Search This Blog

Loading...

Followers

Saturday, August 7, 2010

Malu nak sebut Umno


Kalau kita berjalan di Shah Alam atau mana-mana penjuru negeri Selangor samatelah lagi di negeri Tok guru, Kelantan Darulnaim. Kita akan merasa jangal kalau sebut orang Umno atau BN, kalau singgah di mana-mana warung tidak kira di bandar atau di kampung.Mereka mencebik mulut sambil jeling ular serta senyum sinis tanda sindir.Kita tidak tahu apa dalam fikirannya, tapi boleh agak mesti dia kata" itu orang umno penyokong perompak rakyat.. lah ko."

Umno/BN telah terpahat dalam minda orang ramai sebagai sebuah parti yang membangunkan negara pada masa sama merompak rakyat.Agama hanyalah sekadar tempil-tempilan sahaja.Jadi itulah sebabnya orang ramai ingin sangat menukar jemaah menteri Umno kepada jemaah ulama pula.Kata orang tua-tua" tukar angin."

Tambahan pula kalau kita lihat dari segi kepimpinan melalui tauladan, wakil-wakil rakyat Pas boleh dikatakan hampir keseluruhan boleh berkhutbah di mimbar.Wakil rakyat umno/BN kebanyakannya pandai berkaraoke dan susah nak cari satu pun boleh baca khutbah, agak kertelaluan kalau kita kata semua macam tu.

Gaya hidup kepimpinan umno baik dari peringkat tinggi hinggalah ke ajk cawangan lebih kurang sama.Semuanya masuk parti nak projek je.Kalau turut parti tak boleh apa-apa akhirnya mereka kata "buang masa."Lain pula dengan ahli Pas mereka tak dapat projek pun mereka tetap setia kerana perjuangan mereka untuk agama.

Ramai puak-puak UMNO/BN kutuk tok guru atau alim ulama Pas kerana nak jaga hati bos dia, kebanyakan yang kutuk adalah terdiri dari orang yang baca Fatihah pun tak berapa betul.Kalau orang yang betul-betul faham agama dia tidak akan kata tok guru Nik Aziz sesat walaupun dia penyokong kuat umno untuk cari makan.

Kawan-kawan saya kata malulah duduk dalam umno,baca surat khabar Utusan pun orang dak cop kita sebagai penyokong umno.Tak tahu apa nak jadi Pru13 ni kalau iklim sekarang pasti umno akan kalah lebih teruk dari Pru12.Kita sebagai rakyat apa yang kita dengar kena cerita betul denyut nadi rakyak ketika ini.Jangan kita cakap umno sapu bersih sebagaimana pru12 dulu tapi hakikat umno kehilangan beberapa negeri setelah keputusanya.

Kalau ada masa nak baca lagi klik Tok Guru

7 comments:

Dhana/戴安娜 said...

salam sahabat
ehm kayaknya ini dapat dijadikan referensi diri hehehe..good luck ya

CCZ said...

A'kum...UMNO pasti akan bangun balik..Saya ttak malunak sebut UMNO sebab jasa parti ini lebih besar dan perlu dikenang walaupun sekarang dibusuk-busukkan...

ZOOL@TOD said...

UMNIO memberi impak yang besar dalam kehidupan saya. Dari hasil perjuangan UMNOlah yang menyebabkan saya berjaya hingga ke hari ini. Saya mendukung perjuangan UMNO.

Namun artikel di atas ada kebenarannya. UMNO semakin sekular. Jika ianya berterusan kemungkinan besar UMNO akan kehilangan sokongan. Semoga ahli-ahli parti ini berubah demi masa depan Islam, Melayu dan Malaysia.

Amina said...

Umno memang membangunkan negara,tapi umno tidak seimbang dengan membangun agama.Sebab tu muda-mudi muslim suka pakai baju tak cukup kain.Judi bersepah,jual perempun tak habis polis nak tangkap.

Sebab itu saya bertukar kepada menyokong pas.Lagipun rasuah banyak telajak puak2 umno.Lagi sama puak dia gilir jatuh kerana gilakan kuasa.Sebenarnya Mealayu berpecah bukan kerana pas tapi kewrana umno yang berebut kuasa sama sendiri.

Melayu ketigalan dalam ekonomi kerana kegagalan umno menjaga kepentingan orang Melayu.

Jadi saya sebagai pelajar U,tetap akan beralih angin kepada pas yang memperjuankan agama dan ekonomi serta medekatkan cara hidup islam.Orang umno kebanyakan pandai cakap agama tapi tidak meamalkan.

ayam said...

salam..saya xsuka nk kutuk...tp lihat la pengakuan nizar..tidak mengaku yg hala tuju PAS ialah membina negara ISLAM..itu salah satu contoh..oleh itu,sepatutnya,apa yg perlu PAS lakukan,ialah membimbing UMNO menuju jalan yg benar,bukannya berkelahi sesama muslim..saya akui,UMNO kekurangan ahli agama dalam kepimpinannya,banyak benda2 yang tersimpang jauh dari landasan ISLAM(maaf,ini dari pemerhatian saya sahaja,jika silap,perbetulkan)..dengan itu,sebaik2 nya,ahli agama perlu membimbing golongan seperti ini..bukannya mencaci..contohilah sunnah nabi..API lawannya AIR..

Amirul said...

Saya dulu minat umno dan turut menyokongnya.Tapi dapat ketua cawangan umno kebanyakkan mahu nama je di kertas sbg barisan AJK untuk dikenali supaya dapat duit orang surport.

Lepas tu tiada apa aktiviti.Kalau ada ajk yang aktif ketua cawangan terus pacung takut lawan dia pemilihan akan datang.Itulah korjanya kepimpinan perinkat cawangan.Perjungan Melayu dan agama hanya diwar-warka di kedai kopi sahaja.Tapi habuk pun takda,sebenarnya mereka perjuankan poket.Orang2 macam ni penipu dalam umno yang membuat umno dibenci rakyat.

Kita tidak mahu ketua cawangan yang menipu.Inilah bila ambil ketua yang pandai karoke.

Banyak ketua cawangan umno hipokrik,kepimpinan umno perlu selidik betul2 ketua cawangan yang jenis nak jawatan nak projek rakyat tak ambil hal nak mapus ke hidup.

Anonymous said...

Jangan salahkan pihak mana2 apabila muda mudi pakai baju tidak cukup kain. Cuba tengok di Kelantan, pas kerajaan negeri,tapi kenapa masih ada yang pakai baju nampak lurah, seks bebas di mana2 dll lagi.
Jika pas memperjuangkan islam, jangan malu nak sebut UMNO. Jika ada yang salah,apa salahnya kalau memberi teguran dan membimbing UMNO ke jalan yang benar. UMNO pun melayu, beragama islam. Kenapa nak salahkan semua yang ada dalam UMNO. Sangat tidak2 setuju apabila ada juga pihak yang kata UMNO ni kafir.Caci mencaci takkan membawa kemajuan.