Search This Blog

Loading...

Followers

Saturday, June 26, 2010

PAS SAYANG NAK TAMAT LESEN JUDI

Tok guru berjaya menamatkan lesen judi di Kelantan, tapi anak buah tok guru kat negeri lain masih gagal menamat lesen judi di negeri pemerintahan pakatan.Masalah apa eek....

PRU 12, 2008, kita semua menyaksikan perubahan besar parti Pas bersama pakatannya.Sudah pastilah dalam bayangan kita kali ini habislah kedai nombor ekor di negeri yang baru diperintahnya.Berkerut dahi kaki judi kerana bimbang kedai nombor ramalan akan ditutup oleh ulama politik Pas sebagaimana di negeri Kelantan.

Namun masa berlalu pru13 sudah menampakkan bunga-bunga, premis nombor ekor masih berdiri mengah seperti era BN memerintah tanpa ada apa-apa pentanda akan di tutup.

Apa yang kalotnya Pas bila DS Najib pemimpin negara Islam nak lulus lesen judi bola, jadi melompak-lompak puak-puak Pas mengutuk dan juga sesetengah orang BN sendiri tidak bersetuju benda yang tuhan larang.Hanya pemimpin yang atas-atas menyokong, biasalah kena jadi "yes man", hatta periok nasi kena jaga walaupun terpaksa mengorbangkan hukum Islam.

Ramai yang hairan pemimpin Cina DAP pun tidak setuju lesen judi bola, walaupun judi merupakan budaya asal dia orang.Mungkin DAP kerana menghormati pakatannya walaupun terpaksa berhipokrik.Lagi pun tak sokong judi bola namun yang sedia ada di negeri pemerintahan bersama, Pas tidak kacau.

Hari ini ramai yang bersyukur DS Najib telah istihar tak jadi lulus lesen judi bola bagi menambahkan lesen yang sedia ada.Sebelum ini kita tidak dengar berita puak Pas minta sembayam hajat semua masjid supaya tuhan tutup pintu hati kerajaan BN dari lulus judi lagi.Biasanya puak Pas yang paling cepat sekali kalau sembayam hajat ni.Apa yang kita dengar berita nak demostrasi besar-besaran saja.

Pas harus guna pengaruh Ulamak Anuar untuk tutup judi di negeri pemerintahanya .Ulama Anuar harus ambil berat sebagai timbal balas jasa Tok guru ayah Ziz iktirafnya sebagai ulamak walaupun tidak setaraf dengan wali.

Oleh itu Pas perlu menoleh pula ke negeri yang diperintahnya untuk menutup lesen judi nombor ekor.Pas perlu menggunakan pengaruh Ulamak Anuar yang sebelum ini menjadi orang tengah merapatkan jurang antara Pas dengan Dap yang mana musuh tradisi sebelum ini.Apakah Pas rasa sayang nak tamat lesen judi demi menjaga pakatan untuk masa depan politiknya.

Jadi isu judi bola telah sampai diperhujungnya.Apakah pemimpin Pas telepas padang di negeri pemerintahannya penuh dengan premis judi kecuali Kelantan.Jangan gajah depan mata tak nampak kuman tengah laut nampak ,walaupun terpaksa menggunakan teropong.Usah berdolak dalih, Kelantan boleh batal kenapa lain negeri tak boleh batal.

Kenyataan Datuk Ibrahim Ali

Presiden Perkasa dan juga wakil rakyat bebas yang menang atas tiket Pas.

Datuk Ibrahim Ali , menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd atas pertimbangan agama dan kesan politik.

Ibrahim menyifatkan tindakan Najib itu sebagai tepat dan telah mematikan hujah pembangkang terhadap isu itu.

Beliau kemudiannya mencabar PAS agar bersuara untuk menamatkan lesen judi di negeri yang diperintah pembangkang ketika ini.

"Saya cabar PAS bangkit isu lesen judi di negeri pembangkang dan hapuskan segera seperti apa yang dilakukan Najib," katanya.

Sumber:mstar Sabtu Jun 26, 2010

10 comments:

agbr47 said...

DS Najib batal yang tu. Yang lain masih ON. Kelantan tak makan hasil judi, arak dan lesen anjing kerana hasil digunakan buat jalanraya dan menjaga keselamatan orang yang minum arak. Ulamak tersohor DS Anuar sukar nak berkompromi antara PAS dan DAP pasal judi kerana dia dah tumpang jet syarikat judi.

agbr47: Pi mai, pi mai tang tu jugak.

Admin UMPP said...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

Nurimo said...

wsl Admin UMPP,

Terima kasih mengujungi blog ana yang tak seberapa ini.Ana harap anta berjaya meneruskan perjuangan.Tapi dalam berblog setiap penulisan akan di tanggujawab diakhirat nanti,

Tulis benda yang betul.

Nida said...

Salam...

Minyak dan air tidak boleh bercampur... begitu juga judi dan agama..

Janganlah kerana nak kukuhkan politik, kisah judi diambil ringan.. apa2 pun saya rasa bangga dengan keputusan DS Najib...

cemomoi said...

jangan berjudi walaupun tu budaya sebab budaya blom tentu selaras dengan agama kita

laga ayam, kerbau, dsb pon budaya kita juga dan sebab dek budaya ini le kluonya pepatah ... menang sorak kampung tergadai

Amirul said...

Salam Nida,

Maaf nak tegur sikit

Nida cakap:-"apa2 pun saya rasa bangga dengan keputusan DS Najib."

Bangga apanya ,DS Najib kalau berjaya tutup semua lesen judi di kawasan negeri pas memerintah baru boleh kata bangga.

sunsnake@budakbalun said...

saya pun bangga dengan keputusan DS Najib..

dia sendiri ada percubaan nak luluskan.. sebab takut+terkejut dengan desakan rakyat.. terpaksa la kanselkan.. yang hairan.. dulu DAP tentang judi sukan ni baru Najib umum kansel? wakakakaak!

Amirul said...

sunsnake,

Tak kira siapa kansel dulu.Asal kansel je.

Bila pas nak kansel lesen judi nombor ekor di negeri pemeritahan bersama Dap.Tunjuk contok dule weee!!!!

faizal said...

salam..

dok tunggu jugak bila UMNO nak berbicara soal judi nie..

dok tunggu jugak pemuda dan puteri umno membantu pihak berkuasa menghapuskan pusat judi haram dan maksiat yang berlaku di ibukota.

dok tunggu jugak,cadangan yang bernas dari UMNO dalam usaha mengawal anak-anak muda melayu daripada terjebak dengan pesta seks dan maksiat yg sering berlaku di disko atau pub..

Amirul said...

salam Faizal,

Jangan kita harap ke umno,umno tak boleh dia cuma nak kalahkan pas saja supaya dapat kekal memerintah.Dia hanya perjuang bangsa bukan agama islam.

Jadi pas kena hapuskan judi bersama DAP dinegeri takluknya.Barulah seluruh mayarakat Mealayu Islam celik mata.
Jangan perintah saja,tunjuk jasa...-