Search This Blog

Followers

Friday, May 28, 2010

Berita kematian YB

Berita kematian

Sebaik sahaja wakil rakyat menghembuskan nafas terakhir,rakan-rakan kenalan mula sms sana sini memaklum kepada sahabat tidak kira dekat atau jauh, manakala berita di blog bagitu cepat tersebar.Lebih kurang 1 jam Tv,radio umumkan,pendek kata dalam masa tak sampai 2 jam berita tersebar segenap pelusuk tanah air.Kawasan yang bakal pilihanraya sekelip mata jadi glamor.

Sebelum jenazah dikebumikan, ramai yang datang menziarah menguncahkan takziah kepada balu dan anak-anak.Tidak kurang juga yang menghulurkan sumbangan iklas.Ramai datang ziarah kematian manakala yang hadir tidak kira parti,malah bersalaman mesra seolah melupakan perbezaan politik. Semuanya nampak air muka sedih kerana mungkin sedar setiap orang akan mati,hanya masa yang menentukan siapa pergi dulu.

Keesokan hari, maknanya rumput belum tumbuh lagi kat kubur telah bunyi di warung-warung , kawasan kita mengundi pula,ada yang cadang beberapa nama yang bagus-bagus sebagai calon penganti.terutamanya yang biasa nampak muka dan lambai tangan serta manis senyum.

Selepas seminggu

Penduduk kawasan terlibat mula bersorak gembira kerana mereka akan bertemu pemimpin politik dari perbagai lapisan, segenap pelusuk tanah air akan datang ke kawasan mereka tidak kira dari parti mana.Semuanya nak salam orang kampung yang sebelum ini tidak pernah nampak muka dia orang melainkan dalam tv.Mereka bukan datang tangan kosong, mereka adalah sokongan kepada parti masing-masing dan memastikan orang dia akan menang.Ada juga yang datang tujuk muka sambil belanja-belanja kenalan dikedai kopi,supaya rakan-rakan politik akan sampaikan antara satu sama lain.Ketua pemuda tu datang semalam,dia tinggal juga belanja kempen sikit, bagitulah bunyinya.

Ada juga orang kampung yang fikiran jalan,dia dah faham sangat stail pilihanraya,setiap calon mahukan kemenangan tidak kira parti mana sekali pun.Mereka menuntut peruntukan sana sini.Tidak cukup dengan itu,ada yang bagitu berani mengugut untuk mengundi parti lain atau berpaling tadah jika tutuntan mereka tidak dipenuhi.Bagi parti yang nak menang sudah tentu peruntukan disalurkan segera kalau tidak jentera tak jalan tanpa habuan.Bendera tak naik pokok kalau duit tak dapat. Nilah korja budak-budak muda, mungkin ajaran orang-orang lama yang berpegalaman.

Geng remaja terutama mat motor pandai cari duit,mereka kerja dengan dua parti, bendera parti kerajaan dan pembangkang dia gatung tepi jalan,maklumlah upah sekarang biasanya setiap orang satu malam RM50 dan makan serta rokok free .Kalau parti mana bagi lebih dia akan tampal poster lebih.

Selepas 2 minggu

Kawasan terbabit mendapat jalan baru atau jalan lama ditar baru.Balai raya dan perbagai kemudahan masyarakat dibaiki dan dicat baru.Selain itu janji besar seperti tapak sekolah baru,kemudahan peralatan sokolah ditambah.Ada pula sedia tapak masjid baru sementara itu baiki yang lama dulu.Perbagai pembanggunan baru dijanjikan, kadang-kadang naik sebu telinga mendengarnya.

Dekat hari penamaan calon

Memang meriah kawasan itu,orang tidak putus malam siang, kereta mewah menyusuri segenap jalan kampung. Ada pemimpin dari luar kawasan yang memberi sokongan kepada calon partinya sangguh pergi menorek getah sekali dan ada yang sangguh turung bedang yang penuh lumpur dan lintah serta pacat.Semuanya semata-mata untuk mendengar denyutan nadi rakyat Tidak kurang juga penduduk setempat yang mendapat keuntungan segera sepeti hotel atau rumah tumpangan serta kedai makan tak menang tangan.

Malah masjid setiap kali masuk waktu penuh jemaah dengan orang luar kawasan maklumlah lebai-lebai politik turun dari segenap pelusuk.Ada yang pakai kopiah hijau dan sokok sebilam masa.


Selepas penamaan calon


Bermula kempen besar-besaran,masing-masing melodehkan wakil rakyat parti lawan.Hairanya dalam seluar dalam bakal wakil rakyat penceramah dapat cerita. Jadi bersorak masing -masing penyokong bila keaiban calon lawan didedah.Kutut mengutut hanya mainan di mikrofon,tiada sejarah lagi penceramah politik tak bantai peribadi calon lawan. Malah agama dan duit dijadikan umpan terbaik untuk menarik pengundi.Bagi yang cepat panas telinga sangguh bergaduh sama-sama kawan yang sebelum ini duduk minum air sekali.

Selepas kemenangan

Majlis keraian sana sini,sembelih lembu segenap kawasan atas kemenangan dan menyambut YB baru.Bagi yang kalah macam-macam tomahan ada yang tuduh politik wang dan macam-macam sebagaimana kita selalu dengar.Selepas 3 bulan kawasan tersebut kian dilupakan.Pembangunannya hanyalah yang nampak sebagaimana yang telah dibuat segera sebelum mengundi.Selepas mengundi yang dijanji semasa kempen tinggal janji, tunggu pilihanraya akan datang atau ada wakil rakyat mati pula.

YB selepas tiga 3 bulan susah nak jumpa, maklumlah sibuk persidangan dewan . Naik kereta cermin gelap tak berapa nampak rakyat kampung.Biasa yang selalu senang jumpa YB adalah kontraktor cari projek.

Harap-harap apa yang dijanjikan masa pilihanraya YB kena tunailah, jika janji kosong saya bimbang rakyat saban hari akan berdoa kepada Tuhan supaya wakil rakyat meninggal dunia atau mati cepat.Logiknya kalau nak pilihanraya apa diminta dapat, kawasan kampung pun nampak berseri seketika.

7 comments:

al-lavendari said...

begitulah lumrah dunia .. sebelum dapat janji macam2. dah dapat lain cerita.

Nida n' Hanafi said...

Berjanji perlulah berpada.. juga rakyat perlulah pandai memilih pemimpin.. jangan main pakai pangkah ikut sedap je.. last2 diri sendiri yang rugi.

Guru said...

ingatkan YB mana yang meninggal pulak...

terokai seni said...

atas kematian pon masih bole orang dapat duit yea..

sensitif la tajuk.. ingat ada lagi yb meninggal... kan apa malas tul nak kena kerah berkempen

Unknown said...

Detik utk tabur janji semula dan melaksanakan project mee segera ..
masa wakil2 peringkat kawasan atau mana2 cawangan mendapat habuan dari wang panas..hhee
yg meninggal tetap kena pergi disebabkan masa dah sampai..
sekiranya da jasa akan dikenang..begitulah sebaliknya..

hentian said...

salam taaruf. bagaimanalah agaknya kalau kita yang jadi YB? erkss...

Nurimo said...

Salam Insan Marhaen,

Kita akan kerab turun padang dengan untuk medengar denyutan nadi rakyat.

Bukan dengar saja berserta tindakan.

Bawa pembangunan ke kampung kita.Kalau pemintaan pada pemerintah untuk pembanggunan rakyat kawasan kita tak layan.Keluar parti masuk parti Bebas yang mesra pembangkang.