Search This Blog

Loading...

Followers

Thursday, June 10, 2010

Lesen baru belum muktamad

Ingat nak kurang atau hapuskan lesen judi yang sudah beroperasi di negaraku ,rupa-rupanya nak tambah lagi, biar betul.....

Lesen Judi bola dalam proses

Rakyat telah digemparkan tentang kelulusan lesen baru judi bola yang telah diwar-warkan oleh Dr Awang Adek , menteri BN yang berasal dari negeri Tok guru Nik Aziz.

Jadi ramai juga dari orang-orang BN sendiri pun tidak setuju semetelah lagi dari parti Pas bersama pakatannya, patang bila dengar cerita judi ni.Dari segi logik akal kita fikirkan, orang tetap berjudi tidak kira semua bangsa walaupun khususnya budaya judi untuk orang kafir tapi tetap berlaku dalam gelap.Kerajaan tak dapat apa-apa hasil cukai. Judi bola biasa melibatkan jumlah pertaruhan yang besar dan kerajaan berhasrat nak bagi lesen dan kawasan untuk pemantaun.Itu fikiran orang bijak pandai dalam kerajaan.

Tapi kita kena rujuk pada hadith nabi sebagai sebuah negara Islam serta meletakan peraturan cara hidup Islam didahulukan.Bila puak Pas kata Malaysia negara sekular....semua meleting dan mengatakan negara kita sebuah negara Islam.Kalau bagitu ikutlah cara islam jangan main-main lulus lesen judi.Pemimpin BN jangan cari bala dekat pilihanraya ,takkan tak sedar lagi.

Lihat di Kelantan negeri Pas perintah,judi berlesen telah tutup lama cuma arak ada lesen lagi.Tapi lesen arak untuk oran kafir alasan dia orang.Kalau begitu kerajaan nak lulus lesen judi untuk orang kafir juga ,tak boleh.

Firman Allah Subhanahu Wataala: Apa yang didatangkan oleh Rasulullah kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarang maka hentikanlah. (Al-Hasyr:7)


Namun apa alasan sekalipun, saya tak setuju sebarang judi di beri lesen.


Sudah lulus lesen serta aktif beroperasi

Kumpulan judi ini adalah yang paling popular di kalangan rakyat yang berperdapatan sederhana atau rendah .Walaupun lulus lesen khusus untuk orang kafir tapi orang Melayu kita tidak ketinggalan.Pemain judi ini adalah yang bercita-cita tinggi dan berwawasan pada pendapat mereka.Tapi banyak yang jadi papa kedana yang kaya raya tauke judi.

Laga ikan belum lulus lesen

Judi laga ikan biasanya popular di kawasan kampung-kampung dan semangkin berkurangan.

Laga Ayam belum lulus lesen

Masih popular di kampung-kampung dan pinggiran bandar.Kebanyakan pengemarnya adalah orang Melayu.Biasanya melibatkan pertaruran yang besar tapi tidaklah sampai juta-juta.

Laga lembu belum lulus lesen

Judi jenis ini biasa berlaku dikampung-kampung pendalaman tapi sekarang ini kurang popular.Kebanyakan pertaruhan banyak di selatan Thailand.Tapi kalau lulus lesen hidup balik kat negara kita.

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)




Apa pendapat saudara/i dalam hal ini.Sila komen

1 comment:

Amirul said...

Salam nuri,

Apa dah jadi dgn menteri di jabatan perdana menteri Datuk Nazri Aziz sokong lesen judi piala Dunia -BH 20/6/2010.

Beliau tak malu pada orang kafir DR KOH Tsu Koon sampai menagis minta tangguh supaya jangan lagi lulus lesen judi.

Kalau bagini caranya menteri Umno tolak islam,mari kita ramai2 undi Pas Pru 13 ni.

Rakyat harus ajar BN sekali lagi DI pRU 13 nanti.