Search This Blog

Followers

Sunday, February 7, 2010

Jangan main tarik tali

Bagaikan percaya dengan tidak musuh tradisi lebih 50 tahun Pas dengan UMNO ingin duduk semeja.Terbaru UMNO telah mendapat pelawaan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu kerjasama dalam hal agama Islam .Tahun lepas Hj Hadi dan Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa pernah memasang niat perpaduan tapi tidak kesampaian kerana terhalang oleh Tok guru Nik Aziz yang lebih berpengaruh menentukan hala tuju Pas.

Harap-harap Pas jangan main tarik tali lagi,dulu cadang perpaduan dengan UMNO,bila puak UMNO setuju dia tak mahu.Kali ini Pas cadang kerjasama pula,jangan sampai saat-saat akhir tarik diri.
Nanti rakyat kata ulama putar alam,cakap berbelit-belit,saya percaya ulama sebenar tidak macam itu.

Saya tetarik dengan kata-kata bekas Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin,"Hairan bagaimana UMNO boleh berkerjasama dengan MCA dan Pas boleh duduk semeja dengan DAP.Itulah masalah orang politik.Mereka takut jika kena duduk semeja boleh menghapuskan identiti mereka.Sedangkan dalam dunia ini ada aliran liberalisme,kominisme dan demokrasi tetapi mereka boleh duduk semeja."

Saya rasa tidak salah DS Najib kata Tok guru Nik Aziz macam cuaca sering berubah-ubah.Malah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan UMNO perlu berhati-hati dalam menimbang pelawaan pihak pembangkang untuk berbicang atau berkejasama bagi mengelakkan terperangkap dengan mainan politik sempit.

Baginilah bila UMNO mula was-was sikap Pas kerana dia belajar dari pengalaman sudah-sudah,kata orang guru terbaik adalah pengalaman,takkanlah nak jatuh lubang yang sama.Jadi untuk merealisasikan hasrat Pas bagi sebuah kedamaian dan kerjasama Malayu Islam,kenalah buat gencatan mulut.Maknanya kedua pemimpin hendaklah bagi tahu rakyat berhenti saling kata mengata dalam tempoh ini.

Saya juga hairan anak orang Pas boleh kahwin dengan anak orang UMNO tapi pemimpin Pas dengan UMNO takkan tak boleh berbesan.Fikir-fikirkan.....

Semuga berjaya kembali penyatuan Melayu Islam di tanah air sendiri.

26 comments:

shameel Iskandar said...

tentang politik ni susah betul nak difahami. ia umpama tipu daya dan penuh dgn muslihat.

Tp, sy sndri selaku rakyat kelantan agak pelik dan hairan dgn kenyatan trbaru Tuan Guru Nik Aziz ni. Jujur sy kagumi beliau tapi tidak taksub. Kenytaan trbarunya ttg perdamaian dgn UMNO dianggap sebagai cuaca oleh DS Najib. Wajar dan waras DS Najib kata begitu.


Mudah cerita kita tunggu dan lihatlah sahaja. Tp, sebagai rakyat kelantan sy sentiasa berdoa agar negeri saya dapt hak royalti petroleum.

Nurimo said...

Shamel Iskandar,

Terima kasih kujungi blog ana.Pendamain tu baguslah lama sangat umno pas berperang mulut.

Tapi jangan ada udang di sebalik mee ,nak royalti minyak baru nak berdamai.Kena letak perpaduan umat islam Melayu dihadapan dulu.Itu baru cara ulama.

hanes said...

salam shbt....inilah dunia politik..salah ckp, orng kata..cakap betul pn orng kata..tidak ada kesudahan..

kalau pas ajak duduk semeja, ckp tok guru ni mcm cuaca..kalau pas tidak ckp mcm2 umno pula yg cakap pas hnya pentingkan parti dap..sikap ini harus dibuang dalam diri pemimpin, jgn ckp mcm2 kalau orang ajak duduk semeja..

sampai bila2 xselesai masalah rakyat jika sama2 pentingkan haluan masing2..fikirlah..

pas bkn apa, ajak duduk semeja utk selesaikan masalah yg dihadapi rakyat skarg, masalah rakyat 2penting..jangan sampai gila kuasa, time mngudi rayu mcm2 dkat rakyat, time mnang rakyat sakit, mati, tidak dtng pun jengok, jangan jdi mcm kacang lupakan kulit..

negara kita skrng pun huru-hara, lepas satu2 bnda yg xmsk akal timbul..enjin jet terbang ntah kemana, body ada dkat m'sia, ni masalah bocor maklumat negara lagi mengharukan..agak2 negara kita dah xselamat dah, inilah yg kita mahu parti politik duduk semeja dan berbincang.. jgn pentingkan diri masalah negara tergadai...

Nida n' Hanafi said...

Salam tuan...

Ibarat menarik rambut dalam tepung... rambut tak putus, tepung tak tumpah... semoga umat Islam bersatu.. berbeza pendapat tidak mengapa, tapi harap2 bab yang melibatkan pembangunan negara biarlah bersatu.. barulah negara terus maju ke depan, bukanlah statik atau semakin mundur ke belakang..

Na'im Nikmat said...

Salam Akhi,
Ketahui siapa Nuri sebenarnya sila ke-link ini:
http://naimnikmat.blogspot.com/2010/02/gemparbapak-borek-anak-rintikblogger.html

Daddyaeman said...

Salam..

Siapa pun Nurimo itu, saya kagum dengannya..sebabnya...

"komen/pendapat..Idea/pendapat anda sangat saya hargai walaupun fahaman bebeza."

ini yang membezakan dengan orang pas.

Nurimo said...

Salam hanes,

Tiada sebuah negara bersih dari kejadian jenayah.Pepandailah kerajaan melalui makamah keadilan menentukan lepas saja atau dihukum bagi mereka yang bersalah.

Soal kerjasama Pas dengan umno berkaitan agama islam Melayu ,harap-harap jadi korja kali ini.

Puas dah saya dengar duduk bergaduh kata Pas dia betul tapi lebih kurang dengan serbuk pencuci biasa.

Nurimo said...

wsl Nida..orang jauh,

Betul kata Nida,UMNO memang bergerak kehadapan tapi ana tengok Pas nak undur kebelakang.

Tapi tak mengapa nampak dah ada bunga kerjasama sari dua ni.

Pas sepatutnya selepas pilihanraya diam mulut ,jalan bersama dengan pemerintah membangunkan negara demi rakyat dan umat islam,baru betul.Pru 13 ni lawanlah pula,ni tak tahu malam siang asyik kutuk sesama umat islam,patut ke?

Nurimo said...

Salam Naim Pas,

Jangan tengok baju orang saja koyak
Seluar Naim tak ziz ,tak nampak ke?.

Nurimo said...

WSL Seluang,

Terima kasih banyak mengujungi blog ana.Ana tak kisah orang kata apa pun,itu hak dia,kita tak boleh cepat meleting.Kadang2 tak salah lepas geram sikitkan.

Perbezaan itulah yang mewarnai politik kita.

Unknown said...

salam Naim nikmat fanatik Pas,

Saya dah pergi ke blog saudara.Memang anta kaki fitnah,munafik Pas.

Anta pandai edit shoutmix Chat untuk buat fitnah pada Nuri saudara Islam,nilah korja munafik Naim PAS berselidung disebalik hadith.

Jemput orang pergi blog anta,tapi mukadimah blog mu dengan bahasa kurang ajal "UMNO REJIM HARAM" mu kata.

Mu Naim MUNAFIK,DAJAL,taubatlah

Bos mu tok guru aziz dan haj hadi dah nak kerjasama dengan umno tapi mu dok tabur fitnah lagi supaya islam jadi kucar kacir

Na'im Nikmat said...

Salam akhi,

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Harap akhi beringatlah sebelum menulis sesuatu cukuplah kamu telah mengaibkan sy jgnlah kamu aibkan sahabat2 blogger sy.Janganlah mereka diganggu sekalipun kamu bencikan sy....ingatlah semua manusia ini sama sahaja namun hanya Insan yang bertaqwa yang dipandang mulia disisi ALLAH S.W.T

Unknown said...

Wsl akhir Naim,

Kadang-kadang kita duduk nampak salah orang,sendangkan anta terlebih dahulu tanpa disedari mefitnah sesama islam mengatakan "UMNO REJIM HARAM",saya rujuk mukadimah blok anta Naim dan segala penulisan anta dalam komen blog orang samatelah dalam blog anta sendiri.

Anta jangan buat manipulasi dan berselidung disebalik hadith untuk mengaburi pembaca supaya orang taksir anta itu alim Pas.Sedangkan anta sudah terpesong dari akidah,hadith pandai tulis,tapi tidak diikut atau mengkaji taksiran sebenar.

Anta jangan hipokrit,tak terjawab di masyal nanti.Bermain politik berpada-pada jangan sampai jadi fanatik hingga memuja wakil rakyat lebih pada nabi.

Pintu taubat masih terbuka untuk kembali ke pakar jalan.Kalau anta berpeggang pada ajaran Islam sungguh atau bukan ustad me celuk,dia tidak akan mengutuk sesama islam malah mengajak kepada perpanduan.Baca cara nabi berdakwah macam mana.

Janganlah kerana pakai ketayap bersebang dan berjangut menjadikan lesen untuk mengutuk sesama islam sesuka hati.
Tuhan tengok pada amalan bukan pada kulit.

Hentikan anta manupulasi taksiran hadith untuk menghalakan yang haram.

Murni Alfathunnisa said...

Salam...
mudah-mudahan penyatuan menjadi kenyataan...

Nurimo said...

Wsl siti murni,

Rakyat harap bagitulah Islam Melayu bersatu tidak kira parti.

Ada masa baca petikkan yang ana copy ni.

...................................
UMNO sedia bincang dengan Pas

BESUT 13 Feb. - UMNO bersedia duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu berkaitan dengan Islam sekiranya kenyataan berhubung cadangan tersebut dikeluarkan menerusi Majlis Syura parti itu dan bukannya individu.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, walaupun kenyataan berhubung isu terbabit dikeluarkan oleh Presiden Pas sekalipun, UMNO tidak akan menerimanya kerana ia adalah keputusan secara individu.

Katanya, ini disebabkan UMNO bimbang berdasarkan kenyataan pemimpin Pas sebelum ini ia kerap berubah mengikut musim dan kadangkala keputusan dibuat tidak menggambarkan pendirian parti itu yang sebenar.

''Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberitahu yang beliau (Najib) tidak pasti pasal perbincangan dengan Pas sebab ia selalu berubah,

''Kenyataan itu hanya dibuat atas kenyataan Datuk Nik Aziz saja......kecuali kalau Majlis Syura Pas kata nak bekerjasama dengan UMNO...kita setuju lah.

"Kalau ikut yang lepas-lepas nanti dia berubah-ubah," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Bahagian Besut di Dewan Gong Kemuntong Jerteh di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas cadangan Nik Aziz sebelum ini yang mencadangkan parti itu duduk semeja dengan UMNO bagi membincangkan isu berkaitan Islam.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, sebarang keputusan mesti mengikut dasar parti.

''Kalau seorang sahaja buat keputusan..kita tidak boleh terima," katanya.

Sumber utusan on line 14/2/10

Anonymous said...

Untuk saudura islam Pas fikirkan2,

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU JADIKAN BAPAK-BAPAK DAN SAUDARA-SAUDARAMU PEMIMPIN-PEMIMPINMU, JIKA MEREKA LEBIH MENGUTAMAKAN KEKAFIRAN DARI KEIMANAN. DAN BARANG SIAPA DI ANTARA KAMU YANG MENJADIKAN MEREKA PEMIMPIN-PEMIMPINMU MAKA MEREKA ITULAH ORANG YANG ZALIM(ATTAUBAH 29)

mail lambong said...

posting terbaru khas untuk menjawab pandangan Nuri..tq

sila layari..http://fibfib.blogspot.com/2010/02/kedamaian-yang-dicari.html

Nurimo said...

Salam Faizal,terima kasih bagi url tu.

Benda baik ke arah makmurkan umat Islam Melayu,tak payah sekejab lagu tu sekejab lagu ni.Kenapa nak meneggakkan Islam di tanah air sendiri ulama Pas harus berputar2 .he..he..

Guru said...

assalammualaikum

tidak ada apa yang perlu dipelikkan dalam dunia ni
masing2 ada agenda tersendiri

Nurimo said...

WSL a kl citizen ,

Cik gu,betul ada agenda tersendiri,yang ana kata peliknya taraf ulama cakap putar alam.

mail lambong said...

salam..dh orang nak berbaik buat apa kita nak mengata lagi..

kalau rasa kita tu mulia dan betul terima aje laa..

baru nampak keikhlasan tu..

pelik dan hairan kerana masalah2 mcm nie timbul..

nak berbaik salah tak nak berbaik pun salah..

Nurimo said...

wsl Faizal,

Bagitulah bila orang was-was,nak menanam kepercayaan semula ambil masa sikit.Sebab Pas and team mula dulu kon kalikon

mail lambong said...

SALAM..

UMNO PUN SAMA JUGAK..

X ABIS-ABIS NAK ADU DOMBA SESUATU PERKARA..

ENTAH LAA NURI..

JANGAN KAPAL SELAM TAK BOLEH SELAM DAH LAA..KENA TUKAR NAMA JADI KAPAL LAYAR LAA NAMPAKNYA..ABIS DUIT RAKYAT..

Nurimo said...

Wsl Faizal,

Fiazal said:
1.UMNO PUN SAMA JUGAK..
.................................
Jawapan:
Kalau sama cepat-cepatlah buat kerjasama.Tok guru kita cakap nak kerjasama Islam dgn UMNO,itu pandangan peribadi dia saja,kalau sungguh suruhlah Majlis Syura Pas istiharkan kalau betul jujur.

Mengandu domba biasalah dalam politik,sebab sebelah Pas ajar dulu.Kalau tak caya ikutilah ceramah Pas.Eek...pura2 tak tahu...
...................................
Faizal said:
JANGAN KAPAL SELAM TAK BOLEH SELAM DAH LAA..KENA TUKAR NAMA JADI KAPAL LAYAR LAA NAMPAKNYA..ABIS DUIT RAKYAT..

Jawapan:
Kalau Faizal beli kereta baru pun adakalanya berlaku kerosakan kecil.Jadi kena sevis betul balik, dalam gerentikan.

Takkanlah rosak sikit nak bubuh layar dah.Nilah peil sentengah orang kita mudah nak menuduh-nuduh.

Jangan lah gitu Faizal ,orang batuk sikit pun ,terus gali kubur.

mail lambong said...

kereta harganya 10k-hingga sejuta

tapi kapal selam nie..berbilion-bilion..

takkan laa nak beli besi buruk dengan harga berbilion-bilion..

sendiri mahu ingat laa nuri..

ada benda yg tak betul kena laa bgtahu bukannya kita sorokkan..

kata nuri perjuang umno dari dalam..takkan nak tunggu semua tinggalkan umno baru nak terhegeh2 mengaku silap..

Nurimo said...

Tahu Faizal, kapal selam harga berbilion,selagi bergelar cintaan manusia secangih mana pun mesti ada kelemahan.Kapal angkasa sedang dilancarkan pun meletup jadi abu..ingat tak Faizal.

Hal kapal selam ni,setahu ana awal bos TLDM dah bagi tahu.Kadang2 kita kena fikir juga,peralatan tentera kena rahsia juga kalau rosak nanti musuh negara tahu.Rakyat janganlah silap faham.

Faizal umno semakin kuat dari hari ke hari sebab perbetulkan kesilapan dari dalam.Tapi yang risaunya pemimpin kanan PR lepas satu-satu terjun kapal.Kapal kalau selesa takkan orang terjun cari kapal lain.

Faizal keluar-keluarlah pakatan jahanam Malaysia tu,.takkan nak tunggu semua tinggalkan PAKATAN baru nak terhegeh2 mengaku silap..