Search This Blog

Followers

Wednesday, November 25, 2009

Musim tengkujuh laut bergelora

Blogger rimba

Di negeri Cik Mek Molek banjir semakin pulih,sudah menjadi kebiasaan di pantai timur bila musim tengkujuh laut bergelora . Tahun ini gelora bukan di lautan saja tapi ikut bergelora hingga ke pejabat MB.Nasib baik ada talian hayat dari Pas pusat yang dapat meredakan sikit hati rakyat.

Gelora dalam politik Kelantan kali ini angkara penulis blog orang dalam yang mahu ketelusan dalam pentadbiran negeri yang diterajui oleh parti Bulan.Dulu kita pernah dengar tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia.Tapi kali ini tangan yang memetik laptop telah mengoncang politik Kelantan .

Tangan itu tak lain tak bukan dari bloger terkenal orang dalam pentadbiran parti Bulan sendiri.Dengar kata mek-mek Kelantan blogers kickdefella adalah budak Husam Musa .
Kalau ada masa sudi-sudilah klik blogger Kickdefella (kickdefella.wordpress.com) , di situ rakyat akan tahu apa disebalik parti Bulan.

Ekoran pendedahan bloger kickdefella telah berlaku korban sebelum raya di mana tok guru menasihatkan menantunya letak jawatan CEO PMBK,tok guru pula lebih awal membatal hasrat ke tanah suci .Ini semua demi menjaga nama baik kepemimpinan islam dan mengelak fitnah walaupun terpaksa guna talian hayat dari pas pusat.

Hari ini saya terkejut pula didada depan Berita Harian 26 Nov.2009,HUSAM TAK MAHU JADI MB,maknanya ada ura-ura lah tu tok guru nak letak jawatan .Kata orang tiada angin manakan pokok bergoyang.

Kalau kita bersembang di warung-warung kat bandar KB,banyak orang bercakap calon yang ada tokoh menganti tok guru adalah Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri), Ahmad Yacob(TMB) dan Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri).

Ketiga tokoh tersebut semuanya alim,jadi pastilah rakyat Kelantan mahukan tok guru pilih yang teralim dari yang alim.Tapi jangan pula melantik Nik Abduh anak tok guru sendiri,walaupun dia berwibawa dan punyai ketokohan,nanti pisang berbuah dua kali atau jatuh lubang yang sama.

Mulut tempayan boleh ditutup mulut rakyat susah nak tutup

Kita berbalik kembali kepada bloggers penyokong pas Kickdefella,ada yang kata penulis tu dah kena beli ke Umno untuk porak perandakan politik Kelantan.Saya percaya tak mungkin Umno berbuat bagitu kerana prinsip umno biar rakyat mentaksir sendiri mana yang baik mana yang tak molek.

Ada juga yang beranggapan biasa dalam politik pacung-memancung hendakkan kuasa,oleh itu bloggers digunakan untuk jatuh menjatuh sama puak-puak pas dia sendiri.Harap pemimpin lama nak berhenti bila,mesti kena main politik kotor sikit.

Tapi ada pula mengatakan niat ikhlas blogers tu untuk membetulkan pentabiran negeri,sebab dia tahu disebalik baju dalam seluar dalam pemimpin pas yang ada kudis/kurat yang perlu disembuhkan sebelum pru13.

Rakyat juga tidak boleh menolak mungkin juga kerana pemimpin pas bagi makan tak cukup.

Dalam diam-diam ada rakyat yang berbisik dan tarik tangan kawan-kawan,kalau gelora tak berhenti macam mana kita nak turun ke laut.Mestilah kena cari kapal yang kukuh dan besar.Sudah pastilah kapal BN menjadi pilihan.

Wassalam

Apa pendapat anda pula?

59 comments:

Nidza said...

psl ibadat pun nak dipolitikkan...mcm-mcm...nasib baik saya xjd menteri...huhuhuh

qamarguyz said...

salam perJuangan.. biasalah tu..kalu tak bergel0ra bukan lautan namanya & kalu tak bergel0ra juga bukan p0litik namanya...nak2 sekarang tengah musim tengkujuh..tengkujuh juga di dunia politik..tengkujuh ni kalu dah datang semua pakat kena tibai, tak kira dem0 orang sini ke orang sana..s0 same2lah mend0akan agar tengkujuh p0litik negara ini cepat reda..m0ga terlihat hikmahnya nanti...

Nurimo said...

Salam Nidza,
kita nak pergi buat ibadat kena duit hak molek.Bukan soal nak politikan.Tegur menegur rakyat kepada pemimpin biasalah.

Kalau kain kita koyak kat belakang mana kita nampak,mestilah kawan-kawan tolong tegur..aurat terbuka tu...


...................................

Salam Azrai,

Ya saya bersimpati apa yang bergelora di negeri cik mek molek tu,moga kita bersaudara islam kan.

Tapi hairan juga puak pas dia orang tak mahu mengaku umno saudara islam.Perpaduan ditolak,itu yang menjadi muskil.

Sohra Rusdi said...

selamat hari raya bro

Nurimo said...

Selamat aidilAdha tuan Munir,terima kasih sudi menjengok blog saya yang tak semolek mana.

Maaf kalau ada terkasar bahasa.

Nida n' Hanafi said...

Salam Aidil Adha....

Bila musim tengkujuh ni, pasti banjir melanda... setiap kali bah... setiap kali pantai berubah...renung2kanlah :-)

p/s: jangan makan daging banyak sangat.. tak elok untuk kesihatan :-)

mail lambong said...

salam..selamat hari raya

semoga hidup diberkati..

Nurimo said...

Nida,

Salam AidilAdha,terima kasih Nida kujungi blog saya dari jauh nun di NZ.

Sudah pasti setiap kali bah pantai berubah,benteng yang dibina tidak cukup kuat menahan pukulan ombak,terkujuh tahun ini.

p/s makan daging lembu ok lagi,tapi kalau makan daging kambing darah naik,silap2 hari bulan masuk wat.

................................

Tuan Faizal,

Selamat hari raya,maaf juga dalam berbloger,semuga hidup diramati Allah.

Kemana tuan Faizal menghilang diri..lama tak komen dalam blog saya,dalam perjuangan jangan serik,sudi2lah komen sekiranya ada masa...

Anonymous said...

SALAM TUAN PUNYE BLOG DAN SLM AIDIL ADHA UTK SEMUA. SEBENARNYA ISU INI ADALAH MSLH DALAMAN MEREKA. RAKYAT SEBAGAI PEMERHATI LUAR SUDAH TENTU BERMINAT UTK MENGIKUTI PERKEMBANGAN MEREKA DARI MASA KE SEMASA.

MENJADI PETUGAS MEDIA CETAK MAHUPUN ELEKTRONIK UTK MENYAMPAIKAN BERITA. BEGITU JUGA BLOG. BLOG MENJADI MEDIUM PENTING UTK MENYAMPAIKAN MESEJ ATAU MAKLUMAT KEPADA ORG RAMAI.

DI SINI KITA DPT LIHAT BETAPA KUATNYA PENGARUH BLOGER TERHADAP SESEBUAH PARTI. NAMUN PERLU DI INGATKAN BETAPA BESAR RISIKO DAN TANGGUNGJWB YG HARUS MEREKA PIKUL APABILA MENJADI SEORANG BLOGER. LEBIH2 LG KPD SEBUAH PARTI POLITIK.

SEBAGAI CONTOH BLOGER SYED AZIDI (KIKDEFELLA) YANG BERNAUNG DI BWH PAS. SELAMA NI SYED AZIDI BEGITU KUAT MENGHENTAM KERAJAAN DLM PENULISAN BELIAU. TP KINI SAPE SANGKA TIBA2 SAJE BELIAU 'MEMBEDIL' KEPIMPINAN PAS

MAKA BERMULA LAH DRAMA EPISOD DEMI EPISOD SEHINGGALAH TERSINGKIRNYA BELIAU DAN MENANTU TOK GURU DARI SEBARANG JAWATAN DLM PAS. ISU KRONI , NEPOTISMA DAN RASUAH MULA HANGAT DIPERKATAKAN. TERBARU SOAL SAPE BAKAL PENGGANTI MB MULA KEDENGARAN.

KEMUNCULAN PUAK2 DI DLM PAS MEMBUKTIKAN BERLAKUNYA PERANG SARAF DI ANTARA MEREKA.

APABILA KEADAAN SEMAKIN TGANG, JLN TERBAIK ADALAH MENYALAHKAN PIHAK LUAR. TIMBULKAN SEBERAPA BYK ISU YG BOLEH UTK MENGALIHKAN PANDANG RAKYAT ATAU GUNAKAN REVERSE SAIKOLOGI SEDANGKAN IA SEMAKIN MENJERUT LEHER MEREKA SENDIRI.

ISU2 INI TAK AKAN PUDAR SELAGI TIADA JWPAN. INI MMBUKTIKAN BAHWA PAS BUKANLAH PARTI YG BEGITU MAKSUM. CARILAH DI MANA2 SAJE DI DUNIA INI JIKA ADA SEBUAH PARTI YG TIDAK BERMASALAH.

KESIMPULANNYA..JGN HANYA TAU MENUDING JARI MENCARI KESALAHAN PIHAK LAIN. WALLAHUALAM

Anonymous said...

Kalau Pas tembak orang dulu,biasanya umno akan tembak balik atau sekurang-kurangnya umno menakis.Kali ini tuhan telah terbuka hati bloger pemimpin pas sendiri menembak bossnya.

Jadi terjawablah akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri(bloger kickdefella) yang terbuka hati diberi hidayah oleh tuhan.

Nampaknya kali ini golok makan tuan.Dalam tempoh 3 minggu sebelum hari ini terlodehlah dan terunkai 1001 rahsia pas yang diangung2kan oleh peginkut blogers penyokong pas yang fanatik.

Diharap blogers pas spt.Tuan Naim,ustad faizal janganlah menyepi diri bila kena batang hidung sendiri.Walaupun berlaku di Kelantan,maknanya kerana nila setitik kat Kelantan rosak susu seluruh parti pas.

Kepada bloger penyokong pas,saya nak tahu juga hujahan.Kena tanya khabar juga sebab pas saudara islam.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

politik oh politik.. malas den nak komen.. hehe.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Cik Cookie said...

no comment.
lalalalaa

Guru said...

assalammualaikum nurimo

alhamdulillah, sudah 2x membaca entri ini, cuma kali pertama tidak meninggalkan jejak....

bila nurimo meninggal pesan di blog saya, sekali lagi ke sini, meninggalkan jejak....

komen apa ya?

di tempat saya hujan sama seperti di kelantan, tetapi tidak bah alhamdulillah....

.::Cik Dara@Encik Teruna::. said...

nasib tempat cik dara tk banjir lagi..

selamat mengkomen nuri..

Nurimo said...

Salam jefry,

Susah juga nak lantik penganti tok guru,nak cari yang alim dari yang alim .Ramai orang pakai kopiah kat Kelantan tapi kena lihat disbalik kopiahnya untuk lantik pemimpin.
.....................................

aini,

Betul aini kata tu,hari ni balik kat dia orang pula,baru rasa langit itu tinggi bumi itu rendah.Jadi jangan lah dok menembak kuat sangat sama Melayu islam ni.

Cepat2 pada perpaduan.

...................................

Saudara Maliki,

Jangan buat malas nak mengomen,nak tahu juga pandangan penyokong pas berkenaan isu ni,takkan diam saja he...he..
...................................
Cik cookie,

Metang2 dia orang Kelantan takut nak komen ya....
.................................
Salam a kl Citezen,

Cik gu,terima kasih sudi datang blog saya ...sampai 2x,syurkurlah kat tempat cik gu tidak bah tapi beringat juga ko..ko ada banjir kilat.
...................................
cik dara,

Walaupun tak banjir kena sedia perahu sebelum bah.

Na'im Nikmat said...

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/malangnya-menjadi-ahli-umno-yang-miskin.html

Sila ke-link ini ya akhi....

Unknown said...

Salam tuan Naim Pas saudara islamku,

Ana dah baca yang anta bagi tahu tu,ini adalah petikkan sebahagian dari blog tersebut http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/malangnya-menjadi-ahli-umno-yang-miskin.html

"Malangnya menjadi ahli Umno yang miskin daif !
Oleh : albanjari
Jika anda tidak mahu menerima nasib malang, jangan miskinkan diri dan keluarga anda di Malaysia. Bukan pula semua warga miskin bernasib baik dan dibela. Slogan terus berganti slogan untuk bantu orang miskin. Hakikatnya ia tidak lebih sekadar dari retorik. Mungkin ada kejujuran dipihak kerajaan, tetapi bagaimana pula perlaksanaannya kepada kumpulan sasar ?

Edisi Bongkar malam ini, menampilkan 1 daripada beberapa mangsa tolong ala kadar. Mangsa yang memegang keahlian parti Perikatan atau lebih dikenali sebagai ahli Umno."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Soalnya sekarang pas menuding kepada umno tak bantu yang miskin.Tapi yang bantu seluruh rakyat Malaysia tak kira apa bangsa warna kulit ,agama,berketayap hijau atau bersongkok tak nampak.

Membasmi kemiskinan tidak terletak ke bahu Umno sahaja,pas/pr kena tanggujawab juga janganlah nak lepas tangan,masa mengundi baru nak kenal rakyat,nak bagi beras, gula sebagai pemanis.

Manakala rakyat pula ,kerajaan dah sedia perbagai skim untuk membasmi kemiskinan,takkan sampai nak suruh suah kemuluk,kena berusaha juga.

HARI INI RAKYAT SUDAH MULA PUDAR PADA PEMIMPIM2 PAS,ANGKARA BERLAKU ISU DI KELANTAN SEBAGAIMANA DIDEDAHKAN OLEH BLOGER "KICKDEFFELA".Dulu tiada puak pas berani dedah segala masalah,tapi sekarang rakyat tahu fikir,Nampaknya parti pas sebuah parti kelentong rakyat bersama sebuah pakatan jahanam.

Salam tuan Naim kembalilah kepada umno kalau berada dalam pas anta akan ditipu hidup2.Kalau sungguh nak perjuangkan islam.

Na'im Nikmat said...

Sila ke-link ini pula ya akhi,

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/12/mb-perak-tolong-beri-perhatian-apa.html

Dan link ini juga,

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2009/11/terkiniketua-bahagian-umno-dah.html


Jika sudah lihat tanya pada diri sendiri apa sumbangan UMNO pada Orang Melayu miskin dan merempat......

Anonymous said...

Abg Naim,
Ana dah baca semua link yang abg.Naim suruh tengok tu.Bagi ana ,abg Naim sekadar nak alih perhatian isu semasa kat negeri tok guru je.

Umno sentiasa buat yang terbaik dan sentiasa menambah baik semua penduduk.Kalau ada yang susah lagi lapor ke TV3 dan Abg Naim tolong bawa dia ke pejabat kebajikan masyarakat di mana ada setiap negeri.

Kalau yang mana tak da modal nak niaga ada pimjaman untuk peniaga kecil dimana2 bank yang kerajaan umno sediakan.

Abg Naim perlu ingat negara kita ni,ada lebih 26 juta penduduk bukan 26 orang...faham saja nak menangi angin semua orang ambil masa juga.

Habis tu wakil rakyat parti pas buat apa,pandai lapor bukan pandai tolong.

Habis pas tahun pru13 kalau lambat,nak kata parti islam...rakyat tak caya dah..kes ko kalikong rakyak Kelantan.

Maaf abg Naim ana kena cakap betul,islam tu adil.Nampak abg Naim cuba beriya-ya benar nak mengalih perhatian isu semasa pas kat kelantan dengan cuba timbulkan isu orang miskin pula.Kenapa tak cerita umno menjadikan ramai rakyat Malaysia hidup selesa..baru adil.

Fais Wahid said...

ana datang menjengok ni.,

Nurimo said...

Salam Fais cWaked,

Terima kasih datang jengok,jangan jengok saja ada masa komenlah sikit ya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Salam anta Naim,

Terima kasih kujungi blog ana,ada masa komen lah sikit berkenaan tok guru kita yang menjadi kontrovensi sejak perdedahan bloger kicddeffela tu

Na'im Nikmat said...

Satu lagi pendedahan buat ya akhi...

Surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian jika kontraktor ingin mendapatkan projek.Sila ke-link ini untuk maklumat lanjut ya akhi...

http://mafiaboss2u.blogspot.com/2009/12/surat-pekeliling-arahan-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MafiabossOnline+(MAFIABOSS+ONLINE)

Na'im Nikmat said...

Lagi pendedahan....

SPRM DEDAH 60% PERUNTUKAN UNTUK INFRA DI SARAWAK ANTARA 02-08 DISELEWENG.Sila ke-link.

http://drhalimahali.blogspot.com/2009/12/sprm-dedah-60-peruntukan-untuk-infra-di.html

Na'im Nikmat said...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Jadi mari kita selidiki bersama
-sama ya akhi.Mana fitnah mana yang Haq....

Nurimo said...

Dari Abu Zar meriwayatkan,aku mendengar Rasulullah bersabda:Barangsiapa yang memanggil seorang sebagai:"Hai si kafir!" atau 'Hai musuh Allah",tetapi orang itu tidak sebagaimana yang dipanggil,maka ucapanya akan kembali kepada yang mengatakan demikian.(HR Muslim)

##################################
Oleh itu berhati-hatilah kita dalam mengata-gata sesama saudara islam.

Anonymous said...

Salam berlapik abg Naim,

Sila klik blog penyokong pas orang dalam yang membuat perdedahan iklas dan jujur siapa sebenarnya disebalik ketayap hijau.

sila klik
kickdefella.wordpress.com

Sejak akhir2 ini pas sudah jauh tersasar dari matlamat menenggak islam yang sebenar .Caci mencanci sesama islam sudah jadi mainan hinggakan hadith sebagai pentunjuk diabaikan kerana terlalu taksud.

Tapi kita disarang sentiasa bermuhasabah diri kepada Allah meminta dibuka hati mendapat pentujuk kebenaran yang hakiki.

Na'im Nikmat said...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Jadi mari kita selidiki bersama
-sama ya akhi.Mana fitnah mana yang Haq....

Na'im Nikmat said...

Sila ke-link ini ya akhi,

http://ruzanah.blogspot.com/2009/11/kenali-blogger-kickdefella-yang.html

Unknown said...

Pas sekarang dalam keadaan serba salah sejak ,apa yang dicanang selama ini tentang rejim umno haram,telah terpercik ke mukanya kembali.

Ramai rakyat telah mula tersedar bahawa pas hanya sebuah parti politik biasa .Malah parti tersebut tidak memberi apa-apa mafaat kepada rakyat untuk pembangunan umah.Jauh sekali untuk meneggakkan islam yang dilaun-launkan.

Kroni diamalkan secara memejam mata sebelah,walha kalau pemimpin umno lakukan dikatakan tidak mengikut amalan pemerintahan Rasulullah.Jadi amalan kroni untuk orang pas sajakah?.

Kali ini pas telah terlodeh dan tidak boleh lagi bersembunyi disebalik ketayap lagi.Manakala pemimpin pas sendiri mahu jadikan Disnati dalam pentadbirannya.

Kesilapan pas dalam pentadbiran

1.Pecah belah umat islam Melayu
2.Amalkan Kroni
3.Menggunakan hadith untuk kepetingan puak2 dia saja.Sedangkan hadith untuk semua umat islam.
4.Mencarut,menghina,malah mendoakan kehacuran pemerintah islam.
5.Tidak menjaga kebajikan rakyat miskin hanya pandai melapor kepada pemerintah,bukan mengambil tindakan membantu.
6.Tidak bersama pemerintah membangun negara walaupun selepas pilihan hari raya.Hanya asyik mengutuk pemerintah sebilan masa.
7.Menolak perpaduan dengan pemerintah
8.Menggunakan ayat-ayat al-Quraan dan hadith sebagai pentujuk,tapi pada masa yang sama tidak meamalkannya.Sekadar untuk pancing undi.
9.Negeri dalam pemerintah pas ketinggalan,rakyat merata cari makan negeri orang.Pembangunan slow.
10.Ahli pas yang berkerja kerajaan,tak tahu terima kasih.Makan gaji dengan pemerintah,tapi pada masa yang sama hentam kerajaan.
11.Berkabung dengan kafir yang tidak taat kepada pemerintah.
12.Pemimpin pas senang dipengaruhi oleh orang kafir dan sangguh menjual maruah Melayu sebagai ketuanan semata-mata nak pancing pengundi.
13.Tidak nampak segala kebaikan yang pemerintah buat untuk rakyak,hanya pandai menceritakan tomahan keburukan pemerintah.

Banyak lagi nak cerita tak habis kat sini.

Na'im Nikmat said...

Habiskanlah......biar berjuta alasan yang diberi UMNO telah menolak Al-Quran dan As-Sunnah itu hakikat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jika UMNO mahu menegakkan Islam seperti yang termaktub didalam Al-Quran dan As-Sunnah dah lamer ana sokong..tapi....tidak itu jawapabnya........

Unknown said...

Adakah pas mengikut 100% amalan Al-Quraan dan sunnah.Kalau betul tidak tak timbul isu tok guru.

Lantik menantu jadi bos PMBK(dah nasihat berhenti bila rakyat koplem)
Pergi Mekah ditaja(dah batal bila rakyat tahu).

Sekira nya isu tak bercangah kenapa suruh menantu letak jawatan.Kenapa tak teruskan hajat ke tanah suci.Untuk mengelak fitnah.Tapi mengapa terjadi dulu baru nak batal,di situ ada persoalan.

Adakah itu cara menginkut sunnah?Mungkin puak pas boleh jawab.

Apabila berlaku sesuatu isu pada pemimpin pas ...dikatakan fitnah.Apabila berlaku pada pemimpin umno dituduh rasuah,kroni malah dikatakan tidak mengikut Al-Quraan dan sunnah.

Adil ke begini.Sedangkan islam itu adil tanpa mengira parti untuk menghalakannya.

Nurimo said...

Dari Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:Orang yang memohon laknat tidak akan diterima sebagai pemberi syafaat(bagi para pendosa)maupun sebagai saksi(atas dakwah para nabi Allah)pada hari kiamat.(HR Muslim)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Marilah kita bersama fikirkan

mail lambong said...

salam..

TUMBANGKAN UMNO DEMI KEMAJUAN BANGSA MELAYU.

Anonymous said...

Salam Faizal yang dihormati,

TIADA ALASAN UNTUK TUMBANGKAN UMNO,SEPATUTNYA SATUKAN PAS DENGAN UMNO DEMI KEMAJUAN BANGSA MELAYU.

Awak sepatut orang terpelajar bersuara menyatukan umat bukan mengucar kacirkan bangsa.Sepatutnya awak memberi idea bagaimana nak satukan unmo dan pas.

Inilah yang dikatakan taksud kepada pas hinggakan amalan sunnah dilupakan.Islam disuruh satukan umat saudara.

Na'im Nikmat said...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!.
(Surah Ghaffur Ayat 15-16)

Mengapa Ulama'-Ulama' UMNO begitu takut untuk menyatakan bahawasanya 'Kerajaan' perlu kembali kepada ALLAH S.W.T?

Mengapa mereka begitu takut mengaitkan 'Kerajaan' dengan Al-Quran dan As-Sunnah?

Mengapa mereka berusaha memisahkan 'Kerajaan' daripada Al-Quran dan As-Sunnah(Sekularisme)?

Adakah sewaktu disoal ALLAH S.W.T nanti mereka akan menjawab:
'Aku tidak sesekali mengambil tahu soal 'Kerajaan', kerana ketika hidup aku memisah agama dengan 'Kerajaan'

Adakah kita sendiri akan menjawab begitu, kerana kita tidak pernah mengambil tahu soal 'Kerajaan' samada 'Kerajaan' kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Adakah cukup hanya hidup didunia ini dengan berkahwin,makan,minum,tidur mengerjakan Solat,Puasa,Zakat dan Haji dan mati........Sedangkan kita redha dengan 'Kerajaan' yang tidak mengamalkan Islam tidak menegakkan Hak-Hak ALLAH????Adakah kita begitu yakin kita tidak akan dipersoal???Tanyalah pada diri sendiri ya akhi......

Na'im Nikmat said...

Lagi tentang bloggers sanjungan akhi semua di-link ini

http://perakexpress.com/www/2009/12/01/kick-that-fellow/

Nurimo said...

Tuan Naim said"

"Adakah cukup hanya hidup didunia ini dengan berkahwin,makan,minum,tidur mengerjakan Solat,Puasa,Zakat dan Haji dan mati........Sedangkan kita redha dengan 'Kerajaan' yang tidak mengamalkan Islam tidak menegakkan Hak-Hak ALLAH????Adakah kita begitu yakin kita tidak akan dipersoal???Tanyalah pada diri sendiri ya akhi......"
...................................
Kerajaan mana yang tak mengamalkan Islam.Sama je kerajaan pas kerajaan umno,cuma jalan berbeza matlamat sama.Tapi pas lebih condong ke arah perseketaan sesama Islam bukan ke arah menyatukan.

Walaupun semua kita buat apa yang tuah cakap tu,belum cukup lagi,kita tidak boleh lupa ada lagi dikalangan kita yang perlu didahwah,difahamkan serta mengembali dari permusuhan ke arah kedamain.Islam dilarang berpecah dikalangan umatnya.

Dari Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Nabi bersabda;Tidak pantas seorang mukmin untuk merendahkan atau melaknat orang lain.(HR Tirmizi)

Hadith bukan tulis dan baca saja tapi fikir disebalik maksudnya.

Unknown said...

Salam empunya blog Tuan Nurimo,

Tak payah keluar hadith banyak Nurimo,tuan Naim dia lebih tahu,

Tapi dikalangan kita tahu hadith saja dan kurang memahami isinya tiada guna.Selagi ego masih bersarang,riak masih pada BULAN yang islam saja.Lain pada bulan tak boleh pakai.

Itulah yang menjadi taksud subrono.Kita tak boleh nak salah pada dia saja,sudah menjadi tugas kita semua memamhamikan nya.Walaupun pun mengambil masa yang panjang,kita perlu banyak bersabar.Itu dakwah namanya.

Kita tak nak tumbangkan umno,tapi nak satukan umat islam pas.Dia orang nak tumbangkan umno,dia kata umno rejim haram.

Jadi rakyat boleh fikir lah sendiri,mana jalan lurus mana jalan bengkok.

Na'im Nikmat said...

Ini jalan bengkok link di-sini

http://briged-akhdor.blogspot.com/2009/12/pendapatan-tambahan-negara-hasil-judi.html

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

semoga jalan penyelesaian yang TG Nik Aziz tunjukkan dapat diikuti oleh pemimpin-pemimpin negara dalam menguruskan khazanah rakyat,dan dimulakan oleh PM Najib kepada adik beradik serta saudara maranya yang banyak memegang portfolio penting sumber pendapatan negara...

bukan kerana penyelewengan setelah 8 tahun berada di PMBK tapi kerana dia bemertuakan Menteri Besar...takpe lah TG Nik Aziz terima dan berlapang dada.

hanya bersumberkan pendedahan tuan kickdefela,sudah jatuhkan hukuman.apa yang tak dikata Tun Mahathir sehingga Umno membusuk sampai ke usus hanya tunggu saat membusung dan seterus perut pecah terburai.kickdefela ada betulnya dan Tun Mahathir berlebih lah lagi kerana bukan setakat dalam kain tapi sampai ke usus pun telah diteropongnya...

kickdefela telah banyak berubah setelah beliau di i.s.a kan...kenapa?anda semua telah maklum,hanya yang kuat semangat akan berani bangkit tapi yang lemah akan mengalah.hanya mereka yang tahu bagaimana tekanan walau sehari dua dan mereka juga mempunyai sebab untuk memilih.

masalah penajaan haji?memang telah lama dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno bukan setakat haji,umrah malah hingga ke medan,bali dan hadyai...tanyalah setiap ketua-ketua bahagian Umno apa yang dilakukan dalam hal taja melancong kepada pengikut-pengikutnya,hanya kerana untuk terus menyokong mereka kekal dikerusi empuk hartawan alaf baru.

tak kira lah seribu,10ribu atau seratus ribu..aku nak taja,duit aku apa korang sibuk-sibuk,aku nak bagi keselesaan pada orang yang aku nak taja..apa ada hal,siasatlah sumber duit aku bukan siasat TG Nik Aziz

adakah sebab orang yang taja dapat kontrak??? kalau setakat kontrak buat banner dan signbord itukan kelulusan majlis bandaran,siasatlah bosnya...tapi kerana tak ikhlas untuk membuat kritikan,doa TG Nik Aziz depan kaabah untuk rakyat Malaysia berkubur,dan jadilah doa pecah perut?...apa nak takut,kalau tak salah pada rakyat Kelantan Allah akan selamatkan PM 1 M'sia,tapi yang lain plak melatah.

percayalah!perletakkan jawatan menantu TG Nik Aziz akan menyebabkan musuh dari luar dan dalam terkedu dalam mengolah skrip untuk menjatuhkan reputasinya...wallahua'lam

teruskan menulis

Anonymous said...

TERUSKAN LA DGN LINK2 YG TUAN PERCAYAKAN DAN BIARKAN KAMI MEMPERCAYAI APA YG KAMI PERCAYAKAN. SESUNGGUHNYA APA YG KAMI PERCAYA ADALAH APA YANG KAMI BACA DAN KAMI SELIDIK. BAIK DARI SEBLAH SANA MAHU PUN DI SEBLAH SINI.

KAMI BUKA MATA DAN MINDA SELUAS2NYA. KAMI AKUR APA YG KAMI SAKSIKAN. KAMI PILIH JLN KAMI BERPANDUKAN FAKTA DAN BKN AUTA

JIKA KITA TIDAK MEMILIH YANG TERBAIK ADAKAH KITA WAJIB MEMILIH YANG KURANG BAIK? JIKA KEADAANNYA BEGITU, DIMANAKAH LETAKNYA PRINSIP DAN KEPERCAYAAN KITA?

TEPUK DADA TANYA SELERA :-)

Anonymous said...

Bloger kickdeffela,adalah bloger yang berani mendedahkan segala kepicangan yang berlaku dalam kepimpinan pas yang diangun-angun selama ini.

Sebelum ini penginkut pas hanya mampu menjadi "yes man" saja,apa yang tok guru bagi tahu diangguknya saja,tanpa memikirkan kebenaran.

Negeri Kelantan ketinggalan dari segi pembangunan kerana wakil rakyatnya asyik mencari idea untuk menumbangkan umno saja bukan mencari idea untuk pembanggunan negeri untuk rakyat.

Sepatutnya pas selepas pilihan raya perlu bersama membangun negara bersama pemerintah.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi, sila suruh SPRM percepatkan siasatan ana pun dah tak sabar nak tau keputusanya...Yang ana maklum Negeri Kelantan mencatat rekod Negeri Yang Paling Bersih dari Unsur RASUAH selama 19Tahun dibawah kepimpinan Ulama' yakni Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...Sila nyatakan negeri-negeri dibawah kepimpinan UMNO yang mempunyai rekod itu.....bagi 3 negeri cukuplah...xder 3,2 negeri cukuplah...2 pun xder...1 negeri pun jadilah...ha xder langsung....ana tak hairan sebab pemimpin UMNO memang kaki RASUAH.........

Unknown said...

wsl anta,

Kat Kelantan telah tercermar oleh banjir lumpur,bahkan turut terpalit seluruh parti bulan,sepanjang tempoh 19 tahun peminpin pas berjaya menututpi segala kelemahan pada rakyat,

Hari ini rakyat bagaikan tersedai dari mimpi.Kalau kontraktor dapat projek bagi saguhati pemimpin pas panggil sedekah..biasalah orang nak bagi.Kalau orang bagi saguhati pada puak2 umno , dia orang panggil rasuah.Itu yang peliknya.

Mengapa ada perbezaan terjemahannya.Pastilah kena depend puak2 bulan.Dicarinya hadith yang bersesuaian untuk menguatkan hujah.

Kalau pemimpin pas mencarut,mengutut pemerintah tidak pula cari hadith yang menceritakan dosa mengutut sesama islam.Nampak atas darak ni.

Na'im Nikmat said...

Sila ke-link ini ya akhi,
http://naimnikmat.blogspot.com/2009/12/ungkapan-sesetengah-tokoh-agama-bahawa.html

Anonymous said...

salam Tuan Naim penyokong pas sepajang hayat.

Saya telah pergi ke link http://naimnikmat.blogspot.com,

Nampaknya blok tuan menuduh "UMNO REJIM HARAM" sebagai mukadimah.

Apalah salahnya sekira ana kata "PAS REJIM MUNAFIK",Apa perasaan anta kalau ana mengatakan demikian.Takkan orang pas sahaja yang hala mencerca sesama islam.Sedangkan umno tidak boleh mengutuk...memang tidak boleh orang umno mengutuk sesama islam ..bukan budaya umno.Kalau mengutuk pun sekadar menakis serangan rejim munafik.

Anta menjemput tetamu ke blog anta,tapi dihidangkan dengan perkataan yang haram sebagai merai tetamu.

Inikah ciri2 islam ala pas?.

Anonymous said...

ya akhir Naim,ana juga telah berkujung ke blog anta kerana dijemput.

Tapi sayang seribu kali sayang,anta mencampur adukkan ayat quraan dan hadith dengan bahasa kutukkan,mencarut kepada pemerintah.Sedangkan kita sebagai rakyat disuruh taat kepada pemerintah.

Anta berlajar dari tok guru mana?,mazhar mana?,kitab mana?.

Patutlah terbuka hati blogger kickdefella menelajangkan kepemimpinan pas yang menipu rakyat bertopengkan nama ulama.

Maaflah ana cakap kasar sikit,sebab nak takis serangan orang munafik.

Na'im Nikmat said...

Berikut dalil2 yang dapat ana berikan:

Pemimpin para syuhada adalah Hamzah ibn ‘Abdul Muthalib dan seseorang yang menasihati penguasa yang zalim, melakukan amar makruf nahi mungkar di hadapannya, dan kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).

Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi mungkar, mencegah orang berbuat zalim, serta menggiringnya hanya ke arah yang haq dan membatasinya juga dalam perkara yang haq. (HR Abu Dawud dan at-Turmudzi).

Imam itu adalah (seperti) penggembala dan dia bertanggung jawab atas apa yang digembalakannya. (HR Muttafaq ‘alaih).

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

Ingatlah, demi Allah, hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi munkar, mencegah orang yang berbuat zalim, menempatkannya di wilayah yang haq, dan membatasinya hanya di wilayah itu saja…. (HR Abu Dawud).

Dalam riwayat lain ditambahkan demikian:

….ataukah (kalian ingin agar) Allah menjadikan hati-hati kalian berpecah-belah atau Dia melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka. (HR Abu Dawud).

Rasulullah saw. juga telah menjadikan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim sebagai jihad yang paling mulia. Demikian pernytaan beliau ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya, “Jihad apa yang paling agung?” Beliau menjawab demikian:

Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Auf ibn Malik al-Asyja‘i pernah bertutur demikian:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah orang-orang yang mencintai kalian dan kalian pun mencintai mereka; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Sebaliknya, seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang-orang yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Para sahabat bertanya, “Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau bersabda, “Tidak, selama mereka menegakkan shalat.” (HR Muslim).

Yang dimaksud dengan menegakkan shalat adalah memerintah dengan Islam atau, dengan kata lain, menerapkan syariat Islam. Ungakap di atas menggunakan gaya bahasa tasmiyah al-kulli bi ismi juz’i (menyebut sebagian tetapi yang dimaksud adalah keseluruhan).

Sementara itu, ‘Ubadah ibn ash-Shamit juga bertutur demikian:

Kami telah membaiat Rasulullah saw. untuk senantiasa mendengar dan menaati beliau, dalam keadaan senang maupun susah, dalam keadaan lapang maupun sempit; untuk selalu lebih mementingkan beliau daripada keluarga kami; untuk tidak merebut kekuasaan dari ahlinya. (Beliau lalu bersabda, “Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata yang didukung oleh bukti [burhân] di hadapan Allah Swt.); serta untuk mengatakan kebenaran di mana saja kami berada, sementara kami tidak takut terhadap celaan orang-orang yang suka mencela. (HR Muslim).

Anonymous said...

Abg Naim,

Hadith yang anta kemuka memang betul,tapi pentaksiran anta hanya dituju untuk orang islam umno sahaja,bukan untuk puak2 pas anta.Sedangkan pas banyak melakukan dakwah cara perpecahan umat islam Melayu.Kenapa anta berat sebelah ,tidak berlaku adil,sedangkan islam disuruh berlaku adil tidak kira orang pas buat silap pun.Letak hadith untuk pas juga yang memecah umat islam Melayu.Baru betul.

Siapa yang banyak mencela?Pas
Siapa yang banyak mengutuk?pas
Siapa yang suka menutup keaipan puak dia sendiri,lalu mendedahkan keaipan orang lain(umno)?sudah pasti pas

Jangan kita bijak bermain kata2 untuk memunahkan orang lain.Tambahan pula orang yang solat spt anta juga.

Ingat tiada pilihan ketiga,hanya dua,syurga atau neraka.Dosa atau pahla.

Na'im Nikmat said...

Ya benar ya akhi pilih samada Syurga atau Neraka.Sekular atau Undang2 Islam? UMNO jawab Sekular,PAS jawab Undang2 Islam itu hakikatnya..walau bagaimanapun diputar-belit itulah hakikatnya UMNO tolak Undang2 Islam..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
deeja said...

salam..persahabatan,
menarik blog u...banyak infi....i follow u....

Nurimo said...

Sejak akhir2 ini kita sering terdegar ulama pas sering mencela pemerintah,seolah-olah ahli partinya sahaja yang boleh masuk syurga .Di kuatkan hujahnya dengan hadith.Manakala kutukan dengan bahasa yang kasar seolah-olah hadith berkaitan dosa mengutuk sesama islam tidak dirujuk pula.

Tapi tak mengapa,

Dari Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasullulah (SAW) bersabda:Jangan mempergunakan keturunan untuk mengumpat atau mencela seseorang.Semua kamu adalah keturunan Adam,Kamu adalah seperti sebuah sukatan gantang yang tidak pernah mencukupi dimana ada sahaja kekurangannya.Bagitulah dengan kamu yang sentiasa ada kekurangan dan tidak ada ketinggian diantara satu sama lain kecuali dengan agama atau amal kebaikan sahaja.Manusia akan menjadi buruk dengan berbuat kejahatan,mengeluarkan kata-kata yang kesat,bakhil dan pengecut.(HR Abu Daud)

mail lambong said...

UMNO ditumbangkan insyaallah melayu bersatu

Anonymous said...

salam Faizal pas,sila tuan komen pajang sikit,baru sedat berhujah.

Sekiranya UMNO tumbang Melayu akan hancur,islam akan musnah.

Melayu akan dikontrol oleh puak kafir.Masa itu air mata ulama pas menangis walau keluar darah sekali pun sudah tidak bermakna lagi.

Bumi Melayu islam jadi milik orang kafir yang sahabat akrabnya pas sekarang.

Marilah bersatu wahai puak ketayap hijau bukannya menumbangkan umno.

JANGAN JADI MELAYU BODOH MACAM PAK KADUK.

Ketika itu tuan faizal dan tuan Naim akan letak tangan atas dahi tanda menyensal tak habis2.

Anonymous said...

bla bla bla bla.umno kah pas kah sama pembohong.KAH KAH KAH.lagi2 pemimpin berkopiah.tahu agama banyak tp pincang.semua nak jadi hakim nak jadi juri nak tunjuk hebat.blerghhh macam takpernah buat dosa.ceh

blah ah!

komen emosi dari budak kecik.jangan saman saya, saya anak fakir dan yatim teraniya.

HAHAHAHA.

salam menjinjing persaudaraan dan keadilan tuan.

Unknown said...

salam Hurul Ummi,

Tapi yang banyak bohong pas ya,yang banyak tipu rakyat pas berselidung di sebalik ketayap hijau.

Dengan umno islam tak mahu bergabung dengan kapir DAP dipujanya.

Pas adalah politik Ali Baba,pas+dap,pas nak tumbangkan umno,bila tumbang Dap pun berkuasa.Sebah dia orang dok belakang pas.Macam syarikat Alibaba lah.Melayu dapat untung sikit je,yang kaya puak kafir.Nama je Melayu.

Bagitu juga parti islam pas,pada nama je...orang lain dok belakang.

Nurimo said...

Persoalannya apakah pula hukumnya apabila PAS sendiri adakalanya sanggup memperlekehkan Islam dan menjatuhkan saudara seagama semata-mata untuk meraih populariti di kalangan orang bukan Islam semata-mata untuk kepentingan politik ‘Islam-PAS’.