Selipar Malaysia barangan tempatan
dijangka sambut Blair Sabtu ini 24 April 2010 di Sunway Lagoon

Tony Blair
Muntadar Al-Zeidi rakyat Iraq sudah baling kasut ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush
Kita lihat nanti Melayu akan baling selipar bukan sepasang tapi beribu kepada penjenayah perang yang mengaku berbohong semasa menyerang Iraq bersama sekutunya, orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq yang tidak berdosa.Keadaan ini menyebabkan ibu kehilangan anak,isteri ramai menjadi janda,rakyat jadi kucar kacir hingga ke hari ini,ada yang mati tidak berkubur.anak kecil menjadi yatim piatu,ada yang cacat seumur hidup ,ekonomi musnah.
Kita sebagai Melayu Islam tidak harus terima kedatangannya Blair ke negara ini.
Saudara-saudari tidak bersedirian kalau kesana ,ingat 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyambut kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang dijangka tiba di Sunway Lagoon Sabtu ini untuk menyampaikan ucapan pada National Achievers Congress.
Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia supaya menyatakan sokongan dengan menyertai demonstrasi aman sebagai tanda membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Blair terhadap rakyat Iraq dan Afghanistan.
Ditanya sama ada tindakan tersebut mendapat sokongan daripada kerajaan dan pihak keselamatan, beliau berkata:
"Saya fikir kerajaan tak marah, kalau mereka tanya siapa yang suruh (berdemonstrasi), kata saya yang suruh, biar mereka tangkap saya."
Sementara itu Ibrahim berjanji, 'beribu-ribu' selipar dijangka menyambut kedatangan Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.
SEMUA AHLI PERKASA DAERAH PETALING JUMPA DI SANA NANTI