Search This Blog

Followers

Thursday, September 24, 2009

Nak perjuangkan agama jangan duduk salah tempat

Y.B. DATO` DR HASSAN BIN MOHD ALI
Tok wakil PAS

Abg Hassan Ali namanya cukup glamour mengalahkan seleberiti tanah air.Sejak akhir-akhir ini Hassan sering dikritik oleh pemimpinnya sendiri dan rakan kongsi dari DAP atau lebih jelas lagi iaitu pemimpin kanan PR.

Isunya berkenaan beliau mempertikaikan perjalanan "Selcat" yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

(Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri).

Berapa bulan dulu Hassan dikritik juga kerana nak haram jual arak sehinggakan mendapat tawaran untuk dikenakan tindakkan displin semacam budak sekolah kepada tok lebai kita.Hassan sebenarnya seorang perjuang islam tapi sayangnya beliau disekat-sekat dari meneruskan misinya.

Kalaulah betul Hassan nak perjuangkan islam sebenar beliau harus berada ditempat asalnya dulu iaitu bersama UMNO.Apabila dia berada dalam PR,Hassan tak boleh cakap apa,puak dia orang akan pancung,umpama pucuk bila naik sikit terus dipotong.

Yang hairanya kenapa pemimpin-pemimpin PAS sendiri kurang menyebelahinya.Saya masih ingat lagi kes Mat Sabu yang kena khalwat dalam bilik hotel dulu .Pemimpin PAS semua tolong dia,hinggakan bicara pun menang .Tapi hal Hassan, pemimpin kanan PAS jadi tukang kritik bersama pemimpin puak kafir.Mungkinkah kerana Hassan bekas orang UMNO dulu,segala idea atau pandangan tidak boleh diterima oleh PR.

Nampaknya parti PAS dalam PR seperti melukut di tepi gantang
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari petikan BH,Jumaat 25 Sept.09


Apabila watawan BH bertanyakan Tun Dr Mahathir kemungkinan Umno menerima Hassan jika Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Gombak Setia itu meninggalkan pakatan rakyat, Dr Mahathir berkata:"Tidak,bukan Hassan Ali.Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.
"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran(Phd),selepas itu dia membakang kerajaan.Di negara ini,ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."


Apa kata kita lihat komen mantan Mufti Perlis, Klik Dr Asri Zainul Abidin.









15 comments:

Nida n' Hanafi said...

Tulisan ini mengajak kita berfikir...so fikir-fikirkanlah..

Anonymous said...

YB Hassan Ali,memang orangnya hebat.Dulu dia boleh berdakwah melalui tv,kan selalu keluar melalui forum.Masa tu dia dalam umno.

Bila duduk dalam Pas bersama pakatan nak jatuhkan kerajaan.Hssan Ali sendiri, puak-puak pakatan nak tendang keluar kalau bersuara untuk meneggakkan islam.

Dalam umno dulu mana jadi macam tu.
YB Hassan Ali tak boleh nak teggakkan sinar Islam kalau berada dalam pakatan kerana PR dikontrol oleh pemimpin cina DAP.Malah ramai pemimpin pas sendiri dipengaruhi oleh puak kafir.

Saya bimbang ulama PAS ko..ko..kena beli ke Cina dan sangguh menjadi penghalang puaknya sendiri yang aktif untuk berdakwab dan menghapuskan maksiat .

Anonymous said...

Selamat hari raya,

YB Hassan sepatutnya dia jadi MB Selangor baru betul.Harapkan Tan Sri Khalid dia banyak menyebelahi puak kafir sebab dia takut hilang pengundi.

Andainya YB Hassan jadi MB Selangor suaranya untuk meneggakkan Islam tidak akan dipertikai oleh puak-puak kafir.

Kesian YB Hassan tak boleh bersuara apapun,pasti dihalang oleh puak DAP.

Kalau suara tak laku buat apa jadi wakil rakyat.

Anonymous said...

Hassan Ali kena pilih antara kedudukan dan perjuangan. Ada kata tanpa kedudukan susah perjuangan. Ada kata perjuangan tidak perlu kedudukan. Soal pertama ialah, apakah yang diperjuangkan?

Unknown said...

Selamat hari raya Tuan Zainal ,

Hasan Ali ni orang kenal dah,jenis lebai bisnerman tu, sebenar perjuangannya untuk duit je,agama tu sampingan je.

Dr Mahathir kenal lama lelaki ni.
Masa dia dalam umno dulu bagaikan habis manis sepah dibuang.Jadi dia cari batang tebu lain pula.

Abd Rahman Md Desa said...

Sedih bila dikatakan sebagai "Melukut di tepi gantang" ye!

Anonymous said...

satu juta utk phd???hmmmm..

Anonymous said...

SLM BRO...INI SATU LAGI TAKTIK HIT N RUN PEMBANGKANG. JGN SAMPAI MASUK PRANGKAP LG DH LE

mail lambong said...

apa laa yang diperjuangkan oleh UMNO berkaitan islam..

baru-baru nie aku ada berbual-bual dengan beberapa orang pensyarah UIA berkaitan isu islam di malaysia..

rata-rata berpendapat ramai ahli-ahli agama yang pro BN mengubah-ubah hukum al-quran mengikut kesesuaian selera BN.

masyaallah..jika benar amat laa berat azab yang menanti golongan tersebut kerana menjual al-quran dengan harga yang murah..nanti kita kupaskan isu ini dengan lebih lanjut..saya memberi peluang kepada puak-puak pembelit berhujah dahulu

Unknown said...

Selamat hari raya faizal,maaf dulu sebelum cerita baru.

Apa cerita faizal,ulama tersohor Tok guru Hasan ali,disuruh betaubat oleh Teng Chang Khim iaitu pengerusi Selcat.

Sebabtulah saya cakap awal2 lagi ,pas tak boleh tegak islam kalau bergabung dengan DAP musuh tradisi .

DAP tahu hassan nak tegakkan islam jadi dia nak hapuskan terlebih dahulu .DAP mahu berkabung dengan pas bukan nak tegakkan islam tapi nak berkuasa je.

Dgn umno pas akan berjaya merealisasikan perjuagan
islam.Jangan buang masa 50 tahun dah berjuang islam,akhir2 sekali tewas berkabung dengan puak kafir untuk menghetang pemerintah islam(kerajaan pimpinan umno).

Lihat apa dah jadi.

faizal say:-
"rata-rata berpendapat ramai ahli-ahli agama yang pro BN mengubah-ubah hukum al-quran mengikut kesesuaian selera BN."


Sila jelaskan apa awak kata,jangan cakap ikut sedak dimulut,ikut jari nak petik pc.Jangan cakap sekerat jalan.

Umno perasuah said...

memang betul pun hassan..aku sokong Tuan Faizal..tak payah Tuan faizal bagi contoh..aku pun boleh bagi contoh yang mudah..

sebagai contoh,

adakah kita perhatikan semasa majlis perbarisan tentera ataupun polis smasa mereka ucapan membaca doa.. tak kira india atau cina atau melayu aminkan doa yang dibaca..alasannya untuk seragamkan perbarisan..ini lah yang dikatakan islam hanya untuk upacara rasmi sahaja..sepatutnya bila masa solat semua muslim mestilah berhenti dan menunaikan solat tetapi yang berlaku sekarang hanya menghormati azan tetapi majlis tetap berlangsung..kalau majlis ilmu tidak mengapa laaa..bagaimana dengan konsert dan pertunjukkan yang melalaikan..apa komen mufti umngok

apa kata mufti umngok berkaitan isu tersebut..dan kita bandingkan pula apabila nga khor ming membaca ayat-ayat al-quran..apa komen mufti umngok dan kita bandingkan pula penggunaan nama allah oleh kristian apa kata mufti umngok..

j-QAF SK SULAIMAN said...

Kita fikir la mana yang elok..yang baik diteruskan yang elok kita jauhkan...

apa yang kita pasti AHLI POLITIK adalah ranking tercorot untuk mendapat kebolehpercayaan..

Lain plak Ranking Doktor atau Guru..
Doktor adalah ranking No.1 dan Guru adalah ranking No.2..

Kerana setiap apa yang dikatakan akan diterima..Kalau doktor kata seseorang itu DEMAM makan sipesakit pun akan percaya..

Kalau Guru plak..Cikgu ajar 2+2=4.Bila balik umah mak ayah ajar 2+1=4 mereka tetap akan kata cikgu ajar betul 2+2=4..Hehe..

Unknown said...

Salam j-QAF SK SULAIMAN,

Sekarang saya dah fikir,biasanya doktor bergatung kepada pesakit yang cakap.Ingat tak kalau kita pergi hospital doktor akan tanya sakit kat mana cik.Pesakit akan bagi tahu,kalau bagi tahu silap tempat sakit,maka silaplah doktor bagi ubat.

Kita ingat juga kata orang ,doktor mengunbat penyakit kurat,tapi dia sendiri pun ada kurat.Boleh caya doktor tu.

Memang cikgu bidang yang mulia,tapi ada juga kes-kes cium budak dalam kelas....ha...ha...

guaOtai. said...

Hassan said : Dr Mahathir kenal lama lelaki ni. Masa dia dalam umno dulu bagaikan habis manis sepah dibuang. Jadi dia cari batang tebu lain pula.

gua said : He he he ... apa pasal sekarang cakap Dr M, orang umno sendiri tak nak pakai ...

Dak Wan® said...

Melayu berakal untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah. Pendapat saya, usah di campur-aduk kan politik dengan agama, sesat dalam terang kelak kita nanti.