Search This Blog

Loading...

Followers

Thursday, January 28, 2010

Salam berlapik

Terima kasih membantu saya,ini bukan rasuah
cuma pemberian,
projek ni bukan makan sorang,untuk puak-puak kita jugakan.
Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita membalas.

Ketika memilih jalan "kesenangan" dan menganggapnya sebagai jalan menuju "kebahagiaan", kita sudah berjalan ke arah yang berbeza dengan jalan kebahagian .Kerana itu,semangkin jauh menikmati kesenangan,semangkin jauh pulahlah kita dari jalan kebahagian.

Rasuah berlaku dalam gelap, kesannya dapat dilihat melalui kehidupan mewah,perbelajaan melebihi pendapatan normal.

Ketika seseorang akan melakukan rasuah ,ia pasti didorong oleh keinginannya untuk lebih baik,untuk hidup lebih selesa,untuk mencapai kebahagiaan.Orang yang rasuah sebenarnya mencari kebahagiaan tetapi ia tidak menyendari bahwa apa yang ada didepan matanya itu sama sekali bukan kebahagian.Ia tidak tahu bahwa saat ini ia sedang berhadapan dengan "kesenangan".Ia telah melihat "kesenangan"sebagai "kebahagiaan".

Orang yang bersubahat sama saja.Orang-orang ini juga adalah mereka mengidamkan kebahagiaan.Ketika melihat orang yang punyai kuasa,yang terbayang di mata mereka adalah kebahagiaan atau boleh buat duit, apabila mereka mendapatkannya.Mereka juga tidak sedar bahwa yang berdiri di hadapan mereka bukanlah kebahagiaan,melainkan kesenangan dan kenikmatan yang menyamar sebagai kebahagian.Mereka ditipu oleh keasyikkan dunia atau mereka ingin menikmati hidup sekejab ini dengan menghalakan yang haram.

Kita sering terdengar perbagai bentuk rasuah, ada rasuah sex,keraian,taja haji , melacong,hadiah set golf , baiki kereta atau tukar tayar , beri kereta mewah dan banyak lagi tak habis nak cerita kat sini.Namun bagitu jenis duit yang paling popularnya tidak kira dari spesis Bilis atau Jerung.Dorongan kemewahan seperti mahu rumah besar,kereta besar mungkin bini yang tak mahu yang besar tapi ramai menjadi gelap mata.

Kalau jenis Jerung pula,mesti aset-aset simpanan luar negara,yang sukar untuk rakyat tahu atau di kesan SPRM.Hari ini bunga-bunga rasuah telah melarat ke tempat ibadat dengan menaja pergi haji atau umrah tapi berselidung disebalik pemberian iklas.Tapi ramai yang fakir miskin tidak di taja pula.

Singgah di warung

Saya masuk ke warung,meja yang saya duduk menyebelah meja yang diduduki 3 pemuda yang rancak bersembang sambil gelak ketawa.Saya pun tumpang dengar apa yang menariknya.

Kata salah seorang pemuda kepada rakannya,"Mat kalau mu niaga ada modal duit seguni pun belum tentu dapat projek,kalau tak bagi pelapik,walaupun proposal cantik.Kosmisen dicerita dulu ,baru tanya ada projek atau tak da."

Lalu rakan seorang lagi menyampuk"Apa-apa pun Mat,mu kena cari orang yang baik dengan bos projek supaya boleh buat keluar bos tu,mula-mula berkenalan lah dulu.Tapi mu kena tengok angin dia macam mana,kalau jenis tak berapa lebai,ajak pergi karoeke atau Bali atau Bangkok.Kalau jenis lebai tawar pakej umrah atau ziarah saudara islam kat negeri Cina."

Sudah lumrahkah? , nak berniaga wajib duit kopi.Sekiranya dapat projek pemberi dan penerima,dapat hasil dari kegiatan haramnya lalu dibuat beli rumah ,maknanya duduk dalam rumah haram,kalau beli katil ,maknanya tidur atas katil haram,kalau beli kerusi pastilah duduk atas kerusi haram apatah lagi untuk makan-minum keluarga yang akan menjadi darah daging.
Tapi janganlah buat kahwin dengan duit haram sudahlah.

Hal ini dikaitkan dengan sabda Nabi(SAW) yang bermaksud:"Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami tetapkan pendapatannya atau gaji maka apabila ia mengambil lebih dari apa yang yang ditetapkan itu dikira sebagai satu penipuan dan rasuah.
"

SPRM visi,misi dan objektif sudah jelas untuk negara kita.

Visi
  • Mewujudkan masyarakat Malaysia bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
  • Menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang professional dan unggul.
Misi
  • Menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia.
  • Mengukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan sumber manusia secara terancang dan berterusan.
Objektif

Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

18 comments:

Nida said...

Salam tuan tanah..

Alangkah indahnya negara tanpa rasuah. Barulah segala bentuk peluang dapat dinikmati bersama.. tidaklah hanya orang2 yg kaya sahaja akan bolot segalanya...

faizal said...

salam..

rasuah nie adalah jenayah yang sukar dibuktikan kerana memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak(pemberi dan penerima).oleh sebab itu kurangnya mana-mana pihak untuk tampil sebagai saksi ataupun pengadu.Ini merugikan negara kita,kerana perbuatan rasuah ini tidak dapat dilihat kesannya dalam jangka pendek tetapi kesan yang diperolehi dalam jangka panjang amat berat dan merugikan semua pihak.

untuk menghapuskan rasuah, pengorbanan setiap individu yang paling kecil adalah jangan sesekali memberi rasuah kepada sesiapa sahaja walaupun melibatkan jumlah yang sedikit,insyaallah lama-kelamaan budaya rasuah dapat dihapuskan. cth rasuah polis- apabila hendak disaman,jika kita sebagai rakyat tidak merasuah pasti lama-kelamaan budaya rasuah terhapus dgn sendirinya tanpa perlu kita harapkan SPRM 100%.

keduanya..jangan terima rasuah walaupun sedikit sbgai contoh jika ada mana-mana pencalonan parti janganlah sibuk-sibuk nak meminta sana meminta sini..pilih saja calon yang benar-benar boleh bekerja,beriman,berilmu dan bertakwa..tolak saja calon yang suka berfoya-foya dan kaki maksiat..-insyaallah rasuah politik ataupun politik wang dapat dihapuskan dengan tekad kita yang murni dan akhirnya kesan yang jelas adalah pemimpin yang kita pilih itu orang yang amanah dalam kerjanya dan apabila baik ketua maka baiklah keseluruhannya.

hassan said...

Salam Faizal,

Kalau kita kena saman polis contoh kesalahan lalulintas.Denda $300,silap haribulan kena gi makamah.

Terpaksa cuti korja,minyak kereta pula habis,kena menunggu sekiranya orang ramai,lagi banyak rugi ,baik masa sekalipun.

Kalau sentle atau bagi duit kopi pada cuma habis paling antara $20 hingga $50.

Mana lebih berbaloi.

Kalau tak mahu dosa kedua pihak lebih baik polis buat madotori, MAAF TANPA AMBIL DUIT KOPI ATAU SAMAN TERUS.

Nurimo said...

Salam Nida,

Itulah yang semua rakyat Malaysia harapkan.

....................................
Salam Fiazal,

Yang kita sedihnya sekiranya rasuah dalam bentuk taja haji ditukar kepada pemberian iklas sekiranya betul wujud tercemarlah agama.
..................................
Salam Hassan,

Ada baik jaga displin memandu tak payah polis saman.Jadi tak berlaku tawar menawar.

Hamiza said...

Salam..

Boleh ker nk menyampuk..hehe
Rasuah ni kt dunia memang org x nmpk..kenyang la org yg terima rasuah tu..tp dia lupa ALLAH nmpk semuanya..dn dia akan kenyang juga dgn azab ALLAH kelak diakhirat..

Wallahualam..

familyria92 said...

kenapa rasuah susah nak dihapuskan?

cicitHJHASSANu said...

salam nuri...

arak jadi minuman keras(sirap adalah minuman lembut),zina jadi persetubuhan haram,judi jadi nombor ekor(ekor binatang apa?),rasuah jadi politik wang...

setelah dijenamakan semula,rakyat tak nampak perkara haram adalah haram...wallahua'lam.

a kl citizen said...

assalammualaikum

jenayah sebegini susah hendak dibanteras, kan.
kalau kita jadi perdana menteri pun, tak tentu kita boleh terlepas dari perkara ini. entah2 lagi teruk. habis anak beranak kita semua jadi kaya raya.

Mybabah said...

Salam Nurimo. Satu lagi istilah yang cuba mengindahkan perkataan rasuah ialah duit kopi. Kesian kopi, benda halal yang nak dipalit dengan perkara-perkara haram...

faizal said...

salam..

a kl citizen said..
jenayah sebegini susah hendak dibanteras, kan.
kalau kita jadi perdana menteri pun, tak tentu kita boleh terlepas dari perkara ini. entah2 lagi teruk. habis anak beranak kita semua jadi kaya raya.
....................................Maaf..belum lawan dah mengalah..saya tak setuju lah dengan pandangan tersebut,ini menampakkan jatidiri kita lemah dan tidak berdaya.saya merasakan bagi orang yang takut kepada allah takkan berpendirian macam tu..
RASUAH ADALAH JENAYAH SAMA DENGAN JENAYAH YANG LAIN..JENAYAH TETAP JENAYAH BEGITU JUGA DENGAN HUKUM..HARAM TETAP HARAM..MINUM ARAK HARAM,BERZINA HARAM,BERJUDI HARAM SAMA JUGA DENGAN RASUAH..

RASUAH ADALAH HARAM

PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG HARAM.

kadangkala kita sebagai rakyat tidak sedar kita telah merosakkan bangsa dan negara kita sendiri kerana rasuah..

UNTUK saudara Hassan..
Malu kiranya saudara hassan berpandangan begitu..

Nurimo said...

Wsl Hamiza,

Tak salah menyampuk,dosa pahla tak dapat tengok lagi atas dunia ni,tu dia org terlena.Namum bagitu bila kena sakit dah terbayan dosa2nya.
###################################

salam familyria92 ,
Rasuah susah nak hapus,salah satu faktor persaingan.
###################################
wsl cicitHJHASSANu ,

Kalau kita faham tak mengapa bubuh jenama apapun,yang haram tetap haram.Lihat Babi dulu di jenama sekejab sebagai khizir.Namun orang tetap kenal itu binatang suka makan najis dia sendiri.
###################################
wsl a kl citizen ,

Tak kira dari puak mana pun,pemimpin lebai kat pantai timur 2x5 juga.Dulu kata kat org umno,pas pun serupa je,cuma pandai berselidung disebalik hadith.
##################################
wsl Mybabah,

Istilah duit kopi sudah jadi universal.Maknanya duit untuk buat minum kopi.Tapi takkan lah minum2 kopi sampai juta2 ya....

hassan said...

Salam Faizal,

Rakyat mahu benteras rasuah habis-habisan.

Tapi kalau kena batang hidung sendiri,minta ajust,cari orang buat kira.Ada kenal polis kat balai ko..ko boleh kurang denda.

Cakap memang senang,bila masa polis keluar surat saman,"cik-cik tunggu dulu,kalau cik saman pun tentu kena bayar,lebih baik ajust sekarang ,kira mudah2".Faizal siapa yang mengoda dulu,bukankah rakyat?.

Saya bukan sokong rasuah ,saya menceritakan apa yang masyarakat perkatakan.

Macam orang pas menuduh umno rasuah,bila kena batang hidung sendiri ditukar kepada pemberian.

a kl citizen said...

assalammualikum
nuri

biasalah orang tak setuju pendapat kita, tak apa.
sebab jati dirinya kuat.kan.

kalau dah ada kuasa, bertambah kuatlah lagi, insyaAllah.
kalau anak sedara, mak sedara bapak sedara mintak tolong minta biasiswa ke , masuk asrama ke, orang2 macam ni memang akan kukuh ngan jati dirinya, alhamdulillah.

kita berdoa semoga lebih ramai yang seperti faisal. insyaAllah.

shameel Iskandar said...

org melayu, bila disebut ttg babi. takut benar. Faham benar betapa haramnya makan babi. Tapi ttg makan rasuah ramai yg baut tak kisah. lagi teruk makan gaji buta(maksud saya curi masa). Pergi kerja lewat. Time kerja dia bebrorak. Perbuatan berdosa tapi dibuat tak kisah

Nurimo said...

Salam shameel,

Memang betul anta kata tu,dosa tak nampak lagi,bila kena sakit atau musibah teringatlah dosa2.

Masa waktu pejabat dok chating,tunggu lepas Pukul 5pm baru buat korja sebab nak klim OT.

Jeffry said...

SLM TUAN YG EMPUNYA BLOG..MAAF LAMA TAK NYINGGAH KE MARI :D.

RATA2 YG KOMEN DI SINI SUDAH PUN MENJAWAB SEBAHAGIAN DARI PERMASALAHAN BERKAITAN RASUAH. MMG BENAR DLM DUNIA NI TAKDE NEGARA PUN YG TERHINDAR DR PERBUATAN RASUAH

WLU SEKECIL MANA SKALIPUN RASUAH TETAP RASUAH. NAK MEMBENTERAS GEJALA RASUAH BKN PERKARA MUDAH. IA PROSES YG PANJANG DAN TAK AKAN HABIS SELAGI YG MEMINTA ITU TERUS MEMINTA DAN YANG MEMBERI ITU TERUS MEMBERI.

HANYA DGN USAHA DAN INISIATIF YG BERTERUSAN DARI PIHAK2 TERTENTU SAJE DAPAT MENGURANGKAN GEJALA TERSEBUT. WALLAHUALAM :D

noor afzan said...

salam..
kalau salam berlapik masa kenduri kawen tak pe kan beb..=)

Nurimo said...

Noor,

tengok atas niat lah dik,takkanlah sapai lapik ribu2.

Kalau lapik banyak tu mesti ada udang disebalik me he..he..