Search This Blog

Loading...

Followers

Thursday, April 22, 2010

Baling jangan tak baling

Selipar Malaysia barangan tempatan
dijangka sambut Blair

Sabtu ini 24 April 2010 di Sunway Lagoon

Tony Blair

Muntadar Al-Zeidi rakyat Iraq sudah baling kasut ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush

Kita lihat nanti Melayu akan baling selipar bukan sepasang tapi beribu kepada penjenayah perang yang mengaku berbohong semasa menyerang Iraq bersama sekutunya, orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq yang tidak berdosa.Keadaan ini menyebabkan ibu kehilangan anak,isteri ramai menjadi janda,rakyat jadi kucar kacir hingga ke hari ini,ada yang mati tidak berkubur.anak kecil menjadi yatim piatu,ada yang cacat seumur hidup ,ekonomi musnah.

Kita sebagai Melayu Islam tidak harus terima kedatangannya Blair ke negara ini.

Saudara-saudari tidak bersedirian kalau kesana ,ingat 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyambut kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang dijangka tiba di Sunway Lagoon Sabtu ini untuk menyampaikan ucapan pada National Achievers Congress.

Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia supaya menyatakan sokongan dengan menyertai demonstrasi aman sebagai tanda membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Blair terhadap rakyat Iraq dan Afghanistan.

Ditanya sama ada tindakan tersebut mendapat sokongan daripada kerajaan dan pihak keselamatan, beliau berkata:

"Saya fikir kerajaan tak marah, kalau mereka tanya siapa yang suruh (berdemonstrasi), kata saya yang suruh, biar mereka tangkap saya."

Sementara itu Ibrahim berjanji, 'beribu-ribu' selipar dijangka menyambut kedatangan Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

SEMUA AHLI PERKASA DAERAH PETALING JUMPA DI SANA NANTI

8 comments:

cemomoi said...

tak ada ke tok bomoh nak test ilmu tuju-tuju, heee

cicitHJHASSANu said...

salam nuri.

saya menyokong demontrasi aman untuk membantah kedatangan blair.malah segala anasir luar yang cuba merosakkan mentaliti rakyat M'sia.tidak diundang dan yang paling malang anasir jahat ini masuk dengan undangan istimewa.

tapi jgn sekadar memekik melolong akhirnya jd tikus.

yang pasti Tun Mahathir telah mendapat kalungan selipar dari kamalanathan suatu ketika dulu.saya bukan melayu pelupa!

tq,wallahua'lam

Nurimo said...

salam cemomoi dan cicitJHASSANu,

Jangan lupa jam 930 pagi jumpa depan parking sunway piramid,Ini pun jihad juga.Tidak semestinya duduk dalam Pas baru orang panggil jihad.

Amirul said...

Salam nuri,

Saya dan puak orang kampung akan pergi berjihad,selipar berapa lori disediakan,pengerusi PERKASA DAERAH PETALING bekal selipar?.

Nuri kalau puak2 saya kena tangkap minta Tun Mahathir dan pengerusi PERKASA Daerah Petaling Sdr Zainal Abidin Ahmad dan juga Dato Ibrahim Ali jangan lepas tangan kalau ahli perkasa kena tangkap polis.Tolong jamin cepat jangan bagi tidur dalam lokap.Maklumlah dalam berjihad 1001 macam boleh jadi.

Nurimo said...

WSL Amirul,

Kita kena ingat demotrasi jihad secara aman.Tak timbul tidur dalam lokap tu.Jangan buat musnah harta awan sudalah.

zainalabidinahmad said...

KEJAYAAN AWAL-NTV7 tarik diri
dari menjadi diantara penaja
rasmi hasil bantahan kita.

Ayoh jangan berdolak dalik lagi.
Hadirkan diri supaya jelas rakyat
Malaysia mengutuk TONY Bliar pembunuh
dan TERORIS antarabangsa ini mesti
dikeji dan diisytihar PARIAH!!

PERKASA tidak bertujuan melakukan
keganasan macam dia dan yg sewaktu.
Kita hanya mahu menyatakan bantahan
supaya jangan ingat rakyat Malaysia
mengalu-alukan dia disini. Polis tak
akan tangkap kalau kita berdisiplin
dan bertindak civilised.Jgn terpesong
dari matlamat perhimpunan PROTES Aman
yg kita rancang. Polis Malaysia adalah
polis kita dan kita akan akur pada
arahan polis kerana kita rakyat Malaysia
yang sayang negara.

Pada cicithjhassan,peristiwa gantung selipar
pada GAMBAR TUN tu bukan oleh Kamalanathan tetapi oleh org
lain dan TUN M sendiri tak ambil hati atas tindakan
tidak waras itu,malahan beliau sendiri semmalam telah
turun padang berkempen untuk Kalamanathan dan BN.Jangan
lah kita kelirukan diri kita sedangkan TUN sendiri tidak
ambil hati kejadian itu,dan mungkin telahpun maafkan pelakunya
yg telah mohon maaf pada beliau. Jangan pula lupa dalam PR ada
ramai FIRAUN yg pernah bakar,pijak dan ludah BENDERA MALAYSIA!
Apakah kita sebagai rakyat MALAYSIA sudah memaafkan mereka yg
itu yg kini mahu pula diangkat jadi pemimpin Negara?? Mereka
itulah org yg berdosa pada kita dan pengkhianat negara yg mahu
menipu kita. Jadi pada yg berjuang di HULU SELANGOR, undilah
Kamalanathan yg mewakili BN!! Pada yg lain mari bersama kita
membela kematian JUTAAN umat di IRAQ oleh PENGGANAS ini yg mahu
datang ke SUNWAY beri ceramah konon!!!

zainalabidinahmad said...

Matlamat menyerahkan notis saman Perdana Global Peace War Tribunal berjaya!
PERKASA mengetuai perhimpunan aman dan turut disertai NGO berbagai kaum mewakili
rakyat Malaysia dan rakyat Iraq yg teraniaya.
Blair the terrorist lari menyorok dalam jamban bila nampak Datuk Ibrahim Ali
dan wakil Perdana Global Peace dipintu dewan! Padan muka pengganas yg BERPAKAT dlm
PAKATAN Setan BUSH dan kuncunya WOLFOWITZ dll. Jgn tak tahu pula WolFowitz tu
rakan baik kamceng ngan siapa! Siapa lagi kalau tak KY JELLY punya malaun la!

Nida said...

Alang-alang baik dengan terompah kayu terus... baru ler keluar telur kat dahi penjenayah perang tu