK MENDAPATKANNYA WALAUPUN TAHU ITU ADALAH RASUAH. PEDULI APE MEREKA NAK MEMENINGKAN KEPALA MEMIKIRKAN PERLAKUAN ITU RASUAH ATAU TIDAK. SDGKAN ITU ADALAH FATWA DR TOK GURU!

BAGAIMANA DGN KES SALAHLAKU MB KELANTAN YG MEMENTINGKAN PERLANTIKAN DI KALANGAN AHLI KELUARGA? BAGAIMANA PULA DGN ISU MENGERJAKAN HAJI YG MELIBATKAN ANAK ALMENANTUNYA? KES PEMBALAKAN HARAM YG MELIBATKAN KAKITGN PEGAWAI PERHUTANAN NEGERI KEDAH?

DAN JGN LUPE PAKATAN JUGA DI ANGGOTAI OLEH PKR & DAP. BAGAIMANA PULA DGN CALON BEBAS DI PENANTI DAN PERMATANG PAUH YG CUBA DI SOGOK OLEH PEMBANGKANG? TERBARU KEJADIAN MERASUAH PROJEK PASIR DI SELANGOR.

ITU BELUM TERMASUK RASUAH AKHIRAT DIMANA TOK GURU MENJANJIKAN SYURGA KEPADA PENYOKONG2 SEMATA2 KERANA KELANGSUNGAN POLITIK! BERANIKAH TUAN MENGAKUINYA? SY RASA TIDAK KERANA TUAN SEPERTI PENYOKONG2 TOK GURU YG LAIN SUDAH SEBATI DGN "GANJARAN" YANG DI JANJIKAN OLEH TOK GURU

MEMINJAM KATA2 HUSAM TEMPOHARI "TAK KIRA SAMA ADA KECIL ATAU BESAR, RASUAH TETAP RASUAH" NAMUN MASIH ADA PEMIMPIN PAS YG TAKUT MENERIMA HAKIKAT BAHWA ITULAH YG SEBENARNYA BERLAKU :D..WALLAHUALAMM

Na'im Nikmat said...

'UMNO BUSUK HINGGA KE USUS'
Memetik daripada kata-kata Tun Dr.Mahathir.Peliknya beliau tidak pula berkata PAKATAN RAKYAT busuk..Renung-renungkan....Ana cuma memberi fakta kalau terasa itu hakikat kerana 'siapa makan cili pasti terasa kepedasannya@kebusukannya' jangan marah itu kenyataan Dr.Mahathir yang cakap bukan ana :-)

Na'im Nikmat said...

Renung-renungkan Artikel ini...
Umno gagal, PAS lulus

Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik.

Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

Selena Tay
14hb Jan 2010

Sumber:Harakahdaily

Na'im Nikmat said...

UMNO yang membuatkan Non-Muslim salah tafsir tentang Islam. Tapi kini PAS telah membuka mata Non-Muslim bahawa Islam itu Adil.
Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Na'im Nikmat said...

Tapi UMNO lebih pentingkan perkauman 'Ketuanan Melayu' sambil menghaprakkan kaum-kaum lain. Sedar atau tidak BN itu pun terdiri daripada MCA,PPP,MIC dan mereka semua bersifat perkauman.Tetapi Pakatan Rakyat terdiri daripada berbilang kaum.Lihat sendiri DAP mempunyai ahli drpd berbilang kaum termasuk Melayu(UMNO tak pernah tahu) begitu juga PKR mempunyai berbilang kaum dan lihatlah PAS yang mempunyai kelab penyokong yang terdiri drpd berbilang kaum yang kini di naik taraf sebagai 'Dewan Penyokong'. Tapi UMNO,MCA,MIC dan PPP terdiri daripada parti2 politik yang bersifat perkauman. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W tidak mengaku ummat jika kita bersifat Asobiyah yakni Perkauman..

alfarook said...

salam ya naimmmm..

1) Nik Aziz "Sesat" Kerana Anwar - Tun M
Memetik daripada kata-kata Tun Dr.Mahathir.Peliknya pakatan tak pulak nak ambik fakta ni sebagai rujukan...???Ni link nyer..

http://www.youtube.com/watch?v=70LVdGylOX8

2) Naim memetik kata Selena Tay..14hb Jan 2010..Summber:Harakahdaily..??

Ler naim jugak yang mengingatkan kita td..apa kata naim pun beringat jugak maksud sepotong ayat Al Quran tersebut:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

alfarook said...

3) PAS membuatkan Non-Muslim betul tafsir tentang Islam???..contohnye kawin bawak lari anak orang ye..??

http://www.youtube.com/watch?v=Qc3yAianmn4

alfarook said...

4) En Naim ni baru keluar gua kot..cuba tunjuk bukti mana UMNO perjuang ketuanan melayu sambil menghaprak bangsa lain..?Kalau hari2 makan fitnah..tak mustahil satu hari mulut sendiri yang keluar fitnah..Kalau la en naim ni pun bukan melayu (cina, paki, india dll)..pernah ke en naim merasa kebulur takde makanan disebabkan perjuangan melayu umno ni..?

Na'im Nikmat said...

Alhamdulillah Alfarook memang benar Firman ALLAH:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Jadi ana tidak akan menghiraukan hujah anta yang amat emosi itu..Maaflah jika anta terasa sememangnya Kebenaran Susah untuk ditelan dan kebenarannya ialah UMNO BUSUK-SEBUSUKNYA..

Na'im Nikmat said...

Buktinya ada dan salah satunya Dato' Seri Najib pernah mengeluarkan ucapan sambil menghunuskan kerisnya sambil berkata 'Kita akan basahkan keris ini dengan DARAH orang CINA' dan YB Hamidah ADUN Sg.Rapat ada berkata 'Jika kita jumpa india dan ular di tengah jalan bunuh INDIA itu dulu' adakah ucapan ini bukan menghaprakkan bangsa lain ana rasa anta yang duduk didalam gua.......Sehingga telinga menjadi tuli dan mata menjadi buta.....

alfarook said...

1) Salam en naim the spinner..takde la aku nak emosi pun (kecuali berita kemangkatan Duli Sultan Johor DT)..cuma dari dulu memang aku tak setuju golongan berpengetahuan agama memperalatkan pengetahuan agama Islam untuk kepentingan kuasa dan politik..
2) En Naim pun setuju lah dengan kes TDM kater N.Ajis sesat sbb MatNuar??Maaflah jika anta terasa sememangnya Kebenaran Susah untuk ditelan dan kebenarannya ialah mungkin pemimpin pas dah sesat..hehe..spesis passs..halalku waharamu..
3) Buktinye ape pulak tu en naim??Boleh dapatkan salinan akhbar pada tarikh tu??Ada ke rakaman video/audio DS Najib kate gitu..??Setakat kutip dari mitos2 blog/paper puak2 PR ke..??Sampai sekarang berape orang cina,india, paki & dah sampai ajal hilang nyawa di ujung keris DS Najib tu..?En Naim memang pandai spin cerita la...spin laju2 Sehingga telinga menjadi tuli dan mata menjadi buta.....

Na'im Nikmat said...

Salam,
Buktinya jelas cuma akhi yang tidak mengikuti perkembangan politik semasa rasanya sehingga tidak tahu menahu perihal itu.Sila lihat video ini:
http://briged-akhdor.blogspot.com/2010/01/ceramah-nizar-di-taman-kinta-gopeng.html

Tentang Dato' Seri Anwar pula atas dasar apa kalian mengatakan DSAI bersalah adakah semata-mata fitnah yang dibuat UMNO. Cubalah kalian berfikiran rasional, logikkah seorang yang kamu gambarkan mempunyai perilaku yang jahat yakni DSAI disokong kuat oleh Presiden Ulama' Sedunia Prof Dr.Yusuf Al-Qardhawi.Adakah kamu menganggap Dr.Yusuf Al-Qardhawi akan memberi sokongan kepada DSAI jika benar apa kamu gambarkan kepada DSAI.Bukalah mata kalian,lihatlah kebenaran yang kalian sukar terima.Berkatalah benar kerana yang benar itu benar. Dr.Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa kes DSAI ke-seluruh dunia dan beliau pernah berjanji tidak akan menjejakkan kakinya ke Malaysia jika DSAI masih dipenjara namun setelah DSAI dibebaskan beliau turun ke Malaysia baru2 ini untuk menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah.Beliau juga mendesak supaya Kerajaan Malaysia mempercepatkan permohonan Qazaf DSAI. Inilah kebenaran yang kalian sukar terima....

alfarook said...

Salam ya naimmm...
1)Ler..itu ke buktinya naimmmm??Kalo nizar cakap tu tak betul camne naimmm??Ceramah tu hanya olahan dari khayalan nizar puppet aje..mana fakta nye naimm...?naim yang ade otak mestilah kena pandai pikir..mana yang betul mana yang tak..tunjukla bukti rakaman video/audio yang mana DS Najib pernah kata begitu..?setakat ceramah nizar puppet,takpayah la nak dikecohkan..politik PR ni berasaskan sifat2 buruk,kebencian & fitnah langsung tak membina..takde kepentingan untuk rakyat nak ikut sepenuhnya..
2)Tentang Dato matNuar..cepat2 la mula bicara kes liwat tu..cepat abis lagi elok..rakyat boleh tahu mana yang benar mana salah..en naim jemputla Tuan Dr.Yusuf Al-Qardhawi jadi saksi pembelaan membela kesucian matNuar..takpun jadi pemerhati perbicaraan pun cukupla..
3)Biarkan pihak berkuasa berkenaan dengan undang2 menguruskan tuntutan Qazaf di mahkamah syariah dan kes liwat di mahkamah civil..yang benar tetap benar yang salah tetap salah..takperlu pulak nak persepsi..kalo naim nak bising sangat..pegilah jadi saksi pembelaan matNuar tu..tak pun jadi peguambela matNuar ke..tak gitu en naimmmm

Na'im Nikmat said...

Dangkal sungguh jawapan ini..sungguh memalukan.......

Na'im Nikmat said...

Baiklah oleh kerana saudara kita mahukan bukti ana akan berikan buktinya:

Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina.Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat.(Perkara ini dinafikan Dato' Seri Najib)

Dalam sidang DUN Perak pada November 08 YB Hamidah Osman telah menimbulkan kekecohan di DUN Perak kerana mengungkapkan satu kenyataan menghina orang-orang India di Malaysia. "Kalau jumpa orang India dan ular bunuh India dulu baru bunuh ular" kata Hamidah sehinggakan Tajul Rosli sebagai Ketua BN di DUN Perak ketika itu minta Hamidah pohon maaf kepada sidang DUN Perak.

Na'im Nikmat said...

Dan berikut bukti Pemimpin2 UMNO menghina Islam bermula daripada era Dr.Mahathir sehingga era Datio' Seri Najib:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

Na'im Nikmat said...

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.
MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

Na'im Nikmat said...

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

Na'im Nikmat said...

Terimalah Kenyataan Yang UMNO Pengkhianat Islam dan UMNO Busuk-Sebusuknya......

faizal said...

Salam..

cukup lah kita bergaduh sesama sendiri..

parti adalah wadah utk kita perjuangkan idealogi masing-masing

PAS dgn idealogi islamnya
UMNO dgn idealogi Melayunya

alangkah baiknya perjuangan kedua-duanya..

apa yang penting adalah tanggungjawab kedua-dua penyokong parti samaada PAS atau UMNO untuk memilih wakil atau peneraju parti masing-masing orang yang pintar,beriman,jujur dan rajin

Amirul said...

Salam Naim,Pas ini memang teruk,

Naim said:"Terimalah Kenyataan Yang UMNO Pengkhianat Islam dan UMNO Busuk-Sebusuknya......"

Komen untuk Naim,
Abg Naim terima kenyataan yang PAS pengkhinat Islam dan PAS Busuk-sebusuknya.
...................................
Salam Faizal,

Faizal said:
"PAS dgn idealogi islamnya
UMNO dgn idealogi Melayunya"

Komen untuk Faizal,

PAS dgn idealogi islam sekadar retorik politik.

UMNO dgn ideologi Islam dan Melayu sebagai ketuanan.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,
Tak cukupkah bukti2 yang ana lampirkan bahawa UMNO menghina Islam.Bukalah mata kalian jangan ditipu UMNO lagi........Jadilah insan yang kenal erti kebenaran.....

Amirul said...

wsl,tuan Naim,

Ana dah baca satu persatu yang anta tulis tu.Itu bukanlah satu bukti,satu fitnah di mana orang Pas korja dia mereka fitnah.Menjadikan fitnah seperti yang betul.

Ingat tuan Naim,jangan tabur fitnah pada kepimpinan Umno.

Ingat kita tiada pilihan ketiga,hanya dua pilihan syurga atau Neraka,banyaklah berzikir supaya tuan Naim tidak lalai dan diberi pentujuk jalan yang lurus.

alfarook said...

En Naimmm spinner..awak nak tipu diri awak atau sedara2 awak boleh la..kenapa awak nak taksub pada berita pencacai yang telah menukar perkataan 'hudud ala pas' kepada 'hudud / undang2 islam' dalam tulisannya..?
Adakah perkataan 'hudud / undang2 islam' bersamaan maksud dengan 'hudud ala pas' yang dikatakan atau oleh TDM,DSN dan lain2...?
Kalau nak tulis tu..tulis la yang sebenar..jangan ubah2 walau sebarang perkataan..sudah la tipu..fitnah pulak..
En naim ni provoke je lebih..En Naim ingat orang lain tak baca paper ke time isu hudud ni tengah panas suatu ketika dulu..?

alfarook said...

En Naimm..puak2 berdarah hijau pun ape kurangnye..

*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

alfarook said...

Ada lagi bang naimm...

Ahad Disember 28, 2008
Hadi: Situasi tidak stabil, sukar laksana hudud

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/12/28/mstar_berita/20081227194852&sec=mstar_berita

alfarook said...

Terima la hakikat bang naim..UMNO & PAS itu parti politik yang bersaingan..
Didapati perlembagaan dua2 parti takde yang menegaskan akan melaksanakan hudud 100% jika berkuasa...sebab itulah negeri yang dikuasai oleh pas tak boleh didakwa di mahkamah kerana tak melaksanakan hudud 100%..

Lagipun nizar kata pas bukan nak melaksanan negara islam (bukan saye kata ye):

http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs

Kesimpulannya,.golongan berpengetahuan agama memperalatkan pengetahuan agama Islam untuk kepentingan kuasa dan politik adalah sebahagian daripada golongan yang menghina Agama Islam itu sendiri..

(maap ye tuan blog atas sebarang kesalahan)

Nurimo said...

Salam Alfarook,

Terima kasih kujungi blog ana,nampaknya Pas sudah kehilangan fakta untuk berhujah.

Na'im Nikmat said...

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

Aku menjamin sebuah rumah dipinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun bergurau dan sebuah rumah ditempat tertinggi syurga bagi orang yang membaikkan budi perkertinya.
(HR Abu Daud(4167);Hasan:Sahih Abu Daud(4800)

Amirul said...

Salam Naim,bos anta nak perpaduan tak sedar lagi ke.Baca Naim jangan tak baca.

Nik Aziz mahu Pas, UMNO berbincang

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Feb. - Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.

"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.

"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.

"Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.

Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛

金瓜米粉Jason said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社